DIALOG RAKYAT |
- MAS Nazak, Perlu Diisytihar Bankrap.. Bukankah Itu Memang Hasrat Najib?
- Gambar tunjukkan peluru berpandu dibawa ke Rusia
- Tembakan pertama menteri kesihatan pada Rusia
- Fakta Gaza, Palestin yang dilupakan
- Skandal Bank Rakyat: Jawapan kepada Hasan Malek
- MH17: Panggil segera kedutaan Ukraine
- MH17: Siswa harap bomoh & syirik tak berulang
- MH17: Kita masih tidak tegas - Kadir Jasin
- Kelantan lancar rumah mesra OKU
- Memerhati deretan pesawat MAS, air mata saya menitis
- Berikutan Tragedi MH17, Majlis Rumah Terbuka Wajar Dibatalkan Tahun Ini
- TRAGEDI PESAWAT - MH370 TIDAK PERLU SIDANG KHAS PARLIMEN, MH17 BOLEH PULA?
- Pekerja MAS terjejas teruk ekoran tragedi dua pesawat, kata kesatuan
- Pasukan Malaysia belum dapat masuk tapak MH17, kata Liow
- Pihak bertelagah bentuk zon selamat di kawasan nahas
- PAS: Menteri minta tangguh lagi tindakan pada Deepak
- Pesawat MH17 diarah terbang 33,000 kaki
MAS Nazak, Perlu Diisytihar Bankrap.. Bukankah Itu Memang Hasrat Najib? Posted: 20 Jul 2014 04:10 AM PDT KELAB GREENBOCTidak! Tidak Mungkin Untuk Kali Kedua...Ya Allah Ya Tuhanku...!" BELUM pernah dalam sejarah penerbangan awam dunia, dua pesawat dari model yang sama dan dari sebuah syarikat penerbangan yang sama musnah dalam tempoh empat bulan. Dan jika dicantum jumlah mangsa yang terkorban akibat malapetaka ini, ia adalah satu rekod dunia malah yang terburuk dalam sejarah penerbangan awam dunia. Malah Dunia pun tiada jawapan kepada bencana yang menimpa Syarikat Penerbangan Malaysia ini. Akan tercatat dalam sejarah, dalam tempoh empat bulan sahaja, MAS kehilangan 534 pelanggan dan kakitangan dengan 239 orang dari pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi sehingga kini tidak dapat dikesan dan dijejaki. Sesungguhnya cabaran dan dugaan yang sedang dihadapi oleh MAS adalah sangat-sangat luar biasa dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk dipikul. Jika kita di luar MAS berasa gundah, resah dan gelisah, apatalah lagi mereka yang berada di dalam syarikat itu. Pesawat Boeing 777-200 milik MAS Seorang bekas kakitangan MAS yang dikenali penulis menangis teresak-esak sebaik sahaja berita mengenai tragedi ini muncul di kaca televisyen. "Tidak!Tidak mungkin untuk kali kedua...Ya Allah Ya Tuhanku..," katanya sambil menutup muka dengan kedua-dua belah tangan. Itu airmata dari bekas kakitangan MAS, apatah lagi mereka yang masih berkhidmat. Dalam kes ini, bukan sahaja MAS tetapi Malaysia sebagai sebuah negara sedang sengsara dan kebigungan menghadapi krisis kedua yang melanda syarikat penerbangan kebangsaan dalam tempoh tidak sampai lima bulan. Pada 8 Mac lalu, MAS turut kehilangan pesawat dari model yang sama dan kehilangannya itu masih tidak ditemui sehingga ke saat ini sekaligus menjadikannya misteri antarabangsa paling dahsyat. Bukan sahaja ia tidak ditemui malah secebis serpihan daripada bangkai pesawat tersebut pun tidak dapat dikesan. Petanda di mana ia terhempas atau menghilang pun masih menjadi teka-teki yang tidak terjawab. Kemudian insiden terbaru yang berlaku di Ukraine pada Khamis lagi menyayat hati. Kesemua 295 penumpang dan anak kapal terkorban dalam sekelip mata apabila pesawat dari model yang sama dan milik syarikat penerbangan yang sama hancur musnah jatuh terhempas di kawasan konflik antara etnik Rusia Ukraine dengan kerajaan pusat pimpinan etnik Ukraine. Teori yang diperkatakan oleh semua orang ialah ia musnah ditembak menggunakan roket tapi tiada siapa pun yang tampil mengakui bertanggungjawab melakukannya atau pun dilihat melakukannya. Sejak malam semalam sehinggalah ke saat ini, semua stesen televisyen tempatan dan antarabangsa iaitu dari CNN, BBC sehinggalah ke Al Jazeera tidak henti-henti menyiarkan program temubual khas untuk membicarakan tragedi yang menimpa pesawat MAS ini. MAS untuk kali yang keduanya menjadi topik bualan paling panas semua agensi berita, media dan televisyen dunia. Belum pernah dalam sejarah syarikat penerbangan ini, ia menerima liputan yang begitu meluas dan menjadi bahan berita utama dunia sebanyak dua kali dalam tempoh beberapa bulan. Tetapi apa yang pasti ialah, syarikat penerbangan yang kini sedang nazak dan berhadapan dengan kemungkinan diisytihar bankrap sebagai jalan terbaik untuk memulihkannya semula perlu berhadapan dengan satu lagi kisah sedih, pahit dan malang serta perhatian dunia ekoran insiden kedua yang menimpanya. Persoalan paling besar yang kini menjadi tanda tanya ialah bagaimanakah malapetaka seperti ini melanda sebuah syarikat penerbangan yang rekod perkhidmatannya adalah antara yang terbaik dan cemerlang di dunia dalam tempoh masa yang begitu singkat. Percayalah, jawapannya akan terus diperdebatkan sehingga ke akhir masa... -mstar
ULASAN GB Selepas 2 bulan Najib berkata situasi bangkrap adalah kemungkinan sebagai satu cara untuk menyusun semula syarikat penerbangan negara itu selepas bertahun mengalami kerugian dan konflik pahit dengan kesatuan buruh, maka pada 18 Julai 2014, MH17 pun terhempas ditembak jatuh di Ukraine mengorbankan 295 nyawa. Hukum Alam yang berlaku persis mengiyakan kata-kata Najib itu, dan MAS kini benar-benar nazak. Tiada pilihan kecuali membangkrapkannya apabila nahas dua buah pesawat MH370 dan MH17 berlaku di dalam tempoh selang 4 bulan yang mengorbankan 500 orang kesmeuanya. GB dah kata sebelum ini... "setiap perkataan adalah doa" (kullu kalam ad-du'a". Najib, you asked for it! |
Gambar tunjukkan peluru berpandu dibawa ke Rusia Posted: 20 Jul 2014 03:58 AM PDT MALAYSIAKINI Ukraine mendakwa pasukan antirisikan asingnya mempunyai bukti bergambar yang menunjukkan pasukan pemisah yang disoko9ng Rusia sebagai pihak bertanggungjawab dalam insiden MH17. Ketua perkhidmatan keselamatan jabatan kaunterintelijennya Vitaliy Nayda mendakwa gambar menunjukkan dua sistem peluru berpandu BUK-M1 daripada Ukraine menyeberangi ke Rusia pada 2 pagi (waktu Ukraine) pada 18 Jun – sehari selepas MH17 ditembak. "Satu daripadanya mempunyai set penuh empat peluru berpandu, selainnya – tiga peluru berpandu," katanya. Menurut laporan Pusat Media Krisis Ukraine malam tadi, ia merupakan usaha puak pemisah untuk mengelakkan daripada dikesan. Nayda berkata, tiga BUK-M1 buatan Rusia ditempatkan di wilayah Ukraine yang dikawal kumpulan pemisah ketika pesawat MH17 terhempas. |
Tembakan pertama menteri kesihatan pada Rusia Posted: 20 Jul 2014 03:49 AM PDT ,MALAYSIAKINI Datuk Seri S Subramaniam menjadi menteri pertama yang mengkritik langsung Ukraine dan Rusia kerana kurang membantu Malaysia memasuki kawasan nahas di mana pesawat MH17 dipercayai ditembak jatuh. "Saya sungguh marah apabila pasukan Smart (Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia) kita tidak mendapat sokongan diperlukan dan akses ke tapak nahas untuk operasi mencari. "Pihak berkuasa Ukraine dan Rusia mesti memberikan sokongan untuk keselamatan penglibatan kita," katanya dalam kenyataan di Facebook. Kenyataan Subramaniam (kiri) itu dilihat menongkah arus selepas kerajaan secara rasmi dilihat begitu mengambil pendekatan diplomatik dengan kedua-dua negara itu. "Sebarang usaha pemberontak pro-Rusia menafikan kemasukan ke tapak nahas dan campur tangan dengan bukti patut dikutuk. "Sebagai sebuah bangsa kita harus menunjukkan tekad menggali ke akar umbi bagi mencari keadilan untuk seluruh masyarakat yang menjadi mangsa tindakan serangan ganas," katanya. |
Fakta Gaza, Palestin yang dilupakan Posted: 20 Jul 2014 03:35 AM PDT PERJUANGAN rakyat Gaza mempunyai sejarah tersendiri. Namun mereka semua adalah sebahagian dari kita. Perjuangan rakyat Gaza tidak ada waktu tidur, mereka terus bersiap sedia untuk membebaskan diri dari penjajahan di bumi sendiri. Berikut adalah fakta-fakta yang mungkin dilupai oleh kita semua: 1. Tanggal 15hb Mei 1948, Yahudi berjaya menakluki Palestin dan menubuhkan negara haram Israel. Dunia semua menyaksikan kemelut ini, akan tetapi membisu kerana Israel telah memakan jiwa-jiwa mereka dan menusuk jarum kebencian kepada Islam. Rentetan dari itu Segenting Gaza terbentuk. Gaza telah diserang oleh Israel pada tahun 1967 dan pernah sejak itu Israel secara haram menduduki Gaza. 2. Gaza dikelilingi pada tiga sempadannya oleh Israel. Sempadannya disekat ketiga-tiga belah pihak oleh tentera Israel, tentera laut dan sebelah oleh Mesir. Tentera Mesir bersama-sama dengan pemerhati antarabangsa dan pemantauan Israel dan PBB menghalang kemasukan mana-mana badan ke Gaza. Jadi Gaza adalah benar-benar penjara besar di mana kapal terbang tidak boleh masuk tanpa kebenaran Israel. Kapal laut tidak dibenarkan berlabuh. 3. Gaza tidak mempunyai pelabuhan laut (pelabuhan nelayan ada, tetapi terhad sekitar 5 batu nautika sahaja) atau lapangan terbang atau stesen kereta api. 4. Penduduk Gaza tidak boleh meninggalkan Gaza kerana ramai mereka tidak mempunyai pasport. Pasport diluluskan secara terhad. Tambahan pula terdapat pusat pemeriksaan Israel di setiap sempadan. Juga tidak ada dari mana-mana negara boleh memasuki Gaza tanpa kebenaran Israel. Kebenaran memasuki Gaza terlalu ketat. Ahli politik negara-negara yang kuat pun telah dinafikan memasuki Gaza oleh Israel. Gaza adalah suatu tempat yang benar-benar terpisah dari seluruh dunia. 5. Setiap komoditi kegunaan harian datang melalui pusat-pusat pemeriksaan Israel. Malah susu, Ubat-ubatan, gandum semua barang harian datang melalui Israel. Sistem kewangannya adalah dikawal oleh Israel dimana mata wangnya shekel. Israel mengenakan caj cukai ke atas semua barang dan akan melalui tempat pemeriksaan. 6. Gaza adalah seperti penjara besar. Ia adalah negara di bawah penyisihan dunia. Tentera Israel mengganggu dan menghina rakyat Gaza setiap hari sebagai rakyat Gaza berjawatan dalam kerajaan. 7. PBB telah menggesa Israel banyak kali untuk membuang undang-undang penyisihan rakyat Gaza dan ianya menyalahi undang-undang di Gaza tetapi Israel tidak pernah mendengar PBB. Mereka menganggap makhluk selain dari bangsa Yahudi adalah binatang. Lebih daripada 50 resolusi yang telah diluluskan oleh PBB terhadap Israel tetapi Amerika Syarikat sentiasa di sebelah Israel, menyebabkan mereka semakin angkuh. 8. Makanan dan keperluan sentiasa berkurangan di Gaza kerana sekatan import makanan oleh Israel. Kedai tidak mempunyai bekalan yang cukup, hospital tidak mempunyai ubat yang mencukupi dan ubat penting tiada. Kuasa letrik adalah terhad, petrol dan gas adalah dalam kekurangan juga. Inflasi tertinggi di dunia adalah di Gaza. Kemiskinan yang semakin meningkat pada kadar yang paling tinggi juga. 9. Tiada doktor atau peralatan khusus untuk merawat kecederaan serius atau penyakit dalaman di mana-mana hospital. Sejak berlaku perang, Israel menyerang menggunakan bom. Orang awam yang tidak bersalah tercedera semasa pengeboman. Hak kemanusiaan untuk keluar merawat tetapi tentera Israel tidak membenarkan dengan mendesak Mesir berbuat demikian. Oleh itu, luka-luka yang boleh dirawat menjadi lebih teruk dan cedera semakin parah menjadikan mereka cacat untuk sepanjang hidup mereka. 10. Masyarakat dunia berkembang maju dan kaya, namun rakyat Gaza telah menjadi pengemis dan menjadi banduan di negeri sendiri. Anda bayangkan trauma penghinaan gangguan sakit hati orang-orang yang telah menyerang dan menawan serta menjadi hamba di negara sendiri? 11. Mereka telah berjuang untuk kemerdekaan mereka sejak hampir 50 tahun. Dengan setiap hari yang berlalu Israel membina penempatan baru bagi warga Israel di tanah jajahan baru mereka. Setiap hari yang berlalu dengan penuh harapan agar merdeka, harapan untuk hidup kehidupan yang normal seperti mana-mana manusia lain menjadi samar. Setiap malam mereka tidur dalam kesakitan dan setiap pagi mereka bangun dengan kesedihan. Dalam alasan mahu rundingan damai Israel sebenarnya melambatkan kebebasan mereka. Israel setiap hari menjajah tanah mereka dengan membina rumah baru Israel dan penempatan. Rakyat Palestin tahu ini dan mereka menontonnya tanpa daya. Sama seperti kambing yang berhati singa makan kanak-kanak tetapi tidak boleh berbuat apa-apa walau air mata darah tumpah sekalipun. Dengan askar Israel mengganggu mereka, mengutuk mereka, menyalahgunakan mereka mengejek mereka, mencederakan mereka, membunuh mereka setiap hari di negeri mereka sendiri, semua rakyat Palestin boleh lakukan ialah menonton dan menangis. 12. Apakah pilihan dan solusi yang anda ada sekarang? Kita disuap oleh media barat yang berasa seolah-olah rakyat Gaza lah yang menceroboh Israel dan Israel sedang berjuang untuk kebebasan rakyatnya. Supaya orang hanya boleh mengutuk dan menyalahkan penduduk Gaza. Bolehkah anda cuba untuk merasa kesengsaraan dan ketidakupayaan mereka? Kita tidak boleh bayangkan perbelanjaan walaupun satu hari dalam penjara yang dipanggil Gaza dan mereka yang tinggal di sana setiap hari... Silalah bangkit wahai umat untuk Gaza demi kemanusiaan sejagat! Penulis ialah Urusetia Isu Palestin Yayasan Amal Malaysia |
Skandal Bank Rakyat: Jawapan kepada Hasan Malek Posted: 20 Jul 2014 03:32 AM PDT Setelah meneliti penjelasan YB Menteri tersebut, saya amat kecewa kerana penjelasan yang diberikan adalah suatu penjelasan bersifat umum yang hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Bahkan di dalam penjelasan tersebut seolah-oleh menunjukkan YB Menteri ingin meletakkan beban di pihak pengurusan Bank di mana kononnya terma-terma penyelesaian dengan Deepak adalah dibuat berdasarkan cadangan pengurusan Bank Rakyat dan bukannya atas arahan YB Menteri. YB Menteri sesungguhnya tidak boleh berdalih dan menafikan fakta bahawa YB Menteri sendiri yang mengeluarkan surat 'arahan' kepada Bank Rakyat bertarikh 30 Januari 2014 supaya tindakan undang-undang ke atas syarikat milik Deepak Carpet Tile Sdn. Bhd. ditangguhkan dan baki tertunggak sebanyak RM32 juta diselesaikan melalui bayaran bulanan selama 10 tahun melalui 120 keping cek yang setiap satunya bernilai RM270,000.00. Bahkan saya ingin mendedahkan di sini, bahawa sebaik menerima surat dari YB Menteri bertarikh 30 Januari 2014 tersebut, pihak Lembaga Pengarah Bank Rakyat (yang ketika itu dipengerusikan Tan Sri Sabbaruddin Chik) di dalam satu mesyuarat pada 27 Februari 2014 telah MENOLAK 'arahan' YB Menteri di dalam surat bertarikh 30 Januari tersebut. Lembaga Pengarah Bank Rakyat sebaliknya telah meletakkan syarat supaya Carpet Tile Sdn. Bhd. menjelaskan terlebih dahulu bayaran sebanyak RM5 juta sebagai menunjukkan komitmen di pihak Carpet Tile untuk mematuhi perjanjian dengan Bank Rakyat. Lembaga Pengarah Bank Rakyat di dalam mesyuarat yang sama juga memutuskan bahawa hanya selepas Carpet Tile membayar RM 5 juta tersebut, barulah Bank Rakyat akan mempertimbangkan sebarang cadangan dari Carpet Tile berkaitan penstrukturan pembayaran balik baki tertunggak bagi pinjaman tersebut. Hasil dari keputusan ini, Bank Rakyat telah menghantar surat makluman kepada Carpet Tile pada 28 Februari 2014 di mana Carpet Tile diberi masa seminggu untuk menjelaskan RM5 juta ringgit tersebut dan mengemukakan cadangan pembayaran yang berikutnya. Namun apa yang mengejutkan, YB Menteri, yang dipercayai telah mengetahui kandungan surat Bank Rakyat kepada Carpet Tile bertarikh 28 Februari 2014, telah sekali lagi menghantar surat kepada Bank Rakyat pada 5 Mac 2014 yang mana YB Menteri telah mengarahkan supaya Bank Rakyat menangguhkan perlaksanaan syarat-syarat yang dikenakan Bank Rakyat kepada Carpet Tile sebagaimana surat Bank Rakyat bertarikh 28 Februari 2014. Lanjutan dari surat kedua YB Menteri inilah yang membuatkan Lembaga Pengarah Bank Rakyat di dalam mesyuarat pada 1 April 2014 akhirnya terpaksa bersetuju supaya Carpet Tile dibenarkan menjelaskan baki pinjaman sebanyak RM 32 juta selama 10 tahun tanpa dikenakan sebarang denda lewat (ta'widh). Apa yang ingin saya tegaskan di sini, berdasarkan fakta-fakta yang saya nyatakan di atas, penjelasan bertulis yang diberikan YB Menteri sebenarnya telah gagal menyembunyikan hakikat bahawa YB Menteri telah memainkan peranan yang begitu aktif di dalam 'menyelamatkan' Carpet Tile dan Deepak Jaikishan dari diambil tindakan undang-undang oleh Bank Rakyat. Bahkan penjelasan tersebut sebenarnya membangkitkan lebih banyak persoalan. YB Menteri tidak boleh lagi berdusta dengan memberi alasan layanan istimewa yang diberikan kepada Deepak dan Carpet Tile ini adalah atas keputusan yang dibuat oleh pengurusan dan Lembaga Pengarah Bank Rakyat. Sekiranya YB Menteri merasa berada di pihak yang benar, saya mencabar YB Menteri supaya menafikan fakta-fakta yang saya nyatakan di Perenggan 4 dan 5 di atas. Bagi melindungi segala perbuatannya, YB Menteri seterusnya mendakwa bahawa selaku menteri yang menjaga hal ehwal Bank Rakyat, beliau berkuasa untuk membuat sebarang keputusan berkaitan perjalanan Bank Rakyat sebagaimana kuasa yang diberikan oleh Seksyen 16 Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Peruntukan Khas) 1978. Saya akui kewujudan peruntukan Seksyen 16 tersebut. Namun YB Menteri hendaklah membaca sehingga habis Seksyen 16 tersebut. Seksyen 16 sebenarnya tidak memberi kuasa mutlak kepada YB Menteri untuk membuat sebarang keputusan atau arahan yang sewenang-wenangnya di dalam hal ehwal Bank Rakyat. Jelas dinyatakan di dalam Seksyen 16 tersebut bahawa sebarang arahan menteri hendaklah ianya suatu arahan bagi melindungi kepentingan ahli atau pendeposit Bank Rakyat. Soalan saya, dengan memberi keistimewaan kepada Deepak dan Carpet Tile untuk membayar baki pinjaman selama 10 tahun tanpa dikenakan sebarang bayaran denda lewat, bagaimana ianya dikatakan boleh melindungi kepentingan ahli dan pendeposit Bank Rakyat yang lain? YB Menteri sesungguhnya bertangungjawab untuk menjelaskan perkara ini dengan jujur dan telus. Saya juga menyeru supaya Bank Negara, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia supaya tidak tunduk kepada tekanan dan menyiasat perkara ini dengan penuh ketelusan. *Penulis adalah Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Ketua Whip Ahli Parlimen PAS dan Ketua Penerangan PAS Pusat. |
MH17: Panggil segera kedutaan Ukraine Posted: 20 Jul 2014 03:28 AM PDT Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menegaskan kerajaan perlu berani dalam pendirian membuat siasatan awal dengan memanggil wakil negara tersebut. "Kita mahu mendapat penjelasan daripada Ukraine berhubung insiden tersebut yang dilihat membabitkan kumpulan pemberontak dengan kerajaan Ukraine. "Kerajaan perlu berani serta tidak perlu tunduk dengan negara tersebut kerana apa yang berlaku itu disebabkan konflik di negara itu," jelasnya. Dalam pada itu Ahli Parlimen Pokok Sena turut meminta agar kerajaan mempersoalkan kenapa terdapat arahan yang dikeluarkan menara kawalan trafik udara Ukraine agar MH17 terbang pada ketinggian 33 ribu kaki. "Berdasarkan pelan penerbangan, pesawat komersil itu memohon untuk terbang pada ketinggian 35 ribu kaki, bagaimanapun ketika melintasi ruang udara Ukraine menara kawalan telah mengarahkan terbang pada ketinggian 33 ribu kaki. "Kita ingin Ukraine jelaskan kenapa arahan tersebut diberikan dan apa masalah yang akan berlaku jika MH17 terbang pada ketinggian asal," sambung beliau. Dalam pada itu, beliau juga berharap kerajaan turun memanggil kedutaan Rusia kerana negara itu berada di belakang pemberontakan dan ketegangan antara kedua-dua negara. "kerajaan tidak boleh memandang ringan tentang kemungkinan keterlibatan kedua-dua negara dalam percaturan politik antara mereka," kata beliau lagi. HARAKAHDAILY |
MH17: Siswa harap bomoh & syirik tak berulang Posted: 20 Jul 2014 03:22 AM PDT MALAYSIAKINI Berikut perkembangan isu berkaitan MH17 hari ketiga dari masa ke semasa: 17.05 Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) akan menghentikan penggunaan kod penerbangan MH17 bagi menunjukkan rasa hormat terhadap mangsa tragedi itu. Dalam satu kenyataan hari ini MAS berkata kod penerbangan baru untuk perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur adalah MH19 dan akan bermula 25 Julai depan. Kenyataan itu juga menyebut tiada perubahan kekerapan penerbangan antara dua destinasi tersebut dan jadual penerbangan harian antara kedua ibu negara akan berjalan seperti biasa. Akaun Facebook bernama "A Fly Guy's Cabin Crew Lounge" itu, yang memberi ruang kepada petugas penerbangan serata dunia untuk membina rangkaian serta berkongsi kisah dan foto, kini menjadi saluran untuk menyampaikan ucapan takziah kepada anak kapal MH17. 15:33 Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaysa (PMIUM) meminta agar semua pihak menjadi lebih matang dalam menghadapi tragedi ini. Presiden PMIUM Khairol Najib Hashim berkata fenomena penyebaran maklumat palsu dan teori konspirasi harus dielak untuk tidak mencemarkan imej negara ini. Kharol turut meminta agar fokus rakyat terhadap MH17 ini tidak mengalih pandangan daripada krisis kemanusiaan di Gaza antara rejim Zionis dan rakyat Palestin. "Kita tidak mahu fenomena penyebaran maklumat palsu, hebahan teori konspirasi, bomoh, amalan syirik dan sebagainya kembali berulang dan mencemarkan imej negara. "Hal ini kerana ianya jelas mempamerkan mentaliti negatif rakyat Malaysia dan mengundang tanggapan buruk masyarakat dunia terhadap negara kita," kata beliau dalam satu kenyataan. PAS mahu Duta Ukraine, Rusia dipanggil Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pula menegaskan kerajaan perlu memanggil wakil kedutaan Ukraine di negara ini untuk memberi penjelasan insiden tersebut. Dipetik Harakahdaily, Mahfuz berkata Malaysia sepatutnya tidak tunduk dengan Ukraine kerana kerajaan mereka bertanggungjawab dalam krisis negara itu sehingga melibatkan penerbangan Malaysia. Beliau juga berharap Rusia dipanggil kerana negara itu menurutnya berada di belakang pemberontakan dan ketegangan antara kedua-dua negara. Sunderland-Newcastle bersatu 12.15 Jarang-jarang terjadi, peminat pasukan bola sepak Inggeris Sunderland memulakan kempen mencari dana bagi membantu peminat Newcastle United yang meninggal akibat nahas MH17. Newcastle dan Sunderland terkenal sebagai musuh ketat zaman berzaman dalam dunia bola sepak Inggeris kerana kedua-duanya berasal daripada kawasan sama di utara United Kingdom. Sky Sports melaporkan, peminat Sunderland sudah mengumpulkan 14,000 untuk dua mangsa, iautu Liam Sweeney, 28, dan John Adler, 63. 12.00 Pihak berkuasa Ukraine menegaskan masih belum menerima sebarang kotak hitam yang dikatakan ditemui di tapak nahas MH17. Dalam kenyataannya malam tadi, kedutaan Ukraine di Kuala Lumpur berkata, lokasi kotak hitam masih tidak jelas walaupun ada laporan menyebut ia dihantar sama ada ke Rusia atau diserahkan pada pihak berkuasa Ukraine. 10.30 Bank Belanda kini mengambil langkah pencegahan bagi memastikan kredit kad mangsa MH17 tidak disalah guna oleh pihak lain selepas laporan mendakwa ia digunakan di kawasan berdekatan tempat nahas. AFP melaporkan, bak-bank di Belanda menawarkan untuk mengganti kembali wang, yang digunakan daripada kad kredit curi, kepada keluarga mangsa. 10.20 Singapore Airlines Ltd (SIA) membuat permohonan maaf terbuka pada Sabtu selepas mengeluarkan kenayataan dianggap tidak sensitif berkaitan isu MH17, lapor Reuters. Beberapa jam selepas MH17 ditembak di timur Ukraine pada Khamis dan mengorbankan 298 nyawa, SIA di Facebook dan Twitter syarikat itu memuatkan pesanan berkata pesawatnya tidak menggunakan ruang angkasa Ukraine. 8:00 Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lain terbang ke Ukraine bersama rombongan enam orang pada 11.59 malam pada Sabtu bagi membantu pasukan Malaysia di negara itu, lapor Bernama. |
MH17: Kita masih tidak tegas - Kadir Jasin Posted: 20 Jul 2014 03:11 AM PDT KUALA LUMPUR: "Saya tertanya-tanya adakah pemerintah kita cukup tegas, keras dan pantas? Adakah kita membawa kes itu ke persada antarabangsa, khususnya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?" tanya Datuk A Kadir Jasin menerusi facebooknya, semalam. Justeru, beliau berharap dan berdoa begitulah. Menurutnya, pada malam kejadian, beliau menghantar SMS kepada seorang pengarang di New Straits Times bertanya apakah Wisma Putra telah memanggil Duta Rusia dan Duta Ukraine. "Saya kecewa dengan tindakan lembik (terlalu diplomatik) pemerintah kita dalam hal ini. "Pemerintah kita sepatutnya dari awal lagi membuat kenyataan tegas dan keras meminta campur tangan PBB dan agensi-agensi penerbangan antarabangsa serta mengutuk mana-mana negara yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan perbuatan ganas itu," tulisnya lagi. Tulisan penuh sebagaimana di bawah. TERIMA kasih kepada masyarakat antarabangsa dan pemimpin dunia kerana peduli kes penembakan jatuh pesawat MH17 milik MAS di sempadan Ukraine-Rusia Khamis lalu. Pada hari Jumaat Presiden Amerika, Barrack Obama menyifatkan peristiwa itu sebagai "outrage of unspeakable proportions" dan mengisytiharkannya sebagai amaran keras kepada pemimpin Eropah. Apa yang Obama tidak lakukan secara terbuka dan tersurat adalah menuduh Rusia terbabit dalam perbuatan terkutuk itu. Namun beliau berkata, pemberontak pro-Rusia di Ukraine mustahil mempunyai keupayaan untuk menembak jatuh sebuah pesawat yang sedang terbang di paras 33,000 kaki tanpa bantuan atau campur tangan Rusia. Di negaranya sendiri Obama dikritik dan dikutuk kerana membuat kenyataan sambil lewa mengenai penembakan jatuh MH17 beberapa jam selepas ia berlaku. Ini memaksa beliau membuat kenyataan lebih tegas semalam. Di pihak kita pula, saya tertanya-tanya adakah pemerintah kita cukup tegas, keras dan pantas? Adakah kita membawa kes itu ke persada antarabangsa, khususnya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)? Saya berharap dan berdoa begitulah. Pada malam kejadian, saya menghantar SMS kepada seorang pengarang di New Straits Times bertanya apakah Wisma Putra telah memanggil Duta Rusia dan Duta Ukraine. Saya kecewa dengan tindakan lembik (terlalu diplomatik) pemerintah kita dalam hal ini. Pemerintah kita sepatutnya dari awal lagi membuat kenyataan tegas dan keras meminta campur tangan PBB dan agensi-agensi penerbangan antarabangsa serta mengutuk mana-mana negara yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan perbuatan ganas itu. Tidak cukup sekadar membuat kenyataan mengenai "swif justice" (keadilan serta-merta) dan klise "we will leave no stone unturned." Realitinya kita tidak pun mempunyai kapasiti untuk terbalikkan beberapa ketul batu. Tidak perlulah kita berpura-pura dan berlagak sombong. Lihat sajalah misteri kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu. Sebenarnya, selepas 132 hari kita masih seperti kelawar di siang hari. Itu pun setelah dibantu oleh berpuluh-puluh buah negara sahabat yang lebih maju daripada kita. Pemerintah Tidak Lagi "Hands-on" Pemerintah kita juga perlu mengaku bertanggungjawab kerana tidak mengambil berat mengenai operasi MAS yang terus menggunakan laluan berbahaya itu walaupun banyak negara dan syarikat penerbangan antarabangsa telah lama mengelakkannya. Inilah sikap buruk kita yang banyak membawa mudarat dan musibah yang berulang kali dan semakin hari semakin teruk. Kita lalai dan suka mencari jalan mudah. Kita seolah-olah menyerah kepada nasib. Cakap pemimpin semakin tidak dipedulikan hatta oleh kakitangan awam sendiri. Ini adalah kerana ramai yang dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat semakin jauh daripada realiti kehidupan seharian rakyat jelata. Mereka tidak lagi "hands-on" macam Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam tragedi MH17 ini, waris penumpang mempunyai asas meminta ganti rugi luar biasa atau mengenakan saman ke atas MAS. Dalam kaitan yang sama, rasanya eloklah pemerintah meletakkan MAS di bawah kelolaan "Administrator" (pentadbir) sebelum dibaikpulih, dijual atau ditutup. Maaf cakap, saya rasa pengurusan MAS tidak berdaya lagi menangani isu-isu harian apatah lagi menangani krisis imej yang teruk akibat tragedi MH370 dan kini MH17. MAS tidak dapat lagi menjanjikan "reasonable safety" (keselamatan yang berpatutan) kepada penumpang, khususnya yang menaiki pesawat MAS melalui perkongsian kod (code sharing). Wallahuaklam. |
Kelantan lancar rumah mesra OKU Posted: 20 Jul 2014 03:08 AM PDT KOTA BHARU: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Mumtaz Mad Nawi berkata Kerajaan Negeri akan membina rumah mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dalam projek bandar baru dirancang termasuk Bandar Baru Chiku, Gua Musang. (Gambar atas: YDP MPPOK Faizal menerima cenderahati daripada isteri Menteri Besar) Langkah itu salah satu usaha bagi mengangkat agenda negeri menjadi negeri berkebajikan, yang 'mesra OKU'. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Demit berkata pihak Kerajaan menerapkan kaedah mesra OKU dalam mana-mana polisi baru digubal Kerajaan Negeri. Bercakap kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan dan majlis berbuka puasa bersama OKU di Balai Islam, Lundang dekat sini semalam, beliau berkata selain itu Kerajaan Negeri sedang berusaha mewujudkan kelas khas untuk dijadikan 'kelas mesra OKU' di sekolah-sekolah utama di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) termasuk Maahad Muhammadi. Turut hadir pada majlis itu isteri Menteri Besar Datin Siti Zubaidah Abd Hamid dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijang Wan Ubaidah Omar. Hadir sama Yang Dipertua Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan (MPPOK) Mohamad Faizal Che Yusof. Mumtaz berkata, penempatan beberapa unit rumah mesra OKU pada perancangan Bandar Baru Chiku, Gua Musang itu menjadi projek printis pada polisi baru digubal Kerajaan Negeri. Difahamkan, perancangan pembangunan Daerah Gua Musang membabitkan pembukaan Pejabat Majlis Daerah Gua Musang (MDGM), Cawangan Bandar Baru Chiku, Lojing dan pembinaan Perumahan Fasa II Bandar Utama Gua Musang. Bandar Baru Gua Musang kini sedang giat dibangunkan. Pembinaan tersebut pemangkin yang memacu pertumbuhan ekonomi negeri ini, dari sebuah bandar 'transit' pelancongan menjadi bandar yang dimegahi, di bawah penguruan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Gua Musang. Sementara Kerajaan Negeri sendiri mempunyai agenda bagi menjadikan sebuah negeri yang mesra OKU. "Dan untuk itu, kita terapkan dalam semua polisi Kerajaan Negeri termasuk dalam perancangan membangun bandar baru termasuk Bandar Baru Chiku, Gua Musang. "Untuk Bandar Baru Chiku, Gua Musang, kerjasama dan penyelarasan dibuat bersama pihak Ketua Jajahan Gua Musang, dan Insya-Allah pihak berkenaan membuat perancangan dan langkahan selanjutnya bagi membolehkan penempatan beberapa unit perumahan yang mesra OKU. "Ertinya, perumahan yang sesuai untuk OKU termasuklah berdekatan masjid dan 'lokasi centre' serta rumah sesuai dengan ciri-ciri yang mesra OKU," ujarnya. Mengulas pendidikan kepada generasi masyarakat OKU di negeri ini, Mumtaz berkata pihak Kerajaan Negeri sangat berhasrat mengadakan kelas khas untuk OKU. Untuk tujuan itu, ia boleh dimulakan di mana-mana sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK). "Sekolah yang mudah untuk diadakan kelas mesra OKU itu ialah di sekolah utama (di bawah YIK) seperti Maahad Muhammad, yang mungkin boleh menjadi printis," ujarnya. Beliau berkata masyarakat OKU kini dirasakan tidak lagi terasing, dan ini lebih memudahkan pihak Kerajaan Negeri menggubal polisi yang lebih 'mesra OKU'. Mengulas bantuan kepada golongan OKU, beliau berkata Kerajaan Negeri menggubal 'Skim Bantuan Maaruf' yang berjalan sepanjang tahun' yakni golongan sasaran terbabit diberi sumbangan antara RM300 hingga RM1,000 dalam bentuk wang tunai. – HARAKAHDAILY |
Memerhati deretan pesawat MAS, air mata saya menitis Posted: 20 Jul 2014 03:06 AM PDT SAYA mengambil sedikit masa untuk menulis tentang MH17 dalam keadaan sangat memahami perasaan keluarga yang sedang menunggu ketibaan orang-orang yang tersayang tetapi akhirnya yang ditunggu tak kunjung tiba. Perasaan kehampaan dan kesedihan ini teramat saya fahami. Teringat, ketika saya memaklumkan waktu kepulangan ke tanahair kepada keluarga pada September 1999, hampir seminggu ayahanda dan bonda hampir tak tidur malam menunggu detik mendaratnya pesawat dari Amman, Jordan di KLIA membawa pulang seorang anak yang telah 6 tahun di perantauan. Alhamdulillah… akhirnya yang ditunggu tiba juga. Pemergian penumpang dan krew MH17 dalam keadaan yang begitu tragis dengan jasad yang berkecai adalah terlalu memilukan. Sebuah kapal terbang yang terbang pada ketinggian 33,000 kaki di udara bermakna jaraknya dari permukaan bumi sekitar 7 batu. Saya terasa sebak memikirkan bagaimana keadaan di dalam MH17 ketika pesawat tersebut jatuh dengan lajunya dari ketinggian itu lalu terhempas dengan dahsyat ke bumi. Hakikat ketentuan Allah yang membuatkan air mata saya menitis, semua kita akan mati dan tiada siapa yang tahu di bumi mana kehidupan ini akan berakhir dan bagaimana kesudahan hidup kita. Saya sangat bersimpati dengan pengurusan MAS di sebalik pelbagai kecaman terhadap mereka. 2 tragedi menimpa dalam masa yang singkat terlalu berat untuk dipikul. Semalam ketika mendarat di KLIA dari Kota Kinabalu, sambil memerhatikan deretan pesawat MAS yang sedang diparkir, air mata saya menitis lagi. Kehidupan tetap diteruskan dengan pesawat terus berlepas dan mendarat. Bukan mudah untuk kakitangan yang kehilangan begitu ramai rakan dalam tempoh singkat untuk bangkit mengumpulkan kembali sisa semangat bagi terus bekerja. Kita tahu mereka telah melakukan yang terbaik. Di sini terlalu ramai orang yang tak bersalah dan bergantung rezeki pada setiap kali kapal terbang berlambang wau bulan tersebut pergi dan kembali. Jasanya terlalu besar walau ada ketika reputasinya dicemari oleh tangan-tangan rakus yang tamak. Syarikat penerbangan ini adalah milik rakyat walaupun sebahagian besar rakyat hanya mampu mendongak melihat pesawat berjalur merah biru tersebut terbang di atas kepala mereka. Apabila membaca berita, ketua pramugara MH17 yang terkorban adalah individu yang bergitu komited menentang sajian arak dalam pesawat, hati kecil saya berkata, inilah dia turning point. Hargai pengorbanan krew tersebut yang telah pergi dan tolong tunaikan hasratnya. Walaupun bagaimana keadaan jasad Almarhum ditemui, hasil perjuangannya akan tetap kekal mengharum. Sekarang bukan masanya untuk saling menunding jari dan mempolitikkan isu. Bagi saya ini adalah tragedi pembunuhan beramai yang mesti diadili. Kita tidak berhajat untuk melihat munculnya wira di sebalik musibah, tetapi Allah masih mengizinkan matahari terbit di bumi ini lantaran kerana masih ada di permukaannya mereka yang menegakkan keadilan. Malaysia perlu bertegas. Semua hak kita yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa mesti diperjuangkan. Soal konflik serantau antara Rusia, Ukraine dan pemisah adalah masalah mereka. Tetapi tindakan mensasarkan sebuah pesawat awam yang tidak membawa sebarang ancaman keselamatan adalah tidak bertamadun. Kita akan tengok bagaimana reaksi berbeza masyarakat dunia akan timbul andainya sebuah pesawat milik barat ditembak jatuh di sebuah wilayah ummat Islam atau suspek pelakunya adala seorang Islam. Bukankah kerana insiden letupan Pesawat Pan AM Penerbangan 103 di Lockerbie menyebabkan Libya dikenakan sekatan ekonomi? Tragedi Lockerbie mengorbankan 271 orang sementara MH17 mengorbangkan 298 orang. Keduanya adalah tragis dan memilukan. Jangan ada double standard dalam menegakkan keadilan! |
Berikutan Tragedi MH17, Majlis Rumah Terbuka Wajar Dibatalkan Tahun Ini Posted: 19 Jul 2014 04:27 PM PDT shahbudindotcomSemalam dunia dikejutkan dengan tragedi pesawat MAS, MH17 ditembak jatuh di ruang udara Ukraine. Tiada penumpang yang terselamat daripada kemalangan tersebut dan ini menjadikan dunia lebih bersedih dengannya. Rakyat Malaysia pula yang dihantui dengan kehilangan misteri MH370 sejak 8 Mac lalu yang masih belum ditemui sehingga ini, tentulah lebih berganda kesedihannya. Sehingga ini belum dapat dipastikan bagaimana puak militan Ukraine boleh menembak pesawat yang hanya membawa orang awam ini. Mungkinkah mereka tersalah tembak kerana menyangka MH17 itu pesawat yang dinaiki oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin berikutan dilaporkan warna dan lakaran luar kedua-dua pesawat itu hampir sama? Mungkinkah juga laluan yang digunakan oleh MH17 itu merupakan zon bahaya, walaupun dibenarkan untuk dilalui. Sebagaimana yang diakui oleh Hishammuddin Hussein, laluan itu adalah yang dibenarkan dan beberapa syarikat penerbangan lain juga melaluinya, tetapi ada syarikat penerbangan yang tidak mahu mengambil risiko, lalu menggunakan laluan yang lain. Selain tragedi MH17 ini juga berlaku pada tarikh 17 Julai yang mungkin suatu kebetulan atau Tuhan ingin menunjukkan sesuatu kepada umatnya di dunia ini, terutama di Malaysia, tidak pernah juga mana-mana negara mengalami tragedi kehilangan pesawat sebanyak dua kali dalam tempoh hanya empat bulan saja. Sekali lagi apakah petanda Tuhan menurunkan ujian ini? Atau mungkinkah ianya suatu bala umum kepada kita? Dalam banyak-banyak pesawat yang selama ini melalui laluan itu, timbul juga persoalan kenapakah milik MAS yang dipilih Tuhan dan pastilah ada sebab-sebabnya untuk kita renung dan fikirkan. Melalui kehilangan pesawat MH370 bersama 227 penumpang dan kini MH17 pula membawa 298 penumpang, bermakna seramai 525 nyawa telah terkorban yang diakibatkan oleh pesawat MAS. Sekaligus kejadian ini menjadikan MAS yang sedia merudum prestasinya kerana mengalami kerugian yang teruk sejak beberapa tahun lalu, terus dirundung malang. MAS tentunya akan terus mengalami kerugian dan kehilangan penumpang daripada seluruh dunia, tetapi yang lebih malang lagi ialah kemungkinan kehilangan keyakinan yang lebih berpanjangan. Dengan itu, memulihkan kegemilangan MAS selepas ini adalah tugas yang amat-amat sukar kepada kerajaan dan juga pengurusannya. Tragedi terbaru yang melibatkan MH17 ini juga sebenarnya tidak berkaitan sama-sekali dengan kelemahan kerajaan dan mana-mana pemimpinnya. Ia berlaku di luar kawalan kita, namun demikian jika terbukti tembakan menggunakan peluru berpanduk Buk, buatan Russia yang mampu menempak pesawat sehingga ketinggian 80 ribu kaki di angkasa itu merupakan kesilapan dan salah sasaran, lebih-lebih lagi jika disengajakan, pihak yang terbabit wajar dihadapkan ke muka pengadilan dan dikutuk oleh dunia. Tiada mana-mana manusia atau kelompok yang waras boleh membenarkan tembakan seumpama itu dilakukan kepada sesiapa pun. Walaupun tragedi ini bukan merupakan salah dan silap kerajaan, tetapi memandangkan sudah dua kali pesawat negara kita ditimpa musibah hanya dalam tempoh empat bulan dan tidak pernah berlaku kepada mana-mana negara sebelum ini, maka wajarlah pimpinan kerajaan mengambil iktibar dan bermuhasabah diri mengenainya. Dua tragedi berturut-turut ini seperti Tuhan ingin memberi sesuatu petunjuk kepada kita. Barangkali sudah sampai masanya kerajaan membuat peraturan melarang hidangan minuman keras dan beralkohol dalam mana-mana pesawat MAS selepas ini. Sesuai dengan pengakuan pimpinan kerajaan sendiri bahawa Malaysia bukanlah negara sekular, membenarkan hidangan minuman keras bagaikan kerajaan menganiaya kakitangannya yang beragama Islam lantaran mereka terpaksa berbuat sesuatu yang yang haram dan ditegah oleh agama semata-mata kerana tuntutan tugas. Dalam masa yang sama juga, inilah masanya untuk MAS menukar uniform pramugarinya kepada imej yang lebih Islamik dan menutup aurat, sesuai dengan negara Islam yang dibangga-banggakan itu. Imej pakaiannya sekarang, walaupun tidak menjolok mata tetapi tidak menutup aurat, malah lebih memperlihatkan bentuk tubuh pemakainya. Tragedi MH17 ini berlaku ketika bulan puasa memasuki 10 hari terakhir yang bermakna ia berlaku ketika memasuki detik-detik pembebasan daripada azab api neraka mengikut kepercayaan Islam, sementara 10 hari pertama puasa adalah rahmat dan 10 hari kedua pula ialah keampunan. Oleh itu, perubahan menyeluruh dalam MAS ke arah lebih Islamik adalah sangat-sangat wajar dan sudah sampai ketikanya untuk dilakukan jika pimpinan kerajaan benar-benar ingin mendapat keredaan Tuhan dan menghuni syurga selepas kematian nanti. Selain itu, sesuai sebagai tanda berkabung atas dua tragedi berturut-turut ini, pihak kerajaan juga seharusnya membatalkan semua acara hiburan dan rumah terbuka di Aidilfitri yang dijangka pada 28 Julai ini. Najib harus membatalkan rumah terbukanya di Seri Perdana, begitu juga semua menteri-menteri dan pemimpin kerajaan peringkat negeri. Ia sekurang-kurangnya menunjukkan sikap prihatin Najib dan kerajaan kepada seluruh dunia serta keluarga mangsa yang masih bersedih dengan kehilangan orang-orang tersayang akibat dua tragedi itu. Masih sanggupkah kerajaan dan pimpinannya bersukaria, bermewah dengan makanan serta bergelak ketawa sedangkan ramai yang lain sedang berduka dan berendam airmata? Lebih dari itu salah seorang penumpang pesawat MH17 iaitu Siti Aminah Prawira Kusuman adalah juga nenek tiri Najib sendiri. Meskipun di media sosial sudah semakin banyak desakan agar Najib segera berundur daripada menerajui negara ini berikutan apa yang dianggap bala bertimpa-timpa ini, selain pelbagai masalah lain seperti pencerobohan dan penculikan yang berterusan di perairan Sabah dan lain-lainnya, secara rasionalnya desakan ke arah itu masih tidak wajar dilakukan ketika ini. Lebih sesuai untuk kita semua bersama-sama dengan kerajaan menangani tragedi ini mengikut kemampuan dan keupayaan masing-masing. Hulurkankan bantuan, tunjukkan tanda simpati atau sekurang-kurangnya mendoakan yang terbaik buat keluarga mangsa akibat tragedi berdarah ini. Tetapi jika di Aidilfitri ini, masih penuh dengan pesta-pestaan rumah terbuka di seluruh negara, malah terdapat pula pemimpin atau isteri mereka menyanyi secara terbuka sebagaimana tahun-tahun sebelumnya yang menunjukkan tiada langsung rasa simpati, maka pemimpin seperti ini wajiblah dilaknat selama-lamanya. |
TRAGEDI PESAWAT - MH370 TIDAK PERLU SIDANG KHAS PARLIMEN, MH17 BOLEH PULA? Posted: 19 Jul 2014 04:22 PM PDT wfauzdin.blogspotTAKZIAH kepada semua waris yang terlibat di dalam tragedi pesawat MH17. Samada pesawat itu ditembak jatuh atau terhempas, yang pastinya harapan untuk kita melihat walaupun seorang dari penghuni pesawat malang itu masih bernyawa terlalu tipis. Malam tadi Najib muncul di kaca TV. Menyuarakan rasa sedih teramat beliau. Samada memang benar beliau teramat sedih atau merasa serik mahu pun bermuhasabah, biarkan saja. Rakyat sudah naik pelik dengan bermacam-macam perkara yang berlaku di era Najib. Tetapi ada yang menyatakan ini semua ujian buat kepimpinan hebat Najib. Jika begitu, tentu akan ada lagi ujian untuk Najib selepas ini. Cuma, kita mesti terus berdoa agar cukup-cukuplah apa yang telah terjadi. Biarlah pencacai penyanjung Najib terus mengampu dan membodek pemimpin yang dapat sokongan 47% itu. Najib muncul dikaca TV menyatakan akan memanggil Sidang Khas Parlimen berkaitan tragedi MH17 ini dan akan usulkan kutukan buat pihak yang membuat angkara sehingga terjadinya tragedi malang ini. Siasatan mungkin telah bermula atau baru saja bermula, itu tidak pasti. Ertinya, Parlimen memang harus bersidang untuk tragedi besar ini. Peliknya, sewaktu Pakatan Rakyat mahu usulkan Sidang Khas Parlimen bagi membahaskan tragedi MH370 yang 'berakhir' di lautan Hindi empat bulan yang lalu, mengapa Najib enggan adakan sidang khas? Alasan kononnya tragedi itu di dalam siasatan. Tetapi bukankah tragedi MH17 ini juga sedang disiasat? Mengapa Najib mahu panggil sidang khas parlimen? Tentu ada sebab musababnya. Tragedi MH370 terlalu banyak persoalan yang pastinya Najib amat bimbang untuk berdepan dengan kenyataan yang memalukan pentadbiran beliau. Banyak fakta yang kacau bilau tentunya merimaskan Najib untuk menjawab jika dibawa ke Parlimen. Di Parlimen ada soal jawab, tidak boleh berbohong. Berbeza dengan sidang media dengan wartawan, Najib boleh saja menolak soalan dari mana-mana wartawan. Tragedi MH17 ada beza. Kita tidak persoalkan banyak perkara kerana semua maklum pesawat itu mungkin ditembak samada oleh puak pemisah, Ukraine atau pun Russia. Sebabnya, mungkin tersalah sasaran. Mudah rakyat mahu faham tragedi ini. Berbeza dengan tragedi MH370 yang banyak cerita pelik dan kadangkala lucu yang kita dengar. Maka itulah sebabnya Najib tidak mahu bahaskan tragedi MH370. Kelemahan ketara Najib ini lah sepatutnya rakyat berfikir bahawa memang wajar sangat Najib meletakkan jawatan. Kita tidak boleh lagi menerima PM yang 'flip-flop' sebegini. Tiada keberanian dan ketegasan jauh sekali konsisten di dalam menyelesaikan sesuatu isu. Apa yang boleh menunjukkan kelemahan beliau, sedaya upaya beliau akan sorokkan. Apa yang boleh menunjukkan beliau hebat kononnya, cepat saja beliau ingin lakukan. Kita tunggu di Parlimen nanti. Najib jangan harap Pakatan Rakyat boleh melupakan tragedi MH370 yang sehingga kini tidak diketahui apa sebenarnya yang berlaku. |
Pekerja MAS terjejas teruk ekoran tragedi dua pesawat, kata kesatuan Posted: 19 Jul 2014 04:12 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Malaysia, Ismail Nasaruddin melaporkan kebanyakan ahlinya masih belum pulih daripada kehilangan MH370 dan kini tertekan secara emosi apabila pesawat MH17 ditembak beberapa hari lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli. Tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 dan MH17 sememangnya menjejaskan kira-kira 3,000 ahli Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) terutamanya daripada segi emosi. Presidennya Ismail Nasaruddin berkata kesemua ahlinya sukar menghadapi tragedi yang menyebabkan 21 rakan sekerja mereka maut dalam tempoh singkat. "Meskipun ada ahli kami yang meneruskan tugas mereka, namun ada juga dilihat tidak mampu untuk bekerja kerana terjejas dari segi emosi," katanya pada sidang media di lobi, Hotel Sama-Sama, Sepang hari ini. Katanya, ahli Nufam masih belum pulih daripada kesan tragedi MH370 yang berlaku pada awal Mac. Keadaan bertambah sukar dengan nahas MH17 Khamis lalu. "Nufam kini melalui tempoh yang mencabar sejak kehilangan MH370," katanya. Beliau mendedahkan 11 daripada 15 kru dalam pesawat MH17 merupakan ahli Nufam. Turut melahirkan rasa terkejut dengan tragedi itu, Ismail pada masa yang sama mengutuk pihak yang melakukan perbuatan itu. Beliau mempersoalkan mengapa pesawat MH17 menjadi sasaran sedangkan laluan itu turut dilalui oleh pesawat lain. "Kita tuntut jawapan dan kebenaran. Ia mungkin berlaku kerana kelalian pihak berkuasa, kita tidak tahu, dan ia perlu didedahkan," katanya. Ismail juga berkata bahawa Malaysia Airlines menggunakan laluan udara Ukraine bertahun lamanya tanpa sebarang masalah. "Terdapat banyak teori dan persoalan adakah memang hasrat untuk membunuh kesemua penumpang. "Adakah kerana mereka tersilap tembak kerana bentuk dan logo Rusia sama dengan pesawat?" soalnya. Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. |
Pasukan Malaysia belum dapat masuk tapak MH17, kata Liow Posted: 19 Jul 2014 04:06 PM PDT OLEH DIYANA IBRAHIM . Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai (tengah) berkata walaupun kerajaan Ukraine memberi jaminan perjalanan selamat ke tapak MH17, pasukan Malaysia masih belum dapat ke sana. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan bahawa pasukan Malaysia yang kini berada di Ukraine masih belum dapat memasuki kawasan tapak pesawat MH17 yang terhempas berdekatan Rozsypne. Menteri Pengangkutan itu berkata meskipun kerajaan Ukraine memberi jaminan akan menyediakan koridor yang selamat bagi pasukan Malaysia. "Sekarang ini mereka masih belum boleh masuk kawasan tersebut. "Namun kerajaan Ukraine berjanji akan memberi koridor selamat. "Saya akan pergi ke Ukraine malam ini dan berharap dapat membantu," katanya kepada sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang hari ini. Katanya kerajaan Malaysia kini meminta sokongan dunia untuk memastikan akses ke kawasan nahas MH17 dan meminta pihak berkuasa tempatan Ukraine untuk menjamin ia tidak akan diganggu pihak lain. "Kita bimbang apabila tapak itu tidak dikawal dan ia senang dicerobohi oleh pihak lain. "Kerana itu kerajaan Malaysia menghantar saya untuk berunding dengan pihak berkuasa untuk menubuhkan badan siasatan dan membantu operasi pasukan Malaysia," katanya. "Adalah amat penting untuk memastikan integriti tapak MH17 tidak dicerobohi dan apa sahaja bukti tidak dikeluarkan dari tempat kejadian " Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa bahan bukti sudah dibawa keluar dari kawasan tapak MH17. Malaysia menghantar lebih dari 100 anggota daripada pelbagai jabatan kerajaan dan agensi yang tiba di Kiev, awal pagi tadi. Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang itu terhempas selepas ditembak roket ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. |
Pihak bertelagah bentuk zon selamat di kawasan nahas Posted: 19 Jul 2014 03:50 PM PDT MALAYSIAKINI Kerajaan Ukraine dan kumpulan pemisah Republik Rakyat Donetsk dilaporkan bersetuju membentuk zon selamat di kawasan nahas Kerajaan Ukraine dan kumpulan pemisah Republik Rakyat Donetsk dilaporkan bersetuju membentuk zon selamat di kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di wilayah Donetsk di timur negara itu. Laporan Bernama menyebut, duta Ukraine ke Malaysia Ihor V Humenyyi berkata pihak berkuasa negara itu dan kumpulan pemisah – yang menguasai wilayah berkenaan – bersetuju untuk tidak mengadakan pertempuran di kawasan seluas 400 kilometer persegi untuk membolehkan siasatan berjalan. "Saya pasti segalanya sudah dijalankan untuk memastikan keselamatan pasukan itu," katanya yang menambah, pihak berkuasa turut mengutamakan pasukan siasatan dari Malaysia. Katanya, waris mangsa MH17 akan dibawa ke Kharkiv – beberapa ratus kilometer dari kawasan itu – demi menjaga keselamatan mereka. Para waris itu akan menunggu di situ bagi menunggu hasil operasi mengeluarkan mangsa dan bahan bukti dari kawasan nahas. |
PAS: Menteri minta tangguh lagi tindakan pada Deepak Posted: 19 Jul 2014 03:44 PM PDT MALAYSIAKINI Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa menteri Datuk Seri Hasan Malek sekali lagi mengarahkan Bank Rakyat memberi layanan istimewa kepada kepada saudagar permaidani, Deepak Jaikishan. Mahfuz mendakwa, Hasan sekali lagi mengarahkan Bank Rakyat menangguhkan tindakan undang-undang ke atas Deepak selepas bank tersebut mengarahkan saudagar tersebut melangsaikan sejumlah RM5 juta terlebih dahulu daripada hutang keseluruhan berjumlah RM32 juta. Ia susulan pada pendedahan MP Pandan Rafizi Ramli awal minggu ini yang menunjukkan surat oleh Hasan bertarikh 30 Jan, yang mengandungi arahan kepada Bank Rakyat agar menagguhkan sebarang tindakan undang-undang ke atas Deepak. Hasan dalam surat itu menggesa agar baki hutang itu diselesaikan melalui ansuran RM270,000 dalam tempoh 10 tahun. Menteri tersebut pada hari Khamis lalu menjelaskan bahawa ia dibuat mengikut undang-undang sebagai salah satu dari pelan penstrukturan semula hutang Deepak. Bank Rakyat seterusnya mengenakan syarat kepada syarikat Deepak, Carpet Tile Sdn Bhd sebagai tanda komitmen sebelum pihak bank bersetuju menstrukturkan semula hutangnya. Bank Rakyat juga memberikan Carpet Tile masa seminggu untuk menjelaskan RM5 juta ringgit tersebut dan mengemukakan cadangan pembayaran yang berikutnya, dakwanya. Mahfuz mendakwa, menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan itu melalui surat pada 5 Mac mengarahkan Bank Rakyat agar menagguhkan pelaksanaan syarat tersebut. "Menteri yang dipercayai mengetahui kandungan surat Bank Rakyat kepada Carpet Tile bertarikh 28 Februari 2014, sekali lagi menghantar surat kepada Bank Rakyat pada 5 Mac 2014 mengarahkan supaya Bank Rakyat menangguhkan pelaksanaan syarat yang dikenakan Bank Rakyat kepada Carpet Tile sebagaimana surat Bank Rakyat bertarikh 28 Februari 2014," dakwa Mahfuz dalam kenyataannya. Mahfuz mendakwa, surat kedua itu membuatkan Lembaga Pengarah Bank Rakyat di dalam mesyuarat pada 1 April 2014 terpaksa bersetuju supaya Carpet Tile dibenarkan menjelaskan baki pinjaman sebanyak RM32 juta selama 10 tahun tanpa dikenakan sebarang denda lewat. Mahfuz dalam kenyataannya turut mencabar menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan itu menafikan dakwaannya ini. "Soalan saya, dengan memberi keistimewaan kepada Deepak dan Carpet Tile untuk membayar baki pinjaman selama 10 tahun tanpa dikenakan sebarang bayaran denda lewat, bagaimana ia dikatakan boleh melindungi kepentingan ahli dan pendeposit Bank Rakyat yang lain?," tanya Mahfuz lagi. Beliau turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas urusniaga tersebut. "Saya juga menyeru supaya Bank Negara, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia supaya tidak tunduk kepada tekanan dan menyiasat perkara ini dengan penuh ketelusan," katanya. |
Pesawat MH17 diarah terbang 33,000 kaki Posted: 19 Jul 2014 03:36 PM PDT Tiong Lai bercakap pada sidang media MH17 di Hotel Sama-sama KLIA hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM SEPANG - Pesawat MH17 yang terhempas pada Khamis lalu sepatutnya terbang setinggi 35,000 kaki di udara, namun disebabkan trafik udara yang sedikit sesak, pesawat tersebut diarah terbang pada ketinggian 33,000 kaki. Turut mengesahkan kenyataan tersebut, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata, sebanyak 400 pesawat komersial termasuklah 150 penerbangan antarabangsa telah melintasi selatan Ukraine sebelum tragedi nahas tersebut berlaku. Malah sebelum itu, seorang pegawai dari Agensi Kawal Selia Pengangkutan Udara Eropah (Eurocontrol) turut menyatakan sebanyak 75 pesawat berasingan telah menggunakan laluan yang sama digunakan oleh MH17 sejak dua hari lalu. "MH17 sepatutnya diterbangkan pada ketinggian 35,000 namun apabila berlaku kesesakan trafik di ruang udara, pusat kawalan udara pada hari itu telah mengarahkan pesawat tersebut terbang pada ketinggian 33,000 kaki. "Dalam apa jua keadaan, juruterbang sesebuah pesawat harus mematuhi arahan yang diterima dari pusat kawalan trafik udara," katanya. Beliau dalam pada itu turut menegaskan bahawa MH17 tidak tersasar dari laluan asal seperti yang didakwa. "Laluan pesawat MH17 adalah antara laluan udara yang sangat sibuk. Sama seperti lebuhraya di udara. Pesawat tersebut mematuhi laluan udara yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa penerbangan antarabangsa yang dilulukan oleh Eurocontrol dan digunakan oleh beratus pesawat yang lain. "Ia terbang dengan altitude yang telah diarahkan oleh pusat kawalan trafik udara dan tidak pernah tersasar dari landasan sebenar," tegasnya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan