Ahad, 1 Jun 2014

.

.


Teluk Intan menaranya tiba-tiba menjadi tegak?

Posted: 31 May 2014 07:30 PM PDT

ULASAN PAGI                                                                                      

Lenguh dan peluh pilihan raya Teluk Intan masih belengas dan terasa di tubuh para peminat dan pencandu politik semua. Lebih-lebih lagi pada tubuh pemain langsungnya DAP dan BN. Calon BN, Mah Siew Keong, 53 sudah tentu dalam emosi lebih baik berbanding dengan Dyana Sofya Mohd Daud, 27 calon DAP. Kemenangan mengnyahkan kesakitan dan kepenatan.

Bagaimana pun Dyana mungkin boleh berkeadaan biasa kerana itu pengalaman pertama buatnya, dengan usianya dia boleh pergi jauh dengan keriernya itu. Sebagai orang muda harus menerima kekalahan sebagai cabaran.

Dia baru gagal sekali, berbanding dengan Mah Siew Keong yang sudah dua kali kalah. Mah lebih berpengalaman merasa keperitan dan kehinaan lantaran kalah berbanding Dyana.

Tetapi tidak kepada Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guang Eng. Bagi mereka kekalahan itu satu pukulan takdir yang memedihkan. Teluk Intan adalah kerusi milik DAP. Kekalahan menyebabkan satu kerusi dan satu puncak ketinggian DAP turun setingkat. Walaupun pilihan raya itu praktikal, diterima oleh DAP, hakikatnya ia menyenakkan dan memalukan. Eksperimen DAP dalam usaha memperkasakan partinya gagal.

PKR dan terutamanya Pas rakan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak merasai apa-apa. Setengah yang masih memisahkan Pakatan Rakyat dengan "mu-mu aku-aku", maksudnya "bangsa dan agama" tidak merasa apa-apa dan memberi kesan atas kekalahan rakannya itu. Bagi mereka yang bersikap begitu, kekalahan DAP bukan memberi kesan apa-apa bahkan mungkin kemujuran. Bagi mereka sebegini yang berlawan selama lebih seminggu itu adalah antara Lim Kit Siang dengan Tajuddin Rahman, bukan melibatkan mereka. Mereka hanya pemerhati sahaja datang ke Teluk Intan hanya untuk melihat dari dekat menara yang senget itu.

"Kalau pun DAP menang ia tidak memambahkan sokongan untuk hudud di Parlimen, jadi kemenangan di Teluk Intan tak memberi apa-apa erti buat Pas." Petikan kata-kata ini menjawab persoalan kenapa ada orang merasakan Teluk Intan tidak penting pada sisinya.

Sudah banyak ulasan dan analisa dibuat berhubung pilihan raya yang baru berakhir itu. Tampaknya sebab utama kekalahan itu tertumpu kepada faktor pengundi luar. DAP kalah kerana tidak cukup power dari pengundi Cina yang berada di luar. Dianggarkan 6,000 atau 10% daripada pengundi di Teluk Intan berada di luar. Tanpa power tambahan ini, menyebabkan DAP kalah.

Mah Siew Keong sudah melahirkan kebimbangan beliau terhadap kepulangan pengundi luar. Dia sudah berpesan kepada pengundian luar sebelum mengundi hendaklah merujuk kepada ibubapa dan keluarga masing-masing. Sebab dia tahu kalau mereka pulang undi mereka pasti untuk Dyana. Kebanyakan mereka yang berada di luar adalah generasi muda yang terlepas dari sangkar BN. Mah Siew Keong takut kepada pengundian luar.

Peratus pengudian rendah hanya 66.7% atau kira 40,236  dari 60,439 adalah disebabkan kepulangan pengundi luar kurang. Saya awal-awal sudah menjelaskan kalau peratus pengudian rendah, Dyana akan bermasalah. Peratusn tinggi menjadikan Dyana lebih selesa. Ini benar-benar terjadi. Ada juga kemungkian peratus rendah ditambah segelintir pengundi lokal (yang saya kira Melayu berusia 60 tahun ke atas) tidak keluar mengundi. Kenapa, saya sudah bayangkan sebelum ini akan sebab dan kemungkinannya.

Anggapan berlaku pengudian berasaskan kaum di Teluk Intan juga menyumbang kekalahan Dyana itu. Menurut Lim Guan Eng DAP kehilangan 10% undi dari semua kaum. 10% orang Cina yang mengundi DAP sebelum ini tidak mengundi Dyana. Sebabnya ialah kerana Dyana Melayu dan masih muda.

Bagaimana pun ada sedikit keanihan di sini, kenapa 10% Melayu tidak terjadi seperti Cina untuk memilih Dyana? Faktor ini mungkina kerana latar belakang Dyana berbanding dengan Mah Siew Keong. Pengundi Melayu 10% itu lebih tertarik kepada Mah Siew Keong kerana latar belakangnya dan juga track rekodnya sebelum ini di Teluk Intan manakala Dyana datang dengan sehelai sepinggang kurang menarik buat mereka.

Bagaimana kaum wanita yang tua kononnya Islam tidak bersetuju dengan karektor dan penampilan Dyana yang dilihat macam artis itu.

Tetapi saya menolak pengundian di Teluk Intan berasaskan kaum. Kalau ia tegar berasaskan kaum saya fikir Dyana tidak mendapat 19,919 undi. Sudah tentu Mah Siew Keong akan menang dengan majoriti sekurang-kurangnya 3,000 - 5,000 undi bukannya 238 undi. Kalau pun ada yang bermain dengan sentimen kaum hanya kurang 5% dan itu normal.

Kesimpulannya, sekiranya peratus keluar mengundi mencecah 70% dengan andaian 25% lagi adalah terdiri dari pengundi luar kawasan sudah pasti kemenangan berpihak kepada DAP. Dengan fenomena pengudian semalam Dyana akan menang sekitar 1,000 undi.

BN amnya, tidak boleh berbangga dengan kemenangan itu. Ia bukan kemenangan mutlak dan hanya sekadar mengembalikan Mah Siew Keong ke kerusinya untuk membaiki prestasi Gerakan yang sebelum ini ghaib semua kerusi. Bagi DAP pula walaupun kalah tetapi parti itu berjaya membuat satu eksprimen menarik meletakkan calon Melayu dalam kawasan Cina sebagai ujian melihat politik Malaysia di masa depan dengan kanta politik baru.

Eksprimen itu juga membolehkan arkid politik DAP menghimpun seberapa banyak kata-kata nesta, caci hamun yang dilemparkan kepada DAP khasnya dan kepada Dyana Puteri Melayu yang tampil menjadi serikandi politik menerusi saluran yang kontras dengan Melayu lain termasuk juga ibunya sendiri. Pilihan raya Teluk Intan juga menelanjangkan sikap samseng tahi kucing orang Melayu tanpa berpelajaran penuh.

Apapun tindakan dan langkah DAP itu adalah satu sikap progresif dan menunjukkan parti itu hidup, kreatif dan sedia melakukan perubahan demi mencapai kejayaan lebih besar. DAP tidak jumud seperti parti lain yang masih kekal dengan sifat konvensionalnya. Ada parti tidak tahu menimbang kedudukan dalam dewan politik apakah ianya sebuah gerakan dakwah haraki atau pun sebuah badan siasah modern. [wm.kl.10:09 am 01/06/14]

Tiada ulasan: