Kerabu Bersuara ® |
- Biadap! Wanita Kafir Pakai Baju Tulisan Al Fatihah
- YB Ram Karpal Singh Melawat TG Nik Aziz
- Polis Sila Ambil Tindakan Segera
- #MH 17: RINGKASAN URUSAN JENAZAH HANCUR BERCAMPUR NON-MUSLIM
- #MH17: Najib panggil sidang Parlimen tergempar
- #MH17 sah ditembak
Biadap! Wanita Kafir Pakai Baju Tulisan Al Fatihah Posted: 19 Jul 2014 03:24 AM PDT siapa jumpa wanita tolong nasihat dengan cara baik. biadap dan kurang ajar! |
YB Ram Karpal Singh Melawat TG Nik Aziz Posted: 19 Jul 2014 01:40 AM PDT |
Polis Sila Ambil Tindakan Segera Posted: 19 Jul 2014 12:20 AM PDT |
#MH 17: RINGKASAN URUSAN JENAZAH HANCUR BERCAMPUR NON-MUSLIM Posted: 18 Jul 2014 06:09 PM PDT Jika telah bercampur dan tidak boleh dikenali di antara Muslim dan non-Muslim, maka menurut ijtihad Imam Syafie disolatkan semuanya walau bercampur dan tidak dapat dipastikan lagi, walaupun jumlah yang muslim kurang berbanding non-muslim. Dengan hujjah solat ke atas jenazah muslim itu wajib. Oleh kerana solat ke atas orang bukan Islam itu ditegah di dalam Islam, mazhab Syafie menyarankan niat solat ke atas mayat bercampur itu dengan mengikat iaitu :- "Aku solatkan ke atas jenazah ini JIKA dia seorang Islam" Berikut adalah teks dari kitab fiqh silam :- قال الشافعي ) رحمه الله تعالى( : وإذا غرق الرجال أو أصابهم هدم أو حريق وفيهم مشركون كانوا أكثر أو أقل من المسلمين صلى عليهم ، وينوي بالصلاة المسلمين دون المشركين ، وقال بعض الناس : إذا كان المسلمون أكثر صلى عليهم ، ونوى بالصلاة المسلمين دون المشركين ، وإن كان المشركون أكثر لم يصل على واحد منهم ( قال الشافعي ( لئن جازت الصلاة على مائة مسلم فيهم مشرك بالنية لتجوزن على مائة مشرك فيهم مسلم Ertinya : Imam Syafi'i berkata: Ketika beberapa lelaki tenggelam atau tertimpa runtuhan bangunan atau kebakaran dan di sana bercampur baur dengan orang kafir sama ada lebih ramai atau kurang dibandingkan dengan orang-orang muslim, maka boleh solat ke atas orang-orang tersebut dengan niat solat ke atas orang Islam. Ada sebahagian berpendapat: "Boleh menyolatkan hanya jika orang muslim lebih banyak dari pada orang kafir, tetapi kalau orang kafir lebih banyak hukum mensolatkannya tidak boleh". Imam Syafi'i berkata: "Kalau boleh menyolatkan seratus orang Islam yang di dalamnya terdapat satu orang musyrik dengan niat, maka diperbolehkan pula mensolatkan satu orang muslim yang di dalamnya terdapat seratus orang musyrik dengan niat. Itu kalau orang kafir atau orang musyrik tersebut tidak bisa dikenali lagi. (Imam al-Muzanni, Mukhtasar al-Muzanni 'ala al -Umm ) Bagi yang tidak berada di sana, boleh dilaksanakan solat ghaib. Adakah Perlu Mandikan Anggota Bercampur? Imam Syafie juga berpendapat bahawa mayat yang tidak lengkap tubuhnya, termasuk mayat yang telah terpotong anggota tetap wajib dimandikan, dikafankan, dan disolatkan. Tiada bezanya di antara mayat yang lengkap dengan yang tidak. Justeru, wajib memandikan anggota tubuh si mayat yang terdapat itu seperti wajibnya memandikan mayat yang lengkap anggota badannya. Pendapat yang serupa juga disebutkan oleh Imam Ahmad bin Hambal, dan Ibnu Hazm. Imam Syaf'i berkata: "kami mendapat berita bahawa di waktu perang berunta(Jamal), seekor burung menggugurkan sepotong tangan manusia di Mekah (tangan itu adalah tangan Abd Rahman Bin 'Itab bin Asid). Tangan itu dapat mereka kenali dengan cincin. Maka tangan itu mereka mandikan dan shalatkan, dan hal itu adalah di depan para sahabat" Imam Ahmad, berkata: "Abu Ayyub mensolatkan sepotong kaki, sedang Umar mensolatkan tulang-belulang" Justeru, sekiranya didapati mana-mana satu anggota dan tidak menjadi luruh atau tanggal dengan sebab dimandikan maka wajiblah dimandi dan disolatkan. Dan jika ianya menjadi luruh sedangkan anggota-anggota itu adalah sebahagian daripada anggota tayammum maka wajiblah ditayammumkan anggota itu dan disembahyangkan keatasnya. Sekiranya tiada kemampuan atas sebab terlalu ramai atau wujud halangan undang-undang dan sebagainya seperti orang yang terbakar sehingga menjadi debu atau yang dimakan binatang buas, tenggelam di dalam laut atau lubang yang tidak dapat dikeluarkan atau ditemukan. tidak perlu dimandikan lagi. Menurut pendapat para ulama silam, orang Islam yang mati dalam kebakaran yang habis seluruh tubuhnya menjadi debu tidaklah wajib dimandikan, dan mengikut pendapat yang muktamad namun boleh disolatkan. Saya mengucapan setinggi-tinggi takziah kepada ahli keluarga mereka yang terlibat, semoga tuan puan dikurniakan kesabaran berpanjangan. ٍSama-sama berdoa untuk keampunan dan rahmat buat mangsa beragama Islam. اللهم اغفر له وارحمه، وعافه ،واعف عنه ،وأكرم نُزُله ، ووسع مُدخلهُ ، واغسله بالماء والثلج والبرد ، ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس ، وأبدله داراً خيراً من داره ، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من زوجه، وأدخله الجنة ،وأعذه من عذاب القبر ( ومن عذاب النار ) Dr. Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net FB : DrZaharuddin |
#MH17: Najib panggil sidang Parlimen tergempar Posted: 18 Jul 2014 05:59 PM PDT KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis. Beliau berkata sidang tergempar itu adalah bagi menyatakan pendirian tegas rakyat Malaysia terhadap tragedi malang itu. Katanya Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berhati perut, tidak bertamadun, bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab itu. "Sekalipun pesawat MH17 itu dipercayai ditembak jatuh, namun buat masa ini, kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak sehinggalah bukti-bukti sahih dapat disahkan," kata Perdana Menteri dalam perutusan khas mengenai nahas MH17 yang disiarkan secara langsung di RTM1 malam tadi. Najib berkata beliau difahamkan bahawa kawasan berlakunya kejadian itu dikuasai dan dikawal oleh pasukan pemberontak. "Oleh itu, kita sedang membuat pelbagai usaha termasuk saluran diplomatik dan hubungan baik Malaysia dengan negara-negara berkenaan supaya pasukan penyiasat dapat menjalankan tugasan mereka dan urusan pengurusan mangsa dapat berjalan dengan lancar," katanya. Perdana Menteri menjelaskan kerajaan Malaysia menuntut pihak-pihak yang terbabit supaya menjamin dan memastikan keselamatan pasukan penyelamat sepanjang operasi ini dijalankan. "Kedua, kerajaan Malaysia juga mendesak pihak-pihak berkenaan agar tidak mengganggu dan mencemari bukti-bukti di tempat kejadian supaya kerja-kerja penyiasatan dapat dilakukan secara telus dan berkesan. "Ketiga, jika siasatan membuktikan pesawat MH17 ditembak jatuh, Malaysia menuntut agar pihak yang bertanggungjawab dibawa terus ke muka pengadilan," katanya. Najib berkata, ketiga-tiga tuntutan itu telah beliau maklumkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki Moon. "Saya juga telah meminta Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk memberi segala kerjasama bagi mencapai hasrat tersebut," katanya. Najib turut mengajak rakyat Malaysia bersatu hati dan mengukuhkan semangat perpaduan demi menghadapi kejadian yang menyayatkan hati ini. "Pada detik-detik dan saat-saat yang mencarik perasaan dan sanubari serta sungguh mencabar ini, marilah kita bersatu hati, mengukuhkan semangat perpaduan sesama kita demi menghadapi kejadian yang menyayatkan hati ini. "Semoga ALLAH memberi pertolongan-Nya kepada ikhtiar-ikhtiar kita untuk melalui semuanya," kata Perdana Menteri. Pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, adalah dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis. Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat. - Bernama |
Posted: 18 Jul 2014 04:37 PM PDT Washington: Presiden Barack Obama mengesahkan pesawat MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu dari kawasan bawah kawalan pemberontak pro-Russia di Ukraine. Katanya, ini bukan kali pertama pemberontak menembak jatuh pesawat di kawasan itu. "Kejadian ini adalah satu tragedi global. Pesawat Asia dimusnahkan di ruang udara Eropah dengan penumpang yang terdiri daripada rakyat pelbagai negara. "Satu siasatan antarabangsa yang kredible perlu diadakan untuk mengetahui apa yang berlaku," katanya pada sidang media di sini, malam tadi. Seorang pegawai Amerika Syarikat berkata, bukti temasuk imej satelit menunjukkan pesawat itu ditembak dengan peluru berpandu SA-11 dari timur Ukraine. Katanya, tiga peristiwa berkaitan dikesan iaitu apabila peluru berpandu itu dilancar, waktu ia terkena pesawat dan apabila pesawat terhempas. Pesawat MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia Khamis lalu. Ia membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada Khamis, 12.15 tengah hari (waktu Belanda) dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Jumaat, 6.10 pagi (waktu Malaysia). - AP |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan