Ahad, 8 Jun 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Najib Perlu Tangkap Segera Pemimpin ISMA...

Posted: 08 Jun 2014 06:39 AM PDT

shahbudindotcom


Walaupun pernah dikritik oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad agar berdiam diri dan menyimpan saja segala pandangannya, para pemimpin Ikatan Muslimin Malaysia atau Isma terus juga mengeluarkan suaranya yang ekstrem, melampau dan kadangkala tidak masuk akal mengenai isu-isu politik negara ini.

Tetapi tidak seperti Perkasa yang jelas hala tujunya untuk memperjuangkan kepentingan Melayu dan hak Bumiputera dan pemimpinnya juga dikenali ramai, sebaliknya Isma ini bukan saja tidak begitu dikenali latar belakang pemimpinnya, malah apa inti perjuangannya pun tidak jelas.

Jika mengikut namanya, ia seperti memperjuangkan hal-hal berkaitan Islam dan umat Islam tetapi serangannya yang keterlaluan kepada bangsa dan kaum lain secara semberono kadangkala bertentangan dengan nilai-nilai Islam itu sendiri. Islam tentunya tidak pernah mengajar seperti apa yang dilakukan oleh Isma ini.

Dalam mereka mengkritik bangsa lain dan pemimpin pembangkang, kadangkala juga diragui jika Isma ini ditaja oleh UMNO atau Perdana Menteri kerana dalam banyak kenyataan yang dikeluarkannya jelas sekali tidak menguntungkan UMNO dan menjarakkan lagi sokongan bukan Melayu terhadap kerajaan dan juga Najib Razak.

Dan kalau pula kenyataan demi kenyataan yang kontroversi itu dikeluarkan semata-mata untuk menarik perhatian Putrajaya, memperolehi nama, beroleh imbuhan atau jawatan, namun sehingga ini tidak pula kelihatan ada pemimpin UMNO dan kerajaan yang memberi layanan karpet merah kepada Isma dan para pemimpinnya.

Jadi, apa tujuan pemimpin Isma ini melalak tidak henti-henti mengenai Cina dan bukan Melayu serta menyerang secara melampau pemimpin-pemimpin parti bukan Melayu?

Di antara kenyataan Isma yang agak kontroversi sebelum ini ialah apabila membangkitkan soal kedatangan kaum Cina ke negara ini sebagai penceroboh sehingga membangkitkan kemarahan banyak pihak, malah beberapa laporan polis atas dakwaan menghasut juga turut dibuat.

Isma juga pernah menyarankan agar hukum hudud, jika mahu dilaksanakan, haruslah juga merangkumi orang Islam dan juga bukan Islam.

Selain bekas Perdana Menteri, Mahathir yang meminta Isma agar diam dan berhenti daripada membuat bising, seorang pemimpin MIC, Vell Pari pula menyifatkan Isma sebagai NGO yang menghidap penyakit kelamin dan badut yang langsung tidak menghiburkan.

Semalam pula, Isma sekali lagi mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan menuduh Lim Kit Siang mahu menghapuskan bangsa Melayu, bahasa Melayu serta kebudayaan Melayu melalui perjuangan politiknya.

Memang kenyataan itu amat kontroversi dan boleh menaikkan semangat. Jika Perdana Menteri seorang yang tidak cukup matang dan mudah terbuai, barangkali mahu saja menganugerahkan jawatan Senator kepada penuturnya dengan segera.

Tetapi, sesiapa pun yang normal lebih cenderung untuk tergelak kecil dengan salakan terbaru ini, berbanding terperanjat atau membenci Lim Kit Siang. Dalam masa yang sama, mungkin ramai pula yang bertanya, apa sebenarnya dimahukan oleh pemimpin Isma ini daripada kerajaan?

Kedudukan Melayu dan hal-hal berkaitan dengannya bukan saja dilindungi oleh perlembagaan dan dibentengi Raja-Raja Melayu, malah parti politik yang berteraskan Melayu pun masih wujud dan gagah dalam mempertahankan perkara itu. Apakah Isma fikir UMNO sudah tidak memperjuangkah Melayu lagi? Malah Pas yang memperjuangkan Islam pun tentunya juga akan bangkit dan menyingsing lengan kiranya bangsa Melayu atau bahasa Melayu mahu dihapuskan oleh Lim Kit Siang atau mana-mana pihak yang lain.

Kenyataan Isma ini bukan saja tidak masuk akal dan melampau, malah oleh kerana ia dilihat seperti mahu mempertahankan Najib dan kerajaan, serangan seumpama itu itu sebenarnya langsung tidak membantu Najib dan kerajaan untuk memupuk perpaduan dan memenangi pilihanraya akan datang. Malah ia mencemar nama Perdana Menteri, UMNO dan kerajaan.

Lagi kerap Isma bercakap mengarut dan tidak logik seperti ini, lagi payah Najib dan kerajaan mahu mengharapkan sokongan komuniti bukan Melayu. Isma dengan karektor dan perangainya sekarang adalah pembawa masalah besar kepada UMNO, BN, kerajaan serta juga Najib dalam konteks untuk mendapat keputusan yang lebih baik dalam pilihanraya akan datang kerana setiap kali bercakap, ianya sentiasa menjarakkan lagi hubungan kerajaan dengan bukan Melayu.

Sebagai sebuah negara merdeka yang memang sudah termaktub kewujudan Melayu, Cina dan India sebagai tiga kaum utamanya, mewujudkan persamaan dan saling memahami adalah lebih berfaedah daripada menimbulkan syak wasangka dan kebencian yang berterusan. Terimalah hakikat bahawa kewujudan tiga kaum utama ini tidak mungkin dipisahkan jika inginkan keharmonian.

Dalam hal ini, satu-satunya cara untuk membuat Isma diam dan tidak lagi mengarut ialah dengan kerajaan segera menangkap para pemimpinnya yang selama ini silih berganti mengeluarkan kenyataan kontroversi dan tidak berfaedah kepada negara. Kenyataan demi kenyataan mereka jelas boleh disabitkan dengan kesalahan menghasut dan menjejaskan keharmonian.

Dengan menahan dan menyumbat pemimpin Isma ini ke penjara, bukan saja mulut mereka dapat ditutup, malahan dapat membuktikan bahawa Najib, UMNO dan kerajaan tiada kaitan langsung dengan NGO itu. Dengan itu, keharmonian akan dapat dicari jalannnya dan peluang untuk mendapat keputusan lebih baik dalam pilihanraya akan datang juga turut menjadi lebih terbuka.

Berbanding dengan membiarkan Isma terus bercakap, selain merugikan UMNO dan juga kerajaan, malahan suara mereka juga lebih banyak memberi keuntungan secara tidak langsung kepada pembangkang yang diserangnya itu.

Oleh itu, Najib tidak harus berlengah lagi dalam bertindak terhadap Isma ini. Melayu pun lebih ramai benci berbanding suka dengan cara dan pendekatan NGO itu.

Pantai Redang dinaik taraf tampung kebanjiran pelancong luar

Posted: 08 Jun 2014 06:31 AM PDT

Oleh : NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Kesegaran hasil laut, aktiviti nelayan dan panorama pantainya menjadikan Pantai Redang di Sekinchan semakin terkenal sebagai salah satu destinasi menarik di negara ini untuk dikunjungi.

Hal ini dapat dilihat apabila kawasan pantai itu semakin sesak dengan kehadiran kenderaan pelancong luar baik kenderaan persendirian mahu pun bas-bas persiaran.

SekinchanAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Sue Lim berkata, justeru itu kemudahan infrastruktur di kawasan tarikan pelancongan terlibat akan dinaikkan taraf.

"Dalam masa terdekat kami akan membina beberapa buah tandas untuk kemudahan orang ramai dan juga kawasan pakir memandangkan kawasan ini begitu sesak setiap hujung minggu.

"Kami turut mengkaji membina parkir khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) dan bas kerana banyak bas rombongan pelancong luar datang ke sini," kata Sue Lim dalam satu kenyataan kepada Selangor Kini di sini, hari ini.

Jelas beliau projek terbabit akan dijalankan oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

Kata Sue Lim lagi, aspek kebersihan turut ditingkatkan dengan menambah bilangan tong sampah dan memasang beberapa papan tanda peringatan menjaga kebersihan.

10371418_10152191875757621_5822210850544311376_nMenyentuh perkembangan pesat industri pelancongan di Sekinchan, Sue Lim menjelaskan kejayaan ini diperolehi dari hasil kerjasama dan promosi berterusan oleh Pejabat ADUN Sekinchan, MDSB dan Tourism Selangor.

"Selain dari promosi dari Sekinchan penggambaran filem dari syarikat produksi terkenal luar negara yang diadakan sebelum ini juga membantu menaikkan nama Sekinchan.

"Sekira ada mana-mana pihak ingin mengadakan penggambaran boleh berhubung dengan kami," kata Sue Lim lagi.

Katanya lagi, pihak beliau sentiasa peka dalam membelanjakan peruntukan Kerajaan Negeri dengan memastikan setiap projek yang dibangunkan memberi manfaat kepada masyarakat Sekinchan dari segi ekonomi dan kemudahan lain.EZY

Cukai tambahan penjawat awam tampung kerugian RM3.1 bilion

Posted: 08 Jun 2014 06:26 AM PDT

Oleh: Lyn Nasir


KUALA LUMPUR : Tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan Arahan CP38 (potongan cukai tambahan secara ansuran) terhadap penjawat awam hanya bertujuan menampung kerugian kerajaan sebanyak RM 3.1 bilion.

Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, jumlah itu merupakan pengecualian cukai oleh kerajaan terhadap syarikat berstatus Tun Razak Exchange (TRX).

abdullahsani400px

"Kerajaan dah rugi RM3.1 bilion daripada pengecualian cukai tersebut.

"Jadi apa yang kerajaan cuba lakukan adalah mengutip balik cukai itu daripada penjawat awam dengan mengenakan potongan cukai tambahan secara ansuran pula. Pastinya ini menambahkan bebanan kepada rakyat," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menggesa kerajaan meneliti semula perlaksanaan cukai korporat termasuk pengecualian cukai kepada syarikat–syarikat berstatus TRX.

Ini kerana keputusan memberikan pengecualian 100 peratus cukai pendapatan kepada bank-bank yang berpindah ke TRX dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah disifatkan tidak rasional.

Pengecualian tersebut mengakibatkan negara kehilangan sumber pendapatan kira–kira RM 3.1 bilion sekiranya tiga bank tempatan iaitu CIMB, Maybank dan RHB berpindah ke TRX.

Pada 3 Jun lalu, LHDN berkata pemotongan cukai tambahan kepada penjawat awam bertujuan melunaskan tunggakan cukai sedia ada dan arahan tersebut akan dikenakan kepada 156,158 pembayar cukai individu melibatkan amaun tunggakan cukai berjumlah hampir RM418 juta.

Abdullah, yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat berkata, kerajaan cuba melindungi kroni sendiri dengan membebankan rakyat berpendapatan rendah bagi menampung kerugian yang ditanggung mereka.

"Kaedah Pemotongan Cukai Berjadual (PCB) sedia ada cukup memberi tekanan kewangan kepada kumpulan pekerja hampir 1.4 juta orang.

"Cukai yang dah dikenakan sebelum ini dah jadi bebanan kepada mereka, apatah lagi dengan cukai GST yang akan dilaksanakan nanti. Pakatan Rakyat menentang setiap perlaksanaan yang membebankan rakyat sebab itu bukan matlamat kita," ujarnya.

Jangan tonton bola sampai lesu

Posted: 08 Jun 2014 06:23 AM PDT

Azih Muda  
Azih Muda
 

KUALA LUMPUR - Cuepacs yang bimbang dengan demam Piala Dunia yang melanda negara empat tahun sekali, menasihatkan penjawat awam supaya memastikan mereka tetap segar dan cergas bekerja, walaupun akan menonton siaran langsung perlawanan bola sepak itu waktu dinihari.

Presiden Cuepacs, Azih Muda berkata penjawat awam yang mahu menonton perlawanan siaran langsung yang akan disiarkan selepas jam 3 pagi, seharusnya memilih tidur malam lebih awal.

Piala Dunia Fifa 2014 akan berlangsung di Brazil dengan perlawanan pertama pada 12 Jun antara Brazil dan Croatia pada 5 petang (4 pagi/13 Jun di Malaysia) dan perlawanan akhir akan berlangsung pada 13 Julai jam 4 petang (3 pagi/14 Julai di Malaysia). Kebanyakan perlawanan akan bermula pada jam 3 pagi atau 6 pagi waktu Malaysia.

Azih menasihatkan penjawat awam supaya tidur awal pada sebelah malam bagi memastikan tempoh tidur mereka mencukupi untuk sesuatu hari itu.

Beliau berkata, umat Islam akan mula berpuasa bulan Ramadan pada akhir Jun ketika berlangsungnya kejohanan Piala Dunia itu.

"Lazimnya kita mudah lesu semasa bulan puasa, ditambah dengan perlu bangun awal untuk bersahur, inikan pula akan berjaga pada waktu malam, ini akan membuatkan seseorang itu mudah keletihan," katanya.

Azih berkata adalah penting bagi penjawat awam mengelak daripada menerima rungutan pelanggan.

"Tugas kita sebagai penjawat awam ialah memberikan perkhidmatan terbaik dan memastikan produktiviti kita pada tahap maksimum," katanya. - Bernama

Kenapa jemput Naqsyabandiah?

Posted: 08 Jun 2014 06:13 AM PDT


Laporan Sinar Harian semalam. Laporan Sinar Harian semalam.


KENAPA JEMPUT, itulah yang menjadi persoalan berhubung program Gema Zikir & Qasidah yang menjemput Shaykh Muhammad Hisham Kabbani yang berkait rapat dengan tarekat Naqsyabandiah.

Banyak pihak seolah-olah tidak mengambil berat sehingga seorang pemimpin kepada tarekat telah difatwakan sesat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2000 dijemput ke program keagamaan di negara ini.

Bagaimanapun tindakan drastik yang dibuat Kolej Universiti Insaniah (Kuin) harus dipuji apabila menarik balik kelulusan membenarkan Dewan Besar Sultan Abdul Halim di kolej itu untuk digunakan program itu.

Rektornya, Prof Datuk Dr Mohd Yusof Kasim membuat keputusan berkenaan selepas merujuk Jabatan Mufti Negeri Kedah, bahwa ajaran tarekat Naqsyabandiah, disahkan sesat.

Walaupun penganjur sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hanya menyewa dewan Kuin, bagi mengelakkan lumpur terpalit kepada mereka, mereka bertindak pantas dan tepat.

Lebih mengejutkan,sumber yang rapat dengan penganjur memberitahu Sinar Harian, bahawa mereka tidak menyedari langsung dengan dakwaan yang mengaitkan tokoh itu terlibat dengan ajaran tarekat Naqsyabandiah.

"Penganjur menjelaskan tidak mengetahui status pemimpin itu sama ada terlibat dengan mana-mana tarekat yang difatwakan sebagai ajaran sesat," katanya.

Dia berkata, mereka tidak menyedari langsung perkara itu kerana tokoh itu hanya dijemput untuk menjayakan program Gema Zikir & Qasidah pada 13 Jun ini.

Sehubungan itu, penganjur akan memohon penjelasan daripada Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad mengenai status tokoh terbabit sebelum membuat keputusan sama ada program itu wajar diteruskan atau sebaliknya.

"Penganjur akan berjumpa dengan mufti dalam masa terdekat untuk mendapat pencerahan sebenar mengenai tokoh itu untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan masalah berbangkit," katanya.

Lebih mengejutkan juga semalam, apabila Sinar Harian melaporkan program Majlis Gema Zikir & Qasidah bersama Shaykh Muhammad Hisham adalah dalam pengetahuan kerajaan negeri apabila salah seorang penganjur memuatnaik status Facebook dan gambar bersama Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid dalam pertemuan mereka di Wisma Darul Aman pada 25 Mei lalu.

Apa sebenarnya semua ini? Satu lagi menjadi persoalan yang harus dijawab.

Sebelum ini, Syeikh Muhamad Baderudin turut melahirkan rasa kesal apabila wujud usaha pihak tertentu cuba menyebarkan ajaran sesat di negeri ini, dengan menjemput pemimpin tarekat yang disahkan membawa fahaman salah.

"Terlalu banyak perkara yang menyeleweng dalam tarekat itu. Umat Islam perlu akur dan patuh pada ketetapan yang dibuat Majlis Fatwa, kerana ia telah dibuat kajian dengan menyeluruh," katanya.

Sementara itu, Jumaat lalu, Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kedah, Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi juga mendesak pihak berkuasa berpendirian tegas dalam mencegah kemungkaran termasuk menyekat penularan ajaran sesat ke negara ini, dengan apa cara sekalipun.

Katanya, mana-mana individu yang dikenal pasti sebagai pengikut atau penyebar ajaran sesat perlu dihalang memasuki negara ini.

"Shaykh Muhammad Hisham Kabbani diketahui umum sebagai pengikut atau orang kanan kepada Syeikh Nazim Al-Haqqani, yang mengamalkan ajaran tarekat sesat," katanya.

Sehubungan itu, umat Islam tidak perlu hadir mana-mana program anjuran pengikut ajaran itu kerana dibimbangi boleh mengelirukan akidah umat Islam.

Pas bantah usaha cemarkan institusi diraja

Posted: 08 Jun 2014 06:07 AM PDT


"Saya orangnya jenis "cool",  saya kena berbincang dengan peguam dan benda ini bukan benda perlu melatah apa-apa. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO "Saya orangnya jenis "cool", saya kena berbincang dengan peguam dan benda ini bukan benda perlu melatah apa-apa. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO


KUALA LUMPUR - Pas menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk mengheret institusi diraja dalam urusan pentadbiran negeri Johor.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu mendakwa tindakan tersebut hanya akan mencemarkan institusi diraja dan status raja berperlembagaan di negara ini.

"Pas tentang usaha untuk meminda akta berkaitan hal tanah, perumahan dan hartanah di Johor.

"Kami terus menyokong kerajaan berperlembagaan and sebarang usaha mengheret institusi raja dalam ekskutif akan mencemarkan kerajaan berperlembagaan kita sendiri," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Pas, di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Negeri Johor berhasrat untuk membentangkan rang undang-undang menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Isnin depan walaupun mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, enakmen baharu itu dilihat tidak melanggar konsep raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini kerana akan dibacakan bersama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.

Mengulas lanjut, Mohamad menambah, pihaknya bertegas akan menentang sebarang rang undang-undang yang boleh merendahkan martabat raja berperlembagaan.

"Sekarang isu tanah di bawah kuasa eksekutif boleh dikritik, diperbaiki dan hentam oleh pembangkang dan itu perlu dikekalkan," katanya.

Sementara itu, AJK Pas Pusat, Mazlan Aliman berkata, satu mesyuarat khas antara parti komponen PR akan dilakukan hari ini menyatakan pendirian bersama sebelum rang undang-undang itu dibentangkan esok.

"Pagi esok, wakil Pas dalam Dun, Amirul Hasan turut ambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang tersebut," katanya.

Kes buli paksa bogel pelajar UPM selesai

Posted: 08 Jun 2014 06:03 AM PDT


Laporan berita disiarkan sebuah blog mengenai tujuh pelajar junior UPM yang mendakwa mereka dipaksa melakukan perkara tidak senonoh oleh pelajar senior Khamis lalu. Laporan berita disiarkan sebuah blog mengenai tujuh pelajar junior UPM yang mendakwa mereka dipaksa melakukan perkara tidak senonoh oleh pelajar senior Khamis lalu.


SERDANG – Kes buli membabitkan 10 pelajar senior dan tujuh pelajar junior Universiti Putra Malaysia (UPM) Khamis lalu dianggap selesai selepas kedua-dua pihak bertemu dan memohon maaf atas kesalahan dilakukan.

Difahamkan, pelajar junior berkenaan membuat laporan di Balai Polis Serdang  mendakwa mereka dipaksa berbogel dan menghisap rokok jika tidak mahu diapa-apakan.

Insiden itu dilapor turut dirakam pelajar senior menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, kesemua pelajar yang terbabit sudah berbincang dan bersetuju memaafkan satu sama lain.

Ibu bapa pelajar juga sudah dipanggil dan dijelaskan mengenai apa yang berlaku. Satu perjumpaan lagi akan diadakan hari ini antara Persatuan Hindu UPM dengan ibu bapa pelajar terlibat.

Beliau menafikan wujud kejadian 'ragging' memaksa pelajar junior berbogel dan menghisap rokok.

Ketika mengulas kejadian itu, beliau turut menafikan pembabitan pelajar wanita dalam insiden yang didakwa sengaja menjatuhkan maruah mangsa.

Menurutnya, pelajar senior yang terbabit dalam kejadian itu diberi surat amaran kerana melanggar peraturan ditetapkan universiti.

UPM membuat ketetapan tidak membenarkan mana-mana pelajar senior untuk dekati pelajar junior sebagai  langkah pencegahan mengelak kes seperti itu berlaku.

Mohammad Shatar berkata, pihaknya memberi jaminan perkara itu tidak akan berlaku di bawah pengawasan pihaknya.

"Jika ada terima laporan, perkara itu akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib, tindakan kemudian diambil mengikut prosedur," katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa akan bersidang, menilai dan menyiasat kes, jika ada bukti kesemua pihak akan dipanggil.

Tindakan diambil bergantung kepada keadaan dan maklumat diperoleh, pelajar yang lakukan kesalahan mungkin diberi surat peringatan, amaran, digantung atau dibuang terus daripada universiti.

"Namun dalam kes ini kedua-dua pihak dah selesaikan di peringkat awal, mangsa tidak membuat aduan kepada pihak universiti malah mangsa juga memberitahu apa yang dilapor dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil itu banyak yang tidak benar," katanya.

Laporan terperinci mengenai kejadian itu jelasnya sudah diserahkan kepada kementerian untuk tindakan selanjutnya.

"UPM tidak terima laporan daripada mangsa sebelum ini, hanya tahu mengenainya daripada pihak luar dan berdasarkan laporan polis dibuat tapi kita sudah temui semua yang terlibat untuk dapat gambaran jelas mengenainya," katanya.

Kelmarin, umum gempar apabila sebuah akhbar Tamil melaporkan tujuh pelajar UPM mendakwa mereka dibuli pelajar senior melakukan perkara tidak senonoh sehingga menjatuhkan maruah di sebuah bilik di asrama universiti itu Khamis lalu.

Pelajar itu mendakwa mereka hanya dibenar memakai seluar dalam, memegang kemaluan sambil menari mengikut rentak muzik.

Tujuh pelajar malang tersebut mendakwa trauma bertemu pelajar senior selepas turut dipaksa menghisap rokok jika tidak mahu dipengapa-apakan.

Ustaz Fendi meninggal dunia

Posted: 08 Jun 2014 05:55 AM PDT


Mohd Afendi Yusoff Mohd Afendi Yusoff


RANTAU PANJANG – Bekas Ketua Pemuda Umno Rantau Panjang, Mohd Afendi Yusoff meninggal dunia, jam 7.30 malam tadi.

Ketua Umno Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim berkata, arwah dipercayai terjatuh di bilik air sebelum disahkan meninggal dunia oleh ahli keluarga.

Menurutnya, arwah yang lebih dikenali sebagai Ustaz Fendi juga adalah bekas calon BN bagi Dun Meranti pada PRU13.

"Semua ahli Umno di sini terkejut dengan berita ini. Kami akan menziarahi jenazah sebelum dikebumikan di Taman Chempaka, Kota Bharu.

"Umno Rantau Panjang kehilangan seorang lagi tokoh Umno yang berwibawa," katanya.

Kazim: Insiden MH370 insafkan umat

Posted: 08 Jun 2014 05:41 AM PDT


Mohd Kazim Elias Al Hafiz Mohd Kazim Elias Al Hafiz


SHAH ALAM – [VIDEO] Tragedi kehilangan MH370 yang menimpa negara sejak 8 Mac lalu nyata mampu mengembalikan keinsafan dan kesedaran dalam setiap individu di seluruh dunia.

Penceramah terkenal, Mohd Kazim Elias berkata, insiden kehilangan kapal terbang tersebut dapat mendekatkan ketakwaan umat Islam terhadap ALLAH.

"Semua kapal terbang berpotensi hilang, bukan hanya pesawat dari syarikat penerbangan MAS sahaja, jadi bila insiden seperti ini berlaku, kita akan lebih ingat ALLAH.

"Dulu orang seronok naik kapal terbang, sekarang bila pesawat bergegar sikit mak cik di sebelah sibuk keluarkan surah Yasin dan baca, isteri sibuk nak ber'selfie' atas kapal terbang, suami dah cuit, tegur suruh baca Yasin," katanya.

Menurutnya lagi, syarikat penerbangan MAS perlu mengambil iktibar dan pengajaran di atas setiap insiden yang menimpa ke atas pesawat-pesawatnya.
"MAS perlu buat perubahan, tukar pakaian pramugari kepada yang lebih menutup aurat, buangkan arak di atas kapal terbang," katanya lagi.

Beliau dalam pada itu turut memuji negara Brunei yang begitu mementingkan hukum dan batas Islam dalam amalam kehidupan sehariannya.

"Baru-baru ini saya berkunjung ke Brunei, saya diberi taklimat mengenai perlaksanaan hukum hudud di sana dan saya sangat kagum kerana mereka boleh melaksanakan hukum tersebut," jelasnya.

Tambahnya lagi, Malaysia yang terkenal sebagai negara Islam yang sedang melangkah maju sepatutnya mengambil langkah untuk mencontohi negara tersebut

Utusan pasrah jika dimurkai raja

Posted: 08 Jun 2014 03:28 AM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
Utusan Malaysia menjelaskan tidak mempunyai niat serong dalam laporannya berhubung rang undang-undang kontroversi Johor dan oleh itu pasrah jika dimurkai pihak istana.
 
"Jika laporan mengenainya dimurkai, Awang pasrah. Biarlah dimurkai Raja asalkan dapat membawa suara rakyat kerana antara rakyat dan raja berpisah tiada. 
 
"Seharusnya pembesar istana berlapang dada dan responsif terhadap apa sahaja maklum balas. Itulah juga resipi menjadikan institusi Raja lebih disanjung dan disayangi rakyat," tulis Awang Selamat dalam kolumnya hari ini.
 
Awang Selamat, nama yang dipercayai digunakan oleh pengarang kanan akhbar itu, berhujah media harus memainkan peranan sebenar dan kasih sayang kepada institusi raja bererti bersama-sama melindunginya daripada terdedah kepada penghinaan dan hakisan keyakinan rakyat. 
 
Sementara itu, Awang Selamat juga berkata, mereka tidak dipanggil mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berikutan laporan di muka depannya kelmarin berhubung Rang Undang-Undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ).
 
"Keresahan orang media terhadap perkara seperti itu patut dihentikan. Sebenarnya tiada sebab dalam era moden terutama landskap media yang baharu, pembesar istana boleh sesuka hati memanggil editor atau wartawan, apatah lagi untuk dimarahi. 
 
"Itu bukan cara wajar," tulis Awang Selamat lagi.
 
Zaman telah berubah
 
Penulis pojok itu juga berkata, jika ada sebarang teguran atau mahukan penjelasan, cukup sekadar mengutuskan wakil  dan tidak sesuai bagi Sultan mencemar duli berurusan langsung dengan editor jika timbul situasi tidak menyenangkan. 
 
Katanya, amalan itu diamalkan juga pihak istana di Eropah, Jepun dan Thailand, malah kesultanan negeri lain di negara ini, kerana tidak mahu wujud salah tanggapan seolah-olah ada pihak seperti dibuli.
 
"Awang percaya Sultan Johor walaupun terkenal dengan sikap tegasnya, adalah seorang budiman dan tidak akan merendahkan nilai serta darjatnya sebagai seorang Raja. 
 
"Lebih-lebih lagi, zaman telah berubah."

Lagi kematian dalam tahanan di PP

Posted: 08 Jun 2014 03:25 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Lagi kes kematian dalam tahanan berlaku di Pulau Pinang. Kali ini, seorang pemandu lori meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam semalam.
 
Kes terbaru itu yang ketujuh berlaku pada tahun ini dan kesepuluh di 
seluruh negara.
 
Agin Raj Sunmarkkan Naidu, 29, ditahan pada 2 Jun selepas disyaki menagih dadah di kawasan perindustrian Prai, di mana ia bekerja.
 
Beliau direman empat hari di lokap polis Ba
ndar Perda sebelum 
dimasukkan ke hospital pada 5 Jun, kerana sawan.
 
Kes itu diketengahkan oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy kepada pemberita di Jabatan Forensik, Hospital Seberang Jaya, tempat bedah siasat dijalankan.

Selepas kritikan, RUU Johor akan dipinda

Posted: 08 Jun 2014 03:23 AM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
Rang undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) akan dipinda dengan memasukkan peranan sultan atas nasihat menteri besar.
 
Pengumuman berkaitan dibuat Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, kata Anggota DUN Senai Wong Shu Qi (kanan).
 
Wong berkata, pindaan itu termasuk memasukkan peruntukkan supaya anggota lembaga dilantik oleh sultan dengan nasihat menteri besar.
 
Beliau memberitahu Malaysiakini, rang undang-undang itu akan dibentangkan esok dengan pindaan.
 
Sementara itu, Utusan Online melaporkan Khaled sebagai berkata, akan berlaku pindaan khususnya melibatkan peruntukan tentang peranan raja dalam pelantikan lembaga pengarahnya.
 
"Ada fasal yang akan dipinda dengan menyatakan secara khusus peranan raja adalah atas nasihat menteri besar terutama dari segi pelantikan.
 
"Sementara itu, lain-lain fasal semuanya akan ditiadakan. Hanya itu yang akan disentuh oleh raja," beliau dipetik sebagai berkata semasa sesi penggulungan sidang DUN hari ini.

BN, Pakatan harus bersatu halang usaha jadikan Malaysia monarki mutlak

Posted: 08 Jun 2014 03:21 AM PDT


Oleh Amin Iskandar


Negara dikejutkan apabila media melaporkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan negeri apabila satu rang undang-undang baru, Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) akan dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin.

Lebih mengejutkan lagi apabila akhbar milik Umno, Utusan Malaysia mendapatkan pandangan Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari yang juga merupakan calon PKR untuk kerusi Parlimen Sabak Bernam dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu berhubung tindakan kerajaan negeri Johor itu.

Ini merupakan perkara yang jarang berlaku kerana Utusan Malaysia sendiri pernah menyerang Aziz sehingga menyebabkan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menyaman akhbar tersebut kerana didakwa memfitnahnya.

Dalam laporan itu, Aziz berkata pemberian kuasa kepada sultan untuk terlibat dalam pentadbiran negeri bertentangan dengan konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Utusan Malaysia juga menyiarkan laporan yang menentang tindakan kerajaan Johor untuk memberikan kuasa kepada Sultan Ibrahim untuk terlibat secara langsung dalam pentadbiran negeri.

Laporan Utusan Malaysia ini jelas menunjukkan Umno tidak bersetuju dengan tindakan Umno Johor untuk memberikan kuasa kepada Sultan dalam pentadbiran negeri yang berjiran dengan Singapura itu.

Tindakan Umno Johor untuk memberikan kuasa kepada Sultan Ibrahim (gambar) untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri memberikan isyarat bahawa Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden parti itu terlalu lemah sehingga berlaku tindakan membelakangkannya dalam urusan yang penting seperti ini.

Sebagai perdana menteri, Najib juga dilihat gagal untuk menunjukkan bahawa Putrajaya kuat dan perlu dirujuk sebelum negeri-negeri, apatah lagi yang diperintah oleh partinya sebelum membuat sesuatu keputusan penting.

Atau atas kelemahannya, Najib sendiri perlukan campur tangan Istana untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) terus kekal berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang?

Tindakan Najib membiarkan Umno Johor juga bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berjaya mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu semasa pemerintahannya.

Pada tahun 1983 dan 1991, Dr Mahathir yang merupakan presiden Umno melakukan pindaan Perlembangaan bagi membuang kuasa veto Raja dan imuniti mereka daripada dihukum.

Sebelum pindaan ini, setiap bil yang akan menjadi undang-undang dikehendaki mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Dengan pindaan tersebut, bil yang diluluskan oleh Parlimen akan menjadi undang-undang selepas 30 hari, tanpa mendapat persetujuan Agong.

Mengulas perkembangan terbaru ini, Dr Mahathir berkata perubahan Perlembagaan sebegini mungkin membawa kepada penghinaan kepada kerabat diraja dan kaum Melayu yang mungkin akhirnya akan melepaskan budaya dan sokongan kepada Raja-raja Melayu jika situasi ini tidak terkawal.

"Jika Perlembagaan diabaikan oleh sesiapa, ada yang akan mengikut langkahnya. Perlembagaan merupakan undang-undang asas negara ini. Apabila sesuatu perkara menjadi duluan, ia akan menjadi kebiasaan dan lantas menjadi asas untuk perubahan lain," katanya dalam tulisan blog popularnya Chedet.

Pakatan Rakyat (PR) masih belum menyatakan pendirian mereka. Ini menunjukkan mereka juga lemah seperti Najib.

Mengapa dalam isu sepenting ini PR masih belum mampu mengeluarkan kenyataan bersama? Menyokong atau menentang?

Apakah PR masih bersedih dengan kekalahan Dyana Sofya Mohd Daud di Teluk Intan sehingga tidak mampu memberikan respon?

Atau pemimpin-pemimpin utamanya terlalu sibuk di luar negara untuk menyelesaikan masalah dunia sehingga melupakan Malaysia yang sedang berdepan dengan perkara penting seperti ini?

BN dan PR perlu duduk semeja dalam isu ini bagi memastikan konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen dipertahankan.

Jika akhbar seperti Utusan Malaysia yang sudah hilang kredibilitinya selepas kalah kes saman berkali-kali di mahkamah sanggup menyiarkan pandangan Aziz dari PKR dalam isu penting seperti ini, tidak salah BN dan PR duduk bersama untuk menentang tindakan Umno Johor melakukan pindaan Perlembagaan di negeri tersebut.

Seperti yang dikatakan bekas presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim, hal ini berpotensi menjejaskan kepentingan jangka panjang rakyat di negeri itu dan warga Malaysia secara amnya.

"Selaku rakyat Johor yang berkhidmat lebih 30 tahun membangunkan ekonomi Johor menerusi JCorp, saya tidak setuju dan percaya ramai rakyat turut menentang rang undang-undang LPHJ dibentang untuk pertimbangan DUN Johor.

"Jika diberi kuasa undang-undang penuh kepada Sultan Johor mencampuri urusan pentadbiran, ia secara langsung akan mencemarkan kedudukan baginda dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia

JK Teknikal Hudud Pusat jadi tanda tanya

Posted: 08 Jun 2014 03:14 AM PDT


Oleh AZIZ MUDA




KUALA LUMPUR: Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Hudud Peringkat Pusat yang dicadangkan oleh Timbalan Perdana Men teri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tanda tanya, apabila tiada perkembangan selanjutnya se hingga kini.

Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku jika Umno dan Kerajaan Pusat jujur dengan janjinya untuk turut membantu kerajaan Kelantan ke arah pelaksanaan Kanun Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan di negeri itu.

Pemangku Timbalan Ke tua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Dr Mahfodz Mohamed berkata, di peringkat kerajaan Kelantan segalanya telah tersedia dan hanya menunggu tindakan Kerajaan Pusat bagi merealisasikan penubuhan jawatankuasa itu.

Menurut beliau, panel kerajaan Kelantan kini telahpun bersedia untuk meletakkan nama-nama me reka yang akan menganggotai jawatankuasa itu bagi mewakili kerajaan negeri.

"Kita berharap Tan Sri Muhyiddin dapat mengotakan apa yang dikatakannya itu. Cadangan penubuhan jawatankuasa itu mulanya datang dari Kerajaan Pusat sendiri.

"Jadi kita minta Tan Sri Muhyiddin atau Kerajaan Pusat jujur dengan apa yang dikatakannya itu dengan menyegerakan pelaksanaan penubuhan jawatankuasa itu.

"Seluruh rakyat Malaysia kini sedang menunggu perkembangan tentang ca dangan itu," katanya ketika dihubungi

Menurut Dr Mahfodz, di peringkat kerajaan Kelantan, pra jawatankuasa itu dipengerusikan Dato' Dr Mohamad Fadzli Hassan yang juga Exco Kerajaan Kelantan, manakala Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah selaku Pengerusi Jawantankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.

Beliau berkata, setelah persetujuan bagi penubuhan jawatankuasa itu di capai oleh kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat, Muhyiddin sepatutnya mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom mengadakan langkah selanjutnya ke arah penubuhannya.

"Tetapi sehingga sekarang saya sendiri pun tak tahu perkembangan selanjutnya, sehingga saya sen diri pun tertanya-tanya mengenai cadangan pe nubuhan jawatankuasa itu sama ada jadi atau tidak," jelas beliau.

Muhyiddin dalam lawatan kerjanya ke Kelantan pada 27 April lalu mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa teknikal khas mengenai hudud membabitkan wa kil Kerajaan Persekutuan serta kerajaan PAS Kelantan.

Menurut Muhyiddin, menerusi perbincangan da lam bentuk lebih sistematik, hudud dapat dikaji dengan teliti sekali gus membantu semua pihak melihat situasi sebenar sebelum memutuskan untuk membawa usul mengenainya ke Dewan Rakyat.

Pada 2 Mei lalu, Kerajaan Pusat dan keraja an PAS Kelantan telah sepakat menubuhkan satu jawatankuasa teknikal khas peringkat kebangsaan bagi memastikan pelaksanaan Kanun Jenayah Sya riah (II) 1993 Kelantan atau hudud dapat dilaksanakan di negeri itu.

Menurut Jamil Khir, jawatankuasa tersebut yang akan dibentuk tidak lama lagi berperanan mengkaji peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan memberi penerangan kepada semua pihak termasuk masyarakat bukan Islam mengenai pelaksanaannya.

Katanya, keanggotaannya masih belum diputuskan namun mengesahkan ia tidak melibatkan pemimpin politik, manakala Jabatan Kemajuan Islam Ma laysia (Jakim) akan dilantik sebagai urusetianya.

Warga Malaysia dirogol di Jaipur

Posted: 08 Jun 2014 03:10 AM PDT

BERNAMA 


NEW DELHI: Seorang wanita Malaysia yang berkunjung ke Jaipur, Rajasthan atas urusan perniagaan, didakwa dirogol pada Jumaat oleh seorang lelaki yang ditemuinya di sana.

"Kami telah menahan lelaki itu atas dakwaan merogol seorang wanita Malaysia pada Jumaat. Dia penduduk Bhilwara," menurut Indo-Asian News Service memetik Timbalan Pesuruhjaya Polis (Jaipur Timur), Amandeep Singh sebagai berkata.

Lelaki itu berusia 30 tahun.

Menurut laporan itu, wanita terbabit dalam aduannya berkata dia datang ke Jaipur tiga hari sebelum itu atas urusan perniagaan dan berjumpa lelaki berkenaan.

Kedua-dua mereka makan di sebuah hotel lima bintang pada Khamis malam dan dari situ lelaki itu memandunya ke sebuah tempat yang sunyi dan mendakwa dia dirogol di dalam kereta selepas diberi minuman yang dimasukkan dadah.

Lelaki itu kemudian meninggalkannya di hadapan hotel penginapannya, menurut laporan itu.

Wanita itu berjaya menghubungi sebuah kereta polis di kawasan berhampiran Jawahar Circle di bandar raya ini dan membuat aduan. Lelaki terbabit ditahan dalam tempoh tiga jam.

"Kami menerima aduan itu secara bertulis dan sedang menyoal siasat lelaki terbabit," laporan itu memetik Amandeep sebagai berkata.

Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telahpun menghubungi mangsa.

"Dia selamat dan pihak berkuasa di Jaipur memberi kerjasama penuh kepada kami berhubung insiden ini," kata seorang pegawai ketika dihubungi Bernama semalam.

Bantahan terhadap keganasan seksual di India semakin memuncak sejak insiden rogol beramai-ramai dan bunuh seorang pelajar di dalam sebuah bas di Delhi pada 2012.

Statistik rasmi menunjukkan kira-kira 25,000 kes rogol dilakukan setiap tahun di India, negara yang dihuni 1.3 bilion penduduk.

Pada awal tahun ini seorang wanita warga Denmark berusia 51 tahun mendakwa dirogol beramai-ramai di Delhi. Dia dirompak dan dirogol oleh suspek bersenjatakan pisau.

Dalam tempoh sama, seorang wanita Jerman berusia 18 tahun juga dilaporkan dirogol oleh seorang lelaki yang berkongsi kompartmen dengannya di dalam kereta api ketika dalam perjalanan dari Mangalore ke Chennai di selatan India.

Kejadian rogol berlaku setiap 22 minit di India, bagaimanapun serangan yang kurang dilapor bermakna kekerapannya mungkin lebih tinggi. - Bernama

Amukan Tok Gajah Julang Piala FA 2014

Posted: 08 Jun 2014 03:08 AM PDT

HARAKAHDAILY 


PEMUDA PAS Malaysia mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang kerana telah menjuarai Piala FA bagi sesi 2014.

Kemenangan ini merupakan kejuaraan kali kedua Pahang dalam edisi Piala FA.

Meskipun pada peringkat awal kemenangan hampir berpihak kepada pasukan Felda United namun dalam bola sepak, apa-apa pun boleh terjadi.

Natijahnya, kemenangan berpihak kepada pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan ini dalam persaingan yang mendebarkan. Dalam bola sepak juga membuktikan bahawa jaringan awal tidak menjaminkan kemenangan yang mutlak.

Kemasukan Faizol menggantikan Mathias Conti jelas merubah segala-galanya. Justeru, Faizol layak dinobatkan pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA 2014.

Pujian juga harus diberikan kepada pasukan Felda United yang saban masa berusaha merobek pertahanan pasukan Pahang.

Walaupun Pahang dilihat menguasai perlawanan seusai awal permainan, namun jaringan awal Felda United jelas membuktikan pasukan bertaraf kelab bukanlah calang-calang pasukan. Felda United adalah pasukan kelab kedua mara ke perlawanan akhir Piala FA selepas Sime Darby.

Tidak ketinggalan sekalung pujian harus diberikan kepada penyokong kedua-dua pihak yang jelas menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Tiada sebarang provokasi, letupan bom dan pelbagai aksi yang tidak diingini sepanjang perlawanan akhir ini.

Jelas menunjukkan bahawa penyokong kita telah mencapai tahap kematangan yang tinggi. Pemuda PAS Malaysia berharap semangat ini dapat dikekalkan pada musim-musim yang akan datang. Kehebatan sesebuah pasukan haruslah diiringi dengan kematangan penyokong.

Pemuda PAS Malaysia juga melihat perlawanan akhir Piala FA 2014 ini sebagai langkah pertama kepimpinan FAM yang baru yang dipimpin oleh Yang Amat Mulia Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam memartabatkan pasukan bola sepak Malaysia.

Tidak dinafikan ranking bola sepak negara kian merudum. Namun, Pemuda PAS Malaysia optimis dengan kepimpinan FAM yang baru ini, bisa melonjakkan kedudukan tangga Malaysia.

Kami, Pemuda PAS Malaysia jua menyokong sebarang usaha yang dilakukan demi meningkatkan mutu dan keunggulan bola sepak Malaysia sama ada oleh FAM mahupun Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Apa yang penting, kita ingin melihat Harimau Malaya digeruni di peringkat antarabangsa.
Akhir sekali, Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang dan seluruh pihak yang terlibat di dalam menjayakan perlawanan akhir Piala FA 2014.

Tahniah dan syabas diucapkan.

Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Pembinaan Rumah Selangorku jana perolehan RM3 bilion

Posted: 08 Jun 2014 03:05 AM PDT

NAZLI IBRAHIM


KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) komited dalam menumpukan usaha pembangunan rumah mampu milik bagi membuka peluang lebih luas kepada rakyat Selangor memiliki kediaman.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata usaha itu dapat dilihat apabila PKNS dijangka membina 31,086 unit rumah mampu milik dengan sumbangan hampir RM3 bilion kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2008 hingga 2030.

"PKNS dikenali dengan usahanya membangunkan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perniagaan, pelaburan dan pembangunan usahawan.

"Beralih ke fasa baru, PKNS kini menumpukan usaha pembangunan rumah mampu milik melalui program pemilikan Rumah Idaman PKNS atau di peringkat negeri dikenali sebagai Rumah Selangorku.

"Sehubungan ini, patik amat menggalakkan PKNS supaya menjalani perniagaan lebih bebas tanpa dibayangi Kerajaan Negeri," katanya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika mempersembahkan ucapan alu-aluannya kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Majlis Perasmian Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang di sini, malam Khamis lalu.

Katanya, usaha itu membolehkan PKNS berkembang sebagai perbadanan lebih berdaya maju dan mampu bersaing dengan syarikat swasta lain, sekali gus menjana keuntungan lebih besar dan menyalurkan kembali kepada rakyat Selangor.

Abdul Khalid yang juga Pengerusi PKNS turut berbangga terhadap kejayaan demi kejayaan yang ditempa perbadanan yang bakal berusia genap 50 tahun pada 1 Ogos ini.- Selangor Kini

Nazri Raihan cadang dana khas untuk artis hijrah

Posted: 08 Jun 2014 03:02 AM PDT

SALMAH MAT HUSAIN


KOTA BHARU:  Kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat khususnya Kelantan dan Selangor, dicadang menyediakan dana khas untuk artis-artis hijrah bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Bekas vokalis Kumpulan Nasyid Raihan, Nazrey Johani berkata artis-artis yang berhijrah seringkali menghadapi pelbagai cabaran dalam kerjaya ekoran perubahan ke arah kebaikan yang mereka lakukan.

Antara risiko yang dihadapi sebilangan mereka, jelasnya adalah  'digam' daripada program televisyen atau pun radio.
Ini, katanya sedikit sebanyak menjejaskan mata pencarian artis-artis hijrah.

"Akibatnya mereka yang cuba berjinak dengan perjuangan Islam tidak berani untuk berbuat demikian dan tidak hairan ada yang terpaksa berpatah balik kerana  dibimbangi periuk nasi mereka akan terjejas.

"Kerana itu penafian atau menyepi diri dari jemaah Islam sering berlaku kerana tidak sangup berhadapan dengan situasi itu,"ujarnya.

Nazrey  mengulas kecenderungan artis khususnya artis wanita yang semakin ramai mengambil keputusan untuk menutup aurat.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bentuk geran yang perlu diperuntukkan kerajaan negeri kepada artis hijrah.

Beliau turut berharap agar pihak penganjur tidak melupakan artis-artis lama yang telah menyuburkan industri nasyid selama ini.

"Terus terang saya nyatakan ada yang  terasa apabila golongan artis yang baru berhijrah lebih diutamakan," ujarnya.

Berhubung artis wanita yang semakin ramai menutup aurat, beliau melahirkan rasa syukur dengan keadaan itu.

Bagaimanapun, Nazrey menyarankan agar mereka didampingi golongan beragama.

"Ajak mereka ke kelas agama atau sediakan kelas agama yang khusus untuk mereka dengan mengumpulkan beberapa orang artis baru dan lama yang telah berhijrah.

"Insya Allah  mereka tidak akan mudah mengalah dengan ujian dan mehnah dunia yang sering mengganggu keimanan mereka,"ujarnya lagi.

Beliau juga menyarankan penganjur program membabitkan artis, sama ada di pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan, agar kreatif dalam mencipta program.

Selain program hiburan, artis hijrah juga boleh dilibatkan dalam program sosial dan agama di masjid atau surau.

Nazrey berada selama seminggu di Kelantan untuk memenuhi jemputan beberapa program peringkat Dewan Undangan Negeri.

Pada masa yang sama beliau turut mempromosikan pembinaan Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau Sabah.

Nazrey yang pernah menjulang kegemilangan Kumpulan Raihan turut diundang untuk menyampaikan tazkirah Maghrib dan ceramah motivasi kepada para pelajar sepanjang seminggu berada di Kelantan.

Raja-Raja Melayu perlu campur tangan kes bapa muallaf

Posted: 08 Jun 2014 02:59 AM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memohon Majlis Raja-Raja Melayu campur tangan dalam kes Ridzuan Abdullah,  seorang mualaf yang diarah Mahkamah Tinggi Ipoh menyerahkan anaknya Ummu Habibah yang dibesarkannya dengan pendidikan Islam kepada bekas isteri beragama Hindu , Indra Ghandi.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, keputusan yang bercanggah antara Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh dan Mahkamah Tinggi Ipoh kini telah menyebabkan kedudukan pengIslaman dan hak menjaga tiga anak yang telah diIslamkan Ridzuan kini dalam keadaan tidak menentu.

"Salah seorang  anak yang dijaga sendiri oleh Ridzuan iaitu Ummu Habibah  sudah boleh mengamalkan solat dan membaca Al Quran .

"Ridzuan masih tidak mahu menyerah Ummu Habibah kerana patuh kepada keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh.

"Ridzuan telah mendapat keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang menetapkan beliau berhak menjaga anak yang telah diIslamkan itu," jelas Azmi.

Mapim kesal kerana kedudukan anak-anak Ridzuan yang telah diIslamkan kini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.

Menurut Azmi, hak hadhanah (penjagaan) dan pengIslaman anak-anak tersebut sepatutnya diputuskan oleh Hakim yang mempunyai latarbelakang pengetahuan Islam .

Tambah beliau, adalah tidak mungkin seorang Hakim bukan Islam dapat memahami perundangan Islam untuk menentukan kedudukan kes tersebut di Mahkamah Tinggi.

Mapim ujarnya menggesa masyarakat dan institusi keadilan negara agar menghormati keputusan Mahkamah Tinggi  Syariah Ipoh yang memutuskan Ridzuan sebagai penjaga anaknya.

"Kami berpendirian status keIslaman kanak-kanak itu perlu dihormati dan dipertahankan setelah beliau diperbesarkan dalam suasana Islam oleh bapanya sejak umurnya 11 bulan sehingga kini sudah mencecah umur 6 bulan.

"Keadaan yang sedia ada iaitu Ummi Habibah sudah mengamalkan budaya hidup Islam  bersama bapanya sangat perlu dihormati dan tidak perlu diganggu gugat," kata Cikgu Azmi.

Beliau menambah, oleh kerana wujud percanggahan keputusan antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah, jalan keluar terbaik adalah menyerahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu sebagai penjaga agama Islam di negara ini.

Bidangckuasa Mahkamah Syariah juga, jelas beliau tidak boleh digugat oleh Mahkamah Sivil seperti termaktub dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.

"Kami berpendirian menjaga maruah dan status agama Islam dinegara ini agar ia berada pada kedudukannya yang tertinggi, mengikut tafsiran Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan adalah penting agar keharmonian di negara ini terjamin," ujarnya.

Pengguna masih ragui Cadbury

Posted: 08 Jun 2014 02:57 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Hingga kini masih was-was sebab sesetengah pihak kata haram, dan sesetengah pihak pula kata halal.

Cadbury


PETALING JAYA: Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi, namun beberapa pengguna Facebook masih lagi meragui status halal produk tersebut.

Kini, bagi mengembalikan keyakinan pengguna, pihak Cadbury telah mengambil inisiatif untuk mengiklankan status halal produk tersebut di dalam dada-dada akhbar tempatan.

Antara akhbar yang telah mengiklankan iklan produk tersebut adalah akhbar Sinar Harian, Sin Chew Daily, Malaymail dan beberapa akhbar tempatan lain.

Namun demikian, beberapa orang pengguna masih ragu tentang status halal produk tersebut.

Bagi Nur Syamilah Mat Isa, 24, dirinya masih ragu-ragu dan tidak yakin serta keliru dengan status produk tersebut ekoran terdapat beberapa percanggahan pendapat dari beberapa pihak.

"Hingga kini masih was-was sebab pihak ni cakap haram, dan pihak ni pula kata halal. Keliru," komennya.

Bagi Eksekutif Sumber Manusia dan Kewangan, Dyana Amin, 24 pula berkata, dia masih teragak-agak walaupun pihak Cadbury telah mengeluarkan iklan tersebut bagi mempromosikan semula produknya.

Terpulang kepada diri

Walaubagaimanapun, Dyana turut berpendapat bahawa itu terpulang kepada diri masing-masing.
"Kalau rasa was-was jangan makan tetapi sekali masyarakat sudah hilang kepercayaan, maka mereka tidak akan percaya lagi," katanya.

Manakala, bagi mahasiswa di salah sebuah universiti tempatan, Sarina Harun, 24, dia masih meragui dan tidak yakin dengan produk cadbury tersebut walaupun pihak cadbury telah melakukan pengiklanan bagi mengembalikan keyakinan pengguna.

"Saya masih ragu-ragu dengan status halal produk Cadbury," ujarnya.

Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah mengumumkan bahawa produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi selepas keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh yang disahkan oleh Jakim.

Penjelasan GST mulai April depan

Posted: 08 Jun 2014 02:49 AM PDT

Datuk Ahmad Maslan berkata pihaknya akan mengadakan empat ceramah di setiap kawasan parlimen yang akan dikelolakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta pemimpin setempat.

ahmad-maslan1


KOTA BAHARU: Kerajaan akan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi fasa kedua melibatkan 134 kawasan parlimen dalam usaha memberi kefahaman kepada rakyat tentang sistem berkenaan yang akan bermula April tahun depan.

Datuk Ahmad Maslan berkata pihaknya akan mengadakan empat ceramah di setiap kawasan parlimen yang akan dikelolakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta pemimpin setempat.

"Kita akan buat seberapa banyak ceramah sebelum Ramadan ini," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu stesen radio KelantanFM di sini, hari ini.

GST pada kadar enam peratus akan dilaksanakan mulai 1 April tahun depan bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Ahmad berkata ceramah tersebut akan disampaikan pegawai kastam negeri dan pusat serta dibantu pihak Kementerian Kewangan.

'Penceramah tempatan'

"Penceramah tempatan yang telah menghadiri kursus mengenai GST bolehlah membantu pegawai kastam untuk memberikan ceramah.

"Kita ingin pemimpin utama dalam masyarakat seperti ketua kampung dan mereka yang berpengaruh dahulu dengar, barulah mereka boleh terangkan kepada orang lain," kata Ahmad.

Beliau berkata orang ramai juga digesa mencari maklumat mengenai sistem cukai itu di portal GST jika ingin memahaminya dengan lebih jelas.

"Apa yang kita harapkan adalah rakyat secara proaktif mencari maklumat, ini kerana maklumat mengenai cukai berkenaan boleh diperolehi melalui portal yang telah disediakan.

Ahmad berkata sesi penerangan yang diadakan bukan sahaja melalui ceramah malah pihaknya turut menggunakan media sosial agar rakyat memahami sistemberkenaan.

"Kempen turut diadakan melalui radio, televisyen, surat khabar dan kita juga mempunyai pelbagai papan iklan yang menerangkan tentang GST," katanya.- Bernama

Kisah Zarinah Abdul Majid

Posted: 07 Jun 2014 06:20 PM PDT




Oleh Dr Mujahid Yusof Rawa


Setiap wanita mengidamkan rumah tangga yang bahagia, tiada yang lebih bermakna melainkan satu ikatan suci dilangsungkan tanda kasih melayari bahtera hidup suami isteri.

Begitulah hati kecil pengantin perempuan tersenyum pada majlis perkahwinannya namun suasana damai dan harapan membina istana kasih pada hari itu berkecai dan disentak kerana namanya Zarinah binti Abdul Majid menjadi sasaran siasatan penguatkuasa Jais (Jabatan Agama Islam Selangor).

Ada apa pada nama? 

Nama Zarinah berada pada tempat yang salah dan pada masa yang salah di sisi Jais kerana Zarinah yang namanya Islam tetapi melangsungkan perkahwinan secara agama dan adat Hindu dengan suaminya seorang penganut Hindu.

Siapa Zarinah binti Abdul Majid 

Zarinah Abdul Majid di 'binti'kan kepada bapanya Abdul Majid. Nama asal bapanya S Mahendran yang berkahwin pada 1980 dengan ibu Zarinah bernama S Vasandamma. Kemudian bapanya memeluk Islam dengan memakai nama Abdul Majid sedangkan ibunya kekal pada agama asal, namun pada 1990, Abdul Majid menghilangkan diri meninggalkan keluarganya tetapi sempat menukar status anak-anaknya termasuk Zarinah dalam kad pengenalan mereka.

Setelah ditinggalkan bapanya, Zarinah membesar dengan nama Islam namun kekal mengamalkan agama Hindu bersama ibunya. Mereka tidak menyangka ia akan menjadi masalah besar pada satu hari yang diidamkan oleh setiap wanita, iaitu hari perkahwinan Zarinah.

Siapakah yang patut disalahkan dalam kes ini. Adakah Jais, Zarinah atau bapanya? Atau undang-undang? Dan dalam semua ini, bagaimana pula Islam dikaitkan?

Islam bukan yang disangkakan 

Kes Zarinah perlu diberi keadilan dan perkara pertama yang perlu diperjelaskan ialah keislaman bapanya. Sebagaimana saya bergembira seseorang memilih Islam, saya juga bersedih kerana Islam agama saya diburukkan persepsinya oleh umatnya sendiri.

Islam tidak mengizinkan sama sekali kezaliman berlaku apatah lagi kepada anak dan isterinya.
Walaupun anak-anak bawah umur perlu berada pada agama ibu atau ayahnya yang beragama Islam namun ia mesti dilakukan dengan penuh rahmat dan kasih sayang sehingga tidak menafikan hak dan kasih sayang ibu atau ayahnya yang belum memeluk Islam.

Begitu juga jika salah seorang pasangan memeluk Islam maka perkahwinannya dibatalkan jika salah seorang tetap kekal pada agama asalnya dan hendaklah dipisahkan. Itu hukumnya namun pelaksanaannya tidak mewajarkan ketidakadilan daripada sudut kasih sayang anak, ibu dan hak isteri atau suami yang dipisahkan.

Lebih utama ialah hak ibu atau bapanya yang masuk Islam mestilah mendidik anaknya dengan cara Islam yang betul tanpa menafikan kasih pada mana-mana ibu atau bapanya yang bukan Islam.

Menukarkan status anaknya kepada Islam dalam kad pengenalan kemudian meninggalkan mereka tanpa didikan yang sempurna adalah perbuatan yang tidak wajar dan ia bukanlah daripada ajaran Islam.

Di mana anda Abdul Majid? 

Dalam kes Abdul Majid kita tiada maklumat bagaimana dia melakukannya tetapi yang pasti ia melakukan sesuatu yang tidak pernah diajar oleh Islam, iaitu membiarkan keluarganya tanpa pembelaan malah dengan mewariskan masalah besar kepada anaknya.

Jelasnya, Zarinah mendakwa bapanya terus menghilang dan masalahnya juga ialah pendaftaran perkahwinannya tidak dapat dilakukan dengan cara sivil kerana Zarinah seorang Muslimah secara rasmi tetapi seorang Hindu daripada segi amalannya.

Dilema perundangan 

Mimpi ngeri Zarinah boleh juga dirujuk kepada undang-undang yang sedia ada dan ia terbukti selama ini Zarinah berusaha menyelesaikan masalah namanya dalam kad pengenalan namun gagal kerana ia membabitkan dua pihak yang masing-masing tidak mahu mengambil tanggungjawab iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Mahkamah Syariah.

JPN tidak mahu menukar namanya sehingga Mahkamah Syariah mengisytiharkan dirinya keluar Islam. Walaupun demikian sebagai rekod, ada satu kes Mahkamah Syariah berpihak kepada plaintif yang memohon keluar daripada agama Islam iaitu, kes Siti Fatimah Abdullah atau nama asalnya Tan Ean Huang lwn Maipp (Majlis Agama Islam Pulau Pinang) pada 2008.

Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang mendapati plaintif tidak mengamalkan Islam sejak ditinggalkan suaminya seorang Muslim dari Iran. Fatimah Tan memeluk Islam pada 1998 dan berkahwin sebagai seorang Islam pada 2004.

penghakiman dibuat kerana beliau tidak lagi mengamalkan Islam, namun Mahkamah menolak tuntutan plaintif untuk mengarahkan namanya ditukar kerana ia bukan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Peguam Ahmad Jailani Abdul Ghani mencatat satu sejarah buat pertama kalinya permohonan murtad diizinkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Adapun kes melibatkan seorang yang sudah mati iaitu kes Nyonya Tahir yang selama hidupnya 80 tahun sebelum meninggal dunia tidak mengamalkan Islam, diisytiharkan Mahkamah Tinggi Syariah Seremban pada 2006 sebagai keluar Islam.

Dilemanya ialah dalam keadaan seorang Muslim dibiarkan tanpa pembelaan oleh orang yang bertanggungjawab lalu hidup dengan amalan agama lain, siapakah yang harus dipersalahkan?

Dalam kes Zarinah, di manakah bapanya? Sanggupkah bapanya melihat anaknya menderita terperangkap dalam dilema undang-undang apabila hilang begitu sahaja? Apa halnya keadaan Zarinah yang sejak 20 tahun lampau tidak pernah mengamalkan Islam dan hanya kenal agama Hindu dalam hidup dewasanya, lalu tiba-tiba muncul penguatkuasa agama Islam menghalang perkahwinannya hanya kerana namanya?

Di mana Jais selama Zarinah membesar cuba menyelamatkan agama Islamnya seperti tertera dalam kad pengenalannya?

Nasib Zarinah 

Zarinah perlu diberi pembelaan, Islam adalah agama rahmat pembela kepada yang mahukan keadilan tanpa mengira kulit, warna mahupun agamanya. Jalan terbaik adalah menyatakan apakah sikap Islam pada bapa yang mengabaikan tanggungjawab mendidik anak yang ditukarkan status agamanya kepada Islam.

Sebelum anaknya Zarinah didakwa kerana berkahwin dengan cara yang salah berpandukan pada nama Islamnya, bapanya Abdul Majid perlu tampil ke hadapan untuk menjawab mengapa dia gagal membentuk anaknya sebagai seorang Muslim setelah menukarkan status anaknya tetapi sebaliknya mengabaikan mereka pula.

Kedua, Zarinah mesti mendapat pembelaan di Mahkamah Syariah dengan memohon menetapkan status agama Islamnya berpandukan kepada ia sudah tidak beramal dengan Islam lagi. Zarinah memerlukan satu jawapan dalam kerangka perundangan yang ada untuk menentukan masa depannya.
Jika tidak, undang-undang negara ini akan dilihat menzalimi hak seorang rakyatnya menentukan masa depan depannya termasuk mendirikan rumah tangga dan menjadi rakyat yang setia kepada negara ini.

Ketiga, isu murtad mesti dibezakan antara yang asal Islam dan yang memeluk Islam kerana berkahwin atau namanya dan status agamanya ditukar menjadi Islam sedangkan dia beramal dengan agama lain.

Pilihan terbaik untuk menerima Islam ialah dengan pilihan sendiri atas kesedaran sendiri dan kerana keyakinan sendiri sebab Islam terbina atas 'tiada paksaan'. Memelihara kaedah agung Islam ini lebih utama daripada menjaga sensitiviti atau sentimen kerana Islam tidak terbina atas menyiksa mana-mana pihak tetapi Islam wajib memberi keadilan dengan kaedah dan prinsip yang ditetapkan.
Persoalan dalam artikel ini amat penting dilihat dengan sikap terbuka kerana ramai lagi 'Zarinah' di luar sana yang memerlukan jawapan.

* Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Parlimen Parit Buntar dan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat

Menteri akui GST ke atas petrol, diesel belum diputus

Posted: 07 Jun 2014 06:12 PM PDT

BERNAMA


PUTRAJAYA: Kerajaan belum memutuskan sama ada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas pembelian petrol dan diesel, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata kemungkinan perkara itu akan diputuskan apabila kerajaan mengumumkan mekanisma baharu rasionalisasi subsidi bahan api tidak lama lagi.

Beliau berkata perkara itu itu perlu menunggu keputusan Kabinet yang juga kini sedang memperhalusi senarai 255 barangan yang mungkin dikecualikan atau dikenakan GST serta mekanisma rasionalisasi subsidi bahan api.

"Jadi saya tidak mahu cakap sama ada minyak akan ada GST atau tidak," katanya pada sesi soal jawab di taklimat GST Media Sosial di sini semalam.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dilaporkan mendakwa harga bahan api itu akan naik selepas pengenalan GST pada April tahun depan.

"Itu hanya spekulasi, tetapi akan ada skim rasionalisasi subsidi bahan api untuk memastikan subsidi yang disalurkan hanya kepada golongan yang memerlukan," katanya.

Ahmad meminta orang ramai mendapatkan maklumat tepat mengenai pelaksanaan GST dengan melayari laman web Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

GST pada kadar enam peratus akan dilaksanakan mulai 1 April tahun depan bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Dalam perkembangan lain, Ahmad, yang juga Ketua Penerangan Umno, berkata parti itu masih menunggu jawapan daripada surat tunjuk sebab yang dihantar kepada Yammy Samat, Selasa lalu, kerana didakwa berkempen untuk anak perempuannya, Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan baru-baru ini.

"Surat sudah dihantar...terpulang kepada dia dan bagaimana jika dia menjawab atau tidak menjawab kita akan pertimbang lagi kerana itu prosedur yang ada dalam Umno," katanya. - Bernama

Presiden PAS dibenar keluar wad pagi ini

Posted: 07 Jun 2014 06:05 PM PDT

HARAKAHDAILY 





KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dibenar keluar dari wad pagi ini selepas keadaan kesihatannya semakin baik.

Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan perkara itu melalui laman Facebook Tuan Guru Abdul Hadi petang semalam.

"Alhamdulillah Tuan Guru telah dibenarkan keluar dari wad hospital pada pagi ini.

"Beliau juga dinasihatkan oleh doktor pakar di hospital supaya berehat beberapa hari sehingga pulih sepenuhnya untuk pulang ke Malaysia dalam masa yang terdekat ini," katanya.

Tuan Guru Abdul Hadi menerima rawatan di hospital Medipol Universite Hastanesi, Istanbul sejak seminggu lalu selelapas mengalami sesak nafas.

Beliau pada Jumaat lalu dimasukkan ke wad ICU sebelum dipindahkan ke wad biasa pada Selasa lalu selepas kesihatannya beransur pulih.

Penculik tabur syiling tarik mangsa

Posted: 07 Jun 2014 06:00 PM PDT


Selvakumar (kanan) bersyukur Daniyaa (kiri) selamat dari penculik Selvakumar (kanan) bersyukur Daniyaa (kiri) selamat dari penculik


SEREMBAN - Dengan menggunakan taktik menabur duit syiling dan wang kertas RM50 di tengah-tengah jalan, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun menjadi mangsa culik sekumpulan lelaki tidak dikenali di Taman Mawar, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang Rabu lalu, mangsa, S.Daniyaa Letchumy, 9, terselamat apabila diserang sawan ketika dibawa dalam kereta penjenayah terbabit sebelum ditinggalkan di tepi jalan.

Menceritakan kejadian, bapa mangsa, V.Selvakumar, 42, berkata, anaknya diculik ketika dalam berjalan ke kedai berhampiran rumah mereka.

Menurutnya, ketika tiba di laluan belakang taman perumahan berkenaan, anaknya terjumpa wang kertas RM50 atas jalan, lalu mengambil duit tersebut dan meneruskan perjalanan ke kedai.

"Dalam perjalanan balik ke rumah, anak saya sekali lagi terjumpa banyak duit syiling bertaburan di tepi jalan itu iaitu tempat yang sama, lalu berhenti dan mengutip syiling itu.

"Semasa dia sedang leka mengutip duit itulah, tiba-tiba datang dua lelaki bertopeng dari dalam hutan berhampiran, lalu menutup mulut dan mengangkat anak saya masuk dalam kereta Proton Saga hitam yang telah menunggu di tepi selekoh laluan itu," katanya.

Bagaimanapun, katanya, kira-kira 15 minit kemudian, anaknya ditinggalkan di tepi jalan berdekatan kuil Jalan Seremban - Tampin, kira-kira 10 kilometer dari tempat diculik.
"Mungkin penculik itu panik melihat anak saya diserang sawan," katanya.

Selvakumar berkata, Daniyaa kemudiannya dihantar pulang ke rumah kira-kira 5.30 petang pada hari sama oleh seorang individu yang ketika itu berada di kuil terbabit.
Dia juga mengakui anaknya diserang sawan sekiranya berada dalam situasi panik.

"Sejak kecil lagi anak saya sering diserang sawan, lebih-lebih lagi jika dia dalam ketakutan atau pun tertekan. Malah, minggu depan ini, dia akan dibawa ke hospital untuk rawatan susulan," katanya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia bimbang keselamatan keluarganya kini.

"Saya bukanlah orang senang. Kerja pun hanya mencari besi buruk untuk dijual. Tapi saya percaya penjenayah ini bukan mahu duit tapi mungkin mahu menculik kanak-kanak untuk dijual," katanya.

Berkutan kejadian itu, Selvakumar membuat laporan di Balai Polis Senawang, kelmarin.

Kejadian menimpa keluarga itu turut mendapat perhatian Adun Senawang, P. Gunasekaran dan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong yang datang ke rumahnya, semalam.

Tiada ulasan: