Jumaat, 11 Julai 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Fesyen Hijab

Posted: 11 Jul 2014 05:08 AM PDT



Jangan sampai nampak menghina ajaran dan suruhan agama islam.

Insya allah kita sama-sama perbaiki.

BAHANA MENEMPAH SEJARAH BERMUSUH DENGAN TUHAN

Posted: 10 Jul 2014 11:01 PM PDT



BAHANA MENEMPAH SEJARAH BERMUSUH DENGAN TUHAN.

Kini, web-site Israel menunjukkan pelbagai gambar suasana cemas mereka menghadapi serangan roket-roket Briged Al Qassam guna untuk meraih pengertian dunia.

Hakikat yang sebenarnya hanya menunjuk bagaimana Israel melalui hari-hari cemas dalam ketakutan walaupun yang sebenarnya diserang habis-habisan adalah Gaza, satu "penjara terbesar" dunia.

Kita pula, secara kebetulan asyik-asyik menunjukkan pelbagai gambar ummat Islam di Gaza yang bermandikan darah dan hancur akibat kebinatangan Israel. Sehingga lupa untuk melihat daripada sudut "ketakutan" yang sedang menghantui orang-orang Israel.

Sungguh, Israel @ Zionis adalah ummat yang paling penakut. Ketakutan yang sebenarnya hanya pernah ada akibat kedudukan mereka yang pernah menjadi bangsa yang dihalau kerana kemunafikannya ketika menghadapi semua zaman dan semua pemerintahan.

Sebab itu, mereka membuat pembantaian menggila kepada semua termasuk orang-orang awam Gaza. Membuktikan betapa psikologi Israeli adalah pada tahap yang sangat rapuh dan lemah.

Bayangkan kalau Dunia Islam seiring bertindak. Tetapi malang rupa-rupanya Dunia Islam ini masih dihantui dan dibelenggu peristiwa Perang 6 Hari yang penuh strategi saraf dan taktikal Zionis.

Sedangkan mereka ini sebenarnya hanya ada dua kelebihan yang utama iaitu...

1.Pakar Menipu (lihat Al Quran)
2.Berniaga untung (lihat seerah)

Mereka mencipta pelbagai senjata bukan kerana berani untuk berperang. Tetapi untuk perniagaan dan meraih untung hasil daripada kebodohan pihak-pihak lain yang berjaya mereka manipulasikan!

Justeru, bila Briged Al Qassam berjaya bolos sampai betul-betul ke "dalam" negara haram Israel ; sehingga kita sendiri seolah upaya berkongsi rasa betapa TAKUTnya mereka.

Sekali lagi, mereka adalah ummat yang paling pengecut! Bukannya ketumbukan tentera yang patut kita geruni kerana yang sebenarnya merekalah yang sepanjang masa gerun terhadap Islam asal sahaja ummat ini BERSATU, BANGKIT DAN LAWAN.

Seluruh Haifa, Nablus, Ramallah, Jerusalem, Hebron dan lain-lain termasuk Gaza itu sendiri adalah PALESTINE. Jika mahu membebaskannya kenalah "menyantuni" semuanya, bukan?..

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
10 Julai 2014, 20:21

Gambar One Utama Terbakar

Posted: 10 Jul 2014 09:39 PM PDT



Gambar yang sempat diambil oleh pengirim.

Apabila timbul isu Palestin, teringat akan kisah di bawah. Silakan baca ...

Posted: 10 Jul 2014 07:57 PM PDT




Apabila timbul isu Palestin, teringat akan kisah di bawah. Silakan baca ...

"Bukan Urusan Saya" – "It's not my business!"

Syeikh Muhammad Sa'adudin bin Hasan Khan at-Tabrizi (w.1008H) merupakan Syeikh al-Islam (mufti Negara) yang ke-22 di dalam kerajaan Turki Uthmaniah.

Khalifah Turki yang bernama Sultan Ahmad I mengirim sepucuk surat rasmi kepada Syeikh Sa'dudin untuk bertanya, "Apakah kekurangan yang terdapat di negara ini (sehingga kita mengalami kemunduran dan kekalahan daripada musuh) padahal Allah menjanjikan kemenangan bagi umat Islam?"

Syeikh yang bijak ini segera menulis jawapannya, "Bukan urusan saya." Sultan Ahmad I menjadi sangat marah apabila membaca jawapan tersebut. Dia menyangka bahawa Syeikh Sa'dudin mengabaikan pertanyaan penting ini.

Dengan tenang, Syeikh Sa'dudin menjelaskan, "Saya tidak mengabaikan pertanyaan tuanku. Sebaliknya, saya menjawab pertanyaan tersebut dengan sangat teliti. Kalimat "bukan urusan saya" inilah penyebab utama kemunduran umat Islam.

Jika setiap individu – sama ada pejabat di dalam kerajaan atau rakyat biasa – hanya mementingkan diri sendiri, dan berkata " bukan urusan saya" setiap kali melihat permasalahan umat, maka kemunduran demi kemunduran, dan kekalahan demi kekalahan akan menimpa umat Islam secara berterusan."
Setelah memahami ucapan Syeikh yang penuh makna, Sultan Ahmad I menjadi sangat malu. Lalu dia segera meminta maaf kepada Syeikh Sa'dudin dan memberikan hadiah yang banyak kepada beliau.

Titipan dari buku Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia karya Al-Fadhil Ustaz Umar Muhammad Noor, Terbitan Telaga Biru.

#save4gaza : terus berjuang wahai mujahiddin

Posted: 10 Jul 2014 05:31 PM PDT



Ingat, janji allab pasti berlaku.

Tiada ulasan: