Sabtu, 19 Julai 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Rupanya-rupanya Wanita Pakai Baju Batik Bercetak Ayat Suci al-Quran...

Posted: 19 Jul 2014 12:42 PM PDT



Sejak petang semalam, pengguna FB heboh memperkatakan beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang wanita dipercayai bukan Islam memakai baju batik dengan corak ayat suci al-Quran. Berdasarkan maklumat di laman sosial, ayat al-Quran yang dicetak pada baju itu dikatakan dari surah al Fatihah.

Berdasarkan gambar yang tersebar, seorang lelaki berbangsa Arab kelihatan memarahi wanita itu. Kejadian dikatakan berlaku  di Pasar Raya Hero, Taman Dagang, Ampang. Tiada maklumat lanjut tentang butiran dialog antara lelaki Arab itu dengan wanita tersebut.

Namun tweet KPN memberikan sedikit maklumat yang lebih jelas. Menurut beliau, wanita yang seperti berbangsa Cina itu ialah wanita Korea. Dia dikatakan membeli baju itu di India dan baru sampai di Malaysia untuk melancong.

Oleh itu, beliau meminta rakyat Malaysia agar bersabar dan memberikan peluang kepada anggota polis untuk menyiasat perkara ini. -DCM




Maklumat Lain






Janda Anak Tiga Kantoi Khlawat dengan Duda Anak Tiga

Posted: 19 Jul 2014 12:20 PM PDT



[Sinar Harian] ALOR SETAR – Seorang janda anak tiga antara dicekup berkhalwat bersama pasangannya, lelaki mualaf di sebuah hotel di Jalan Sultanah Sambungan, di sini, semalam.

Ketika diserbu, dia bersama pasangannya, duda anak tiga berusia 36 tahun memaklumkan mereka memiliki perancangan untuk mendirikan rumah tangga nanti.

Malah, pengasuh kanak-kanak berusia 33 tahun berasal dari Mergong, memberikan alasan berehat kononnya berasa sedikit letih pada bulan Ramadan ini.

Turut dicekup dalam operasi, seorang penjawat awam, 25, berasal dari Melaka dan wanita berusia 26 tahun dari Klang dalam sebuah bilik di hotel bajet sama.

Pasangan tidak memiliki hubungan sah berkenaan memaklumkan, mereka kebetulannya baru dua minit mendaftarkan diri dalam hotel berkenaan sementara menunggu waktu siang.

Pasangan kekasih terbabit memberikan alasan menziarahi seorang kenalan mereka di Changloon, sementara menunggu waktu pulang ke tempat mereka keesokan harinya.

Namun, alasan sedemikian tidak diterima penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kerana pasangan berkenaan berada dalam bilik hotel berdua-dua tanpa ikatan muhrim.

Lebih mencurigakan, meskipun lelaki terbabit memberikan alasan hanya datang melihat keadaan pasangannya, namun ketika dicekup wanita berkenaan hanya memakai seluar dalam.

Manakala, seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 22 tahun dicekup pula bersama wanita warga Thailand di bilik hotel di Jalan Lencong Barat, di sini.

Sewaktu disoal, pelajar terbabit memaklumkan dia baru berkenalan wanita berusia 40 tahun itu di sebuah bar, sebelum keluar bersama ke hotel berkenaan.

Itulah sebahagian gelagat tiga pasangan dicekup hampir 40 penguatkuasa JAIK dalam Ops Ramadan selama lima jam di empat hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini, semalam.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-undang JAIK, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pihaknya mendapati segelintir individu mengambil kesempatan melakukan maksiat dalam bulan puasa ini.

"Sedangkan, mereka sepatutnya menjalankan ibadat. Malangnya, ada yang mengambil jalan mudah mengikut hawa nafsu mereka tanpa menghormati kesucian bulan Ramadan," katanya. – 19/7/14


MAS Keluar Senarai Penuh Penumpang MH17

Posted: 19 Jul 2014 12:12 PM PDT


[The Malaysian Insider] Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengeluarkan senarai penuh penumpang penerbangan MH17, dua hari selepas pesawat itu nahas di timur Ukraine.

Penumpang MH17 terdiri daripada warga Belanda (192), Malaysia (29, termasuk 15 anak kapal), Australia (27), Indonesia (12), United Kingdom (10), Germany (4), Belgium (4), Filipina (1), Kanada (1) dan New Zealand (1).

MAS juga mengeluarkan maklumat kargo MH17 semalam.

Dua ekor anjing peliharaan dan sembilan ekor burung termasuk empat ekor merpati antara yang terdapat dalam kargo.

Selain itu, terdapat barangan kurier termasuk peralatan helikopter, barangan horikultur, barangan perubatan, bunga palsu, produk kegunaan harian, penapis, tekstil serta mel pos.

Penerbangan MH17 merupakan tragedi kedua bagi MAS selepas penerbangan MH370 hilang pada Mac lalu.

Pesawat MH370 berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 kru. MH370 dikatakan hilang di selatan Lautan Hindi.

Kedua-dua tragedi mengorbankan 537 nyawa.

Dalam kenyataan media hari ini, MAS berkata dalam tempoh 45 jam lepas, bersama beberapa kedutaan asing, melakukan segala usaha untuk menghubungi waris penumpang tetapi masih tidak dapat mengenal pasti banyak lagi keluarga terbabit.

Syarikat penerbangan itu merayu kepada anggota keluarga atau rakan mereka dalam pesawat MH17 menghubungi Pusat Sokongan Keluarga MAS di +603-78841234 (di Malaysia) atau mereka boleh hubungi nombor di bawah:

Netherlands (Pejabat MAS Amsterdam) - +31205216252

Australia (Pejabat MAS Sydney) - +61293643526

Indonesia (Pejabat MAS Jakarta) - +62215229705

New Zealand (Pejabat MAS Auckland) - +6493063930

United Kingdom (Pejabat MAS London) - +442073412060

Jerman (Pejabat MAS Frankfurt) - +496913871980

Filipina (Pejabat MAS Manila) - +6328891863 – 19 Julai, 2014.









-19/7/14


Gadis Peugeot Putih Didakwa Isnin

Posted: 19 Jul 2014 12:09 PM PDT



[Bernama] Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin (gambar) atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas di Temerloh Isnin lepas akan dituduh di mahkamah Isnin ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Zakaria Ahmad berkata keterangan diambil daripadanya pada Khamis.

"Dia yang ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama. Kiki dibebaskan selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya," katanya hari ini.

Beliau berkata setakat ini kes masih disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan).

Wanita terbabit dilihat membuli seorang warga emas berumur 68 tahun selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya.

Dia dilihat mengetuk-ngetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta yang perbuatannya itu dirakam orang ramai dan videonya dimuat naik di laman sosial Facebook, Twitter dan YouTube. – Bernama, 19 Julai, 2014.


Tiada ulasan: