Kelab Greenboc |
- [KEJUTAN] Lagi Kes Beberapa Ayat Hilang Daripada Al-Quran
- Ini Yang Patut Dibersihkan: Bufet Ramadan Tapi Jual Arak
- Apabila Sudah Kantoi, Ku Nan Dakwa Sumbang Berkampit Beras Kepada Gelandangan!
- Kasihan, Kesemua 9 Beradik Itu Tidak Bersekolah....
[KEJUTAN] Lagi Kes Beberapa Ayat Hilang Daripada Al-Quran Posted: 08 Jul 2014 01:32 AM PDT Tumpat - Warga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat, di sini, menerima kejutan apabila mendapati beberapa ayat suci hilang daripada al-Quran milik surau di institusi pengajian peringkat menengah itu. Imam solat terawih di surau MRSM Tumpat, Mohamad Deraman berkata, dua muka surat al-Quran terbabit yang didapati hilang adalah surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah. Menurutnya, ketika meneliti al-Quran bersaiz 4x8 inci itu, dia mendapati ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah hilang manakala pada surah Al-Baqarah pula, ayat 1 hingga 4 didapati hilang. "Pada surah Al-Fatihah, yang tinggal hanya kalimah ALLAH dan bunga-bunga akhir ayat. Pada surah Al-Baqarah pula, tinggal hanya perkataan ALLAH dan Robbihin, iaitu nama-nama ALLAH. "Saya harap perkara ini tidak disalah tafsir, sebaliknya diambil sebagai peringatan oleh seluruh umat Islam agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran," katanya. Kejadian itu turut disedari oleh salah seorang pelajar MRSM Tumpat ketika ingin membaca al-Quran itu pada hari ketiga Ramadan. Al-Quran berusia lebih 10 tahun itu diserahkan kepada Mohamad yang merupakan bekas imam Masjid As-Somadi, Geting, dekat sini dan disimpan di rumahnya di Kampung Neting. Kata Mohamad, ini kali kedua dia melihat kejadian ayat al-Quran hilang kerana kejadian sama pernah dilalui ketika belajar di Pondok Pasir Tumboh pada 1998. ULASAN GB Antara tanda-tanda hampirnya kiamat ialah Allah akan mengangkat dan dihilangkan keseluruhannya dari kitab al-Quran hanya dalam satu malam sahaja. Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga". Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah"? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali). Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Ini Yang Patut Dibersihkan: Bufet Ramadan Tapi Jual Arak Posted: 07 Jul 2014 10:50 PM PDT Kuala Lumpur - Berselindung di sebalik istilah perkataan Melayu, sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng di sini dikesan menawarkan bufet Ramadan tanpa mempunyai pengiktirafan sijil halal. Hasil serbuan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mendapati premis itu turut menjual arak. Difahamkan, restoran yang menyediakan bufet Ramadan pada harga RM75 untuk dewasa dan RM35 (kanak-kanak) itu aktif menjual arak pada waktu malam. Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Muhammad Khalid Osman berkata, restoran berkenaan didapati gagal mempamerkan sijil halal dan tidak mendapat kebenaran daripada Jakim untuk mengadakan promosi bufet Ramadan. "Kita telah rampas kain rentang yang memaparkan iklan bufet Ramadan dan sekotak minuman keras sebagai bahan bukti. Buat masa ini, operasi restoran berjalan seperti biasa tetapi tidak dibenarkan mengadakan promosi bufet Ramadan sehingga siasatan lengkap dijalankan," katanya pada sidang media, di sini, semalam. Menurutnya, restoran tersebut akan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 selain pemantauan berterusan dilakukan jika masih menerima aduan menawarkan bufet Ramadan. Beliau turut menggesa orang ramai supaya memilih premis sama ada restoran atau hotel yang mempunyai sijil halal diperakui Jakim sahaja. Operasi pertama Ops Bufet Ramadan yang bermula pada jam 11 pagi itu membabitkan 13 anggota dan akan diteruskan sepanjang Ramadan, fokus kepada restoran dan hotel sekitar Kuala Lumpur. Katanya, pihaknya berharap orang ramai tampil membuat aduan bagi membolehkan tindakan diambil kepada premis yang terlibat menyalahgunakan sijil halal. "Setakat ini, sebanyak 10 aduan diterima terhadap lebih 10 premis yang menawarkan bufet Ramadan tanpa sijil halal selain menyediakan minuman beralkohol," katanya. Sebelum ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha mengingatkan pengusaha supaya tidak menggunakan ungkapan seperti 'Bufet Ramadan', 'Makanan Berbuka Puasa', 'Iftar Ramadan' atau 'Makanan Bersahur' sewenang-wenangnya yang boleh mengelirukan pengguna Islam. ~SH Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Apabila Sudah Kantoi, Ku Nan Dakwa Sumbang Berkampit Beras Kepada Gelandangan! Posted: 07 Jul 2014 05:40 PM PDT Saya sendiri sumbang berkampit beras kepada gelandangan, kata Ku Nan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan menghalang badan bukan kerajaan (NGO) membantu masalah gelandangan malah mengakui dirinya menyokong usaha memberi bantuan makanan kepada gelandangan di Kuala Lumpur sejak 14 tahun lalu. Tengku Adnan berkata, tidak ada masalah jika NGO lain mahu meneruskan aktiviti agihan makanan kerana beliau juga menjalankan operasi melalui kumpulan sendiri di Jalan Imbi, Bukit Bintang. "Saya sendiri pun operate di Jalan Imbi. Saya bagi support tiap-tiap bulan beras berkampit-kampit dan sebagainya. "Kita nak juga gelandangan ini terbela," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program "Nur Ramadan" di Masjid Al-Muttaqin di Taman Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, hari ini. Katanya, beliau juga pernah turun ke jalanan dan melihat sendiri masalah sebenar, cuma tidak tahu cara mengumumkannya kepada orang awam. Menurutnya, yang menjadi kebimbangan apabila golongan terbabit menyumbang kepada masalah kekotoran dan sampah sarap di kota Kuala Lumpur. "Saya tidak berapa minat kalau sesetengah orang bagi makanan secara foam dan bungkusan, jadi ini yang mengotorkan (bandar)," katanya. Beliau berkata, pihaknya termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan pertemuan dengan semua NGO dapur jalanan pada Selasa ini bagi membetulkan semula persepsi mengenai kenyataannya sebelum ini. Perbincangan itu termasuk cadangan untuk membina rumah perlindungan "one stop centre" yang akan dibeli DBKL untuk menangani masalah kemiskinan dan gelandangan. Ditanya megenai teguran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui Twitter yang menyeru supaya peranan NGO dapur jalanan dihargai, beliau berkata dirinya sudah menjelaskan perkara sebenar kepada Najib. "Saya harap dapat selesaikan isu rumah perlindungan ini dalam hujung tahun," katanya. Sebelum itu, Tengku Adnan ketika berucap di hadapan kira-kira 500 penduduk Parlimen Wangsa Maju berkata, tindakannya itu demi membawa perubahan dan kebaikan, malangnya diputarbelitkan dan dijadikan bahan fitnah. "Biar Kuala Lumpur jadi livable city bukan city of rubbish," tegasnya. Beliau juga mengarahkan pengarah penguatkuasa DBKL membuat laporan polis ekoran fitnah yang disebarkan di media sosial mengatakan pengurusan Masjid Kampung Baru disaman DBKL kerana mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai. Pihaknya juga bercadang membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana mendakwa kenyataan itu mengelirukan rakyat. Seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama "Aduka Taruna" menyebarkan berita kononnya Masjid Jamek Kampung Baru menerima 124 saman DBKL kerana memberi sedekah bubur lambuk kepada orang ramai. Beliau turut menyeru orang ramai supaya memberi peluang kepadanya menyelesaikan kemelut isu gelandangan ini dalam tempoh dua minggu. "Saya minta kawan-kawan yang buat kerja amal ni teruskan kerja mereka, jangan berhenti kerana ia dituntut Allah. "Apa yang dilakukan DBKL dan Kementerian Wilayah ini dituntut (oleh agama). Kita cuba bantu ikut cara kita. "Apa yang kita harap dapat ringankan beban mereka waktu Ramadan dan semasa nak sambut Aidilfitri," katanya. –TMI
ULASAN GB Setelah dihentam teruk oleh rakyat dengan kenyataan awalnya untuk membersihkan kegiatan pengemis dan gelandangan di ibu negara, tiba-tiba kini Ku Nan buat pusingan-U menyatakan beliau juga beri berkampit-kampit beras kepada gelandangan. Beliau juga menuduh media memutarbelitkan kenyataannya. Sedangkan kenyataan asal amat jelas seperti yang dipaparkan di atas. Rakyat juga tertanya-tanya benarkan gelandangan itu memperolehi "sumbangan berkampit-kampit beras" dari Ku Nan? Bila masa gelandangan ini memasak. Di mana dapurnya? Ia menunjukkan bahawa kenyataan Ku Nan itu sendiri meragukan kerana gelandangan tidak mempunyai sebarang kemudahan untuk menyimpan dan memasak barangan seperti beras yang didakwa Ku Nan telah disumbangkannya kepada gelandangan tersebut. Sungguh pelik dan ajaib. Dan kenyataannya itu dikeluarkan setelah ada menteri sendiri yang tidak bersetuju dengan langkah Ku Nan untuk "membersihkan KL" dari gelandangan kerana dikatakan ia mengotorkan. Besar sangat temberang dan pembohongan Ku Nan ini. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Kasihan, Kesemua 9 Beradik Itu Tidak Bersekolah.... Posted: 07 Jul 2014 03:58 AM PDT Melaka: Semua sembilan adik kepada Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, yang maut disyaki dibelasah bapanya dengan kayu di Kampung Jawa, Alor Gajah Sabtu lalu tidak mempunyai sijil kelahiran dan tidak pernah bersekolah. Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar berkata, sehubungan itu beliau sudah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka untuk menjalankan siastan dan membantu keluarga berkenaan bagi mendaftarkan kelahiran sembilan beradik berkenaan. "JKM akan mengenal pasti punca dan membantu keluarga ini bagi memastikan sembilan beradik berkenaan berusia antara empat hingga 16 tahun memperoleh sijil kelahiran. Selain JKM, Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (PEMBELAN BN) Melaka juga akan membantu keluarga ini. "Ia perlu dilakukan segera bagi membolehkan sembilan beradik ini mendapat pendidikan sempurna kerana sehingga kini difahamkan mereka tidak bersekolah," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Melaka di sini, sebentar tadi. Menurutnya, bantuan susulan daripada JKM akan dilakukan sejurus selepas upacara pengebumian mangsa di Kampung Rantau Panjang Klang, Selangor selesai. Sementara itu, bapa yang dipercayai membunuh anaknya direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. Lelaki berusia 52 tahun dibawa sepasukan anggota polis ke Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini, kira-kira jam 12 tengah hari tadi bagi mendapatkan perintah reman. Terdahulu lelaki itu ditahan ketika sedang bersembunyi di sebuah rumah sewa seorang lelaki yang ditumpangnya di Kampung Padang, Melekek, Simpang Ampat, jam 2.30 pagi tadi. Difahamkan, suspek diberkas di rumah berkenaan ketika ditinggalkan bersendirian oleh penghuni rumah terbabit yang takut apabila lelaki itu mendakwa baru sahaja membunuh anak lelakinya dengan kayu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -HM
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan