Khamis, 12 Jun 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Penswastaan UiTM kayakan kroni Umno, kata Rafizi

Posted: 12 Jun 2014 04:09 AM PDT

OLEH JAMILAH KAMARUDIN


Sistem konsesi kepada syarikat swasta untuk bina kampus UiTM menguntungkan kroni Barisan Nasional, kata Pakar Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail The Malaysian Insider.
Sistem konsesi yang diberikan kepada syarikat swasta untuk membina enam kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menguntungkan kroni Barisan Nasional (BN), kata Ahli Parlimen Pandan daripada PKR, Rafizi Ramli.

 Rafizi berkata, kerajaan sudah menandatangani perjanjian konsesi selama 23 tahun dan bersetuju membayar sewa tahunan di antara RM56 juta sehingga RM69 juta setiap kampus.

 Katanya, jumlah itu menyebabkan Putrajaya terpaksa menanggung bayaran konsesi tahunan yang dianggarkan berjumlah RM375 juta setahun selama 23 tahun.

"Jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan ini kepada enam syarikat terbabit adalah RM8.6 bilion yang akan ditanggung rakyat.

 "Sedangkan kos untuk membina enam kampus cawangan ini dianggarkan hanya RM1.8 bilion sahaja sekiranya Putrajaya membinanya tanpa diswastakan kepada syarikat melalui sistem konsesi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui jawapan dalam Dewan Rakyat pada April lalu memberitahu enam syarikat dilantik sebagai pemegang konsesi untuk membina enam kampus cawangan UiTM Pasir Gudang di Johor, Jasin (Melaka), Seremban II (Negeri Sembilan), Puncak Alam (Selangor), Tapah (Perak) dan Kota Samarahan (Sarawak).

Kos untuk membina setiap kampus ini di antara RM280 juta ke RM315 juta. Melalui Bajet 2015, pemegang konsesi akan menerima bayaran sewa sebanyak RM234 juta seperti yang dimohon dalam Bajet Tambahan.

 Rakyat terpaksa menanggung beban kos sebanyak hampir lima kali ganda lebih mahal iaitu kos pembinaan kampus hanya RM1.8 bilion tetapi rakyat terpaksa membayar sewa tahunan sebanyak RM8.6 bilion kepada syarikat konsesi," kata Rafizi.

 Beliau juga khuatir jika bayaran sewa tahunan ini akan menjadi salah satu perbelanjaan terbesar yang bakal ditanggung oleh pengurusan UiTM.

"Contohnya bagi 2014 bayaran sewa konsesi sebanyak RM234 juta adalah 11% daripada keseluruhan peruntukan kepada UiTM tahun ini iaitu sebanyak RM2.15 bilion," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan mendedahkan butiran pemilik syarikat yang menerima konsesi penswastaan ini pada minggu depan.

 "Mereka adalah pemimpin Umno sendiri atau kroni terkenal mereka yang rapat atau memegang jawatan dalam Umno.

"Baru rakyat dapat memahami Umno tidaklah membela UiTM seperti yang selalu dilaungkan sebaliknya membebankan UiTM dengan bayaran konsesi untuk mengkayakan pemimpin Umno dan kroni mereka," katanya. -

Salah guna logo halal: Pesalah berdepan denda RM1 juta dan RM5 juta

Posted: 12 Jun 2014 04:03 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 

Individu yang didapati menyalahgunakan logo halal pada produk mereka berdepan dengan denda RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun, manakala syarikat pula boleh didenda tidak kurang RM5 juta.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek (gambar) berkata perkara itu diperuntuk di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

"Sebenarnya yang tetapkan barangan halal ataupun tidak halal itu tanggungjawab Jakim (Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia), namun jika produk itu tidak halal tetapi dicetak logo halal pada pembungkusannya maka pengeluar akan didakwa menurut Akta Perihal Dagangan 2011," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai produk "Bihun Istimewa Cap Masjid" keluaran sebuah kilang di Kuala Lumpur yang mengguna pakai logo halal pada pembungkusannnya sedangkan syarikat tidak mempunyai pensijilan halal Jakim.

Isu itu terbongkar susulan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun yang dibuat dalam keadaan kotor dan jijik menerusi laman sosial.

Sementara itu, mengulas barangan kawalan sempena Aidilfitri, Hasan berkata pihaknya sedang meneliti senarai barangan yang berkenaan.

 "Kami akan umumkan secepat mungkin selepas senarai dimuktamadkan," katanya yang ditemui selepas melancarkan buku "Patent Drafting Manual for Beginners" yang diterbitkan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Terdahulu dalam ucapannya, Hasan berkata MyIPO kini dalam proses membuat kajian impak bagi mengukur tahap kesedaran mengenai kepentingan perlindungan hak harta intelek dalam kalangan kumpulan sasaran iaitu usahawan, belia dan pelajar.

Katanya kajian MyIPO mendapati permohonan hak harta intelek meningkat daripada 31,279 pada 2009 kepada 41,638 pada 2013.

 "Bagaimanapun, permohonan tempatan hanya sekitar 40% daripada jumlah keseluruhan permohonan diterima," katanya.

Mengenai buku itu, Hasan berkata ia bertujuan membantu pemilik-pemilik harta intelek khususnya pereka cipta dalam teknik-teknik pendraftan spesifikasi paten yang mengikut kehendak Akta Paten 1983 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.

Ini bagi tujuan pemfailan permohonan paten yang menggariskan teknik pendraftan paten sama ada secara nasional atau penfailan antarabangsa.

 Hasan berkata buku itu dijual pada harga RM60 dan turut diedarkan secara percuma kepada semua perpustakaan awam dan institusi pengajian tinggi seluruh negara. - Bernama

Mahfuz pertahan wujud salah guna kuasa menteri dalam Bank Rakyat

Posted: 12 Jun 2014 03:57 AM PDT


Tetap wujud unsur salah guna dalam skandal pemberian pinjaman RM32 juta kepada usahawan permaidani Deepak Jaikishan, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar. Gambar fail The Malaysian Insider.

OLEH JAMILAH KAMARUDIN .


Tetap wujud unsur salah guna dalam skandal pemberian pinjaman RM32 juta kepada usahawan permaidani Deepak Jaikishan, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar. Gambar fail The Malaysian Insider.


Ahli Parlimen Pokok Sena daripada PAS, Datuk Mahfuz Omar mempertahankan kewujudan unsur salah guna dalam skandal pemberian pinjaman RM32 juta tanpa faedah Bank Rakyat kepada ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan.

Mahfuz berkata, campur tangan menteri yang mengarahkan lembaga pengarah Bank Rakyat untuk membuat keputusan mengenai pinjaman itu masih dianggap sebagai satu kesalahan.

Katanya, lembaga pengarah yang dipengerusikan oleh Tan Sri Sabbaruddin Chik semasa keputusan pertama sudah menolak cadangan pinjaman itu tetapi menerimanya pada kali kedua atas persetujuan secara 'rela-paksa' selepas diarahkan menteri.

 "Menteri beri ugutan kalau tidak setuju akan dipecat. "Ini ugutan yang diperakui Sabbaruddin. Jadi kalau SPRM kata tiada unsur rasuah, ya mungkin daripada aspek beri atau terima benda tetapi salah guna kuasa juga dikira berunsur rasuah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

 Katanya, kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang menyatakan Sabbaruddin membuat penafian itu tidak benar.

Katanya, Sabbaruddin hanya menafikan laporan berita yang mengaitkan pinjaman itu dengan keluarga perdana menteri tetapi tidak pernah menafikan penglibatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek dalam skandal ini.

 Beliau turut mendedahkan hasrat Hasan untuk berjumpa dengannya secara peribadi bagi menjelaskan situasi sebenar.

Melalui nota kecil yang diletakkan di meja Mahfuz dalam Dewan Rakyat, Hasan berkata "YB Pokok Sena, bila boleh kita jumpa berbincang isu Bank Rakyat?" serta dengan tandatangan dan nombor telefon bimbit peribadi.

Mahfuz berkata, nota itu dipercayai diletakkan pada petang semalam ketika beliau tiada dalam Dewan dan sedia berjumpa dengan Hasan pada bila-bila masa saja.

 "Tetapi persoalannya dia tidak perlu beri penjelasan kepada saya tetapi kena jelaskan dalam Dewan dan rakyat demi memastikan penjelasan kukuh dijawab di Parlimen.

"Dia bukan bertanggungjawab kepada saya tetapi kepada Parlimen," katanya.

 Ahmad pada sesi penggulungan Dewan Rakyat semalam menafikan Bank Rakyat memberi pinjaman kepada mana-mana individu tanpa mengira kadar keuntungan.

Beliau berkata, pihak yang menimbulkan dakwaan itu mungkin terkeliru dengan penstrukturan pembayaran semula pokok atau baki pinjaman.

 Katanya, pihaknya juga dimaklumkam Sabbaruddin sudah mengakui kenyataannya mengenai isu itu diputarbelitkan oleh media alternatif.

Ahmad berkata, penstrukturan pembayaran semula yang diklasifikasi sebagai "non performing loan" merupakan amalan biasa bank bagi memastikan sebarang pinjaman perlu mendapat pulangan yang baik berdasarkan keadaan semasa. Mengenai 120 keping cek "post-dated", beliau berkata perkara itu sekadar cara bayaran dan tidak menyalahi undang-undang.

Tiada Kenaikan Tambang Bas Ekspres Aidilfitri Ini

Posted: 12 Jun 2014 03:42 AM PDT




Pengusaha bas ekspres boleh menjual tiket sempena Aidilfitri mulai sekarang mengikut kadar tambang sedia ada.

PETALING JAYA: Tiada kenaikan tambang bas ekspres menjelang Aidilfitri ini, sebaliknya ketetapan mengenai kadar baharu  akan diputuskan selepas sambutan perayaan itu.
Perkara itu disahkan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) kepada mStar Online.

Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Mohamad Asfar Ali meminta pengusaha bas menjual tiket bas ekspres mengikut kadar ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum ini.

"Semua pengusaha bas boleh menjual tiket sempena Aidilfitri mulai sekarang mengikut harga tambang sedia ada," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Mohamad Asfar berkata, beliau dimaklumkan bahawa kerajaan hanya akan menetapkan kadar tambang baharu bagi bas ekspres  selepas sambutan Aidilfitri.

Katanya, PMBOA bersetuju dengan komitmen kerajaan itu kerana tidak mahu penumpang terbeban dengan tambang baharu itu.

"Kita juga tidak mahu merosakkan 'mood' mereka yang ingin balik ke kampung halaman untuk meraikan hari raya bersama keluarga masing-masing," katanya.

Pada masa sama, beliau berharap kerajaan menunaikan janji untuk menaikkan kadar tambang seperti diusulkan PMBOA kepada SPAD pada Jun tahun lalu.

"Sebagaimana kita bersetuju dengan hasrat murni itu, kita harap kerajaan juga akan tunaikan janji untuk menaikkan kadar tambang seperti yang diminta," katanya.

Pada Jun tahun lalu, PMBOA mengusulkan cadangan kepada SPAD untuk menaikkan tambang bas ekspres sebanyak 30 peratus kerana berlaku peningkatan terhadap kos operasi.

Katanya, kenaikan itu perlu dilaksanakan kerana kali terakhir harga tiket disemak semula adalah pada 2008.

Mohamad Asfar berkata, peningkatan harga alat ganti yang bukan barang kawalan dan minyak pelincir iaitu bahan wajib bagi setiap bas juga menaikkan kos pengusaha bas.

Bernafaskah Demokrasi di Dunia Internet?

Posted: 12 Jun 2014 03:25 AM PDT

internet-100016261-large

Oleh Ahmad Tajuddin Abdullah


Membaca komentar Pengarah Hal Ehwal Politik Allianz SE, Katinka Barysch mengenai kebuntuan dunia internet untuk menyediakan lapangan demokrasi yang sihat kepada penggunanya begitu membuka minda untuk berfikir sejenak. Bagi para marhaen yang optimis internet merupakan jalur kepada mereka untuk menyuarakan hasrat nurani dan membebaskan mereka dari sebarang cengkaman pihak pemerintah, ujar Katinka, wajar untuk mengkoreksi semula optimisme mereka.

Sebelum kita melompat jauh ke dalam perbincangan ini, lagi elok untuk kita memahami konteks dunia internet di Malaysia. Menurut laporan yang dikeluarkan pada tahun 2012 oleh International Telecommunication Union (ITU), Malaysia menduduki tangga keempat dari 180 buah negara dalam peratusan jumlah penduduk yang menggunakan internet dari keseluruhan populasi, iaitu 13.4%.

Angka penduduk yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan populasi pada tahun 2010 berjumlah 28.3 juta orang. Jika ditimbang secara kasar, kira-kira 4 juta rakyat Malaysia mempunyai sambungan internet, tidak kira sama ada melalui telefon bimbit, Wi-Fi di rumah dan sebagainya.

4 juta merupakan angka yang besar untuk negara ini, maka tidak hairanlah laporan mengatakan Malaysia berada di tangga keempat dunia bagi penggunaan digital. Jika disukat mengikut sisi tesis ini, sewajarnya Malaysia jauh lebih terkehadapan dari sudut kematangan demokrasinya, sejajar dengan terbuka nya minda rakyat Malaysia terhadap dunia maklumat dan kebebasan untuk bersuara yang lebih dijamin oleh Facebook berbanding Utusan Melayu. Itu pun jika kita melihat dari sudut optimisnya marhaen yang mengharapkan internet menawarkan sesuatu yang tiada di dunia luar. Namun benarkah begitu realitinya ketika ini?

Freedom House – sebuah badan bebas yang menjalankan kajian mengenai kebebasan internet dan media – melaporkan, Malaysia masih dikategorikan sebagai negara separa bebas bagi penggunaan internet. Kita memuji langkah kerajaan yang mahukan rakyatnya terdedah dengan dunia internet, tetapi itu tidak bermakna mereka mahu rakyat negara ini terdedah dengan maklumat. Internet merupakan alat, jika internet kerjanya sekadar untuk permainan atas talian maka akan lahirnya sekumpulan badut-badut yang diikat tengkuknya dengan rantai oleh tuan mereka.

Kadang kala marhaen terbuai dengan keupayaan internet untuk menumbangkan rejim, mengambil contoh Tunisia apabila Mohamed Bouazizi membakar dirinya yang tidak tahan dengan kerenah birokrasi dan rasuah dalam kalangan polis di bandarnya, yang akhirnya mencetuskan sebuah revolusi menggulingkan rejim Zine El Abidine Ben Ali pada tahun 2011. Berita Bouazizi disebarkan secara viral oleh Facebook dan Twitter, mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat yang sudah sekian lama tertindas.

Dan begitulah yang tertulis dalam sejarah pada semua kebangkitan yang berlaku di Tanah Arab, termasuklah juga di Brazil, Sepanyol dan malah baru-baru ini di Ukraine. Tidak dinafikan itulah sumbangan internet pada nilai harga diri manusia yang bebas, yang mahukan suara mereka didengari, menjadikan internet wadah utama. Di internet juga, segala penyusunan strategi mobilasi rakyat dilakukan. Di internet juga, didedahkan segala dokumen rasuah dan maklumat hasil salah guna kuasa oleh pihak pemerintah. Tidak dinafikan itu semua.

Namun begitu, menjengah 2014, internet bukan lagi begitu sifatnya. Kerajaan pemerintah bijak, sebagaimana bijaknya rakyat mereka memanfaatkan internet untuk menjatuhkan mereka. Tahun lepas Edward Snowden menjadi buruan pihak Amerika apabila beliau mendedahkan rancangan pihak Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) melalui program rahsia mereka yang disebut sebagai PRISM, sebuah program pemantauan global – ya mereka memantau melalui jaringan internet – yang akan menginjak segala ruang privasi setiap individu dan kerajaan dengan mudahnya mengutip segala maklumat peribadi tanpa kebenaran tuan miliknya. Jika kita membicarakan hal ini dari sudut hak asasi manusia dan kebebasan individu, sudah tentu perbahasannya akan menjadi panjang lebar.

Itu satu contoh yang jelas untuk pembaca menilai konteks perbincangan mengenai demokrasi dalam dunia internet. Kisah di Amerika menjadi ikutan banyak negara, tidak mustahil Malaysia turut merancang, atau sudah pun ada program sedemikian untuk mengawal dan mengehadkan pengaruh kebangkitan melalui saluran internet. Contoh di Ukraine sekarang, mereka tidaklah menyekat internet tetapi para algojo di sana mengupah sekumpulan tentera atas talian yang tugas mereka semata-mata untuk mengacau sebarang perbincangan mengenai isu semasa di forum-forum atas talian. Ini tetap juga dinamakan strategi kerajaan untuk mengawal internet.

Sebetulnya perlu disebut, kerajaan cuba untuk mengawal demokrasi daripada diulang latih oleh rakyat mereka. Jangan dilupakan, kita di Malaysia punya Akta Hasutan, juga tugasnya untuk mengawal rakyat bersuara menggunakan saluran internet.

Itu soal kerajaan yang menyekat, pada satu sisi. Jika dibuat pemerhatian mendalam lagi, hakikatnya rakyat sendiri, secara tidak langsung yang cuba membunuh demokrasi dalam dunia internet. Mengambil contoh ruangan komen di setiap portal berita tempatan, umpamanya Malaysiakini, satu persoalan tuntas yang akan terpacul ialah, ke mana semua perbincangan yang bersifat sebegini mahu dibawa?

Terdapat sekelompok besar pengguna internet di Malaysia menunjukkan obsesi yang ketara dalam hal kepolitikan. Secara rambang, bagus bunyinya, namun setakat mana bagusnya itu, kita tidak menemui jawapan dalam segala komentar Facebook dan forum dan ulasan-ulasan mengenai politik di Malaysia. Mari kita jengah demografi di Twitter pula. Sekitar Februari 2014, Malaysia mempunyai kira-kira 3.5 juta pengguna Twitter, dan hampir sejuta yang berstatus aktif. Sesiapa yang sering mengikuti bahagian topik yang menjadi trending dalam kalangan pengguna di Malaysia, jarang sekali isu kenegaraan mendapat tempat sepuluh teratas.

Hakikatnya, seperti yang diakui ramai ini bukanlah masalah yang dihadapi oleh Malaysia berseorangan. Negara lain juga begitu. Jika awal tahun 2011, internet seolah-olah satu senjata baru untuk menjatuhkan rejim, kini tahun 2014 internet menunjukkan penggunanya makin lesu tidak bermaya. Begitu banyak forum di Facebook, yang tujuan asalnya diwujudkan untuk membincangkan soal kenegaraan, akhirnya bertukar menjadi pusat pengiklanan insurans dan kereta terpakai.

Kesan terburuk yang boleh dilihat, rupa dunia internet sebegini cuma akan mengundang rasa meluat dalam kalangan ramai pengguna dan akhirnya, mereka mengambil jalan mudah untuk bersikap tidak mengambil tahu langsung. Dan akhirnya, inilah nasib demokrasi dalam dunia internet. Sepatutnya, demokrasi fungsinya menganjurkan satu medan yang memberi peluang kepada semua untuk bersuara secara sihat, membebaskan manusia dari cengkaman pemerintah di dunia luar, namun, dek keceluparan kelompok obsesi – atau ekstrem – tidak dinafikan membunuh demokrasi yang sepatutnya hidup subur.

Jika kita memberi harapan pada internet semata-mata untuk membina persekitaran politik yang lebih baik, lebih baik lupakan hasrat tersebut. Optimis adalah sifat yang terpuji, namun jika ekstrem optimisnya pada keupayaan internet untuk membina sesuatu kepada negara ini, ada sesuatu yang tidak kena dalam pemahaman kita. Dunia internet juga tidak lain adalah sama sebenarnya dengan dunia luar internet. Perlu diinsafi, tiada kebebasan mutlak, dalam atau luar dunia internet. Manusia hidup di dunia luar perlu dikawal, tidak dapat tidak dunia internet juga memerlukan kawalan sebegitu, yang padanya memberi maksud, demokrasi di dunia internet harus mekar sebagaimana berkehendak nya kita pada kemekaran demokrasi di dunia luar.

Politik yang sihat tidak wujud dengan bersungguh nya kita memuat naik status mengenai peletakan jawatan Mat Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Demokrasi tidak akan subur dengan hanya berkongsi video Rosmah Mansur menari dangdut di majlis hari raya.

Mengeksploitasi gambar-gambar selfie Najib Razak dijadikan meme sebagai bahan jenaka tidak akan mampu menumbangkan sebuah rejim. Bersikap berkecuali dan menyalahkan pihak lain tidak berkesudahan juga tidak akan mengubah apa-apa landskap politik negara ini. Hakikatnya, jika para pengguna internet sekadar pada paras begini cara mereka bersikap ketika berada dalam dunia internet, tidak hairanlah mengapa hampir setiap hari topik trending di Twitter hanya seputar sambutan hari lahir penyanyi K-Pop.

Menjawab persoalan perbincangan ini, Katinka berpendapat, tidak dapat tidak gerakan politik yang begitu mahukan medan demokrasi yang segar, harus sedar bahawa pembinaan kepolitikan itu tidak boleh mengharapkan internet semata-mata, dan menuntut agar kerajaan membebaskan internet dari kawalan itu merupakan angan-angan Mat Jenin. Mereka harus lebih realistik, bagi Katinka, dengan turun menyertai protes-protes jalanan, berkempen untuk peningkatan jumlah keahlian dalam parti politik dan memainkan peranan masing-masing untuk meningkatkan lagi peratusan keluar mengundi setiap kali pilihan raya.

Hanya dengan cara demikian, menggabungkan dunia internet dan strategi traditional, barulah cita-cita untuk melihat demokrasi terus bernyawa dalam dunia internet termakbul, bahkan di dunia luar.
Demikianlah, untuk berpolitik itu, tidak cukup hanya di Facebook. Politik masih perlu menginjakkan tapak kakinya di tanah jua. Roketkini.com

Klinik Guaman Pusat Wanita Berdaya jadi medium perlindungan

Posted: 12 Jun 2014 03:19 AM PDT

Oleh: AFEEQA AFEERA
 
SHAH ALAM: Klinik Guaman Pusat Wanita Berdaya (PWB) diwujudkan di bawah portfolio Kebajikan dan Hal Ehwal Negeri Selangor bagi membantu kaum wanita mendapat rujukan terhadap sebarang kes atau isu yang menimpa mereka dalam kehidupan seharian.

Klinik yang mula dilaksanakan sejak 2013 menjadikan Batu Tiga sebagai perintis dengan menawarkan perkhidmatan guaman profesional yang dipilih pelanggan sendiri.

Exconya, Rodziah Ismail, berkata sehingga kini klinik berkenaan sudah menerima 15 laporan kes antaranya kes kemalangan yang sukar mendapat pampasan insuran, tidak mendapat pengiktirafan sebagai golongan kelainan upaya (OKU), penipuan dalam pengeluaran passport warga asing dan keganasan rumah tangga.

KG1M DUNGUN 1Beliau berkata, usaha reaktif Klinik Guaman itu adalah bagi memberi advokasi kepada golongan wanita setempat berkenaan undang-undang, peraturan dan prosedur yang perlu diketahui untuk melindungi diri mereka serta mendapat hak yang sepatutnya.

"Dalam menangani pelbagai permasalahan wanita, perlu juga diiringi dengan sesi kaunseling bagi membimbing wanita dan keluarga yang bermasalah untuk mencari jalan penyelesaian yang boleh memberikan ketenangan dan harapan masa depan lebih baik untuk pihak terbabit.

"Kebiasaannya, wanita tidak tahu ke mana hendak diadukan atau mendapat tunjuk ajar berkenaan apa yang sedang dihadapinya dan bagaimana untuk menyelesaikannya. Oleh sebab itu, kita menyediakan Klinik Guaman ini supaya wanita mudah untuk mendapat nasihat daripada pakar panelnya," katanya dalam satu kenyataan.

Rodziah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu tiga berkata, Kilinik Guaman PWB perlu disokong oleh usaha proaktif, advokasi, kaunseling dan proses pembuatan keputusan yang peka gender membabitkan golongan legislatif, eksekutif, peringkat kerajaan tempatan dan pejabat daerah Selangor.

Beliau juga berpandangan wanita wajar berada dalam jaringan wanita setempat untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan saling membantu serta menyokong sesama sendiri.

rodziah"Ia boleh memberi motivasi, semangat dan menerbitkan idea baru bagaimana untuk mengatasi cabaran yang dihadapi juga membentuk kehidupan diri, keluarga serta masyarakat dengan lebih baik.

"Wanita sering cepat berputus asa kerana sistem yang sarat dengan birokrasi dan memakan masa yang amat panjang untuk diselesaikan.

"Ramai wanita merasakan tidak mampu untuk mendapatkan apa yang menjadi hak mereka kerana prosesnya memerlukan perbelanjaan yang besar," katanya.

Kilinik Guaman di PWB Batu Tiga itu dibuka setiap hari Sabtu bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan orang ramai yang berminat boleh menghubungi talian 03-55212342 atau 03-5519 0600 untuk mendapatkhidmat kaunseling.-NFN-

SPR sengaja tidak daftar pengundi baru, elak tambah kerusi bandar?

Posted: 12 Jun 2014 03:07 AM PDT

okm


Roketkini.com


KUALA LUMPUR,: Adakah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sengaja memperlahankan usaha pendaftaran pengundi baru kerana tidak ingin menambah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), terutama di kawasan bandar yang memihak kepada Pakatan?

Dalam satu kenyataan media hari ini, Strategis Pilihanraya DAP Ong Kian Ming berkata, tindakan SPR yang tidak memperbaharui status Pembantu Pendaftar (ARO) parti politik yang berperanan mendaftar pengundi menyebabkan bilangan pengundi baru merosot secara konsisten sejak suku pertama 2013.

"Berdasarkan data, jumlah pengundi baru pada suku pertama 2013 adalah 104,222. Sejak itu, jumlah itu berkurangan pada setiap suku. Untuk suku kedua, pertambahan pengundi adalah 47,671 dan suku ketiga pula hanya 8434.

"Bermula suku keempat 2013, jumlah pertambahan adalah negatif iaitu -7941, yang bermakna jumlah pengundi dalam daftar berkurang. Yang terbaru, iaitu untuk suku pertama 2014, jumlahnya adalah -11565," katanya.

Katanya lagi, antara sebab jumlah pengundi berkurang adalah kerana SPR tidak aktif mendaftarkan pengundi baru, serta tiada lagi ARO yang banyak membantu SPR dalam menjalankan pendaftaran.

"Sebelum ini, SPR banyak bergantung kepada ARO parti politik. Namun kini kami tidak boleh lagi mendaftar pengundi baru.

"Kita tidak boleh mengelak daripada mengesyaki SPR sengaja memperlahan penambahan pengundi, kerana banyak pengundi baru ada di kawasan bandar yang menyokong Pakatan dalam Pilihanraya Umum lalu. Ini bermakna kurang tekanan untuk mereka menambah kerusi Parlimen dan DUN pada persempadanan semula akan datang," katanya lagi.

Ketika beliau membangkitkan soalan ini dua hari lalu kepada menteri yang bertanggungjawab ke atas SPR, iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim, beliau menjelaskan bahawa tiada perancangan untuk memperbaharui status ARO kerana penyelarasan proses pendaftaran sedang dijalankan.

"Saya juga ada baca laporan SPR tidak ingin memperbaharui status ARO kerana ada sebahagian yang menyalahgunakannya untuk mendaftar pengundi tanpa pengetahuan pemilih, serta memberikan wang kepada sesiapa yang mendaftar.

Menyifatkan jawapan Shahidan sebagai tidak memuaskan, beliau menyeru SPR memperbaharui semula status ARO dan hanya mengambil tindakan kepada ARO yang melakukan kesalahan.

"Hanya dengan bantuan parti politik SPR dapat mendaftar lebih banyak pengundi baru dan mengurangkan bilangan pemilih layak yang tidak berdaftar. Melainkan jika SPR bercadang untuk melaksanakan pengundian automatik," katanya lagi. – Roketkini.com

Politik dipenuhi ‘serigala buas’

Posted: 12 Jun 2014 03:05 AM PDT



Oleh Abd Shukur Harun


RAKYAT prihatin, terutamanya di kalangan agamawan, intelektual dan para tokoh masyarakat sivil, kini berasa amat bimbang, malah amat cemas dengan berleluasanya politik tidak bermoral di tanah air.

Gejala ini semakin menggelembung, bernanah dan semakin membesar, membahayakan bukan saja kepada rakyat, tetapi juga kepada pembangunan negara ini sendiri yang akan menyambut ulang tahun kemerdekaannya ke-57 pada 31 Ogos ini.

Seperti kata Dekan Sejarah Universitas Negeri Yogyakarta, Ahmad Syafii Maarif, politik tidak bermoral sama seperti serigala yang akan saling memakan mangsanya (musuhnya), tanpa belas kasihan, tanpa mengambil kira apa pun, bertindak hanya atas dendam untuk menewaskan musuh politiknya.

Menurutnya, tanpa moral dan integriti pelakunya, politik tidak akan menjadi sarana mewujudkan cita-cita kesejahteraan umum.

Katanya lagi, politik mesti didukung oleh moral dan kemanusiaan, kerana ia adalah inti dan ajaran setiap agama.

Maka tanpa nilai moral ini, dunia politik hanya dipenuhi serigala buas.

Dalam hubungan ini, pada pendapat saya, politik di Malaysia sejak akhir-akhir ini juga tidak kurang unsur 'serigala' yang dikatakan oleh dekan tersebut.

Kisah bagaimana Dato' Seri Anwar Ibrahim, selama lebih 15 tahun difitnah, dihina, didera berterusan hingga kini sudah diketahui umum. Selain itu tindakan demi tindakan terhadap musuh politik, penipuan dalam pilihan raya dan terbaru 'sandiwara politik' adalah antara contohnya.

Juga bagaimana politik perkauman dan fahaman agama yang sempit mengaum dan menyeringaikan taringnya bukan saja menjelang pilihan raya umum lalu, tetapi juga gejala itu berterusan hingga kini, malah lebih menggerunkan lagi.

Hampir-hampir tidak ada satu hari pun yang tiada ada jeritan perkauman dan agama yang sempit yang dipaparkan melalui media tertentu, forum, pelbagai kenyataan dan sebagainya.

Juga bagaimana rasuah dan nepotisme berkembang biak serta pelbagai lagi adalah sebagai gejala yang mencerminkan bagaimana politik tidak bermoral berkembang dengan buasnya. Ia juga menggambarkan merosotnya nilai kemanusiaan.

Sasterawan Negara, Dato' Shahnon Ahmad memberitahu saya dalam pertemuan di rumahnya di Pulau Pinang barubaru ini bahawa beliau melihat gejala politik tidak bermoral sedang berkembang tanpa kawalan.

Politik seperti ini, katanya, sangat kotor, hanyir dan membawa penyakit kepada rakyat dan negara. Ia menyingkirkan sifat manusiawi, hukum agama dan moral.

Menurut Shahnon, politik tanpa moral ini sangat kejam dan rakus. Ia dibina dari konsep 'tujuan menghalalkan cara', apa saja boleh dilakukan asalkan mencapai tujuan. Maka pemikiran seperti ini bertentangan sama sekali dengan Islam.

Konsep ini dicetuskan oleh ahli teori politik dari Itali, Nicolo Machiavelli pada zaman pertengahan yang mencipta konsep tersebut Iaitu teori bagaimana hendak mempertahankan kekuasaan seperti yang dihuraikannya dalam bukunya, 'Il Principle' (The Prince). Menurut pendapatnya, bahawa politik dan moral adalah dua hal yang tiada kaitan. Yang diutamakan oleh Machiavelli, ialah bahawa pemimpin yang berkuasa mesti berjaya, malah boleh melakukan apa saja kononnya untuk kestabilan negara.

Teori Machiavelli ini sangat bahaya, datang daripada orang yang mengkesampingkan agama, moral, kemanusiaan dan nilainilai murni seluruhnya. Teori ini diguna pakai oleh pemimpin dan pemerintah sekular baik di manamana pun.

Teori ini sangat bertentangan dengan Islam, justeru yang menjadi paksi sesebuah pemerintahn dan politik Islam ialah keadilan dan kesejahteraan manusia walau apa pun bangsa, warna kukit dan agamanya.

Contoh yang menyerlah ditunjukkan ketika pemerintahan Islam di Madinah, seterusnya diikuti di zaman para sahabat, termasuk khalifah muda, Umar Abdul Aziz. Pemerintahannya itu berpaksikan al-Quran dan Sunnah. Ia diaplikasikan dalam semua bidang kehidupan.

Politik Islam berpandukan agama, pemimpin menjalankan pemerintahan berasaskan amanah. Ia memenuhi fungsi Islam sebagai Rahmatan- Lilalamin.

Perihal ini telah dihuraikan oleh Ibnu Khaldun dan Ibnu Tamiyah serta pemikir Islam yang lain zaman berzaman.

Ramai berpendapat bahawa pelaku politik tidak bermoral ini bukan saja datang daripada golongan yang tidak mempunyai pendidikan tinggi, tetapi juga datang daripada pelbagai kalangan, latar belakang sejarah kehidupannya dan keluarganya serta persekitarannya.

Apa yang paling jelas ialah kemahuannya yang sangat besar untuk berkuasa dan dengan itu membina kekayaan demi kekayaan untuk dirinya, saudara maranya dan sahabat handainya dan ini dipanggil kronisme. Saya teringat bagaimana ahli falsafah, Immanuel Kant yang pernah menyindir bahwa ada dua watak haiwan di dalam setiap 'insan politik' iaitu watak merpati dan watak ular.

Ahli politik, katanya, kadang-kadang memiliki watak merpati yang lemah lembut dan penuh kemuliaan dalam memperjuangkan idealismenya.

Tetapi di sisi lain kadang-kadang ada juga ahli politik mempunyai watak ular yang licik dan jahat, serta selalu berusaha untuk memangsakan merpati.

Akan tetapi malangnya, kata Kant, bahawa yang sering menonjol dimiliki oleh insan politik adalah 'watak ular' berbanding 'watak merpati'.

Dari sikap itu, katanya, sehingga memunculkan pemikiran bahawa politik itu kotor, tipu muslihat, licik, serta kejam dalam mencapai suatu tujuan. Anggapan ini hingga kini masih dianut oleh sebahagian orang, bahkan majoriti, dan tentunya hal ini mencederakan pengertian politik itu sendiri pada hal menurut ahli falsafah, Aristotle bahawa politik itu sendiri justeru bertujuan mulia.

Bagaimanapun di Nusantara ini, ada tokoh politik dan intelektual yang bermoral tinggi, iaitu BJ Habibie, Presiden Indonesia yang ketiga, yang memegang jawatan itu begitu singkat, dari 21 Mei 1998 hingga 20 Oktober 1999.

Beliau meletakkan jawatannya sebagai Presiden Indonesia kerana ucapan penanggungjawabannya ditolak oleh Sidang Parlimen.

Selepas itu di suatu majlis di Jakarta, beliau diundang hadir di majlis itu. Beliau bersalaman dengan beberapa ahli Parlimen yang menentang ucapannya dulu.

Tetapi Habibie masih berupaya tersenyum dan ramah dengan lawan politiknya itu. Dialah tokoh yang dianggap sebagai pemimpin berprinsip dan bermoral tinggi dan dialah yang menyuburkan demokrasi di Indoneia yang dimulai dari era pemerintahannya.

Kelewatan mengemukakan laporan RCI pendatang haram tanda kerajaan tidak serius tangani masalah Sabah

Posted: 12 Jun 2014 03:02 AM PDT

stephen wong


Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Sandakan Stephen Wong Tien Fatt kesal dengan tindakan kerajaan yang sehingga kini masih gagal mengemukakan laporan Suruhanjaya Siasata Diraja (RCI) berhubung masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa tidak ada isu kelewatan kerana laporan itu telah siap dan kerajaan akan mengemukakannya serta mengambil tindakan terhadap pesalah.

Stephen mempersoalkan jawapan Shahidan itu kerana menurutnya laporan RCI dikatakan sudah selesai sejak enam bulan lalu, tapi sehingga kini, beliau masih belum dapat mengetahui dan melihat laporan tersebut.

"Di mana keikhlasan kerajaan dalam menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di Sabah?

"Kerajaan perlu sedar masalah pendatang haram ini merupakan punca kepada berlakunya banyak isu seperti keselamatan dan jenayah di negeri ini, seperti yang terjadi di Semporna serta Lahad Datu.

"Jadi, amat penting untuk laporan RCI dikemukakan sebagai resolusi menanganinya," katanya dalam sidang media bersama Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong dan Ahli Parlimen Kampar Dr Ko Chung Sen, tengahari tadi.

Timbalan Pengerusi DAP Sabah itu berkata, dari segi pengendalian yang ditunjukkan BN, mereka juga seolah-olah tidak pernah memandang serius isu ini.

"Apakah keselamatan rakyat Sabah akan terus menjadi mainan politik BN?

"Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini telah berjanji bahawa RCI akan diselesaikan sebelum PRU 13. Sekarang PRU sudah lama berakhir, mana laporan RCI?

"Adakah ia akan menjadi seperti kes VK Lingam yang berlalu 'under the carpet'," ujarnya
Tambah beliau, rakyat Sabah sudah muak dan tidak dapat menunggu lebih lama lagi, sebab itu kerajaan tiada pilihan selain mengemukakan laporan RCI segera.

"Jangan mempermainkan keselamatan dan sentimen rakyat Sabah!" tegasnya. -Roketkini.com

Ahli Parlimen Kulim akui terima notis muflis

Posted: 12 Jun 2014 01:33 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir mengakui beliau menerima Notis Kebankrapan dari Mahkamah Tinggi Malaya bahagian dagang.
 
Beliau berkata, notis tersebut berkaitan dengan kegagalan salah satu perniagaan yang dijalankan oleh keluarganya dan ia mengakibatkan bayaran balik pinjaman gagal ditunaikan kepada pihak bank.
 
Beliau hanya mengetahui dan dimaklumkan mengenai perkara itu semalam.
 
Abdul Aziz memberitahu, beliau sedang berbincang dengan pihak bank dan berharap perkara ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin.
 
"Saya harap orang ramai turut berdoa supaya segalanya dipermudahkan," katanya.
 
Notis Kebankrapan tersebut bertarikh 25 Mac 2014 dan Perintah bertarikh 29 Mei 2014.

Untung Jadi Deepak, Di Parlimen Pun Ahmad Maslan Turut Membelanya...

Posted: 12 Jun 2014 01:24 AM PDT



Oleh Shahbudin Husin


Isu penyelesaian baki pinjaman tanpa faedah sebanyak RM32 juta yang melibatkan ahli perniagaan kontroversi, Deepak Jaikishan terus menjadi perbualan. Ketika banyak persoalan dibangkitkan mengenai kewajaran memberi keistimewaan kepada ahli perniagaan itu, dari ruang bicara kaki lima hinggalah ke sidang Parlimen, pihak kerajaan nampaknya lebih selesa terus membela Deepak.
 
Walaupun sudah dijelaskan oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat, Sabbaruddin Chik mengenai keengganan Lembaga Pengarah bank meluluskan pinjaman itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek malah pernah diugut untuk dipecat jika tidak menuruti kehendaknya, keinginan untuk melakukan siasatan juga tidak kelihatan.

Sabbaruddin juga bertegas bahawa penyambungan kontraknya yang telah dipersetujui oleh Bank Negara tidak diteruskan oleh menteri terbabit berikutan keengganan Lembaga Pengarah itu. Tetapi Hassan Malek enggan memberi sebarang kenyataan, sebaliknya hanya berkata beliau sedia disiasat.

Sebelum itu, beliau melarikan diri daripada buruan media dan enggan memberi sebarang komen.

Jika Hasan dipihak yang benar, kenapa mengelak untuk memberi penjelasan yang detail dan panjang sebagaimana yang didakwa oleh Sabbaruddin. Mengatakan dirinya sedia disiasat tidak menggambarkan beliau dipihak yang benar.

Sementara Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor yang turut dikaitkan dengan keistimewaan yang diterima Deepak masih enggan memberi sebarang reaksi sehingga ini, paling awal bertindak ialah SPRM yang mengatakan tiada elemen rasuah dalam kontroversi itu. SPRM dalam siasatan awalnya mendapati apa yang berlaku hanyalah berkaitan salah urus saja.

Soalnya sudahkah SPRM melakukan siasatan dan mendapatkan maklumat daripada Sabbaruddin sendiri? Adakah SPRM pernah melihat surat daripada Hasan Malek kepada Sabbaruddin yang mengarahkannya meluluskan permintaannya itu?

Kenapa SPRM terlalu awal mahu membersihkan Deepak dan Hasan Malek?

Hari ini Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan yang pernah berbangga dengan pointer 3.85 yang dimilikinya juga tampil menjelaskan di Parlimen bahawa tiada campurtangan menteri kabinet dalam meluluskan pinjaman kepada Deepak itu.

Kata Ahmad Maslan lagi, pihaknya juga dimaklumkan bahawa Sabbaruddin juga mengakui kenyataannya mengenai isu itu telah diputar belit oleh media alternatif.

Persoalan yang sama juga ditanyakan kepada Ahmad Maslan, adakah beliau tahu dan melihat surat Hasan kepada Sabbaruddin yang mengarahkannya meluluskan penyelesaian tanpa faedah melalui 120 keping cek post dated? Tahukah juga beliau bahawa Hasan pernah mengugut mahu memecat Sabbaruddin dalam suatu perjumpaan?

Jika beliau tidak tahu semua itu dan tidak pernah berusaha mahu mendapatkan maklumat daripada Sabbaruddin, janganlah begitu mudah bercakap urusan Deepak itu tidak ada campurtangan menteri kabinet. Janganlah memalukan diri sendiri dengan pointer 3.85 itu.

Blog ini pada 20 May lalu adalah yang paling awal mendedahkan mengenai isu keistimewaan yang diterima Deepak setelah berbual panjang dan minum petang dengan Sabbaruddin. Hanya setelah itu barulah ianya dipetik oleh beberapa blog serta portal berita, manakala ada pula portal berita yang menemui sendiri Sabbaruddin kemudiannya.

Dalam pertemuan dengan Sabbaruddin itu, beliau telah menunjukkan beberapa dokumen yang antaranya adalah surat daripada Hasan yang mengarahkannya meluluskan penyelesaian melalui pembayaran 120 cek post dated itu serta memaklumkan juga perbincangan di pejabat menteri telah bersetuju dan ia didapati telah diadakan sejak Januari 2013 lagi.

Adakah ini bukan campurtangan menteri kabinet namanya wahai Ahmad Maslan?

Kalau Ahmad Maslan tidak pernah tahu adanya surat Hasan kepada Sabbaruddin itu, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab itu. Sebelum bercakap, terutamanya di Parlimen, dapatkanlah maklumat menyeluruh terlebih dahulu dan bukannya maklumat sepihak sahaja. Setidak-tidaknya berjumpalah dengan Sabbaruddin juga.

Ahmad Maslan juga berkata, Sabbaruddin mengakui bahawa kenyataannya mengenai isu pinjaman Deepak itu telah diputarbelit oleh media alternatif. Sekali lagi Ahmad Maslan keliru. Sabbaruddin tidak pernah menyatakan kenyataannya mengenai pinjaman Deepak diputarbelit, yang beliau kata diputarbelit itu ialah kenyataannya mengenai kemungkinan BN akan kalah dalam pilihanraya akan datang sekiranya tiada sokongan golongan muda dan tiada perubahan dalam kepimpinan Najib.

Hanya ini yang Sabbaruddin kata diputarbelit, bukannya mengenai pinjaman Deepak dan beliau bertegas mengatakan ianya adalah dua isu yang berbeza. Sabbaruddin malah tidak pernah membetulkan kenyataannya mengenai Deepak dan penglibatan Hasan didalam memberi keistimewaan kepada Deepak.

Adakah Ahmad Maslan tahu dan faham pendirian Sabbaruddin itu?

Dalam isu ini, di mana kerajaan nampaknya begitu bersungguh mahu membela tiada unsur rasuah dan tiada campurtangan menteri kabinet, siapakah yang mereka ingin bela? Bank Rakyat yang menjadi naungan ribuan koperasi atau Deepak yang begitu mudah berurusan dengan seorang menteri demi kepentingan peribadinya?

Kenapakah Deepak begitu ingin dipertahankan oleh pemimpin dan pihak berkuasa sekarang? Meski tanpa hujah konkrit, hanya dengan alasan kosong dan siasatan pula tidak pernah dilakukan, Deepak terus cuba dibela dan dipertahankan.

Berbanding peniaga Melayu, usahawan kecil-kecilan dan Sabbaruddin yang cuba mempertahankan Bank Rakyat, sebaliknya Deepak jauh lebih beruntung dan suci di mata para pemimpin kita.

Ikhlaskah Umno Mengemukakan Hudud Di Selangor ?

Posted: 12 Jun 2014 01:18 AM PDT



Oleh Abu Hassan Adam


Hudud bukan untuk dipolitikkkan, apatah lagi untuk 'dipermainkan'. Kini seolah-olah wakil rakyat UMNO di Selangor cuba mempermain-mainkan hukum Hudud. Difahamkan bahawa di Terengganu yang diperintah oleh BN, mereka masih tidak mahu melaksanakan hukum Hudud dan pemimpin UMNO di Selangor yang diperintah oleh Pakatan nampak 'bersungguh-sungguh' benar mahu mengenengahkan hukum Hudud. Apakah itu bukan bermakna mempermainkan hukum Allah namanya. Dan sikap kepura-puraan sebegini seharusnya diberhentikan demi untuk menjaga kesucian agama Islam.

Usul yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik agar Dewan Negeri Selangor menggesa kerajaan negeri mengkaji keberangkalian melaksanakan undang-undang hudud seolah-olah mempermainkan hukum Hudd itu sendiri. Apa tidaknya. Telah berapa tahun UMNO (BN) memerintah Selangor sebelum ini dan seolah-olah tidak pernah terdetik pun di hati wakil rakyat UMNO (BN) untuk melaksanakan hukum Hudud ini. Dengan tidak semena-mena wakil rakyat ini mendapat 'ilham' untuk membawa usul berkenaan dalam DUN Selangor.

Kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad itu berkaitan dengan isu ini amat tepat.

"Kenapa baru sekarang Umno hendak cadang bentang di Dewan? Mereka ada lebih 50 tahun (memerintah Selangor) tetapi tidak melakukannya?...Hanya setelah mereka menjadi pembangkang di Selangor barulah mereka hendak bercakap tentang hudud?.....Di Terengganu pula, kerajaan BN negeri telah menolak pelaksanaan hudud di negeri itu," Harakahdaily 10 Jun 2014.

Aku merasa lega membaca kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang disiarkan melalui artikel berjodol,'Teluk Intan: Pandangan Saya' bertarikh 24 Mei 2014. Ramai yang agak keliru tentang isu ini. Ini isu 'ditelan mati emak diluah mati bapak'. Apa tidaknya. Sebagaimana yang dijelaskan oleh TG Nik Aziz, 'hudud merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa.'

Lantas mahu tidak mahu sebagai orang Islam kita perlu menerimanya. Tidak ada tolak ansur lagi. Orang islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat atau berpuasa. Persoalan yang ditimbulkan sekarang ialah bahawa hukum hudud akan diperkenal dan akan dilaksanakan di Malaysia tetapi mendapat tentangan dari pihak-pihak tertentu.

Walaupun aku bukan pemimpin negara, namun isu ini memeningkan kepala aku juga kerana aku amat simpati dengan pemimpin-pemimpin lain yang cuba menyelesaikan isu hudud ini, terutama parti-parti dalam Pakatan Rakyat. DAP sejak dari dulu lagi telah pun menentang pelaksanaan Hudud ini. Walaupun tidak menentang pelaksanaan Hudud tetapi pihak UMNO(BN) menampakkan agak 'liat' untuk melaksanakan dan mengemukakan berabagi alasan mengapa Hudud tidak dilaksanakan.

Dan kini muncul 'wira-wira' UMNO di Selangor yang bersungguh-sungguh benar nampaknya untuk melaksanakan Hudud di Selangor. Rakyat Selangor seolah-olah sedang menonton satu sandiwara atau sebuah drama swasta.

Kenyataan TG Nik Aziz tidak berapa lama dulu telah menjelaskan bahawa, "…..Saya tegaskan bahawa hudud merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa. PAS tidak pernah lari dari kewajipan ini bahkan konsisten mempertahankannya semenjak daripada hari ia ditubuhkan lagi"

"Justeru, apabila calon DAP dikatakan menolak hudud, ia tidak mengejutkan kerana itulah perbezaan PAS dengan DAP. Dalam hal ini, PAS sewajibnya berusaha lebih gigih memberikan kefahaman kepada DAP agar kebaikan dan keindahan hukum Islam ini dapat difahami dan diterima. Sebab itu, saya sentiasa menaruh harapan agar satu hari nanti DAP menerima hasrat PAS ini hasil dakwah berterusan yang tidak henti-henti.

Usia Pakatan Rakyat baru sahaja lima tahun. Dalam masa lima tahun, adalah satu perkara yang logik jika DAP masih belum memahami hasrat PAS dalam isu ini. Pihak yang patut malu ialah UMNO yang telah setengah abad bersahabat dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional, namun hingga sekarang masih gagal memberikan kefahaman tentang Islam. Bahkan ada ahli Parlimen UMNO sendiri secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan untuk mengundi menolak hudud di Parlimen nanti.

Amat lojik penjelasan yang diberikan oleh TG Nik Aziz, seorang ulama yang amat bijaksana dan dapat menyesuaikan pemikiranya di era Kurun ke 21. Dengan sendirinya beliau mengerti apa yang dimaksudkan dengan istilah 'modern' dan 'perubahan'.

Aku terbaca juga tentang kisah bagaimana Rasulullah berusaha cuba menegakkan undang-undang Islam di Madinah yang beliau mengambil masa puluhan tahun sebelum dilaksanakannya. Namum akhirnya undang-undang sedemikian dapat diterima oleh masyarakat Islam dan bukan Islam di Madinah. Apakah begitu cara hukum Hudud hendak dilaksanakan di Malaysia nanti. Dan sekiranya begitulah caranya aku amat yakin masyarakat Islam dan bukan Islam dapat memhaminya dan lantas akan bersetuju tentang pelaksanaanya insyallah.http://abuhassanadam.blogspot.com/
abuhassanadam

MCA, Gerakan gesa Umno tarik balik usul hudud

Posted: 12 Jun 2014 01:15 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


MCA dan Gerakan menggesa seorang ADUN Umno supaya menarik balik cadangan untuk membentangkan usul berhubung hukum hudud apabila persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor disambung pada 16 Jun.
  
Naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata beliau kesal dengan tindakan ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik yang dilaporkan akan membentangkan usul itu kerana tiada kesepakatan antara parti komponen BN berhubung pelaksanaan hudud sehingga sekarang.
  
"Ketika wakil rakyat dari Umno itu bercadang untuk membentangkan usul itu, beliau tidak ragu-ragu lagi masuk perangkap yang dipasang oleh Pakatan, terutama PAS," kata beliau dalam kenyataan.
  
Chew percaya Selangor tidak memerlukan sebarang bentuk pelaksanaan hukum hudud atau pun menjadi tajuk perbahasan pada mana-mana persidangan DUN.
  
Beliau berkata negara mempunyai undang-undang jenayah dan Kanun Keseksaan yang komprehensif dan mempunyai dua set undang-undang akan menimbulkan kekeliruan dan konflik.

"Politik ialah mengenai menangani urusan semua orang. Pelaksanaan sebarang dasar hendaklah diukur dari sudut pandangan nasional," katanya.
  
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Selangor, David Ang Chin Tat berkata parti itu membantah keras tindakan Kamarol Zaki untuk membentangkan usul itu.
  
"Gerakan Selangor membantah cadangan itu kerana hudud bercanggah dengan perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan.
  
Beliau juga menggesa pemimpin DAP dan PKR di Selangor menyatakan pendirian masing-masing mengenai isu berkenaan.  


Sementara itu, Kamarol Zaki ketika dihubungi Bernama berkata beliau bercadang untuk membentangkan usul hudud tetapi terserah kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Hannah Yeoh sama ada untuk menerima atau menolak usul
itu untuk perbahasan. - Bernama

[PANAS] Farhan Lapor Polis Pernah Dicederakan Abby Abadi, Abby Jawab...

Posted: 12 Jun 2014 01:10 AM PDT

KELAB GREENBOC


Bekas Suami Dedah Gambar Dicederakan Abby Abadi


KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai pergolakan rumah tangga Abby Abadi akhirnya terjawab apabila bekas suami pelakon itu Muhammad Noor Farhan Che Bakar mendedahkan dikasari secara fizikal dan emosi semasa mereka bergelar suami-isteri.

Muhammad Noor Farhan, 24, memberitahu, Abby pertama kali mencederakannya sekitar Januari lalu dengan membaling kunci motosikal ke wajahnya sehingga mengakibatkan kesan lebam selepas Abby mendapat tahu dia memberitahu seorang kenalan mereka sudah tidak mempunyai hubungan.

Dedahnya lagi, Abby sekali lagi bertindak agresif mencakar muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.

Muhammad Noor Farhan menunjukkan kesan cedera pada lengan kirinya dan laporan polis yang dibuat pada 17 Mei lalu.

"Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini," dedahnya kepada mStar Online ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini pada Rabu.

Terdahulu, Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuat Muhammad Noor Farhan pada 9 Mei lalu terhadap Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abd Manan, 37, adalah sah mengikut rukun dan syarak yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan bukti gambar kesan kecederaannya pada bahagian muka dan lengan kiri akibat dicakar oleh bekas isterinya itu kepada pihak media.

Malah dia memberitahu telah pun membuat satu laporan di Balai Polis Ampang dekat sini pada hari sama dia dicederakan sebagai salah satu langkah keselamatan.

Abby turut didakwa turut menyebabkan tekanan emosi kepada Muhammad Noor Farhan sepanjang perkahwinan mereka.

"Saya tidak ingin memanjangkan perkara ini dalam mahkamah tetapi sekadar membuat laporan polis untuk melindungi diri saya sekiranya apa-apa berlaku.

"Abby juga tahu saya buat laporan polis mengenai kejadian tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan, pergaduhan di antara mereka sering tercetus apabila Abby tidak mempunyai wang dan sering mendesaknya sehingga membuatkan dia tertekan dan tidak pulang ke rumah.

Jelas Farhan, dia kecewa apabila Abby tidak memberi peluang kepadanya untuk membuktikan diri untuk menjadi seorang suami bertanggungjawab dan Abby sering mengeluarkan kata-kata menguris perasaan kepadanya dan menambah tekanan dalam rumah tangga mereka.

"Setiap kali dia tidak mempunyai wang dia akan menyerang dan mendesak saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya.

"Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya tertekan," katanya.

Pasangan berkenaan berkahwin di Selatan Thailand pada 9 Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, Muhammad Noor Farhan enggan mengulas dakwaan kejadian berlaku akibat sikap Abby yang mengawal hidupnya sepanjang hampir setahun perkahwinan mereka.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Noor Farhan berkata, dia sudah tidak mempunyai perasaan sayang terhadap bekas isterinya itu dan tidak melihat sebarang peluang untuk mereka kembali berbaik.

Malah dia lega apabila kes perceraian tersebut selesai dengan baik apabila pihak mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuatnya menerusi SMS terhadap Abby.

"Cukuplah... Saya tidak akan rujuk kembali dengan dia kerana dia telah mencederakan saya dan perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya," jelasnya.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan balas Abby mengenai pendedahan bekas suaminya itu tidak berjaya apabila seorang wanita yang menjawab panggilan memaklumkan Abby tidak berada bersamanya selain enggan memberi sebarang kenyataan.

"Mungkin boleh cuba menghubungi Abby esok (Khamis) tetapi sekiranya tiada sebarang balasan itu bermakna dia tidak mahu menjawab apa-apa soalan daripada media," kata wanita berkenaan.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lepas di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.

Pelakon siri Gerak Khas itu sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata. -mstar



Abby Abadi Beri Penjelasan Mengenai Dakwaan Bekas Suaminya

untuk menjelaskan kembali apa yang berlaku. Iyalah kan, takkan la kita nak dengar sebelah pihak je kan? Jom dengar apa respons Abby Abadi di bawah ini :

Abby Abadi telah menggunakan akaun Instagramnya untuk memberikan penjelasan mengenai dakwaan bekas suaminya, Farhan. Kalau anda terlepas pandang, Farhan telah membuat laporan polis yang menyatakan Abby telah mencederakan dirinya daripada segi fizikal dan mental. Malah Farhan turut berkongsi beberapa gambar bahagian badannya yang jelas menunjukkan kesan luka.

(Menurut Farhan, laporan polis itu dilakukan sekiranya terdapat kesusahan dalam proses memohon penceraian dan sekiranya hakim memerlukan bukti. Namun Abby Abadi menerusi akaun Instagramnya membuat penjelasan panjang lebar mengenai kontroversi ini. Tulis Abby:-

Assalamualaikum……. Selamat Petang! ALHAMDULLILLAH……… Syukur pd ALLAH. Berdasarkan kenyataan dr Farhan kepada media di mahkamah tadi, ini penjelasan Sy. Sy tiada saksi disini. Hanya ALLAH SWT Maha Mengetahui semua ini……

Terkejut Sy baca kenyataan2 yg dibuat ini. Sehabis baik Sy tutup 'semua' cerita yg tak perlu org luar tahu sepanjang kami bersama sbg suami isteri, walaupun berbagai andaian dibuat berdasarkan kenyataan biasa Sy sebelum ini…. hari ini Muhammad Noor Farhan Che Bakar dengan jayanya mereka2 cerita utk tutup cerita yg sebenarnya. Anak3 Sy, bibik Sy, kawan2 terdekat Sy pun tak sangka yg Farhan cakap dia didera…..

Walhal sebelum ini kalaupun ada bergaduh situ sana sini, tp semuanya baik2 saja. Biasalah hidup rumahtangga kan? Dah tentu ada pasang surutnya…. Sy ada msg dia cakap pasal kenyataan ini, tp dia tak jawab pula… Sy berani je nk berdepan. Jumpakan lagi senang cerita. Kenapa mesti buat kenyataan yg secara tak sedar membuka aib sendiri? Yg kenyataan dia, Sy minta duit, tak bagi Sy marah.. yg tu palsu.

Amboiii! Banyaknya duit dia yer… Kata Sy baling kunci motor? Pegang kunci motor pun Sy tak pernah……. Kenapa mcm tu @cintaku_hanya_padamu yer? Setiap kali ada yg tak kena, gaduh.. bukan nk selesaikan. larikan diri… Tak balik2.

Sy ajak bincang… taknak….. alih2 utk yg terakhir kali ni keluar cerita begini? Ingat ALLAH tak ni? Sejujurnya 'cerita rekaan' ini tak terjangka dek akal Sy………Hampir 95% cerita itu di reka semata2 nk selamatkan diri dia. ALLAHUAKHBAR….

Mohon ALLAH SWT jaga dia. Tak sangka cubaan dia mengaibkan sy sejauh ni………… ALHAMDULLILLAH…. Satu saja dari Sy: Untuk Sahabat2 diluar sana, Anda buleh baca, buleh dengar je apa yg dia kata… tp percaya jangan. Sebab dia mmg dah terbiasa MENIPU.

Jangan tokok tambah cerita Sahabat… kalau taktahu lebih baik diam saja k……..Tak selesai lagi. Banyak episod lagi ni…… Tunggu tindakan seterusnya di Mahkamah nanti. Sy terima takdir ini sebagai 'ujian' utk Sy. Wat lek Wat Peace je k)

-mstar


ULASAN GB

Izinkan GB untuk menglas sedikit di dalam kes di atas.

Dari kenyataan kedua-dua pihak, memang wujud krisis rumahtangga dan ia berlaku dengan tidak ada penglibatan pihak ketiga seperti kebanyakan masalah rumahtangga yang sering kita dengar setiap hari.

Apa yang jelas kita lihat dari awal lagi, pasangan tersebut tidak berjaya lantaran tidak memenuhi apa yang dianjurkan Islam iaitu SEKUFU.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.

Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu. Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang dibina.

Abby telah terbiasa dengan cara kehidupannya. Benar beliau telah berubah, berubah di zahirnya. Dari terdedah kepada berhijab dan menggabungkan dirinya di dalam jemaah. Namun ia masih belum memadai dan mencukupi untuk mendidik jiwanya yang masih panas dan keras. Beliau bukan sekadar perlukan seorang teman hidup tetapi beliau juga perlukan seorang pembimbing rohaniah. Sedangkan Farhan yang usianya jauh lebih muda dari Abby, tidak dapat memenuhi ciri-ciri yang diperlukan oleh "jiwa" Abby.

Sebagai seorang anak muda yang berusia 24 tahun, Farhan masih muda belia dan belum memiliki pengalaman serta ilmu yang mencukupi untuk mendidik isterinya disampaing menjadi ketua keluarga. Itu sebab mengapa beliau mengasingkan diri apabila rumahtangganya dilamun badai... beliau tidak ada pengalaman menghadapi semua itu...

Mereka bertemu - bercinta, tetapi kerana tidak sekufu, maka cinta itu gagal di tengah jalan kerana jiwa masing-masing belum terbiasa untuk menerima sifat-sifat kekurangan pada pasangan.

Zahirnya indah, tapi batin-batinnya berantakan. Maka berlakulah hal yang di atas.

GB tidak menyalahkan Abby atau Farhan. Ia adalah pengalaman hidup yang perlu dilalui oleh setiap insan yang normal. Belajar dari pengalaman, barulah kita akan menjadi dewasa dan matang...

BERSABAR DAN BERTENANGLAH DENGAN DUGAAN HIDUP, SENTIASA BELAJAR & BERUSAHA MEMPERBAIKI KEKURANGAN DIRI ITULAH KETETAPAN HATI ORANG-ORANG YANG BERIMAN.

Semuga kedua-duanya dilimpahi hidayah dan rahmat Allah swt. untuk terus menjalani kehidupan di hari-hari mendatang...

Jenayah Menurun? : Rumah Ketua Polis ACP Arjunaidi Pun Kena Pecahmasuk!

Posted: 12 Jun 2014 12:46 AM PDT

KELAB GREENBOC

ACP Arjunaidi Mohamed yang mengakhiri tugas sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya secara rasminya pada 11 Jun lalu tidak terkecuali daripada menjadi mangsa pecah rumah.

Sinchew Daily melaporkan kejadian itu dilaporkan berlaku di kediaman Arjunaidi di Bangi, Selangor kira-kira pukul 1 pagi Selasa ini.

Arjunaidi sendiri telah mengesahkan kejadian malang itu tetapi enggan mengulas lanjut dan sekadar memberitahu bahawa dia hanya mengalami kerugian kecil.

Arjunaidi telah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya selama tujuh tahun, menjadikan beliau sebagai pegawai polis paling lama berkhidmat dalam jawatan tersebut,

Pada hari pertama mengambil alih jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya pada 2007, beliau telah mengendalikan kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin yang menggemparkan seluruh negara,

Ketua Penolong Pengarah Logistik Kewangan Bukit Aman, ACP Azmi Abu Kassim telah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya yang baharu menggantikan Arjunaidi yang dilantik sebagai Penolong Pengarah Bahagian Penipuan dan Pemalsuan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman. -MG

ULASAN GB

Berulang kali GB sudah katakan tapi Menteri KDN, Pemandu dan KPN masih bertegas menyatakan kadar jenayah dah turun.

Petikan ulasan GB yang lalu

Sekarang satu demi satu terkena batang hidung, beberapa hari lepas Bekas ketua Wanita UMNO Bukit hangus mati ditikam, pada bulan lalu banglo Rahim Tamby Chik diceroboh, dari berita di atas rumah bekas Ketua Polis Melaka dan jirannya di Taman Sentosa kena rompak dan kini rumah exco di pecahmasuk. Beberapa rumah artis juga menjadi sasaran seperti Wardina, Mawi dan terbaru rumah Aznil dan Imuda.

Kebenaran itu tidak boleh disembunyi atau ditipu. Ia akan muncul juga bahawa kadar jenayah tidak turun seperti yang digembar-gemburkan.

Speaker S'gor benarkan bahas usul hudud

Posted: 12 Jun 2014 12:41 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Usul daripada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno untuk mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud di Selangor diterima untuk dibahaskan oleh Speaker Hannah Yeoh.

Ia dijangka dibentangkan minggu depan.

Bercakap dalam sidang media di pusat khidmatnya di Subang Jaya hari ini, Yeoh berkata, beliau menerima empat usul untuk persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Kesemua usul itu, tambahnya, datang daripada BN.

"Daripada keempat-empat usul ini, saya terima tiga (dan) tolak satu.

"Salah satu yang diluluskan juga adalah usul membahaskan hudud. Saya terima (untuk dibahas)," katanya.

Persidangan DUN Selangor akan bersambung Isnin depan.

Peguam asak saksi isu 'isteri' Mejar Zaidi

Posted: 12 Jun 2014 12:32 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seorang saksi pendakwaan diasak bertalu-talu oleh peguam Mejar Zaidi Ahmad atas kenyataannya di mahkamah tentera semalam, yang berbeza dengan keterangan sewaktu siasatan 28 Ogos 2013.

Peguam Hanipa Maidin meminta Laskar Udara Kanan (LUK) Mohd Zunaidy Muchtar menjelaskan mengenai identiti wanita yang hadir bersama Zaidi sewaktu pegawai tersebut membuat laporan polis pada 1 Mei 2013.

Menurut Hanipa, Mohd Zunaidi dalam "cabutan keterangan" bertarikh 28 Mei 2013 mengenalpasti wanita tersebut sebagai isteri kepada Zaidi.

Bagaimanapun, Mohd Zunaidi hanya merujuk wanita tersebut sebagai "wanita tidak dikenali" ketika memberi keterangan di mahkamah semalam.

Hanipa: Semalam LUK ada menyatakan semasa berada di restoran, di bawah khemah, nampak seorang lelaki dan wanita bersama Mejar Zaidi.

Kalau tidak tahu perempuan tersebut, mengapa dalam cabutan keterangan, LUK Mohd Zunaidy menyatakan, dalam cabutan keterangan bertarikh 28 Ogos 2013 yang ditandatangani, ada dinyatakan beberapa kali Mejar Zaidi bersama isteri?

Maka pada 28 Ogos, dah tahu dah Mejar Zaidi bersama isteri, mengapa semalam tak ada dinyatakan langsung tentang isteri?

Bukankah ini menunjukkan LUK tak bercakap benar?

Zunaidy: Sebab saya tak kenal isteri dia.

Hanipa: Macam mana semalam kata tak kenal, 28 Ogos kata tahu LUK.

Maka salah satu mesti tak betul, betul (atau tidak)?

Zunaidy: Kenyataan saya tetap seorang perempuan tak dikenali juga, semua adalah betul.

Hanipa: Boleh terangkan kepada mahkamah kenapa ada perbezaan itu?

Zunaidy: (Diam selama kira-kira 30 saat) Kenyataan saya memang seorang perempuan tak dikenali.

Saya tak dapat huraikan.

Kalau isteri atau perempuan tak dikenali, tetap sama.

Hanipa: LUK, ini mahkamah, bukan kedai kopi. Mesti adalah, salah satu daripada ini yang bohong.

Rebut mayat: Mahkamah putuskan Teoh bukan Islam

Posted: 12 Jun 2014 12:29 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang memutuskan bahawa Teoh Cheng Cheng seorang bukan Islam.

Hakim Zaim Mohd Yudim memutuskan Teoh bukan Islam ketika kematiannya pada 7 Jun ekoran percanggahan tarikh permohonannya menukar agama pada 1997.

Hakim berkata, pengakuan saksi juga menunjukkan si mati tidak pernah mengamalkan ajaran Islam semasa hayatnya.

Mahkamah justeru mengarahkan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) memulangkan mayatnya kepada keluarga.

JAIPP pada 9 Jun menghentikan upacara pengebumian Teoh, 38, mengikut adat Cina kerana si mati didakwa memeluk Islam, 17 tahun lalu.

Pihak berkuasa itu dilapor membawa mayat Teoh pada kira-kira jam 3.50 petang selepas berunding dengan anggota keluarga berkenaan sejak tengah hari.

Dua produk kosmetik dikesan beracun

Posted: 12 Jun 2014 12:27 AM PDT

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan dua produk kosmetik yang telah diuji dan dikesan mengandungi racun berjadual, hydroquinone dan tretinoin, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Dalam satu kenyataan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan berkata, dua produk terbabit, Dermaceutic Spot Cream dan Dermaceutic Spot Peel Cream, tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.

Produk itu mengandungi hydroquinone dan atau tretinoin yang merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan, menurut kenyataan itu.

Kebiasaannya, hydroquinone digunakan untuk merawat kulit yang mengalami masalah hiperpigmentasi manakala tretinoin pula digunakan untuk mengurangkan kesan inflamasi untuk merawat masalah jerawat, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata manakala produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

"Penggunaan hydroquinone dan atau tretinoin, tanpa mendapat nasihat kepakaran, dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini," kata kenyataan itu.

"Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

Kesan penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

"Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihak syarikat yang bertanggungjawab meletakkan produk itu di pasaran diarahkan untuk memberhentikan penjualan dan pembekalan serta merta dan memanggil balik kesemua stok fizikal produk terbabit daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Oleh itu, sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan supaya menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta. - Bernama

Warga India ditemui mati dibunuh di Petaling Utama

Posted: 12 Jun 2014 12:25 AM PDT

PETALING JAYA - Seorang lelaki dipercayai warga India ditemui mati dengan kesan tikaman di dada dalam sebuah rumah kedai di Petaling Utama di sini awal hari ini.
  
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mayat lelaki yang identitinya masih belum diketahui itu ditemui dalam keadaan berbogel oleh rakan serumahnya pada pukul 5 pagi.
  
"Siasatan awal mendapati mangsa adalah pekerja sebuah restoran di sini dan ditemui terbaring di hadapan bilik air dengan kesan tikaman di dada," kata beliau kepada pemberita di sini.
  
Beliau berkata susulan siasatan, polis menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 35 tahun bagi membantu siasatan kes itu.
  
Azmi berkata mayat mangsa yang berumur lingkungan 40-an dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. - Bernama

Lebih 100 kubur kena korek

Posted: 11 Jun 2014 11:48 PM PDT


Penduduk kampung percaya ia dilakukan individu ada kaitan dengan ajaran sesat Penduduk kampung percaya ia dilakukan individu ada kaitan dengan ajaran sesat


BENTONG - Penduduk di Kampung Jawi-Jawi, Pelangai gempar apabila lebih 100 kubur di Tanah Perkuburan Islam di sini dikorek individu tidak bertanggungjawab dipercayai bagi melengkapkan aktiviti pemujaan atau ajaran sesat.

Kejadian itu disedari penduduk kampung lewat petang kelmarin, dan maklumkannya kepada anggota polis di Pondok Polis Kampung Jawi-Jawi untuk tindakan susulan.

Seorang penduduk, Radin Noraddin, 48, berkata, kejadian itu dipercayai berlaku empat hari lalu dan laporan polis dibuat awal pagi semalam.

Menurutnya, penduduk kampung cuba memerangkap individu terbabit namun gagal.

"Semua tanah kubur yang dikorek adalah di tengah-tengah kedudukan antara dua batu nisan, iaitu kira-kira satu genggam setiap kubur.

"Saya tidak pasti apa motif mereka datang ke sini dan buat macam itu. Tetapi, saya terkilan apabila batu nisan dan kepok turut dicabut," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Radin, perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku di kawasan perkuburan Islam ini dan berharap pihak berwajib dapat menjalankan siasatan dan membina pagar di sini bagi mengelak kejadian sama berulang.

Katanya, kejadian itu dipercayai dilakukan dilakukan oleh seorang atau tiga individu dengan menggunakan cangkul.

"Tiada barang-barang lain yang mencurigakan yang dijumpai melainkan cangkul dan sepana yang dipercayai digunakan untuk mengorek permukaan tanah kubur," katanya.

Sementara itu, Abdul Khalil Abdul Talib, 53 berkata, kubur arwah ibunya digali sehingga sedalam satu kaki dan kepok pula dicabut.

Menurutnya, ini merupakan kejadian kedua menimpa kubur arwah ibunya dan sebelum ini berlaku pada tahun lalu.

"Sebelum ini pun pernah berlaku dan hanya melibatkan satu kubur sahaja tetapi tidak seteruk sekarang.

"Saya pun tidak pasti apa motif mereka korek dan apa yang mereka cari. Tetapi, apa yang dilakukan ini memang tidak betul," katanya.

Abdul Khalil memberitahu, perkara itu berkemungkinan merupakan salah satu ajaran pengamal ajaran sesat berikutan mereka mengambil tanah di tempat sama di setiap kubur terlibat.

Bagi Abdul Koris Ishar, 52, kebanyakan kubur yang digali itu terletak berdekatan dengan pokok besar dan busut menyebabkan penduduk mensyaki perbuatan itu adalah untuk pemujaan.

Katanya, walaupun belum mendapat kepastian mengenai perkara itu, namun berharap pihak berwajib dapat memantau perkara ini sekali gus membantu menyelesaikan masalah kerosakan yang dialami waris.

Difahamkan, Tanah Perkuburan Kampung Jawi-jawi ini merupakan kedua tertua di Pelangai, dan pusara yang paling lama didapati daripada batu nisan adalah pada 1925.

Tak macam kilang bihun

Posted: 11 Jun 2014 11:31 PM PDT


Keadaan di depan premis kilang bihun cap masjid. Keadaan di depan premis kilang bihun cap masjid.
 

TIADA tanda-tanda kilang beroperasi atau urus niaga dijalankan sebaik wartawan Sinar Harian tiba di depan sebuah premis kilang bihun.

Premis kilang ini dipercayai gagal mematuhi aspek kebersihan dan sudah diarahkan tutup serta-merta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kelmarin.

Semalam, Sinar Harian melaporkan berkenaan kilang bihun berserta gambar-gambar aktiviti pemprosesan yang begitu meloyakan.

Tidak bersih, peralatan digunakan menjijikkan. Banyak perkakas digunakan sudah berkarat dan tidak terurus.

Wartawan Sinar Harian meninjau ke premis itu untuk melihat sendiri keadaan sebenar di situ.

Kami berkumpul di depan sebuah sekolah rendah di Jalan Ipoh, sebelum memulakan perjalanan.

Daripada maklumat awam, lokasi kilang bihun itu sebenarnya berada di sekitar pasar borong Selayang.

Setibanya berhampiran pasar borong Selayang, anggota polis memberi kerjasama dan memaklumkan lokasi sebenar kilang bihun itu yang terletak kira-kira tiga kilometer dari pondok polis tersebut.

Sebaik tiba, seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh memberhentikan motosikalnya di depan premis berkenaan.

Namun ketika ditanya adakah beliau pekerja kilang berkenaan, ini jawapannya.

"Saya bukan kerja sini, saya kerja di Shah Alam," katanya dan terus berlalu, dipercayai ke kawasan kilang lain yang berdekatan.

Jawapan yang diterima amat meragukan dan kami mengambil keputusan melihat keadaan sekeliling.

Notis Penutupan Premis Makanan (DBKL) bertarikh 10 Jun 2014  ditampal di depan kilang. Kilang tiada penghuni namun, lampu di dalam premis terbuka.

Terdapat banyak bungkusan bihun dipercayai cap Masjid (bungkusan berwarna biru) dan bungkusan berwarna merah di dalam kilang.

Premis itu pula kelihatan seolah-olah seperti bengkel kereta. Di depannya terdapat tong-tong dan beberapa barangan yang mungkin sudah tidak digunakan lagi.

Sebaris dengan premis berkenaan pula, terdapat beberapa buah kedai iaitu sebuah restoran yang tiada pelanggan dan sebuah bengkel.

Bersebelahan premis berkenaan pula kedai dua tingkat, di mana tingkat atasnya seperti rumah tinggal.

Laluan masuk ke premis berkenaan juga agak sunyi walaupun di kelilingi bangunan rumah kedai baharu. Di bahagian belakang premis pula kelihatan seperti beberapa alat pemprosesan dan dipenuhi semak.

Berikut merupakan dialog wartawan Sinar Harian dengan seorang pekerja di percayai penjaga premis kilang berkenaan.

Wartawan: Aunty, saya mahu tanya, kilang bihun sebelah tu memang tutup ke?

Pekerja kedai: Saya tak tau. You tanya itu orang la. (sambil menunjuk ke arah seorang lelaki Cina tua berusia lingkungan 50an).
**Lelaki tersebut dipercayai penjaga kilang berkenaan.

Wartawan: Dia siapa?

Pekerja kedai enggan menjawab. Hanya menggeleng kepala dan terus membaca surat khabar tanpa menghiraukan pertanyaan wartawan.

Wartawan: Uncle, kilang bihun sebelah ni tutup ke?

Penjaga kilang: Sudah tutuplah. You apa mau. Tanya-tanya, you mau apa?

Wartawan: Saja tanya. Sudah lama ka tutup?

Penjaga kilang: Tutupla.. You takda tengok ka? Sudah dua minggu tutup ma. Pekerja tak datang. Mesin rosak. You sapa? Dari mana? Apa mau?

Wartawan: Uncle, you tauke ka?

Penjaga kilang : Saya bukan tauke. Saya kuli-kuli saja. You apa mau. You sapa? orang kesihatan ka? (Pegawai Kesihatan). Ke you tulis-tulis (wartawan) punya olang? You ha banyak tanya.. apa you mau..  Ni.. ramai-ramai datang (sejak pagi) amek-amek semua gambar. You buat saya pening la.

Wartawan: Uncle, itu bihun ada jual ka? Kalau saya mahu beli, you jual ka?

Penjaga kilang: Boleh. You mau berapa?

Wartawan: Berapa you jual? Boleh masuk kilang ka tengok?

Penjaga kilang: Masuk tak boleh ma. Saya boleh buka, kasi jual (bihun) sama you. Tapi you tak boleh masuk.

Wartawan: Berapa harga tu bihun?

Penjaga kilang: 10 ringgit.

Wartawan: Tak apa uncle. Saya mahu tanya saja.

Penjaga kilang: Haiya. You ha. Buat saya pening tau. (sambil marah-marah dan kembali duduk di meja restoran bersebelahan kilang bihun berkenaan).

Semalam, Sinar Harian melaporkan sebuah kilang bihun diarahkan tutup oleh DBKL kerana menjalankan operasi dengan tidak mematuhi syarat kebersihan.

Dalam pada itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberitahu logo halal digunakan bukan dikeluarkan Jakim.

PKR bantah pelan kerajaan labur cukai rakyat

Posted: 11 Jun 2014 11:26 PM PDT


Wong Chen ajak semua wakil rakyat menentang pindaan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri 1995. Wong Chen ajak semua wakil rakyat menentang pindaan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri 1995.


KUALA LUMPUR - PKR menentang rancangan Kementerian Kewangan untuk pelencongan wang pembayar cukai melalui pembentukan Panel Pelaburan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pengerusi Biro Perdangan dan Pelaburannya, Wong Chen mendakwa, penubuhan panel ini akan mengubah LHDN kepada satu badan pelaburan seakan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di bawah kawalan peribadi Menteri Kewangan.

"Tujuan Panel Pelaburan dalam LHDN ini ialah menggunakan wang pembayar cukai memberli saham, bon, hutang dan apa-apa harta lain yang difikirkan patut.

"Cadangan ini terkandung dalam rang undang-undang pindaan kepada LHDN 1995. Ia mungkin akan dibahaskan minggu depan," katanya dalam sidang media di lobi bangunan Parlimen, hari ini.

Menurutnya, PKR menentang rang undang-undang tersebut ekoran apabila dilaksanakan ia akan melemahkan demokrasi kerana akan menyembunyikan wang cukai rakyat serta mengganggu data fiskal.

"Hasil cukai bukan untuk pelaburan. Ia mesti dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan. Panel ini melanggar amalan tersebut. Ia akan ambil kuasa pelaburan dari LHDN.

"Percubaan pelencongan cukai ini akan sebabkan gangguan kepada data fiskal dan benarkan Menteri Kewangan untuk teruskan perbelanjaan luar bajet yang tidak dipantau secara langsung oleh Parlimen," katanya.

Beliau menegaskan, penibuhan LHDN bukan untuk tujuan pelaburan kerana aktiviti itu terletak di bawah badan berkanun lain seperti Khazanah dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

"Ini (LHDN) bukan PNB atau Khazanah. Kalau mereka nak beli stok syarikat kawan mereka yang bermasalah, mereka boleh beli sebab Parlimen sudah benarkan," dakwanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua wakil rakyat termasuk menteri bersatu untuk menolak rang undang-undang tersebut.

"Saya menyeru semua ahli Parlimen dari PR dan BN termasuk semua menteri untuk bersatu dan menolak rang undang-undang ini.

"Ia bakal melemahkan sistem demokrasi dan merupakan satu cubaan untuk kukuhkan kuasa Menteri Kewangan dengan memudaratkan kuasa kementerian, Parlimen dan rakyat," katanya.

Tolak politik ugut dan wang- Saifuddin

Posted: 11 Jun 2014 11:20 PM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR  : Anggota KEADILAN digesa menolak amalan politik wang dan ugut kerana gaya politik begini hanya melemahkan parti yang mendukung agenda reformasi.

Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang percaya ahli-ahli KEADILAN adalah golongan yang bijak dalam membuat pilihan pemimpin yang akan memimpin parti.

Saifuddin Nasution"Undi kita tidak seharusnya dipengaruhi oleh amalan politik wang, politik ugut dan politik habuan. Amalan politik seumpama ini akan hanya melemahkan parti.

"Pemimpin yang menang melalui cara ini tidak akan mampu memimpin parti pada tahap yang dihormati oleh lawan dan kawan.

Jauh sekali daripada mendapat kepercayaan rakyat," katanya yang sedang menyambung kursus pendek di London yang diikuti sejak Disember 2013 lalu.

Beliau juga anggota KEADILAN menolak mana-mana calon yang mengamalkan politik sedemikian.

Tegasnya, memelihara wibawa parti, membina kekuatan parti dan meneruskan cita-cita dan idealisma parti adalah jauh lebih penting daripada seseorang individu yang menang dengan cara amalan politik wang, ugut dan habuan.

Saifuddin dalam pada itu memaklumkan beliau masih lagi merupakan calon yang bertanding dalam pemilihan Timbalan Presiden dan menolak dakwaan yang beliau sudah menarik diri.

Tiada ulasan: