DIALOG RAKYAT |
- Lebih 40 askar Israel maut
- Cuaca kering hingga September
- MH17: Kerajaan ambil langkah berhati-hati, tak mahu hasil siasatan dihebahkan - Najib
- Azmin nafi keluar PKR
- Hindraf mahu bekas CJ disiasat menghasut
- Bunga tanda takziah dalam pejabat Borodai
- Selesaikan isu MB secara tertib, elak keyakinan rakyat merudum
- Dua Pesawat Bawa Mayat Mangsa Nahas MH17 Tiba Di Belanda
- Ramadan 'Satukan' Penganut Hindu, Umat Islam
- Bolehkah Najib menunjukkan kepimpinan yang berwibawa?
- Khalid, bubar saja Dun Selangor!
- Kematian denggi naik 224 peratus kepada 94 orang
- PAS cadang MAS nilai sendiri keselamatan laluan
- PAS gesa kerajaan sedia pasukan peguam terbaik
- MH 17: Dunia berkabung, kuasa dunia bertembung
- Isu MB: PAS bincang keputusan PKR lepas raya
- Ahli PAS diminta teruskan tanggungjawab
- Gerakan gesa PKR hormati prinsip Perlembagaan Negeri Selangor
- Bas rentung, 39 penumpang terselamat
- Dewan panas dengan tweet 'rasuah pemisah'
- Isu MB: DAP & PAS putus masa terdekat
- 'Sultan tak boleh tolak calon parti majoriti'
- Polis Buru Suspek Rogol Beramai-ramai
- Jangan lihat masalah yang nampak dipandang sahaja, masalah yang maknawi perlu di kaji
- Azizah MB Selangor, jangan tersangkut?
Posted: 23 Jul 2014 08:48 AM PDT ANTARAPOS.COM GENTING GAZA - PALESTIN: Lebih 40 askar Israel maut dalam insiden pertempuran dengan sayap bersenjata gerakan Hamas yang tercetus sejak 8 Julai lalu. Jurucakap Hamas memberitahu seramai 15 lagi askar rejim Zionis terkorban ketika bertempur dengan Briged al-Qassam di timur Genting Gaza. Difahamkan, angka kematian askar Israel semakin meningkat selepas Operasi Perlindungan Sempadan diperluaskan pada Jumaat lalu. Sebelum ini, Israel bertindak menyembunyikan jumlah sebenar anggota yang terbunuh kononnya kerana mahu mengaburi mata masyarakat dunia sedangkan hakikat sebenarnya mereka amat menggeruni al-Qassam. | ||||
Posted: 23 Jul 2014 08:46 AM PDT ANTARAPOS.COM KUALA LUMPUR: Cuaca panas dan kering yang melanda beberapa kawasan di negara ini dijangka berlanjutan sehingga September depan berikutan taufan di Laut China Selatan yang membawa masuk lembapan ke negara ini. Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Halimah Hassan berkata, kebakaran di Sumatera, Indonesia turut menyumbang kepada keadaan jerebu di kawasan utara negara sehingga mencatat bacaan sangat tidak sihat di beberapa kawasan iaitu di Seri Manjung, Perak. "Bagaimanapun, cuaca panas yang dicatatkan masih berada dalam keadaan terkawal dan adalah normal jika meningkat dan menurun sebanyak 1 darjah celcius," katanya. | ||||
MH17: Kerajaan ambil langkah berhati-hati, tak mahu hasil siasatan dihebahkan - Najib Posted: 23 Jul 2014 08:44 AM PDT Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar & Nurshakira Buang KUALA LUMPUR: Tidak kesemua tindakan kerajaan berhubung tragedi MH17 perlu dihebahkan, demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak. Apa yang penting adalah hasil dan dapatan daripada siasatan yang dijalankan oleh pasukan khas yang terdiri daripada pegawai-pegawai teknikal, kumpulan perubatan dan pihak keselamatan ke kawasan bencana tersebut. "Dengan izin "sometimes we must work quitely in the service of a better outcome" yakni adakalanya kita mesti bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik, terutama ketika berhubung dengan ketua kumpulan pemisah. "Dengan nawaitu dan hasrat murni bagi memastikan mangsa-mangsa dapat dikembalikan serta diberi penghormatan untuk disemadikan, meskipun masanya sudah berlalu," katanya di Sidang Khas Dewan Rakyat ketika membentangkan usul mengenai tragedi malang yang menimpa MH17 17 Julai lalu. Najib seterusnya mendesak Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ICAO mengeluarkan resolusi mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas pesawat tersebut sebagaiman yang turut dilakukan terhadap pesawat lain. Malah kerajaan Malaysia turut menuntut kerajaan Ukraine bertanggungjawab menjalankan siasatan, selain kerjasama siasatan oleh badan bebas antarabangsa. "Saya juga telah mengarahkan Peguam Negara mengkaji perkara ini dengan mendalam dan teliti, bagi memastikan sebarang tindakan yang akan diambil oleh Malaysia kelak, berlandaskan undang-undang antarabangsa yang terpakai dalam hal begini. "Kita menggesa penyiasatan dilakukan oleh sebuah pasukan bebas bagi menyiasat punca pesawat MH17 terhempas. Beberapa persoalan yang inginkan jawapan seperti adakah ia ditembak dengan peluru berpandu, angkara siapa, siapa bekalkan senjata, apa motif mereka sebenarnya ," ujarnya. Sehubungan itu, Najib mahu kesemua rakyat Malaysia memperkukuhkan solidariti dan semangat perpaduan tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan fahaman politik. "Janganlah kita membuat spekulasi yang boleh mengaibkan mangsa dan keluarga mereka. Ini bukan masanya kita berwenang-wenang di sosial media menceritkan sesuatu yang barangkali faktanya tidak tepat atau tidak sahih," demikian menurut Najib. Usul berkenaan telah disokong oleh Ahli Parlimen Cameron Highland, Datuk Seri Dr G. Palanivel. Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan memastikan tidak ada kuasa besar yang menjadi dalang terhadap tragedi tersebut sengaja diselindungi tanpa diseret ke muka pengadilan. "Saya merasa terkesan dengan kejadian yang menimpa pesawat negara kita. Semestinya tindakan rundingan ini mengundang kontroversi namun saya menyokong tindakan PM mengadakan rundingan secara peribadi demi menjaga keperihatinan rakyat yang terkorban. "Tiada jalan mudah untuk merujuk kepada kumpulan pemberontak tersebut, tetapi kita harus beri penekanan apakah langkah yang akan diambil terhadap pihak yabg bertanggungjawab," katanya sebagai menyokong usul perdana menteri itu. Pesawat Malaysia Airline Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 krew, sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, di timur Ukraine Khamis lalu, dipercayai ditembak menggunakan peluru berpandu dari darat ke udara. Pada Isnin, Malaysia memperoleh persetujuan bagi membawa keluar mayat penumpang dan kotak hitam penerbangan MH17 dan juga bagi para penyiasat antarabangsa mendapat laluan selamat ke tapak nahas di timur Ukraine. Puak pemisah pro-Rusia di timur Ukraine dilaporkan telah menyerahkan kedua-dua kotak hitam itu yang dijumpai di tapak nahas kepada pasukan penyiasat Malaysia semalam. | ||||
Posted: 23 Jul 2014 08:38 AM PDT ANTARAPOS.COM SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menafikan khabar angin beliau meninggalkan parti semalam. "Pejabat Mohamed Azmin Ali menafikan perletakan jawatan YB Mohamed Azmin dalam PKR," kata kenyataan tersebut. Dalam sebaran Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) semalam selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diumum sebagai calon menteri besar Selangor baharu, Azmin dikatakan meletak jawatan dalam parti dan menjadi ahli Parlimen Bebas. Pejabat Azmin juga mendakwa khabar angin tersebut diwujudkan bertujuan untuk memecah-belahkan perpaduan parti, pada ketika pergelutan memang berlaku melibatkan kepimpinan di negeri Selangor. "Justeru, sebaran tersebut diyakini bertujuan untuk memecah-belahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR," katanya. Kenyataan tersebut juga memberitahu Azmin ketika ini berada di Mekah menunaikan ibadah Umrah dan menolak kebenaran khabar angin tersebut. Khabar angin peletakan jawatan ini bukan kali pertama berlaku. Ia timbul juga tahun lepas semasa pertikaian untuk melantik menteri besar Selangor selepas berakhir Pilihan Raya Umum ke-13. Malah, Azmin juga secara terbuka menyatakan rasa tidak setuju terhadap pelantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar penggal kedua. Pertikaian tersebut berlarutan sehingga hari ini, malah secara terbuka kepimpinan PKR menyatakan penolakan kepimpinan Khalid di Selangor. | ||||
Hindraf mahu bekas CJ disiasat menghasut Posted: 23 Jul 2014 08:33 AM PDT MALAYSIAKINI Pihak polis perlu menyiasat bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad di bawah Akta Hasutan ekoran ucapannya di sebuah majlis berbuka puasa pada hari Isnin, kata Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM), P Waythamoorthy. Sambil menyifatkan ucapan sebagai memualkan dan menjatuhkan maruah semua rakyat Malaysia, Waythamoorthy (kanan), dalam satu kenyataan, berkata mesej Hamid itu menghasut rasa tidak senang di kalangan masyarakat Melayu. "Polis perlu menyiasat bekas CJ kerana menghasut kebencian kaum di bawah Akta Hasutan. Polis mestilah tidak berat sebelah dalam tugas mereka dan dilihat melaksanakan undang-undang secara saksama," katanya dalam satu kenyataan. Waythamoorthy berkata, jika ahli politik, pendukung serta aktivis reformasi boleh didakwa dengan hasutan atas alasan yang paling lemah, maka tidak ada sebab mengapa kenyataan bekas ketua hakim negara itu boleh dilepaskan dengan mudah. Beliau berkata PHM berpendapat bahawa kenyataan yang diucapkan oleh Hamid itu sebagai "bodoh jahil". Dalam ucapannya di majlis berbuka puasa dengan beberapa NGO Islam kelmarin, Hamid, antara lain, mendakwa bahawa mantan Mufti Pulau Pinang memberitahunya adalah susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin agama lain juga menuntut hak yang sama. Hamid mengingatkan jika tidak membendungnya, perkara seperti ini akan merebak ke seluruh Malaysia dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah tidak bermakna lagi. Hamid yang berasal dari Pulau Pinang, mendedahkan bahawa mufti juga memaklumkan kepada beliau mengenai satu kejadian semasa perasmian sebuah bangunan di negeri itu oleh timbalan ketua menteri, di mana doa dibacakan oleh seorang Padri Kristian, seorang Sami Hindu dan Imam Masjid Negeri. Waythamoorthy berkata, ia seolah-olah bahawa Hamid telah membuang segala yang beliau belajar di sekolah undang-undang. Kenyataan beliau telah dikecam oleh Exco Agama Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim, yang mencabar Hamid untuk membuktikannya dan bersedia untuk membawanya melihat bagaimana Islam telah berkembang. | ||||
Bunga tanda takziah dalam pejabat Borodai Posted: 23 Jul 2014 08:30 AM PDT MALAYSIAKNI Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sukri Hussain Mohd Sukri hari ini menceritakan pengalamannya berunding dengan pasukan pemisah Ukraine bagi mengambil mayat dan kotak hitam MH17. Katanya, beliau ke Donestk pada 4 petang Ahad bersama 11 anggota lain pasukan itu, dan terpaksa menempuh 12 pusat pemeriksaan, lapor Bernama. Selepas lima jam perjalanan, beliau bertemu dengan ketua kumpulan pemisah Alexander Borodai dan mula berunding tentang 11 perkara. "Tiga perkara dibincangkan iaitu urusan mengambil mayat mangsa, kotak hitam dan bangkai pesawat berkenaan. "Borodai bersetuju memenuhi semua permintaan Malaysia, tanpa sebarang syarat," beliau dipetik sebagai berkata. Mohd Sukri juga dilaporkan menambah, pasukan itu amat mengagumi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas kejayaan tersebut, kerana ia adalah hasil tindakan beliau menghubungi kerajaan Ukraine dan Borodai. Seorang lagi anggota pasukan perunding Malaysia, Rosli Shaari pula berkata dalam rundingan di pejabat Borodai itu, beliau melihat kumpulan pemisah menggantung sekeping gambar pesawat Malaysia di penjuru bilik, dengan beberapa pasu bunga diletakkan di atas meja di bawah gambar itu sebagai tanda ucapan takziah kepada mangsa. | ||||
Selesaikan isu MB secara tertib, elak keyakinan rakyat merudum Posted: 23 Jul 2014 08:19 AM PDT Oleh: NAZLI IBRAHIM SHAH ALAMI: Pakatan Rakyat (PR) diingatkan menyelesaikan isu Menteri Besar Selangor dengan tertib serta penuh berhemah dengan persefahaman tiga parti berhadapan cabaran itu untuk mempertahankan kerajaan sedia ada. Hal ini berikutan kepercayaan pengundi di Selangor boleh merudum apabila PR sendiri memberikan gambaran perjuangan lebih mementingkan agenda politik berbanding memelihara kepentingan rakyat. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau berharap isu pertukaran Menteri Besar seperti yang dimahukan beberapa pihak PKR dapat diselesaikan dengan penuh tertib dan bertanggungjawab sekaligus memulihkan keyakinan rakyat ekoran isu ini. "Sudah tentu kalau perkara ini tak diselesaikan dengan penuh tertib dan penuh adab akan menjejaskan bukan sahaja PR di Selangor tetapi PR di PRU-14 akan datang. "Jadi oleh sebab itu saya berdoa harap perkara ini dapat diselesaikan dengan penuh tertib, bertanggungjawab dan mengikut lunas-lunas Enakmen Kerajaan Negeri Selangor. "Ini kerana Enakmen Kerajaan Negeri Selangor memperakui bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah penentu orang yang akan mengepalai pentadbiran Negeri Selangor iaitu yang menjadi Menteri Besar," kata Abdul Khalid dalam wawancara ekslusif bersama Selangor Kini di Pejabat Menteri Besar pada Isnin lepas. Abdul Khalid juga berkata kerajaan sebelum ini berjaya membuktikan peningkatan sokongan yang diterima dari rakyat Selangor apabila berjaya meningkatkan sokongan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013 lalu. Sementara itu ketika mengulas proses rundingan pengambilalihan syarikat konsesi pengurusan air, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) yang satu-satunya masih belum dimuktamadkan, Abdul Khalid menegaskan tindakan melobi bagi syarikat konsesi oleh mana-mana pihak merupakan langkah yang membelakangkan kepentingan rakyat Selangor. "Jika itu berlaku bermakna mana-mana parti yang membenarkan seseorang boleh melobi ke atas keputusan yang dibuat Kerajaan Negeri, ini bererti membelakangkan tujuan untuk memberikan kuasa rakyat dapat kebaikan dan pentadbiran yang tulus dan bertanggungjawab. "Jadi oleh sebab itu saya rasa perkara ini perlu dihindarkan dan beri keupayaan kepada pentadbiran mencari jalan supaya dapat menentukan pembelian konsesi air dibuat dengan harga berpatutan, munasabah dan menguntungkan rakyat," kata Abdul Khalid lagi. Abdul Khalid turut menyarankan agar rakyat meneliti perkembangan terkini isu kerusi Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab dan tidak mengikuti berita fitnah dicetuskan pihak tidak bertanggungjawab. "Rakyat Selangor mesti menerima hakikat bahawa Selangor mempunyai tatacara perlantikan iaitu, tatacara yang penuh tertib dalam Enakmen Kerajaan Negeri Selangor. "Saya percaya Kerajaan Negeri dan juga pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor akan mengikuti tatacara tersebut dengan penuh tertib dan penuh adab," jelas beliau lagi.EZY | ||||
Dua Pesawat Bawa Mayat Mangsa Nahas MH17 Tiba Di Belanda Posted: 23 Jul 2014 08:15 AM PDT Antara yang hadir bagi menunggu ketibaan mayat yang dibawa oleh dua pesawat berkenaan ialah waris mangsa, Raja Belanda, Willem-Alexander dan Perdana Menteri negara itu, Mark Rutte. - AFP | ||||
Ramadan 'Satukan' Penganut Hindu, Umat Islam Posted: 23 Jul 2014 08:12 AM PDT MSTAR ONLINE Tindakan itu dibuat sebagai tanda sokongan warga India kepada penganut Islam. Penduduk bandar Vidisha, Sunil Shrivastava berkata, dia berpuasa selama sebulan sejak 14 tahun lalu kerana ia memberi kekuatan batin kepadanya. "Saya mendapat inspirasi amalan berpuasa selepas melihat rakan Muslim saya melakukannya. "Pada awalnya saya berpuasa sebagai tanda solidariti tetapi selepas sehari, saya tidak menghadapi sebarang masalah dan saya memutuskan untuk terus menahan makan dan minum selama sebulan," katanya. Walaupun menganut agama Hindu, Shrivastava berkata, dia tidak mendapat sebarang bantahan daripada keluarganya. "Sebaliknya mereka memberi sokongan," katanya. Penduduk Raisen di Madhya Pradesh, Mehul Kumar pula menganggap Ramadan mengajarnya mengenai disiplin. "Saya berpuasa sejak sembilan tahun lalu ketika menghadapi masalah kesihatan. "Seorang rakan Muslim mencadangkan supaya saya berpuasa kerana ia boleh membantu menyihatkan badan," katanya. Di peringkat awal kata Kumar, dia cuba berpuasa selama beberapa hari. "Tanpa makan dan minum saya tidak mengalami rasa lapar atau lemah, sebaliknya mendapat kekuatan dalaman. "Hingga kini berpuasa menjadi amalan biasa saya," katanya. Sejak tiga tahun lalu, kata Kumar, dia berjaya berpuasa sepanjang Ramadan. "Kini anak saya yang berusia 17 tahun juga mula berpuasa," katanya. Tahun ini dilaporkan lebih 150 banduan beragama Hindu di Penjara Tihar, Delhi berpuasa bersama tahanan Muslim lain. Pegawai penjara itu berkata, mereka bersetuju berpuasa sejak hari pertama Ramadan sehingga Aidilfitri dirayakan. Kemeriahan juga dirasai ketika banduan Hindu dan Muslim berbuka bersama-sama dengan diselenggara pertubuhan atau individu berbeza setiap tahun. Ahli politik tempatan di Bhopal, Nath Singh berkata, mereka menyertai amalan berpuasa untuk menjadi sebahagian daripada Ramadan. "Setiap hari ketika berbuka, kami menjemput semua orang untuk bersama-sama," katanya. Sementara itu di tempat lain golongan hartawan Hindu menyelenggarakan acara berbuka puasa untuk kaum muslim dan mengirim makanan ke masjid-masjid berhampiran. | ||||
Bolehkah Najib menunjukkan kepimpinan yang berwibawa? Posted: 23 Jul 2014 04:05 AM PDT Oleh Ng Kee Seng Sudah tentu media cetak dan media elektronik yang dikuasai Barisan Nasional mula bersuara dengan laporan The Wall Street Journal (WSJ) pada 20 Julai bertajuk "Penerbangan 17 Memberi Najib Peluang Kedua untuk Menunjukkan Kepimpinan". Sekarang, kepada mereka yang cepat untuk mengkritik slam dan orang-orang yang mempersoalkan pihak berkuasa, terutama MAS, atas tragedi MH17, siapakah yang cuba meraih kepentingan politik atas kematian 298 orang? Jika BN dan media yang merasakan laporan itu akan meningkatkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, teruskan dengan kenaifan itu. Pada dasarnya, ia bukanlah peluang kedua Najib. Dia masih mempunyai peluang untuk membuktikan dirinya sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan bertanggungjawab dengan mengambil tindakan tegas untuk membetulkan keadaan dalam MAS dengan menyusun semula pengurusan syarikat penerbangan nasional itu. Bolehkan dia? Bolehkah sesiapa mengambil tanggungjawab untuk MH370 selepas 137 hari? Mengharapkan Najib untuk mengambil tindakan tegas dan meminta MAS mengambil tanggungjawab untuk MH17 bagai meminta terlalu banyak. Najib dan Menteri Pengangkutan yang baru dipilih, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menunjukkan mereka tidak bersedia untuk berubah. Mereka dan pihak berkuasa penerbangan antarabangsa hanya menyalahkan orang-orang yang melepaskan peluru berpandu untuk menjatuhkan Boeing MAS 777 - seolah-olah mereka bebas daripada tuduhan untuk tragedi itu. Persoalan paling besar adalah kenapa laluan penerbangan atau laluan yang diambil oleh MH17 tidak disekat kerana ia tidak selamat? Pesawat itu dikatakan telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu yang ditembak oleh pemisah pro-Rusia di Ukraine. Sila jangan memperkecilkan kepintaran rakyat dan terus mendakwa laluan itu selamat dan menyalahkan semua orang-orang yang melepaskan tembakan peluru berpandu. Sudah tentu ia tidak selamat. Jika ianya adalah selamat, sudah tentu 298 orang di atas kapal MH17 akan selamat tiba di destinasi mereka. Jika laluan itu selamat, mengapa sekarang, hanya selepas tragedi syarikat penerbangan dilarang daripada menggunakan laluan tersebut ke atas Ukraine? Mengapa tidak laluan dihalang lebih awal walaupun selepas dua pesawat telah ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Rusia? WSJ melaporkan bahawa Najib mengemudi negara melalui bencana antarabangsa kedua dalam masa kurang daripada lima bulan, memainkan peranan yang lebih langsung dari awal dalam menangani kehilangan MH17 seluruh Ukraine. Menurut laporan itu, seperti kehilangan MH370 pada 8 Mac terlibat Malaysia dalam pertikaian berlarutan dengan China, kehilangan MH17 mengancam untuk menjerat Malaysia dalam pertembungan dengan Rusia. " Malaysia mendapati dirinya dalam satu situasi yang telah dengan cepat menjadi satu daripada kepentingan geopolitik,," WSJ memetik kata-kata seorang rapat kepada kerajaan Malaysia. "Jadi, anda perlu menilai dan pandai dalam apa yang anda katakan dan bagaimana anda bertindak balas." Menurut laporan WSJ itu, Malaysia dan Rusia telah lama atas terma mesra dengan perdagangan berjumlah AS $ 1.8 bilion (RM5.8 bilion), sebahagian kecil daripada jumlah perdagangan Malaysia dengan US $ 430 bilion pada 2013. "Najib lebih bertanggungjawab kali ini dan ia merupakan satu perkembangan yang dialu-alukan berbanding dengan krisis MH370 itu," Wan Saiful Wan Jan, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, memberitahu WSJ. Tidak, anda tidak perlukan otak seorang saintis roket untuk mendapatkan kesimpulan ini. Untuk MH370, Malaysia mempunyai banyak yang disembunyikan. MH17 adalah kes yang mudah dan cara yang paling mudah untuk mengendalikan ia adalah untuk Najib dan sekutunya menyalahkan mereka yang melepaskan tembakan peluru berpandu itu. Tidak ada orang lain untuk dipersalahkan? Pembuat keputusan dalam pihak berkuasa penerbangan awam antarabangsa dan MAS tidak boleh dipersalahkan kerana gagal untuk melihat risiko yang terbang terlalu dekat dengan sebuah zon perang di mana dua pesawat tentera telah ditembak sebelum MH17? "Buat masa ini, orang masih menyatakan kemarahan dan tidak menilai bagaimana kerajaan mengendalikan krisis. Tetapi ujian sebenar adalah pada minggu-minggu akan datang apabila orang akan mula untuk menuntut keadilan bagi mereka yang dibunuh, "Wan Saiful dipetik sebagai berkata. Sama ada mereka yang menembak jatuh MH17 membuat kesilapan atau tidak, mereka telah melakukan pembunuhan beramai-ramai dan perlu dihukum. Tetapi apa yang pasti pembuat keputusan pihak berkuasa penerbangan awam dan MAS tidak boleh dijangka akan dibebaskan daripada dipersalahkan. Jadi, Najib dan Liow, apa yang anda akan lakukan terhadap MAS?-http://bm.theantdaily.com | ||||
Khalid, bubar saja Dun Selangor! Posted: 23 Jul 2014 03:55 AM PDT Khalid Ibrahim KONGKALIKONG! memang sukar untuk dicari perkataan paling tepat menggambarkan apa yang sedang dan akan berlaku dalam politik Selangor selepas Dr Wan Azizah diumumkan oleh suaminya bakal ambil alih jawatan menteri besar daripada Khalid Ibrahim, lewat malam semalam. Kemelut politik paling dahsyat sedang melanda negeri yang paling maju itu. Anwar Ibrahim umum keputusan tengah malam selepas mesyuarat PKR di Petaling Jaya. Ianya mengejutkan sesiapa juga. Banyak sebab untuk kita rasa terkejut. Pertama, apakah Selangor akan dapat menteri besar yang pertama wanita dan jadi negeri yang pertama di Malaysia bermenteribesarkan wanita? Apakah ini adab dan tatacara yang betul untuk mengganti menteri besar sedia ada yang sihat dan mampu bekerja? Apa salah Khalid hingga perlu diganti? Mengapa Anwar begitu tergesa-gesa hingga keputusan dibuat dalam mesyuarat PKR, bukan PR? Dua minggu lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali selepas mesyuarat Majlis Setiausaha PR berkata kedudukan Khalid sebagai MB Selangor akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden PR yang berlangsung hari ini. Anwar bagaimanapun tidak sabar-sabar mahu umumkan sendiri keputusan partinya memilih Wan Azizah, apa yang dilihat oleh pemerhati sebagai tindakan membelakangkan parti sekutu yang lain. Dia barang kali terlupa bahawa PKR bukan menang bersendirian di Selangor, malah jika dibandingkan dari segi komposisi parti itu kurang satu kerusi di belakang Pas-DAP. Akibat tindakan terburu-burunya itu, bom yang pertama diletupkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad tengah hari semalam. Parti itu bantah keputusan PKR mengganti Khalid dengan Wan Azizah dan dengan tegas mempertahankan Khalid yang dinilai telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Anwar menggali sendiri lohong untuk dia berbalah dengan Pas. Hal yang demikian tidak akan berlaku jika dia hormat rakan sekutunya itu. Dalam parti, Azmin Ali juga pagi semalam mengkritik keputusan itu menerusi twitter, walaupun kemudiannya dinafikan. Dalam kritikan yang dinafikan itu, Azmin dikatakan menyindir Anwar sebagai tamak kuasa. Semua orang tahu, selain Wan Azizah, Azmin disebut-sebut yang paling layak ganti Khalid sebagai menteri besar. Dan keputusan melantik Wan Azizah itu juga diterima sebagai lantikan interim untuk meredakan konflik Khalid - Azmin. Bayangkanlah, keputusan yang melibatkan kepentingan dua individu, korbannya adalah satu negeri. Kepentingan rakyat yang berjuta, diketepikan hingga jadi sejarah - seorang menteri besar yang sihat walafiat, mampu jalankan tugas dengan baik disingkir untuk beri laluan kepada seorang menteri besar wanita pertama, yang tidak pernah diuji. Lebih besar daripada itu, apa pula pandangan istana? Sudahlah bukan anak negeri, wanita pula. Di mana adab dan tatacaranya? Di mana undang-undang tubuh negeri yang mesti dipatuhi? Itulah cacamerbanya keputusan yang dibuat Anwar Ibrahim. Bijak sungguh Rafizi Ramli yang merancang pelan Kajang Move! Melihat reaksi di media sosial daripada kalangan rakan-rakan yang dikenal pasti sebagai pendokong dan penyokong tegar Pas, isu ini sedikit sebanyak telah mengubah pandangan mereka terhadap Anwar. Ramai yang secara terbuka mempertahankan Khalid malah ada yang melabel Anwar sebagai tamak kuasa. Kalaulah pandangan yang semakin banyak ini diambil kira, boleh diterima bahawa orang Pas hari ini tidak lagi melihat Anwar sebagai hero yang serba betul dan perlu dipertahankan sebagaimana dahulu. Tersilap besarlah Anwar jika dia sangka dirinya masih dipandang begitu! Dan kalaulah mahu diteropong lebih jauh, mungkin juga boleh dianggap bahawa saat kejatuhan Anwar sudah semakin hampir. Ya, benar dia selama ini dipandang sebagai wira oleh penyokong pembangkang, memperjuangkan kebenaran dan keadilan, memerangi rasuah, kebejatan dan segala yang bobrok. Namun hari ini, nepotisme itu pelakunya siapa? Apa pernah Tun Mahathir - musuh No 1 Anwar - sepanjang tempoh 22 tahun sebagai perdana menteri pernah melantik isterinya selain daripada jawatan Yang Dipertua Bakti? Apakah Yang Dipertua Bakti itu kedudukannya lebih tinggi dan lebih berkuasa daripada menteri besar? Ini baharu ketua parti, belum perdana menteri! Saya tidak mahu bercakap mengenai Najib kerana dia masih dalam jawatan dan sekarang ini pula sedang sibuk berfikir mencari penyelesaian tragedi MH17 di Ukraine. Pastinya dalam keadaan ini, dia tidak sempat pun untuk tidur apa lagi bermimpi mahu melantik Rosmah Mansor sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan. Apa pun, saya tidak melihat mimpi Anwar akan jadi kenyataan. Masih banyak ranjau yang perlu dilalui, tembok yang perlu didaki terutama tembok Istana Kayangan. Apa mungkin Sultan Selangor yang punya kuasa untuk perkenan pelantikan menteri besar, akan bersetuju dengan kehendak politik yang sangat luar biasa itu? Dan Khalid juga, saya yakin tidak akan mudah menyerah kalah. Rakyat Selangor juga ramai yang masih menyokong Khalid kerana tidak ada cacat cela baginya sepanjang menjalankan tanggungjawab menjaga negeri. Yang melihat Khalid dengan pandangan serba tidak kena hanya seteru politik dalam partinya sendiri. Lagi pun, Selangor negeri paling maju. Ini bukan Pulau Kezambo tetapi negeri yang ada undang-undang. Justeru, penggantian menteri besar sebagai ketua eksekutif kerajaan, ada prosedur, adab dan tatacaranya, mana mungkin boleh dibuat suka-suka! Apa yang paling baik boleh dilakukan, Khalid dengan kuasa menteri besar, boleh bubarkan Dun dan adakan pilihan raya negeri. Ya, saya tahu... pasti akan ada yang kata membazir. Bukankah di Kajang dahulu, anda sendiri juga yang membazir? Boleh lompat masuk Pas Apa pun, bubar Dun harus difikir sebagai langkah terakhir. Saya menduga, bantahan Pas Selangor bukan kosong tetapi mungkin ada isi. Jika mahu dielak pembubaran Dun, Pas harus punya cukup keberanian untuk menongkah kehendak Anwar. Anwar sedang menuju kedudukan yang semakin lemah, dan inilah masanya bagi Pas. Sudah sampai masa untuk Pas keluar dari bawah telunjuk Ketua Pembangkang. Mereka boleh sahaja terima Khalid untuk melompat parti sertai Pas. Dan ambil kira bahawa Khalid sudah dapat restu daripada istana, dia boleh terus kekal jadi menteri besar tanpa perlu Dun dibubarkan. Soalnya, apakah Pas berani untuk bertindak demikian? Apakah Pas berani untuk mengorbankan kepentingannya dalam pakatan secara keseluruhan? Pada hemat saya, jika Pas mahu berbuat demikian, ini bukan soal untuk menyelamatkan kedudukan Khalid tetapi untuk survival Pas sendiri di mata rakyat. Pas adalah parti yang paling berintegriti dalam pakatan dan untuk kekalkan rasa hormat rakyat, parti itu harus menunjuk ketegasan dengan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan, bukan lagi mengikut apa sahaja kehendak Anwar yang semakin menjadi-jadi kongkalikongnya! Jika Khalid melompat, Pas akan punya 16 kerusi dalam Dun, PKR berkurang kepada 13 dan DAP kekal 15. Dikira dengan ilmu matematik apa pun, Pas sudah jadi majoriti dan berhak untuk jadi menteri besar. Pokok pangkalnya, Pas harus berani untuk kekal relevan di mata hati rakyat dan tidak hanyut dalam kongkalikong PKR politik Anwar yang semakin suram. | ||||
Kematian denggi naik 224 peratus kepada 94 orang Posted: 23 Jul 2014 03:41 AM PDT MALAYSIAKINI Jumlah kematian kerana kes denggi di seluruh negara sehingga Ahad lepas ialah sebanyak 94 orang, meningkat 224 peratus berbanding 29 kematian dalam tempoh yang sama tahun lalu. Kementerian Kesihatan berkata Selangor merekod kes kematian paling tinggi iaitu 38 orang berbanding tujuh orang tahun lepas sementara Johor mencatat 14 kematian berbanding tujuh orang tahun lepas. Kuala Lumpur dan Putrajaya pula mencatat lapan kematian berbanding tujuh orang tahun lepas sementara Labuan dan Perlis tidak mencatat sebarang kematian, katanya dalan satu kenyataan. Ia berkata jumlah keseluruhan kes demam denggi yang dilapor setakat ini tahun ini ialah 51,987 kes berbanding 14,755 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu. Daerah Petaling mencatat jumlah kes demam denggi paling tinggi iaitu 12,518 kes atau 30 peratus dari 51,987 kes yang dilapor setakat ini. Kementerian Kesihatan berkata 32 pasukan terdiri daripada 95 anggota telah digerakkan bagi menjalankan aktiviti kawalan di Daerah Petaling sejak Isnin lepas. Bernama | ||||
PAS cadang MAS nilai sendiri keselamatan laluan Posted: 23 Jul 2014 03:39 AM PDT Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, pesawat MH17 masih melalui laluan Ukraine kerana ICAO memberi jaminan laluan itu selamat walhal negara tersebut sedang bergolak. "Kita hanya bergantung kepada ICAO, tetapi disitu ada kawasan yang sedang berkonflik dan keadaan yang tidak tenang. "Sama ada MAS atau Air Asia seharusnya ada penilaian sendiri. Kita juga tidak boleh bersandarkan kepada negara lain untuk laluan tersebut. Negara lain sudah alih laluan tersebut kerana tidak selamat," katanya. Bahkan beliau juga mempersoalkan apakah kedutaan negara Malaysia di negara itu diletakkan bersama wakil pertahanan agar diberi gambaran serius keadaan konflik yang sedang berlaku. "Saya bimbang laluan MAS Kuala Lumpur ke London yang melalui ruang udara Syria juga sedang bergolak. "Saya tidak tahu laluan itu selamat atau tidak sebab ICAO kata ia selamat. Kita kena buat penilaian sendiri. Kalau berlaku di Syria?" katanya melontar persoalan. Beliau turut menyarankan kerajaan agar melihat perkara ini kerana ia sangat penting untuk memastikan tregedi MH17 tidak berulang demi keselamatan pesawat awam negara. Berucap ketika membahaskan usul Tragedi Malang MH17, Mahfuz berkata insiden kedua-dua pesawat MAS MH370 dan MH17 adalah sebagai proses untuk Malaysia bermuhasabah serta mencari kelemahan dan kesilapan sepatutnya. "Tragedi MH370 jelas ianya adalah kelemahan kita dari segi bacaan radar yang tidak berkesan. Begitu juga dengan MH17 penerbangan dilaluan betul tetapi selepas berlaku peristiwa 17 julai, kita boleh ubah laluan selepas Ukraine tutup ruang udaranya," katanya. Mahfuz menyifatkan kejadian yang menimpa MH370 dan kemudian MH17 sebagai tregedi bersiri dan tidak mahu ianya berulang lagi. - HARAKAHDAILY | ||||
PAS gesa kerajaan sedia pasukan peguam terbaik Posted: 23 Jul 2014 03:37 AM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi tadi ketika membaca usul bagi sidang Parlimen Khas meminta agar Peguam Negara mengumpulkan segala bukti dan maklumat bagi tindakan lanjut. Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar ketika membahaskan usul tersebut memberitahu kerajaan perlu memastikan persiapan dikendalikan oleh barisan peguam yang terbaik dari pihak kerajaan dan juga pembangkang. "Terlalu banyak kes yang tidak menyebelahi negara ini apabila ia dikendalikan Peguam Negara, lihat bagaimana kehilangan Pulau Batu Putih sebelum ini. "Kita tidak mahu ia berulang lagi, kerajaan perlu pastikan kita mempunyai barisan peguam terbaik untuk mewakili negara ini," jelas beliau. Beliau yang turut membawa amanah Presiden PAS kerana tidak dapat hadir atas faktor kesihatan turut menyokong usul yang dibawa Perdana Menteri. "Mewakili PAS mengucapkan takziah kepada 298 orang mangsa akibat kekejaman anti kemanusiaan yang telah berlaku kepada penumpang dan anak kapal MH17. "Ini merupakan satu tragedi mengejutkan yang berlaku kepada masyarakat dunia," sambung beliau. Kamarudin turut memberitahu bahawa Pakatan Rakyat sentiasa bersama-sama kerajaan dalam insiden ini bagi memastikan ia tidak berulang lagi. "Sokongan kita ini ikhlas kepada apa yang diambil oleh kerajaan, apa-apa teguran dengan semangat politik ia adalah bagi memastikan tidak berulang pada masa akan datang. "Insiden ini ada kena mengena dengan politik antarabangsa, ia turut melibatkan hal-hal berkaitan dengan maruah negara kita. "Walaupun negara kita kecil tetapi kita mesti menyuarakan keberanian kita di peringkat antarabangsa agar keadilan terhadap insiden ini dapat kita perolehi," kata beliau lagi. Beliau yang turut meminta agar masyarakat dunia mengutuk keras kekejaman yang berlaku terhadap insiden tersebut sebagai satu jenayah antarabangsa. "Kalaulah pesawat itu milik Amerika dan ditembak oleh perjuang Islam, maka seluruh dunia akan mengutuk kata Islam itu pengganas. "Dalam hal ini kita tidak mahu masyarakat dunia berdiam diri, mereka perlu tampil mengutuk keras apa yang berlaku, tidak kira siapa lakukan dalam hal ini kita kena bersatu dalam mencari penyelesaian," jelasnya. Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar kerajaan memanggil duta-duta negara yang terlibat untuk tampil memberi penjelasan. - HARAKAHDAILY | ||||
MH 17: Dunia berkabung, kuasa dunia bertembung Posted: 23 Jul 2014 03:35 AM PDT SUDAH jatuh ditimpa tangga, luka lama belum sembuh, luka baru pula muncul, demikianlah perasaan tidak terungkap walaupun dengan kiasan bahasa. Negara berkabung sebelumnya pada kehilangan MH370 yang hingga saat ini tidak muncul-muncul dan kini MH17 pula dikatakan menjadi sasaran peluru berpandu di kawasan yang menjadi rebutan. Pada saat rakyat Malaysia, Belanda, Australia, Indonesia dan lain-lain yang menjadi mangsa korban berkabung, kuasa besar pula bersedia untuk bertembung. Tiada siapa yang menafikan kuasa besar sebenarnya tidak peduli apa yang berlaku kepada mangsa, apa yang mereka pentingkan adalah perimbangan kuasa mereka di Eropah Timur dan meneruskan dasar 'proxy war' untuk terus berkuasa. Lanjutan Perang Dingin Amerika selepas Perang Dunia ke-II berhadapan dengan peperangan ideologi antara 'komunis' Russia dan 'liberal' Amerika. Dunia dibahagikan melalui tirai besi antara pengaruh komunis Russia dan liberal kapitalis Amerika. Suasana ini melahirkan apa yang dinamakan sebagai 'perang dingin' bermula tahun 1946. Dasar Amerika Syarikat adalah untuk membentuk keadaan bertahan atau berkawal (containment) dan bersedia bila-bila masa untuk berperang (roll-back). Amerika dan sekutunya mewujudkan Nato (North Atlantic Treaty Organization) untuk mengimbangi penguasaan komunis di Eropah Timur. Russia mewujudkan Pakatan Warsaw bagi mengumpulkan negara-negara Eropah Timur yang tunduk kepada ketuanannya. Peperangan Proksi Dalam mengekalkan dasar 'containment' dan perluasan komunis berlaku beberapa 'proxy war' yang pada matlamatnya adalah untuk memenuhi kehendak pihak yang lebih besar iaitu Amerika dan Rusia. Namun permainan 'cold war' ini berubah langkah apabila Soviet Union runtuh dan Rusia menjadi persekutuan (federation) dan negara-negara bawah kuasa Soviet menuntut autonomi. Begitu juga salah satu negara yang besar terbentuk di bawah keruntuhan ini iaitu Ukraine. Ukraine yang memiliki tapak senjata nuklear ketiga terbesar semasa era Soviet Union bersetuju untuk menyerahkan dalam program perjanjian penyerahan senjata nuklear dengan syarat ia diberi kemerdekaan sebagai sebuah negara yang bebas. Ukraine memilih untuk berkiblatkan ke arah Amerika yang sangat memerlukan negara yang menjadi proksinya untuk mengawasi kebangkitan semula komunisme. Kebangkitan Semula Rusia Vladimir Putin bagi warga keturunan Russia adalah simbol kebangkitan dan Presiden Rusia itu tidak ada pilihan untuk membangkitkan semangat Rusia melainkan ia perlu menunjukkan taringnya dan kali ini Ukraine menjadi mangsanya. Penjajahan Semenanjung Crimea yang terletak di Timur Ukraine adalah isyarat kebangkitan Rusia yang sudah mula menunjukkan dasar penjajahan baru. Amerika tidak selesa kerana khuatir kemenangannya menguasai Eropah Timur akan terjejas dengan kebangkitan penjajahan baru Rusia. Rusia membekalkan senjata kepada pemberontak Ukraine berbangsa Rusia untuk melemahkan kedudukan Ukraine. Ia seolah pengisytiharan perang ke atas Amerika Syarikat dan kuasa Nato. Apakah peperangan baru era Putin akan meledak? Mengapa MH17? Sukar untuk menjawab persoalan ini seperti mana sukar untuk menjawab ke mana hilangnya MH370. Tetapi yang pasti Malaysia dijadikan umpan untuk perang kuasa besar supaya Amerika Syarikat ada mempunyai alasan yang 'kuat' untuk campur tangan ke atas Ukraine. Rakyat Malaysia sebenarnya tidak peduli siapa yang menembak MH17 dan tidak berminat dalam 'blame game' ini. Bagi kita, siapa sahaja yang melakukan kejahatan ini adalah binatang dalam topeng manusia. Mereka tidak berhati-perut untuk menjadikan kapal terbang awam sebagai bidikan. Dunia mengutuk dalam kegilaan kuasa besar mencatur bidak-bidak mereka termasuk Belanda yang mencatat mangsa paling ramai yang terkorban. Kutuk Kuasa Besar Ia adalah mainan kuasa besar yang bernafsu untuk membuka medan perang baru setelah mereka merosakkan Palestin dan menghancurkan Gazza saat artikel ini ditulis. Malaysia perlu berdiri dengan penuh maruah untuk tidak mengambil pihak dalam perang gila ini dan mengutuk Amerika dan Rusia kerana mengheret Malaysia dalam peperangan mereka. Buat masa ini keutamaan adalah memastikan mayat mangsa dikembalikan kepada keluarga masing-masing sementara dunia menantikan jawapan dalam kotak hitam untuk menentukan samada MH17 telah ditembak atau tidak. Bagi rakyat Malaysia, hari ini berlangsung sidang khas Parlimen untuk seluruh negara mendapat penjelasan awal dan supaya ahli Parlimen mendapat peluang untuk berbahas. Kesemua 222 Ahli Parlimen Malaysia bersetuju sebulat suara dengan usul Perdana Menteri kerana ia adalah soal maruah dan harga diri sebuah negara. Tidak ada siapa yang perlu mempertikaikannya. Malaysia berkabung kuasa besar pula bertembung.... (*) Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Parlimen Parit Buntar | ||||
Isu MB: PAS bincang keputusan PKR lepas raya Posted: 23 Jul 2014 03:32 AM PDT Bagi PAS, Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkata, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat parti selepas hari raya Aidilfitri nanti. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini telah menerima cadangan daripada PKR untuk membuat pertukaran Menteri Besar Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. PAS dan DAP secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada PKR. Sementara itu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan memainkan peranan dalam hal ehwal di peringkat negeri Selangor sekiranya Wan Azizah dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. "Saya tidak akan ada apa-apa jawatan, dan saya akan lepaskan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor kerana ramai lagi yang lebih layak," katanya. - HARAKAHDAILY | ||||
Ahli PAS diminta teruskan tanggungjawab Posted: 23 Jul 2014 03:31 AM PDT Segala agenda yang dirancang hendaklah dilaksanakan dan segala program yang telah diatur hendaklah diteruskan. KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad meminta agar ahli PAS di Selangor meneruskan khidmat mereka kepada rakyat dan tidak menghiraukan perkembangan terkini di negeri Selangor. Menurutnya, sama ada sebagai EXCO, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ahli majlis, ketua kampung, nazir masjid, pengerusi surau atau apa-apa jawatan lain, mereka hendaklah terus berkhidmat dengan tekun dan bersungguh-sungguh kepada rakyat. "Segala agenda yang dirancang hendaklah dilaksanakan dan segala program yang telah diatur hendaklah diteruskan. "Mereka hendaklah memastikan agar mereka tidak hilang tumpuan sehingga kebajikan dan kepentingan rakyat terabai," katanya dalam satu kenyataan. Menurutnya, rakyat mahukan perkhidmatan yang terbaik dan pembelaan yang sewajarnya di dalam apa saja suasana dan keadaan. "Di saat-saat seperti ini ahli-ahli mestilah menzahirkan kepimpinan mereka dan tarbiyyah yang telah mereka lalui selama ini," ujarnya. | ||||
Gerakan gesa PKR hormati prinsip Perlembagaan Negeri Selangor Posted: 23 Jul 2014 03:28 AM PDT Pengumuman pertukaran MB Selangor tanpa perkenan Sultan Selangor merupakan suatu tindakan yang 'biadap' PETALING JAYA: Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang mengesa supaya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati prinsip Perlembagaan Negeri Selangor. Menurut Artikel 53 (2) (a) dalam Perlembagaan Negeri Selangor, perlantikan Menteri Besar (MB) Selangor adalah hak Sultan Selangor dan atas budi bicaranya untuk menentukan siapa di dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai sokongan majoriti. "Perlantikan MB Selangor bukan hak PKR ataupun Anwar. "Pemuda Gerakan berasa kesal dengan tindakan Anwar dan PKR yang mengumumkan pertukaran MB Selangor tanpa memperolehi perkenan Sultan Selangor," katanya dalam satu kenyataan media. Jelas Tan lagi, pengumuman pertukaran MB Selangor tanpa perkenan Sultan Selangor adalah bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Negeri Selangor. "Ia juga merupakan suatu tindakan yang 'biadap'," ujarnya. Beliau merujuk kepada pengumuman oleh Penasihat PKR, Anwar Ibrahim bahawa PKR telah bersetuju untuk tukar MB Selangor dengan presidennya Dr.Wan Azizah Wan Ismail. | ||||
Bas rentung, 39 penumpang terselamat Posted: 23 Jul 2014 03:19 AM PDT MALAYSIAKINISeramai 39 penumpang dan dua pemandu nyaris maut selepas sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu, Kelantan rentung dalam kebakaran tengah hari ini. Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari di Km32, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis. "Sebaik menyedari bahagian enjin bas berasap dan terbakar pemandu bas terbabit sempat memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebelum segera mengarahkan kesemua penumpang agar turun daripada kenderaan berkenaan. "Hasil tindakan pantas itu kesemua 39 penumpang dan dua pemandu bas dua tingkat terbabit sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Bernama di Kuantan hari ini. Beliau berkata, siasatan awal mendapati kebakaran itu berpunca daripada kerosakan pada bahagian enjin bas, bagaimanapun siasatan terperinci sedang dilakukan.- Bernama | ||||
Dewan panas dengan tweet 'rasuah pemisah' Posted: 23 Jul 2014 03:15 AM PDT MALAYSIAKINI Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wee Ka Siong membidas segelintir MP yang mengeluarkan kenyataan Malaysia "menggerunkan dan teruk" susulan insiden MH17. "Perkara itu tidak sepatutnya dikeluarkan," katanya tanpa merujuk mana-mana MP. Beliau turut mengkritik perkara yang dibangkitkan oleh Datuk Mahfuz (PAS-Pokok Sena) berhubung laluan yang digunakan oleh MH17. Menurutnya laluan yang dilalui oleh pesawat itu diluluskan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) - badan yang menentukan dan meluluskan setiap laluan sesuatu pesawat. "Jadi (pesawat MH17) mesti melalui (sesuatu negara berdasarkan) pengesahan (laluan terlebih dahulu) dan bukan kita buat sewenang-wenangnya," katanya. Beliau turut membidas pihak tertentu yang mengkritik presiden MCA Liow Tiong Lai yang didakwa "seolah-olah lari ke Beijing" sewaktu insiden malang itu berlaku. Sebaliknya, katanya yang juga ahli parlimen Ayer Hitam, Liow baru sahaja sampai ke Beijing untuk menyelesaikan isu MH370, sebelum bergegas pulang untuk menguruskan insiden MH17. Sewaktu perbahasan juga, beliau turut membangkitkan dakwaan kenyataan MP Pandan Rafizi Ramli dalam satu tweet palsu (kanan) yang dikatakan menggesa kerajaan tidak menggunakan wang rakyat untuk memberi rasuah kepada pemisah bagi mendapatkan kotak hitam. Bagaimanapun, Rafizi yang juga pengarah strategi PKR bangun menafikan perkara itu dan meminta Wee menarik balik dakwaan itu dengan menyifatkan ia sebagai "menghina dewan dan menggunakannya untuk tujuan politik". "Penjelasan mengenai perkara itu telah diberikan. Ia palsu. Tetapi Ayer Hitam masih menggunakannya. Minta tarik balik," katanya sambil mengancam untuk membuat laporan polis berhubung kenyataan itu. Hal demikian mengundang pertikaman lidah oleh beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat seperti Khalid Samad dan Hanipa Maidin yang bangun mendesak Wee menarik balik kenyataan itu dan mendesak membuat Timbalan Speaker Ronald Kiandee membuat keputusan. Mereka menegaskan bahawa kenyataan berunsur fitnah itu tidak boleh kekal dalam hansard parlimen. Bagaimanapun timbalan speaker Dewan Rakyat Ronald Kiandee menggunakan kuasanya mengikut peraturan mesyuarat 36.12 supaya Wee tidak mengulas lanjut perkara yang dibangkitkanya dan meneruskan perbahasan dengan menyentuh topik lain. "Saya mengambil maklum permintaan YB Pandan dan menyerah kepada badan berwajib untuk membuat siasatan," kata Wee sebelum meneruskan topik lain. | ||||
Isu MB: DAP & PAS putus masa terdekat Posted: 23 Jul 2014 03:09 AM PDT MALAYSIAKINI Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini menerima cadangan PKR untuk membuat pertukaran menteri besar Selangor dan mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Ismail. "Parti DAP dan PAS akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat. "DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan menteri besar Selangor adalah daripada PKR," menurut kenyataan bersama tiga pemimpin kanan Pakatan Rakyat. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. | ||||
'Sultan tak boleh tolak calon parti majoriti' Posted: 23 Jul 2014 03:07 AM PDT MALAYSIAKINISultan Selangor tidak berkuasa menolak apabila calon menteri besar yang dipilih parti majoriti kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari hari ini. Menurut Aziz perkara sama berlaku di Sarawak apabila ketua menterinya Pehin Seri Abdul Taib Mahmud digantikan Tan Sri Adenan Satem dan apabila Datuk Seri Najib Razak menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri. "Peranan istana dalam perkara ini bersifat istiadat dan formal. Seseorang harus memahami makna 'budi bicara' yang digunakan perlembagaan negeri, merujuk kepada keadaan di mana tiada pilihan jelas antara calon yang diberikan," kata Aziz mengulas krisis pentadbiran Selangor dan kedudukan Khalid sebagai menteri besar. Aziz, bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa dan kini dengan Universiti Selangor memberi komen keputusan PKR malam Isnin lalu di mana PKR mencalonkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengambil alih tugas menteri besar. Hari ini, pencalonan Wan Azizah dilaporkan telah dibentangkan kepada majlis presiden Pakatan Rakyat dan perkara itu akan dibawa untuk perbincangan PAS dan DAP. | ||||
Polis Buru Suspek Rogol Beramai-ramai Posted: 22 Jul 2014 07:48 PM PDT KELAB GREENBOCGambar suspek rogol beramai-ramai didedah KOTA BHARU - Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut. "Mereka yang dicari ialah, pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh. "Sementara yang ketiga: Mohamad Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin," katanya. Menurutnya, sehingga kini 15 tangkapan sudah dibuat dan lima daripada mereka telah mendapat persetujuan Ketua Unit Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah. "Kami masih belum memberhentikan usaha mengesan lebihan suspek-suspek yang belum ditahan dan usaha menjejaki mereka masih giat dijalankan," katanya. Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama. Pada 9 Julai 14, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol mangsa sama yang berusia 17 tahun. Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh. Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya. -SH | ||||
Jangan lihat masalah yang nampak dipandang sahaja, masalah yang maknawi perlu di kaji Posted: 22 Jul 2014 07:42 PM PDT aspanaliasnet.blogspot.Jika pesawat MH 17 sengaja ditembak dan dalam keadaan sedar oleh penembaknya, ia tidak lain pihak atau negara itu sedang mengisytiharkan perang kepada sebuah negara yang berdaulat yang tidak suka kepada peperangan. Jika ia tidak disengajakan, dan ianya berlaku oleh kerana tersalah sasaran seperti setengah teori yang di dengar, ia adalah kecuaian yang tidak terhingga tahapnya kerana pertelingkahan dua pihak yang sedang dalam peperangan. Dua pihak yang sedang berperang itu ialah pihak pemisah di Ukraine yang disokong oleh Russia dan kerajaan sekarang di bawah pimpinan Petro Poroshenko yang di sokong oleh Amerika Syarikat. Apa pun yang berlaku dan siapa pelaku dalam peperangan ini ia merupakan krisis 'geopolitics'. Dalam sesuatu peperangan seperti ini ia bukan sahaja melibatkan kedua pihak yang berperang itu, tetapi ia melibatkan banyak negara lain serta masyarakat antarabangsa dan kali ini serpihan peperangan itu melibatkan negara kita dengan isu terhempasnya MH17. Penembakan 'missile' berpandu terhadap MH17 ini melibatkan nyawa penumpang seramai 295 orang yang telah maut sekali gus, lebih dahsyat dari jumlah kematian yang dialami penduduk Palestin sejak serangan Israel terhadap Gaza sejak 10 hari yang lalu. Negara baru sahaja mengalami insiden yang tidak pernah berlaku dalam sejarah yang begitu panjang dimana sebuah pesawat kita telah hilang dan tidak dapat dikesan sehingga kehari ini walaupun telah melampaui lebih empat bulan kejadian itu berlaku. Apa sebenarnya yang menyebabkan negara kita menghadapi kejadian yang semuanya melibatkan nyawa yang tidak berdosa ini. Persoalannya sekarang adakah kedua-dua kejadian ini hasil dari 'geopolitics' dunia ini? Satu pertiga negara-negara didunia ini telah bertindak mencari MH 370 dahulu tetapi sehingga sekarang pesawat itu tidak juga di jumpai. Tentunya ia melibatkan teknoloji dan kepakaran yang begitu sofistikated sehinggakan tiada siapa dan mana-mana negara pun tidak mampu mencari pesawat dan penerbangan itu berada. Jika teknoloji yang begitu canggih tidak dapat mencari penyelesaiannya apakah teknoloji yang lebih tinggi dari yang ada pada hari ini? Adakah ini semua merupakan dalil-dalil yang lebih besar dari itu. Apakah yang lebih besar dari sains selain dari kebesaran Tuhan yang Maha Esa yang tiada boleh dibandingkan sesuatu itu? Jika kita sandarkan kepada hakikatnya, apakah mesej dan petunjuk-petunjuk untuk kita melakukan sesuatu yang memerlukan bukan sahaja kekuatan ilmu malahan ia memerlukan kekuatan jati diri yang sebenar-benarnya diri kita itu? Tidak adakah sesiapa yang bermain dalam pemikiran mereka untuk menjadikan kejadian-kejadian ini sebagai petunjuk bagi kita dan negara kita untuk berubah dan memperlihatkan perbezaan keadaan kita dari apa yang kita ada pada hari ini? Apa yang berlaku hari ini adalah tanda arah kepada apa yang akan berlaku pada masa depan. Tidakkah ada yang mengambil semuanya ini sebagai petunjuk kepada kita yang segala yang berlaku itu adalah bersebab dan terpulang kepada kita untuk berfikir dan menilai samada kejadian ini dijadikan sebagai perkara yang perlu di introspeksi kedalam diri kita sendiri. Persoalannya kenapa begitu berlarutan dan kejadian yang buruk berlaku semasa pentadbiran Najib ini? Tidak kah terfikir oleh pihak-pihak yang mahu berfikir yang ulil amri itu mempunyai kaitan secara rapat dengan keadaan negara yang di pimpin seorang pemimpin itu? Kita selalu bercakap dan bertindak dengan sendirian tanpa mempunyai elemen mengaitkan segala-galanya itu secara 'spiritual' dan ketuhanan. Orang seperti saya tidak layak untuk memikirkan isu ini, tetapi saya tahu yang ramai yang lain, mungkin yang tidak di kenali atau yang sudah di kenali boleh dan berkemampuan untuk menjadi penyelesai kepada keadaan yang merungsing hidup ini. Hanya yang saya dan orang yang setaraf rendahnya dengan diri saya untuk berfikir dan memajukan idea yang luhur yang berhubung kait dengan kepimpinan ini. Kita tidak boleh menjadi pemimpin, tetapi kita juga tidak mahu mereka yang memimpin ini setaraf rendahnya dengan kami dibawah ini. Banyak tanda-tanda dan bukti yang memperlihatkan kepada kita yang kejadian-kejadian ini merupakan petanda-petanda yang jelas yang kepimpinan atau ulil amri itu wajar bertanggungjawab terhadap semua kejadian seperti ini. Takkan lah semua kesalahan itu terbitnya dari musuh kita sahaja, masalah dari dalam kita sendiri pun wajib di fahami dan di akui. Semoga kita semua di gerakan dalam semua tindakan kita itu sentiasa dalam keredhaanNya. | ||||
Azizah MB Selangor, jangan tersangkut? Posted: 22 Jul 2014 07:34 PM PDT Malam tadi PKR telah memutus dan memuktamadkan Presiden PKR Dr Wan Azizan Wan Ismail dinamakan sebagai bakal MB Selangor untuk menggantikan Abdul Khalid Ibrahim. Keputusan itu diumumkan Penasihat Umum PkR Anwar Ibrahim setelah pimpinan PKR mengadakan mesyuarat.
Penamaan Wan Azizah itu dilihat sebagai untuk meredakan keadaan dan bagi merapatkan saf kepimpinan dalam PKR yang sebelum ini agak kalut sedikit gara-gara Khalid enggan mematuhi kehendak parti. Diharap selepas ini PKR akan dapat suntikan semangat baru dan keyakinan hidup yang lebih bertenaga. Sewajarnya kalau semua pihak mengambil sikap "tasamuh" dan menerima keputusan parti kerana parti itu tidak ada masa untuk bergaduh panjang memandangkan kepentingan rakyat dan negeri Selangor lebih penting daripada kepentingan peribadi mana-mana pihak. Walaupun Selangor negeri terkaya dan ditadbir baik oleh Khalid tetapi masih banyak perkara yang belum lendek dan disapu ke bawah karpet. Mungkin ada orang persoalkan kenapa PKR menamakan Dr Wan Azizah. Mereka yang termakan dengan jolokan pihak Umno yang mempertikaikan "ketanggungan" Azizah untuk jadi MB kerana dia seorang wanita akan menjadi iseng dan disampuk sawan babi. Dalam konteks ini adalah silap kalau penamaan Azizan itu disuluh dari sudut beliau seorang wanita. Apa yang patut dikenang dan diambil kira Dr Wan Azizah adalah presiden parti di mana dari segi hirearki beliau adalah paling layak selepas Mohamed Azmin Ali sebagai timbalan prsiden untuk menjabat jawatan sebesar itu. Pandangan terhadap Azizah yang dinamakan bakal MB itu seharusnya bukan atas kapasitinya dia kaum Hawa tetapi martabatnya sebagai Presiden parti. Kelestarian PKR sejak ia ditubuhkan hingga berjaya mengekang kemaraan Umno perlu diinsafi ianya dipimpin oleh Dr Wan Azizah. Dalam hakikat berorganisasi kedudukan dan kuasa yang ada kepada Azizah samalah dengan kuasa yang ada kepada Mohd Najib Razak selaku presiden Umno atau Abdul Hadi Awang selaku presiden Pas. Kadang-kadang orang terlupa akan kapasiti yang ada kepada Dr Wan Azizah. Apakah dia dinasihati atau pun dipengaruhi oleh suaminya Anwar Ibrahim, tidak perlu ditakwilkan, dan penakwilan mengenai hal itu adalah dangkal kalau kita memahami kelok-kelok dan tribulasi dalam politik. Lagipun adalah logik dan bijak kalau beliau menerima pengaruh suaminya, kerana Anwar sendiri kualiti dan tarafnya sebagai seorang perdana menteri. Mohd Najib juga tidak dapat menghindari daripada dipengaruhi isteri Rosmah Mansor, dan begitu juga Abdul Hadi Awang sering diheretkan dengan kuasa atau pun idea-idea politik Mustapa Ali. Tidak ada mana-mana pemimpin di dunia ini yang memimpin atau mentadbir tanpa ada penasihat dan terpengaruh dengan mana-mana pemikiran. Cuma seperti dikatakan sebelum ini pemilihan Khalid yang bukan dari kalangan pimpinan utama adalah atas ehsah dan hubungan baik beliau dengan Anwar. Sesiapa tidak dapat menafikan kewujudan Khalid di tempatnya itu atas kehendak Anwar. Pilihan Anwar kepada Khalid walaupun "khilaf" dari segi kelaziman politik, tetapi ia satu pilihan tepat pada masa itu. Sayangnya Khalid tidak tahu berbudi dengan jawatan itu untuk memperkasakan parti menyebabkan beliau dipertikai ramai dan akhirnya minta pamit. Penamaan Azizah sebagai bakal MB Selangor akan tetap dipertikaikan. Pihak lawan sebelum ini sudah melancarkan perang psikologi apabila nama Azizah disebut-sebut menjadi MB. Antara peluru yang digunakan ialah mengenai kedudukan Azizah sebagai seorang wanita yang dikatakan bermasalah untuk menjadi MB kerana berdepan dengan sifat biologi Azizah sebagai seorang wanita yang mengalami uzur syarie. Pendangan itu diberi oleh peguam agung Umno bernama Hafarizam Harun yang mengatakan Azizah tidak layak jadi MB kerana uzur syarie. Pandangan "jahiliah" peguam itu mendapat kecaman hebat daripada semua pihak termasuk rakan komponen Umno dalam BN, MCA. Orang Umno selalu demikian bercakap dahulu sebelum merujuk kepada hukum fiqh. Selain itu dipihak Pas juga menunjukkan kurang senang kalau PKR menamakan Azizah. Katanya Pas lebih cenderong kepada Azmin. Walaupun Pas ada hajat untuk memperjudikan calonnya sendiri, namun parti itu dipercayai ditekan oleh rasa persahabatan menerusi Pakatan Rakyat. Pas menjadi segan dengan DAP yang mengambil sikap terbuka dan menyokong penuh PKR untuk mewarisi kerusi MB Selangor menyebabkan Pas tidak begitu serius. Kenyataan Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali yang menegaskan kerusi MB Selangor hak PKR dan Pas tidak akan ganggu memancungkan angan-angan dua Exco Pas yang berminat untuk jadi MB. Sebelum ini kedua-dua Exco berkenaan sudah mula berjalan meniru gaya MB dan tidurnya juga diganggu mimpi YAB. Ruangan media sosial seorang Exco juga sudah mulai lebat dengan catatan-catatan aktivitinya yang berjumpa rakyat siang malam persis seorang MB. Manakala Exco berkenaan juga sering mengeluarkan pendapat berkadas antara satu sama lain yang menjurus kepada melobi kerusi MB. Tindakan Pas itu yang memperakui kerusi MB Selangor adalah hak PKR boleh diangkat tabik dua kali. Dua kali sahaja, sebab Pas juga ada kalanya berdolak dalih dan main "keret" ekor. Contohnya apa yang berlaku di beberapa buah kerusi dalam pilihan raya umum lalu. Pun begitu walaupun kedua-dua rakan PKR, Pas dan DAP tidak ada masalah dengan Azizah, tetapi prsose penggantian itu dijangka selepas Aidifitri bukan mudah. Yang nyatanya ia bukan rahmat malam lailatu qadar? Ia tetap keputusan politik. Bila disebut politik maka akan adalah politiking. Justeru ada beberapa halangan atau kemungkinan lain boleh berlaku. Di sinilah memerlukan kerjasama dan sikap understanding yang tinggi semua pihak. Cukup penting ialah ketulusan daripada Khalid Ibrahim. Sekiranya Khalid tidak ikhlas dan sukar menerima apa yang dihukumkan ke atas dirinya ia boleh menyebabkan kesenimbungan projek Kajang Move itu terganggu. Hendaknya jangan sampai terganggu untuk kedua kali, apa lagi melibatkan suami dan isteri. Malu weh.... Hasrat PKR atau Anwar untuk menobatkan Azizah sebagai wanita pertama menjadi MB di negara ini itu boleh sangkut. Masih ada "kluk klik" lain yang boleh menganggui tujuan itu. Kalau hasrat Anwar untuk bertanding di pilihan raya kecil DUN Kajang sebagai persiapan menjadi MB diganggu, tidak kurang juga dengan peralihan Kajang Move kepada Wan Azizah ini. Akan ada usaha ke arah itu. Musuh tidak pernah berhenti dari mengadu domba dan berusaha mengagalkan langkah kawannya. Para ustaz yang diupah dengan wang emas seuncang seroang juga akan berdoa agar ia terhalang. Kalau mahkamah dan undang-undang yang dikendalikan manusia rela menjadi alat politik dan jahat, menganggu langkah Anwar di Kajang, apakah pula ganguan terhadap rancangan meletakkan Azizah sebagai MB ini? Dalam tilikkan saya ada dua faktor yang boleh menjejaskan perkara ini. Pertama oleh Khalid Ibrahim sendiri dan kedua pihak Istana. Kalau (dibuat) Khalid tidak mahu berundur, proses ini akan terganggu. Apa lagi kalau tindakan Khalid itu dipersetujui oleh Istana. Begitu juga kalau Sultan Selangor enggan memberi perkenan kepada Wan Azizah menyebabkan proses ini akan tersangkut. Benar, Sultan harus menerima sesiapa sahaja menjadi MB daripada parti yang mendapat kepercayaan dan majoriti. Sultan tidak ada hak untuk menghalang kerana begitu kehendak Perlembagaan. Perlembagaan adalah "Quran" kepada sesebuah negara yang harus dipatuhi secara adil dan saksama. Namun pun begitu ia sering kali terlanggar dan dilanggar. Mungkin peristiwa yang berlaku di Kelantan, Terenganu, Kedah atau Perak atau di Pahang dan Johor tidak lama dahulu dimana boleh dijadikan paduan dan iktibar, bagaimana apabila ada campur tangan pihak Istana menyebabkan maksud parti politik yang menang untuk melantik seseorang terganggu dan menjadi kucar kacir. Tetapi kita percaya dalam hal Selangor ini risikan sudah dibuat terlebih dahulu. Boleh jadi tindakan PKR menamakan Azizah sebagai pengganti Khalid itu sudah pun mendapat perestuan daripada pihak Istana atau pun dimaklumkan. Atau pun pihak Istana bersikap terbuka sedia menerima sesiapa sahaja sebagai MB asalkannya orang itu mendapat sokongan parti. Keadilan yang ditunjuk setakat ini boleh dihormati. Bagi mengejapkan kedudukan atau cadangan PKR ini, elok kalau Azmin Ali membuat kenyataan dan pendirian memberi sokongan sepenuhnya kepada presiden parti sebagai bakal MB. Begitu juga dengan Khalid Ibrahim nyatakan sokongan padu dengan tulus. Dengan cara itu mereka akan dilihat sebagai seorang ahli politik yang mempunyai wisdom yang tinggi dan segala kusut masai tidak ada lagi. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan