ANAK SENGAT |
- WARTAWAN VETERAN PUN BERSUARA... JANGAN INGAT KITA DAH VETERAN SANGAT...
- TUAN GURU NIK AZIZ MEMBISUKAN...
- SIAPA BODOH???? PERUT UMNO SEMEMANGNYA BUSUK
WARTAWAN VETERAN PUN BERSUARA... JANGAN INGAT KITA DAH VETERAN SANGAT... Posted: 27 Jul 2014 09:51 PM PDT TIDAK dapat dibayangkan bagaimana dengan tiba-tiba Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dihina dan dilemparkan pelbagai tuduhan oleh sesetengah ahli parti sendiri berikutan ketegasan beliau mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Seingat saya, sepanjang 30 tahun lebih di dalam PAS, belum pernah terjadi hal demikian dan tidak pernahpun membayangkan akan terjadi hal seperti itu, tetapi telahpun terjadi. Berikutan kenyataan tegasnya menyokong Tan Sri Abdul Khaid Ibrahim itu pelbagai andaian dan tuduhan dibuat terhdap Presiden PAS. Ada yang mengatakan kononnya ini isyarat bahawa PAS akan bersendirian, yakni akan berpisah dengan dari Pakatan Rakyat. Ada pula yang berteori bahawa perkembangan ini akan membuka peluang PAS untuk menghidupkan kembali apa yang dinamakan 'Kerajaan Perpaduan', iaitu kerjasama PAS dengan Umno. Semua tuduhan dan andaian ini sama sekali tidak berasas, malah ia menggambarkan bacaan dan pemikiran politik pihak yang mereka-cipta ini sangat naïf, suatu andaian yang penuh kecelaruan dan tidak berasas. Saya dapat memahami kesedihan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abd Samad terhdap perbuatan sesetngah pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan dan prasangka terhadap pemimpin PAS sendiri. Dalam twitternya, beliau sendiri tidak pernah menyangkan hal seperti ini berlaku. Secara lojik bahawa Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempunyai hak untuk mengeluarkan pendapat dan tidak ada siapapun yang boleh menghalangnya. Ini sewajarnya difahami oleh semua pihak walaupun sudah ada usaha PKR untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejak projek Langkah Kajang. Rundingan selanjutnya oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada 10 Ogos ini juga sama sekali tidak boleh menafikan hak Presiden PAS untuk membuat kenyataan menyatakan pendiriannya. Adapun kenyataan Presiden PAS itu tidak ada sebarang isyarat – secara tersurat atau tersirat – bahawa PAS tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Maka sebarang andaian ke arah itu, walau dalam apa cara dan hujahpun, hanyalah memberi peluang kepada musuh Pakatan untuk memecah-belahkan Pakatan. Hendaknya perkara ini mesti dihindarkan. Sangat aneh untuk melihat lingkaran isu ini di mana secara jelas ialah masalah antara PKR dengan Tan Sri Khalid yang dicetuskan dalam Projek Langkah Kajang, iaitu PKR hendakkan menggantikan MB itu dengan tokoh lain. Bagaimanapun oleh kerana PAS adalah salah satu komponen dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP, maka masalah ini dihadapkan juga kepadanya. Tetapi secara lojiknya isu ini lebih kepada masalah PKR dengan Tan Sri Khaid. Oleh itu mengapa PAS dengan tiba-tiba diheret begitu jauh ke dalam dalam isu ini. Sama seperti 'pihak lain yang karam mengapa orang PAS pula yang lemas'. Analogi seperti ini muncul ketika pelbagai pihak, khususnya sesetengah pendukung PAS sendiri, melemparkan pebagai tuduhan terhadap Presiden PAS berhubung dengan kenyataannya. Memang benar, PAS berada dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP oleh itu segala masalah Pakatan dikongsi bersama mengatasinya. Tetapi jangan lupa projek Langkah Kajang yang hendak menukarkan Tan Sri Khalid adalah dicetuskan oleh PKR. Maka itu, sewajarnyalah PKR lebih dulu menyelesaikannya dan PAS sebagai anggota Pakatan telahpun memberikan pandangan. Sama ada diterima atau ditolak oleh Pakatan sama sekali tidak mengurangkan hak Presiden PAS menyatakan sikap. Dengan itu terimalah hakikat ini serara rasional dengan segala kewarasan. Presiden PAS dalam kenyataannya secara jelas mempertahankan Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor kerana tokoh ini tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat. Menurut Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Khalid tidak terlibat masalah besar. "Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggalnya. "Isunya ialah menunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila Jumaat lalu. Oleh itu tidak apa yang boleh menimbulkan kekeliruan yang mencetuskan kontroversi terhadap kenyataannya itu. Ini kerana kenyataannya itu berdasarkan pandangan syarak dan hasil penyelidikannya dari pebagai sumber. Bagaimanapun, Insya-Allah, kemelut di Selangor ini, tidak akan menjejaskan keutuhan Pakatan Rakyat. Oleh itu jangan terperangkap akan jerangkap samar musuh Pakatan dalam isu ini. Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya muafakat dalam Pakatan Rakyat akan tetap kekal dalam menghadapi isu sekitar pertukaran Menteri Besar Selangor. "Saya percaya semangat muafakat dalam Pakatan akan terus dikekalkan dan seterusnya mendukung perubahan dengan menjana pertumbuhan ekonomi mampan yang lebih prihatin akan permasalahan rakyat," katanya. Akhirnya semua pihak dalam Pakatan supaya bertenang, sabar, mengekalkan kewarasan fikiran, tidak mereka-cipta pelbagai andaian dan tuduhan mengenai isu ini. Dengan berbuat demikian, dengan izin Allah s.w.t. boleh menyelamatkan Pakatan Rakyat dan pemerintahannya di Selangor SUMBER |
TUAN GURU NIK AZIZ MEMBISUKAN... Posted: 27 Jul 2014 11:12 AM PDT Entah mengapa tangan ni gatal nak berblog. Terutama apabila aku melihat kegatalan yang tersebar di blog lain... Malam raya pun rasa dah lena untuk beradu.... adudududuuu.. Isu Menteri Besar Selangor nampaknya mula kendur... Serangan kepada Presiden PAS nampak sedikit reda. Walaupun Mat Sabu dan Mahfuz menyatakannya hanya pandangan peribadi... Namun kenyataan TGNA dan diikuti penjelasan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa PKR salah dalam menanggapi persetujuan yang dikatakan Anwar dan Rafifi.. arkitek Langkah Kajang. Puok yang selama ini bersandar kepada TGNA seakan bisu dengan penjelasan yang di lakukan oleh TGNA yang menyokong TGHH. Mereka yang menjulang TGNA dan menginjak TGHH akhirnya terjelepok lemah urat kaki dan otak... Apo nak di kato.... senjata makan tuan.... Dulu korang kata hanya respect TGNA... sekarang apabila TGNA sokong TGHH... bisu dan sembab otak... Sekarang masa mereka menjadi pentakwil pula kononnya bukan TGNA yang buat kenyataan itu.... he..he... geli hati teman dengornya... bawalah segala macam hujah... Satu Malaya dah tengok kenyataan TGNA dalam berita yang menyokong TGHH...ha..ha...ha... siap ada audio visual lagi... tak tau la kut kita nak takwil itu bukan juga TGNA.... Yang aku masih tak paham apa "mandrem" yang ada pada Anwar sampaikan sebegini pun masih menjadi penjilat lagi... TGHH hanya menegaskan keputusan PAS yang belum berubah di samping pengukuhan hujah mengapa TSKI tak perlu di ganti.. Ia menggunakan hujah syara'... bukan hujan merapu pakai otak yang sembab... Sepatutnya bagi yang ingin menyanggah, bawalah hujah syara' yang boleh menentang hujah tersebut.... Bila deme gagal nak lawah hujah ..... lalu isu di alihkan kepada fitnah terhadap TGHH kononnya berkepentingan dalam kerajaan Selangor melalui menantu dan bekas pegawainya... Cukup cukupla bawa perangai umNO tu... opppsss.... esok raya... teman nak tido juge... nanti kita sambung setelah otak segar untuk berfikir... kalau esok pun masih membuntut lagi... biarlah luncai terjun dengan labu labunya..... |
SIAPA BODOH???? PERUT UMNO SEMEMANGNYA BUSUK Posted: 27 Jul 2014 02:37 AM PDT Aku dah lama tak menulis... Kerana suhu politik agak sejuk. Aku berniat mengulas kebangkitan Al Qassam yang sedang menjual nyawa mereka untuk membeli Syurga Allah. Aku juga mengelak dari menghangatkan blog dengan persepsi politik yang banyak gatal tangan dalam menulis.. pahala aku rasanya masih kurang ... aku mengambil kesempatan mencari keberkatan Ramadhan... Namun di akhir Ramadhan ini aku rasa seakan tak sabar apabila melihat Murabbi Agung antarabangsa di hina oleh mulut yang lancang dan tangan yang biang menulis sesuatu yang bersifat fitnah dan jahat... Bermula ketegasan Tuan Guru Hj Hadi mempertahankan sikap Tan Sri Khalid Ibrahim perlu di pertahankan lantaran tiada khianat terhadap amanah rakyat yang di lakukan... Aku pun tak tahu apa yang PKR marah sangat dengan Tan Sri Khalid Ibrahim ni... Selangor aman makmur di bawah pentadbirannya... melainkan sedikit masalah yang di cetuskan umNO. Itu biasa... dengan kuasa yang ada di Pusat yang masih berakar umbi di negeri...orang politik tahu... itu perkara biasa... Apa yang aku tahu... TSKI yang di katakan tak tahu berpolitik itu telah membawa peningkatan kerusi dalam PRU 13 yang lalu... Matlamat utama sebuah parti politik ialah kekalkan kerajaannya... apa lagi??? Apa pun alasan yang PKR buat... secara jujur aku dah mula meluat dengan Anuar... Dulu aku meluat dengan pemimpin umNO sebab banyak menipu... Hari ni ternyata Anuar terlalu banyak menipu.. Pak Lah dulu kata kita tak akan bubar Parlimen... alih alih... esoknya Parlimen di bubarkan... umNO kehilangan banyak kerusi... Perletakan jawatan ADUN Kajang di katakan tiada kaitan dengan perubahan Menteri Besar. Tiba tiba sibuk nak tukor menteri Besar. Anuar Kata dia takkan jadi Calon Kajang... Kemudian di umumkan dia sebagai Calon Kajang...Dulu Anuar kata dia akan bersara kalau PR tak menang... dah kalah, dia kata banyak bangla plak dah... Aku tahu anuar dari perut umNO... sememangnya perut umNo tu busuk... Aku ingat setelah lama bergelumang dengan tong taik... dia di sucikan dengan haruman dalam penjara... rupanya... busuk umNO yang dah sampai ke kepala dah tak boleh di ubat lagi... tengokla mesyuarat PKR peringkat Cabang baru baru ni...dah jadi macam umNO... bergaduh... aku tahu ada orang baik lagi dan ramai antara mereka terpesona dengan topeng Anuar... mereka tak salah... Aku tak kisah dah dengan isu yang di timbulkan terhadap TSKI terutamanya isu beliau kedekut yang bergema dalam Persidangan PKR . Rupanya kedekut itu dalam maknaknya... bukan kepada rakyat... tetapi kepada kawan... Yang aku nampak sekarang kebobrokan Anuar kian terserlah... Setelah di tak dapat jadi MB kerana halangan undang undang... dia lantik bini dia jadi MB. Dia kata nak letak jawatan penasihat ekonomi kononnya tak mau campur pentadbiran... ha..ha... Sampai Azmin pun dia tak percaya.. ( sebenarnya DAP pun tak setuju dengan Azmin). Kalau dah bini jadi MB... maknanya dia le MB tu... ( ingat rakyat bodo??) jangan anuar pun sama dengan Najib ekoran pertemuan yang di rancang SBY dulu... he..he... Dah berjangkit penyakit membodohkan rakyat.. Kangkung murah..... ( tapi memang ada yang bodoh sungguh... buktinya... semua anuar kata betul belaka... termasuk beberapa pemimpin PAS) Dulu Azizah letak jawatan Permatang Pauh bagi kat Anuar... Lepas tu Kajang letak Jawatan bagi kat Azizah... Kalau Anuar lepas dari hukuman atau penjara nanti... tak mustahil Azizah letak pulak bagi kat Anuar... Ingat lagi ... Anuar ni anti Kroni.... 3K.... zaman reformasi... sekarang... cakap tak serupa bikin... Ingat negara ni hangpa punya??? Tapi yang paling aku pelik, ada lagi yang menjilat Anuar... dan TGHH yang mempertahankan sikap dan pendirian PAS bahawa tiada isu pertukaran MB Selangor pulak jadi sasaran... Aku tak Pikir Mat Sabu dan Mahfuz tak tau keputusan PAS Pusat masa Langkah Kajang dulu... Memang betul la keputusan akan di buat dalam mesyuarat PAS Pusat lepas raya ni... Tapi sebelum itu takkan tak de keputusan??? PAS kena berpegang dengan keputusan sebelum tu... belum ada mesyuarat yang menasakhkan keputusan lalu... Yang aku pelik... Bila anuar kata PAS setuju dengan PKR ganti MB... sekor haram tak de yang sanggah Anuar... termasuh Mahfuz dan Mat Sabu... sekurang kurangnya kalau tak kata pandangan peribadi pun... Cakapla bukan Pandangan Pakatan Rakyat... Tapi jadi buta dan pekak... Bila Presiden sendiri yang memang ada autoriti pun, di katakan pandangan peribadi... secara terbuka aku seru... JANGAN LAGI SOKONG ORANG MACAM NI DALAM PEMILIHAN AKAN DATANG!!! Maka berkokok le semua ayam daging semua mengkritik Presiden sendiri... Bak kata kawan aku... "Batuk Anuar pun jadi pendirian rasmi PR"... Aku harap jangan ada lagi yang jadi dungu ikut aje apa yang Anuar kata. Zaman kegemilangan Anuar dah berlalu... Kegagalan PRU 13 menjadikan zaman gelap. anuar.. Tuan Guru Hj Hadi yang menjadi rujukan dunia pun dah tak nampak... Aku sangat Yakin.., isu MB Selangor ni akan bongkar kebobrokan anuar di mata orang PAS yang ikhlas berjuang... kecuali yang ada penyakit membenci Tuan Guru Hj Hadi Ulama Terbilang dunia kini.. SAPA YANG KATA TGHH KESAORANG SILA BACA KENYATAAN TGNA DAN PENJELASAN TUAN IBRAHIM... . MASANYA MENYATAKAN PRINSIP!!! |
You are subscribed to email updates from NAAK SANGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan