Isnin, 9 Jun 2014

.

.


LPHJ sedikit sebanyak cemarkan Khalid Nordin

Posted: 08 Jun 2014 07:17 PM PDT

ULASAN                                                                                                

Setelah dua tiga hari saya tidak membuat apa-apa pengeposan, hari ini saya kembali menemui anda semula dengan cuba "campur tangan" sedikit dalam isu yang kini panas di Johor dan saya percaya ia juga turut merebak ke seluruh negara, khasnya dalam kalangan orang politik, itu mengenai pembentangan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014.

Khaled Nordin
Enakmen ini akan dibentang di DUN Johor hari ini. Rang undang-undang ini nampaknya menjadi kontroversi ekoran berbagai pihak mempertikiakan akan keperluan serta "keasbahan" kerwujudannya.

Bantahan atau pertikaian bukan saja dari pihak pembangkang, pakar perlembagaan atau tokoh politik veteran, korporat, tetapi ia juga turut sama dipersoal oleh akhbar arus perdana yang dikenali sebagai lidah Umno. Tampaknya suara akhbar berkenaan bila ada sesuatu isu menyentuh raja tetap sama seperti awal tahun 1980-an dulu.



Wujud persepakatan dalam pertikaian terhadap RUU berkenaan. Antara sebab yang diberikan ialah kerana RUU itu dilihat akan memberi kuasa mutlak kepada Sultan Johor terhadap perumahan dan hartanah di Johor. Dalam kata mudah, sultan mempunyai kuasa untuk membina perumahan untuk rakyat dan seretak itu juga menguasai hartatanah. Alasan kewujudan lembaga itu juga untuk mensejahterakan rakyat?

Terdapat beberapa klausa dalam enakmen berkenaan, sultan ditafsir sebagai berkuasa penuh terhadap lembaga berkenaan, ini termasuklah untuk melantik ahli lembaga pengarahnya, menyemak akaun dan juga membubarkan lembaga berkenaan.

Bagi pakar perlembagaan mereka melihat kuasa penuh itu sebagai mencemar sistem raja di negara ini dan tidak menghormati perlembagaan negara. Menurut amalan dan peruntukan Pelembagaan negara, sultan atau raja akan bertindak mengikut nasihat Menteri Besar dan bukan sebaliknya. Klausa berkenaan telah menafikan amalan dalam perlembagaan itu.

Ertinya sekiranya RUU itu diluluskan, tanggungjawab terhadap perumahan dan hartanah yang sebelum dalam tangan MB, tetapi dengan RUU itu menjadi anekmen MB tidak akan mempunyai apa-apa kuasa lagi. Segala projek perumahan akan berada dibawah pengawasan lembaga.

Inilah yang menjadi persoalannya. Gara-gara pertikaian itu menyebabkan peruntukan atau klausa yang memberi kuasa demikian telah dipinda dengan mengambil kira semangat Perlembagaan sebelum ini, dimana sultan boleh berbuat sesuatu terhadap lembaga itu, seperti melantik ahi lembaganya dengan nasihat MB. Pindaan juga dibuat terhadap perketaan "kuasa Raja" kepada kuasa kerajaan.

Dalam pemerhatian saya teguran dan rasa tidak puas hati yang dilontarkan berhubung cadangan kerajaan Johor itu dibuat dengan penuh berhati-hati. Masing-masing memberi komen secara luas dan berlapik. Tidak ada komen yang menjelaskan maksud sebenar di sebalik kebimbangan mereka dengan enakmen berkenaan.

Mungkin masing-masing hendak menjaga hati sultan atau memberi komen sampai tidak menyentuh perasaan sultan. Tetapi dalam hal ini yang perlu ditegur atau ditakankan bukan sultan, kerana yang bertanggungjawab membawa RUU itu ialah MB Johor Mohamed Khaled Nordin. Ironis juga rasa hormat itu hanya diluahkan kepada sultan tetapi tidak untuk rakyat.

Apakah dalam soal ini Khaled Nordin sudah ditekan oleh Istana agar mewujudkan enakmen berkenaan? Bagi saya Khaled Nordin harus bertangungjawab. Sekiranya beliau diarah mewujudkan anekmen berkenaan dan ia jelas bertentangan dengan naluri dan hasrat rakyat beliau wajar mengambil tanggungjawab termasuk melepas jawatan. Khalid tidak boleh hidup dengan menungkah arusa di sungai rakyat.

Khaled tidak boleh terus "degil dan dedir" sebagai MB sekiranya apa-apa yang dititahkan ke atasnya itu bertentangan dengan aspirasi rakyat. Misalnya kalau anekmen menubuhkan LPHT itu untuk kepentingan sultan, beliau wajar menyanggahnya dan mempertahankan rakyat.

Saya bersetuju dengan saranan Musa Hitam yang mahukan rakyat diberi penjelasan seluas-luasnya berhubung keperluan wujudnya lembaga berkenaan. Rakyat berhak tahu apa-apa jua yang berlaku ke atas negerinya. Peringatan Najib Razak agar memastikan enakmen itu demi kebaik rakyat juga perlu diberikan penekanan.

Mengenai kebimbangan terhadap enakmen berkenaan dari kalangan politik, mereka tidak mahu menyebut secara terus terang akan implikasinya. Tetapi apa dapat difahami di sini, dengan memberi kuasa seluas-luasnya kepada sultan menerusi lembaga seperti itu, ini bererti sultan menerusi lembaga berkenaan berhak sepenuhnya ke atas pembangunan dan hartanah di negeri berkenaan.

Apa dibimbangi, sekiranya ia berlaku di Johor tanpa ada bantahan daripada rakyat, tidak mustahil anekman yang sama juga nanti akan wujud di negeri-negeri lain yang mempunyai sultan. Sudah tentu sultan juga ada keinginan untuk melaksanakan projek untuk rakyat? Bukan hendak mengata naluri atau cita-cita seseorang sultan itu antara satu dengan lain hampir sama sahaja.

Inilah, atau implikasi inilah yang dibimbangkan. Jadi bantahan dan pertikaian yang dilakukan itu adalah satu teguran yang tepat dan benar demi kemaslahatan umum.

Apapun buat Khaled Nordin sama ada RUU itu sudah diubah, dan kuasa mutlak sultan sudah dibuang, sekiranya RUU itu diterima menjadi anekmen ia tetap akan meninggalkan kesan buatnya. RUU itu akan menjadi tunas kepada sebuah kudis besar terhadapnya sebagai MB. Sudah pasti beliau akan dituduh sebagai MB yang lemah dan tidak berani membawa sesuatu perubahan positif kepada rakyat dan kalau kewujudan lembaga itu atas desakan sultan, maka beliau adalah menjadi MB kepada sultan bukan kepada rakat Johor.

Penubuhan lembaga berkenaan juga memberi gambaran kelemahan dan ketidakmampuan Khaled sebagai MB untuk membangun negeri dan mengawal hartanah sehingga terpaksa ditubuhkan sebuah lembaga yang mempunyai campur tangan langsung sultan. [wm.kl.10:01 am 09/06/14]

Tiada ulasan: