Anak Sungai Derhaka |
- Saman Malaysiakini: Najib “ikut jejak” PM Singapura?
- Perkasa tak hingin sertai NGO Pemuda UMNO, sila cari NGO pondan! kata SU Perkasa
- Ooops! Pesawat B737-800 MAS dilanggar kereta lagi...
- Tiga Menteri dari UMNO akan digugurkan dari kabinet Najib?
- JAKIM Mana?.. Tak nak tegur ke apa yang Najib buat ni?
Saman Malaysiakini: Najib “ikut jejak” PM Singapura? Posted: 04 Jun 2014 08:30 AM PDT Semalam pada 3 Jun 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh telah menyerahkan writ saman terhadap portal berita Malaysiakini susulan penyiaran dua artikel pada 14 Mei lalu yang mengumpul pandangan pembaca berhubung isu krisis Terengganu baru-baru ini, yang dikatakan berunsuran fitnah. Penerbit Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Pengarang Kumpulan, Steven Gan dan Ketua Pengarang, Fathi Aris Omar masing-masing dinamakan dalam saman tersebut. Secara kebetulan, Perdana Menteri di Negara jiran Singapura, Lee Hsien Loong turut buat pertama kali memfailkan saman terhadap seorang blogger bernama Roy Ngerng pada 18 Mei 2014, bahawa dia telah menerbitkan artikel yang berunsur fitnah terhadap Lee pada 15 Mei 2014. Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat tindakan Perdana Menteri Najib itu bukan sahaja berganjak daripada konsep 'wasatiyyah' atau kesederhanaan yang sering diuar-uarkan beliau, malahan sekali gus mencomot mekap dan solekan beliau sebagai seorang "reformis" yang begitu susah payah cuba "dicipta" di arena antarabangsa. Sesungguhnya, sebagai pemimpin tertinggi dalam pentadbiran kerajaan yang menguasai hampir kesemua sumber dan jentera Negara, termasuklah saluran media arus perdana, Najib berkemampuan memberikan respons atau sanggahan mahupun teguran secara serta-merta dan seluas mungkin sekira adanya keperluan. Pihak Malaysiakini juga mengalu-alukan Perdana Menteri Najib dan UMNO untuk menyatakan pandangan mereka untuk disiarkan dalam Malaysiakini. Walau bagaimanapun, Najib dan partinya membuat keputusan mengambil tindakan melalui prosiding fitnah terhadap organisasi media terbabit itu. KPRU mengamati tindakan yang diambil oleh seorang Perdana Menteri, bukan ahli politik sembarangan, terhadap Malaysiakini, yang kononnya merupakan suatu tindakan yang cuba mempertahankan reputasi kerajaan yang diterajui Najib, sebagai tindakan sebuah rejim yang sering dikritik sebagai tidak menghormati demokrasi lagi menindas kebebasan media. Saman yang difailkan oleh Najib ini bukan sahaja menimbulkan kontroversi, tetapi juga suatu langkah yang kurang bijaksana dan berpandangan sempit demi kelangsungan hayat sebuah rejim. Lazimnya, Kementerian Dalam Negeri yang memainkan peranan "antagonis" bagi mengambil tindakan terhadap mana-mana media yang dilihat tidak mengakuri atau cuba mencabar arahan kerajaan UMNO dengan membatalkan atau menggantung lessen percetakan dan penerbitan media tertentu pada bila-bila masa sahaja. Kes saman Malaysiakini pada kali ini boleh dikatakan mewujudkan legasi negatif sebuah rejim memandangkan buat kali pertama Najib, atas nama Perdana Menteri, mengambil jalan undang-undang dengan memfailkan saman terhadap portal berita atas talian. Sewajarnya, Najib harus bersikap demokrasi dalam isu dasar media dan membenarkan penerbitan akhbar harian Malaysiakini di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Mkini Dotcom pernah memohon permit di bawah akter tersebut untuk menerbitkan akhbar harian untuk dijual di Lembah Klang tetapi ditolak permohonannya pada tahun 2010 oleh Kementerian Dalam Negeri tanpa memberi maklum balas berkenaan alasan permohonan ditolak. Syarikat berkenaan kemudiannya terus mencabar keputusan tersebut. Pada hakikatnya, keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada 1 Oktober 2013 telahpun membatalkan keputusan menteri yang menolak permohonan permit Malaysiakini dan memutuskan penerbitan akhbar sesungguhnya hak yang dijamin di bawah Artikel 10 dalam Perlembangaan Persekutuan, bukannya hak istimewa yang ditentukan oleh Putrajaya. Jikalau Najib benar-benar berpegang teguh pada pelan transformasi beliau, KPRU menggesa Perdana Menteri dan UMNO menarik balik saman yang difailkan terhadap Malaysiakini sementara permit penerbitan akhbar Malaysiakini dalam empat Bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dikeluarkan. Lantas, KPRU menyeru seluruh rakyat Malaysia berdiri bersama-sama dengan Malaysiakini bagi memberikan sokongan teguh kepada portal berita tersebut dalam masa sukar. Memandangkan blogger yang disaman oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Singapura itu berjaya mengumpul jumlah yang melebihi $55,700 melalui pendanaan orang ramai (crowdfunding) bagi membiayaai kos guamannya, rakyat Malaysia khususnya pembaca Malaysiakini juga harus menunjukkan sokongan kepada portal berita tersebut yang sering memberi ruang kepada suara alternatif bagi mempertahankan kebebasan media dan kebebasan bersuara. ~ Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU - Political Studies for Change) |
Perkasa tak hingin sertai NGO Pemuda UMNO, sila cari NGO pondan! kata SU Perkasa Posted: 04 Jun 2014 05:22 AM PDT Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) merasakan tiada keperluan untuk pertubuhan badan bukan kerajaan itu menyertai Biro Hubungan NGO Pemuda Umno. Setiausaha Agung Perkasa Syed Hasan Syed Ali berkata, pertubuhan sayap kanan Melayu itu, termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) juga tidak akan menyertai biro berkenaan walau dijemput sekalipun. "Perkasa dan Isma tidak ingin walau dijemput sekalipun," katanya, ketika dihubungi. "Kami hanya mahu bersama NGO yang benar-benar anak jantan," katanya. Pemuda Umno hari ini berpendapat tiada keperluan bagi Perkasa dan Isma untuk menyertai biro yang baru ditubuhkan mereka sebaliknya cukup saling berhubung dengan dua NGO itu. Pengerusi Biro Hubungan NGO, Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata apa yang paling penting adalah memahami agenda NGO berkenaan supaya segala isu yang dilontarkan dapat dilihat dengan lebih adil. "Kita tidak perlu mengarah atau mempelawa mereka. Cuma yang paling penting hubungan. Setiap NGO di Malaysia perlu ada hubungan. Dengan Bersih pun kita kena ada hubungan. Tidak perlu mereka masuk ke payung NGO kita," katanya pada majlis makan tengahari bersama media di Kuala Lumpur, hari ini. Khairul Firdaus berkata tiada gunanya mendekati NGO yang tidak mahu melakukan perubahan kerana sifat ekstremis dan cauvinis sememangnya perlu dielakkan. Syed Hasan berkata, biro berkenaan boleh mencari mana-mana NGO yang lembut dan terlalu baik untuk menyertai mereka. "Mereka boleh mencari mana-mana NGO pondan yang lemah lembut untuk bersama mereka," kata Syed Hasan. Beliau turut mempersoalkan tindakan biro berkenaan, yang mana katanya sebelum ini sering memperlekehkan pertubuhan seperti Perkasa. "Persoalannya kenapa baru sekarang ingin mendekati NGO seperti kami, kenapa tidak dari dahulu. "Sudah lemas baru tahu kepentingan NGO seperti kami," katanya. Biro Hubungan NGO merupakan biro baru yang ditubuhkan di bawah sayap Pemuda Umno bagi mengukuhkan hubungan Pemuda dengan NGO di serata Malaysia. Enam kluster yang ditekankan oleh NGO di bawah gabungan itu adalah pendidikan, ekonomi dan kos sara hidup, keselamatan, perancangan keluarga, kepenggunaan serta agama ~ The Malaysian Insider |
Ooops! Pesawat B737-800 MAS dilanggar kereta lagi... Posted: 03 Jun 2014 11:00 PM PDT Apalah yang tak kena dengan dengan Sistem Penerbangan Malaysia ni.. baru bulan lepas kena kena langgar dengan Perodua Viva, bulan ini kena langgar lagi.. Bulan lepas Malaysia Airlines (MAS) terpaksa menjadualkan semula waktu penerbangan MH740/741 selepas bahagian perut pesawat berkenaan dilanggar sebuah kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. Pesawat B737-800 itu yang pada asalnya dijadual berlepas ke Yangon (Penerbangan MH740) pada 10:05 pagi, tetapi berikutan kejadian itu, penumpang dipindahkan ke sebuah pesawat lain yang berlepas pada 10:45 pagi hari sama.. kalau dah lupa laporannya sila baca di SINI Semalam pula The Sun melaporkan sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) dilanggar kenderaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Menurut laporan The Sun, pelanggaran itu menyebabkan pesawat B737-800 mengalami kerosakan serius di bahagian bawah badan kapal terbang. SHAH ALAM – Satu lagi insiden membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dilanggar sebuah kenderaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. Menurut laporan The Sun, pelanggaran itu menyebabkan pesawat B737-800 mengalami kerosakan serius di bahagian bawah badan kapal terbang. Dalam pada itu, pihak MAS yang turut mengesahkan kejadian tersebut. MAS turut berkata, insiden turut mengakibatkan kerosakan pada fiuslaj pesawat. Menurut MAS lagi, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden berkenaan. "Kesemua penumpang yang dijadualkan menaiki pesawat tersebut telah dipindahkan ke pesawat lain untuk meneruskan penerbangan mereka," katanya dalam sebuah kenyataan lapor Sinar Harian |
Tiga Menteri dari UMNO akan digugurkan dari kabinet Najib? Posted: 03 Jun 2014 08:45 PM PDT Rombakan Kabinet yang dinanti-nantikan, akan dilakukan sebelum bermulanya bulan puasa, dijangka akan melihat dua menteri baharu dan memberi kesan kepada sehingga tiga menteri yang sedang berkhidmat ketika ini. Sumber Putrajaya berkata, Perdana Menteri yang kembali semula selepas kejayaan lawatan beliau ke China, sedang meneliti butiran lebih terperinci mengenai perubahan itu yang pastinya akan melibatkan Presiden MCA dan Gerakan. Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang akan diberikan kerusi dalam Kabinet. Dengan sambutan yang begitu baik diterima beliau sewaktu di China, dan potensi yang luas bagi perdagangan antara Malaysia dan China juga ada keperluan untuk mewujudkan perwakilan Cina dalam Kabinet. Najib juga dijangka akan mengisikan tiga jawatan timbalan menteri 'yang masih kosong' sejak pilihan raya umum lalu. Jawatan berkenaan adalah Kementerian Kewangan, Kementerian Pelancongan dan Jabatan Perdana Menteri. Menurut sumber Putrajaya yang sama mencadangkan bahawa seramai tiga menteri yang sedang berkhidmat ketika ini, dua daripada mereka adalah senior, mungkin terjejas di dalam rombakan itu. Menteri-menteri tersebut dari Umno tetapi sebarang rombakan yang melibatkan mereka tidak akan menjejaskan kuota Umno dalam Kabinet. "Ia amat sukar untuk meramalkan PM. Beliau begitu membisu tetapi beliau mungkin ada untuk bertindak balas terhadap rasa tidak puas hati di kalangan ahli Umno mengenai beberapa menteri ini," kata sumber itu. Najib tidak mungkin akan mengembangkan lagi jumlah kerusi Kabinet untuk menampung permintaan bagi jawatan-jawatan itu. Kabinet sekarang ini sudah mencukupi dengan 32 menteri dan 26 timbalan menteri. Sementara itu, media akan memantau rapi apabila Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan Baginda sebelum beliau meneruskan dengan rombakan Kabinet. Sumber Putrajaya percaya bahawa rombakan itu akan dibuat pada bulan ini untuk memberi masa kepada menteri-menteri baharu masa untuk mempelajari dan memahami tugasnya, yang biasanya selama enam bulan sebagai tempoh dijadikan penanda aras. "Pada masa mereka memahami perkara dan perjalanan kementerian, ia sudah akan menjelang akhir tahun ini. "Adalah lebih baik pelantikan dibuat tidak lama lagi supaya Kabinet boleh diwakili kaum Cina dan semua orang boleh bergerak ke hadapan," kata seorang pemerhati. Beberapa menteri berkata, di sebalik spekulasi satu rombakan akan berlaku, Perdana Menteri tidak bercakap mengenainya semasa mesyuarat mingguan diadakan. "Kami juga ingin tahu sama ada kita akan berada di dalam kementerian kami atau sekiranya kami akan diberikan portfolio baharu atau digugurkan," kata seorang menteri yang tidak mahu dikenali lapor mStar |
JAKIM Mana?.. Tak nak tegur ke apa yang Najib buat ni? Posted: 03 Jun 2014 03:30 PM PDT Gambar di atas ialah gambar Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mencuba alat sumpit di rumah panjang masyarakat Kayan di Long Silat, Bekenu, Sarawak.. pandangan dari pihak JAKIM tidak diperlukan dalam hal ini.. Begitu juga dengan gambar di bawah ini dimana Perdana Menteri telah diberi penghormatan dengan menaiki perahu di rumah panjang masyarakat Kayan. Walaupun nampak macam kerja gila sebab naik perahu atas darat, atas nama menghargai penghormatan yang diberikan kepadanya itu, Najib perlu meraikannya.. Oleh itu sekali lagi pandangan dari pihak JAKIM tidak diperlukan dalam hal ini.. Cuma pandangan JAKIM dan juga Menteri Agama amat perlu dalam perkara yang terpapar dalam gambar di bawah ini.. Dimana Perdana Menteri Datuk diberi penghormatan memulakan adat miring ketika melawat rumah panjang Sg Ukong, Lambir sempena perayaan Hari Gawai baru-baru ini.. Apa yang dilakukan oleh Najib iaitu turut serta dalam amalan Miring yang diamalkan oleh Masyarakat Iban dalam pandangan Islam adalah haram kerana ianya amalan keagamaan dan berunsur syirik menurut portal e-Fatwa di SINI Menurut laman web e-fatwa hukum tentang Miring ini diperlukan kerana ianya telah menjadi acara sambutan oleh masyarakat Iban bila tetamu melawat ke tempat mereka. Kadang-kadang acara ini melibat tetamu Islam sama ada mereka dijemput melakukan Miring atau berada dalam majlis tersebut. Setelah mengkaji secara mendalam dan membincangkan secara terperinci amalan tersebut, maka ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak dengan sebulat suara berpendapat ianya adalah haram dan berunsur syirik.. Dalam hal ini adalah tidak wajar kita meletakkan kesalahan tersebut diatas bahu Najib sepenuhnya kerana walaupun beliau adalah seorang Perdana Menteri, beliau juga manusia yang tak lepas dari melakukan kesilapan. Beliau juga mungkin kurang arif dengan hukum hakam dalam Islam jadi sebab itulah jawatan penasihat baginya diwujudkan.. Yang sepatutnya dipersalahkan dalam hal ini ialah individu yang dilantik untuk menasihati Najib berkenaan isu-isu yang melibatkan agama Islam.. Kemana dia agaknya?.. Makan gaji buta saja ke atau masih sibuk mempertahankan Cadbury lagi? JAKIM mana?.. sibuk dengan isu cadbury jugak ke?.. kalau sibuk nak pertahan cadbury lagi, letak jawatan sajalah.. pergi kerja dengan cadbury!! |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan