DIALOG RAKYAT |
- Berita Terkini Coklat Cadbury Malaysia : (Mei 2014) Ada DNA Babi oleh KKM VS (Jun 2014) Tiada DNA Babi oleh JAKIM!
- Laman Facebook NGO palsu
- Yammy mahu saman pemfitnah
- Bekas pegawai agama aktif Syiah
- KKM siasat kebocoran keputusan makmal
- Isu Cadbury: Kenyataan baharu kelirukan pengguna
- Meski kalah semangat Pakatan Rakyat tidak patah
- Enakmen jenayah syariah bendung Syiah dikuatkuasa di Kedah
- Dyana Sofya tidak bercadang keluar DAP
- Perkasa: Masyarakat antarabangsa ketawakan kita tangani isu Cadbury
- Teluk Intan: kalah tempur, menang perang – Tony Pua
- Cadbury: Kenapa perlu keliru dengan kenyataan Jakim?
- Cadbury: walaupun halal, umat Islam tidak yakin
- Kian Ming bidas Khairy enggan pohon maaf secara terbuka
- DNA Babi: Jakim buat U-turn
- Pemilihan semula lancar, Presiden KEADILAN ucap penghargaan
- PRK Teluk Intan: DAP kaji failkan petisyen keputusan
- Subsidi baru minyak: Risiko penyelewengan, kenaikan harga barang berganda
- Zizan Razak Tiada Masalah Lepaskan Emma Maembong
- Terima Kasih, Keadaan Saya Bertambah Baik - Abdul Hadi
- Kalah Tapi Permulaan Yang Baik Bagi Dyana
- Teluk Intan menaranya tiba-tiba menjadi tegak?
- Isu Cadbury: Ramai Anggap Kenyataan Jamil Khir Mengelirukan & Tidak Boleh Diterima
- Dyana Telah Memenangi Hati Kita
- Ridhuan: Orang Islam mungkin termakan babi
Posted: 03 Jun 2014 03:45 AM PDT Berita Terkini Coklat Cadbury Malaysia DNA Babi : Bulan Mei 2014, menjadi saksi bagaimana rakyat Malaysia terutamanya Muslim dikejutkan dengan dakwaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan Coklat Cadbury mengandungi DNA. Seluruh Malaysia seperti dilanda letupan "bom atom di Hiroshima dan Nagasaki". Masakan mungkin… Masakan mungkin rakyat Malaysia beragama Islam pada ketika itu boleh berdiam apabila melihatkan sejarah lampau hidup mereka, sudah berkilo-kilo coklat Cadbury Malaysia ditelan dan "ditanam" diperut sehingga menjadi darah daging mereka yang mana didakwa mempunyai DNA babi sebenarnya. Berita Terkini Coklat Cadbury Malaysia : Muslim Malaysia VS Cadbury Malaysia?Sehingga menyebabkan Muslim Malaysia bangkit menuntut keadilan dan mahu syarikat Cadbury bertanggungjawab di atas segala bencana yang berlaku ke atas diri mereka selama ini termasuklah :
Itu coretan berita yang berkemundang disepanjang bulan Mei 2014. Berita Terkini mengenai status coklat Cadbury Malaysian hari ini tanggal 2 Jun 2014, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tampil ke hadapan dan mengatakan :
Sumber : Utusan Malaysia Online Sekejap ada sekejap tiada. Apabila membaca laporan berita ini, teringat Berita Semasa ibarat suatu ulang tayang seperti mana yang pernah berlaku kepada kes IKEA dahulu. Masih ingat lagi? Plot ceritanya hampir sama…. Manakala untuk kes DNA babi pada coklat Cadbury ini bermula apabila :
Laporan Coklat Cadbury Malaysia DNA Babi : JAKIM VS KKM?Pada pemerhatian Berita Semasa, dalam hal ini Berita Semasa lebih percayakan JAKIM. DNA babi daripada sampel yang diperiksa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mungkin ada pencemaran kerana diambil adaripada pasaran seperti mana diakui sendiri dalam laporan JAKIM terbaru yang disampaikan Datuk Seri Jamil Khir Baharom . Analogi mudahnya seperti di bawah ini :
Realitinya Berita Semasa paham kebanyakan muslim di Malaysia sudah mula timbul perasaan was-was untuk membeli apatah lagi makan coklat Cadbury ini walaupun mengandungi tanda halal. Jadi apa respon balas anda semua selepas mendengar pengesahan terbaru mengenai status terbaru coklat Cadbury ini yang tiada DNA Babi? |
Posted: 03 Jun 2014 03:22 AM PDT SUNGAI BULOH - Pertubuhan Kebajikan Gabungan Melayu Islam Malaysia (PKGM) mengecam tindakan pihak yang sengaja mewujudkan laman sosial Facebook palsu pertubuhan itu bagi mengelirukan orang ramai. Dengan menggunakan nama profil di laman sosial sebagai Kongsi Gelap Melayu (KGM), pihak berkenaan juga dilihat cuba memberikan imej buruk kepada pertubuhan asal dan turut mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi. Presiden PKGM, Razak Dahaman berkata, sebelum ini, pihak terbabit telah beberapa kali menggunakan namanya untuk mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial palsu tersebut dan menimbulkan kemarahan orang ramai khususnya golongan Melayu di negara ini. "Segala maklumat di dalam Facebook pertubuhan yang asal telah dimasukkan ke dalam laman sosial palsu itu dan diputar-belitkan sehingga mengelirukan banyak pihak," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurut Razak, laman sosial palsu itu telah mula aktif sejak akhir Mac lalu dan pihaknya menyedarinya pada awal pagi kelmarin. Katanya, laman palsu itu menggambarkan seolah-olah dirinya seorang pengamal ajaran sesat. "Pertubuhan PKGM ditubuhkan sebagai platform memperjuangkan hak orang Melayu, bukannya untuk mengamalkan ajaran sesat. "PKGM30 turut diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada bulan Jun 2012," katanya. Selain itu katanya, pihak berkenaan turut memutarkanbelitkan kenyataan dengan menggunakan namanya bagi mewujudkan provokasi antara parti politik di negara ini. Pihaknya sedang menyiasat dan masih tidak dapat mengenal pasti dalang di sebalik laman palsu itu yang dilihat cuba melagakan NGO Melayu dengan parti politik. "Saya syak pihak tidak bertanggungjawab ini salah seorang individu yang mengikuti perkembangan pertubuhan kami," katanya. Razak membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh bagi membersihkan namanya di samping membolehkan siasatan selanjutnya dijalankan pihak berkuasa. Beliau juga berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta polis dapat bertindak dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu terbabit. |
Posted: 03 Jun 2014 03:20 AM PDT IPOH – Ibu calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan, Yammy Samat, 59, bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnahkannya. Beliau menyuarakan demikian berikutan tersebarnya pelbagai maklumat di laman sosial berhubung kontrak, aset dan kekayaannya yang didakwa dimilikinya. Yammy menyifatkan tuduhan itu amat berat dan mahu pihak yang menyebarnya mengemukakan bukti. Katanya, dakwaan itu disifatkannya berniat jahat dan satu fitnah yang bertujuan menjatuhkan serta menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap dirinya. "Kenyataan di laman sosial itu tidak benar. Jika benar, saya cabar kemukakan bukti dan kalau profesional, buatlah aduan mengikut saluran betul, bukannya main tuduh-tuduh. "Saya cabar kemukakan fakta seperti didakwa, bukan hanya membuat tuduhan di laman sosial," katanya. Terdahulu, laman Facebook Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad, berkongsi maklumat, mendakwa Yammy memiliki pelbagai aset dan memperoleh pinjaman kewangan daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara). Dalam muat naik status terbaharunya, ia mendakwa, kesemua tuduhan itu diterima menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan berkongsi semua maklumat tersebut. Maklumat mengenai Yammy yang dikongsi itu antaranya menyebut, Yammy menerima enam permit teksi di Ipoh, memiliki kawasan balak seluas 600 hektar di Kroh, ada rumah kedai di Pusing dan menerima rumah berkembar di Gopeng, di samping memperoleh pinjaman Mara berjumlah RM750,000. Selain itu, ibu Dyana Sofya Mohd Daud itu juga didakwa mendapat permit mengimport (AP) beras Siam dan pajakan 40 hektar tanah lombong besi di Kinta. Kos pelajaran tiga anak Yammy juga dikatakan ditanggung Yayasan Menteri Besar Perak sejak mereka berusia tujuh tahun hingga melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Yammy berkata, beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang berkaitan semua tuduhan itu. "Saya telah membuat laporan di Balai Polis Kampung Tawas petang semalam (kelmarin)," katanya. Beliau berkata, dakwaan yang dikongsi Nawawi bahawa beliau memegang jawatan setiausaha wanita Umno bahagian tidak benar kerana beliau hanya ahli biasa. Artikel Berkaitan
|
Bekas pegawai agama aktif Syiah Posted: 03 Jun 2014 03:15 AM PDT ALOR SETAR - Seorang bekas pegawai kanan Jabatan Agama Islam di sebuah negeri dipercayai terbabit dengan kegiatan fahaman Syiah di negeri ini. Difahamkan, individu yang berumur sekitar 60-an itu juga merupakan orang kuat dalam kumpulan itu. Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia dan Islam Malaysia (Abim), Abdullah Din berkata, pihaknya memandang serius perkara ini dan berharap perkara itu perlu tindakan lebih tegas daripada pihak berkuasa kerana dibimbangi boleh mempengaruhi umat Islam yang lain. "Saya berasa sedih dan kecewa dengan perkara ini. Dia adalah seorang individu yang berpengaruh dan pernah dipertanggungjawabkan untuk menjaga kesucian agama Islam. "Tetapi orang yang kita percaya selama ini, tiba-tiba boleh sertai ajaran itu. Ini tidak seharusnya berlaku terutama kepada individu di Jabatan Agama Islam," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, penglibatan individu terbabit dalam fahaman Syiah adalah satu perkara yang perlu dipandang serius berikutan dia adalah individu yang berpengaruh. "Saya bimbang jika pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas, mungkin lebih ramai orang besar dan kenamaan akan sertai fahaman tersebut," katanya. Abdullah berkata, individu itu turut kelihatan hadir pada program anjuran Syiah di Alor Berala, Pendang. "Sebenarnya, dalam ahli keluarganya hanya dia seorang yang sertai Syiah. Isteri dan anak-anak dia adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah. "Tetapi kita bimbang sebab dia sering memaksa ahli keluarganya supaya berdebat mengenai Syiah," katanya. Tambahnya, individu itu amat disegani masyarakat kerana pernah memimpin sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di sebuah negeri. |
KKM siasat kebocoran keputusan makmal Posted: 03 Jun 2014 03:13 AM PDT PETALING JAYA - Kementerian Kesihatan akan menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran keputusan makmal sebelum ini yang mengesan DNA babi dalam dua produk coklat Cadbury. Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mencari penyelesaikan terhadap kekeliruan yang timbul daripada perbezaan penemuan ke atas dua produk makanan itu di makmal Jabatan Kimia baru-baru ini. |
Isu Cadbury: Kenyataan baharu kelirukan pengguna Posted: 03 Jun 2014 03:12 AM PDT SEREMBAN - Kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa kedua-dua sampel coklat Cadbury bebas Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine), mengelirukan pengguna Islam di negara ini. Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (PPNS), Khairudin Yunus berkata, situasi yang berlaku sekarang ini tidak sepatutnya terjadi, berikutan ia melibatkan soal haram dan halal sesuatu makanan. Beliau turut mempersoalkan bagaimana sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh mengesan penggunaan DNA babi dalam coklat terbabit, dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Tambahnya, sebagai pakar dalam hal ini, pihak berkenaan perlu meneliti dan memastikan fakta diperoleh benar-benar sahih sebelum membuat sebarang kenyataan. "Pengguna kini semakin keliru dengan apa yang berlaku, sekejap kata sah ada DNA babi, sekejap kata bebas. "Jabatan berkenaan seolah-olah tidak mempunyai pendirian yang kukuh dalam memastikan isu berkenaan benar-benar sahih atau sebaliknya. "Sebagai pengguna sudah tentu kita akan keliru sekiranya terdapat fakta bercanggah, sehingga menyebabkan hilang keyakinan terhadap produk berkenaan," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, pihak berwajib perlu memberi penjelasan dengan telus dan jujur agar pengguna Islam tidak dianiaya dengan perbuatan yang tidak sepatutnya. "Ke mana laporan asal yang dibuat KKM sebelum ini, yang mula-mula mengenal pasti produk berkenaan mengandungi DNA babi? Halalal toiyibah itu penting dalam setiap produk makanan yang dimaka bagi memastikan jiwa umat Islam tidak dinodai dengan benda-benda haram," katanya. Kata Khairudin, dengan situasi sekarang, pengguna dinasihatkan supaya tidak membeli produk makanan yang dirasakan was-was tahap kebersihan dan pembuatannya. Jelasnya, pengguna mempunyai banyak pilihan lain memandangkan di pasaran semasa sekarang ini terdapat pelbagai jenama coklat lain yang disahkan halal. |
Meski kalah semangat Pakatan Rakyat tidak patah Posted: 03 Jun 2014 03:06 AM PDT Pengenalan calon muda daripada DAP juga sebagai 'penanda aras' akan keperluan PR untuk meletakkan calon-calon muda pada PRU14 nanti, kata Pemuda PAS Perak. PETALING JAYA: Pemuda PAS Perak menganggap kekalahan di dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan tidak akan 'mematahkan semangat' dan ' mengikis setiakawan' di dalam Pakatan Rakyat (PR) terutamanya di Negeri Perak. Kami mengharapkan semua gerakerja sejak bermula tempoh berkempen hingga selesai PRK Teluk Intan akan membina persafahaman yang lebih jitu serta langkah yang lebih tersusun menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 14 nanti, kata ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss. Kepada rakan-rakan di dalam PR iaitu Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dan Angkatan Muda PKR (AMK) diharapkan agar diperkukuhkan lagi kerjasama untuk membina kekuatan bersama dalam PRU14 akan datang juga, tambah beliau. Menurutnya, pengenalan calon muda daripada DAP juga sebagai 'penanda aras' akan keperluan PR untuk meletakkan calon-calon muda pada PRU14 nanti. "Ianya sebagai pemangkin agar PR secara menyeluruh bersedia menampilkan calon-calon muda untuk diletakkan kelak. Kami juga akan sentiasa bersedia untuk melahirkan tokoh-tokoh muda agar ditampilkan sebagai calon yang berwibawa sebagai calon daripada PAS. "Kami juga yakin, pengundi-pengundi muda bersedia memberikan sokongan jika kita bersedia menampilkan calon-calon yang bertenaga dan mampu menjadi pemimpin untuk menyuarakan isu-isu rakyat sama ada di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dr Raja Ahmad juga mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi muda yang telah memberikan sokongan dan mengundi calon DAP / PR, Dyana Sofya Mohd Daud. Calon muda itu kalah kepada Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi. Kami harapkan sokongan yang diberikan akan menambah kekuatan dan iltizam kami untuk terus memperjuangkan hak-hak rakyat yang ditindas selama ini. Kami di dalam Pemuda PR akan sentiasa bekerja keras untuk membela nasib-nasib rakyat yang hanya menjadi perhatian sepertimana di dalam PRK yang lalu, ini kerana perjuangan rakyat tidak akan ada titik noktah dan penghujungnya, katanya. |
Enakmen jenayah syariah bendung Syiah dikuatkuasa di Kedah Posted: 03 Jun 2014 03:04 AM PDT Semua ajaran lain yang bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah akan turut dibendung menggunakan enakmen PETALING JAYA: Kerajaan negeri Kedah telah pun mewartakan enakmen jenayah syariah untuk membendung penyebaran mazhab Syiah. Kerajaan turut menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Kedah 2014 dengan serta merta. "Dalam Enakmen Jenayah Syariah Kedah 2014, ada seksyen 9 dan 11 iaitu sekiranya mana – mana orang berdakwah dan menyebarkan ajaran yang menyalahi fatwa bukan sahaja Syiah bahkan mana-mana ajaran yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam iaitu fahaan Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dikenakan tindakan. "Bila-bila masa sahaja apabila dapat aduan bukan sahaja di Pendang tetapi di mana-mana kawasan di Kedah kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi mempertahankan agama Islam," kata Exco Agama, Pelancongan dan Tenaga Manusia Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid. Beliau dipetik berkata demikian semalam oleh Utusan Malaysia ketika menghadiri majlis menandatangani perjanjian kumpulan HBR dengan Bank Rakyat di Alor Setar, Kedah. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan ajaran Syiah sebagai salah satu ancaman terhadap keselamatan negara semasa perhimpunan agung Umno pada tahun lepas. Pengumuman tersebut dibuat meskipun Malaysia di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi telah menandatangani dua perjanjian antarabangsa yang mengiktiraf ajaran Syiah. |
Dyana Sofya tidak bercadang keluar DAP Posted: 03 Jun 2014 03:00 AM PDT Dyana Sofya berkata DAP ialah parti pelbagai kaum dan akan terus berada dalam parti itu untuk meneruskan perjuangan politiknya. Dyana Sofya berkata DAP ialah parti pelbagai kaum dan akan terus berada dalam parti itu untuk meneruskan perjuangan politiknya. "Saya akan tetap berjuang bersama DAP, tiada cadangan keluar daripada DAP setakat ini. Jika ada yang menganggap saya kecewa dan akan keluar (DAP), mereka salah," katanya kepada pemberita ketika waktu rehat Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-28 di sini hari ini. Dyana Sofya merupakan seorang daripada peserta persidangan itu. Semalam, bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim, berkata beliau percaya Dyana Sofya akan meninggalkan parti pembangkang itu. Tunku Abdul Aziz berkata beliau membuat ramalan itu berdasarkan pengalama sendiri ketika bersama DAP. Dyana Sofia, 27, tewas dengan majoriti 238 undi kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong, 53, pada PRK Teluk Intan Sabtu lepas. Bernama |
Perkasa: Masyarakat antarabangsa ketawakan kita tangani isu Cadbury Posted: 03 Jun 2014 02:57 AM PDT Perkasa kesal dengan cara pihak berwajib tangani isu pengesanan DNA babi dalam produk coklat. PETALING JAYA: Kumpulan pendesak hak Melayu, Perkasa, mengkritik cara pihak berwajib menangani isu penemuan DNA babi dalam produk coklat Cadbury baru-baru ini. Presidennya Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan siapa yang memulakan insiden ini yang menimbulkan keraguan di hati pengguna terhadap produk coklat terkenal tersebut. "Isu mengenai kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang kata tak ada DNA babi dalam produk coklat Cadbury. Sebelum ini siapa punya angkara. Kementerian Kesihatan atau Jakim yang mengatakan Cadbury ada DNA babi?" soal Ibrahim melalui kenyataannya. Menurut Ibrahim, kekeliruan yang timbul melalui isu ini menunjukkan kelemahan prosedur operasi standard (SOP) di antara Jakim dan Kementerian Kesihatan. "Ianya amat memalukan. Bukti tidak teliti degan halusi. Tidak ada SOP yang profesional antara Jakim dan Kementerian Kesihatan. "Kesilapan ini tidak boleh dimaafkan. Ianya melibatkan kerugian perniagaan yang tidak sedikit dan menjejaskan reputasi Cadbury. Siapa yang silap dan kecuaian mesti diambil tindakan," tegasnya lagi. Dakwa Ibrahim, perkara ini menyebabkan Malaysia diketawakan oleh masyarakat antarabangsa lantaran kelemahan dalam menangani isu remeh ini. "Ada yang saya jumpa di London komen negara awak ni kelakar, tak profesional langsung. Malaysia ada menara berkembar tertinggi tapi macam mana boleh ada dakwaan ada DNA babi dalam coklat Cadbury, heboh dan riuh rendah kemudian tak ada pula," katanya. "Tak tahulah nak cakap apa lagi," Ibrahim ternyata kecewa dengan perkara tersebut dan mengakhiri kenyataannya dengan berkata "Tak tahulah nak cakap apa lagi,". Pada 24 Mei lepas, Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan bahawa ia telah mengesan 'porcine' atau DNA babi dalam coklat susu dan kacang Hazel serta coklat susu dan badam bagi kelompok produk itu bertarikh luput 13 Nov 2014 dan kelompok bertarikh luput 15 Jan 2015. Namun, Jakim semalam mengesahkan dua sampel produk coklat berkenaan yang diambil terus dari kilang syarikat itu disahkan oleh makmal Jabatan Kimia, tidak mengandungi DNA babi. Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kedua-dua sampel coklat yang dikesan mengandungi DNA babi (porcine) itu mungkin tercemar kerana tidak diambil terus dari kilang. "Keputusan itu masih positif, tetapi kemungkinan sampel berkenaan diambil dari tempat yang tercemar tidak boleh diketepikan, dan kami tidak meragui ujian makmal itu tetapi sampel itu tidak diambil dari kilang," Noor Hisham dipetik sebagai berkata oleh Bernama. Jakim hari ini juga menyatakan kesediaan untuk memakan coklat Cadbury bagi membuktikan kandungannya tidak memiliki DNA babi seperti yang didakwa sebelum ini. |
Teluk Intan: kalah tempur, menang perang – Tony Pua Posted: 03 Jun 2014 02:41 AM PDT Saya berkampung selama 17 hari di Teluk Intan sebagai Pengarah Kempen untuk pilihanraya kecil di Teluk Intan yang baru berkesudahan dengan kekalahan calon DAP Dyana Sofya dengan beza undi tipis sebanyak 238 undi. Beberapa analisis telah dibuat dan kritikan telah dilontarkan, malah lebih banyak lagi akan muncul dalam tempoh beberapa hari mendatang. Banyak orang terperanjat dengan kekalahan DAP. Sebahagian menganggap DAP alpa dan angkuh. Sebahagian yang lain menganggap DAP telah tersalah strategi. Tidak diragui bahawa masih banyak ruang boleh diperbaiki dalam soal pelaksanaan kempen. Pasukan pengurusan kempen akan mengadakan bedah siasat sepanjang beberapa hari mendatang untuk memastikan kempen pilihanraya di masa depan dapat dikendalikan dengan lebih baik. Bagaimanapun, memang sejak awal kita tidak mengharapkan kempen yang mudah. Malah, pucuk pimpinan parti mengambil masa yang cukup lama untuk memutuskan nama calon kerana kemungkinan untuk kerusi parlimen Teluk Intan terlepas dari genggaman sememangnya tinggi. Tidak kira siapa calonnya, pilihanraya kecil kali ini tidak akan menjadi semudah pilihanraya kecil Bukit Gelugor. Di sana, Barisan Nasional bahkan tidak berani pun untuk bertanding. Sebelum nama calon diputuskan, pucuk pimpinan parti telah dimaklumkan oleh para penyokong di peringkat bawah tentang khabar angin bahawa masyarakat Cina akan memberi undi kepada Presiden Gerakan Mah Siew Keong. Hujah mereka memang menarik. "Kami undi 'Ubah' dalam Pilihanraya Umum ke-13. Tetapi memandangkan pilihanraya kecil ini tidak akan memberi dampak kepada 'Ubah', maka kami akan mengundi Mah agar kami mendapat manfaat selama 3 tahun beliau menjadi menteri. PRU14 nanti kami akan undi 'Ubah' semula." Selain itu, DAP juga sedar bahawa para pengundi yang tinggal di luar Teluk Intan tidak begitu bersemangat untuk pulang mengundi kerana "Ubah" tidak akan berlaku dengan hanya mempertahankan satu kerusi parlimen. Selain dua faktor yang disebutkan di atas, kita juga tahu bahawa jentera BN akan melambakkan 'gula-gula' sepanjang kempen untuk meraih undi, seperti yang terbukti menerusi pelbagai laporan polis dan akhbar sepanjang kempen di Teluk Intan. Justeru itu, di kalangan pemimpin parti ada yang menyedari bahawa siapa pun calon yang dipilih – tidak kira Melayu atau Cina – dia mungkin akan kalah. Sebahagian yang lain percaya calon Cina yang 'dikenali' mungkin akan menang. Saya pula ketika itu berpendapat calon Melayu tidak semestinya akan kalah, manakala calon Cina tidak semestinya akan menang. Apa pun perbezaan pandangan di kalangan pemimpin parti, mereka menyedari sepenuhnya cabaran yang menanti untuk mengekalkan kerusi itu dalam tangan DAP. Lim Kit Siang sendiri, sebagai pemimpin paling berpengalaman dalam parti, telah menyatakan sejak awal bahawa tugas untuk mempertahankan kerusi ini adalah sukar kerana di peringkat awal kempen kita hanya mempunyai 40% sokongan. Maka, apakah kita telah tersalah strategi dengan mencalonkan Dyana Sofya untuk pilihanraya ini kerana kita tidak memahami "sentimen penduduk tempatan" di Teluk Intan? Kalau tujuan DAP ialah untuk terus berpegang pada sokongan para pengundi tradisinya di kalangan Cina di Pasir Bedamar bagi memenangi pilihanraya kecil kali ini, barangkali benar bahawa pencalonan Dyana satu strategi yang silap. Kalau tujuan DAP ialah untuk melebarkan asas sokongannya melangkaui kelompok penyokongnya yang teras, untuk menjangkaui semua kaum, bukan hanya bagi Teluk Intan, malah bagi seluruh Malaysia, maka mencalonkan Dyana, dengan segala risiko yang telah diketahui, adalah langkah maju yang perlu diambil. Bukan setiap hari kita berdepan dengan pilihanraya kecil, justeru itu kita tidak berpeluang untuk memilih kawasan tertentu untuk calon tertentu. Setelah lama merenung dan berbahas, dengan penuh sedar DAP merebut peluang terbuka yang jarang-jarang sekali muncul. Fenomena Dyana, atau "Dyanamania" meluncur seperti roket, jauh melampaui jangkaan pemimpin parti yang paling optimis sekali pun. Pilihanraya kecil untuk sebuah kawasan pinggir bandar yang agak sepi telah membuatkan seluruh negara berasa teruja. Pencalonan Dyana telah melahirkan banyak peminat dan membuka banyak peluang untuk DAP. Dalam segala kegirangan, khususnya di media sosial, pasukan kempen tidak pernah menganggap bahawa pertempuran di Teluk Intan pasti akan dimenangi. Sejak hari ke-2 kempen lagi, Lim Kit Siang telah mengumumkan bahawa jika pilihanraya kecil diadakan dalam ruang media sosial, DAP pasti menang besar. Beliau lalu mengingatkan pasukan kempen bahawa "pilihanraya kecil tidak diputuskan oleh warga internet, sebaliknya oleh 60,000 pengundi di Teluk Intan yang sebahagian besarnya bukan warga internet." Pasukan ini bekerja tanpa kenal lelah sepanjang 12 hari kempen untuk mengatasi kekurangan sokongan. Sejak hari ketiga kempen lagi kita telah mula menyeru, menerusi iklan dan sebagainya, agar pengundi Teluk Intan yang tinggal di luar kawasan pulang mengundi. Laman Facebook rasmi parti melimpah dengan rayuan memanggil pengundi pulang mengundi. Kami bahkan menyediakan bas dari Lembah Klang, dengan caj tambang RM10, untuk memudahkan pengundi pulang mengundi, memandangkan tiket bas komersial telah habis. Kempen menyeru pengundi pulang yang DAP lancarkan begitu sengit sehinggakan Presiden Gerakan menyeru para pengundi supaya mengabaikan "orang luar". Beliau malah menuduh DAP membeli undi dengan mengenakan bayaran kepada pengundi untuk pulang mengundi (memang aneh, 'membeli undi' dengan mengenakan bayaran). Beliau buat-buat lupa bahawa pengundi yang menggunakan khidmat bas yang kami sediakan itu perlu membayar tambang, berlainan dengan BN yang selalu membayar pengundi untuk pulang mengundi. Sepanjang 12 hari kempen, para pemimpin DAP terus-menerus mengingatkan para pengundi, khususnya pengundi tegar DAP di Pasir Bedamar, bahawa masa depan politik Malaysia bergantung pada kemenangan Dyana dan bahawa mereka perlu "berkorban dengan menolak manfaat kementerian" dan janji-janji pembangunan. Dyana tidak mungkin mengatasi Mah dengan bermain politik lampu jalan atau longkang. Malangnya, langkah-langkah yang dibuat DAP tidak mencukupi. Walaupun kempen PRK mencetuskan semangat dan kegirangan di seluruh negara, tidak cukup banyak pengundi yang pulang. Jumlah keluar mengundi merosot kepada 67%, berbanding 80% pada tahun 2013. Banyak pengundi muda tidak pulang mengundi. Usaha kita tidak mencukupi untuk meyakinkan pengundi generasi tua bahawa mereka perlu berkorban dengan menafikan "manfaat kementerian" demi lanskap politik baru. Jika tidak kerana kempen yang digerakkan dengan bersungguh-sungguh, mungkin BN telah menang dengan ribuan perbezaan undi dan bukannya ratusan. Apakah DAP akan menang jika ia meletakkan calon Cina? Mungkin ya, mungkin tidak. Jika kita meletakkan calon Cina, mungkin undi kaum Cina tidak akan merosot begitu banyak. Tetapi mungkin lebih banyak pula undi Melayu yang kita hilang. Mungkin pilihanraya kecil tidak begitu 'mengujakan', justeru itu tidak ramai yang pulang mengundi. Semua ini adalah andaian yang tidak mungkin berkesudahan. Pertanyaan sama ada calon Cina mampu menang boleh dipertikaikan. Ia boleh dipertikaikan kerana tujuan pilihanraya kecil ini ialah untuk mengubah lanskap politik negara kita. Tujuannya ialah untuk menumpulkan politik perkauman BN. Calon Cina, menang atau kalah, tidak dapat mencapai tujuan itu dan malah hanya akan mengukuhkan tanggapan umum. Menang atau kalah, pencalonan Dyana memberikan harapan ke arah perubahan. Dia adalah pelaburan untuk masa depan. Jika golf boleh dipakai sebagai kiasan, kita telah mencapai takat datar dengan hayunan yang dipakai. Untuk membuat terobosan, kita tiada pilihan selain menukar gaya hayunan. Dalam proses penukaran itu, pencapaian kita mungkin merosot. Namun, sebaik saja kita menguasai gaya hayunan yang baru nanti, kita akan lebih bersedia untuk menundukkan lawan. Sesungguhnya kita telah berusaha untuk menang. Banyak pemimpin tertinggi parti telah berkampung di Teluk Intan kerana mereka yakin dengan jalan yang dipilih. Malang dan memang mengecewakan apabila kita tewas dalam pertempuran kali ini. Dalam wawancara dengan Malay Mail Online pada 18 Mei, sehari sebelum pencalonan, saya telah menyebut bahawa langkah mencalonkan Dyana adalah "percubaan untuk mengubah rentak permainan dan penuh dengan risiko, tetapi ia wajib diambil untuk mengejar ideal Malaysia untuk bangsa Malaysia. Jika kita kalah dalam pilihanraya kecil ini, ia adalah kekalahan dalam pertempuran yang bakal membawa kepada kemenangan dalam perang." Pertempuran Teluk Intan adalah pertempuran antara masa depan yang diwakili oleh Dyana dan masa silam yang diwakili oleh Mah Siew Keong. Jangan sesekali ragu bahawa masa silam memang menguasai pusingan ini, namun pemenang yang abadi adalah masa depan |
Cadbury: Kenapa perlu keliru dengan kenyataan Jakim? Posted: 02 Jun 2014 11:11 PM PDT Saya kira, pihak Jakim tidak pernah membuat tindakan U-turn sepertimana yang mewarnai ruangan komen terhadap kenyataan pihak Jakim hari ini (2 Jun). Saya nasihatkan supaya perbanyakkan pembacaan dari sumber yang sahih sebelum kita membiakkan fitnah-fitnah di alam yang serba laju ini. [sumber disertakan] Mari kita ikuti kronologi isu ini terlebih dahulu. Bermula dengan ketirisan 'gambar' dokumen sulit pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang pencemaran DNA babi bagi dua produk Cadbury ke laman sosial pada 23 Mei [rujuk: Dokumen Sulit]. Dalam masa tidak sampai satu hari isu ini dimainkan dengan panasnya oleh orang ramai sehingga 'memaksa' pihak KKM mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari berikutnya. [rujuk: Kenyataan media KKM]. Jika difikirkan kesahihannya, ya, berita ini memang benar kerana ia disahkan sendiri oleh pihak KKM.. Namun perlu diingat, pengesahan seperti ini sepatutnya tidak berlaku kerana tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Ketua Pengarah Jakim, sebaik sahaja menerima berita ini seolah-olah terkejut lalu terus mengambil tindakan serta merta menggantung sijil halal untuk produk yang terlibat dan bertindak memulakan siasatan. Beliau menyatakan sepatutnya hal ini dimaklumkan kepada beliau terlebih dahulu untuk tindakan peringkat dalaman sebelum sampai ke tangan orang ramai. [rujuk: Kenyataan KP JAKIM] Menurut beliau, kuasa yang diberikan kepada makmal ujian tersebut hanyalah mengesahkannya sahaja, bukan menghebahkan kepada umum. Jika diteliti secara logik, ia hanyalah satu pencemaran DNA, bukan kandungan yang sengaja diadun oleh pihak Cadbury [Rujuk: Penerangan pegawai JAKIM]. Jadi, ia hanyalah satu pemboleh-ubah yang masih boleh dikaji dan dibincangkan, bukan terus dihukum sepertimana sumpah seranah yang kita hamburkan! Setakat itu, dua persoalan yang timbul; 1. Keputusan ujian dikeluarkan pada Februari, tapi kenapa Mei baru dihebahkan? Soalan ini sebenarnya perlu diajukan kepada KKM. Kenapa 'dibocorkan' pada bulan Mei? malah sepanjang tempoh Februari hingga Mei, langsung tiada penjelasan yang dibuat oleh KKM kepada Jakim. Salah siapa? Pihak Jakim menegaskan jika Februari isu ini timbul, maka Februari lah tindakan diambil. Namun begitu, Jakim lah yang dihukum oleh rakyat. 2. Kenapa logo halal boleh diluluskan kepada Cadbury? Diingatkan sekali lagi, ini hanyalah satu isu pencemaran yang mungkin boleh berlaku diluar kilang dan di kedai-kedai. Cadbury memiliki sijil halal seawal 2004 dan sehingga Februari lalu masih tidak ada penyelewengan tentang status halal dalam pemprosesan harian mereka. Namun rakyat terlebih dahulu menghukum Jakim sebelum kata putus dikeluarkan. Jakim sekali lagi dipijak-pijak! Pada 26 Mei, JAKIM telah mengambil kedua dua jenis produk yang terlibat itu bersama-sama empat produk lain serta lima jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan dari kilang untuk diserahkan kepada pihak Jabatan Kimia Malaysia(JKM) bagi tujuan ujian dan pengesahan. Berbeza dari ujian yang dilakukan oleh KKM tempoh hari yang mana sampel diambil dari kedai, bukan dari kilang. Hal ini yang mungkin mengakibatkan berlakunya pencemaran tersebut. Alhamdulillah, pada hari ini [2 Jun], pihak JKM telah tampil dengan keputusan ujikaji dan mengesahkan bahawa tiada DNA babi dikesan pada dua jenis produk tersebut [rujuk: Keputusan ujian JKM]. Walau bagaimanapun, pemeriksaan keseluruhan akan dijalankan keatas kilang Cadbury mengikut prosedur yang sepatutnya. Satu lagi persoalan timbul. Adakah ini satu sandiwara untuk menyelamatkan syarikat Cadbury dan adakah disana telah berlaku transaksi rasuah disebalik keputusan ini? Persoalan ini sering berlegar bila terbit sebarang kekeliruan dalam pengurusan pihak kerajaan. Janganlah kita mengambil isu ini sebagai bayangan kepada isu-isu rasuah yang pernah terbukti berlaku sebelum ini. Hanya berbekalkan kebarangkalian yang direka sendiri, kita tidak berhak menuduh itu dan ini! Ini soal darah daging umat Islam di Malaysia. Adapun tersiar kenyataan dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan coklat Cadbury halal dimakan sebelum didakwa tercemar [rujuk: Majlis Fatwa]. Ia bertujuan untuk meredakan perasaan orang ramai yang sangat beremosi sehingga ada yang mahu menyamak, menyucikan darah, membakar bangunan dan sebagainya dek takutnya akan coklat tersebut yang sudah menjadi darah daging mereka. Kenyataan ini boleh digunapakai samada sekiranya produk Cadbury itu terbukti haram, mahupun terbukti tiada DNA babi dikesan. Asasnya, kita sebagai orang awam yang tidak mampu untuk menyelidik setiap makanan secara saintifik dan hanya mampu bergantung kepada logo halal Jakim, bukan menjadi kesalahan kita jika ia haram. Sebaliknya pihak yang bertanggung jawab itulah akan menanggung dosa disebabkan pengkhianatan terhadap amanah yang diberi. Kecuali memakan daging yang dilabel Pork yang bercop halal. Baca dan fahami betul-betul sebelum baca komen orang ramai.. Perangai kita Seperti terjumpa orang muda berambut kusut masai berbaju lusuh. Hanya bermodalkan penampilannya seperti seorang perompak ditambah dengan satu jeritan yang mendakwa dia seorang perompak, kita secara beramai-ramai menangkap dan membelasahnya sehingga koma tanpa soal siasat terlebih dahulu. Sama ada terbukti bersalah atau tidak, bukan itu caranya! Serahlah kepada pihak berwajib. yang pasti, setiap lebam-lebam yang diterima pasti ada balasannya terhadap si pemangsa di akhirat kelak. Apa-apa pun, kita lah yang berhak kepada kantung dosa dan pahala kita. Itupun kalau kita beriman kepada hari Akhirat! Pihak berwajib sudahpun bersidang dan tampil dengan keputusannya. Sekarang pilihan berada di tangan kita. Mahu terus boikot Cadbury, terpulang. Yang pasti jangan sesekali menghasut orang lain dengan membuat tuduhan dan fitnah. Tepuk dada tanya iman, sebelum mulut berkata sebelum tangan menulis, tanya diri seandainya timbangan dosa seberat timbangan pahala, adakah tulisan atau perkataan kita itu akan memberatkan sedikit timbangan dosa lalu menghumban kita ke neraka? Jakim tidak pernah membuat U-turn. Sebaliknya mereka hanya berjalan terus dengan langkah berhati-hati dan sedaya upaya menerangkan tentang apa yang sebenarnya berlaku. Hanya kita yang terlebih bersangka buruk.. |
Cadbury: walaupun halal, umat Islam tidak yakin Posted: 02 Jun 2014 11:09 PM PDT Rata-rata mereka memberi komen negatif terhadap kenyataan terkini Jakim di laman Facebook dan melahirkan rasa was-was untuk terus membeli produk terbabit. Syafiq Inzaghi: ... klu btol mcm tu knp cadbury x saman je jakim sbb xperiksa btol2 hingga menghilangkan kepercayaan org ramai terhadap produk cadbury..??? atau ada babi di sebalik semak ni?? Faqirah Abdullah: dahla...Umat Islam tkkan terlibat dgn benda2 syubhat...kejap halal kejap haram..tepok dada tanya iman Napisah Yunus: Tak caya dah sampai bila2...tak akan beli seumur hidup. Razman Kman Ayub: Jangan beli dan jangan makan barangan yang disyaki haram. Saiful A Samad: ape nak pening-pening kepala pada Cadbury ni, tak mati pun kalau tak makan cokelat Cadbury Det Es: oooo tak de babi ka? kalau mcm tu,,, kementerian kesihatan sengaja buat fitnah kepada syarikat cadbury dan JAKIM la.... so ape lagi, kita pakat SAMAN kementerian kesihatan pula.... SAMAN kementerian kesihatan! Kalsom Yahya: Tak nak beli. .sbb najib suka bohong kami kaum ibu.. Ridzuan Kadir: Kejap ada . pas tu tak ada pulak apa pulak ceritanya . Main wayang ke Pada 24 Mei baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kenyataannya telah membuat siasatan dan mendapati dua produk Cadbury iaitu coklat susu kacang hazel dan coklat susu buah badam mengandungi DNA babi. Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula mengesahkan bahawa dua produk terbabit tidak ada unsur DNA babi. Katanya, pengesahan itu adalah hasil daripada analisis makmal Jabatan Kimia terhadap dua produk coklat yang diambil terus dari kilang di Shah Alam. |
Kian Ming bidas Khairy enggan pohon maaf secara terbuka Posted: 02 Jun 2014 11:03 PM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming membidas kedegilan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang enggan memohon maaf secara terbuka berhubung insiden rusuhan Pemuda Umno di ibu pejabat DAP pada 22 Mei lalu, lapor Roketkini. Khairy menyebut semalam bahawa permohonan maaf kepada Kian Ming melalui pesanan peribadi di twitter sebelum ini sudah memadai. "Kenyataan Ketua Pemuda Umno itu menunjukkan beliau sememangnya tiada niat jujur untuk memohon maaf di atas insiden di ibu pejabat DAP," katanya kepada Roketkini. Kian Ming dalam kenyataannya turut memaklumkan, 'permohonan maaf' Khairy itu sebenarnya hanyalah bagi papan tanda DAP yang dirosakkan, bukannya berhubung isu utama – kelakuan tidak bertamadun dan ugutan ahli Pemuda Umno untuk membakar ibu pejabat DAP. Katanya, kegagalan Khairy untuk memohon maaf, walaupun secara peribadi, berhubung ugutan untuk membakar ibu pejabat DAP dan perlakuan samseng mereka, adalah tidak kena dengan kedudukannya selaku Ketua Pemuda yang selalu berkata-kata hal yang baik baik ketika berhadapan dengan pihak yang lebih 'liberal' dan antarabangsa. "Namun pada masa sama beliau tiada keberanian untuk mengakui dan mengecam perlakuan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pemimpin Pemuda di bawahnya sendiri," katanya. Pada 22 Mei lalu, lebih 50 samseng Pemuda Umno merusuh di hadapan ibu pejabat DAP akibat tidak berpuas hati dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer yang menyelar beberapa pemimpin pemuda Umno Pulau Pinang sebagai "celaka" dalam sidang Dun Pulau Pinang. Ketika insiden itu, mereka mematahkan papan tanda DAP di hadapan pintu masuk, serta mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat parti itu. Justeru itu, Kian Ming berharap Khairy dapat menunjukkan contoh yang baik selaku pemimpin dengan memohon maaf secara terbuka dan mengecam perlakuan anak-anak buahnya. "Jika ahli DAP pergi ke ibu pejabat Umno, rosakkan harta benda dan kemudian menghantar surat peribadi kepada Perdana Menteri, adakah itu dapat diterima? "Jadi, saya kekal dengan pendirian bahawa ia tidak memadai dan Khairy perlu mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka. Kita berharap beliau selaku Ketua Pemuda Umno dapat menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak muda," katanya lagi. |
Posted: 02 Jun 2014 10:59 PM PDT Oleh: Lyn Nasir KUALA LUMPUR : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seharusnya profesional dan tidak membuat keputusan yang meragukan umat Islam dalam isu coklat Cadbury. Ketua Penerangan KEADILAN, Muhammad Nur Manuty berkata, badan itu merupakan pihak bertanggungjawab yang mengeluarkan tanda halal bagi produk makanan untuk umat Islam. "Contohnya dah jadi sekarang ni, coklat Cadbury sekejap kata haram, hari ini kata halal. Pastinya ia meragukan masyarakat Islam. Jadi perkara seperti ini perlu diambil kira," ujarnya kepada Keadilan Daily. Media hari ini melaporkan, dua produk Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi disahkan bebas daripada unsur haram berdasarkan analisis dijalankan Jakim. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kedua-dua sampel coklat tersebut diambil dari kilang pengeluar produk itu di Shah Alam dan disahkan halal. Ia sama sekali berbeza dengan analisis Kementerian Kesihatan sebelum ini yang mengesahkan penemuan DNA babi dalam produk makanan tersebut. Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan berkata, meskipun dua sampel produk itu disahkan bebas DNA babi, namun ia tidak mudah untuk mengakhiri kekeliruan dan keraguan pengguna. Beliau menegaskan beberapa persoalan perlu dijawab, antaranya, mengenai tahap kesahihan tanda halal dikeluarkan JAKIM. "Umat Islam memikirkan bagaimana pematuhan terhadap tanda halal itu, kelihatan tidak dipatuhi oleh sebuah syarikat yang besar," katanya dilapor media |
Pemilihan semula lancar, Presiden KEADILAN ucap penghargaan Posted: 02 Jun 2014 10:46 PM PDT KEADILAN DAILYBagi pihak KEADILAN, saya mengucap terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kelancaran pemilihan semula yang lalu. KEADILAN juga mengucapkan terima kasih kepada JPP, kerana membuka ruang untuk mendengar kritikan dan komen dari semua peringkat. Penambahbaikan dalam pemilihan semula yang berjalan lancar pada 31 Mei dan 1 Jun lepas, menunjukkan sikap kebertanggungjawaban yang tinggi dari semua pihak. Justeru, kita harapkan agar JPP akan meneruskan usaha untuk menambahbaik proses pemilihan parti dari masa ke semasa. Dalam masa yang sama, kita memberi amaran kepada pihak luar, agar tidak berterusan membuat kacau ganggu proses pemilihan KEADILAN yang dijalankan dengan demokratik. Daripada taklimat awal yang diperolehi menunjukkan secara jelas bahawa kekacauan dalam pemilihan dicetus oleh pihak yang dikenalpasti bukan ahli, yang digerakkan melalui kumpulan-kumpulan samseng. Berikutan daripada itu tercetusnya beberapa pelanggaran disiplin yang turut sama membabitkan beberapa ahli KEADILAN. Sayugia ditegaskan bahawa, KEADILAN tidak pernah memandang remeh isu disiplin. Semua pihak diingatkan untuk terus mematuhi peraturan yang ada dan meraikan demokrasi ini dengan sebaiknya. Dengan tahap disiplin yang tinggi, InsyaAllah KEADILAN pastinya, mampu untuk terus menarik minat semua pihak merentasi ras, budaya, dan agama. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Presiden KEADILAN |
PRK Teluk Intan: DAP kaji failkan petisyen keputusan Posted: 02 Jun 2014 10:43 PM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Pasukan kempen DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan mengkaji sama ada akan memfailkan petisyen terhadap keputusan PRK itu yang dikatakan bercelaru sebelum membuat sebarang keputusan. Bekas calon PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berkata, pasukan yang akan menjalankan kajian terperinci sama ada wujud sebarang unsur penipuan dalam PRK itu akan diketuai Ketua Publisiti DAP, Tony Pua. "Pasukan kempen PRK Teluk Intan yang diketuai Tony Pua akan menyemak perkara ini sebelum membuat keputusan untuk failkan petisyen ataupun tidak. Kajian dibuat membabitkan semua aspek termasuk benarkah wujud kesilapan atau penipuan," katanya, lapor SelangorKini. Menurut Dyana, pasukan itu turut mengambil kira kepentingan masyarakat Teluk Intan yang mahu wakil rakyat yang mewakili mereka dipilih secara sah dan adil dalam kajian itu nanti. Keputusan PRK Teluk Intan yang membabitkan pertandingan dua penjuru antara Dyana dan Datuk Mah Siew Keong daripada Barisan Nasional (BN) baru-baru ini dipertikaikan sesetengah pihak apabila jumlah undian dalam keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikatakan melebihi jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi. Mengikut statistik yang dikeluarkan SPR, BN memperoleh 20,157 undi; DAP, 19,919 undi; undi rosak, 543 dan kertas undi tidak dimasukkan ke peti undi oleh pengundi adalah 49 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 40,668 kertas undi yang dikeluarkan. Bagaimanapun SPR dikatakan ketika mengumumkan jumlah keseluruhan keluar mengundi termasuk pengundi awal hanya 40,242 yang membuang undi dalam PRK terbabit iaitu kurang 426 undi. Pada PRK itu 31 Mei lalu, BN merampas kerusi DAP dengan majoriti tipis hanya 238 undi. |
Subsidi baru minyak: Risiko penyelewengan, kenaikan harga barang berganda Posted: 02 Jun 2014 10:40 PM PDT KEADILAN DAILYLaporan-laporan berita yang mengesahkan bahawa Barisan Nasional sedang memuktamadkan satu sistem subsidi baru petrol dan diesel sudah tentu menimbulkan kegelisahan dan kebimbangan di kalangan rakyat. Setakat ini, laporan-laporan berita memberi gambaran bahawa sistem subsidi baru petrol dan diesel itu akan beroperasi seperti berikut: 1. Subsidi petrol dan diesel hanya akan diberikan kepada golongan tertentu mengikut kadar pendapatan. Setakat ini, laporan menyebut jumlah pendapatan yang dipertimbangkan ialah RM5,000 ke bawah (bermakna bagi mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah, mereka masih boleh membeli petrol dan diesel pada harga subsidi); 2. Bagi mereka yang berpendapatan di antara RM5,000 hingga RM10,000, pengguna hanya diberikan kuota bulanan tertentu untuk membeli petrol dan diesel bersubsidi. Sekiranya jumlah penggunaan melebihi kuota bulanan, pengguna perlu membayar harga pasaran; 3. Bagi mereka yang berpendapatan lebih RM10,000 sebulan, pengguna perlu membeli pada harga pasaran. Saya kerap kali memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya sebarang keputusan yang melibatkan kebajikan rakyat perlulah dibincangkan dan mengambil pandangan umum supaya keputusan itu tidak membelakangkan hasrat rakyat. Rombakan sistem subsidi petrol dan diesel adalah satu keputusan besar yang akan mempunyai kesan mendalam kepada rakyat. Dalam keadaan harga barang terus meningkat dan tangga gaji masih belum berjaya dilonjakkan, sebarang perubahan yang drastik terhadap harga petrol dan diesel sudah tentu akan mempunyai kesan berganda kepada harga barang. Oleh sebab itu, Barisan Nasional wajar membentangkan cadangan rombakan sistem subsidi petrol dan diesel ini ke Parlimen terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Rakyat perlu diberikan masa yang secukupnya, sekurang-kurangnya satu tahun untuk memberi pandangan sebelum sistem baru subsidi petrol dan diesel ini berkuatkuasa, mengambil kira kesusahan yang telah pun dialami rakyat akibat kenaikan harga petrol, elektrik, gula dan barang-barang keperluan lain. Berdasarkan maklumat yang dilaporkan setakat ini, saya khuatir sistem subsidi baru petrol dan diesel ini akan mewujudkan pasaran gelap yang menjual petrol dan diesel seperti berikut: 1. Kumpulan yang dibenarkan membeli petrol dan diesel pada harga subsidi boleh membeli secara kerap dan menyimpan petrol dan diesel ini; 2. Mereka kemudian menjual kepada ejen pasaran gelap yang membeli petrol dan diesel ini pada harga yang lebih tinggi; 3. Ejen pasaran gelap kemudian menjual petrol dan diesel ini pada harga yang lebih rendah dari harga pasaran kepada syarikat, pengusaha atau pun orang persendirian yang mahu mendapatkan harga petrol dan diesel pada harga yang lebih rendah. Misalnya, jika harga subsidi satu liter petrol adalah RM2.10 dan harga pasaran adalah RM2.80 satu liter, pasaran gelap berikut boleh berlaku: 1. Kumpulan yang dibenarkan membeli petrol dan diesel pada harga subsidi menjualnya pada harga RM2.30 satu liter kepada ejen pasaran gelap; 2. Ejen pasaran gelap menjualnya pada harga RM2.50 satu liter kepada syarikat, pengusaha dan orang persendirian yang membeli dari pasaran gelap. Jelas bahawa sistem subsidi baru yang dilaporkan mempunyai risiko ketirisan subsidi yang tersendiri, seperti mana sistem sekarang yang sering dipersalahkan oleh Barisan Nasional sebagai punca berlakunya penyeludupan. Saya khuatir sekiranya sistem baru subsidi ini tidak diperhalusi dan dibincangkan secara terbuka, apabila dilaksanakan kelak ia mewujudkan pasaran gelap petrol dan diesel yang menimbulkan masalah baru yang lebih besar dari masalah penyeludupan sedia ada kerana ia melibatkan lebih ramai orang dan rakyat biasa. Ini sudah tentu tidak berbaloi apabila dibandingkan dengan kepayahan yang dihadapi oleh rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel serta kesan kenaikan berganda kepada harga barang, sedangkan ketirisan subsidi petrol dan diesel yang dijadikan alasan untuk menukar sistem makin berleluasa. Oleh yang demikian, saya menggesa supaya Barisan Nasional membentangkan secepat mungkin segala butiran sistem baru subsidi petrol dan diesel ini serta dibahaskan di Parlimen dalam sidang yang bermula minggu depan, sebelum sebarang keputusan diambil. Saya akan terus mengeluarkan kenyataan media dan menyemak keputusan Barisan Nasional mengenai rombakan sistem subsidi petrol dan diesel ini bermula hari ini. Rafizi Ramli Pengarah Strategi KEADILAN Ahli Parlimen Pandan |
Zizan Razak Tiada Masalah Lepaskan Emma Maembong Posted: 02 Jun 2014 10:25 PM PDT Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, berkata, isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana kontrak Emma bersama WFE berakhir pada bulan ini. "Sepatutnya isu saman ini tidak perlu timbul kerana kontrak Emma pun akan tamat bulan ini dan saya pelik bagaimana cerita berkenaan boleh timbul. "Bagaimanapun saya tidak mengetahui cerita sebenar tentang isu berkenaan kerana tidak dimaklumkan apa-apa mengenai perkara itu," katanya kepada mStar Online. Zizan ditemui pada majlis makan malam bersama artis naungan Astro dan media di Hotel Le Meridien dekat sini pada malam Isnin. Dalam pada itu, Zizan berkata, sebagai salah seorang pemegang saham terbesar syarikat itu, dia tidak mempunyai masalah untuk melepaskan Emma daripada terus berada dibawah naungan WFE sebaik sahaja kontrak pelakon itu tamat kelak. |
Terima Kasih, Keadaan Saya Bertambah Baik - Abdul Hadi Posted: 02 Jun 2014 10:21 PM PDT Keadaan Abdul Hadi yang bertambah baik ketika berada di hospital di Turki. Foto facebook Abdul Hadi Awang PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dimasukkan di sebuah hospital Istanbul kerana mengalami masalah pernafasan berkata, keadaan beliau bertambah baik selepas beberapa hari menjalani pengawasan perubatan dan rehat. Dalam satu kenyataannya di Facebook, Ahli Parlimen Marang berusia 67 tahun itu turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraannya. "Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya, memberikan bantuan dan kata-kata semangat sepanjang saya mengalami masalah kesihatan semasa di Istanbul ini. "Alhamdulillah saya dapat merasakan kesihatan saya bertambah baik. Saya juga berdoa agar Allah SWT memberikan kesihatan ini untuk meneruskan usaha membawa amanah dari Allah SWT. Terima kasih semua," katanya. Di dalam Facebook Abdul Hadi turut disiarkan gambar beliau yang memakai pakaian pesakit hospital warna biru, dengan memberi senyuman dan lambaian. Abdul Hadi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang di Terengganu berada di Istanbul bagi menghadiri Kongres Antarabangsa Komuniti Kesatuan Muslim pada Jumaat lalu ketika beliau mengalami masalah pernafasan dan dikejarkan ke hospital. |
Kalah Tapi Permulaan Yang Baik Bagi Dyana Posted: 02 Jun 2014 08:11 PM PDT Sebagaimana yang sudah diketahui umum, BN berjaya merampas kembali kerusi Teluk Intan yang kali terakhir pernah dimenanginya pada 2004 dahulu. Dalam keputusan yang diumumkan tadi, calon BN, Mah Siew Keong berjaya menewaskan calon DAP, Dyana Sofya dengan majoriti 238 undi. Dengan peratusan keluar mengundi begitu menurun iaitu hanya sebanyak 66.5 peratus, Mah memperolehi undi sebanyak 20,157 manakala Dyana Sofya meraih sebanyak 19,919 undi. Undi rosak pula sebanyak 550. Walaupun tewas dan percubaan DAP meneroka aliran politik yang merentasi batas perkauman ditolak oleh pengundi Teluk Intan, tetapi haruslah juga diakui bahawa ini merupakan permulaan yang baik bagi Dyana untuk mengembangkan lagi potensinya sebagai ahli politik masa depan. Kalah kali pertama tidak bererti akan kalah selamanya. Beliau secara umumnya diterima sebagai ikon orang muda dan percubaan kali pertama dalam usia 27 tahun ini tentunya memberi banyak pengajaran dan pengalaman kepadanya. Namun sebagai orang luar Teluk Intan yang kali pertama bertanding dan lawannya pula merupakan presiden parti keempat terbesar dalam BN, kejayaan memberi cabaran sengit kepada BN masih boleh dikira membanggakan. Selain berhadapan dengan Mah selaku Presiden Gerakan, Dyana turut berhadapan dengan kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri Perak di mana pemimpinnya silih berganti turun berkempen dan menawarkan habuan kepada pengundi. Dengan peratusan pengundi Cina 42 peratus, Melayu 38 peratus dan India 19 peratus, latar belakang dan komposisi pengundi sebegini memang diakui memberi cabaran yang hebat kepada mana-mana calon pembangkang. Sekurang-kurangnya dua sebab utama menjadi punca kekalahan Dyana dan DAP dalam pilihanraya ini. Pertama, kekurangan sokongan pengundi Melayu yang mana kehadiran beliau sebagai calon telah berjaya dimanipulasi dan disensasikan oleh jentera BN melalui pelbagai isu berkaitan diri dan apa yang pernah diperkatakannya seperti mengenai hudud dan UiTM. Walaupun Dyana merupakan seorang Melayu tetapi jentera BN gigih memainkan isu bahawa di belakangnya adalah Cina dan berbeza dengan Mah yang walaupun Cina tetapi di belakangnya adalah Melayu. Dan sejak awal lagi BN memang memberi tumpuan yang lebih kepada pengundi Melayu kerana mereka merasakan tiada harapan untuk bergantung kepada pengundi Cina yang majoritinya memang menyokong DAP. Lagi pula pengundi Melayu yang banyak berlatarbelakangkan kampung agak mudah dipengaruhi. Sebab kedua kekalahan Dyana ialah wujudnya kecenderungan sebahagian pengundi Cina yang tidak mengundinya kerana masalah dalaman DAP. Mereka ini lebih mahukan calon tempatan diketengahkan dan bila kemunculan Dyana yang turut dibimbangi akan menenggelamkan terus calon tempatan dalam pilihanraya akan datang, maka penolakan golongan ini jadi membesar. Selain tidak mengundi DAP, pengundi Melayu dan Cina yang enggan menyokong Dyana ini juga sebahagiannya mengambil keputusan tidak turun mengundi atau merosakkan kertas undi. Hal ini sudah kedengaran di hari-hari terakhir sebelum pembuangan undi lagi. Sebab itu, tidak memeranjatkan jika peratusan yang keluar mengundi hanya 66.5 peratus saja manakala undi rosak pula sebanyak 550 dan lebih tinggi daripada majoriti kemenangan sebanyak 238 undi. Melalui kemenangan ini, sebagaimana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri sendiri, Mah akan dilantik menjadi menteri atas kapasitinya sebagai Presiden Gerakan. Melalui beberapa janji yang terkandung dalam manifestonya pula, pembinaan sebuah universiti tentulah antara yang paling ditunggu-tunggu oleh penduduk Teluk Intan. Melalui beberapa janji menteri yang lain lain pula seperti wifi yang lebih laju, pembangunan yang lebih banyak, pembinaan lebuhraya Banting-Taiping yang dijanji dipercepatkan, uniform untuk anggota RELA dan sebagainya, semuanya itu sedang dinanti oleh penduduk Teluk Intan walaupun Mah berkata, semua itu bukan janjinya dan beliau tidak terikat dengannya. Namun jika semua janji itu tidak ternampak bayangnya atau sebatang tiang pun gagal dinaikkan menjelang pilihanraya 2018 nanti, tidak mustahil kerusi Teluk Intan ini kembali semula ke pangkuan DAP. Meskipun ada kemungkinan sesetengah pemimpin UMNO bersikap agak sombong dan poyo dengan kejayaan merampas kerusi Teluk Intan ini daripada DAP, tetapi secara keseluruhannya pola pengundian masih menjanjikan persaingan yang sengit dalam pilihanraya umum akan datang. Najib, UMNO dan BN belum boleh bersenang-lenang lagi. |
Teluk Intan menaranya tiba-tiba menjadi tegak? Posted: 02 Jun 2014 08:02 PM PDT Lenguh dan peluh pilihan raya Teluk Intan masih belengas dan terasa di tubuh para peminat dan pencandu politik semua. Lebih-lebih lagi pada tubuh pemain langsungnya DAP dan BN. Calon BN, Mah Siew Keong, 53 sudah tentu dalam emosi lebih baik berbanding dengan Dyana Sofya Mohd Daud, 27 calon DAP. Kemenangan mengnyahkan kesakitan dan kepenatan. Bagaimana pun Dyana mungkin boleh berkeadaan biasa kerana itu pengalaman pertama buatnya, dengan usianya dia boleh pergi jauh dengan keriernya itu. Sebagai orang muda harus menerima kekalahan sebagai cabaran. Dia baru gagal sekali, berbanding dengan Mah Siew Keong yang sudah dua kali kalah. Mah lebih berpengalaman merasa keperitan dan kehinaan lantaran kalah berbanding Dyana. Tetapi tidak kepada Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guang Eng. Bagi mereka kekalahan itu satu pukulan takdir yang memedihkan. Teluk Intan adalah kerusi milik DAP. Kekalahan menyebabkan satu kerusi dan satu puncak ketinggian DAP turun setingkat. Walaupun pilihan raya itu praktikal, diterima oleh DAP, hakikatnya ia menyenakkan dan memalukan. Eksperimen DAP dalam usaha memperkasakan partinya gagal. PKR dan terutamanya Pas rakan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak merasai apa-apa. Setengah yang masih memisahkan Pakatan Rakyat dengan "mu-mu aku-aku", maksudnya "bangsa dan agama" tidak merasa apa-apa dan memberi kesan atas kekalahan rakannya itu. Bagi mereka yang bersikap begitu, kekalahan DAP bukan memberi kesan apa-apa bahkan mungkin kemujuran. Bagi mereka sebegini yang berlawan selama lebih seminggu itu adalah antara Lim Kit Siang dengan Tajuddin Rahman, bukan melibatkan mereka. Mereka hanya pemerhati sahaja datang ke Teluk Intan hanya untuk melihat dari dekat menara yang senget itu. "Kalau pun DAP menang ia tidak memambahkan sokongan untuk hudud di Parlimen, jadi kemenangan di Teluk Intan tak memberi apa-apa erti buat Pas." Petikan kata-kata ini menjawab persoalan kenapa ada orang merasakan Teluk Intan tidak penting pada sisinya. Sudah banyak ulasan dan analisa dibuat berhubung pilihan raya yang baru berakhir itu. Tampaknya sebab utama kekalahan itu tertumpu kepada faktor pengundi luar. DAP kalah kerana tidak cukup power dari pengundi Cina yang berada di luar. Dianggarkan 6,000 atau 10% daripada pengundi di Teluk Intan berada di luar. Tanpa power tambahan ini, menyebabkan DAP kalah. Mah Siew Keong sudah melahirkan kebimbangan beliau terhadap kepulangan pengundi luar. Dia sudah berpesan kepada pengundian luar sebelum mengundi hendaklah merujuk kepada ibubapa dan keluarga masing-masing. Sebab dia tahu kalau mereka pulang undi mereka pasti untuk Dyana. Kebanyakan mereka yang berada di luar adalah generasi muda yang terlepas dari sangkar BN. Mah Siew Keong takut kepada pengundian luar. Peratus pengudian rendah hanya 66.7% atau kira 40,236 dari 60,439 adalah disebabkan kepulangan pengundi luar kurang. Saya awal-awal sudah menjelaskan kalau peratus pengudian rendah, Dyana akan bermasalah. Peratusn tinggi menjadikan Dyana lebih selesa. Ini benar-benar terjadi. Ada juga kemungkian peratus rendah ditambah segelintir pengundi lokal (yang saya kira Melayu berusia 60 tahun ke atas) tidak keluar mengundi. Kenapa, saya sudah bayangkan sebelum ini akan sebab dan kemungkinannya. Anggapan berlaku pengudian berasaskan kaum di Teluk Intan juga menyumbang kekalahan Dyana itu. Menurut Lim Guan Eng DAP kehilangan 10% undi dari semua kaum. 10% orang Cina yang mengundi DAP sebelum ini tidak mengundi Dyana. Sebabnya ialah kerana Dyana Melayu dan masih muda. Bagaimana pun ada sedikit keanihan di sini, kenapa 10% Melayu tidak terjadi seperti Cina untuk memilih Dyana? Faktor ini mungkina kerana latar belakang Dyana berbanding dengan Mah Siew Keong. Pengundi Melayu 10% itu lebih tertarik kepada Mah Siew Keong kerana latar belakangnya dan juga track rekodnya sebelum ini di Teluk Intan manakala Dyana datang dengan sehelai sepinggang kurang menarik buat mereka. Bagaimana kaum wanita yang tua kononnya Islam tidak bersetuju dengan karektor dan penampilan Dyana yang dilihat macam artis itu. Tetapi saya menolak pengundian di Teluk Intan berasaskan kaum. Kalau ia tegar berasaskan kaum saya fikir Dyana tidak mendapat 19,919 undi. Sudah tentu Mah Siew Keong akan menang dengan majoriti sekurang-kurangnya 3,000 - 5,000 undi bukannya 238 undi. Kalau pun ada yang bermain dengan sentimen kaum hanya kurang 5% dan itu normal. Kesimpulannya, sekiranya peratus keluar mengundi mencecah 70% dengan andaian 25% lagi adalah terdiri dari pengundi luar kawasan sudah pasti kemenangan berpihak kepada DAP. Dengan fenomena pengudian semalam Dyana akan menang sekitar 1,000 undi. BN amnya, tidak boleh berbangga dengan kemenangan itu. Ia bukan kemenangan mutlak dan hanya sekadar mengembalikan Mah Siew Keong ke kerusinya untuk membaiki prestasi Gerakan yang sebelum ini ghaib semua kerusi. Bagi DAP pula walaupun kalah tetapi parti itu berjaya membuat satu eksprimen menarik meletakkan calon Melayu dalam kawasan Cina sebagai ujian melihat politik Malaysia di masa depan dengan kanta politik baru. Eksprimen itu juga membolehkan arkid politik DAP menghimpun seberapa banyak kata-kata nesta, caci hamun yang dilemparkan kepada DAP khasnya dan kepada Dyana Puteri Melayu yang tampil menjadi serikandi politik menerusi saluran yang kontras dengan Melayu lain termasuk juga ibunya sendiri. Pilihan raya Teluk Intan juga menelanjangkan sikap samseng tahi kucing orang Melayu tanpa berpelajaran penuh. Apapun tindakan dan langkah DAP itu adalah satu sikap progresif dan menunjukkan parti itu hidup, kreatif dan sedia melakukan perubahan demi mencapai kejayaan lebih besar. DAP tidak jumud seperti parti lain yang masih kekal dengan sifat konvensionalnya. Ada parti tidak tahu menimbang kedudukan dalam dewan politik apakah ianya sebuah gerakan dakwah haraki atau pun sebuah badan siasah modern. |
Isu Cadbury: Ramai Anggap Kenyataan Jamil Khir Mengelirukan & Tidak Boleh Diterima Posted: 02 Jun 2014 08:00 PM PDT KELAB GREENBOCPengguna masih ragui Cadbury Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pagi tadi mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi, namun beberapa pengguna Facebook masih lagi meragui status halal produk tersebut. Mohamad Zairi Yaacob, 25, mempersoalkan sama ada sampel yang diambil terus dari kilang oleh Jakim itu merupakan dari stok sama yang sebelum ini dikatakan mengandungi DNA babi. "Sampel di ambil dari kilang, adakah telah dirancang lawatan tersebut? Kemungkinan pengusaha sudah menukarkan kandungan coklat. Yang penting di pasaran, sebab itu yang dibeli oleh pengguna. Lagi satu, coklat yang telah ditarik balik hari tu nak tahu juga statusnya. Adakah dilupuskan atau dikitar semula, atau dipasarkan di negara bukan Islam, atau tetap dipasarkan dalam negara tapi degan label nonhalal/tiada sebarang label?," komen Mohamad Zairi. Pegawai ekskutif komunikasi korporat Nurul Izwanie Hashim, 26, pula berkata dia masih meragui status halal produk Cadbury tersebut. Masih meragukan. Namun begitu, terdapat juga beberapa pengguna laman sosial itu yang berfikiran berbeza. Mohd Farwalis Bakri berkata "Tak salah makan babi kalau tak tahu," manakala Mohd Fadzli Farid pula secara berjenaka berkata "Cadbury sedap, aku tak dapat nafikan,". Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi selepas keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh yang disahkan oleh Jakim. "Makmal tersebut memang khusus untuk menjalankan ujian sedemikian," Jamil Khir dipetik sebagai berkata dalam laman portal The Malaysian Insider. Pada 23 Mei lalu, Kementerian Kesihatan mengesan DNA babi atau porsin dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015. -FMT
|
Dyana Telah Memenangi Hati Kita Posted: 02 Jun 2014 07:54 PM PDT KELAB GREENBOCDyana Sofya, Anda munkin telah tewas di dalam pilihan raya kecil ini namun anda sebenarnya telah memenangi hati ramai manusia, ramai rakyat Malaysia. Sekalipun dengan cara hodoh mereka cuba memalukan dan menjatuhkan anda, namun kami gembira anda tidak tenggelam ke tahap mereka yang lansung tidak tahu malu di dalam tingkah laku mereka. Kami tahu anda berbangsa Melayu, tetapi sepanjang kempen ini adalah jelas pertamanya anda paparkan anda seorang rakyat Malaysia dan berdiri untuk semua rakyat Malaysia. Justeru itu, kita jarang berfikir atau melihat anda sebagai seorang Melayu, tetapi lebih sebagai seorang rakan dan adik perempuan kami dan sebagai seorang Malaysia. Ia adalah penting untuk kita semua beralih daripada segala bentuk politik etnik, membuat keputusan berdasarkan etnik, kriteria etnik di dalan pemilihan dan lain-lain, kerana ia akan hanya akan terus memecahbelahkan kita. Jadi kami gembira dengan pendirian anda itu. Kami ingin memberi jaminan bahawa anda tidak kehilangan malah sebenarnya telah memenangi banyak hati. Dengan sejumlah tekanan, ugutan, fitnah, taburan janji dan lain-lain, yang telah digunakan sepanjang kempen adalah amat sukar untuk dipercayai. Gelagat itu amat tidak beretika di dalam mana-mana negara maju dan beretika. Jangan berputus asa. Kita semua berjuang untuk Satu Malaysia yang sebenar, di mana perbezaan etnik kita diraikan dan dihargai, di mana perbezaan agama kita dihormati dan dilindungi, di mana kita tidak lagi perlu mengklasifikasikan diri kita dengan etnik kita tetapi dengan identiti kita sebagai rakyat Malaysia. Seperti anda, kami merindui satu hari apabila rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat akan berjuang untuk manusia sesama mereka, tanpa mengira warna kulit, kepercayaan atau kedudukan mereka. Terima kasih kerana telah berbuat demikian. Amar Singh & Lim Swee Im |
Ridhuan: Orang Islam mungkin termakan babi Posted: 02 Jun 2014 05:03 PM PDT MALAYSIAKINI Pensyarah kontroversi Ridhuan Tee Abdullah memberi amaran, orang Islam mungkin akan termakan babi daripada produk atau dari premis makanan diusahakan golongan Cina, yang ditakrifkannya sebagai "ultra kiasu". Beliau memberi amaran tersebut melalui tulisannya dalam akhbar Sinar Harian hari ini yang bagi mengulas kontroversi mengenai DNA babi yang didakwa ditemui dalam satu produk coklat popular. Katanya, isu berkenaan menunjukkan golongan "ultra kiasu" tidak boleh dipercayai dan beliau juga bimbang pihak tersebut akan bertindak lebih berani, sekiranya tiada tindakan dikenakan seperti dalam isu coklat tersebut. "Kita mesti bertegas, tanpa kompromi lagi. Tidak perlu bakar kilang tersebut sepertimana cadangan ekstrem sesetengah pihak. "Talik balik lesen. Tutup kilang coklat ini. Malaysia tidak akan bankrap jika mengambil tindakan ini," katanya. Tulisannya disiarkan akhbar tersebut hari ini, tidak lama sebelum Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan, tiada DNA babi ditemui dalam produk Cadbury Confectionery. Istilah "ultra kiasu" itu sering digunakannya untuk merujuk kepada golongan Cina, khususnya yang cenderung kepada pembangkang. "Perkara ini amat penting untuk dijadikan pengajaran kepada syarikat lain. "Jika tidak, pasti ultra kiasu akan menjadi lebih berani. Saya bimbang hari-hari nanti, kita makan babi, walaupun bukan dalam bentuk babi sebenar. "Jangan terlalu teruja dengan makanan yang dikeluarkan oleh ultra kiasu. Carilah makanan umat Islam dahulu dan terjamin halalnya. "Saya amat hairan (dengan) orang Islam, begitu ghairah pergi ke kedai ultra kiasu walaupun tidak ada sijil halal dari Jakim (Jabatan Agama Islam Malaysia), seperti kedai kek campur arah dan banyak lagi. Beliau turut berkongsi pengalamannya sebagai seorang yang pernah "menternak dan makan babi", dengan mendakwa lemak babi merupakan salah satu ramuan untuk untuk menambah perisa dan "kilatan" pada makanan. "Jika ada makanan yang berkilat seperti mi, kek dan lain-lain, tindak mustahil telah dicampur dengan makanan haram," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan