Isnin, 2 Jun 2014

Biaqpila

Biaqpila


KEJAP ADA BABI,KEJAP TAKDA BABI

Posted: 02 Jun 2014 05:32 AM PDT



Dua coklat Cadbury sah tiada DNA babi

KUALA LUMPUR 2 Jun - Dua sampel produk coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang syarikat itu, disahkan tidak mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine).

Produk berkenaan adalah coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini selepas keputusan ujian yang dijalankan Jabatan Kimia terhadap dua sampel coklat berkenaan diterima pagi ini.

"Dua produk itu dikesan tiada DNA babi selepas ujian terhadap sampel daripada kumpulan yang sama yang diambil terus daripada kilang syarikat itu, dijalankan.

"Keputusan yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan baru-baru ini mungkin tercemar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penulisan Kelas KAFA (UPKK) dan Penyerahan Surat Tawaran Geran Tahunan 1Malaysia Development Bhd .(1MDB) - Jakim 2014 di Institut Latihan Islam Malaysia di Bangi hari ini.



CERMIN GELAP: JPJ BAKAL LAKSANA KEPUTUSAN BENGKEL

Posted: 01 Jun 2014 06:44 PM PDT


KEMAMAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan keputusan yang dicapai melalui bengkel hala tuju dan polisi baru penggunaan cermin gelap.

Ketua pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad, berkata ia bakal merungkai kekeliruan orang ramai mengenai stutus penggunaanya ketika ini.

Menurut Ismail, bengkel dua hari itu akan membuat penilaian wajar merangkumi pelbagai aspek termasuk keselamatan, jenayah dan kesihatan.

"Jika keputusannya semua orang tidak dibenarkan guna cermin gelap, kita akan kuatkuasakan peraturan itu dan jika keputusan kata semua orang dibenarkan guna cermin gelap, kita juga akan kuatkuasakannya," katanya.

Ismail ditemui selepas menyampaikan sumbangan banjir kepada 23 anggota serta peruntukan RM292,000 bagi membaiki kerosakan di Pejabat Cawangan JPJ di Kemaman.

Sebagai agensi bertanggungjawab, JPJ akan melaksanakan apa juga keputusan yang dibuat Kementerian Pengangkutan.

Sehubungan itu, masyarakat diminta menunggu hasil keputusan bengkel terbabit dalam mencapai formula terbaik untuk keselesaan semua pihak.


astroawani


Tiada ulasan: