Tukar Tiub |
- EEE JADI BATU API
- KANTOI - NAK TUTUP CERITA
- ADA LAGI SAEKOR MALAON
- KANTOI MANTOI
- SELAMAT BERBUKA
- APA ITU BANGSA
- BARU SEKARANG NAK LAPOR
- SIAPA PEROGOL ITU?
- MALIKUL SIAP SIAGA
Posted: 01 Jul 2014 07:00 PM PDT EEE BUAT ONAR LAGI ini sengaja nak gaduhkan melau dengan cina Zam: Pergi mampuslah MCA...Bekas menteri kabinet Zainuddin Maidin hari ini mengecam keras sikap MCA yang didakwa mengikuti jejak langkah parti lawan DAP dalam mengkritik kerajaan.Beliau merujuk kepada kritikan MCA kepada terhadap sikap Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi dalam isu insiden kepala lembu terhadap seorang wakil rakyat DAP RSN Rayer. "MCA tidak mahu sama mempertahankan dasar nasional yang diasaskan bersama dengan Umno sejak Perikatan," katanya yang juga bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu. KAH KAH KAH woit ini india gaduh dengan cina melayu tolong jangan masuk campur KAH KAH KAH --------- | ||
Posted: 01 Jul 2014 06:00 PM PDT KAH KAH KAH bayangkan menteri luar malaysia menipu media malaysia semua kaki angguk tak banyak soalan yang mengali fakta kepada media malaysia dikatakan tak ada kes rogol dikatakan kerajaan new zealand benarkan si perogol pulang nasiab baik ada internet kita tahu apa yang telah berlaku terima kaseh kepada arwah ronald reagan Amaran hubungan keruh dengan New ZealandMenteri Luar New Zealand Murray McCully berkata, jika diplomat Malaysia yang dituduh terlibat dalam serangan seksual di Wellington tidak dibawa ke muka pengadilan, hubungan antara kedua-dua negara pasti terjejas. McCully dilaporkan berkata Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) jelas mahukan diplomat itu, yang kini berada di Malaysia, didakwa, lapor stuff.co.nz. Dokumen dedah M'sia mahu tuduhan digugurkanNew Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini
------------ | ||
Posted: 01 Jul 2014 02:30 PM PDT KOMENTAR ini pandangan bekas ketua hakim negara malaon ini memiliki pandangan rasis lalu persoalan timbul bagaimana dengan segala keputusan yang diambil oleh malaon ini dahulu apakah keputusann itu wajar atau perlu dinilai kembali apa pandangan dan komen dari pembaca Tun Abdul Hamid tolak jadi pengerusi MKPNBekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata beliau menolak tawaran menjadi pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat pihak tertentu yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawak. Beliau berkata keputusan itu dibuat sebelum mengetahui komposisi dan nama-nama ahli MKPN. "Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam," katanya dalam satu kenyataan semalam. KAH KAH KAH ---------- | ||
Posted: 01 Jul 2014 07:08 AM PDT Kebanggaan parti Pic terkini Mohammed Rizalman Bin Ismail, Pegawai Diplomat yang menghadapi tuduhan kesalahan seksual di New Zealand yang cuba disembunyikan oleh Wisma Putra. Kantoi!! Sumber: http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/07/01/New-Zealand-Diplomat-Sex-Assault/ KAH KAH KAH woit ini muka kawan baik rais yatim KAH KAH KAH ------------ | ||
Posted: 01 Jul 2014 03:38 AM PDT REDUP RENYAI malam kelmarin mendongak ke langit nampak anak bulan dah besar dah macam tiga hari lalu teringat telok kemang dimana anak bulan dilihat dengan teropong sekarang tak ada lagi semua disusun mengikut keperluan hujung minggu inilah buktinya agama itu disesuaikan dengan masa dan zaman awal pagi langit biru puteh cerah bergumpal gumpal petang redup renyai guruh sayup didengar dari sana dari sini jai dan ezi beri tekanan untuk keluar rumah puasa hari ke tiga santai dan mantai SAHUR kelmarin sahur di kampong baru tidak lagi melangan restoran tikus kini buka meja baru belum cukup kerap mampir untuk beri komentar sahur nasi minyak tanpa lauk hanya sayur tougeh bersama teh o kosong ini sebahagian dari projek lima kilo kg baru tak ramai orang masjid sejarah kg baru telah dirobohkan untuk ubah suai abislah sejarah warisan parti ketuanan melayu obses dengan projek obses dengan yang baru HUJAN SAMPAI hujan turun mengiringi kesampaian waktu berbuka ini suasana sedih kerana inalah masa inilah ketika mak cik adik kakak berjualan kita yang puasa gumbira dalam kesejukan PANASKAN orang peranchis kata rien spesial hari ini gwa tak ada spesial tak ada yang baru semua yang semalam dipanaskan untuk berbuka SELAMAT BERBUKA ------------ | ||
Posted: 30 Jun 2014 10:38 PM PDT APA ITU BANGSA Selama tiga kali yang lalu saya telah menulis tentang isu yang sama. Saya menulis tentang bangsa - tentang hubungan bangsa-bangsa dan juga tentang sikap perkauman. Ini termasuk sikap benci membenci antara kaum dan bangsa. Tulisan saya dalam konteks Malaysia. Latar tulisan saya ini ialah apa yang sedang berlaku di Malaysia hari ini. Tulisan ini adalah gambaran lanskap hubungan bangsa-bangsa di Malaysia. Harus diakui hari ini, dari pengamatan saya, masih ramai Orang Melayu tidak mahu menerima Orang China dan Orang India sebagai warga negara. Masih ada – secara sedar - Orang Melayu menganggap Orang China dan Orang India sebagai kaum imigran. Orang China dan Orang India dianggap kaum pedatang. Malah dari hujah kaum pendatang kini satu pandangan baru telah muncul. Kini Orang China dianggap Penceroboh ke Tanah Melayu – perosak tamadun Melayu. Pandangan-pandangan ini bukan satu pandangan baru yang hanya muncul dari mulut Isma atau Perkasa. Parti politik United Malays National Organisation, secara terbuka tidak bercakap saperti Isma atau Perkasa. Tetapi dalam kumpulan tetutup, dalam mesyuarat sesama ahli parti sendiri - para pemimpin parti ini tidak segan-segan mempropagandakan bahawa China atau India adalah kaum pendatang yang membawa masalah dam mudarat kepada Orang Melayu. Malah para menteri dari United Malays National Organisation secara tertutup akan mempertikaikan peranan Cina dalam MCA atau India dalam MIC. Para penyokong dan pemikir Parti ini juga mempertikaikan apakah manafaatnya MCA dan MIC bersama dalam Barisan Nasional. Dari segi sejarah United Malays National Organisation ini telah ditaja, di pupuk dan didukong oleh British – untuk menggantikan kuasa pentabiran kolonial British. Parti barua budak suruhan British ini melaungkan Hidup Melayu sebagai slogan ketika anak semua bangsa mengangkat senjata melawan British. Malah hingga ke hari ini Parti tajaan British ini masih lagi berpaksi dan melaungkan slogan Ketuanan Melayu. Ini tidak pula bermakna PKR atau PAS lebih cerah pandangan. Terdapat juga ahli PAS atau ahi PKR jika dicarik kulit jingganya akan terserlah resapan kesasauan Ketuanan Melayu. Ini bukan dongeng. Ini fakta. Ucapan-ucapan pekauman ini terhambur dimulut pemimpin atau ahli PKR/PAS kerana perasaan itu sentiasa berkubang dalam otak mereka. Pada hemat saya – sikap Kecinaan juga wujud dalam Parti DAP, MCA dan parti Cina yang lain. Ini jelas muncul melalui beberapa dasar induk parti DAP dan MCA. Manakala MIC pada hemat saya, kerana mereka terlalu kecil bilangan dan tidak memiliki keupayaan ekonomi saperti MCA maka suara Kekelingan mereka tidak banyak kedengaran. Semua yang saya nyatakan diatas ini bertujuan untuk menyokong hujah saya bahawa Malaysia telah gagal sebagai sebuah negara bangsa. Masalah kaum dan bangsa masih belum selesai. Pembangunan nasion masih tergendala. Cita-cita untuk mendirikan negara bangsa masih jauh patin dari tempoyak. Dalam tulisan ini saya ingin membuka wacana tentang Yang Lain/The Other. Rasa saya ini amat penting untuk kita memahami apa yang sedang belaku. Saya rasa ramai tidak bagitu jelas apakah maknanya teori Yang Lain/The Other. Teori Yang Lain ini mucul salepas datangnya penjajah. Teori ini sering diguna pakai oleh akademia di Asia, Afrika dan Amerika Latin dalam penganalisan mereka terhadap masing-masing negara. Teori Yang Lain ialah pengalaman anak tanah jajahan pasca kolonial. Dalam konteks Tanah Melayu – yang lain ini muncul satelah Orang Melayu di Bumi Melayu bertemu dengan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Ini bukan bermakna sebelum Mat Saleh dan Jepun ini datang tidak ada Yang Lain. Ada Banjar, ada Jambi, ada Minang, ada Melayu Kedah, ada Melayu Riau dan dan dan. Tetapi ini tidak dianggap Yang Lain kerana Yang Lain ini dikaitkan dengan kuasa tentera dan kuasa ekonomi. Kesampaian Portugis atau Inggeris atau Jepun ke Tanah Melayu menimbulkan kesedaran Siapa Aku. Menimbulkan kesedaran bahawa Melayu dan Orang Puteh adalah dua makhlok yang berbeza-beza. Perbezaan ini bukan sama saperti perbezaan antara Melayu dengan Jambi atau Melayu dengan Jawa. Lebih dari itu. Perbezaan antara Melayu dengan Penjajah disalut dengan kuasa. Justeru dari sinilah lahirnya jati diri. Dari Yang Lain inilah lahirnya kesedaran KeMelayuan. Kuasa penjajah yang tidak peduli dengan budaya tempatan membakulkan sesiapa sahaja yang mereka temui sebagai Anak Tanah Jajahan. Anak tanah jajahan ada yang dijadikan hamba abdi, ada yang dijadikan kuli, ada yang dijadikan gundek dan ada juga yang dijual sebagai barang dagangan. Kaum penjajah dari Negara Atas Angin ini datang kerana ingin menjarah kekayaan Tanah Melayu. Mereka mahukan emas, bijeh timah, kayu kayan dan rempah rampai. Penjarahan dan perampokan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun ini telah dirasakan bersama oleh Orang Melayu. Penjajah tidak mengira siapa kamu. Justeru dari penindasan penjajah ini telah menimbulkan kesedaran NASIONAL Pengalaman – nasional- sademikian bukan hanya dirasakan di Tanah Melayu, malah di India, Arab, Afrika dan di AmerikaLatin – apabila anak-anak tempatan – warga asal bertembung dan bertemu dengan kuasa penjajah maka lahirlah semangat kekitaan. Semangat kekitaan inilah yang akhirnya menjadi SEMANGAT NASIONALISMA. Justeru kita boleh rumuskan bahawa Semangat Nasionalisma ini adalah perasaan kekitaan hasil dari pengalaman bersama kerana dibuli, diinjak-injak, dihina, dibunuh dan diburu oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Perasaan benci kepada penjajah – benci kepada Yang Lain - inilah yang menjadi asas mendirikan negara bangsa atau nation state. Mendirikan negara bangsa ini juga wajib memiliki hukum dan syarat-syarat. Sebelum lahirnya sebuah negara bangsa wajib wujud dahulu nasion atau bangsa yang akan menjadi warga negara terlebih dahuku. Apa itu nasion atau bangsa? Bangsa ialah satu kelompok manusia yang berkongsi hidup dalam satu wilayah yang jelas. Satu kelompok manusia yang berkongsi bahasa, budaya dan cara hidup yang sama. Paling penting juga kelompok manusia ini bersama-sama dalam satu kancah perkongsian pengalaman dan sejarah. Tidak cukup dengan ini - kelompok manusia ini juga wajib berkongsi mimpi, harapan dan cita-cita yang sama. Apakah syarat nasion/bangsa ini telah wujud di Tanah Melayu? Jawabnya IA dan TIDAK. Malah pada hemat saya lebih banyak Tidak dari Ia. Dari fakta sejarah kita telah memahami bagaimana Melaka jatuh ke tangan Portugis. Kemudian diambil pula oleh Belanda. Kita membaca bagaimana Dutch East India Company menjarah harta kekayaan Tanah Melayu. Kemudian kita melihat bagaimana British East India Company membawa masuk kuli dari India dan kuli dari China. Kemasukan China dan India ini melahirkan satu lanskap baru dalam polity Tanah Melayu. Di zaman Portugis danh Belanda kita membaca bagaimana pahlawan Melayu telah bangun melawan Portugis dan Belanda. Mereka mengangkat senjata menghalau THE OTHER. Kita mengingati Tun Fatimah sebagai contoh keperiwaan melawan Yang Lain. Kita juga kagum dengan Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Mat Kilau yang enggan tunduk dibawah kuasa British. Kita juga kenal dan bangga dengan Maharaja Lela yang membunuh Residen British – wakil Baginda Queen dalam Sungai Perak Semua ini berlaku sebelum kesampaian satu lagi kumpulan THE OTHER - YANG LAIN – Yang Lain yang saya maksudkan ini ialah Orang China dan Orang India yang akan dibawa masuk ke Tanah Melayu. Dari sinilah berlakunya ketempangan projek mendirikan nasion atau bangsa. Sebelum sampainya China dan India ke Tanah Melayu – Nasion Melayu telah wujud tuntas. Mereka telah wujud dalam satu kancah. Mereka telah merasakan bagaimana mereka ditindas, dibuli, diinjak, digempur, diburu dan dibunuh oleh Portugis, Belanda dan Inggeris. Sebelum datangnya 'pendatang asing' – China dan India - Manusia Melayu telah mendirikan tamadun, telah mendirikan budaya bangsa dan telah mendirikan Empire Melaka. Manusia Melayu telah sama-sama rebah bangun dalam satu cita-cita dan mimpi. Pengalaman ini tidak ada dalam hari sanubari masyrakat Cina atau India yang datang kemudian. Mereka mungkin terbaca, mungkin membaca sejarah – lalu bertemu dengan nama saperti Tun Fatimah, Tok Janggut atau Datuk Bahaman. Untuk jenerasi Yang Lain yang baru datang ini Maharaja Lela mungkin hanya nama stesen monorail. Hang Jebat mungkin hanya nama stesen LRT – tidak lebih dari itu. Walhal untuk manusia Melayu di Tanah Melayu nama-nama stesen LRT ini mengembalikan mereka kepada sejarah asal usul mereka. Nama-nama ini membuka naratif yang maha luas tentang apa ertinya Melayu dan apa ertinya semangat Melayu. Dari nama-nama inilah lahirnya naratif kesedaran Aku Ini Siapa? Corpus tamadun Melayu – Hikayat Hang Tuah, Salalatul Salatin, Hikayat Merong Mahawanga – mungkin nama-nama yang pernah didengari oleh jenerasi yang dibawa oleh British ini. Tetapi mereka tidak menghayati tanda dan makna dari nama-nama ini. Hakikatnya ratusan tahun sebelum China dan India dibawa oleh British ke Tanah Melayu – Orang Melayu telah memiliki kesedaran bangsa. Mereka telah dikumpulkan dalam satu nasion. Mereka telah berkongsi wilayah, bahasa, budaya – mereka telah mengenali diri mereka sebagai Melayu. Apakah yang saya tulis ini hanya kata-kata kosong? Apakah yang saya tulis ini hanyalah teori kosong. Saya akan mempertahan hujah dan pandangan saya ini dengan Perlembagaan Rakyat tahun 1946. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon 03-92-21-40-45 ------------------ | ||
Posted: 30 Jun 2014 09:45 PM PDT Itulah tawaran diberikan tenaga pengajar sekolah memandu untuk calon yang ingin mengambil lesen memandu sama ada motosikal, motosikal berkuasa tinggi atau kereta. Untuk gerenti lulus lesen motosikal (Kelas B2) calon dikenakan bayaran tambahan RM150; motosikal berkuasa tinggi (Kelas B) sebanyak RM200 dan kereta (Kelas D) dikenakan bayaran RM500. KAH KAH KAH woit baru sekarang sedar baru sekarang nak lapor kes beli lesen memandu dah berlaku berkurun-kurun apakah ini kerana nak alih cerita nak alik pandangan kerana harga bbarang naik orang makin resah hanya tunngu nak ke jalan raya! -------------- | ||
Posted: 30 Jun 2014 09:18 PM PDT Diplomat charged with sexual assault returns home from New ZealandMan from unnamed country claims diplomatic immunity from charges of burglary and assault with the intent to rape A diplomat has evaded sexual assault charges in New Zealand by claiming diplomatic immunity and returning home, officials said. New Zealand police said the man, who is in his 30s, followed a 21-year-old woman last month and assaulted her. He has been charged with burglary and assault with the intent to rape, each of which carries a maximum prison sentence of 10 years. A New Zealand judge has suppressed the man's name and details of the case that could identify him. Government lawyers have interpreted that order as including naming the diplomat's home country. New Zealand's government sought a waiver of diplomatic immunity so the man could face trial in New Zealand, but was rebuffed by the man's home country, which sent him home within days of the incident on 9 May. The prime minister, John Key, said it was his "very strong preference" that the man faced trial in New Zealand. NOTA berita dari akhbar GUARDIAN kata mamat ini dah pulang malayasia? Wisma Putra sahkan diplomat Malaysia suspek kes pencabulan seks di New Zealand1 Jul — Wisma Putra mengesahkan seorang diplomat Malaysia merupakan suspek kepada kes pencabulan seks di New Zealand, mengatakan beliau akan berdepan dengan perbicaraan jika diberikan jaminan keadilan. Menteri Luar Anifah KAH KAH KAH woit kes ini entot entot tak dapat lari mari kita teka mamat ini siapa? ada pembaca tahu? siapa ada maklumat sila buka cerita entah entah sepupu perogol amah atau sepupu pembunuh KAH KAH KAH --------------- | ||
Posted: 30 Jun 2014 08:36 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan