Kelab Greenboc |
- Akhirnya Kiki Didenda RM5,000 & Diarah Buat Kerja Amal 240 Jam
- Dakwaan Macai UMNO Dalam Surat Terbuka Kononnya Kiki Dimaki Hamun Adalah Karut
- [GAMBAR] Lagi Wajah-Wajah Penumpang Dan Anak Kapal MH17
- [NAHAS MH17] Kotak Hitam Hilang, Mayat Pula Dilarikan Orang
Akhirnya Kiki Didenda RM5,000 & Diarah Buat Kerja Amal 240 Jam Posted: 22 Jul 2014 12:45 AM PDT WWanita dalam klip Youtube didenda RM5,000, diarah buat kerja amal Wanita yang terkenal selepas videonya menggunakan kata-kata kesat kepada seorang lelaki tua dan mengetuk keretanya dalam satu pelanggaran di Kuantan minggu lepas didenda RM5,000 atau tiga bulan penjara hari ini, lapor The Star Online. Kata portal akhbar itu, Mahkamah Sesyen Kuantan juga mengarahkan Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, juga dikenali Kiki, melakukan kerja kemasyarakatan selama 240 jam. Menurut laporan itu, hakim Zainal Abidin Kamarudin mengingatkan Kiki untuk menjaga nama baiknya memandangkan dia seorang wanita dan berpelajaran. Zainal Abidin berkata Kiki bernasib baik kerana mangsa yang diserang itu, Sim Siak Hong, memaafkan dia dan tidak meneruskan dakwaan terhadapnya. Laporan itu berkata Kiki, yang menangis semasa mitigasi, sebelum itu mengaku bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di tapak parkir UTC, Jalan Sekilau di Kuantan pada 14 Julai jam 1.10 tengahari, kata laporan itu. Kiki menjadi terkenal sejak rakaman perbuatannya dimuatkan di YouTube dan tersebar luas. Video selama 2½ minit itu menunjukkan Kiki mengetuk kereta Sim dengan kunci steering, menuntut RM2,000 daripada lelaki itu, dan menjerit kepadanya kerana melanggar kereta barunya, sebuah Peugeot 208. Bagaimanapun, Kiki meminta maaf dalam temuramah dengan media dan mengaku kesalahannya serta memohon orang ramai menghentikan cercaan ke atasnya. Sim, 68, berkata Kiki dan ayahnya telah meminta maaf kepadanya dan dia telah berjanji kepada mereka tidak akan membuat laporan polis atau mendakwanya di mahkamah. Pesara itu berkata walaupun dia merasa trauma dengan kejadian itu, dia dan isterinya yang ada bersama ketika kejadian, memutuskan untuk tidak memanjangkan perkara itu. "Sebagai seorang Katolik, agama saya mengajar supaya memaafkan kejahatan yang orang lakukan kepada kita," katanya. ~TMI Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI | ||||||||||||||||||||||||||
Dakwaan Macai UMNO Dalam Surat Terbuka Kononnya Kiki Dimaki Hamun Adalah Karut Posted: 21 Jul 2014 10:45 PM PDT Dakwaan Kiki dihamun mengarut Kuantan: Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak keterlaluan dengan membuli seorang lelaki warga emas, di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, minggu lalu, bukan disebabkan selepas dimaki oleh mangsa. Sumber polis sebaliknya berkata, berdasarkan siasatan, Kiki dipercayai bertindak sedemikian kerana bengang selepas lelaki itu tidak mahu keluar dari kereta, selepas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan kecil. "Keterangan lelaki berkenaan juga mengesahkan dia tidak mengeluarkan kata-kata kesat kepada Kiki pada masa kejadian," katanya. Menurutnya, surat terbuka yang mendakwa bahawa Kiki bertindak ganas kerana selepas dimaki oleh warga emas itu adalah rekaan pihak tidak bertanggungjawab. "Saya sudah membaca surat berkenaan dan pada saya semua dakwaan itu adalah mengarut," katanya. Semalam, satu kenyataan disebarkan di laman sosial bahawa Kiki bertindak keterlaluan selepas dimaki oleh lelaki berkenaan. Ia turut menyatakan bahawa lelaki berkenaan turut menghamburkan kata cacian berbaur perkauman. Sementara itu, Kiki dijangka akan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda di Mahkamah Majistret di sini, esok. ~HM
ULASAN GB Macam-macam hal macai ni. Sanggup karang cerita rekaan untuk membangkitkan sentimen perkauman untuk membenci bangsa lain. Sepatutnya polis perlu siasat siapa pereka surat terbuka di atas dan kemudian dakwanya di bawah Akta Hasutan supaya menjadi pengajaran kepada mereka yang suka mencipta fitnah dan menyemai unsur rasisma di kalangan masyarakat berbilang kaum di dalam negara ini. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI | ||||||||||||||||||||||||||
[GAMBAR] Lagi Wajah-Wajah Penumpang Dan Anak Kapal MH17 Posted: 21 Jul 2014 06:00 PM PDT Kuala Lumpur: Seramai 298 penumpang dan anak kapal terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh anggota puak pemisah Rusia. 298. Ini bukan sekadar angka tetapi ini adalah jumlah nyawa yang terkorban dalam nahas malang yang menimpa dunia ini. Nyawa-nyawa ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli akademik, pelakon teater, aktivis AIDS, pelajar perubatan, penuntut Doktor Falsafah dan sebagainya. Ada yang membuat perjalanan bersendirian, bersama pasangan masing-masing atau dengan seluruh keluarga. Ada yang tidak sabar untuk bertemu semula bersama ahli keluarga untuk Hari Raya, dan ada juga menggunakan Kuala Lumpur sebagai destinasi transit sebelum menyambung perjalanan ke negara masing-masing. Siapa mereka? Apa kisah mereka?
Menerusi akaun Instagram beliau (@masa1777), gambar terakhirnya mempunyai mesej: “Bismillah…#hatiadasikitgentar”.
Beliau menghadiri persidangan di University of Antwerp, Belgium sebagai pembentang kertas kerja. Pensyarah tersebut yang sepatutnya dijadual kembali bertugas pada Isnin depan turut ditemani anaknya yang berusia satu tahun serta adik perempuannya yang dipercayai sama-sama berada dalam pesawat itu.
Shuba Jay merupakan bekas peserta program realiti Mari Menari. Beliau yang juga aktif sebagai pelakon teater dan drama televisyen dalam perlajalan ke Kuala Lumpur bersama suaminya Paul Goes, seorang warganegara Belanda dan juga anak mereka berusia 21 bulan.
Tambi Jiee bertugas dengan sebuah syarikat milik Shell di Kazakhstan dan baru mendapat kebenaran untuk berpindah tempat kerja dari Kazakhstan ke Kuala Lumpur.
Ahmad Hakimi meninggalkan seorang isteri yang dikenali sebagai Hasmat dan seorang anak lelaki berusia setahun lebih. Beliau menyertai MAS lebih empat tahun lalu sebagai pembantu juruterbang.
Sebelum ini, isterinya yang merupakan seorang pramugari bertukar syif dengan rakan setugas dan terselamat daripada insiden MH370.
Menurut seorang ahli keluarga, Yuli sudah enam tahun tinggal di Belanda dan bekerja di farmasi yang berbeza dari suaminya.
Beliau dan teman lelakinya Emiel Mahler dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu majlis perkahwinan. Kedua-duanya menetap di Melbourne.
Dalam emel terakhir beliau kepada ahli kelaurganya dia tulis “Saya tidak sabar untuk bertemu anak-anak dan juga Sharlene. Saya harap semua okay, kalau kita tidak dapat berhubung lagi, saya akan jumpa anda pada hari Sabtu.
Beliau ditemani teman wanitanya iaitu Olga Ioppa, seorang warganegara Jerman, dan dalam perjalanan untuk bercuti ke Bali, Indonesia. Ahli keluarga memberitahu bahawa Andrei menyukai aktiviti luar dan juga pantai.
Beliau ditemani 5 delegasi yang lain dalam pesawat MH17. -Astro Awani Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI | ||||||||||||||||||||||||||
[NAHAS MH17] Kotak Hitam Hilang, Mayat Pula Dilarikan Orang Posted: 21 Jul 2014 04:14 AM PDT Suruhanjaya Negara Ukraine bagi siasatan MH17 tidak tahu lokasi kotak hitam Wakil Suruhanjaya Negara Ukraine bagi menyiasat nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh, tidak tahu lokasi kotak hitam pesawat itu, menurut kenyataan dikeluarkan Pusat Krisis Media Ukraine semalam. Menurut kenyataan itu, bagaimanapun disyaki kotak hitam itu mungkin berada dalam tangan puak pemisah. Sementara itu, Naib Perdana Menteri Ukraine Volodymyr Groysman dalam kenyataannya berkata, 200 petugas Perkhidmatan Kecemasan Negara Ukraine terbabit dalam operasi mencari, bersama-sama dengan 800 sukarelawan. Bagaimanapun, Groysman berkata, mereka melakukan kerja itu di bawah kawalan ketat pasukan puak pemisah bersenjata. Groysman mengetuai Suruhanjaya Negara bagi Penyiasatan berhubung keadaan yang membawa kepada MH17 terhempas. "Setakat hari ini (Ahad) kami berjaya mengumpul dan menempatkan 192 mayat dan lapan bahagian tubuh mangsa penerbangan MH17 di dalam tren khas. Tren ini berada di Torez dan ia dikunci," katanya. Penerbangan MH17 yang menggunakan pesawat Boeing 777-200, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu pada Khamis. Pesawat Malaysia itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di Donetsk di timur Ukraine. Grosyman berkata, mereka selesai menjalankan tugas itu pada pagi Ahad, tetapi sehingga Ahad malam, tren itu masih belum beredar dari stesen kerana kumpulan puak pemisah menghalang jalan. "Kami sedang berunding dengan mereka berhubung penghantaran mayat mangsa," katanya. Selain itu, katanya, dalam beberapa jam lalu, 27 mayat dan 20 bahagian tubuh dijumpai dan masih berada di tapak kejadian. "Saya percaya untuk mencari mayat setiap orang yang tidak bersalah dan terbunuh menjadi tugas utama kami," katanya. Berhubung pakar teknikal dan pakar dari pelbagai negara yang bersedia menyertai penyiasatan di tapak nahas, Grosyman berkata isu utama adalah memastikan keselamatan mereka terjamin. "Malangnya, kami tidak dapat memastikan keselamatan mereka pada ketika ini, dan kerajaan Persekutuan Rusia, walaupun diminta banyak kali, tidak memikul sebarang tanggungjawab itu dan tidak dapat memberikan jaminan. "Oleh itu, keputusan untuk hadir di tapak pesawat itu terhempas menjadi hak pakar saja dan negara masing-masing. Kami, dalam pada itu, bersedia menyediakan kemudahan pesawat dan menghantar mereka ke kawasan selamat paling hampir pada bila-bila masa," katanya. Berhubung ketibaan anggota keluarga mangsa di Ukraine, beliau berkata tiada maklumat rasmi pada ketika ini dan Kementerian Luar Ukraine akan menyelaraskan proses itu berdasarkan permintaan dan dengan kerjasama kedutaan negara masing-masing. Sementara itu, jurucakap misi pemantauan khas Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) di Ukraine Michael Bociurkiw, berkata beliau dimaklumkan sebanyak 167 mayat disimpan dalam tren berhawa dingin di stesen kereta api di bandar Torez. Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan jumlahnya atau sama ada mayat berkenaan sebenarnya dibawa dari tapak nahas. Katanya, berdasarkan perbualan dengan puak pemisah proRusia, tren kreta api itu akan dibiarkan menunggu di situ sehingga ketibaan pakar-pakar antarabangsa dan pada ketika itu saja akan diputuskan untuk dibawa ke mana. Bociurkiw dalam kenyataan berasingan yang dikeluarkan oleh Pusat Krisis Media Ukraine juga berkata, tren itu kemungkinan akhirnya akan dibawa ke kawasan dikawal kerajaan Ukraine, dan ketika ini ia dikawal 24 jam oleh puak pemisah. Beliau berkata, berdasarkan pemantauan mereka pada Ahad, petugas mencari dan menyelamat telah mengambil alih tugas sukar dan rumit mencari mayat dan bahagian tubuh mangsa dalam serpihan pesawat yang berkecai itu. Pasukan 24 anggota misi pemantauan khas OSCE merupakan yang pertama tiba di tapak nahas MH17 itu pada Jumaat lepas dan dikawal ketat oleh puak pemisah proRusia yang bersenjata. – Bernama
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan