DUNIACACAMARBA |
- JAIS Serbu Perkahwinan Libatkan Pengantin Islam dan Bukan Islam
- Polis Mungkin Dakwa Ibu Mangsa Kanak-Kanak Dipenggal Kepala
- Duit Misteri Tersembunyi Jadi Kegilaan, Mula Tersebar di Seluruh Dunia
- Cicak Tokek 'Anak Ketiga' Pasangan Indonesia
JAIS Serbu Perkahwinan Libatkan Pengantin Islam dan Bukan Islam Posted: 01 Jun 2014 07:01 AM PDT [HM] Petaling Jaya – Majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu tergendala apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa membabitkan seorang pengantin wanita yang beragama Islam, di sini, pagi tadi. Tinjauan wartawan Harian Metro ke lokasi majlis di Jalan SS 1/25 pada jam 10.30 pagi tadi mendapati kira-kira 50 tetamu sudah tiba di majlis berkenaan sebelum empat pegawai penguatkuasa JAIS tiba untuk melakukan siasatan. Bagaimanapun, keadaan di lokasi terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan tetamu yang hadir memberikan kerjasama kepada pegawai JAIS di samping kawalan ketat kira-kira 10 pegawai dan anggota polis di luar kawasan majlis tersebut. Menurut sumber, perkahwinan antara lelaki beragama Hindu dan pasangannya yang dipercayai beragama Islam dijangka dilangsungkan pada 10.30 pagi dan ia terpaksa dibatalkan selepas pihak berkuasa mendapat aduan bahawa perkahwinan tersebut melanggar undang-undang. "Pihak berkuasa menerima maklumat daripada orang awam bahawa ia (perkahwinan) akan dilangsungkan pada hari ini dan hasil siasatan mendapati maklumat itu tepat dan serbuan telah dijalankan," kata sumber. – Mohamad Azim Fitri Abd Aziz/1/6/14
| ||
Polis Mungkin Dakwa Ibu Mangsa Kanak-Kanak Dipenggal Kepala Posted: 01 Jun 2014 06:50 AM PDT [Mstar] KUALA LUMPUR – Polis sedang melihat kemungkinan akan mendakwa ibu kepada Siti Soffea Emelda Abdullah kerana cuai sehingga mengakibatkan kanak-kanak berusia dua tahun itu dibunuh dengan kejam. Sumber daripada pasukan penyiasatan berkata, mereka mendapati wujud kenyataan bercanggah daripada ibu kanak-kanak malang itu, Siti Salmy Suib, 32, yang mendakwa dia meninggalkan anaknya itu kepada rakannya kerana mahu ke tandas di pusat membeli-belah Kota Raya pada pukul 3 petang. Apabila dia keluar dari tandas lima minit kemudian, Siti Salmy mendakwa anak perempuannya itu tiada bersama rakan-rakannya dan mula mencari anaknya itu. Dia turut mendakwa hanya mengetahui apa yang berlaku selepas polis menghubunginya pada malam kejadian. "Bagaimanapun apabila kami memeriksa rakaman CCTV, kanak-kanak perempuan itu dilihat bermain sendirian apabila suspek melarikan mangsa. "Tidak ada kawan-kawannya disekeliling. Mungkin ada, tapi mereka tidak ada di situ ketika kanak-kanak itu dilarikan. "Kami sedang melihat kembali kenyataan dia, mungkin dia cuba menyembunyikan sesuatu untuk lindungi dirinya," kata sumber itu. Tambah sumber itu lagi, rakaman CCTV menunjukkan seorang pengawal keselamatan sedang memerhatikan suspek membawa pergi Siti Soffea namun tidak mengambil apa-apa tindakan. Kata sumber berkenaan, menurut hasil rakaman percakapan pengawal keselamatan itu, dia memberitahu bahawa kerap kali melihat kanak-kanak itu dijaga oleh beberapa orang yang berbeza kerana Siti Soffea dan ibunya selalu berada di tempat berkenaan. "Kami mungkin boleh mengaitkan ibu mangsa kerana cuai apabila kertas siasatan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP)," kata sumber itu. Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata, polis masih menyiasat motif di sebalik kes pembunuhan kejam itu yang berakhir apabila suspek ditemui mati lemas. Sebelum ini mayat Siti Soffea ditemui dalam keadaan kepalanya terpisah daripada badan berhampiran stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Jalan Tun Sambanthan kira-kira pukul 9 malam. Polis turut menemui serpihan seramik yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa di tempat kejadian. Media sebelum ini melaporkan saksi melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak tersebut di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan sesuatu pada leher mangsa. – 1/6/14 | ||
Duit Misteri Tersembunyi Jadi Kegilaan, Mula Tersebar di Seluruh Dunia Posted: 01 Jun 2014 06:36 AM PDT [Mstar] WANG tunai yang tersembunyi di dalam sampul surat coklat pernah diperkatakan tetapi telah berubah dengan adanya Twitter. Seorang ahli perniagaan misteri telah mencetuskan kegilaan dengan menyembunyikan wang kertas £50 di bandar-bandar di seluruh Britain dan mendedahkan lokasinya di laman rangkaian sosial. Dalam masa kurang dari seminggu, eksperimen sosial 'anonymous' itu telah mendapat lebih dari 40,000 pengikut yang kebanyakannya tidak sabar menunggu penghantaran seterusnya. Dermawan misteri itu memberitahu Daily Telegraph bakal membuat penghantaran khas ke London esok, tetapi dengan bungkusan yang mengandungi wang tunai sehingga £200, menjadikan pemburuan wang tunai misteri itu semakin digilai. "Saya telah pun mempunyai beberapa perniagaan di e-dagang yang berjalan begitu baik untuk diri saya," katanya. "Saya mencapai tahap di mana ada begitu banyak barangan yang boleh saya beli dengan wang...saya mendapat lebih berbanding saya sendiri membelanjakan £50 untuk diri sendiri," katanya. "Saya perlu pergi ke luar negara tetapi saya telah menggesa sekumpulan orang untuk memastikan ia terus dijalankan. Ia akan menjadi lebih kerap, tetapi saya tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk menghentikannya. "Tidak ada had tentang berapa banyak yang saya akan berikan. Selagi ada minat, saya akan terus melakukannya." Beliau menambah, beliau yakin George Groves akan memenangi perlawanan tinju malam ini menentang Carl Froch, tetapi akan menyembunyikan wang £200 itu di ibu negara jika dia tewas. Dan dia memberitahu Mail Online bahawa beliau berharap projek itu akan berpanjangan. Kegilaan ini bermula di Amerika Syarikat dan mencetuskan adegan penuh kegilaan di Los Angeles pada malam Khamis apabila beratus-ratus orang menggeledah seluruh taman dan perhentian bas dan menyebabkan huru-hara lalu lintas. Ia kemudian telah merebak di seluruh dunia termasuklah di Nigeria, India, Hong Kong dan Belanda. Sampul surat pertama di Britain telah disembunyikan di luar muzium bandar di Leeds pada Rabu dan ditemui kurang dari satu jam kemudian oleh juruelektrik Harry monichan. Kemudian ia ditemui di Manchester pada hari Khamis, Sheffield pada Jumaat dan lokasi di tepi pantai di Brighton Sabtu. Tindakan itu yang mendapat perhatian media membolehkan krew berita tempatan berjaya merakamkan saat-saat sampul surat di Brighton itu ditemui di dalam sebuah bot lama. Guru Sains Sophie Morris, 26, berkata dia berasa bosan dan melihat Facebook di telefonnya apabila dia menyedari sampul surat berada di satu sudut. Bayangan lokasi wang misteri yang diberikan di akaun Twitter @hiddencash_UK Mereka yang menjumpai wang diminta menghantar tweet gambar ke Akaun @HiddenCash_UK dengan hashtag #payitforward. Ada yang sudah mendermakan wang tersembunyi mereka untuk badan amal. Pengasas kegilaan ini di AS, yang telah mengumpulkan 400,000 pengikut Twitter, terpaksa mengeluarkan suatu notis keselamatan dalam kebimbangan terhadap perebutan itu. "Sila berjalan dan memandu dengan selamat. Seorang wanita muda berlari di hadapan kereta saya beberapa hari lalu. Saya akan melakukan yang terbaik untuk memilih lokasi yang selamat, tetapi sila gunakan akal dan berhati-hati," penderma menulis. "Sila hormati diri mereka dan tempat-tempat tertentu yang menjadi lokasi perniagaan di sekitarnya. Berbuat baik dan bergembira antara satu sama lain, kerana itulah tujuan ia dilakukan.' Tetapi penderma yang tidak diketahui ini juga menulis bahawa dia 'tidak mempunyai rancangan untuk menghentikannya' dan mahu 'terus memperluaskannya dan menjadikannya lebih baik'. Penderma itu menambah: "Idea yang lebih besar hanya dengan memberi semula, dari segi kewangan dan rasa seronok untuk berkongsi dengan masyarakat yang telah menjadikan saya kaya-raya." -1/6/14 | ||
Cicak Tokek 'Anak Ketiga' Pasangan Indonesia Posted: 01 Jun 2014 06:32 AM PDT [Mstar] KUPANG: Seorang wanita dari Kampung Oemolo di Nusa Tenggara Timur, Indonesia mengemparkan penduduk perkampungan itu apabila melahirkan cicak tokek atau gecko pada Jumaat. Nelci Nubatonis dilapor melahirkan haiwan itu pada awal pagi di rumahnya di daerah ini. Cicak tokek itu adalah 'anak ketiga' pasangan Nelci dan Wempi Loasana itu. Sumber memberitahu, proses bersalin Nelci dibantu seorang bidan dari Pusat Kesihatan Oenuntono, Josephine Lydia Hellen Wadu. Katanya, Nelci terpaksa bersalin di rumah sendiri kerana lokasi kediamannya yang jauh dari pusat kesihatan. "Untuk ke klinik, Nelci perlu melalui perjalanan selama empat jam," katanya yang memberitahu kandungan Nelci baru berusia lapan bulan. Katanya, kira-kira pukul 5.30 pagi, Nelci mengalami kesakitan dan dibantu untuk bersalin. "Kami terkejut kerana tiba-tiba yang keluar bukannya bayi tetapi cicak tokek," katanya. Sementara itu, Josephine yang tidak pernah berdepan pengalaman seperti itu berkata, dia terkejut melihat haiwan itu keluar dari rahim Nelci. Beliau kemudian membawa cicak tokek itu ke pusat kesihatan tempatan untuk diperiksa. "Kami tidak bertanya kepada Nelci mengapa keadaan sebegitu berlaku, namun dari apa yang dikatakan penduduk setempat mungkin wanita itu pernah bertapa beberapa lama," katanya. -1//6/14 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan