Kelab Greenboc |
- 2 Kes Pramugari Semacam Sudah Beri Bayangan Tragedi MH15
- [GAMBAR] 20 Lagi Gambar SekitarTragedi MH17
- Baju "Al-Fatihah": Dia Adalah Pelancong Korea, Baju Dibeli Di India
2 Kes Pramugari Semacam Sudah Beri Bayangan Tragedi MH15 Posted: 21 Jul 2014 12:25 AM PDT Dora Shahila Kassim, pramugari MH17 seakan memberi bayangan apa akan berlaku kepada dirinya - kapal terbang ditembak - sejak sebulan dahulu lagi. "Ketika itu, kami sekeluarga bercuti di Bali (Indonesia). Ketika bersarapan di hotel, dia tanya saya, macam mana kalau suatu hari nanti, ketika dia bertugas, kapal terbangnya ditembak," imbas abangnya, Don Shahidan. "Saya pun apa lagi, terus marahkan dia kerana bercakap hal bukan-bukan. Tak sangka pula rupa-rupanya apa dia kata itu jadi kenyataan," ujar Don sambil menahan sebak. Ketika itu, mereka bersembang sambil membaca surat khabar yang menyiarkan analisis mengenai tragedi pesawat MH370. Tidak cukup dengan itu, ketika pertemuan terakhir mereka Isnin lalu, Dora Shahila ada menyebut tugasannya ke Amsterdam adalah penerbangan terakhir baginya. "Selepas itu, dia kata mahu cuti panjang. Dia pun dah janji dengan anak tunggalnya, Nurliyana Yazeera Yazli, 15, yang bersekolah di Kolej Tunku Kursiah, Seremban untuk jemputnya dari asrama," katanya. Tambah memilukan, Don bercerita apa yang berlaku pagi semalam, ketika ibunya mahu jemput Nurliyana dari asrama tidak lama selepas mereka mendapat maklumat mengenai tragedi yang meragut nyawa Shahila di Ukraine. "Liyana tak mahu ikut neneknya balik. Dia tak percaya ibunya sudah tak ada. Katanya, dia nak tunggu ibunya datang sendiri jemput dia," imbas Don sebak. Pemergian Dora Shahila memang begitu dirasakan. "Dia adik yang sangat baik, suka bergurau. Kalau dia ada, meriah suasana, semua orang happy," katanya lagi. Ditanya bagaimana dia dan keluarganya mula tahu tragedi yang menimpa Dora Shahila, kata Don, mereka tahu daripada laporan media asing tetapi masih tidak begitu yakin. "Kami hubungi telefon dia tetapi tak dapat," kata Don ketika ditemui di rumah Dora Shahila di Taman Tun Dr Ismail. Adik bongsu mereka, Darlina Kwan yang juga pramugari MAS berkata, dia diberitahu kejadian itu oleh kawan-kawan sekerjanya. "Mereka dapat maklumat awal, selepas itu barulah keluar berita," katanya. Darlina akui, hubungan dengan kakaknya itu memang sangat akrab. "Setiap kali jumpa kami selalu kongsi pengalaman," katanya. Bagi Darlina, Dora Shahila adalah contoh seorang pramugari yang sangat komited dengan kerjayanya. "Kawan-kawan selalu puji komitmen dan sikap profesionalnya," katanya. Apa yang paling menyentuh hati Darlina apabila teringat Dora Shahila yang bersungguh-sungguh memujuknya mengikuti percutian keluarga bulan lalu. "Jadual kami selalu tidak sama, jadi dia beberapa kali cakap, 'Jomlah ikut ke Bali ni mungkin percutian terakhir dengan keluarga," katanya. Menurut Darlina, walaupun berita itu amat memilukan, mereka sekeluarga reda dengan ketentuan ALLAH. ~SH KES 2 Mesej aneh Mastura Mustafa, pramugari MH17 kepada suami sebelum terhempas "Sayang takkan selamanya sentiasa ada bersama abang, suatu hari nanti sayang akan pergi temui ALLAH takkan kembali." Itulah antara perbualan terakhir seorang daripada mangsa nahas Malaysia Airlines penerbangan MH17, Mastura Mustafa dengan suaminya Mohamed Affendi Khairuddin. Mohamed Affendi, 43, berkata isterinya yang merupakan kru penerbangan itu juga sempat memohon maaf atas segala kesalahannya dalam perbualan menerusi aplikasi Wechat itu. "Saya terasa agak pelik tetapi saya menasihatkan dia semua orang akan pergi bertemu ALLAH, tiada siapa yang kekal, tapi biarlah kita pergi menghadap ALLAH dalam keadaan yang diredai." Mohamed Affendi yang juga seorang guru agama berkata kali terakhir beliau bertemu dengan isterinya itu adalah sebelum penerbangannya ke Amsterdam. Katanya, beliau maklum tentang insiden itu melalui abang Mastura juga merupakan kakitangan Malaysia Airlines (MAS). "Saya memang rasa amat sedih sebab benda yang sebelum ini terjadi pada orang lain macam kes kehilangan pesawat MH370, tidak disangka kini berlaku pada saya." Mohamed Affendi turut berharap agar jenazah isteri beliau dapat dibawa pulang supaya dapat disempurnakan sebaik mungkin. Mengulas pertemuan dengan Perdana Menteri, Mohamed Affendi berkata beliau diberitahu besar kemungkinan jenazah akan dikenal pasti di kawasan kejadian. "Pihak keluarga akan diberitahu secepat mungkin mengenai urusan di sana." Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang terhempas di Ukraine malam semalam membawa 283 penumpang dari pelbagai negara dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands), Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat.~plbgaimacam Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[GAMBAR] 20 Lagi Gambar SekitarTragedi MH17 Posted: 20 Jul 2014 06:38 PM PDT Beberapa koleksi gambar Tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine. Gambar dan kapsyen ikhsan astro awani & Berita Harian. @BBCWillVernon juga memuat naik foto ini dengan kapsyen bermaksud "OSCE telah bersetuju untuk meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki. Wakil OSCE/wartawan/militan berjalan di sepanjang jalan, 'memerhati' / menyoal orang-orang di lokasi Seorang lagi wartawan yang menggunakan Twitter @maxseddon berkata, "Mayat-mayat telah ditanda dan ditutup sebegini. Satu lagi muat naik @maxseddon yang menulis "Mereka ini 'pakar' daripada polis temparan. Tidak kelihatan apa-apa tanda pakar penerbangan sebenar di sini. Seorang penyelam mencari kotak hitam pada 18 Julai 2014 di lokasi nahas berhampiran bandar Shaktarsk. - AFP PHOTO/DOMINIQUE FAGET Sekumpulan pelombong Ukraine membantu operasi mencari mangsa di sebuah ladang gandum berhampiran lokasi nahas. Puak pemisah pro-Rusia dan pegawai-pegawai di Kiev masing-masing saling tuduh menuduh siapa yang bertanggungjawab di atas nahas terbabit, yang mana pesawat itu dipercayai ditembak. - AFP PHOTO / DOMINIQUE FAGET Beberapa pakar sedang mencari serpihan pesawat MH17 yang terhempas pada 17 Julai lalu. Pesawat malang itu membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal ketika kejadian. - EPA/ROBERT GHEMENT EPA/ROBERT GHEMENT Pasukan pencari dan penyelamat menyusun beg-beg hitam berisi mayat mangsa-mangsa nahas. - EPA/ANASTASIA VLASOVA Petugas membawa beg-beg berisi mayat berhampiran lokasi nahas. Usaha sedang dilakukan untuk membawa keluar mayat dari lokasi kejadian dengan secepat mungkin.- EPA/ANASTASIA VLASOVA Seorang pegawai tempatan (kiri) memerhatikan dua warga Ukraine memindahkan mayat yang ditemui. Tony Abbot pada Sabtu mengingatkan mengingatkan bahawa proses membawa pulang mayat mungkin mengambil masa berminggu-minggu. - EPA/ROBERT GHEMENT Seorang wanita berjalan melintasi mayat yang ditutup dengan plastik di sebuah kawasan perkampungan berhampiran Rozsypne, Ukraine pada 18 Julai. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pasukan penyiasat Malaysia kini sedang mengurus aturan akses ke lokasi kemalangan. - AP Photo/Dmitry Lovetsky Seorang lelaki menutup mayat yang ditemuinya dengan plastik pada 18 Julai. Dalam pada itu, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik untuk keluarga dan waris mangsa serta membawa balik jasad rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat. -AP Photo/Dmitry Lovetsky Pelombong warga Ukraine membantu untuk mencari serpihan dan mayat berhampiran lokasi nahas. - AP Photo/Dmitry Lovetsky Para penyelamat, polis dan pelombong yang sedang bercuti membantu mencari mayat dan serpihan pesawat malang terbabit. - AP Photo/Dmitry Lovetsky Seorang lelaki mencari mayat di celah-celah serpihan pesawat MH17. Para pemimpin dunia kini mendesak puak pemisah pro-Rusia untuk memberikan laluan kepada penyiasat bebas untuk menyiasat siapa dalang yang menembak jatuh pesawat terbabit. -AP Photo/Vadim Ghirda ANGGOTA Kementerian Kecemasan Ukraine mengusung mayat penumpang yang terkorban dalam kejadian pesawat MH17 ditembak di Grabovo, Donetsk, awal pagi ini. - Foto Reuters AHLI keluarga menunjukkan foto Kapten pesawat MH17, Wan Amran Wan Hussin (kiri) yang dipercayai terkorban dalam kejadian pesawat terhempas di timur Ukraine, tengah malam tadi. - Foto L Manimaran HABIBAH Ismail, 65, ibu kepada kru kabin nahas MH17, Azrina Yakob, 41, (gambar kecil) tidak dapat menahan kesedihan apabila mengetahui pesawat MH 17 yang dinaiki anaknya terhempas di Ukraine, tengah malam tadi ketika ditemui di Alor Setar hari ini. - Foto NSTP GAMBAR kenangan Ketua Pramugara Malaysia Airlines (MAS) MH17, Mohd Ghafar Abu Bakar, 54, (berdiri kiri) bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tengah) dan rakan sekerja ketika dalam penerbangan. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan Wan Amran Wan Hussin, Kapten Pesawat MAS MH17 yang terhempas Kapten Choo Jin Leong Eugene, 45. GAMBAR yang diambil dari album keluarga Ariza Ghazalee, (dua dari kanan) di mana kesemua mereka terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine. - Foto BERNAMA AHLI keluarga memeluk Jamilah Noriah Abang Anuar,72, (kanan) ibu kepada Ariza Ghazalee, salah seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, di kediaman mereka di Kuching, hari ini. - Foto BERNAMA Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Baju "Al-Fatihah": Dia Adalah Pelancong Korea, Baju Dibeli Di India Posted: 20 Jul 2014 04:05 AM PDT Makcik' pakai baju tulisan ayat al-Quran disiasat SHAH ALAM - Polis sedang menjalankan siasatan ke atas seorang 'makcik' yang memakai baju dikatakan mempunyai tulisan ayat al-Quran selepas beberapa gambarnya tersebar di laman sosial. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, makcik tersebut seorang warga Korea. "Dah mula siasat kes 'makcik' tu. Dia baru sampai sini. Beli baju itu di India. "Biar kita siasat lanjut. Semua bersabar lah," katanya dipetik daripada laman mikro Twitter miliknya. Gambar wanita berkenaan mula menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu. Turut dimuatnaik adalah gambar wanita itu seolah-olah sedang dimarahi oleh seorang lelaki dipercayai kerana tindakannya memakai baju dengan tulisan ayat suci al-Quran itu. Gambar tersebut yang tersebar luas di alam maya menaikkan api kemarahan sebilangan pengguna di laman sosial yang beragama Islam. ULASAN GB Dari semalam kecoh dengan isu di atas. Rupa-rupanya ia bukan wanita Cina dari malaysia tetapi seorang pelancong dari Korea. Beliau mungkin tidak tahu menahu baju itu tertera tulisan Al-Fatihah dan memakainya in good faith - tanpa menyangkakan ia amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. Sepertimana jika orang Malaysia membeli baju bertulisan Jepun, Russia dan sebagainya. Tetapi ramai juga terjebak membangkit isu perkauman lewat baju berkenaan. Kononnya ada pengusaha Cina Malaysia yang sengaja mmengeluarkan "fesyen" baju berkenaan untuk menghina Islam. Tup-tup baju itu dibeli dari India... Banyak sanagt ujian untuk umat Islam di Malaysia di bulan Ramadhan ini.... sehingga sukar untuk "bersangka baik". Mungkin. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan