Selasa, 10 Jun 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bihun cap masjid tiada sijil halal Jakim

Posted: 10 Jun 2014 05:50 AM PDT


Jakim


KUALA LUMPUR - 'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Kenyataan itu dikeluarkan di laman web Jakim berikutan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun istimewa yang kotor dan jijik di laman sosial, hari ini.
  
Mengenai kicap 'ABC Saus Manis' yang didakwa menggunakan botol arak, Hakimah memaklumkan produk tersebut adalah tiruan dan tidak menggunakan logo halal Jakim.
  
"Produk tersebut dikilangkan semula di kilang yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan telah diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berdasarkan aduan orang awam," katanya.
  
Hakimah berkata, produk 'ABC Saus Manis' yang asli dikilangkan di Indonesia dan mempunyai pengesahan halal daripada badan pensijilan halal Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang diiktiraf Jakim.

Jangan sertai kabinet selagi Umno mainkan isu hudud – Kit Siang

Posted: 10 Jun 2014 05:46 AM PDT



lim_kit_siang_3005



Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong perlu menolak jawatan menteri dalam rombakan kabinet akan datang, selagi Umno masih bercadang untuk melaksanakan hudud di peringkat persekutuan mahu pun negeri.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata demikian ketika mengulas laporan yang menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik telah menghantar usul pelaksanaan hudud di Selangor kepada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula minggu depan.

Beliau berkata, keputusan kini berada di tangan Liow dan Mah – sama ada mereka bersedia untuk mempertahankan prinsip MCA dan Gerakan atau 'termakan' tawaran menyertai kabinet.

"Mereka harus meminta Najib menangguh rombakan kabinet dan bertegas MCA dan Gerakan tidak akan menyertai kabinet selagi Umno tidak beri jaminan tidak akan meneruskan rancangan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan mahu pun negeri.

"Pilihan kini di tangan mereka, sama ada mereka bersedia untuk mengambil pendirian tegas atau tidak," katanya dalam satu kenyataan.

Kedua-dua Presiden parti komponen BN itu dijangka bakal mendapat jawatan menteri dalam rombakan kabinet yang dikatakan akan diadakan sebelum Ramadan ini.

Ketika ini, tiada seorang pun daripada MCA dan Gerakan yang dalam barisan jemaah menteri, ekoran kekalahan teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Mengulas isu sama, Timbalan Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo bertegas DAP Negeri akan menentang sebarang usaha memperkenalkan undang-undang itu.

"Kami sudah mengatakan, dan mengulang banyak kali bahawa apa sahaja undang-undang yang ingin menguatkuasakan hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan," katanya.

Menurut Pengerusi Biro Undang-undang DAP itu lagi, undang-undang jenayah hanya boleh diluluskan oleh Parlimen dan bukan DUN. – Roketkini.com

Najib 'ikut jejak' PM S'pura, saman Mkini?

Posted: 10 Jun 2014 05:40 AM PDT

KPRU

Semalam pada 3 Jun 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab. Rauf Yusoh telah menyerahkan writ saman terhadap portal berita Malaysiakini susulan penyiaran dua artikel pada 14 Mei lalu yang mengumpul pandangan pembaca berhubung isu krisis Terengganu baru-baru ini, yang dikatakan berunsuran fitnah.

Penerbit Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Pengarang Kumpulan, Steven Gan dan Ketua Pengarang, Fathi Aris Omar masing-masing dinamakan dalam saman tersebut.

Secara kebetulan, Perdana Menteri di Negara jiran Singapura, Lee Hsien Loong turut buat pertama kali memfailkan saman terhadap seorang blogger bernama Roy Ngerng pada 18 Mei 2014, bahawa dia telah menerbitkan artikel yang berunsur fitnah terhadap Lee pada 15 Mei 2014.

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat tindakan Perdana Menteri Najib itu bukan sahaja berganjak daripada konsep 'wasatiyyah' atau kesederhanaan yang sering diuar-uarkan beliau, malahan sekaligus mencomot mekap dan solekan beliau sebagai seorang "reformis" yang begitu susah payah cuba "dicipta" di arena antarabangsa.

Sesungguhnya, sebagai pemimpin tertinggi dalam pentadbiran kerajaan yang menguasai hampir kesemua sumber dan jentera Negara, termasuklah saluran media arus perdana, Najib berkemampuan memberikan respons atau sanggahan mahupun teguran secara serta-merta dan seluas mungkin sekira adanya keperluan.

Pihak Malaysiakini juga mengalu-alukan Perdana Menteri Najib dan Umno untuk menyatakan pandangan mereka untuk disiarkan dalam Malaysiakini. Walau bagaimanapun, Najib dan partinya membuat keputusan mengambil tindakan melalui prosiding fitnah terhadap organisasi media terbabit itu.

KPRU mengamati tindakan yang diambil oleh seorang Perdana Menteri, bukan ahli politik sembarangan, terhadap Malaysiakini, yang kononnya merupakan suatu tindakan yang cuba mempertahankan reputasi kerajaan yang diterajui Najib, sebagai tindakan sebuah rejim yang sering dikritik sebagai tidak menghormati demokrasi lagi menindas kebebasan media.

Saman yang difailkan oleh Najib ini bukan sahaja menimbulkan kontroversi, tetapi juga suatu langkah yang kurang bijaksana dan berpandangan sempit demi kelangsungan hayat sebuah rejim.

Lazimnya, Kementerian Dalam Negeri yang memainkan peranan "antagonis" bagi mengambil tindakan terhadap mana-mana media yang dilihat tidak mengakuri atau cuba mencabar arahan kerajaan Umno dengan membatalkan atau menggantung lessen percetakan dan penerbitan media tertentu pada bila-bila masa sahaja.

Kes saman Malaysiakini pada kali ini boleh dikatakan mewujudkan legasi negatif sebuah rejim memandangkan buat kali pertama Najib, atas nama Perdana Menteri, mengambil jalan undang-undang dengan memfailkan saman terhadap portal berita atas talian.

Sewajarnya, Najib harus bersikap demokrasi dalam isu dasar media dan membenarkan penerbitan akhbar harian Malaysiakini di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Mkini Dotcom pernah memohon permit di bawah akter tersebut untuk menerbitkan akhbar harian untuk dijual di Lembah Klang tetapi ditolak permohonannya pada tahun 2010 oleh Kementerian Dalam Negeri tanpa memberi maklum balas berkenaan alasan permohonan ditolak.

Syarikat berkenaan kemudiannya terus mencabar keputusan tersebut. Pada hakikatnya, keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada 1 Oktober 2013 telahpun membatalkan keputusan menteri yang menolah permohonan permit Malaysiakini dan memutuskan penerbitan akhbar sesungguhnya hak yang dijamin di bawah Artikel 10 dalam Perlembangaan Persekutuan, bukannya hak istimewa yang ditentukan oleh Putrajaya.

Jikalau Najib benar-benar berpegang teguh kepada pelan transformasi beliau, KPRU menggesa Perdana Menteri dan UMNO menarik balik saman yang difailkan terhadap Malaysiakini sementara permit penerbitan akhbar Malaysiakini dalam empat Bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dikeluarkan.

Lantas, KPRU menyeru seluruh rakyat Malaysia berdiri bersama-sama dengan Malaysiakini bagi memberikan sokongan teguh kepada portal berita tersebut dalam masa sukar.

Memandangkan blogger yang disaman oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Singapura itu berjaya mengumpul jumlah yang melebihi $55,700 melalui pendanaan orang ramai (crowdfunding) bagi membiayaai kos guamannya, rakyat Malaysia khususnya pembaca Malaysiakini juga harus menunjukkan sokongan kepada portal berita tersebut yang sering memberi ruang kepada suara alternatif bagi mempertahankan kebebasan media dan kebebasan bersuara.


KPRU adalah singkatan Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan.

Laporan skandal NFC tangguh lagi

Posted: 10 Jun 2014 05:33 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksa Kira-kira Wang (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata hasil siasatan ke atas skandal National Feedlot Corporation masih belum dapat dibentangkan kes tersebut masih berlarutan di mahkamah.

Nur Jazlan berkata laporan berkenaan disiapkan oleh anggota jawatankuasa lebih setahun lalu, sebelum pilihan raya umum ke-13, dan dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat pada tahun lalu.

Menurutnya, Spekaer Tan Sri Pandikar Amin Mulai merujuk perkara itu kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Laporannya sudah siap, ia boleh dibentangkan tetapi peguam negara berpendapat ia mungkin sub judice (kepada kes yang sedang dibicarakan)," katanya.

Nur Jazlan dalam laporan pada 26 November lalu menyebut, laporan itu akan dibentangkan pada 3 Disember selepas tertangguh selama seminggu.

Laporan itu antaranya mengandungi beberapa saranan daripada PAC berkenaan projek berkenaan.

PAS S'gor ragui Umno ketengah hudud

Posted: 10 Jun 2014 05:29 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


PAS Selagor hari ini menyatakan keraguannya terhadap tindakan Umno mengetengahkan isu hudud dengan mengemukakan usul membincangknnya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad menyifatkannya sebagai "hanya bermain politik" kerana tidak melakukannya ketika lama memerintah negeri itu sebelum ini, lapor Harakahdaily.

"Kenapa baru sekarang Umno hendak cadang bentang di Dewan? Mereka ada lebih 50 tahun (memerintah Selangor) tetapi tidak melakukannya?

"Hanya setelah mereka menjadi pembangkang di Selangor barulah mereka hendak bercakap tentang hudud?" beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar web PAS itu.

Iskandar yang juga exco negeri juga meminta melaksanakan hudud di negeri yang diperintah oleh BN.

Beliau juga membangkitkan tindakan BN menolak pelaksaan hukum itu di Terengganu sebelum ini.

Anggota DUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik dilaporkan sebagai memberitahu, usul itu diserahkan minggu lalu

MAIS-Zarina berdamai, saling puji-memuji

Posted: 10 Jun 2014 05:26 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Selepas seminggu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan pengantin kontroversi Zarina Abdullah Majid akhirnya berdamai dalam isu perkahwinannya mengikut upacara Hindu.

Malah, selepas pertemuan kedua-dua pihak hari ini, Pengarah MAIS Datuk Mohamad Adzib dan Zarina mengeluarkan kenyataan bersama yang antara lain memuji tindakan satu sama lain.

Menurut kenyataan itu, wakil keluarga Zarina mengakui siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) – badan penguatkuasaan MAIS – dilakukan penuh hormat dan tidak menyinggung perasaan keluarga dan tetamu majlis perkahwinan.

"Pihaknya turut kesal dengan istilah serbuan yang sengaja disensasikan oleh pihak media sehingga menimbulkan ketegangan," kata Adzib dan Zarina.

Dinyatakan juga, JAIS pula berkata, siasatan mereka mendapat kerjasama baik daripada Zarina dan keluarga.

Berhubung status agama Zarina, MAIS menasihatinya memfailkan permohonan status agama di Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia terletak bawah bidang kuasanya.

"MAIS dan JAIS akan membantu mempercepatkan proses pendengaran permohonan kes beliau di Mahkamah Tinggi Syariah," katanya.

Nada kenyataan itu bagaimanapun berbeza sama sekali dengan kenyataan Zarina pada 4 Jun lalu yang dilaporkan berkata sangat malu dan sakit hati kerana majlis tersebut tergendala.

Laporan The Malaysian Insider melaporkan Zarina sebagai berkata, tindakan pegawai JAIS itu malah menyebabkan tetamunya meninggalkan majlis tanpa menjamah hidangan.

[VIDEO MESTI TONTON] Kehebatan Gadis Bajau Selamatkan Perahu Karam

Posted: 10 Jun 2014 05:19 AM PDT

KELAB GREENBOC


 
Pulau Mabol, Samporna - Video teknik seorang kanak-kanak perempuan berketurunan Bajau Laut menyelamatkan perahu karam telah menjadi viral di facebook. Hit di youtube telah melebihi 1.3 juta.

Di dalam video berdurasi 1:56 itu, sebuah perahu kecil dilihat karam apabila air memasukinya hingga seorang wanita dan tiga kanak-kanak terapung-apung di dalam air.

Kanak-kanak perempuan Bajau tersebut kemudiannya bertindak pantas menggunakan kemahirannya yang tersendiri untuk mengeluarkan air dalam sampan tersebut dengan cara mengimbangkan badannya ke kiri dan ke kanan sehingga air di dalam perahu itu habis keluar ke lautan semula.

Setelah itu dengan cepat dan tangkas beliau terjun ke laut untuk ke pelantar mengambil pendayung dan menuju semula ke perahu.

Dia turut membantu salah seorang kanak-kanak memasuki semula sampan tersebut.

Kalau dilihat pada komen-komen dalam youtube, ia sebenarnya telah mendapat perhatian antarabangsa dimana majoriti yang komen adalah mereka dari luar negara.


Peter Lamm - The human spirit is incredible. After watching this, I think that little girl must be a little angel in the flesh, so clever to save her family, so caring she immediately turn to help her siblings, and so humble she does not think of herself. That girl -- if she gets an opportunity, will go places and do great things.

Scott Linford - Amazing technique. Not in the scouting manual.

Kane Foster - She's got the moves! Wonder how she knew to do that!

mark s guy - Little Girl Saves Capsized Boat With Her Crazy Legs (she is a Hero) 

LIHAT VIDEO DI SINI

Bila Hudud Ditolak, Di Perkarangan Masjid Pun Sudah Tidak Selamat

Posted: 10 Jun 2014 05:13 AM PDT

KELAB GREENBOC



Kereta imam jadi mangsa


HULU TERENGGANU - Malang tidak berbau. Demikian situasi dialami Imam 1 Masjid Kampung Butut dan seorang makmum apabila kereta diparkir di pekarangan masjid berkenaan, dipecah pencuri ketika mereka sedang menunaikan solat Subuh, semalam.

Bagaimanapun, kejadian tersebut hanya diketahui imam berkenaan, Ramly Jusoh, 60 dan makmum, Syed Ibrahim Syed Hitam, 77, kira-kira jam 6.45 pagi setelah dimaklumkan jemaah lain selepas selesai tazkirah Subuh.

Difahamkan, kes pecah masuk kenderaan pertama kali berlaku di masjid berkenaan memandangkan selama ini, hanya tabung masjid yang kerap menjadi sasaran pencuri.

Kejadian pertama babitkan pecah kenderaan

Ramly berkata, beliau tersentak apabila dimaklumkan kereta Mercedes Benz miliknya yang diparkir di tempat khusus untuk imam, dipecah masuk apabila jemaah ternampak kaca bertaburan dengan keadaan cermin pintu sebelah kiri bahagian hadapan pula pecah.

Menurutnya, kejadian tersebut pertama kali berlaku sepanjang hampir 20 tahun beliau bertugas di masjid berkenaan.

"Gara-gara kejadian ini, beberapa dokumen termasuk buku-buku bank, segugus kunci dan sebuah telefon bimbit yang diletakkan dalam sebuah beg, hilang.

"Saya tidak menolak kemungkinan perbuatan ini dilakukan pencuri bermotosikal kerana saya diberitahu, ada makmum terdengar bunyi motosikal ketika saya mengimamkan solat Subuh pagi tadi (semalam). Namun, bunyi itu hanya seketika, mungkin sewaktu pencuri berkenaan ingin berlalu dari kawasan masjid.

"Sebelum ini tabung masjid jadi sasaran, kali ini kereta pula. Namun, saya anggap semua ini ujian daripada-Nya dan berharap ia tidak akan berulang kerana masjid adalah tempat beribadah, bukannya untuk melakukan perkara bertentangan dengan agama," katanya.

Al-Quran dalam kereta turut lesap

Sementara itu, Syed Ibrahim pula berkata, cermin pintu sebelah kiri bahagian belakang Proton Iswara diparkir di hadapan pintu masuk masjid berkenaan, turut dipecahkan pencuri sekali gus menyebabkan dia kehilangan senaskhah al-Quran besar yang diletakkan di dalam beg.

"Jarak kereta saya dengan imam hanya beberapa meter. Beg berisi al-Quran tersebut diletakkan di tempat duduk penumpang belakang dan mungkin pencuri merembatnya kerana beranggapan terdapat barang bernilai.

"Kes kecurian di sini bukan perkara luar biasa kerana ia kerap berulang terutama melibatkan tabung masjid. Malah sebelum ini tabung masjid turut dilarikan, namun dihantar semula beberapa hari kemudian dengan meletakkannya di tepi dinding dalam masjid. Banyak juga tabung rosak akibat dikopak pencuri.

"Sehingga kini, lebih 10 kali kecurian berlaku termasuk beberapa kes curi motosikal dan kini, kereta pula jadi sasaran," katanya.

Orang ramai perlu berhati-hati: Mohd Rosli

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu pada jam 6.53 pagi semalam di Balai Polis Kuala Berang.

Kata beliau, sebagai langkah keselamatan, orang ramai diingatkan agar tidak meninggalkan barang berharga atau beg di dalam kenderaan bagi mengelakkan ia menjadi sasaran pencuri.



Dun Terengganu tolak usul laksana hudud

KUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri Terangganu hari ini menolak usul supaya melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002.

Usul tersebut dibawa oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong) di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dun.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Dun, Mohd Zubir Embong menolak usul tersebut.

Kandungan usul beliau seperti di bawah.

Bahawa persidangan ini hendaklah ditangguh mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan isu Perlaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M yang telah diluluskan oleh Dewan Yang Mulia Ini pada 7 Julai 2002.

Isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana perlaksanaan undang-undang Islam adalah satu tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Quran antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 178, an-Nur ayat 2, surah al-Maidah ayat 38 dan lain-lain lagi.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M telah diluluskan menjadi undang-undang tertinggi bagi negeri ini, dan mendapat persetujuan DiRaja Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 serta telah disiarkan dalam warta negeri Terengganu pada pada 25 September 2002.

Bahkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M telah dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003 melalui dokumen TR.P.U.10/2003, bahkan jauh dari itu, penemuan batu bersurat di Kuala Berang telah membuktikan bahawa kerajaan Terengganu suatu ketika dahulu telahpun mengamalkan undang-undang Islam lebih dahulu daripada kerajaan Islam Melaka. Namun malangnya, sehingga kini ia gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu.

Isunya mengapakah sehingga kini, kerajaan yang berkuasa melaksanakan Enakmen ini gagal untuk melaksanakannya, bahkan tidak mengambil sebarang usaha untuk melaksanakannya.

Menteri Besar serta pemimpin kerajaan negeri perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan kerajaan melaksanakan Enakmen ini.

Perkara ini adalah melibatkan kepentingan orang ramai kerana keamanan tidak berlaku dalam negeri ini dengan begitu banyaknya kejadian jenayah berat dan ringan yang melibatkan keselamatan hidup rakyat negeri Terengganu sehinggakan rumah Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, turut menjadi mangsa serangan tembakan suatu ketika dahulu.

Kerajaan dan rakyat mengalami kerugian, kehilangan maruah, nyawa dan harta benda, akibat kejadian jenayah berat dan ringan yang semakin hari semakin meningkat.

Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai serta perlu disegerakan.
-HD (15/04/2014)

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

Apabila DUN Terengganu menolak Hudud, di perkarangan masjid pun sudah tidak selamat. Kereta imam dipecahkan.

Apakah ini tidak lagi dapat membuka mata pihak yang buta?

Dan apabila UMNO di peringkat negeri telah tolak hudud, anda masih percaya UMNO akan menyokong hudud di peringkat negara?

Penduduk tunggu berbelas tahun untuk dapatkan hospital, tapi Panda 2 tahun?

Posted: 10 Jun 2014 05:11 AM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM: Penduduk Sepang terpaksa menunggu berbelas-belas tahun janji kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mendirikan hospital tetapi masih tidak ditunaikan.

"Kami penduduk daerah Sepang amat terkilan kerana hanya dengan perancangan mengambil masa dua tahun sahaja Kerajaan Pusat dapat mengeluarkan dana jutaan ringgit membawa dan menyediakan infrastruktur hanya untuk dua ekor panda.

Panda-gergasi"Sedangkan saya dan penduduk daerah Sepang sudah belasan tahun menanti janji-janji kerajaan bagi mendirikan Hospital Daerah Sepang," tulis seorang pembaca dipetik Harakahdaily yang menggelarkan Zahar KLIA2.

Beliau menambah, terbukti panda didahulukan dan rakyat dibelakangkan, terima kasih BN.

Pasangan panda gergasi Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) tiba di Kompleks MASkargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 7.53 pagi Rabu lalu.

Sebelum ini, Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri, berkata tindakan kerajaan membawa Fu Wa dan Feng Yi berusia lapan tahun itu dengan diberikan layanan istimewa tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Sebanyak RM70 juta wang rakyat perlu digunakan untuk menanggung beban kos dua ekor panda China dalam tempoh 10 tahun.

Dengan kehadiran dua ekor panda itu, bermakna Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan untuk tempoh 10 tahun.

Perkara itu dilaporkan seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China, pada 15 Jun 2012.

Dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara membabitan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar bagi menempatkan pasangan panda berkenaan.

Dilaporkan, RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bakinya oleh kerajaan.

Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.EZY

Panda dapat rumah mewah, rakyat pula diusir, rumah diroboh

Posted: 10 Jun 2014 04:34 AM PDT

SELANGOR KINI


KUALA LUMPUR : Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak lebih prihatin terhadap dua panda dengan memberi tempat tinggal istimewa mewah dan berhawa dingin, tetapi sanggup mengusir dan merobohkan rumah rakyat.

Suasana cemas itu berlaku di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul apabila penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bertindak mahu meroboh kediaman yang diduduki lebih 60 tahun lalu.

Najib pandaSetiausaha Politik Ahli Parlimen Batu, Tian Chua – Rozan Azen Mat Rasip, situasi cemas berlaku apabila pihak DBKL terus membawa jentolak untuk merobohkan kediaman walaupun menyedari ada penghuni wanita dan kanak-kanak di dalam rumah terbabit.

Menurut Rozan, penduduk tetap bertahan walaupun pihak DBKL memaklumkan bahawa keputusan Mahkamah Sesyen tidak memihak kepada penduduk.

"Bagaimanapun penduduk memaklumkan, pihak mereka sedang membawa perkara ini ke Mahkamah Tinggi untuk mencari keadilan, lantaran itu mereka meminta budi bicara DBKL dan PTG agar jangan bertindak terburu-buru dalam perkara ini.

"Lebih mengecewakan DBKL dan PTG yang hadir hari ini (9 Jun) gagal mengemukakan sebarang dokumen atau notis untuk meroboh enam rumah penduduk terlibat," dakwa Rozan.

chubadak3Jelas beliau lagi, penduduk hanya mahukan keadilan, ini kerana jumlah pampasan yang ditawarkan kepada penduduk terlibat adalah tidak masuk akal, iaitu sebanyak RM7,000 untuk sebuah rumah. Sedangkan ada penduduk kampung berdekatan menerima RM100,000.

Sementara itu, seorang penduduk yang ditemui – Zaini Abdullah berkata, apa yang berlaku adalah satu penghinaan terhadap mahkamah. Ini kerana ada di antara rumah yang terlibat masih lagi dalam kes mahkamah.

"Rumah Halim Hamid,68, dan Hamid Saad,56, akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada 17 Jun ini, DBKL dan PTG sepatutnya menghormati proses ini.

"Dalam sistem kehakiman kita, pihak yang berwajib sepatutnya tidak boleh mengambil tindakan sesuka hati kerana proses mahkamah masih berlaku.

Kawasan eksibit khas untuk panda berkeluasan 1.6 hektar itu dianggar menelan kos RM25 juta.

"Perkara ini membabitkan banyak prosedur dan perjanjian yang perlu diteliti, sudahlah pembayaran pampasan tidak adil, datang pula secara kasar dan tidak menghiraukan nyawa kanak-kanak apabila tetap merobohkan bahagian depan rumah," katanya dipetik Keadilan Daily.

Dyana: Noh Omar patut periksa maklumat sebelum keluar kenyataan

Posted: 10 Jun 2014 04:32 AM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar patut membuat pengesahan maklumat yang diterimanya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh membawa fitnah.

Setiausaha Politik bagi Ahli Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mencadangkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dibubarkan dalam kempen pilihan raya kecil Teluk Intan.

dyana kiniDyana berkata dakwaan palsu itu disiarkan dalam laman sosial Facebook palsu yang menyerupai laman sosialnya.

"Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai Rejimen Askar Melayu Diraja.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan (cadangan seperti) itu," katanya dipetik Malaysiakini.

Dyana berkata beliau akan membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung kewujudan laman Facebook palsu mengenainya, dalam masa terdekat.

"Saya tidak (membuat kenyataan seperti itu," katanya sambil menunjukkan kepada media mengenai perbezaan antara laman Facebooknya yang sah dan yang palsu.

Suspek hilang, pemecatan Sabaruddin ada kaitan pembunuhan Altantuya?

Posted: 10 Jun 2014 04:26 AM PDT

Oleh : NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Pemecatan Tan Sri Sabaruddin Chik sebagai Pengerusi Bank Rakyat menimbulkan persoalan sama ada mempunyai kaitan dengan misteri pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribu.

Persoalan itu timbul apabila wujud dakwaan pemecatan itu dibuat ekoran kegagalan Sabaruddin meyakinkan ahli lembaga pengarah Bank Rakyat untuk memberikan pinjaman mudah tanpa faedah RM40 juta dengan tempoh bayaran 30 tahun kepada ahli perniagaan kontroversi, Deepak Jaikishnan.

gambar hiasan
gambar hiasan

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shahrin berkata Deepak merupakan individu yang membuat pendedahan berhubung peranan dimainkan dalam pembunuhan Altantuya dan hubungan rapatnya dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Deepak cukup rapat dengan Rosmah sehinggakan wujud sebuah 'novel pendek' bertajuk Ros Hitam yang dikatakan ditulis oleh Deepak menceritakan detik pembunuhan Altantuya dengan mendedahkan sekali dokumen (resit) pembelian barang kemas yang berkaitan watak Ros Hitam (watak yang difahami umum merujuk kepada Rosmah).

"Pendedahan Deepak diketahui kerana janji laluan atau bantuan perniagaan kepadanya yang tidak ditunaikan.

"Ini jelas apabila serentak dengan itu dia membuat pendedahan berkenaan rundingan tanah dan seumpamanya," kata Badrul Hisham dalam kenyataan medianya di sini, hari ini.

badrul sharinBadrul Hisham turut mempersoalkan adakah Deepak mendiamkan diri secara tiba-tiba disebabkan sudah mendapat habuan tertentu.

" Adakah ini sebahagian dari pakej tutup mulut terhadap apa yang berlaku?" Soal Badrul Hisham lagi.

Badrul turut menjelaskan rayuan dalam kes pembunuhan Altantuya ketika ini tergantung apabila suspek kes berkenaan gagal dikesan.

"Najib harus tampil menjelaskan sekali lagi perkara ini. Sampai bila keselamatan negara termasuk wang rakyat menjadi taruhan terhadap misteri pembunuhan yang tidak selesai.

"Persoalan yang lebih penting ialah dua suspek itu tidak punya motif untuk membunuh Altantuya. Maka siapa arahkan pembunuhan itu berlaku masih menjadi tanda tanya," katanya lagi.
EZY

MB bersama 5,000 jemaah Solat Jenazah Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam

Posted: 10 Jun 2014 04:19 AM PDT

Oleh: Mohd Ezli Mashut


SHAH ALAM - Kira-kira 5,000 jemaah melaksanakan Solat Jenazah ke atas Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Allahyarham Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin, yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.07 malam tadi.

Turut serta dalam Solat itu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersama-sama memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah di Masjid Negeri Shah Alam di sini.
Solat jenazah dipimpin oleh bekas Imam Besar Masjid Negeri, Othman Hamzah.

Jenazah imam itu kemudiannya dibawa pulang ke kampung halamannya di Hulu Selangor untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Batang, Batang Kali.

IMG_3497a
Abdul Khalid dalam laman Facebooknya berkata, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menyeru rakyat bersama-sama berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan beroleh ganjaran terbaik.

"Hari ini kita kehilangan seorang imam dan juga pendakwah yang memberi sumbangan besar dalam mengimarahkan masjid serta pendidikan dan pengisian kepada ummah.

"Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan memberi sumbangan serta bantuan sokongan kepada keluarga allahyarham Ustaz Haji Ahmad Mustafa Al-Muqri," kata Abdul Khalid.
Allahyarham meninggalkan lima orang cahaya mata masih kecil, yang terakhir berusia 3 bulan.

Antara jasa besar Allahyarham ialah menghasilkan Terjemahan Al Quran Perkata, kemudian beliau telah mewakafkan banyak koleksi itu ke serata masjid dan individu di seluruh negara.

jenazah imam besar aAllahyarham Ahmad Mustafa,39, disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung, selepas enam hari dimasukkan ke IJN.

Menurut kenyataan JAIS sebelum ini, Imam Besar itu mengadu sesak nafas dan dimasukkan ke Hospital Selayang sebelum dirujuk ke IJN.
Allahyarham lahir pada 26 Disember 1974.

IMG_3539aAllahyarham mendapat pendidikan awal Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Selangor dan Markas Tahfil Al-Quran Wal Qiraat Masjid Negeri (MARTAH)
Kemudian menyambung pelajaran untuk Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat (Darul Quran, Malaysia) dan Ijazah Tahassus Qiraat (University Al-Azhar, Mesir).
EZY

LIHAT VIDEO DI SINI

Peruntukan ditambah semarak promosi Tahun Melawat Selangor 2015

Posted: 10 Jun 2014 04:15 AM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Peruntukkan belanjawan bagi sektor pelancongan di Selangor dijangka ditambah kepada RM4 juta tahun hadapan bagi meningkatkan industri pelancongan negeri itu.

Exco Pelancongan dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, ini berikutan keperluan bagi menampung aktiviti mempromosi destinasi pelancongan sempena Tahun Melawat Selangor 2015.

Bandar Shah Alam"Selangor ada banyak potensi pelancongan alam sekitar dan pertanian, kita harap pada masa hadapan kita dapat membuka lagi atau menambahbaik tapak pelancongan khasnya dalam pelancongan alam sekitar dan pertanian.

Elizabeth berkata demikian dalam sidang media Forum Pembangunan Mampan dan Mesra Alam di Dewan Annex, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Bagaimanapun, kata Elizabeth, peruntukan tambahan itu hanya akan diputuskan dalam mesyuarat Exco pada Oktober nanti.

Elizabeth turut menjangka sektor pelancongan akan membantu meningkatkan KDNK negeri Selangor.

Sementara itu Forum Pembangunan Mampan dan Mesra Alam Negeri Selangor yang diadakan sempena Hari Alam Sekitar Dunia pada 5 Jun lalu menampilkan beberapa tokoh alam sekitar dan warisan dalam dan luar negara sebagai panelis.

Antaranya perintis pemuliharaan warisan dan kurator terkenal iaitu Setiausaha Agung Institut Pengurusan Sumber Sejarah Taiwan, Alice Ru Hwa Chiu; Naib Presiden Pencinta Alam Malaysia, Profesor Dr Ahmad Ismail dan Pegawai Kanan Program Hutan dan Tanah Gambut, Nagarajan Rengasamy.

Turut ditampilkan dalam forum itu, Editor Pengurusan Majalah Santai Travel, Azlie Halim dan Pengerusi Persatuan Belia Perubahan Iklim, Adrian Yeo yang juga bertindak sebagai moderator.
EZY

Jadikan Sekinchan model pembangunan pelancongan berjaya

Posted: 10 Jun 2014 04:12 AM PDT

Oleh : NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Masyarakat dan pemimpin setempat termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) disaran menjadikan Sekinchan sebagai model pembangunan sektor pelancongan yang berjaya.

Ini berikutan usaha dan kerjasama berterusan antara masyarakat dan pelbagai pihak bertanggungjawab di daerah itu berjaya menjadikan Sekinchan sebagai salah satu produk pelancongan terkenal di negeri ini.

sekinchanExco Pelancongan dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, walaupun Selangor mempunyai banyak produk pelancongan yang boleh diketengahkan tetapi yang penting sekali adalah usaha masyarakat tempatan sendiri.

"Projek Kerajaan Negeri tidak akan berjaya jika tanpa inisiatif dan kerjasama masyarakat tempatan.
"Kenapa Sekinchan berjaya? Kerana mereka jalankan usaha, adakan aktiviti sendiri melibatkan semua lapisan masyarakat, wujudkan indentiti pelancongan mereka sendiri.

Sekinchan"Mereka juga libatkan pemilik kilang, hotel-hotel kecil, tempat makan, petani dan lain-lain," kata Elizabeth dalam sidang media Forum Pembangunan Mampan dan Mesra Alam di Dewan Annex, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Antara produk pelancongan terkenal di Sekinchan, jeti pendaratan hasil laut yang bermutu dan segar, muzium padi, mangga Sekinchan, home stay, keindahan panorama sawah padi dan industri kecil sederhana (IKS) dan produk makanan kampung.

Sektor Pelancongan di Sekinchan mula mendapat nafas baru pada 2008 apabila usaha berterusan masyarakat Sekincahan mendapat perhatian sebaik Pakatan Rakyat menerajui Selangor.

Berbanding sebelum 2008, hari ini jeti-jeti di Pantai Redang, Sekinchan khususnya menjadi tumpuan bas-bas pelancong luar sekaligus meningkatkan ekonomi masyarakat tempatan.EZY

MB: Puncak Niaga terima tawaran pengambilalihan, penstrukturan di peringkat akhir

Posted: 10 Jun 2014 04:08 AM PDT

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Menteri Besar, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim menyambut baik perkembangan terkini penstrukturan air apabila Puncak Niaga menerima tawaran pengambilalihan oleh Kerajaan Selangor

Abdul Khalid dalam kenyataan media mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Selangor kerana sudah berada di peringkat akhir dalam usaha mengembalikan hak air kepada rakyat.

air-syabas_MB1Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan memulakan proses menawarkan saham air kepada rakyat Selangor yang layak sebaik sahaja pengambilalihan ini selesai sepenuhnya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kerana komitmen dan bantuan kepada Kerajaan Selangor dalam memuktamadkan penyusunan semula industri air Selangor seperti yang dihasratkan WSIA.

Menteri Besar berkata, usaha menggabungkan industri air di Selangor secara bersepadu hampir menjadi kenyataan dan kerana itu, Kerajaan Negeri akan memenuhi komitmen untuk memudahkan pelaksanaan projek Langat 2.

Ia seperti yang telah dipersetujui menerusi Perjanjian Persefahaman (MoU) Air yang ditemeterai antara Kerajaan Selangor dan Persekutuan pada Februari 2014.

Menteri Besar juga akan mempengerusikan bersama mesyuarat Langat 2 dengan Menteri KeTTHA, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili pada Khamis ini.

Tawaran Kerajaan Selangor untuk mengambilalih 100 peratus pegangan saham dalam Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan 70 peratus saham dalam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah diterima secara prinsip oleh Puncak Niaga Holdings Berhad (Puncak Niaga).

Keputusan Puncak Niaga untuk menerima tawaran pengambilalihan PNSB dan SYABAS oleh Kerajaan Selangor telah dimaklumkan kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui sepucuk surat bertarikh 6 Jun 2014.

KDEB pula dalam balasan suratnya kepada Puncak Niaga pada hari ini menyatakan persetujuan secara prinsip dengan persetujuan tawaran itu.

Kedua-dua pihak telah menyatakan persetujuan dengan terma dan syarat pengambilalihan 100 peratus pegangan saham dalam PNSB dan 70 peratus dalam SYABAS dengan pertimbangan tunai bersih berjumlah RM1,555.3 juta.

Sebagai sebahagian daripada tawaran pengambilalihan itu, Kerajaan Selangor menerusi anak syarikat milik penuhnya, (KDEB) akan mengambilalih pegangan saham Puncak Niaga dalam PNSB dan SYABAS termasuk semua aset dan liabiliti.

Bagaimanapun, aset, liabiliti dan usaha niaga yang tiada kaitan dengan industri air adalah dikecualikan.

Melainkan pengecualian aset, liabiliti dan usaha niaga PNSB yang tiada kaitan dengan Perjanjian Konsesi, kesemua terma dan syarat ini adalah selari dengan terma dan syarat yang terkandung dalam tawaran akhir KDEB kepada Puncak Niaga bertarikh 26 Februari 2014.

Kerajaan Selangor juga telah diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah Puncak Niaga telah membuat pengumuman kepada Bursa Malaysia pada akhir dagangan hari ini bagi mengesahkan persetujuan secara prinsip untuk menerima tawaran pengambilalihan ini.

Antara lain, tawaran pengambilalihan ini adalah tertakluk kepada kelulusan pemegang saham Puncak Niaga pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang akan diadakan oleh Puncak Niaga dalam waktu terdekat ini.

Dalam mesyuarat khas yang diadakan hari ini, Lembaga Pengarah Puncak Niaga telah dimaklumkan perkembangan terbaharu ini dan juga telah dimaklumkan oleh Tan Sri Rozali Ismail mengenai niatnya untuk mengundi.

Ia bagi menyokong tawaran pengambilalihan oleh Kerajaan Selangor pada EGM akan datang memandangkan hak dan kelayakan beliau sebagai pemegang saham sebanyak 41.32 peratus secara langsung dan tidak langsung dalam Puncak Niaga.

Penerimaan tawaran pengambilalihan ini adalah susulan rayuan yang telah dibuat oleh Puncak Niaga kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada 15 Mei 2014 bagi menangguhkan penguatkuasaan Seksyen 114 Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA). EZY

Pemimpin MCA, Gerakan sertai Kabinet Jumaat ini?

Posted: 09 Jun 2014 10:45 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan menteri baharu dalam penyusunan semula Kabinetnya. Gambar fail The Malaysian Insider.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan menteri baharu dalam penyusunan semula Kabinetnya. Gambar fail The Malaysian Insider.


 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka melantik beberapa pemimpin MCA dan Gerakan dalam Kabinetnya pada Jumaat dalam apa yang dinamakan sebagai mini penyusunan semula Kabinet, namun tidak ada menteri yang akan diberhentikan.

Perdana menteri kini berada di Turkmenistan dalam rangka lawatan rasmi dua hari dan dijadualkan pulang ke tanah air pada Khamis. Mesyuarat Kabinet dijangka diadakan pada Jumaat.

The Malaysian Insider menjangkakan empat ahli Parlimen daripada MCA dan dua ahli Parlimen Gerakan akan dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri. Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong disahkan akan dilantik menjawat jawatan menteri.

 Semasa pilihan raya kecil Teluk Intan baru-baru ini, Najib berjanji akan melantik Mah sebagai menteri jika beliau menang dalam pilihan raya kecil tersebut.

Ada 32 kerusi dalam Kabinet Najib sekarang. Sejak pembentukan Kabinet selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, kerusi menteri pengangkutan dipangku oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang biasanya dipegang oleh menteri MCA.

Ini berikutan tindakan MCA menolak sebarang kerusi kerajaan ekoran pencapaian teruknya dalam pilihan raya tersebut.

Namun, dalam mesyuarat agung luar biasanya MCA bersetuju untuk memegang jawatan kerajaan semula termasuk menteri Kabinet. Jawatan timbalan menteri yang kosong ketika ini adalah timbalan menteri kewangan, pelancongan dan Jabatan Perdana Menteri.

[BERGAMBAR] Kilang Bihun Cap Masjid Bertaraf "GMP"?

Posted: 09 Jun 2014 10:28 PM PDT

KELAB GREENBOC


Gambar-gambar berikut merupakan kilang di mana Bihun Cap Masjid diproses. Lihat bagaimana tahap kebersihan mereka memproses produk mereka.


 
Sebagai makluman, terdapat begitu banyak produk-produk beridentiti melayu islam seperti Bihun Cap Masjid ini. Mohon pengguna kita berhati-hati dengan produk-produk seperti ini di pasaran.




ULASAN GB

Dengan pendedahan ini, orang bukan Islam pun rasanya akan merasa jijik dengan bihun yang dikeluarkan.

Apa tindakan majlis kerajaan tempatan di dalam mengeluarkan lesen perkilangan? Bagaimana mereka boleh mendapat kebenaran menjalankan pembuatan bihun dengan kilang yang lansung jauh dari status "Good Manufacturing Practice"?



Selain daripada itu, bagaimana pula dengan penyalahgunaan nama "cap Masjid" bagi mengelirukan pengguna-pengguna muslim?

Sementara logo HALAL itu adalah logo palsu, bukan logo dari JAKIM!

GST: Industri runcit dijangka menguncup

Posted: 09 Jun 2014 10:19 PM PDT


Hussamuddin (empat, kanan) menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenangan kepada Choon Liang (tiga, kanan). Hussamuddin (empat, kanan) menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenangan kepada Choon Liang (tiga, kanan).
 

INDUSTRI runcit dijangka mengalami penguncupan pada tempoh awal pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) 1 April depan.

Presiden Persatuan Rangkaian Peruncitan Malaysia (MRCA), Datuk Liaw Choon Liang berkata, ini kerana kuasa beli pengguna akan lebih terhad kepada barang keperluan.

Bagaimanapun, katanya, semua itu hanya bersifat sementara iaitu dijangka antara tiga hingga enam bulan pertama pelaksanaan sistem percukaian baharu itu.

"Tambahan pula, sebelum GST dilaksanakan iaitu pada Januari hingga Mac, kuasa beli akan berkembang lebih tinggi kerana orang ramai risau harga barang keperluan akan naik ketika GST.

"Selepas April, (dijangka) berlaku penurunan (dari segi kuasa beli) atau kekal.

"Namun, industri akan kembali normal apabila kerajaan mengambil langkah untuk mengimbangkan kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan antaranya menerusi pengurangan jumlah cukai pendapatan individu atau syarikat," katanya ketika ditemui selepas lawatan delegasi MRCA ke Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), di Shah Alam, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacob, Timbalan Pengerusi Karangkraf, Mohd Nasir Hamzah, Ketua Pegawai Operasi Karangkraf, Syamil Fahim Mohd Fahim dan Pengarah Eksekutif Sinar Harian, Akmal Eirfan Mohd Fauzi.

Choon Liang berkata, jumlah pengeluaran produk domestik pada suku pertama tahun ini menunjukkan perkembangan positif.

"Walaupun industri peruncitan mungkin akan ada kesan daripada GST, namun ia masih lagi berkembang dengan baik kerana populasi rakyat Malaysia yang ramai," katanya.

Menurutnya, tidak semua harga barang akan naik apabila GST dilaksanakan.

"GST dikenakan enam peratus, dan barang yang selama ini dikenakan cukai 10 peratus seperti yang mengandungi duti import, akan turun," katanya.

MRCA yang ditubuhkan pada 1992 mempunyai lebih 250 rantaian peruncit dan francaisor, terdiri daripada pelbagai jenama termasuk antarabangsa.

Warga emas maut dilanggar keretapi

Posted: 09 Jun 2014 10:17 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seorang warga emas maut dilanggar keretapi di km 190, Lahat berhampiran Taman Halaman Sentosa di Ipoh, semalam.  

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, Din Chik, 84, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, patah tangan serta kaki.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata mangsa dari Kampung Seri Murni, Pasir Putih cuba melintas landasan tersebut sebelum terpelanting ke tepi akibat rempuhan keretapi itu yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur.

"Polis bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang melakukan pemeriksaan menemui mangsa terbaring di tepi landasan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan lanjut.

Mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat, katanya.

Difahamkan di tempat kejadian polis turut menemui kunci kereta, tongkat dan kopiah putih dipercayai milik lelaki itu.- Bernama

JAIPP pula sekat pengebumian Cina

Posted: 09 Jun 2014 09:55 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


dikemaskini Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menghentikan satu upacara pengebumian seorang wanita berusia 38 tahun mengikut adat Cina kerana si mati didakwa memeluk Islam, 17 tahun lalu.

Laporan The Star Online menyebut, Teoh Cheng Cheng merupakan seorang Islam dan namanya sudah ditukar menjadi Nora Teoh Abdullah.

Pihak berkuasa tersebut membawa mayat Teoh pada kira-kira jam 3.50 petang selepas berunding dengan anggota keluarga berkenaan sejak tengahari.

Teoh meninggal dunia akibat terjatuh pada hari Sabtu lalu dan dikatakan mempunyai seorang teman lelaki beragama Islam.

Perkembangan itu berlaku hanya seminggu selepas pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Selangor menghentikan satu upacara perkahwainan Hindu.

Dalam kejadian di Petaling Jaya itu, JAIS turun menahan pengantin perempuan, Zarina Abdullah Majid, yang didakwa sebagai seorang penganut Islam.

Sementara itu, laporan Bernama menyebut, wanita didakwa mualaf itu memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarganya dan tinggal di Pangsapuri Pelangi, Lintang Macallum bersama teman lelakinya dan empat anak mereka.

Pengarah JAIPP Datuk Sazali Hussein berkata menurut rekod jabatan berkenaan, wanita itu memeluk Islam pada 1997 dan menukar namanya kepada Nora Teoh Abdullah.

"Kita sedang dalam proses mendapatkan perintah Mahkamah Syariah untuk menguruskan jenazah wanita itu mengikut hukum Islam dan Allahyarham kini dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk sementara waktu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata JHEAIPP telah melakukan yang terbaik dalam rundingan dan memberi penjelasan kepada ahli keluarga wanita berkenaan.

"Memang ada bantahan...kita sedang melakukan yang terbaik kerana kita ada semua bukti dan rekod mengatakan bahawa wanita itu adalah seorang Islam," katanya.

Berikutan perkara itu upacara pengebumian Teoh mengikut adat Cina yang dijadual selesai lewat petang semalam di perkarangan pangsapuri berkenaan tergendala apabila pegawai JHEAIPP tiba dan menuntut mayatnya pada pukul 2.30 petang.

Selepas berunding hampir tiga jam keluarga Teoh akhirnya membenarkan keranda wanita itu dibawa ke HPP untuk tindakan lanjut. 

Anwar: ISMA tak melenting dengan Umno

Posted: 09 Jun 2014 09:52 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan NGO pro-Melayu lain tidak melenting walau Umno melalui lidah rasminya Utusan Malaysia mengkritik Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014.

"Jik Umno dan Utusan buat, tak apa. Jika kita yang buat, mereka akan terus bertindak dan ISMA akan melenting," katanya.

Beliau merujuk kepada kritikan yang disuarakan oleh pemimpin Umno dan akhbar tersebut ke atas rang undang-undang terbabit, yang pada awalnya memberi kuasa kuasa pentadbiran kepada Sultan Johor dalam lembaga perumahan tersebut.

Rang undang-undang tersebut diluluskan di DUN Johor semalam dengan pindaan yang menggugurkan kuasa sultan.

"Apa yang mendiang Karpal Singh kata mengenai sultan (sehingga didakwa mengikut Akta Hasutan) lebih ringan berbanding apa yang Utusan dan Umno lakukan," katanya.

Apa Pakatan perlu belajar daripada BN

Posted: 09 Jun 2014 09:41 PM PDT




Oleh Timmy Say


Selepas DAP tewas mengejut di Teluk Intan, keretakan di antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat menjadi semakin ketara.

Kekalahan di Teluk Intan yang sepatutnya menjadi rahmat untuk memperingatkan DAP, PAS dan PKR pentingnya untuk terus bekerjasama bagi bersama melawan Barisan Nasional (BN) bertukar membawa bala apabila ia menjadi medan saling menuding jari antara satu sama lain.

Bagi PKR, pemilihan partinya sudah cukup  memalukan. Maka tidak perlu parti kawan menyapu garam atas luka dengan menyalahkan perkara tersebut sebagai punca kekalahan di Teluk Intan.


Bagi PAS, hudud adalah undang-undang Tuhan yang dekat dengan hati pengikutnya. Tidak bijaklah kalau ada parti kawan yang menyalahkan niatnya untuk melaksanakan undang-undang Tuhan itu sebagai punca kekalahan di Teluk Intan.

Bagi DAP, kekalahan di kerusi yang majoritinya pengundi Cina sesuatu yang sukar ditelan kerana ia melanggar persepsi kaum Cina berada di pihak mereka. Oleh itu, tidak perlu mengguris hati DAP dengan berkata mereka tewas di Teluk Intan kerana mereka kehilangan sokongan Cina, sesuatu persepsi politik yang boleh membuai mimpi ngeri kepada mereka.

Jika hendak berbicara mengenai kesilapan, ketiga-tiga parti ada membuat kesilapan – daripada masalah terlalu yakin kepada tidak berkempen bersungguh-sungguh. Tapi sekiranya ketiga-tiga parti ikhlas bertahaluf, mengapa perlu menyalahkan antara satu sama lain atas kekalahan di Teluk Intan?

Masalah terbesar DAP, PAS dan PKR ialah mereka bersahabat, tetapi pada masa sama, mereka bertarung antara satu sama lain untuk muncul lebih maju di depan berbanding sahabat lain. Selain itu, mereka juga bekerja untuk meningkatkan jumlah undi mengikut kaum secara berasingan, dan bukan secara bersama.

Ini punca utama mengapa pemimpin Pakatan Rakyat suka membuat kenyataan media memperbesarkan isu antara tiga parti semata-mata untuk menjadi undi kelompok masing-masing. Kerana itu juga,  mereka suka membalas kenyataan sesama sendiri melalui media tanpa kisah tindakan mereka akan memperkuatkan persepsi rumahtangga di Pakatan Rakyat ini tidak stabil, sebagaimana yang dipropagandakan oleh BN di media perdana.

Persoalannya, susah sangatkah bagi para pemimpin Pakatan Rakyat untuk menelefon, menghantar email, SMS mahupun whatsapp antara satu sama lain apabila timbul perbezaan pendapat atau sebelum membuat kenyataan mengenai isu sensitif?

Dalam isu kontroversi seperti perkahwinan Hindu seorang wanita bernama Melayu, kes penjagaan anak mualaf, Kidex dan isu Bible Melayu, sepatutnya ketiga-tiga parti perlu berbincang dahulu sebelum mengambil pendirian rasmi.

Ini tidak. Ketiga-tiga parti seolah-olah mempunyai pendirian dan pandangan berbeza – semua jawapan bukan atas kepentingan Pakatan Rakyat, tetapi untuk menjaga kelompok undi parti masing-masing.

Bukan itu sahaja, kebanyakan masa, ada yang suka jump the gun dengan menyatakan pendirian parti dahulu melalui kenyataan media dalam isu kontroversi semata-mata untuk menjaga hati kelompok rakyat yang mengundi parti mereka. Kemudian, golongan ini akan seolah-olah memaksa Pakatan Rakyat menerima pandangan itu sebagai pandangan rasmi tanpa memikirkan kesannya pada rakan parti yang lain dan kelompok rakyat yang lain.

Tindakan seperti ini harus dijauhi kerana ia bersifat sabotaj yang menimbulkan lebih banyak sengketa yang boleh meretakkan lagi Pakatan Rakyat.

Dalam hal menjaga imej perpaduan Pakatan Rakyat, barangkali para pemimpin barisan pembangkang boleh belajar sesuatu daripada BN.

Lihatlah cara parti-parti komponen BN mengurus perbezaan pendapat, di mana mereka jarang berperang di media sehingga menimbulkan rakyat mendapat persepsi BN tidak stabil dan mungkin berpecah bila-bila masa.

Perhatikanlah bagaimana para pemimpin BN yang tidak bersetuju antara satu sama lain cepat-cepat menutup mulut dan berbicara di belakang takbir untuk mengurangkan tumpuan dan tekanan media.

Renungkanlah bagaimana para pemimpin BN mengambil taktik jarang mengeluarkan kenyataan menghentam parti-parti komponen sendiri meskipun ada yang terlajak.

Belajarlah bagaimana NGO-NGO digunakan sebagai muka depan untuk menyerang parti komponen sendiri dan lawan apabila perlu tanpa menjejaskan imej perpaduan utuh BN.

Akuilah cara BN menguruskan ura-ura pertukaran menteri besar di negeri-negeri tertentu juga lebih baik daripada cara Pakatan Rakyat yang mendapat idea kontroversi seperti Langkah Kajang.

Dalam isu kontroversi, pemimpin BN juga lebih pandai mengelak daripada Pakatan Rakyat yang sering terjerut (walaupun kebetulannya banyak perkara kontroversi berlaku di Selangor, yang di bawah kuasa Pakatan Rakyat.)

Meskipun ada taktik politik BN yang kurang disenangi rakyat, tetapi ia sukar untuk menafikan taktik itu berkesan. Ini kerana sehingga kini tiada seorang rakyat pun yang berasa BN akan berpecah.

Yang rakyat tertanya-tanya ialah bila Pakatan Rakyat akan berpecah? Soalan sedemikian sudah cukup untuk Pakatan Rakyat belajar sedikit sebanyak cara BN dalam mengurus perbezaan pendapat.

Bekalan ubat kehabisan, jemaah cuti tanpa gaji

Posted: 09 Jun 2014 09:37 PM PDT


Normala  
Normala


SEPANG - Kegagalan agensi umrah membawa pulang 121 jemaah pada waktu ditetapkan menyebabkan beberapa jemaah terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.

Lebih menyedihkan, ada warga emas kehabisan ubat.

Menurut Normala Hamdan, 37, beliau sangat kecewa dengan pihak agensi itu kerana tidak bertanggungjawab di atas perkhidmatan yang sepatutnya diberikan.

"Saya sangat sedih dan geram. Sudahlah tarikh pergi beberapa kali ditunda, apabila hendak pulang tiada tiket disediakan sehingga mereka tangguh tiga kali.

"Pada mulanya dijangka kami pulang pada 2 Jun, kemudian ditunda ke 4 Jun dan kemudian tiada jawapan diberikan. Ini kali pertama saya pergi jauh meninggalkan anak-anak dalam tempoh yang lama," katanya ketika ditemui di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Normala berkata, beliau terpaksa cuti tanpa gaji lima hari akibat kelewatan itu.

Katanya, tawaran murah RM3,700 membuatkan beliau bersama ibu mertua dan suami sangat teruja untuk menjadi tetamu ALLAH ke Makkah.

Johari Cheek, 69, berkata, beliau sedih kerana sejak tiba di Makkah tidak ada wakil agensi yang membantu mereka.

"Mujur ada anak dan isteri. Jika tidak saya tidak tahu bagaimana nasib saya di sana," katanya yang berkerusi roda akibat masalah tulang belakang.

Johari berasal dari Nibong Tebal memberitahu bekalan ubatnya habis sehingga anaknya terpaksa cari di farmasi.

"Saya bukan sahaja ada masalah tulang belakang tetapi juga asma. Wakil agensi cuba sembunyi apabila kami nak tanya tentang tiket pulang kami," katanya yang berterima kasih kerana Umno membantu membawa mereka pulang.

Che Mohd Ilyas Ibrahim pula berkata, beliau dan isteri ambil kesempatan bersolat hajat siang malam agar dipermudahkan segala urusan.

"Setelah diberitahu ada masalah dengan penerbangan pulang, kami tidak henti-henti berdoa. Alhamdulillah kami dapat pulang dengan selamat," katanya.

Ilyas turut memberitahu ahli keluarganya telah membuat laporan polis terhadap agensi berkenaan kerana cuba menipu para jemaah.

Permohonan lesen baharu dibekukan mulai esok

Posted: 09 Jun 2014 09:34 PM PDT

diesel


PUTRAJAYA - Permohonan lesen pemborong minyak diesel dan petrol dan pembukaan stesen minyak baharu semua jenama dibekukan selama enam bulan mulai esok sehingga Disember ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad berkata langkah itu merupakan usaha bagi memerangi kegiatan penyelewengan.

Beliau berkata menteri berkenaan Datuk Seri Hasan Malek bersetuju dengan pelaksanaan sekatan sementara itu.

"Pembekuan selama enam bulan ini adalah bagi permohonan lesen oleh mana-mana pihak untuk menjadi pemborong serta menyimpan minyak diesel dan petrol bagi kegunaan industri dan domestik, termasuk bagi kegunaan kapal.

Ini juga termasuk bagi permohonan membuka stesen minyak baharu untuk semua jenama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alias berkata terdapat elemen penyelewengan dalam rantaian penyaluran minyak diesel dan petrol bersubsidi, yang bermula daripada depoh simpanan, stesen minyak hinggalah pemborong, dan kementerian percaya terdapat unsur pakatan antara pihak terbabit.

Dalam tempoh pembekuan itu, kementerian akan mengkaji mekanisme terbaik bagi mengatasi masalah ketirisan di peringkat rantaian dan mengemukakan cadangan kepada kerajaan berhubung langkah wajar bagi membendung kegiatan penyelewengan.

Alias berkata lesen pemborong dan pengusaha stesen minyak yang didapati bersubahat dalam kegiatan penyelewengan akan digantung serta dibatalkan serta-merta.

"Pihak kementerian tidak akan berkompromi dengan mereka yang jelas mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan," katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata had kuota bagi stesen minyak berhampiran sempadan seperti di Johor, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak akan turut dilaksana selepas Kelantan.

"Ini bagi menyekat berlakunya pembelian bahan api secara berlebihan yang dipercayai ada kaitan dengan aktiviti penyelewengan. Pelaksanaanya akan dilakukan dalam masa terdekat," katanya.

Alias berkata Ops Titik, yang dilancar pada 15 Mei lepas, berjaya mematahkan 124 kes dengan nilai rampasan berjumlah RM5,391,278.03.

Beliau berkata Ops Titik adalah kesinambungan Operasi Khas Diesel yang bertumpu di pelabuhan utama seperti Kuantan, Pelabuhan Klang serta negeri  berhampiran sempadan seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dengan nilai rampasan lebih RM15 juta selain pembekuan akaun berjumlah hampir RM40 juta.
 
Alias berkata kegiatan penyelwengan dikesan didalangi secara bersindiket dan terancang oleh pihak tidak bertanggungjawab selain sering dilakukan bagi mengaut keuntungan dengan nilai jutaan ringgit hasil penyelewengan itu.
 
Katanya, KPDNKK memandang serius serta sentiasa mempergiat usaha membanteras aktiviti penyelewengan dan penyeludupan diesel serta petrol bersubsidi di pasaran kerana ia merugikan negara. - Bernama

Tiada ulasan: