Sabtu, 19 Julai 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Raja – rakyat, jangan berbalah dalam publik

Posted: 19 Jul 2014 08:21 AM PDT

\

Oleh Subky Latif


APAKAH perbezaan pandangan antara Sultan Selangor dan Anggota Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam masyarakat terbuka satu amalan demokrasi yang sihat yang digalakkan?
  
Mungkin bagi ketua negara/negeri itu Presiden/Gabenor perkara biasa perbezaan pandangan antaranya dengan individu/rakyat, tidak dikira melanggar pantang larang dan adab kerana ia dibenarkan dalam demokrasi dan demokrasi mengiranya sihat.

Tetapi ada pandangan berbeza kalau di khalayak ramai Raja dan indivdu/rakyat berbeza pandangan secara terbuka sekalipun amalam demokrasi dijunjung tinggi oleh semua.
   
Hal antara Sultan Selangor dan Khalid yang dilihad dalam media, tidak dikehendaki berlaku dalam publik secara terbuka, sama ada ia daripada pihak Khalid mahu daripada pihak Sultan. Bukan Khalid saja tidak dikendaki membuat penjelasan terbuka atas apa yang dihadapinya, Sultan juga tidak dikira berbuat betul menegur individu secara terbuka.
   
Tiada mana-mana peraturan dan adab Raja tidak dikehendaki menegur amalan rakyat yang dikira perlu ditegur sebagai sifatnya pemerintah tertinggi, Raja boleh menegur tentang amalan membazir untuk berbuka puasa, menyatakan susah hati tentang pengambilan rasuah, tentang apa jua yang dikira buruk yang patut dibaiki.
   
Semua teguran itu adalah bersifat umum, tidak dibuat atas mana-mana individu sekali teguran itu khusus untuk individu tertentu. Tetapi Raja itu dikira bijaksana jika tidak menegur seseorang secara terbuka.
   
Britain mempunyai demokrasi yang terbuka, rakyat boleh menegur Queen hingga tidak tergamak kita mendengarnya. Suatu yang dikira terlalu bebas. Tetapi kita tidak mendengar Ratunya menjawab teguran dalam publik secara khusus. Mereka ada cara lain bagi menyesaikan pandangan berbeza itu.
   
Raja Thailand dipercayai amat getik dengan kerenah orang-orang politik terutana 10 tahun terakhir ini. Tetapi Raja Thailand tidak pernah berkata begitu dan begini baik terhadaap fulan tertentu dan kumpulan politik tertentu. Raja menggunakan kaedah lain bagi menangani perbezaan.
   
Zaman ini bukan semua orang boleh bersetuju dengan semua orang dan bukan semua bersetuju dengan semua pandangan raja. Tetapi tamadun masyarakat beraja berbangga atas kesetiaan kepada Raja dan mereka ada adab bagaimana memelihara kemuliaan dan kedaulatan Raja itu sesuai dengan amalan demokrasi dan bagi masyarakat Islam ia ada fekah bagaimana Raja sebagai ulil amri wajar dan wajib dipatuhi.
   
Saya fikir Khalid sebagai seorang pengamal politik Islam dan pengkaji fekah politik Islam memahami konsep ulil amri dan mengikut disiplin itu sebaik mungkin. Sebagai seorang politik yang terbuka dia benar-benar mahu menjadi pengkritik masyarakat dan tidak mahu Raja diperangkap oleh golongan temenggong yang menggunakan istana bagi menyusahkan Hang Tuah.
   
Sebagai pengamal politik Islam, demokrasi dan pengkritik terbuka, Khalid menyuarakan pandangannya sepanjang yang tidak terkeluar daripada batas disiplin. Raja tidak ada kebebasan yang ada pada Khalid. Ini tidak bererti Raja tidak berhak untuk menyampaikan bantahannya kepada Khalid.
   
Khalid bukan maksum. Dia boleh melakukan kesilapan. Tetapi Raja wajar sentiasa bersama dengan penasihat, jika Khalid perlu ditegur bukan ditegur depan orang Sepang, tetapi Khalid boleh dipanggil ke Istana, berbincang dengan sekalian penasihat. Hebatnya Raja England dan Raja Thailand ialah atas kebijaksanaan penasihat masing-masing.
   
Adakah Raja kita punya penasihat yang demikian atau Raja sentiasa memanfatkan penasihat. Kekuatan Raja, Presiden dan Perdana Menteri adalah atas wibwa penasihatnya. Pemimpin akan terperangkap kiranya penasihatnya seperti Temenggung zaman Melaka dulu.
  
Saya yakin Khalid bukan macam Dr. Mahathir berdepan dengan Raja-Raja dulu, tetapi dia mahu Raja tidak diseret oleh penasihat yang tidak berwibawa.

Kampung air sudah tidak sesuai dan selamat

Posted: 19 Jul 2014 08:11 AM PDT

 
Mahathir berkata amatlah memalukan apabila Malaysia tidak pun mampu menghalang pengganas dari memasuki wilayahnya bila-bila masa sahaja.

tun mahathir


PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata kampung air sudah tidak sesuai dan selamat dikekalkan sekarang serta menyarankan agar ianya dipindah.

"Sesungguhnya zaman kampung air sudah berakhir. Cara hidup dalam kampung air tidak lagi sesuai dengan keadaan sekarang dengan adanya jalan dan bekalan yang cukup", katanya.

Katanya, kita semua maklum peristiwa serangan pengganas di Lahad Datu terjadi kerana kampung air sukar diawasi dan dikawal oleh pihak berkuasa.

"Biasanya pendatang ke negara Malaysia perlu melalui pintu rasmi yang mempunyai pegawai imigrasi, kastam dan polis. Tujuannya tentulah kerana bukan sahaja cukai perlu di kutip ke atas barangan yang dibawa masuk tetapi juga barang yang diharamkan seperti dadah, senjata boleh dirampas. Pendatang yang tidak ada paspot tentulah tidak akan di benar masuk".

Kampung air sebenarnya menjadi pintu masuk tidak rasmi ke negara. Pendatang dengan bot boleh mendarat melalui mana-mana sudut kampung air tanpa diketahui oleh sesiapa. Di waktu malam penyeludupan barangan dan senjata boleh dilakukan dan disimpan dalam rumah kampung air.

Beliau memberi contoh, sewaktu pengganas menyerang Lahad Datu, pasukan keselamatan terdedah
kepada serangan dan tembakan oleh pengganas yang bersembunyi dalam rumah dalam kampug air.

Perjalanan pihak polis mudah didengar dan dilihat oleh pengganas. Polis berjalan atas titian kayu yang sempit. Tidak ada tempat untuk melindung diri jika diserang. Amat sukar bagi polis membezakan antara penduduk dan pengganas. Mereka akan terbunuh atau tercedera sebelum dapat menembak balas. Peristiwa seperti ini sudah pun berlaku.

"Selagi ada kampung air selama itulah Sabah terutamanya tidak selamat dari pencerobohan oleh pengganas dan penyeludup. Selepas peristiwa Lahad Datu, berlaku lagi serangan oleh pengganas. Rondaan oleh pasukan keselamatan di laut dan di darat tidak dapat menghalang seratus-peratus penculikan dari berlaku.

Mahathir berkata amatlah memalukan apabila Malaysia tidak pun mampu menghalang pengganas dari memasuki wilayahnya bila-bila masa sahaja. Apa akan terjadi jika serangan oleh beribu pengganas berlaku? Ingatlah, kita tidak terfikir 200 orang dapat mendarat dan menguasai satu kawasan di Sabah, namun terbukti kita salah.

Tegasnya, "masa sudah tiba untuk penduduk kampung air dipindah dan ditempatkan di kawasan yang lebih selamat di daratan. Kosnya tentu tinggi tetapi saya percaya Malaysia yang mampu membelanja berbillion Ringgit untuk projek yang kurang penting boleh membiayainya. Di masa yang sama alatan seperti bot laju, pesawat intip dan senjata canggih perlu dibekal kepada pasukan keselamatan. Hari ini pesawat mengintip sudah begitu canggih sehingga tidak mungkin sesiapa boleh bersembunyi samada siang atau malam."

"Sesungguhnya cara hidup di kampung air sudah melampaui zaman. Ia sudah tentu tidak akan mencerminkan imej Malaysia maju yang kita fikir kita akan jadi menjelang 2020.

MH17: Bapa Pelajar Pintar British Tuduh Presiden Rusia Bunuh Anaknya

Posted: 19 Jul 2014 08:01 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Richard yang merupakan penumpang MH17.
 
 
BAPA pelajar pintar matematik British iaitu Simon Mayne mendakwa Presiden Rusia, Vladimir Putin membunuh anaknya yang merupakan penumpang MH17.
 
Anaknya, Richard, 20, terdiri daripada 10 rakyat British yang terkorban selepas puak pemisah pro-Rusia menembak jatuh penerbangan MH17 milik MAS yang dalam perjalanan Dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Richard merupakan seorang pelajar pintar British dan pakar matematik bakal menerima ijazah kelas pertama dari Universiti Loughborough.

Dia juga kini sedang melanjutkan pelajaran di Univerisiti Leeds.

Mr Mayne, pictured, was studying maths and finance at Leeds University before boarding the flight 


"Semua orang tahu bahawa apa yang sedang berlaku di timur Ukraine adalah tajaan Rusia. Putin fikir dia seorang pemimpin yang dikagumi tetapi sebenarnya dia telah membunuh anak saya.

"Semua orang juga tahu bahawa puak pemisah mendapatkan peluru daripada Rusia dan bukannya membeli dari kedai," ujar Mayne.

MH17: Bagasi Mangsa Didakwa Digeledah, Barangan Dicuri

Posted: 19 Jul 2014 07:58 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Anggota puak pemisah pro-Rusia menunjukkan antara barangan yang berselerak selepas bagasi penumpang digeledah.
 
 
PETALING JAYA: Tidak berperikemanusian dan kejam.

Itulah yang dapat dilabelkan terhadap pihak yang bertanggungjawab menggeledah bagasi mangsa MH17 untuk mencuri.

USA Today melaporkan, saksi yang berada di lokasi nahas memberitahu kebanyakkan bagasi milik mangsa telah ditarik keluar dari kawasan yang terbakar untuk digeledah.

Berikutan itu, kebanyakkan barangan milik mangsa kelihatan berselerak di samping mayat selepas sebahagiannya dicuri.

Dailymail melaporkan, kekurangan anggota keselamatan telah memberi ruang kepada pencuri untuk mendapatkan barangan berharga dari lokasi tersebut.

Penerbangan MH17 Dari Amstersdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh di timur Ukraine dan mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal.

Puak pemisah pro-Rusia didakwa bertanggungjawab terhadap insiden tembakan berkenaan.

Langkah Kajang Gagal, Rafizi Sekali Lagi Didesak Letak Jawatan

Posted: 19 Jul 2014 07:45 AM PDT

RAKYATNEWS


alt

 

KUALA LUMPUR  - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dicabar meletak jawatan ekoran gagal melaksanakan 'Langkah Kajang' yang menjadi punca perbalahan dan kemelut dalaman parti itu.

Ahli PKR Cabang Ba­ling, Zamani Mustafa berkata, 'Langkah Kajang' ilham Rafizi bersama Abdul Rahim Ghouse merupakan pengkhianatan terhadap parti apabila mencetuskan perbalahan dan pergaduhan antara pengikut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

"Saya melihat 'Langkah Kajang' merupakan strategi melingkupkan parti. Sekiranya dia (Rafizi) anak jantan, dia akan memohon maaf kepada semua ahli PKR dan melepaskan jawatannya dalam parti.

"Dia perlu ingat, langkah yang di­ciptanya itu turut menyebabkan huru-hara semasa pemilihan parti sehingga timbul insiden baling kerusi dan pergaduhan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Rafizi dikritik hebat dari dalam dan luar parti berikutan 'Langkah Kajang' yang dikaitkan de­ngan usaha menjatuhkan Abdul Khalid, menjejaskan perpaduan PKR.

Dalam perkembangan sama, Za­mani turut mendesak Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk memecat Rafizi daripada jawatan Pengarah Strategi dan mengambil tindakan disiplin terhadapnya.

"Desakan itu perlu memandangkan strategi yang dicipta oleh Rafizi hanya menjahanamkan parti. Wan Azizah perlu memecat beliau," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mendesak agar kesemua aduan berkaitan pemilihan PKR 2014 didedahkan kepada ahli tanpa berselindung.

Ukraine-Rusia Perlu Jamin Keselamatan Pasukan Penyelamat MH17

Posted: 19 Jul 2014 07:42 AM PDT

alt

Syafiq Syazwan
 

KUALA LUMPUR  - Perdana Meteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pihak yang terbabit dalam memberikan fasiliti kepada pasukan penyelamat Malaysia bagi insiden MH17 menjamin keselamatan pasukan tersebut sepanjang tugas mereka.

Menurut Najib, usaha termasuk jalinan hubungan diplomatik dengan negara-negara berkenaan adalah bagi melancarkan tugas penyiasat serta pengurusan mangsa kejadian.

"Kerajaan Malaysia juga mendesak pihak-pihak berkenaan tidak mengganggu dan mencemari bukti-bukti di tempat kejadian supaaya kerja-kerja penyiasatan dapat dijalankan secara telus dan berkesan," katanya ketika menyamppaikan perutusan khas insiden MH17, sebentar tadi.

Tambah beliau, jika terdapat bukti pesawat tersebut ditembak jatuh maka Malaysia menuntut pihak yang bertanggungjawab dibawa kemuka pengadilan.

Kata Najib, perkara ini juga telah diumumkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki Moon.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Presiden Rusia Vladimir Putin untuk memberikan segala kerjasama kepada kumpulan penyiasat Malaysia yang kini dalam perjalanan ke negara tersebut untuk melakukan kerja sisasatan.

Malaysia walaubgaimanapun tidak ingin menunding jari kepada mana-mana pihak sebagai dalang menembak jatuh pesawat yang membawa 283 penumpang dan 15 kru Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) di sempadan Rusia-Ukraine, semalam.

"Buat masa ini kita tidak menunding jari kepada mana-mana pihak atas perbuatan itu sehinggalah bukti benar-benar sahih dapat diabsahkan.

"Walauapa pun kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berhati perut, tidak bertamadun, bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab itu," katanya.

Malaysia Mahu Pasukan Siasatan Khas MH17 Diberi Akses Penuh

Posted: 19 Jul 2014 07:39 AM PDT

alt


Sepang  - Kerajaan kini fokus bagi memastikan pasukan siasatan khas yang berlepas ke Kiev semalam diberikan akses sepenuhnya bagi melakukan siasatan di lokasi kejadian.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau sendiri akan berlepas ke Kiev hari ini agar akses di tempat kejadian diterima secepat mungkin

"Kita akan memastikan pasukan kita di Kiev dapat mengakses secara penuh di kawasan kejadian dan kita sedang berusaha ke arah itu.

"Saya sendiri akan ke Kiev hari ini, untuk memastikan kita dapat masuk ke kawasan kejadian secepat mungkin," katanya di Lobi Hotel Sama Sama di sini hari ini.

Beliau dijadual akan mengadakan perbincangan bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tengahari ini.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, Kerajaan Malaysia masih belum menerima laporan rasmi mengenai status kotak hitam yang didakwa telah ditemui semalam.

"Ia masih berita yang belum dapat dipastikan, dan kita akan membuat pemeriksaan mengenai laporan mengenai kotak hitam tersebut," katanya.

Semalam, Pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dilaporkan terhempas di sempadan Rusia.

Pesawat yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu dikatakan ditembak menggunakan misil anti-pesawat darat ke udara oleh pihak yang tidak diketahui.

Senarai penuh penumpang, anak kapal MH17

Posted: 19 Jul 2014 07:30 AM PDT

MALAYSIAKINI






Malaysia Airlines (MAS) menerbitkan senarai kesemua 283 orang penumpang dan 15 orang anak kapal pesawat MH17, yang terhempas di timur Ukraine, dipercayai akibat tembakan peluru berpandu.

Satu kenyataan MAS menyebut, senarai kesemua yang dipercayai terkorban itu dimuatkan di laman rasminya.

[Pautan ke senarai penumpang dan anak kapal MH17]

Sikap rasis Umno goda ahli PAS, kata Mat Sabu

Posted: 19 Jul 2014 07:28 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


PAS mengambil berat terhadap segelintir anggota partinya yang tergoda dengan Umno hasil politik kaum oleh BN.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS bimbang dengan perkembangan itu ekoran peningkatan undi Melayu pada pilihan raya umum ke-13 tahun lalu.

"Kita mesti berusaha untuk memecahkan usaha ini. Kami bimbang ada di kalangan ahli kami dan penyokong yang terpengaruh dengan sikap rasis Umno khususnya bila mereka sentiasa memainkan isu Melayu," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau yang mesra dipanggil Mat Sabu menasihatkan rakan sekutu khususnya DAP supaya tidak terperangkap atau terheret dengan permainan rasis Umno.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang juga berkata DAP tidak boleh membenarkan parti itu dituduh mempertahankan kaum Cina sahaja yang didakwanya salah satu "sikap rasis terancang" oleh Umno.

Beliau mengemukakan contoh beberapa kes usaha terancang itu seperti sebarang percubaan mengganggu tanah rizab Melayu di pulau mutiara itu yang boleh mencetus kemarahan memandangkan ketua menteri adalah Cina dari DAP.

Menurut Mohamad, keadaan itu lebih teruk berlaku di Johor dan banyak kawasan yang didiami orang Melayu yang miskin tetapi tidak menjadi isu kerana menteri besarnya Melayu.

Anwar sahkan peralihan kuasa di Selangor

Posted: 19 Jul 2014 07:26 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa pemimpin parti itu bersetuju dengan satu "peralihan kuasa yang lancar" bagi jawatan menteri besar Selangor.

Seperti dilapor Malaysiakini sebelum ini, Anwar memberi isyarat bahawa menteri besar baharu kemungkinan besar adalah isterinya dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Namun, beliau tidak mendedahkan sebarang nama lagi memandangkan majlis presiden Pakatan Rakyat belum bertemu membincangkan perkara itu.

Azizah disebut-sebut bakal menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu untuk penggal kedua tetapi berhadapan pelbagai kritikan terhadap caranya menguruskan negeri.

Ia termasuklah cara beliau menguruskan sumber negeri sehingga kepada pendekatannya yang kurang berbincang dengan orang ramai dalam hal ehwal projek-projek mega seperti Lebuh Raya Kidex.

Anwar berkata sekretariat Pakatan Rakyat telah dimaklumkan tentang keputusan itu walaupun majlis presiden akan hanya bertemu pada minggu hadapan.

"Biro politik PKR dan pemimpin-pemimpin parti dalam majlis pimpinan pusat sepakat dengan satu peralihan kuasa secara lancar di Selangor dan bersetuju ia patut dibincangkan secara tertib dengan Khalid," katanya sewaktu ditemui di Guar Perahu, Pulau Pinang hari ini.

Rakan Mahu Teruskan Perjuangan Ghaffar Tentang Sajian Arak Dalam Pesawat

Posted: 19 Jul 2014 07:21 AM PDT

KELAB GREENBOC



MAS hilang penentang sajian arak dalam penerbangan dengan hancurnya MH17


Kariah Masjid Bukit Indah, Ampang kehilangan seorang anggota mereka yang disifatkan sebagai pejuang yang menentang penyajian arak di dalam kapal terbang apabila perginya Ketua Pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar bersama pesawat MH17 kelmarin.

Menurut rakan-rakan kariah mereka, Allahyarham Ghaffar adalah seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya.

"Beliau seorang yang suka solat malam, mengaji dalam penerbangan dan menjadi mutawif (pemandu ibadat haji dan umrah) kawan-kawannya semasa umrah," tulis rakannya, Halim Hassan dalam komuniti Whatsapp Masjid Bukit Indah yang kini disebarkan melalui media sosial.

Ghafar adalah ketua pramugara pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak menggunakan peluru berpandu darat ke udara di timur Ukraine dalam perjalanannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.


Beliau meninggal bersama 298 yang berada di atas pesawat Boeing 777 tersebut.

Turut meninggal adalah kesemua 14 krew MH17 yang bersama Ghafar mengendalikan penerbangan itu.

Menurut rakan-rakan masjid Bukit Indah itu, selain membuat bantahan kepada MAS tentang penghidangan arak di dalam kapal terbang, Ghafar pernah menulis kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak dari sajian dalam pesawat MAS.

Ghafar juga, kata Halim, pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas.

"Sekarang salah seorang pejuang dalam jihad kita menentang alkohol dijemput pergi dahulu... tetapi kita akan teruskan perjuangan ini,"
kata beliau dalam Whatsapp.

Walaupun Malaysia diisytiharkan sebagai negara Islam oleh pemimpinnya, MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan milik negara masih menghidangkan arak dalam penerbangan.

Ia dibuat berdasarkan permintaan dan juga amalan biasa dalam mana-mana syarikat penerbangan utama dunia. -TMI



Allahyarham Ghafar bantah hidang arak dalam MAS


MASJID TANAH: PAS Kawasan Masjid Tanah menyatakan rasa sedih dan simpati di atas kejadian yang mengorbankan Ketua Pramugara, Abdul Ghafar Abu Bakar yang bertugas dalam pesawat MAS, MH17 yang dtimpa kemalangan di sempadan Russia-Ukraine.

Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Imran Abdul Rahman berkata demikian ketika menyampaikan ucapan takziah kepada ibu Abdul Ghafar, Maimon Sarpan, 74 di rumah beliau di Kampung Seri Tanjung di sini tengah hari tadi

Maimon berkata beliau terkejut menerima berita kejadian tersebut apabila diberitahu oleh anaknya pada tengah malam peristiwa malam itu.

"Anak saya telefon suruh buka TV tengok berita, dia kata Salim terlibat dengan kemalangan tersebut, saya baru nak tidur masa itu"

"Tidak ada apa yang dapat saya katakan, hanya air mata yang mengalir mengenangkan anak saya ini," ujar beliau.

Menurur Maimon, Salim (nama panggilan keluarga untuk Ghafar) merupakan anak yang baik dan sentiasa ingat kepada keluarga.

"Kita mendoakan roh Allahyarham dan semua penumpang muslim lain dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama roh para anbia, syuhada dan solihin"

"Kami juga mengharapkan Mak Cik Maimon dan keluarga tabah menghadapi dugaan Allah ini," ujar Imran dengan nada sedih.

Dalam pertemuan itu Maimon menunjukkan gambar-gambar Ghafar dan sentiasa memuji kebaikan anaknya yang terkenal dengan kuat beragama dan sentiasa komited menjaga kebajikan keluarga.

Difahamkan Allahyarham Ghaffar adalah seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya.

Seorang rakannya Halim Hassan menyatakan Ghafar adalah seorang yang suka solat malam, mengaji dalam penerbangan dan menjadi mutawif (pemandu ibadat haji dan umrah) kawan-kawannya semasa umrah, Halim Hassan menulis perkara itu dalam komuniti Whatsapp Masjid Bukit Indah yang kini disebarkan melalui media sosial.

Menurut rakan-rakannya dari kariah Masjid Bukit Indah itu, selain membuat bantahan kepada MAS tentang penghidangan arak di dalam kapal terbang, Ghafar pernah menulis surat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak daripada sajian dalam pesawat MAS.

Ghafar juga, kata Halim, pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas.
-HD

Nahas MH17: Keluarga mangsa di Amsterdam terima bayaran awal RM15,900

Posted: 19 Jul 2014 02:19 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
AMSTERDAM: Malaysia Airlines (MAS) dilaporkan akan membuat bayaran tunai sebanyak AS$5,000 (RM15,900) untuk setiap penumpang MH17 bagi menampung perbelanjaan awal kepada waris dan ahli keluarga yang menunggu berita seterusnya di sebuah hotel di Amsterdam. 
 
Naib Presiden MAS Eropah, Huib Gorter berkata MAS juga bercadang untuk membawa keluarga penumpang pergi ke lokasi kemalangan di timur Ukraine.
 
"Kami sedang berusaha untuk melihat sama ada ia boleh dilaksanakan," beliau dipetik sebagai berkata oleh Reuters.
 
MH17 hilang dari skrin radar di timur Ukraine kira-kira 1415 GMT pada Khamis, beberapa jam selepas Boeing 777 berlepas ke Kuala Lumpur dari lapangan terbang Schiphol Amsterdam.
 
Ia dipercayai secara tidak sengaja telah ditembak jatuh 50km dari sempadan Ukraine-Rusia.
 
Semua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 43 rakyat Malaysia, dipercayai telah terkorban.

Menteri Luar Ukraine sahkan 181 mangsa nahas MH17 dijumpai

Posted: 19 Jul 2014 02:17 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
UKRAINE: Pekerja-pekerja kecemasan meneruskan usaha pencarian di kawasan bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) terhempas yang dipercayai ditembak oleh puak pelampau di Ukraine dekat sempadan Russia malam Khamis.
 
Menurut Menteri Luar Ukraine Andriy Sybiga, 181 mayat telah ditemui pada Jumaat.
 
Sybiga turut berkata kesemua mangsa korban akan dihantar kepada Kharkiv, sebuah agensi kerajaan untuk dikenalpasti.
 
MAS dalam kenyataannya berkata, mangsa terkorban termasuk dari Belanda seramai 189 orang, Malaysia (44), United Kingdom (9), Belgium (4), Jerman (4), Filipina (3), Kanada (1) dan New Zealand (1).
 
Pihak Ukraine telah mula mengadakan siasatan di peringkat antarabangsa untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab ke atas serangan pesawat MH17 tersebut, walaupun laluan ke lokasi insiden sukar dan berbahaya.
 
Kawasan insiden itu terletak berdekatan dengan ibu kota Donesk, yang merupakan daerah puak pemisah bangkit menentang rejim Kiev April lalu.
 
Puak pemisah Ukraine telah bersetuju untuk menghulurkan bantuan ke atas siasatan insiden yang menimpa pesawat MH17 tersebut dan turut menjanjikan laluan selamat untuk pihak penyiasat antarabangsa ke kawasan nahas itu.
 
Kiev membantah kenyataan tersebut dengan mengatakan pihak pemisah telah menghalang pegawai-pegawai Ukraine tiba ke lokasi nahas tersebut.

Tragedi MH37: Parlimen juga digesa bincang isu Gaza

Posted: 19 Jul 2014 02:12 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menggesa usul berhubung konflik di Gaza dapat dibahaskan sekali dalam persidangan Parlimen tergempar berkenaan tragedi MH17.

Beliau berkata, Gaza juga adalah satu lagi tragedi kemanusiaan yang memerlukan perhatian pihak antarabangsa.

Katanya, Malaysia perlu memperlihatkan ketegasan dalam isu keadilan, keamanan dan hak kemanusiaan terutama negara adalah calon kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Menurutnya, Pakatan Rakyat (PR) sudah lama mahu membawa usul itu, namun tidak dilayan kerajaan.

"Konflik di Gaza sehingga kini meragut ratusan nyawa termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua," katanya dalam satu kenyataan dipetik Selangor Kini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk memanggil Sidang Khas Parlimen bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat MH17, pada 17 Julai lalu.

Pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dilaporkan ditembak jatuh di Timur Ukraine.

Allahyarham Ghafar bantah hidang arak dalam MAS

Posted: 19 Jul 2014 02:11 AM PDT

SOFI WAHAB



 


MASJID TANAH: PAS Kawasan Masjid Tanah menyatakan rasa sedih dan simpati di atas kejadian yang mengorbankan Ketua Pramugara, Abdul Ghafar Abu Bakar yang bertugas dalam pesawat MAS, MH17 yang dtimpa kemalangan di sempadan Russia-Ukraine.

Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Imran Abdul Rahman berkata demikian ketika menyampaikan ucapan takziah kepada ibu Abdul Ghafar, Maimon Sarpan, 74 di rumah beliau di Kampung Seri Tanjung di sini tengah hari tadi

Maimon berkata beliau terkejut menerima berita kejadian tersebut apabila diberitahu oleh anaknya pada tengah malam peristiwa malam itu.

"Anak saya telefon suruh buka TV tengok berita, dia kata Salim terlibat dengan kemalangan tersebut, saya baru nak tidur masa itu"

"Tidak ada apa yang dapat saya katakan, hanya air mata yang mengalir mengenangkan anak saya ini," ujar beliau.

Menurur Maimon, Salim (nama panggilan keluarga untuk Ghafar) merupakan anak yang baik dan sentiasa ingat kepada keluarga.

"Kita mendoakan roh Allahyarham dan semua penumpang muslim lain dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama roh para anbia, syuhada dan solihin"

"Kami juga mengharapkan Mak Cik Maimon dan keluarga tabah menghadapi dugaan Allah ini," ujar Imran dengan nada sedih.

Dalam pertemuan itu Maimon menunjukkan gambar-gambar Ghafar dan sentiasa memuji kebaikan anaknya yang terkenal dengan kuat beragama dan sentiasa komited menjaga kebajikan keluarga.

Difahamkan Allahyarham Ghaffar adalah seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya.

Seorang rakannya Halim Hassan menyatakan Ghafar adalah seorang yang suka solat malam, mengaji dalam penerbangan dan menjadi mutawif (pemandu ibadat haji dan umrah) kawan-kawannya semasa umrah, Halim Hassan menulis perkara itu dalam komuniti Whatsapp Masjid Bukit Indah yang kini disebarkan melalui media sosial.

Menurut rakan-rakannya dari kariah Masjid Bukit Indah itu, selain membuat bantahan kepada MAS tentang penghidangan arak di dalam kapal terbang, Ghafar pernah menulis surat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak daripada sajian dalam pesawat MAS.

Ghafar juga, kata Halim, pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas. - HARAKAHDAILY

ATM sedia hantar dua pesawat bantuan

Posted: 19 Jul 2014 02:06 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap sedia untuk menghantar dua pesawat C-130 Hercules dalam tempoh terdekat bagi membantu operasi Pasukan Siasatan dan Pengurusan Pasca Tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine pada Khamis.

Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkefli Mohd Zin berkata pihaknya sudah menghantar satu pasukan perubatan yang terdiri daripada 15 anggota tentera dalam operasi tersebut.

"Kita mempunyai persediaan yang secukupnya untuk membantu semampu yang mungkin," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama warga Markas Briged Kelapan Infantri di Masjid An-Nur Kem Desa Pahlawan di Kota Bharu, malam tadi.

Delegasi Pasukan Siasatan dan Pengurusan Pasca Tragedi berlepas ke Kiev  8 malam tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Penerbangan MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine, dipercayai ditembak jatuh.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis dan dijangka tiba di KLIA pada pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat. - Bernama

Wan Azizah dijangka ambil alih jawatan MB S'gor

Posted: 19 Jul 2014 02:01 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


PKR dipercayai sudahpun mencapai kesepakatan untuk menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas sambutan Aidilfitri.

Keputusan itu timbul selepas tekanan bertubi-tubi dari sekutunya dalam Pakatan Rakyat dan ahli parti,

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai sudah bertemu dengan pemimpin parti di Selangor semalam, dan mencadangkan isterinya dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Menurut akhbar China Press, Anwar berkata PKR sudah memutuskan untuk menggantikan Khalid.

Menurut sumber parti, Anwar berjaya mendapat sokongan pemimpin-pemimpin partinya selepas berjaya meyakinkan biro politik PKR berhubung pilihannya itu.

Sumber sama mendakwa Anwar memilih Wan Azizah untuk "menstabilkan" parti, yang dilanda siri kontroversi selepas mengaakan pemilihan secara terus buat kali kedua tahun ini.

"Siapa yang berani lawan Anwar? Mereka mungkin merungut di belakangnya tetapi di di depannya, mereka semua pak turut," kata sumber itu yang enggan dinamakan.

Jika Wan Azizah yang juga merupakan ADUN Kajang mengisi tampuk menteri besar, beliau adalah di antara dua pemimpin wanita PKR yang memegang jawatan exco negeri dalam kerajaan Selangor.

Selain Wan Azizah, penyandang timbalan presiden Azmin Ali juga tidak menghadiri mesyuarat tersebut kerana berada di Mekah.

Wartawan letak jawatan, kecewa cara liputan MH17

Posted: 19 Jul 2014 01:58 AM PDT


Sara Firth. - Foto Twitter  
Sara Firth. - Foto Twitter


MOSCOW - RUSIA. Seorang wartawan Rusia dilapor mengumumkan meletak jawatan selepas kecewa dengan cara liputan agensi di mana dia bertugas membabitkan nahas MH17.

Sara Firth seorang wartawan dari stesen televisyen Russian Today (RT).

Dia merupakan wartawan kedua yang meletak jawatan dari stesen televisyen terbabit.

Mac lalu, seorang wartawan RT turut meletak jawatan atas alasan kecewa dengan cara pemberitaan membabitkan krisis di Ukraine.

"Saya meletakkan jawatan hari ini. Saya sangat menghormati rakan setugas saya tetapi berpegang kepada kebenaran," kata Firth menerusi laman Twitternya @Sara_Firth.

Stesen RT yang dibiayai kerajaan Rusia bagaimanapun dalam reaksinya kepada AFP berkata, "Firth telah meluahkan pendiriannya yang memilih kebenaran tetapi pihak kami mempunyai versi tersendiri mengenai maksud sebenar kebenaran", kata jurucakap stesen itu.

Firth membuat kenyataan selepas seorang blogger menuduh rakan sekerjanya, Polly Boiko menerima rasuah untuk membantu menyebarkan penipuan Presiden Rusia, Vladmir Putin mengenai perkara sebenar yang berlaku terhadap MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

"Apa yang yang telah saya sebarkan?" tanya Boiko dalam reaksi balasnya.

Menurut Firth itu satu "penipuan". Tambahnya "kami (wartawan) sememangnya bekerja untuk Putin. Kami diminta setiap hari untuk melaporkan perkara yang tidak benar.

"Kami hanya makan gaji dan kerana itu kami harus mematuhinya," tegasnya.

Firth telah menukar nama akaun Twitternya @SaraFirth_RT bagi mengelak dari dikaitkan dengan saluran televisyen itu lagi.

Interpol hantar pakar cam mangsa MH17

Posted: 19 Jul 2014 01:52 AM PDT


MH17


LYLON - PERANCIS. Pasukan Polis Antarabangsa (Interpol) menghantar satu pasukan pakar ke Ukraine bagi membantu mengenalpasti mangsa yang terkorban dalam nahas MH17 yang terhempas Khamis lalu, lapor agensi berita Agence France-Presse (AFP).

Menurut Interpol, pihaknya telah membuat permohonan kepada pihak berkuasa Ukraine semalam untuk menghantar pasukan dalam tempoh 48 jam.

"Dengan keadaan mangsa tragedi ini dari beberapa negara, kerjasama antarabangsa penting dalam memastikan ketepatan pengecaman dan pengesahan identiti mangsa supaya keluarga mangsa juga dapat menerima kenyataan," kata Setiausaha Agungnya, Ronald Noble dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Beliau turut memberitahu telah bercakap dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Ukraine, Arsen Avakov bahawa pihak Interpol akan memberi bantuan selagi diperlukan.

"Saya telah memberi jaminan kepada Arsen Avakov bahawa Interpol akan memberikan bantuan berterusan selagi ia diperlukan," katanya.

Perintah berkurung: Rakyat Sabah jangan panik

Posted: 19 Jul 2014 01:49 AM PDT

SINAR HARIAN


Sabah diceroboh Sabah diceroboh


SEMPORNA - Penduduk daerah ini diminta bertenang dan tidak panik berikutan keputusan kerajaan untuk melaksanakan perintah berkurung serta mewujudkan laluan yang ditetapkan di perairan Pantai Timur Sabah.
  
Ahli Dewan Undangan Negeri, Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong berkata, keputusan kerajaan itu merupakan tindakan yang tepat pada masanya untuk memastikan keselamatan di kawasan tersebut lebih terjamin.

Katanya masyarakat di kawasan terbabit harus memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota pasukan keselamatan dengan mematuhi arahan dikeluarkan.

"Kita juga perlu memainkan peranan menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan maklumat sekiranya terdapat anasir-anasir yang cuba menggugat ketenteraman awam khususnya mengenai kemasukan pendatang asing tanpa izin," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka Puasa di Pulau Bumbum dekat sini, malam tadi.

Beliau berkata, perintah berkurung yang akan diumumkan itu bukan melibatkan semua kawasan dan sepanjang masa sehingga rakyat tidak boleh keluar rumah, tetapi ia hanya melibatkan kawasan dan masa tertentu sahaja.

Katanya langkah itu juga bertujuan untuk melengkapkan laluan yang telah ditetapkan selain memastikan ia tidak disalahgunakan oleh penjenayah dan penceroboh.

Jaujan turut menyarankan agar imam di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri Sulabayan mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan. - Bernama

CDM25 : Kiki Jadi “Selebriti” Rebutan Digi, Radio Era FM, Hitz FM. Era FM Teruk Kena Kritik!

Posted: 19 Jul 2014 01:33 AM PDT


cdm25



CDM25. Kiki Jadi Rebutan Digi, Radio Era FM, Hitz FM : Nampaknya ramai yang tampil ke hadapan untuk membantu dan "campur tangan" dengan tujuan mahu meredakan apa yang dipanggil "kekecohan" yang berlaku di media sosial terutamanya selepas insiden CDM25 sehingga mendapat perhatian Ketua Polis Negara.

Contohnya Digi berbesar hati mahu membantu membaiki kereta Siti Fairrah Asyikin dan juga Uncle Sim Siak Hong. Hebat….

Tidak cukup dnegan itu, stesen radio di bawah rangkaian Astro Malaysia iaitu Hitz Fm da juga Era fm turut mahu menyelit dan telah berbesar hati untuk memanggil Fairrah Asyikin ke konti radio mereka. Nampaknya Fairrah Asyikin Kiki Kamaruddin menjadi rebutan ketika ini selepas menjadi popular melalui video kereta CDM25 peugeot 208.

Tindakan Era FM kali ini diperhatikan jelas cuba mengambil kesempatan di atas insiden CDM24 Peugeot 208 telah membangkitkan perasaan kurang senang dikalangan pendengar dan pengikut stesen radio ERA FM. Ini kerana….
  • Pendengar ERA FM merasakan adalah lebih wajar Uncle Sim Siak Hong (mangsa) yang dipanggil ke konti bukannya Siti Fairrah Asyikin (pemangsa)
  • Pendengar ERA FM menegur secara keras dan mencemuh cara ERA FM cuba menaikkan rating stesen radio mereka yang dilihat pengikut setia mereka sebelum ini yang sudah mula merudum

CDM25 : Kiki di Radio Era FM. Lagi Pendapat Orang Ramai?

 

Anda boleh semak di bawah ini, pendapat, cadangan dan juga komen panas lagi pedas orang ramai terutamanya pendengar setia Radio Era FM :
Apa pendapat anda disebalik isu CDM25, patutkah tindakan Era Fm ataupun radio Hitz Fm bertindak sebegini rupa? Mengapa?

Jika Hishammuddin Suka Beri Amaran, Zahid Pula Penuh Dengan Retorik

Posted: 18 Jul 2014 06:53 PM PDT

shahbudindotcom


Isu berkaitan Esscom atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah kembali menjadi perhatian berikutan berlakunya serangan hendap di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna yang mengorbankan seorang anggota polis manakala seorang lagi anggota keselamatan diculik oleh kumpulan yang dipercayai berpusat di selatan Filipina.

Esscom ditubuhkan berikutan tragedi pencerobohan di Lahad Datu, namun selepas penubuhannya kejadian penculikan yang melibatkan pelancong sebagai kegiatan mendapatkan wang tebusan sudah beberapa kali berlaku. Ia seolah-olah kumpulan penculik itu tidak gentar langsung dengan Esscom yang diberikan peruntukan besar serta melibatkan polis, tentera laut serta marin.

Kawasan perairan itu seolah-olah menjadi lubuk duit bagi kumpulan penceroboh tersebut memperolehi wang kerana setiap kali penculikan berlaku, ia mesti diakhiri dengan pembayaran wang berjuta-juta ringgit. Perairan Semporna dan Lahat Datu seolah-olah sudah seperti perairan Somalia yang menjadi medan lanun-lanun menawan kapal dan kemudian menuntut wang tebusan.

Selain beberapa aspek kelemahan masih wujud dalam Esscom sehingga Perdana Menteri juga sudah meminta dikaji semula sistem kawalan agar tidak begitu mudah dicerobohi, kecacatan paling ketara dalam Esscom ialah berkaitan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi yang bertanggungjawab terhadapnya.

Setiap kali berlaku insiden, reaksi Zahid lebih berbaur retorik dan kenyataan politik semata-mata. Dengan janji beliau untuk mendedahkan petualang Lahad Datu masih tidak ditunaikan sehingga kini, sebaik saja insiden terbaru yang melibatkan dua anggota polis baru-baru ini, Zahid sekali mengeluarkan kenyataan politik dan retorik apabila menyatakan serangan hendap itu dilakukan kerana penceroboh ingin membalas dendam berikutan peningkatan keselamatan yang dilakukan oleh Esscom.

Jika benar kawalan keselamatan meningkat, bagaimana penculikan demi penculikan boleh berlaku dan boleh melibatkan kematian serta penculikan anggota polis sendiri?

Lebih menghairankan apabila kemudian Panglima Tentera Laut, Abdul Aziz Jaafar mendedahkan bahawa kapal-kapal yang berkawal di perairan itu tidak dibenarkan menembak penceroboh dan beliau meminta kerajaan segera mengubah peraturan itu demi memastikan tindakan pengawalan lebih berkesan.

Walaupun Zahid segera memberi reaksi bahawa kebenaran menembak itu diberikan lampu hijau asalkan dapat menghalang penceroboh, persoalan yang timbul ialah apakah sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau tidak mengetahui bahawa kapal tentera laut yang berkawal di perairan Sabah selama ini tidak dibenarkan melakukan tembakan?

Jika beliau tidak mengetahuinya, ia menunjukkan satu lagi kelemahannya sebagai menteri yang menjaga keselamatan negara ini.

Tetapi jika mengetahuinya pula, bagaimanakah beliau tergamak mengatakan kumpulan penculik itu melakukan serangan serangan hendak kerana ingin membalas dendam berikutan kawalan keselamatan yang kian meningkat di perairan Sabah. Bagaimana mahu dikata kawalan keselamatan meningkat sedangkan menembak pun tidak dibenarkan?

Kenyataan Zahid jelas berunsur retorik untuk menunjukkan kewibawaan Esscom sedangkan hakikatnya terdapat beberapa kelemahan yang masih nyata dan menimbulkan kehairanan kepada orangramai.

Permintaan tentera laut untuk menembak itu sebenarnya bukan hanya patut diberikan sekarang, tetapi sekurang-kurangnya serentak dengan penubuhan Esscom itu. Ia juga sesuai dengan peralatan persenjataan serba canggih dan moden yang dimiliki oleh tentera laut sekarang ini.

Zahid juga kemudian meminta media sosial agar tidak memperlekeh usaha pasukan keselamatan mengawal perairan Sabah, sebaliknya sama-sama berusaha demi maruah dan keselamatah negara.

Siapakah yang lebih memperlekeh, bukankah kenyataan demi kenyataan oleh Zahid sendiri yang menjurus ke arah itu? Atau kenyataan tidak mantap dan kurang berwibawa daripanyalah yang mengundang perlekehan itu, bukannya disebabkan usaha pasukan keselamatan?

Meskipun Zahid berjaya melonjakkan namanya sebagai Menteri Dalam Negeri yang lebih baik daripada penyandang sebelumnya, Hishammuddin Hussein sehingga sekali lagi dipilih sebagai Naib Presiden UMNO dengan undi terbanyak dalam pemilihan tahun lalu, hakikatnya semua itu hanyalah pementasan sementara saja.

Jika sebelum pemilihan UMNO, suaranya begitu lantang menentang penghapusan Ordinan Darurat dan penggantian Akta Hasutan dengan undang-undang baru Akta Keharmonian, di manakah suara Zahid sekarang ini? Bahkan ketika Mahathir terus-menerus menyatakan kebimbangan dengan penghapusan Akta Hasutan itu, suaranya makin menjauh ke laut berhubung isu itu. Tiada apa-apa lagi yang keluar dari mulutnya.

Barangkali jika pemilihan UMNO diadakan setahun sekali, mungkin pula media tidak cukup ruangan untuk memuatkan kenyataan dan kegarangannya mengenai pelbagai isu yang menyangkut hal-hal berkaitan Melayu terutamanya.

Jika diimbas, antara Zahid dan Hishammuddin yang sama-sama pernah menjadi Menteri Dalam Negeri, kedua-duanya lebih kurang sama saja. Hishammuddin terlalu lemah, apologetik dan asyik-asyik memberi amaran saja sedangkan tindakannya langsung tidak pernah menjelma.

Zahid pula cuba menunjuk garang, berani dan lebih menjadikan jawatan itu sebagai landasan meningkatkan popularitinya. Selain aksi sebelum dengan selepas pemilihan UMNO banyak berbeza, beliau seringkali mengeluarkan kenyataan bersifat politik dan retorik dalam isu-isu berkaitan keselamatan negara. Zahid seolah-olah melihat semua aspek keselamatan boleh diurus seperti mengendalikan UMNO cawangan saja.

Itulah sebabnya, bila pencerobohan berlaku sehingga anggota polis terbunuh dan seorang lagi diculik, Zahid dengan santai mengatakan ianya kerana mereka ingin membalas dendam kepada pasukan keselamatan. Jika begitu, bolehkah kita juga mengatakan rompakan dan samun yang berlaku setiap detik adalah juga kerana perompak ingin membalas dendam kepada polis yang selalu menangkap dan memberkas penjenayah?

Kalau dulu ada yang kecewa dengan Hishammuddin mengendalikan Kementerian Dalam Negeri kerana hanya tahu memberi amaran, Zahid dengan retorik dan kenyataan politiknya mula mendatangkan lebih kekecewaan lagi. Esscom atau apa saja berkaitan keselamatan lebih tidak selamat bila berada ditangannya

Sidang tergempar Parlimen bincang isu MH17

Posted: 18 Jul 2014 06:37 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis.

Beliau berkata sidang tergempar itu adalah bagi menyatakan pendirian tegas rakyat Malaysia terhadap tragedi malang itu.

Katanya Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berhati perut, tidak bertamadun, bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab itu.

"Sekalipun pesawat MH17 itu dipercayai ditembak jatuh, namun buat masa ini, kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak sehinggalah bukti-bukti sahih dapat disahkan," kata Perdana Menteri dalam perutusan khas mengenai nahas MH17 yang disiarkan secara langsung di RTM1 malam ini.

Najib berkata beliau difahamkan bahawa kawasan berlakunya kejadian itu dikuasai dan dikawal oleh pasukan pemberontak.

"Oleh itu, kita sedang membuat pelbagai usaha termasuk saluran diplomatik dan hubungan baik Malaysia dengan negara-negara berkenaan supaya pasukan penyiasat dapat menjalankan tugasan mereka dan urusan pengurusan mangsa dapat berjalan dengan lancar," katanya.

Perdana Menteri menjelaskan kerajaan Malaysia menuntut pihak-pihak yang terbabit supaya menjamin dan memastikan keselamatan pasukan penyelamat sepanjang operasi ini dijalankan.

"Kedua, kerajaan Malaysia juga mendesak pihak-pihak berkenaan agar tidak mengganggu dan mencemari bukti-bukti di tempat kejadian supaya kerja-kerja penyiasatan dapat dilakukan secara telus dan berkesan.

"Ketiga, jika siasatan membuktikan pesawat MH17  ditembak jatuh, Malaysia menuntut agar pihak yang bertanggungjawab dibawa terus ke muka pengadilan," katanya.

Najib berkata ketiga-tiga tuntutan itu telah beliau maklumkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki Moon.

"Saya juga telah meminta Presiden Rusia Vladimir Putin untuk memberi segala kerjasama bagi mencapai hasrat tersebut," katanya.

Najib turut mengajak rakyat Malaysia bersatu hati dan mengukuhkan semangat perpaduan demi menghadapi kejadian yang menyayatkan hati ini.

"Pada detik-detik dan saat-saat yang mencarik perasaan dan sanubari serta sungguh mencabar ini, marilah kita bersatu hati, mengukuhkan semangat perpaduan sesama kita demi menghadapi kejadian yang menyayatkan hati ini.

"Semoga Allah memberi pertolongan-Nya kepada ikhtiar-ikhtiar kita untuk melalui semuanya," kata Perdana Menteri.

Pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, adalah dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat. - Bernama

PM: Putin jamin bantu penyiasat ke tempat nahas

Posted: 18 Jul 2014 06:34 PM PDT

MALAYSIAKINI


Presiden Rusia Vladimir Putin memberi jaminan untuk menggunakan pengaruhnya bagi membolehkan pasukan penyiasat memasuki kawasan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 terhempas, bagi memulakan siasatan berhubung tragedi itu.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam perbualan telefon dengan Putin selepas berbuka puasa tadi, Presiden Rusia itu menyatakan Moscow memahami keperluan untuk menyelesaikan persoalan mengenai insiden berkenaan.
  
"Presiden Putin berkata beliau juga berharap Presiden Ukraine (Petro Poroshenko) bersetuju untuk gencatan senjata sementara untuk membolehkan pasukan siasatan ini memasuki kawasan pesawat terhempas.
  
"Dari segi pandangan Putin, beliau berkata pihak yang menguasai kawasan itu tentu hendak siasatan yang objektif dilakukan dan Putin turut berkata Rusia tiada kemampuan untuk menembak jatuh pesawat itu," kata Najib kepada pemberita selepas menerima panggilan daripada Putin malam tadi.
  
Terdahulu, Najib menghadiri majlis berbuka puasa bersama media anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia di perkarangan Masjid Al-Muhammadi di
Angkasapuri.

Perdana menteri berkata kumpulan yang menguasai kawasan MH17 terhempas dan kerajaan Ukrain mesti bersetuju melakukan gencatan senjata sementara bagi membolehkan pasukan penyiasat memasuki kawasan insiden secepat mungkin.
  
"Komitmen untuk gencatan senjata ada oleh kedua-dua pihak, tetapi ia perlu diterjemahkan dalam bentuk persetujuan...saya telah memberitahu Presiden Putin bahawa pasukan penyiasat kita telahpun berlepas ke Kiev dan bila sampai nanti, saya mahu mereka terus dibenarkan masuk ke kawasan itu," katanya.
  
Dalam perbualan telefon itu, Najib turut menegaskan kepada Putin mengenai perlunya pasukan penyiasat diberi kebenaran memasuki kawasan tragedi secepat mungkin untuk memulakan siasatan.
  
Menurutnya pasukan siasatan itu, yang Malaysia perlu menjadi sebahagian daripadanya, harus diberikan jaminan dalam soal keselamatan semasa menjalankan tugas.
  
"Saya juga menegaskan (kepada Putin) betapa kawasan itu tidak boleh diganggu dan tidak diusik apa jua yang boleh disifatkan sebagai asas dalam sisastan nanti," katanya.
  
Ketika diitanya pihak mana yang bertanggungjawab terhadap insiden itu, Najib berkata Malaysia menjadi mangsa kepada pertembungan geopolitik yang sengit di kawasan itu.
  
Semasa mengulas mengenai penglibatan beberapa kuasa besar dunia terhadap insiden ini, beliau berkata perkara itu amat kompleks memandangkan semua mempunyai pandangan tersendiri dan bertentangan.
  
Najib juga berkata beliau belum ada rancangan untuk ke Kiev namun akan sentiasa berhubung dengan pemimpin-pemimpin tertentu.
  
Menurutnya pada hari ini sahaja, beliau menerima panggilan daripada beberapa pemimpin negara lain termasuk Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Perdana Menteri Australia Tony Abbot, Perdana Menteri New Zealand John Key, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon dan Perdana Menteri United Kingdom David Cameron.
  
Berhubung laporan pesawat MH17 ditembak jatuh dan pihak mana yang harus dipertangungjawabkan, Perdana Menteri berkata ia perlu disiasat sepenuhnya berdasarkan fakta dan bukti yang kukuh.
  
Najib berkata jika pesawat itu ditembak jatuh, siasatan forensik pasti dapat menentukannya kerana banyak bukti yang boleh ditemui daripada pesawat itu.
  
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal  dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.
  
Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.
  
Daripada 298 penumpang MH17, seramai 44 orang adalah warganegara Malaysia.- Bernama

Jakim Hantar 10 Imam Ke Kiev Bantu Pengurusan Jenazah

Posted: 18 Jul 2014 06:23 PM PDT


MSTAR ONLINE


Datuk Othman Mustapha
 
 
PUTRAJAYA: Jakim menghantar 10 imam ke Kiev, Ukraine untuk membantu dari aspek pengurusan jenazah dan bimbingan berkaitan agama ekoran tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas, Khamis.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha dalam kenyataan berkata perwakilan Jakim itu diketuai Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Abdul Manaf Mat.

"Bagi tujuan mengadakan solat jenazah ghaib pula, kita akan memaklumkan kepada seluruh masyarakat sebaik urusan pengurusan jenazah dimandi dan dikafankan selesai," katanya.

Malam ini katanya, Jakim turut menghantar pegawainya ke Hotel Marriot, Putrajaya bagi mengepalai solat tarawih, bacaan tahlil dan yasin serta bimbingan kerohanian khusus kepada keluarga mangsa yang ditempatkan di hotel tersebut.

Beliau juga meminta semua masjid dan surau di seluruh negara sama-sama mengadakan bacaan tahlil khusus kepada mangsa yang terlibat.

Selain itu, masjid-masjid utama di bawah seliaan Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan akan mengadakan solat hajat pada 10 malam terakhir Ramadan, khusus untuk mendoakan kemudahan, keselamatan, keamanan dan keampunan bagi negara.

MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Ukraine. Ia membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu telah ditembak.

Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 6.10 pagi Jumaat.

Tiada ulasan: