Anak Sungai Derhaka |
- Kajian menunjukkan hanya macai yang sokong GST..
- Hassan Malek antara Menteri yang bakal disingkir Najib?
- Mukhriz pelawa PAS bersatu dengan UMNO di Kedah..
- Gelatin haiwan termasuk babi halal dimakan - Yusof Al-Qardhawi
- Ekonomi Malaysia semakin lemah kerana Kerajaan tak pernah bertukar - Bloomberg
Kajian menunjukkan hanya macai yang sokong GST.. Posted: 06 Jun 2014 02:14 AM PDT Walaupun Putrajaya membelanjakan jutaan ringgit untuk memberi penerangan mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), satu kajian oleh universiti swasta mendapati kebanyakan rakyat Malaysia menentang cukai itu yang akan berkuatkuasa 1 April depan. Kajian yang dilakukan oleh UCSI ke atas 700 responden menunjukkan mereka tidak menerima cukai tersebut, selain berasa kerajaan tidak dapat melaksanakan sistem percukaian itu dengan berkesan. Dalam membentangkan hasil kajian berkenaan, ketua eksekutif pusat kajian UCSI Dr Ngerg Miang Hong berkata terdapat responden yang masih tidak memahami bagaimana GST dilaksanakan. Hasil kajian itu selari dengan satu keputusan kajian yang dijalankan pada April, dan ia dapat melemahkan harapan Putrajaya bagi menambah keyakinan rakyat berhubung kebaikan cukai berkenaan. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan 80% responden tidak yakin kerajaan dapat melaksanakan GST secara berkesan. Sejumlah majoriti yang besar juga mendapati GST mungkin efektif di negara lain, namun di Malaysia hanya akan merosakkan reputasi kerajaan. Sejumlah 41.7% sangat bersetuju dakwaan GST lebih efektif di negara lain dan tidak di Malaysia. Manakala 37.5 % sekadar bersetuju dengan kenyataan itu. Sebahagian 66% responden berpendapat cukai baru berkenaan tidak akan membangunkan ekonomi sementara lebih 83% daripada mereka percaya ia akan membebankan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. 59% responden pula berpendapat mereka tidak dapat menerima GST. Manakala 49% daripada mereka mahu cukai sedia ada diteruskan berbanding 32% yang mahu GST diperkenalkan. Bagi menggambarkan bagaimana orang ramai masih tidak melihat kesan terhadap GST, Ngerng berkata kira-kira 45.9% berkata mereka tidak yakin bagaimana cukai tersebut memberi kesan kepada kos sara hidup manakala 47% berpandangan sebaliknya. Katanya, kaedah kajian dijalankan dengan meminta pandangan di Internet dan secara bersemuka di kawasan bandar dan luar bandar yang berusia 20 hingga 45 tahun. Beliau berkata responden tidak dipecahkan mengikut kumpulan etnik tetapi mendakwa ia terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ngerng mengumumkan keputusan itu dalam satu forum "GST: Baik atau Buruk" di UCSI Kuala Lumpur malam tadi. Sebelum ini, Putrajaya mengumumkan peruntukan RM250 juta bagi memberi penerangan kepada rakyat tentang GST dan melatih peniaga membiasakan cukai bari itu. Panelis daripada Pemuda Barisan Nasional Neil Foo Seck Chyn berkata, penguatkuasaan merupakan kaedah memastikan GST tidak mendorong kepada kenaikan harga barang tahun depan. Beliau berkat,a menurut Kementerian Kewangan, hanya 10% daripada 689 barang keperluan dijangka akan mencatatkan kenaikan apabila GST dilaksanakan. "Kebanyakan produk yang dinikmati sekarang seperti teh tarik sudah dikenakan cukai 10% yang tidak kita sedari," katanya. "Tetapi apabila kita mengurangkannya dari 10% kepada 6%, harga pasti turun. Tetapi terpulanglah pada kerajaan untuk menguatkuasakannya." Seorang lagi panelis daripada Pakatan Rakyat, Dr Ong Kian Ming pula melihat sebaliknya kerana peniaga tidak diberikan insentif mengurangkan harga barang. Katanya, kerajaan juga kurang memberikan jaminan bahawa akan bersikap lebih telus hasil pendapatan yang dijanakan daripada cukai baru itu. "Jika mereka mendapat lebih banyak pendapatan tanpa akauntabiliti, hanya lebih pembaziran yang akan berlaku," katanya. Kerajaan menjangkakan bagi tahun pertama pelaksanaan GST, sejumlah RM3 bilion pendapatan tambahan akan dapat dijana. ~The Malaysian Insider |
Hassan Malek antara Menteri yang bakal disingkir Najib? Posted: 05 Jun 2014 08:05 PM PDT Sekurang-kurangnya tiga menteri dilaporkan akan disingkirkan dari Kabinet berikutan rombakan yang akan dilakukan tidak lama lagi. Tiga menteri tersebut ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Perdagangan Koperasi Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum. Portal Malaysian Digest memetik sumber pejabat Perdana Menteri sebagai berkata, rombakan Kabinet yang bakal menyaksikan penyingkiran menteri terbabit mempunyai kaitan dengan prestasi masing-masing. "Mereka ini adalah antara nama yang disebut akan meninggalkan Kabinet kerana dilihat tidak dapat mengekang isu-isu melibatkan kementerian masing-masing dan meninggalkan segala-gala (untuk diuruskan) kepada Perdana Menteri. "Perdana Menteri menerima pelbagai kesan ekoran ketidakcekapan menteri-menteri Kabinet," kata sumber tersebut. Sumber itu bagaimanapun tidak menjelaskan bila rombakan tersebut akan dilakukan, sebaliknya sekadar memberitahu "ia akan berlaku tidak lama lagi." Namun, rombakan tersebut mempunyai kaitan dengan kepimpinan baru MCA yang memungkinkan mereka akan menerima semula jawatan Kabinet termasuk Kementerian Pengangkutan. Sumber itu turut membayangkan akan berlaku pertukaran porftolio dalam kalangan menteri. "Apabila berlaku pertukaran portfolio tiga kabinet (yang dikosongkan), portfolio yang lain juga mungkin akan berubah, " katanya. Kementerian Perdagangan Koperasi Negeri dan Kepenggunaan menjadi antara tumpuan di tengah-tengah keresahan umum berikutan kenaikan kos sara hidup selain menerima tekanan kerana didakwa gagal menangani persepsi yang timbul berhubung isu itu. Jamil Khir yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam pula menerima kritikan keras bukan sahaja dari dalam kerajaan, tetapi juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam kerana dilihat terlalu pasif dalam isu kalimah Allah dan penyebaran fahaman Syiah. Tengku Adnan pula dipalit dalam isu kenaikan cukai pintu di Kuala Lumpur serta kenyataan kontroversinya untuk mewujudkan Hard Rock Cafe di Putrajaya. – New Malaysian Post |
Mukhriz pelawa PAS bersatu dengan UMNO di Kedah.. Posted: 05 Jun 2014 05:30 PM PDT Umno dan Pas wajar bekerjasama bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Melayu demi kepentingan politik di negeri ini. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ia berikutan amalan politiknya tidak keterlaluan seperti negeri lain. "Kita boleh berbeza pandangan dan pendapat, tetapi cara kita berkomunikasi itu penuh dengan tertib dan saling menghormati. "Malah, pihak pembangkang juga tidak kutuk kerajaan negeri keterlaluan seperti yang berlaku di Sidang Dun Pulau Pinang sehingga ada wakil rakyat yang mengeluarkan kata-kata kesat," katanya ketika merasmikan Program Sarana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Peringkat Parlimen Jerlun, di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai, di sini, hari ini. Menurutnya, keadaan itu menimbulkan kebimbangan pihak lain seolah-olah perpaduan Melayu itu akan menjejaskan kepentingan kaum lain. "Kalau ada unsur-unsur untuk menyatukan Umno dan Pas, ada pihak yang bimbang seolah-olah perpaduan itu akan menghakis hak dan kepentingan orang bukan Melayu. "Sebaliknya, Melayu yang majoriti dalam Umno dan Pas jika bersatu akan memberi manfaat kepada semua," katanya. Mukhriz berkata, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan juga boleh menyatukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. "Mana mungkin rakyat Malaysia boleh bersatu keseluruhannya jika penduduknya yang majoriti Melayu berpecah belah," katanya. Menurutnya, tidak salah jika sesuatu parti politik itu mengamalkan politik perkauman asalkan tidak keterlaluan. "Pada saya, amalan itu bukan satu kesalahan. Tentunya kita cuba mewakili kelompok seharian kita. Sebagai contoh, kalau kita dari kalangan Melayu, tentunya kita akan berjuang untuk kepentingan orang Melayu. "Begitu juga dengan masyarakat Cina dan India. Ini bukan satu kesalahan. Yang penting ialah bagaimana kita nak menguruskan diri kita dengan pihak lain," katanya. Menurutnya, amalan politik perkauman itu dilakukan sebelum merdeka lagi terbukti menjadi formula yang dapat menggerakkan negara ini ke tahap tinggi. ~ Sinar Harian |
Gelatin haiwan termasuk babi halal dimakan - Yusof Al-Qardhawi Posted: 05 Jun 2014 03:30 PM PDT Ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi memberitahu gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain. Memetik kenyataan daripada laman rasmi ulama tersebut, beliau menjawab kekeliruan pengguna, terutamanya dari masyarakat Islam berkenaan status halal sesuatu produk yang dicampuri unsur mengelirukan termasuk haiwan tersebut. "Di sana terdapat perkara yang dilupakan oleh banyak pihak iaitu isu transformasi bahan (perubahan zat). Kami berkata: Apabila sesuatu najis ditransformasikan, ia menjadi suci, iaitu sesuatu bahan itu mungkin pada asalnya adalah babi, kemudian ia bertransformasimenjadi sesuatu bahan yang lain - asalnya ialah babi tetapi ia diambil dan ditransformasikan menjadi sesuatu yang lain - contohnya menjadi sabun. "Para fuqaha' berkata, contohnya, sesuatu perkara seperti tinja dan sebagainya, apabila ia diambil dan dikenakan api serta dinyalakan, maka abunya adalah halal kerana ia telah menjadi bahan yang lain. Mereka berkata: Jika seekor anjing masuk ke dalam takung garam dan mati di dalam takung garam itu hingga garam memusnahkannya, hinggakan apabila kamu mencarinya kamu tidak menjumpainya disebabkan anjing itu sendiri telah menjadi garam, maka garam itu boleh digunakan untuk makan, minum dan segala-galanya, kerana ia telah mengalami transformasi bahan. "Hukum ditetapkan bergantung kepada `illah (sebab) yang ada dan yang tiada. Maka `illah dalam hal ini ialah ia tidak kembali wujud. Oleh itu, apabila daging atau tulang babi telah bertransformasi, - dan saya mendengar daripada saudara kami Dr. Muhammad Hiwari, dan dia adalah antara doktor akademik yang tinggal di German untuk tempoh yang sangat panjang, dan dia mempunyai kajian yang sangat baik dalam hal ini, - dia berkata kepada kamu: Kemuncak hal ini adalah, ia boleh diambil dan digunakan sebagai ubat gigi, dan digunakan sebagai sabun, dan digunakan sebagai gelatin (atau jeli) yang asalnya ialah babi, kerana ia telah menjadi sebatian kimia yang baru menyebabkannya tertakluk kepada hukum yang baru (iaitu halal)," ujar Yusuf Al- Qardhawi dipetik sebagai berkata. Bulan lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan dua produk coklat Cadbury - coklat susu dengan kacang Hazel serta coklat susu dengan badam, dikesan mengandungi DNA babi atau 'porcine'. Apa yang menjadi persoalan sehingga kini adalah KKM dikatakan membuat ujikaji itu, sehingga terjumpa DNA babi, setelah memilih coklat berkenaan secara rawak di pasaran. Setelah isu itu mencetuskan kemarahan ramai pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula memainkan peranannya dan membuat ujikaji yang sama namun coklat itu diambil terus dari kilang Cadbury dan bukannya diambil secara rawak dari pasaran, seperti mana dibuat KKM. Perkembangan terbaru selepas ujikaji yang dilakukan oleh Jakim itu mengesahkan dua produk Cadbury tersebut adalah tiada unsur babi sekaligus halal untuk dimakan. Meskipun begitu, rakyat Malaysia kini masih berasa was-was berikutan masyarakat terdedah kepada membeli coklat yang sama diambil KKM untuk ujikaji itu dan bukannya produk yang selamat (dari kilang) sepertimana di analisa Jakim. ~ RakyatNews |
Ekonomi Malaysia semakin lemah kerana Kerajaan tak pernah bertukar - Bloomberg Posted: 05 Jun 2014 09:12 AM PDT Artikel ini ditulis oleh William Pešek yang merupakan seorang kolumnis Bloomberg, berpangkalan di Tokyo dan menulis mengenai ekonomi, pasaran dan politik di seluruh rantau Asia Pasifik. Memandangkan aku malas nak menterjemah.. korang bacalah.. Is Malaysia Asia's Weakest Link? By William Pesek From missing airplanes to jail-bound opposition leaders, Malaysia has recently made international headlines for all the wrong reasons. Will the nation's economy be next? That's the thrust of new report from Sarah Fowler of U.K.-based Oxford Economics, which ranks Malaysia the "riskiest country in Asia of those we consider," more so than India, Indonesia and even coup-happy Thailand. On the surface, she points out, all's well: Growth is zooming along at 6.2 percent, the external balance is reasonably sound and political stability reigns. But all's not what it seems. "Prompted by its high levels of public debt, rising external debt and shrinking current account surplus, there has been a shift in the perception of risks towards Malaysia and away from Indonesia," Fowler explains. Malaysia wasn't included in Morgan Stanley's "fragile five" list of shaky emerging economies last year, as were India and Indonesia. But Fowler scratches at a number of Malaysian vulnerabilities that deserve more attention: external debt levels that in recent years have risen to close to 40 percent of gross domestic product; a higher public debt ratio than India; the biggest short-term capital flows among the 13 major emerging markets Oxford tracks, including Indonesia; and a shrinking current-account surplus. This last point is still somewhat of a positive. As the mini-crises in developing nations last year demonstrated, a balance-of-payments surplus is a very good thing to have. Also, Malaysia's use of so-called macroprudential policies has succeeded in preventing huge property bubbles of the kind afflicting Singapore and Hong Kong. But Malaysia's current-account surplus is dwindling, from 16 percent of GDP in 2008 to 3.7 percent last year. And household debt is, to use Fowler's words, "worryingly high" at more than 80 percent of GDP compared to less than 60 percent in 2008. What really concerns Oxford, and myself, is the complacency factor in Putrajaya. Malaysia is effectively a one-party state, having effectively been ruled by the same party for six decades. Its 40-year-old, pro-Malay affirmative-action program chips away at the country's competitiveness more and more each passing year. The scheme, which disenfranchises Malaysia's Chinese and Indian minorities, is a productivity and innovation killer. It also has a corrupting influence on the political and business culture. "A climate of entitlement amongst the Malay community limits entrepreneurialism and vested interests within the United Malays National Organization still resist change," Fowler argues. The need for change is becoming acute, though, as China's dominance grows and neighbors like the Philippines get their acts together. Indians just elected the party of reform-minded Narendra Modi and Indonesians will soon choose a successor for Susilo Bambang Yudhoyono in a contest that's all about reducing corruption and improving governmental efficiency. And Malaysia? Well, Prime Minister Najib Razak's lackluster party is clinging to power. Meanwhile, opposition leader Anwar Ibrahim may soon be in jail again on sodomy charges many see as politically motivated. The government's handling of Malaysian Air Flight 370 said it all. Its deer-in-the-headlights response to the plane's disappearance was the product of an insular political culture. The trouble is, that insularity is holding back a resource-rich economy that should be among Asia's superstars, not its weakest links. ~ BloombergView |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan