Sabtu, 7 Jun 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


GST: Ahmad Maslan kata harga barang turun tapi Pakar ramal harga barang dan inflasi naik..

Posted: 07 Jun 2014 12:41 AM PDT


Hujung tahun 2013 yang lalu, dalam usahanya untuk terus memperbodohkan rakyat mengenai GST, Ketua Penerangan UMNO merangkap Timbalan Menteri Kewangan yang terkenal dengan hujah-hujah bodohnya telah berkata..

"Pembangkang akan "gagal dan merana" kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015".

Menurut ketua penerangan Umno itu lagi, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara Pakatan Rakyat (PR) pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut.

"Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat,"

"Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan.

"Selama ini mereka mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan 'Barang Naik' tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun," katanya.. sepenuhnya silalah baca di SINI

Itu kata Ahmad Maslan tentang GST.. sebagaimana yang berulang kali telah disebut oleh bekas Presiden UMNO sendiri iaitu hanya orang-orang yang bodoh kini bersama UMNO..

Maka tak perlulah kita semua merasa hairan kenapa hujah yang diberikan oleh pemimpin UMNO itu mengenai GST kelihatan kurang cerdik.

Hakikatnya harga barangan pasti akan meningkat dengan perlaksanaan GST itu kerana kita perlu mengeluarkan belanja tambahan sebanyak 6% lagi bagi setiap barangan yang dikenakan GST..

Baca apa pendapat pakar..

KUALA LUMPUR - Pakar ekonomi tidak menafikan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015 bakal mengakibatkan kenaikan kadar inflasi negara dan secara tidak langsung menyebabkan kenaikan harga barangan.

Ketua Penyelidikan Ekonomi, Maybank Investment Bank, Suhaimi Ilias berkata, kenaikan juga bakal berlaku pada sektor makanan dan minuman.

"Sebagai contoh, difahamkan ketika ini terdapat kurang 5,000 restoran di seluruh negara mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) iaitu sebanyak enam peratus. Bagaimanapun sebaik GST dilaksanakan bilangan restoran yang mengenakan cukai GST dijangka meningkat kepada 15,000.

"Begitu juga dengan kenaikan harga barangan. Sebagai contoh, buat masa ini terdapat 40 peratus jenis barangan dan perkhidmatan di senaraikan di bawah Indeks Harga Pengguna (IHP). Jumlah peratusan ini dijangka meningkat sehingga 70 peratus sebaik GST dilaksanakan.

"Ini bermakna lebih banyak barangan dan perkhidmatan dikenakan GST. Mahu atau tidak harga barangan akan naik dan pengguna tetap perlu membayarnya (cukai) ," katanya.

IHP merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi.

IHP mengukur harga purata barang-barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh isi rumah pada tempoh masa yang ditetapkan.

Menurut Suhaimi, masalah kenaikan harga adalah perkara biasa dalam konteks negara yang mengamalkannya, di mana kadar inflasi akan meningkat pada tempoh tahun GST diperkenalkan.

"Dalam situasi ini, amat penting kerajaan memantau dan melakukan penguatkuasaan terhadap peniaga yang menaikkan harga keterlaluan demi mengaut keuntungan berlebihan dengan menggunakan alasan GST.

"Ia salah dan tidak betul kerana setiap pengeluar, pemborong, pembekal dan peruncit boleh membuat tuntutan dalam bentuk cukai kepada kerajaan. Jadi tidak timbul isu pembekal perlu menaikkan harga barangan," katanya.

Menurutnya, kerajaan turut mengambil langkah membantu golongan berpendapatan rendah dengan memberi pengecualian kepada sektor-sektor tertentu seperti pendidikan, kesihatan dan perumahan.

Selain pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Sementara itu mengenai penerangan GST kepada rakyat, Profesor Pengurusan Strategi dan Pemasaran, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Dr Faridah Hassan berkata, rakyat perlu diberi penerangan yang jelas bagi memastikan mereka memahami langkah yang bakal dilaksanakan.

"Sesetengah mereka beranggapan ia adalah bentuk cukai baru sedangkan ia menggantikan sistem SST semasa. Di sebabkan itu, ramai pengguna percaya bahawa pengenalan GST akan menyebabkan kenaikan harga barangan secara menyeluruh.," katanya.

Katanya, kerajaan perlu memberi penjelasan kepada semua lapisan masyarakat mengenai kesan sebenar GST ke atas harga dan jenis-jenis barangan sama ada berkadar sifar, dikecualikan cukai atau dikenakan cukai.

"Selain daripada memberi penerangan, kerajaan perlu menyediakan panduan untuk memaklumkan kepada pengguna mengenai kesan perubahan harga sebenar apabila barang atau perkhidmatan terbabit dikenakan GST," katanya.

Bagaimanapun, rakyat tetap mendapat manfaatnya dengan menikmati harga lebih murah untuk pelbagai jenis barang kerana GST lebih rendah dari SST.

"GST juga dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian serta makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat.

Sebenarnya, GST berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM 4 bilion bagi semua sektor perniagaan," katanya ~ Sinar Harian

Buang Bayi Ke Dalam Gaung: Bukan Kerana Dirogol, Tapi Angkara Teman Lelaki..

Posted: 06 Jun 2014 06:22 PM PDT


Polis hari ini mendapati pembantu rumah Indonesia yang sebelum ini mendakwa dirinya dirogol sehingga melahirkan anak rupa-rupanya melakukan hubungan seks secara sukarela.

Kes pembantu rumah tersebut menjadi berita hangat selepas mangsa mendakwa dirogol majikan manakala mayat anaknya dibungkus dan dibuang oleh ejen ke dalam gaung di Genting Highlands.

Siasatan terbaru bagaimanapun mendapati bayi lelaki dilahirkan pembantu rumah Indonesia tersebut merupakan hasil hubungan dengan seorang lelaki Bangladesh yang merupakan pekerja potong rumput.

Namun kes itu dianggap 'dramatik' dan pelik kerana lelaki Bangladesh tersebut dilaporkan akan membayar RM180 sebagai 'duit poket' setiap kali selepas melakukan hubungan seks dengan pembantu rumah tersebut.

Pembantu rumah itu dilaporkan mula mengenali lelaki Bangladesh semasa bekerja di rumah majikan, malahan selalu membawa lelaki itu ke dalam rumah pada waktu malam.

Polis akan mengambil DNA daripada lelaki tersebut untuk menyiasat sama ada dia merupakan bapa kandung kepada bayi yang dibuang ke dalam gaung.

China Press sebelum ini melaporkan pembantu rumah tersebut dirogol sehingga mengandung zuriat majikan, sementara ejen memaksanya menjual bayi yang dilahirkan.

Tanpa disangkakan, anak lelaki berumur enam bulan di bawah 'jagaan' ejen telah mati dan ejen itu terpaksa membungkus mayat dan membuangnya ke kawasan hutan di sekitar Genting Highlands.

Polis yang menerima maklumat telah menemui mayat bayi lelaki tersebut dan menahan ejen haram dan isterinya.

Dalam pada itu, mayat bayi tersebut dikenal pasti telah dibuang ke dalam gaung sekurang-kurangnya empat hari dan sudah reput.

Keadaan itu menyebabkan doktor yang melakukan bedah siasat berdepan kesukaran untuk mengenal pasti sama ada bayi itu mati akibat dera atau punca lain.

~ MalaysiaGazette

Tiada ulasan: