Isnin, 23 Jun 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Ustaz Azhar Idrus hadir solat jenazah Ustaz Abu Bakar Chik

Posted: 23 Jun 2014 07:36 AM PDT



Ustaz azhar idrus hadir untuk solat jenazah arwah.

Allahuakhbar!

Jernihnya Muka Arwah Abu Bakar Chik

Posted: 23 Jun 2014 04:20 AM PDT



Ya allah, ampunkan dosa dan kesalahan beliau.

Tempatkan arwah bersama orang beriman.

Bagaimana keadaan kita bila menemui Allah nanti?

Ustaz ABC, Arkitek Pemuda dan Aku

Posted: 23 Jun 2014 01:02 AM PDT

Ustaz ABC, Arkitek Pemuda dan Aku

Oleh Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

"Raja, ana dah beri nama anta pada Ustaz Bakor," sapa sahabat saya Tuan Sidek selepas peperiksaan terakhir saya di Universiti Islam Antarabangsa. Saya tanya kembali kepadanya, "kenapa ?". Tuan Sidek menjawab, "Ustaz Kor nak cari seorang pegawai sepenuh masa di Dewan Pemuda PAS Pusat". Saya terdiam dan hanya mengangguk-angguk tanda faham.

Minggu hadapannya, saya mendapat panggilan telefon dari oleh Ustaz Bakar Chik, terketar tangan bila dihubungi oleh Ketua Pemuda PAS Pusat. Maklumlah ketika itu saya masih bergelar mahasiswa. Dihubungi oleh Ustaz Bakar Chik dan berkata "ana nak anta bersama Pemuda". Ustaz Bakar minta ana hadir untuk ditemuduga informal bagi perjawatan tersebut. Antara soalannya, "anta bersedia untuk bersama Dewan Pemuda PAS? bersedia untuk mempraktikkan segala macam tarbiyah kampus? Bersedia untuk menerima elaun yang kecil?". Sedikit tersentak namun hati ini menjadi kuat apabila mendapat sedikit taujihad daripada Ustaz Bakar selepas soalan tadi diutarakan kepada saya. Selepas saya memberikan persetujuan, saya dibawa berjumpa Dr Hamidi Syakur, Pengarah Jabatan Kerajaan Swasta DPPP ketika itu yang akan menguruskan pembiayaan dan pengurusan ana.

Maka tarikh keramat 15 Jun 1998, secara rasminya saya bertugas sebagai Pegawai Khas Unit Kerja Jemaah di Dewan Pemuda PAS Pusat. Saya diamanahkan untuk satu posisi yang baru diwujudkan oleh Ustaz Bakar Chik iaitu Unit Kerja Jemaah (UKJ). Saya sendiri masih terawang-awang bagi posisi jawatan saya ini. Maka saya dihantar ke Kuala Terengganu untuk mendapat latihan dan pendedahan konsep yang UKJ yang diilhamkan oleh Ustaz Bakar.

Sampai sahaja di Kuala Terengganu, saya menumpang disebuah bilik kelas di tingkat atas di pejabat Institut Berakan Batu 6. Selama beberapa bulan di sana saya dilatih dan di bimbing oleh beliau kaedah dan matlamat UKJ. Saya di beri satu DUN iaitu DUN Batu Rakit untuk latihan medan saya bagi mewujudkan tanzim jawatankuasa pemuda di setiap cawangan PAS yang ada dengan menekankan nilai dan kepentingan usrah sebagai tunjang bagi setiap JPC dan JPC sebagai unit yang bekerja untuk Jemaah. Itulah konsep yang saya simpan dan hadam sehingga hari ini yang dibimbing oleh Ustaz Bakar.

Sepanjang pengenalan saya dengan Ustaz Bakar, beliau adalah seorang yang banyak mencetuskan idea-idea baru dalam pemuda. Saya menamakan dia sebagai Arkitek Moden Pemuda PAS. Di zaman beliaulah tertubuhnya institusi yang menjadi sebutan dikalangan rakyat iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti). Di zaman beliaulah tertubuhnya satu badan kebajikan yang menjadi bualan anak anak muda iaitu Unit Amal. Dizaman beliau lah di cetuskan idea-idea dalam pemuda seperti Unit Kerja Jemaah, Jabatan Kerajaan dan Swasta, sekolah rendah Islam Pintar dan hubungan antarabangsa.

Beliau sangat menitik beratkan ilmu dan pendidikan, apabila saya memaklumkan kepada beliau dahulu ketika saya ingin menyambung pembelajaran saya diperingkat Phd dialah Antara individu yang menyokong penuh. Setelah saya pulang tamat ijazah PhD saya, dia berkata kepada saya, "Raja, sekarang anta dah ada PhD , tambahkan diri dengan menghafal Al-Quran lak". Satu saranan yang saya takkan lupakan sehingga saat ini.

Saya tiba dirumah jam 3 pagi tadi setelah selesai program anak muda pertandingan bola api, bola sepak PS2 dan Piala Dunia skrin besar di Pasir Salak anjuran DACS Pemuda Perak jam 12 malam. Alangkah terkejutnya apabila dilihat mesej di telefon bimbit saya jam 6.40 pagi tadi ketika nak menunaikan solat subuh apabila berita pemergian individu yang sangat saya hormati dan sayangi. Tersentak hingga tak sedar air mata mengalir membasahi pipi. Pada saya Almarhum Ustaz Bakar Chik bukan saja sebagai seorang guru dan ketua tetapi seperti seorang ayah kepadaku. Kali terakhir bertemu beliau semasa mesyuarat PAS Pusat dua minggu yang lalu. Dan setiap kali bertemu, almarhum akan kata, "anta dah jadi AJK Pusat ya Raja" sambil tersenyum. Seorang yang selalu kritis dan kritikal dalam mesyuarat PAS Pusat dan penuh idea bagi perjuangan Islam.

Banyak lagi pengalaman tentang beliau inginku coretkan. Namun buat masa ini cukuplah sekadar itu. Moga kamu sejahtera di alam sana wahai murabbiku

Gambar Jenazah Arwah Ustaz Abu Bakar Chik

Posted: 23 Jun 2014 12:38 AM PDT











Sudah sampai di perkarangan pusat tahfiz. Orang ramai datang melawat dan pelajar tahfiz membacakan al quran.

Al fatihah.

Wajah yang bersih dan berseri.

Ucapan Takziah dari TG Nik Aziz

Posted: 22 Jun 2014 08:52 PM PDT

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Saya dikejutkan pagi ini dengan berita kematian Ustaz Dato Abu Bakar Chik yang mengalami kemalangan jalan raya. Sesungguhnya beliau telah menyumbang jasa yang begitu banyak kepada PAS khususnya di dalam bidang pendidikan bahkan tidak keterlaluan untuk digelar sebagai Bapa Pendidikan PAS.

Saya sifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada PAS. Semoga Allah SWT mengganjari segala kebaikan yang telah dilakukan oleh Allahyarham dengan sebaik-baik ganjaran dan diampunkan segala dosa-dosa beliau serta digolongkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh, Insya Allah.

ALMARHUM USTAZ ABU BAKAR CHIK: DIA MURABBI, PEMIMPIN, TEMAN YANG BAIK

Posted: 22 Jun 2014 07:22 PM PDT

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Pagi yang indah ini , aku terasa longlai tak bermaya dengan berita yang menyentap tangkai hati, kepulangan ke alam abadi sosok pejuang kental dari negeri Tok Ku Paloh, almarhum Ustaz Dato Abu Bakar Chik. Terbayang lebih dua dekad menjadi anak didiknya semenjak zaman kampus , memasuki Dewan Pemuda, saya sempat dua kali menghadiri mesyuarat pemuda Pusat ketika beliau memimpin Dewan itu, seterusnya bersama almarhum dalam Pas Pusat. Berusrah bersama almarhum semenjak zaman 'anak muda kail sejengkal' saya sehingga melepaskan zaman pemuda yang serba indah. Terbayang renungan matanya yang tajam dan kesungguhan almarhum bila berbicara, dakapan tubuhnya setiap kali bersua termasuk arahan demi arahan untuk memastikan jamaah ini tidak kontang daripada amal tarbawi.

Tokoh ini bukan kepalang iltizamnya dengan perjuangan Islam semenjak zaman remaja, menjadi nukleus awal ABIM di Terengganu dalam dekad 70an bersama Dr Abu Bakar Abdullah, Hj Husien Ismail, Cikgu Sapinah Jusoh, dan lain-lain anak muda berjiwa Islam yang sedang dibius semangaat kebangkitan Islam. Beliau dan teman-temannya telah menubuhkan Institut Berakan, sebuah sekolah tajnid yang menawarkan pendidikan kepada anak-anak remaja di pinggir bandar Kuala Terengganu. Pusat kaderisasi dakwah itu akhirnya dirobohkan oleh regim BN pada tahun 1991. Beliau dan teman-temannya dengan pantas mendirikan semula wadah pendidikan ummah ini, kini kompleks MTT Tok Jiring yang bersebelahan dengan kediamannya adalah salah satu mercu tanda pendidikan Islam di Terengganu.

Almarhum menjadi pemimpin PMUKM semasa mencicip ilmu di kampus Bangi itu, bergraduat dengan Ijazah Kepujian Kelas Pertama dalam bidang Pengajian Islam. Pernah juga bermukim ilmu di Universiti Islam di Sudan dalam bidang Bahasa Arab (1995-1996) dan juga sebuah Universiti di Amerika Syarikat dalam Bahasa Inggeris pada tahun 1987 sehingga 1988kegigihannya menuntut ilmu tidak pernah berhenti, termasuk mengarang banyak kertas kerja pembinaan jamaah dan juga buku-buku untuk mencerahkan ahli tentang tasawwur perjuangan Islam.

Beliau menyertai PAS dalam tahun 1981, seterusnya bertanding dalam PRU 1982 dan memenangi DUN Jeram. Ikon anak muda Malaysia ini, yang juga ketua Pemuda Pas Terengganu itu ditahan di khemah politik ISA, mendekam di Kamunting selama dua tahun pada tahun 1984. Sekali lagi namanya mencuat untuk ditahan dalam operasi Lalang pada tahun 1987. Almarhum menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang ke 13, mengasaskan banyak institusi semasa membahterai pemuda termasuk Jabatan Pelajar, PASTI, JKS, SRIP dan pelbagai lagi.

Ustaz menang kali kedua dalam PRU tahun 1999 di DUN Batu Rakit, seterusnya dilantik sebagai Exco Kerajaan Terengganu dan memegang Potfolio Pertanian. Beliau tak kering idea, bak sumur jernih yang sentiasa mengalir, mendamaikan sukma. Saya teringat almarhum menemankan saya makan tengahari usai,program Seminar Gejala Sosial di MTT Tok Jiring, anjuran Itqanul Muluk, sebuah badan pemikir yang almarhum sendiri asaskan. Lontaran idea beliau untuk menjadikan parti Islam sebagai wadah intelektual ummah,membaca unjuran strategik perjuangan Islam di negara ini seolah-olah beliau masih memimpin Dewan Pemuda Pusat. Usia 64 tahun bukanlah alasan untuk bermalasan dan memberikan alasan, itulah kekanda saya, ustaz ABC. Saya tertampar malu jika berada bersamanya, dalam apa jua kondisi, tak mampu menandingi semangat juang yang tersepuh puluhan tahun.

Ustaz Abu Bakar Chik adalah antara pengasas Maahad Darul Quran Rusila pada tahun 1985, bersama Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Harun Taib, Ustaz Awang Nasruddin Abj Bakar, Ustaz Hussein Awang dan menjadi sebuah sekolah kader terbesar PAS. Beliau juga terlibat mengasaskan Darul Taqwa kuala Nerus, sekolah rendah Islam di bawah Dewan Ulama Terengganu. Kecintaan almarhum kepada dunia pendidikan menyebabkan jamaah memberikan amanah beberapa penggal kepadanya untuk mempengerusikan Lujnah Pendidikan PAS Pusat.

Almarhum begitu sinonim dengan demonstrasi kebangkitan rakyat, bermandi tembakan air kimia FRU dan disiram gas pemedih mata, beliau tak lelah menyemangati anak -anak muda, bahkan program terakhirnya ialah bersama ARC, sebelum menghembuskan nafas terakhir iaitu bersama anak muda Islam di Selangor. Generasi pemuda PAS di era beliau ialah yang paling cemerlang , menjuarai isu ummah, menjadi pendesak yang berkesan, mencetak kader-kader dakwah PAS dalam dan luar negara, membina jaringan sivil sebagai jambatan PAS dengan masyarakat serta meletakkan pendidikan sebagai tunjang utama gerakan.

Terlalu banyak yang perlu saya coretkan untuk sosok pejuang yang merupakan murabbi, kekanda, teman baik saya ini, namun saya mengejar masa untuk menziarahi jenazah almarhum di Terengganu. Sejujurnya , Dato Abu Bakar adalah sumber inspirasi yang tak pernah malap, sehingga kami generasi pemuda Islam dekad 90an, menggelarkannya secara diam "alfatihah",kerana almarhum pantang berkumpul lebih tiga orang, akan terus membuka majlis dengan ummul kitab. Maknanya kami akan terus bermesyuarat untuk merancang pelbagai program jamaah Islam tercinta ini. Alfatihah buat maestro perjuangan , kami akan terus menyambung legasi perjuangan Islam ini sehingga nafas terakhir.

Mayat Arwah Dato Abu Bakar Chik

Posted: 22 Jun 2014 06:56 PM PDT



Mengikut sahabat yang sudah melawat. Wajah arwah kelihatan putih dan jernih.

Semoga allah tempatkan beliau dalam golongan yang beriman.

Keadaan Kereta Allahyarham Dato Ustaz Abu Bakar Chik

Posted: 22 Jun 2014 04:03 PM PDT





Innalillahwainnailaihirojiun...

Dukacita dimaklumkan murabbi Ustaz Abu Bakar Bin Chik telah meninggal dunia akibat terlibat dengan kemalangan di lebuhraya dekat bukit besi ke ajil pagi ini, dan disahkan meninggal di hospital kuala berang.

Al-fatihah

Tiada ulasan: