Anak Sungai Derhaka |
- 'Tok Guru ... Pulanglah Kepangkuanku' oleh Nasrudin Tantawi
- Bukan sekadar main golf di Dubai, makan angin kat pantai Gold Coast pun guna duit rakyat?
- DNA Babi: Kazim belasah Al-Qardawi.. Dr. Maza pulak belasah Ustaz Kazim dan Harussani..
- Mahathir mahu Proton tingkatkan harga untuk tingkat pasaran?.. apa punya gila ni?
- GST: Pegawai Kanan Kastem dedahkan harga barangan yang dikecualikan cukai akan turut naik..
'Tok Guru ... Pulanglah Kepangkuanku' oleh Nasrudin Tantawi Posted: 09 Jun 2014 09:00 AM PDT 1. Rasa terkilan, sedih dan berbaur pelbagai rasa mengenang Tok Guruku Ayahanda Hj Abdul Hadi yang kini terlantar di hospital nun jauh di negara orang sedang aku tidak mampu untuk pergi menziarahinya. Hanya sekadar mengirim salam melalui orang yang mampu pergi menziarahi tokoh Daei ummah itu. Entahkan salamku sampai atau tidak ? Entahkan Tok Guru perasan aku menitip salam dan doa buatnya atau tidak ? Aku tidak tahu dan ianya membuatkan diri ini makin sedih dan sayu. 2. Tok Guru bagai ayahku sendiri biarpun ia bukan ayah kandungku. Aku membesar di mihrab ilmunya dan Tok Gurulah sumber inspirasiku sejak remaja, dimana aku menadah ilmu wahyu di Masjid Rusila. Aku juga sempat menghadham sebahagian besar buku Ma'alim Fit Toriq dari bimbingan ayahanda Tok Guru sewaktu aku berkampung di Rusila suatu ketika dahulu. Kefahaman Islam yang diterapkan oleh Tok Gurulah menyebabkan aku meninggalkan pengajianku di Sekolah Menengah Marang ke Pondok Pasir Tumbuh bagi mendalami urusan agama dan perjuangan Islam ini. Kerana aku mahu menjadi seperti Tok Guru. 3. Kini Tok Guruku telah dimamah usia dan lebih mencerut rasa apabila Tok guru terlantar di hospital sementara aku terpaksa mengatur pelbagai aktiviti santai dan rehlah bersama anak isteri bagi meredakan resah dan rasa pilu ekoran hilang upaya untuk terbang ke Istanbul menziarahi Tok Guru. Aku selidik harga tiket dan sekurang - kurangnya aku perlukan RM 3500 untuk sampai ke sana. Setinggi - tinggi penghargaan aku ucapkan kepada Geng Ustaz yang bertungkus lumus memungut dana dari anggota Geng Ustaz bagi menghantar aku ke Instanbul. Tapi jauh disudut hati ini, tak sanggup pula aku menyusahkan sahabat - sahabat Geng Ustaz yang sememangnya bekerja keras mencari dana untuk urusan kebajikan ummah serta program pencerahan agama kepada masyarakat. Biarlah wang itu digunakan untuk kepentingan yang lebih umum. 4. Aku terus mendoakan Tok Guru agar segera sihat dan segera pulang. Sungguh aku merinduimu Tok Guru. Entah mengapa ? Tiba - tiba sahaja hati ini diserang rasa rindu yang tidak tertahan. Air mata deras mencurah sehingga anak dan isteri kehairanan, untuk siapa kesedihan itu. Ya Allah ... Bilakah Tok Guru akan pulang ? Cepatlah balik ... Jangan lama - lama di sana, aku merinduimu. Ya Allah ... Kurniakan keafiatan buat Tok Guru ! Kerana aku yakin ummah masih memerlukan bimbingan dan pimpinan Tok Guru, biarpun ramai juga memusuhi Tok Guru malah bergembira apabila Tok Guru sakit begitu. Demi Allah ! Pulanglah Tok Guru, aku sanggup mendepani musuh - musuh itu bersamamu bagi menegakkan Islam dan syariatnya di bumi bertuah ini. 5. Secara zahirnya, aku tidaklah rapat dengan Tok Guru sebagaimana rapatnya Dr Samsuri setiausaha politiknya kerana beliau selalu mengiringi Tok Guru kemana sahaja. Bukan aku tidak mahu mendampingi Tok Guru sepanjang masa. Tuhan sahajalah tahu perasaan ini, betapa aku ingin mendampingi sepanjang masa sehingga aku juga dapat rasa keberuntungan sahabatku Ustaz Khalil yang menjadi anak kandung Tok Guru. Begitulah aku juga sangat cemburu dengan keberuntungan milik sahabatku Ust Nik Mohd Abduh yang menjadi anak kandung kepada Tok Guru Nik Aziz. Ya Allah ... Sebetulnya, Aku tidak mahu kehadhiranku disamping Tok Guru mengganggu rehat dan keselesaannya. Aku tak banyak berbual dengan Tok Guru kerana aku bimbang tersalah cakap lalu mengguris perasaannya. Aku tidak berhujjah mempertahankan kepimpinan dan keputusan Tok Guru dihadapannya kerana aku bimbang meninggi suara dihadapannya lalu menjatuhkan air mukanya. Aku hanya berlagak biasa dihadapannya sedang aku mahu menjadi orang yang dekat dan rapat dengan Tok Guru seperti dekat dan rapatnya sahabat se"Besut"ku Dr Samsuri. Ya Allah ! Bawalah pulang Tok Guru kepangkuanku segera ! Aku sedang menanti penuh kerinduan ! Catatan di atas datangnya dari Facebook Nasrudin Hassan.. ianya telah dikongsi oleh 36 individu dan mendapat 'Like' sebanyak 619 'Likes'.. Tapiii... komen yang dia dapat.. alahai.. kat bawah ni sebahagiannya.. Lagi komen-komen yang membina tu silalah lihat di SINI Jadi.. betullah orang kata, kalau tak tahan kena maki jangan masuk politik... |
Bukan sekadar main golf di Dubai, makan angin kat pantai Gold Coast pun guna duit rakyat? Posted: 09 Jun 2014 06:00 AM PDT Aku ingatkan yang nampak macam baik dan tak ada isu melibatkan dia ni betul-betul baik tapi sama saja dengan yang ada rupanya.. Betullah kata pepatah.. 'Air yang tenang jangan sangka tiada Buaya'..rupanya ada.. alim-alim kucing saja dia, depan rakyat kononnya berhemah tapi bila jauh dari rakyat saja.. harta negara dibuatnya macam harta mak bapak dia.. Dulu semasa kunjungan ke Dubai, lebih banyak masa dihabiskan di padang Golf dari urusan rasmi negara kali ini pula di Australia.. Dalam melakukan lawatan kerja ke Australia.. sempat lagi di guna kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan yang datangnya dari wang pembayar cukai untuk makan angin di Gold Coast.. Bravo!!.. pandainya dia.. sambil menyelam minum air.. KUALA LUMPUR, 9 JUN: Kegiatan lawatan 'kerja sambil melancong' Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dubai pada tahun 2012 yang didedahkan sebelum ini bukanlah kes terpencil, sebaliknya adalah satu kebiasaan. Perkara ini disedari berikutan pendedahan dokumen jadual rombongan beliau dan kakitangan ke Melbourne, Brisbane, dan Gold Coast, Australia, atas alasan 'lawatan kerja' pada 10 hingga 18 November 2012. Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong membangkitkan pendedahan blog peniupwisel2020.blogspot.com dalam sidang media di Parlimen hari ini. Zairil mempersoalkan jadual lawatan itu yang menunjukkan aktiviti berkaitan pendidikan yang jauh lebih sedikit berbanding acara tidak rasmi dan peribadi. "Lawatan bermula dua hari di Melbourne apabila Muhyiddin merasmikan Forum Ekonomi Cina Dunia ke-4, sebelum bergegas ke Gold Coast, destinasi percutian terkenal, selama 4 hari. "Di sana, aktiviti beliau secara purata hanya dua jam sehari, dan kebanyakannya adalah taklimat ringkas dan majlis makan malam, termasuk pertemuan dengan pelajar Kelab Umno. Jadi apa sebenarnya tujuan lawatan ini?" katanya. Menurut jadual yang dibocorkan itu, rombongan berlepas dengan menaiki 'pesawat khas' dan menginap di hotel mewah Hilton Surfer's Paradise Hotel ketika di Gold Coast. Malah, jadual itu juga menunjukkan program peribadi untuk sepanjang hari pada 16 November 2012. Dalam pada itu, Steven Sim mempersoalkan peserta rombongan yang kesemuanya adalah pegawai politik. "Tiada penjawat awam atau pegawai kementerian, (sama) seperti lawatan ke Dubai. Adakah Ini kerana Muhyiddin tidak yakin dengan pegawai kementerian, atau kerana lawatan ini tidak lebih sekadar 'company trip' untuk kakitangan beliau?" soalnya. Menurut dokumen itu, Muhyiddin dan isteri disertai 15 pengiring, termasuk enam pengawal keselamatan dan empat pegawai khas. Steven Sim juga sekali lagi mengingatkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa agar tidak mengugut penjawat awam yang membocorkan salah laku pemimpin BN atas alasan ia adalah 'rahsia rasmi kerajaan'. Ia berikutan amaran Ali untuk mengenakan tindakan tegas, termasut pecat, kepada penjawat awam jika terlibat dalam pendedahan dokumen lawatan Muhyiddin ke Dubai. "Ingat, kita ada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang melindungi sesiapa sahaja yang membuat pendedahan. "Beliau tidak sepatutnya mengugut penjawat awam yang beri maklumat untuk melindungi pembesar-pembesar yang salah guna kuasa," katanya lagi ~ Roketkini.com |
DNA Babi: Kazim belasah Al-Qardawi.. Dr. Maza pulak belasah Ustaz Kazim dan Harussani.. Posted: 09 Jun 2014 03:00 AM PDT Kenapalah ustaz-ustaz, mufti-mufti dan alim ulama dalam negara kita ni tak boleh capai kata sepakat mengenai isu DNA babi ni.. Sorang kata halal.. muncul sorang lagi pulak kata haram.. lagi sorang pula kata halal pulak.. lepas tu muncul sorang lagi pulak kata yang haram tetap haram.. Akhirnya kita yang kurang arif dalam hukum hakam agama Islam ini yang ternganga-nganga dan tertanya-tanya.. halal atau haram? Sebelum ini.. pendakwah bebas yang popular menerusi sebuah slot TV yang bertajuk 'Menjadi Bodoh' telah mempertikaikan fatwa Ulama tersohor dunia mengenai isu DNA.. Ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain Katanya.. hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak. Itu kata Ustaz Kazim.. pendapatnya itu disokong pula oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Menurutnya, istilah istihalah (proses perubahan zat yang membolehkan bahan-bahan haram berubah menjadi halal) yang diguna pakai sesetengah pihak tidak wajar dijadikan landasan untuk menghalalkan sesuatu perkara, khususnya di negara ini. Bagaimanapun muncul pula Dr. Maza mempertikaikan hujjah Ustaz Kazim itu melalui satu 'status' dalam Facebooknya.. Saya terkejut dengan seorang penceramah agama yang dikenali mengulas isu kenyataan al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai kesan DNA khinzir dalam makanan dan bahan yang terdapat secara meluas di dunia hari ini. Apa yang kita nak tahu ialah DNA Babi itu halal atau haram? |
Mahathir mahu Proton tingkatkan harga untuk tingkat pasaran?.. apa punya gila ni? Posted: 09 Jun 2014 12:00 AM PDT Berbeza sekali nasihat Tun buat Proton sebelum beliau dilantik semula menjadi Pengerusi kepada Proton dan selepas beliau dilantik sebagai Pengerusi.. Sebelum dilantik semula sebagai Pengerusi, Mahathir pernah berkata "Pengguna tidak peduli apa jadi pada negara, mereka hanya hendak harga yang murah dan barangan terbaik. Jadi sebab itu kita dapati sekarang sukar bagi Proton untuk bertanding terutamanya dengan Perodua," katanya. Kata-katanya itu jelas menggambarkan yang beliau sedar faktor sebenar yang menyebabkan Proton menghadapi saingan sukar dalam pasaran. Faktor 'Harga' dan 'Kualiti'... Tetapi setelah dilantik menjadi Pengerusi Proton lain pula cadangannya dan ianya jauh berbeza pula dengan apa yang dinyatakannya sebelum ini.. Mungkin kerana mudah lupa ataupun faktor usia beliau mengeluarkan nasihat sebegini rupa.. yang bercanggah dengan apa yang diucapnya di atas.. Beliau sebagai Pengerusi Proton yang baru telah mencadangkan agar harga Proton dinaikkan untuk membolehkannya bersaing di peringkat dunia... Menurut beliau imej sebagai pengeluar kereta murah perlu dikikis dan kualiti perlu dipertingkat setahap pengeluar kereta antarabangsa. Persoalannya disini adakah dengan meningkatkan harga sebuah Proton hingga sama dengan harga sebuah Ferrari atau Lamborghini pengguna akan berlumba-lumba untuk memilikinya? Dengan harga yang jauh lebih murah dari apa yang dipasarkannya di dalam negara dan kualiti juga lebih baik dari apa yang dipasarkan di dalam negara, Proton dilaporkan mencatatkan penurunan jualan dari tahun ke tahun. Pada tahun 2011, syarikat pengeluar kereta nasional itu mengeksport 16,189 unit, 13,311 unit (2012) dan susut tahun lepas kepada hanya 5,937 unit. Jadi apa akan terjadi jika harga Proton yang dipasarkan diluar negara dinaikkan mengikut cadangan Mahathir? Laporan berkaitan.. Pengerusi PROTON Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan harga kereta Proton dinaikkan untuk bersaing di pasaran dunia. Menurut beliau imej sebagai pengeluar kereta murah perlu dikikis dan kualiti perlu dipertingkat setahap pengeluar kereta antarabangsa. Bukan persoalan patriotik atau tidak, tapi ianya adalah mengenai berbaloi atau tidak kita rakyat yang juga merupakan pengguna membeli sesuatu produk keluaran tempatan berbanding keluaran luar negara pada harga yang hampir sama? Meningkatkan harga bukanlah satu cadangan yang bijak dalam hal ini, apa yang perlu Proton lakukan ialah meningkatkan kualiti produk keluarannya kalau tak boleh lebih baik setanding dengan apa yang Perodua keluarkan itu sudah cukup baik. Kenapa tidak Tun Mahathir gunapakai kaedah yang telah digunakan oleh Nissan yang suatu masa dulu hampir menutup operasinya kerana gagal bersaing dengan Toyota dan Honda di negara Jepun dalam mengendalikan Proton ini? Masaalah dalam menentukan harga Proton ini ialah harga yang perlu dibayar kepada vendor-vendor yang ada.. bukan saja harga malah kualiti juga dipengaruhi oleh vendor-vendor yang ada.. Mahal harga yang diletakkan mereka.. maka mahallah harga jualan sebuah Proton.. Teruk kualiti produk yang dibekalkan mereka maka teruklah kualiti sebuah Proton.. Jadi jika mahal dan tidak berkualiti kenapa tidak dicari vendor yang lain?... he.. he.. tanyalah Jurutera-jurutera yang ada dalam Proton tu.. Pasal kualiti pula tanyalah QA Engineer yang menerima bahagian-bahagian yang pengeluarannya diserahkan kepada vendor.. Apa yang telah Nissan lakukan untuk kembali menguasai pasaran ialah.. struktur semula semua vendor-vendor yang terlibat.. Dimana vendor-vendor yang selama ini meletakkan harga yang tinggi dan produk yang tidak berkualiti serta punya kabel untuk menjadi kebal habis dicantas. Ianya dilakukan setelah Nissan membawa masuk seorang individu dari Renault ke dalam organisasinya.. dan setelah dilakukan pembersihan itu kini Nissan kembali bersaing dipersada dunia.. Tapi... kalau tak silap aku.. majoriti vendor yang ada tu semua kroni Mahathir sendiri.. sanggup ke Mahathir nak cantas kroni dia sendiri? |
GST: Pegawai Kanan Kastem dedahkan harga barangan yang dikecualikan cukai akan turut naik.. Posted: 08 Jun 2014 08:55 PM PDT Biarpun usaha berterusan pemimpin-pemimpin UMNO memperbodohkan rakyat kononnya harga barang akan turun dengan perlaksanaan GST namum beberapa pihak yang terlibat mendedahkan harga barangan yang dikenakan GST akan meningkat.. Jika sebelum ini pakar ekonomi mendedahkan barangan yang dikenakan GST akan meningkat naik harganya dan seterusnya menyebabkan inflasi juga naik baca di ( SINI ).. Pegawai Kanan Kastam ini pula turut mendedahkan perkara yang sama.. Walaupun sesuatu barangan atau produk itu dikecualikan dari dikenakan GST namun harga produk itu dijangka akan turut meningkat. Kenaikkan ini adalah disebabkan oleh pengeluar yang pasti tidak akan menyerap akibat GST itu lalu memindahkan cukai yang dikenakan terhadap mereka kepada pengguna.. Oleh itu dalam apa jua keadaan pengguna tetap menjadi mangsa.. kerana kapitalis tak mungkin mahu mengorbankan walau 6% keuntungannya demi rakyat yang diperintah kerajaan korup.. PETALING JAYA, June 8 — Malaysians can expect a hike in the prices of even items that are exempted from the impending Goods and Services Tax (GST) to be implemented next April, a customs representative said in a talk today. Jadi bersedialah kita semua menanggung tambahan 6% lagi peningkatan harga barang.. Semuanya ini adalah kerana masih ada yang bodoh untuk terus menyokong individu yang bodoh untuk diangkat sebagai pemimpin negara.. Kerana bodohnya mereka seluruh rakya Malaysia menanggung beban.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan