Tukar Tiub |
- APA PANDANGAN PEMBACA
- TAK MINAT DENGAN RAJA MUTLAK
- PIALA DUNIA DI MANA?
- ADA CUKONG BARU
- PENGUMUMAN
- APA PANDANGAN PEMBACA
- SAMAN JANGAN TAK SAMAN
- PEKARA MUSTAHIL
Posted: 08 Jun 2014 06:48 PM PDT APA PANDANGAN Bekalan minyak masak masih berkurangan KOTA BHARU 8 Jun - Jika bandar Sungai Golok, Thailand yang terletak bersempadan dengan negeri ini dilimpahi dengan minyak masak bersubsidi dari Malaysia namun keadaan sebaliknya berlaku di sini. Tinjauan... APA PANDANGAN setiap kali musim perayaan sampai ada sahaja barang akan hilang atau kurang dalam kedai dan akhirnya harga barang itu dinaikan harga bila naik sahaja harga barangan ini akan melambak masuk ke dalam pasaran ini watak sistem ekonomi kapitalis apa pandangan pembaca? SILA BERI PANDANGAN ------------ |
Posted: 08 Jun 2014 06:00 PM PDT Memorandum SAMM Johor kepada Menteri Besar Johor dan Ketua Pembangkang DUN Johor Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) telah menghantar satu memorandum kepada Menteri Besar Johor dan Ketua Pembangkang DUN Johor pada pagi ini. Memorandum ini telah diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar Johor dan juga Ketua Pembangkang DUN Johor. Memorandum tersebut meliputi 3 isu iaitu Rayuan terhadap pemilikan Pulau Batu Putih, penjualan hartanah dan pasir kepada entiti milik negara luar dan perumahan di negeri Johor terutamanya di Bandaraya Johor Bahru. SAMM Johor menjunjung kasih titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor agar Nusajaya membuat rayuan berhubung pemilikan Pulau Batu Putih. SAMM Johor menyeru agar Nusajaya mendesak Putrajaya untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat dan menyediakan laporan lengkap berhubung akuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa Pejabat Peguam Negara cuai semasa perbicaraan di ICJ. Nusajaya perlu membuat siasatan lengkap dan memastikan tidak ada sebarang unsur sengaja melepaskan pulau tersebut sebelum rayuan dikemukakan kepada ICJ. SAMM Johor juga mendesak Nusajaya untuk mengambil usaha dan tindakan proaktif bagi memastikan Pulau Pisang, Pontian tidak mengalami nasib seperti Pulau Batu Putih. SAMM Johor menyeru Nusajaya untuk menjaga aset-aset hartanah, pasir dan perniagaan strategik di Negeri Johor tidak dijual kepada entiti milik negara luar dengan mudah khasnya di Bandaraya Johor Bahru dan Iskandar Malaysia. Adalah sangat menjolok mata dan tidak masuk akal jika Johor menjual pasir kepada Singapura yang mana digunakan oleh negara tersebut untuk projek penambakan laut. Ini bukan sahaja menggugat sempadan perairan negara, malah mengganggu ekosistem dan punca hasil nelayan tempatan. Jika pasir ini datang daripada negeri lain maka, Nusajaya perlu mengemukakan nota bantahan kepada negeri-negeri tersebut. Pemberian tanah-tanah dan penjualan aset perniagaan strategik kepada entiti milik negara luar dengan tidak terkawal juga menghakis kedaulatan negeri ini selain daripada mengetepikan peluang anak negeri untuk merasai nikmat kemajuan dan kemakmuran pembangunan di bumi Johor. Nusajaya perlu memikirkan impak negatif kepada negeri Johor disebalik pemilikan asing dalam hartanah dan perniagaan strategik. Jangan terus gelap mata dengan menjadikan sandaran utama kepada keuntungan kewangan semata-mata. SAMM Johor juga mendesak Nusajaya segera mencari satu mekanisme baru bagi menghalang spekulasi harga rumah terutama di Bandaraya Johor Bahru yang terlampau tinggi dan terlebih nilai. SAMM Johor memandang berat aspek ketidakmampuan anak muda sekitar JB yang tergolong dalam kelompok "middle income trap" dimana mereka tidak layak memohon rumah mampu milik tetapi dalam masa yang sama juga tidak mampu untuk membeli rumah biasa. SAMM Johor mencadangkan agar Nusajaya menyediakan skim perumahan anak negeri untuk memberi insentif kepada semua anak negeri terutama kelompok "middle income trap" agar mampu membeli rumah di sekitar Bandaraya Johor Bahru dan Iskandar Malaysia. SAMM Johor juga mendesak agar pentadbiran Nusajaya menghentikan pemberian rumah kos rendah dan mampu milik berdasarkan kepada kuota politik atau political patronage. SAMM Johor berharap agar pentadbiran Nusajaya akan terus memastikan prinsip Demokrasi Berperlembagaan dan amalan Raja Berperlembagaan sentiasa dititikberatkan dalam merangka dasar dan enakmen negeri. Adalah amat penting agar dasar dan enakmen negeri selari dengan Perlembagaan Persekutuan bagi mengelakkan ia menjadi satu duluan yang menjejaskan amalan kita selama ini. Ahmad Anwar Asyraf Penyelaras Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor ---------- |
Posted: 08 Jun 2014 06:30 AM PDT KOMENTAR piala dunia 2018 di rusian piala dunia 2022 di qatar dilaporkan fifa telah menjalankan siasatan tapi belum lengkap berita telah bocor bahawa qatar telah menggunkan duit rasuah untuk beli undi pelik tetapi benar qatar tidak ada tradisi bola yang hebat juga kalau bermain bulan jun/julai cuaca boleh mencecah 45 celcius kita lihat dan tunggu apa akan terjadi NOTA qatar wajib belajar dari malaysia World Cup sponsor Sony calls for investigation into Qatar bidSony has become the first World Cup sponsor to call for an investigation into accusations that bribes were paid to secure the 2022 tournament for Qatar, raising the stakes for football chiefs who have threatened to move the competition if the allegations are proved to be true.KAH KAH KAH --------- |
Posted: 08 Jun 2014 03:03 AM PDT semakin ramai tak setuju tak sokong raja campur tangan lalu timbul soalan biasanya ada cukong yang akan dapat untung dari sultan jual tanah siapa agaknya cukong ini? ada cukong baru betul china dari negara china Umno perlu jelaskan pelaksanaan LPHJ, kata Musa HitamUtusan Malaysia enggan menghadap Sultan Johor jika dipanggilMB Johor akan terpaksa ikut telunjuk Sultan, kata bekas presiden JCorpCampur tangan Istana Johor cemar sistem Raja Berperlembagaan, kata PAS ------------ |
Posted: 07 Jun 2014 11:41 PM PDT |
Posted: 07 Jun 2014 09:38 PM PDT APA PANDANGAN PEMBACA
najib saman malaysiakini yang siarkan kritikan orang ramai terhadap najib. apakah najib ini nabi tak boleh dikritik? apa pandangan pembaca? A ---------- |
Posted: 07 Jun 2014 08:33 PM PDT Saman Malaysiakini hak asasi Najib, kata Rais Tindakan Najib Razak memfailkan saman fitnah terhadap portal berita Malaysiakini dan dua pengarangnya adalah satu langkah yang dituntut dalam menjamin hak asasi manusia presiden Umno itu, kata Rais Yatim (gambar). Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan itu berkata sebagai seorang yang bermaruah dan berasa dirinya dimalukan dengan sangkaan jahat, Najib, yang juga perdana menteri, tentu sekali mahu namanya dan nama partinya dibersihkan. KAH KAH KAH setuju 100% memang tepat boleh saman tapi kenapa rais yatim tak saman malay mail yang bukan cerita rais yatim rogol amah pelik melik NOTA orang lain dia setuju dia sendiri takut nak saman kah kah kah apa punya tuuuur KAH KAH KAH ---------- |
Posted: 07 Jun 2014 07:08 PM PDT Melayu perlu terus bersatuPADANG TERAP 7 Jun - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu orang Melayu di negara ini bersatu bermula daripada peringkat akar umbi tanpa mengira fahaman politik jika tidak mahu kehilangan kuasa. Presiden Perkasa, Ibrahim Ali berkata, orang Melayu kini hanya tinggal sedikit sahaja kuasa politik dan tidak mustahil mereka akan menjadi pelarian jika kuasa tersebut hilang. "Nasib Melayu kini diibaratkan seperti telur di hujung tanduk, jika Melayu tidak bersatu maka Islam akan hancur. KAH KAH KAH woit apa tujuan melayu nak bersatu? apakah malaysia diserang garuda? apakah malaysia diserang musuh? apakah ini satu tipu helah untuk tipu melayu kerana melayu makain ramai tak sokong united malays national organisation mustahil melayu boleh bersatu kepentingan ekonomi sosok melayu berbeza mustahil melayu country heights boleh bersatu dengan melayu pantai dalam mustahil melayu ulu pertak boleh bersatu dengan melayu taman tun mustahil melayu pkr akan bersatu dengan bani ketuanan melayu mustahil melayu dap akan bersatu dengan melayu bani ketuanan melayu mustahil melayu pas akan bersatu dengan united malays national organisation apa punya tuuuur ------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan