Isnin, 30 Jun 2014

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


MCA Johor tak setuju cuti Jumaat (30/6/14)

Posted: 30 Jun 2014 12:14 AM PDT


Berkuatkuasa 1 Januari 2014 yang lalu bersempena ulangtahun keputeraan Tuanku Sultan yang ke 55 (pada November 20143) Negeri Johor telah mengisytiharkan yang cuti hujung minggu di negeri tersebut beralih dari hari Sabtu dan Ahad ke hari Jumaat dan Sabtu.
Hari Jumaat dipilih demi menghormati kebesaran penghulu segala hari tersebut selain memudahkan umat Islam di negeri berkenaan menunaikan solat Jumaat dengan selesa dan tidak tergesa-gesa.

Sejak 1 Januari seluruh sektor awam di negeri berkenaan telah mengamalkan cuti hujung minggu yang baru itu dan ternyata ia memberi kesan yang positif terhadap kehidupan rakyat. Satu yang pasti rakyat Johor boleh selesa apabila beriadah dengan keluarga atau membeli belah kerana tidak perlu lagi berasak dengan pelawat serta pengunjung ke  negeri berkenaan khasnya dari Singapura yang hujung minggunya Sabtu dan Ahad.
Saya masih ingat ketika pengisytiharan berkenaan dibuat umat Islam bukan hanya di Johor malah seluruh Negara menumpang gembira dengan langkah berkenaan khasnya apabila istana menggunakan kuasa demi membela kebajikan dan masadepan umat Islam.

Kini sudah hampir setengah tahun amalan cuti hujung minggu yang baru itu diperkenalkan namun ternyata Tuanku Sultan masih belum gembira. Mengapa?
Ketika merasmikan siding Dewan Undangan Negeri Johor baru-baru ini Tuanku Sultan bertitah:

"Ibu-bapa yang bekerja di sector swasta mengadu bahawa mereka tidak mempunyai masa secukupnya bersama anak-anak kerana terpaksa bekerja pada hari Jumaat (sedangkan anak-anak mereka bercuti)"
Atas kerpihatinan terhadap rungutan rakyat itu, Tuanku yang berjiwa rakyat menitahkan:

"Oleh itu saya menyeru kerajaan negeri untuk mengkaji semula kesesuaian menyelaraskan hari rehat kepada hari Jumaat dan Sabtu untuk semua sektor."
Ini bermakna demi memelihara keharmonian institusi keluarga rakyatnya, Tuanku mahukan agar cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu diselaraskan kepada Jumaat dan Sabtu untuk semua sektor samada awam mahupun swasta.

Sudah pastilah ini bermakna semua sektor termasuklah perbankkan dan institusi kewangan juga akan berhujung minggu Jumaat dan Sabtu. Tindakan berani Tuanku ini mungkin dilihat drastik dan radikal, walaubagaimanpun skop tumpuan Tuanku adalah pada kebahagian rakyatnya, agar mereka sekeluarga dapat beristirihat dan beriadah bersama kaum keluarga, anak isteri masing-masing. Alangkah mulianya hasrat Tuanku itu!
Tiba-tiba dalam akhbar The Star hari ini dilaporkan yang MCA bahagian Kualijaya dan Johor Baru sedang berkempen mengumpulkan tandatangan dari mereka yang mahu membantah pertukaran itu untuk agensi swasta. Menurut Ketua MCA Kulaijaya Tang Nai Soon, pertukaran itu jika berlaku akan "menganggu" perniagaan di negeri berkenaan.

Kononnya perniagaan khasnya antara Johor dan Singapura akan terjejas dan operasi Iskandar Johor yang mahu memprojekkan imej antarabangsa juga akan terjejas dengan langkah ini.
Anehnya MCA yang baru dapat dua kerusi kabinet itu tidak langsung mengambil skop kekeluargaan sebagaimana yang diambil Tuanku Sultan, apatah lagi alasan asal iaitu memuliakan hari Jumaat khasnya buat umat Islam.

Bagi saya tindakan MCA ini hanya akan meminggirkan sokongan masyarakat majoriti Melayu Islam terhadapnya.
Brunei contohnya sehingga mengisytiharkan perlaksanaan Hukum Hudud namun tidak kita dengar perniagaan Negara terkaya dirantau sebelah sini itu terjejas atau terganggu.

Belajarlah hidup bertoleransi, sesungguhnya muafakat dan tolak ansurlah yang telah berjaya membentuk Negara Merdeka yang kita cintai ini hasil dari persepakatan nenek moyang kita. Jika masyakarat Melayu, Cina dan India sejak puluhan tahun dahulu boleh hidup aman damai menghormati peraturan dan undang-undang, dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung, mengapa kita hari ini tidak boleh?
Saya mendoakan agara usaha murni Tuamku itu akan tercapai dan seluruh sektor dan agensi kerajaan mahu swasta akan bercuti hujung minggu Jummat dan Sabtu, dan semoga langkah baik ini kelak turut dapat dipanjangkan ke negeri-negeri lain.

 

 

MSO serang Presiden di bulan Ramadhan........ (30/6/14)

Posted: 29 Jun 2014 07:31 PM PDT

Alhmadulillah kita semua dapat menempuh bulan Ramadhan sekali lagi dalam kita meniti usia yang dipinjamkan oleh Allah swt ini. Semoga Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Saya petik dari sebuah kertas kerja:
Bulan ramadhan ialah bulan yang mulia dan Allah memilih bulan ini untuk menjadi sebagai salah satu daripada kurniaan yang berharga kepada hamba-hamba-Nya. Kita dapat memahami perihal anugerah Allah kepada kita melalui bulan Ramadhan jika kita mampu memikirkan beberapa persoalan iaitu apabila Allah ingin memberikan rahmat kepada hamba-hamba-Nya maka apakah Allah akan mencampakkan rahmat itu dengan begitu saja kepada hamba-hambaNya atau Allah memberikan kepada mereka PELUANG untuk mendapatkan rahmat-Nya ?

Demikianlah juga apabila Allah ingin mengampunkan dosa hamba-hambaNya maka apakah Dia akan menghapuskan dosa hamba-hamba itu dengan begitu sahaja atau Dia (Allah) memberikan PELUANG untuk hamba-hamba Nya itu mendapatkan keampunan ?
Maka datanglah Ramadhan menjawab semua persoalan ini.

Allah swt berfirman maksudnya : "Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil) ………. (al Baqarah: 185)
Dalam kita menyambut kedatangan bulan yang penuh barakah ini dilaporkan bahawa Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang sedang menerimarawatan susulan di Institut Jantung Negara IJN. Saya yakin dan percaya ramai yang mendoakan agar Tuan Guru yang kita semua sayangi itu akan cepat sembuh dan dikurniakan  kekuatan oleh Allah swt untuk terus memimpin.

Saya mengaitkan posting saya kali ini dengan Ramadhan dan keuzuran Tuan Guru kerana saya sedih apabila dalam bulan yang mulia ini ada juga insan yang Allah swt kurniakan bakat menulis menggunakan bakatnya itu dengan cara yang sungguh tidak sopan dan malah kelihatan biadap.
Allah kurniakan kita sesuatu bakat, septutnya bakat kurniaan Allah itu kita gunakan untuk kebaikan, mengajak manusia kepada yang baik dan mencegah mereka dari yang mungkar. Itulah tanda hamba Allah yang bersyukur, namun apabila kita mengunakannya bagi tujuan jahat, mengadu-domba, mencetuskan kekacauan dan kecelaruan, maka kita dikira ingkar dan tidak bersyukur dengan nikmat Allah.

Seorang penulis veteran yang saya kenali telah menulis posting berikut :


Di bulan Ramadhan, Allah buka peluang kepada kita untuk mengejar ganjarannya, sebaliknya kenalan saya ini memilih untuk berakhlak buruk, lalu saya mohon agar beliau segera ingat akan pesanan Rasulullah s.a.w:
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya." (Riwayat Bukhari)

Peliharalah lidah kita, tulisan kita. Banyakkanlah zikir dengan memuji Allah, bersalawat ke atas Nabi s.a.w, bercerita tentan nikmat-nikmat syurga serta lain-lain perkara ma'ruf.
Kita biasa dengan serangan musuh dari pelbagai penjuru tetapi apabila kawan sendiri mula menyerang jelas ia kini memilih menjadi musuh dan sudah bosan menjadi kawan.

 

 

Tiada ulasan: