Sabtu, 7 Jun 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


BN bakal kutip RM3.1 bilion GST hasil pembelian minyak

Posted: 07 Jun 2014 12:34 AM PDT

KEADILAN DAILY


Sehingga ke hari ini, Barisan Nasional masih berdiam diri dan mengelak dari menjawab soalan saya sama ada GST akan dikenakan ke atas pembelian petrol dan diesel oleh rakyat. 
 
Semakan ke atas senarai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan kadar cukai sifar (zero-rated) dan dikecualikan (exempt) secara jelas menunjukkan bahawa Barisan Nasional akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel.
 
TheMinyakRises-01

Ini sudah tentu akan menaikkan lagi harga petrol dan diesel tanpa disedari oleh rakyat, seperti yang saya jelaskan dalam kenyataan akhbar sebelum ini. Satu lagi siri kenaikan harga petrol dan diesel akan melonjakkan lagi inflasi dan membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang.

Saya membuat kesimpulan bahawa Barisan Nasional akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel. Oleh yang demikian, Barisan Nasional akan mengutip setiap tahun sekurang-kurangnya RM3.1 bilion dari rakyat dalam bentuk cukai GST yang dikenakan ke atas petrol dan diesel seperti kiraan di bawah:

Jumlah penggunaan petrol setahun bagi 2013 (seperti jawapan Parlimen kepada soalan saya)14.05 bilion liter
Jumlah penggunaan diesel setahun bagi 2013 (seperti jawapan Parlimen kepada soalan saya)9.64 bilion liter
Jumlah penggunaan petrol dan diesel setahun23.69 bilion liter


Harga bersubsidi petrol dan diesel setiap literRM2.10
GST pada kadar 6% bagi setiap liter 13 sen seliter


Jumlah kutipan GST ke atas petrol dan diesel setiap tahun [13 sen X 23.69 bilion liter]RM3.1 bilion

Bebanan cukai tambahan sejumlah RM3.1 bilion setahun yang dikenakan ke atas rakyat hanya dari pembelian petrol dan diesel adalah satu jumlah yang besar dan mengejut yang semestinya mempunyai kesan berganda ke atas harga barang.

Tindakan mengenakan GST ke atas pembelian petrol dan diesel ini samalah dengan menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 13 sen seliter.

Oleh yang demikian, saya menggesa Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan segera bahawa pembelian petrol dan diesel tidak akan dikenakan GST.

Jika beliau enggan mengumumkan pengecualian pembelian petrol dan diesel dari GST, maka beliau perlu menjelaskan segera bagaimanakah Barisan Nasional akan membelanjakan RM3.1 bilion yang dikutip dari rakyat melalui GST ke atas petrol dan diesel.

Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

MH370: Tubuhkan segera RCI- Tian Chua .

Posted: 07 Jun 2014 12:25 AM PDT

Oleh: Lyn Nasir


KUALA LUMPUR : Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen (PSC) perlu ditubuhkan segera walaupun kotak hitam pesawat MH370 masih belum ditemui.

Jelasnya lagi, penubuhan Jawatankuasa tersebut tidak boleh bergantung kepada penemuan kotak hitam kerana ia melibatkan isu keselamatan rakyat dan perlu disiasat segera.

Tian-Chua1"Kita tak boleh bergantung kepada penemuan kotak hitam, baru nak tubuhkan RCI, sebab RCI itu adalah Jawatankuasa Khas yang penting untuk membuat siasatan terhadap MH370.

"Isu ini melibatkan keselamatan rakyat, pemantauan dan sistem radar juga perlu disiasat, sebab itu kita kata RCI ini penting dan perlu ditubuhkan segera,

"Jangan tunggu jumpa kotak hitam baru nak tubuhkan RCI, itu tindakan yang sangat tidak betul," katanya ketika dihubungi.

Pada Mac lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Putrajaya akan mempertimbangkan penuubuhan RCI dan PSC untuk menyiasat kehilangan MH370, hanya selepas kotak hitam dijumpai.

Menurutnya lagi, fokus kerajaan kini adalah mencari kotak hitam pesawat yang merekodkan segala insiden berlaku dalam kokpit kapal terbang itu untuk membolehkan siasatan terperinci dijalankan.

"Saya tak faham kenapa kerajaan mengambil tindakan untuk berdiam diri bila kita desak untuk segera tubuhkan RCI dan PSC

"Dalam isu sebegini, kita perlu tolak fahaman politik masing-masing dan sama-sama selesaikan isu yang berkaitan dengan keselamatan rakyat, kerana baik Umno BN mahupun Pakatan Rakyat, kita semua adalah pemimpin kepada mereka,

"Jangan pentingkan diri dalam isu ini, sama-sama cari jalan untuk selesaikan masalah, itu lebih baik." ujarnya.

Kisah Lucu UMNO Yang Nak Pecat Emak. Tapi Mahu Ambil Anaknya...

Posted: 07 Jun 2014 12:20 AM PDT

KELAB GREENBOC


Berita 1: Umno beri surat tunjuk sebab kepada ibu Dyana


Umno memberi surat tunjuk sebab kepada ahlinya, Yammy Samat hari ini kerana menyokong anaknya Dyana Sofya Mohd Daud yang bertanding sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei lalu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor telah menulis surat tunjuk sebab itu kepada Yammy mengapa beliau tidak boleh digantung keahliannya atau dipecat dari Umno berkaitan tindakannya dalam PRK Teluk Intan.

Bercakap kepada wartawan di Kuala Lumpur hari ini, Tengku Adnan berkata, dalam surat itu, beliau juga berkata pihaknya menyedari calon (yang bertanding menentang BN) adalah anak perempuannya, tetapi parti mempunyai disiplin.

Yammy, yang merupakan ahli veteran Umno, mempunyai tempoh 14 hari untuk menjawabnya.

Selepas itu, kata Tengkuk Adnan, sama ada Yammy menjawabnya atau tidak, perkara itu akan dibawa kepada pihak pengurusan Umno sebelum ia dikemukakan kepada Majlis Tertinggi Umno.

"Majlis Tertinggi Umno kemudiannya akan memutuskan apakah tindakan yang akan diambil," katanya. -mk


BERITA 2: Pemuda Umno pelawa Dyana Sofya

IPOH - Pemuda Umno hari ini mempelawa calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyertai Umno bagi menyumbang idea dan tenaga untuk kepentingan anak muda di negara ini.

Perkara itu dinyatakan sendiri, Exco Pemuda Umno, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi selepas melihat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyalahkan Dyana Sofya atas kekalahan mereka mempertahankan kawasan Parlimen Teluk Intan.

"Selepas beberapa hari PRK Parlimen Teluk Intan tamat, masih ramai yang memperkatakan mengenai kehadiran seorang gadis yang tampak biasa tetapi penuh bersemangat sebagai calon yang mewakili DAP.

"Malangnya, Guan Eng dengan angkuh telah memberi pandangan bahawa kekalahan Dyana Sofya adalah disebabkan ciri-ciri dirinya yang masih muda, seorang wanita dan seorang Melayu," katanya dalam satu kenyataan media.

Syamsul Baharin yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat berkata, dia sendiri tertarik dengan penulisan Dyana Sofya bertajuk 'Satu Jam Bersama Obama', yang menyatakan anak muda harus mencari platform dengan melibatkan diri bersama kumpulan yang menghargai bakat dan usaha.

Katanya, pelawaan itu dibuat agar ciri-ciri yang ada pada Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah itu dapat digunakan secara optimum demi 'survival' anak-anak muda Malaysia.

"Semangatnya ketika mengharungi cabaran PRK cukup mengagumkan walaupun diperlekehkan oleh kepimpinan dan ahli-ahli DAP umumnya yang berbangsa Cina. Oleh itu silalah meneruskan perjuangan di tempat asalmu dan tempat ayahanda dan bondamu wahai saudari Dyana.

"Kami sentiasa menerimamu dalam Umno Bahagian Ipoh Barat kerana Umno sahajalah parti keramat Melayu yang memperjuangkan nasib bangsa melayu dan bangsa-bangsa lain di Malaysia, melalui BN," katanya. -SH

Pakar ramal harga barang, inflasi naik

Posted: 07 Jun 2014 12:10 AM PDT


Pihak berkuasa perlu memantau harga barang agar tidak bebankan pengguna. Pihak berkuasa perlu memantau harga barang agar tidak bebankan pengguna.


KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pakar ekonomi tidak menafikan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015 bakal mengakibatkan kenaikan kadar inflasi negara dan secara tidak langsung menyebabkan kenaikan harga barangan.

Ketua Penyelidikan Ekonomi, Maybank Investment Bank, Suhaimi Ilias berkata, kenaikan juga bakal berlaku pada sektor makanan dan minuman.

"Sebagai contoh, difahamkan ketika ini terdapat kurang 5,000 restoran di seluruh negara mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) iaitu sebanyak enam peratus. Bagaimanapun sebaik GST dilaksanakan bilangan restoran yang mengenakan cukai GST dijangka meningkat kepada 15,000.

"Begitu juga dengan kenaikan harga barangan.  Sebagai contoh, buat masa ini terdapat 40 peratus jenis barangan dan perkhidmatan di senaraikan di bawah Indeks Harga Pengguna (IHP).

Jumlah peratusan ini dijangka meningkat sehingga 70 peratus sebaik GST dilaksanakan.

"Ini bermakna lebih banyak barangan dan perkhidmatan dikenakan GST. Mahu atau tidak harga barangan akan naik dan pengguna tetap perlu membayarnya (cukai) ," katanya kepada Sinar Harian.

IHP merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi. IHP mengukur harga purata barang-barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh isi rumah pada tempoh masa yang ditetapkan.

Menurut Suhaimi, masalah kenaikan harga adalah perkara biasa dalam konteks negara yang mengamalkannya, di mana kadar inflasi akan meningkat pada tempoh tahun GST diperkenalkan.

"Dalam situasi ini, amat penting kerajaan memantau dan melakukan penguatkuasaan terhadap peniaga yang menaikkan harga keterlaluan demi mengaut keuntungan berlebihan dengan menggunakan alasan GST.

"Ia salah dan tidak betul kerana setiap pengeluar, pemborong, pembekal dan peruncit boleh membuat tuntutan dalam bentuk cukai kepada kerajaan. Jadi tidak timbul isu pembekal perlu menaikkan harga barangan," katanya.

Menurutnya, kerajaan turut mengambil langkah membantu golongan berpendapatan rendah dengan memberi pengecualian kepada sektor-sektor tertentu seperti pendidikan, kesihatan dan perumahan. Selain pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sementara itu mengenai penerangan GST kepada rakyat, Profesor Pengurusan Strategi dan Pemasaran, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Dr Faridah Hassan berkata, rakyat perlu diberi penerangan yang jelas bagi memastikan mereka memahami langkah yang bakal dilaksanakan.

"Sesetengah mereka beranggapan ia adalah bentuk cukai baru sedangkan ia menggantikan sistem SST semasa.  Di sebabkan itu, ramai pengguna percaya bahawa pengenalan GST akan menyebabkan kenaikan harga barangan secara menyeluruh.," katanya.

Katanya, kerajaan perlu memberi penjelasan kepada semua lapisan masyarakat mengenai kesan sebenar GST ke atas harga dan jenis-jenis barangan sama ada berkadar sifar, dikecualikan cukai atau dikenakan cukai.

"Selain daripada memberi penerangan, kerajaan perlu menyediakan panduan untuk memaklumkan kepada pengguna mengenai kesan perubahan harga sebenar apabila barang atau perkhidmatan terbabit dikenakan GST," katanya.

Bagaimanapun, rakyat tetap mendapat manfaatnya dengan menikmati harga lebih murah untuk pelbagai jenis barang kerana GST lebih rendah dari SST.

"GST juga dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian serta makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat. Sebenarnya, GST berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM 4 bilion bagi semua sektor perniagaan," katanya.

MH370: Keluarga tawar ganjaran US$3 juta

Posted: 07 Jun 2014 12:08 AM PDT


MH370


SHAH ALAM – Keluarga dan waris penumpang MH370 dari beberapa negara menawarkan ganjaran sebanyak US$3 juta (RM9.6 juta) kepada mana-mana individu atau pihak yang mempunyai maklumat penting yang membawa kepada penemuan MH370.

Sejak Isnin lalu, beberapa negara yang terlibat melancarkan kempen "Reward MH370: The Search for the Truth" bagi mengutip dana untuk dijadikan ganjaran kepada pemberi maklumat tentang kehilangan pesawat MH370.

Seperti yang dilaporkan melalui Astro Awani, antara beberapa negara yang terlibat dalam kutipan dana tersebut ialah dari Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Perancis dan India.

Kempen tersebut dilancarkan berikutan dengan ketidakpuasan hati para keluarga penumpang MH370 yang tidak diberikan maklumat lengkap dan bukti yang kukuh tentang kehilangan pesawat MAS terbabit.

Daripada jumlah itu, US$3 juta (RM9.6 juta) akan menjadi ganjaran kepada pemberi maklumat tentang kehilangan pesawat itu.

Baki US$2 juta (RM6.4 juta) adalah untuk membiayai penyiasat persendirian yang dapat memberikan maklumat baharu.

Menurut salah seorang waris penumpang, Sarah Bajc, dia yakin bahawa ada pihak atau indidvidu sedang menyembunyikan maklumat penting mengenai kehilangan pesawat terbabit.

"Kami mengambil inisiatif sendiri. Jika terdapat bukti bahawa pesawat itu terhempas di dalam air, atau kusyen tempat duduk, saya akan mengambil pendekatan yang  berbeza. Tetapi  tiada apa-apa ditemui.

"Tiada kepastian di sini, tetapi kami percaya bahawa kami perlu mencuba sesuatu, jika kita hanya duduk dan membiarkan misi pencarian ini diteruskan, saya fikir ianya tidak akan selesai," katanya menerusi akhbar USA Today.

Setakat ini, jumlah yang disasarkan untuk dikutip ialah US$5 juta (RM16 juta) melalui laman web Indiegogo.

Jakim enggan ulas demo makan Cadbury

Posted: 07 Jun 2014 12:04 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) enggan mengulas berhubung keraguan berterusan orang ramai terhadap produk Cadbury, termasuk kesediaan pegawainya mengadakan demonstrasi memakan coklat itu.
 
Timbalan Ketua Pengarah Jakim Datuk Razali Shahabuddin ketika ditemui menolak pertanyaan pemberita menjawab ringkas:

"Hanya pengarah Jakim boleh menjawab soalan itu".
 
"Saya tak boleh jawab, hanya pengarah sahaja boleh jawab soalan," katanya dalam majlis pelancaran konvoi bermotor di Masjid Wilayah Persekutuan di ibu kota, pagi tadi.
 
Pada 3 Jun lalu pegawai Jakim dilaporkan menyatakan kesediaan mengadakan demonstrasi memakan coklat kontroversi Cadbury Confectionery Sdn Bhd bagi membuktikan status halalnya.
 
Astro Awani melaporkan pengarah kanan bahagian hab halal JAKIM Mohd Amri Abdullah sebagai berkata, ia bagi menunjukkan bahawa mereka berpegang kepada keputusan bahawa produk itu sebenarnya halal.

Sebaik sahaja acara pelepasan konvoi 250 buah motor berkuasa tinggi di lapangan depan masjid wilayah persekutuan itu, pemberita terus mengajukan soalan mengenai isu status halal produk coklat Cadbury yang masih menjadi keraguan masyarakat. 
 
Namun, Razali  mengelak daripada menjawab semua soalan dengan meletakkan kuasa menjawab di tangan ketua pengarah JAKIM. 
 
Kemudian, beliau keluar daripada kepungan wartawan terus menuju ke serambi masjid bagi mengelak disoal wartawan. 
 
Bagaimanapun, beliau sekali lagi  diasak dengan soalan yang sama namun Razali masih tetap menegaskan "hanya pengarah Jakim yang boleh jawab soalan itu". 

Majlis Peguam: Terima kritikan, bukan saman media

Posted: 07 Jun 2014 12:01 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Ahli politik dan pegawai kanan kerajaan patut menerima kritikan umum sebagai sebahagian daripada kehidupan politik dan bukan menyaman pengkritik mereka, kata Badan Peguam Malaysia.
 
"Mereka patut menerima komen tidak menyenangkan, tidak kira berapa pedas, jelik atau tidak benar, kerana ia sebahagian rintangan semula jadi dalam kehidupan politik awam, selagi tidak menjejaskan kehidupan peribadinya," kata presidennya Christopher Leong (kanan).
 
Datuk Seri Najib Razak, atas kapasiti peribadi, sebelum ini memutuskan untuk menyaman Malaysiakini ekoran kompilasi komen pembaca dalam dua artikel berkaitan krisis Terengganu.
 
Katanya, ini kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang perdana menteri menyaman pihak media atas dakwaan memfitnah.
 
"Perkara ini menetapkan duluan dan memberi mesej yang salah," kata Leong lagi.

Nik Aziz tunggu penjelasan Kit Siang

Posted: 06 Jun 2014 11:59 PM PDT


Nik Abdul Aziz  
Nik Abdul Aziz


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan hudud punca kekalahan DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan daripada penasihat parti itu, Lim Kit Siang yang akan menemuinya Sabtu depan.

Menurutnya, beliau tidak boleh mengulas isu berkenaan sebelum mendapatkan penjelasan mengenainya daripada Kit Siang.

"Kit Siang akan datang Sabtu ini, jadi kita tunggu hari itu. Saya tak boleh sebut (jawab) hari ini (semalam) kerana dia (Kit Siang) hendak datang Sabtu ini," katanya kepada media selepas menyampaikan Kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puchong (DAP), Gobind Singh Deo yang menyifatkan isu pelaksanaan undang-undang Islam oleh Pas yang juga komponen dalam Pakatan Rakyat, sebagai faktor Dyana Sofya Mohd Daud tewas dalam PRK Teluk Intan hujung Mei lalu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah sebelum ini menyangkal dakwaan tersebut dan menasihatkan DAP agar mengakui kesilapan sendiri dan tidak meletakkan kesalahan pada orang lain.

Menurutnya, pemilihan Dyana Sofya yang merupakan orang Melayu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengundi Cina menyebabkan berlaku undi protes dengan tidak mengundi DAP.

Keputusan PRK Teluk Intan menyaksikan Dyana Sofya tewas kepada calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 selepas memperoleh 19, 919 undi.

PRK Teluk Intan diadakan selepas kematian Seah Leong Peng (DAP) akibat barah 1 Mei lalu.

Maklumat bocor: Kenakan tindakan paling tegas

Posted: 06 Jun 2014 11:53 PM PDT

Tan Sri Lee Lam Thye  
Tan Sri Lee Lam Thye


KOTA KINABALU - Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye menggesa agar tindakan paling tegas dikenakan kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap kebocoran maklumat yang menyebabkan perairan Sabah diceroboh.

Katanya tindakan tegas itu diharap dapat mengekang masalah daripada berulang.

"Namun kami percaya majoriti anggota pasukan keselamatan kita berdedikasi dan melaksanakan tugas menjaga keselamatan kita dengan penuh tanggungjawab. Mereka yang terlibat dalam kebocoran maklumat itu mungkin hanya segelintir," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa kebocoran maklumat penting dan rasuah membabitkan anggota pasukan keselamatan merupakan kelemahan utama yang menyumbang kepada pencerobohan perairan Sabah baru-baru ini.

Sekalipun menyifatkan kenyataan Hishammuddin itu sebagai suatu yang serius, Lee berharap perkara tersebut tidak akan melemahkan semangat anggota pasukan keselamatan yang selama ini berkorban nyawa demi mempertahankan negara. - Bernama

Tiada ulasan: