Anak Sungai Derhaka |
- Emak Dyana Sofya nak dipecat, tapi Dyana pula dipelawa sertai UMNO..
- Ibrahim Ali kata gara-gara Cadbury, Mat Salleh gelak kat dia di London..
- GST: Bila Pegawai Tinggi Kerajaan Berotak Kartun.. Inilah Hasilnya..
- Demi Cadbury!! Ustaz-ustaz JAKIM akan adakan demo makan coklat .. (Video Inside)
- Mulai 1 September, Tiada subsidi Petrol bagi Individu berpendapatan lebih RM5,000.. sebab dianggap kaya..
- Siapa Lelaki Yang Mengaku Bakal Manusia Terkaya Dunia Ini?
Emak Dyana Sofya nak dipecat, tapi Dyana pula dipelawa sertai UMNO.. Posted: 03 Jun 2014 07:53 AM PDT Yang mana satu pendirian UMNO ni?.. Emaknya diberikan surat tunjuk sebab kerana menyokong Dyana sebagai calon DAP di Teluk Intan baru-baru ini, tetapi Dyana pula dipelawa menyertai UMNO.. Tengku Adnan yang bercakap kepada wartawan di Kuala Lumpur hari ini berkata, dalam surat itu, beliau juga berkata pihaknya menyedari calon (yang bertanding menentang BN) adalah anak perempuannya, tetapi parti mempunyai disiplin. Setiausaha Agung UMNO itu telah menulis surat tunjuk sebab kepada Yammy meminta penjelasan mengapa beliau tidak boleh digantung keahliannya atau dipecat dari Umno berkaitan tindakannya dalam PRK Teluk Intan. Yammy, yang merupakan ahli veteran UMNO, mempunyai tempoh 14 hari untuk menjawabnya. Selepas itu, kata Tengkuk Adnan, sama ada Yammy menjawabnya atau tidak, perkara itu akan dibawa kepada pihak pengurusan Umno sebelum ia dikemukakan kepada Majlis Tertinggi UMNO. Bagaimanapun belum sempat Yammy menjawab, Pemuda UMNO pula mempelawa Dyana untuk menyertai UMNO.. IPOH - Pemuda Umno hari ini mempelawa calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyertai Umno bagi menyumbang idea dan tenaga untuk kepentingan anak muda di negara ini. Apa pendirian UMNO nih? Ahli sendiri nak dipecat kerana menyokong calon lawan.. tapi calon lawan itu pula yang menentang mereka dipelawa menyertai mereka.. Mungkin ada udang disebalik batu kot??.. Maklumlah Dyana tu ahli DAP jadi mana mungkin pemimpin-pemimpin UMNO berani nak rapat.. (pemimpin bukannya macai..) Kalau Dyana tu sertai UMNO senanglah sikit nak ayat... Kalaulah ditakdirkan Dyana sertai UMNO apa agaknya macai yang ada diluar sana yang masa PRK hari tu kutuk dia bagai nak rak nak kata? |
Ibrahim Ali kata gara-gara Cadbury, Mat Salleh gelak kat dia di London.. Posted: 03 Jun 2014 05:30 AM PDT Isu kekeliruan berhubung kandungan coklat Cadbury yang dikatakan mempunyai DNA babi amat memalukan dan tidak boleh dimaafkan, kata Presiden Pertubuhan Pribumi Kebangsaan Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali. Beliau berkata, isu berkenaan memperlihatkan kegagalan keupayaan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dengan mengeluarkan bukti yang tidak diperhalusi dengan betul. "Siapa punya angkara?...Kementerian Kesihatan atau Jakim yang mengatakan coklat Cadbury ada DNA babi, ia amat memalukan," kata Ibrahim dalam satu kenyataan dari London. "Bukti tidak teliti dengan diperhalusi, tidak ada 'Standard Operating Procedure (SOP) yang profesional antara Jakim dan Kementerian Kesihatan," katanya dan menambah, kesilapan sedemikian tidak boleh dimaafkan. Ibrahim yang juga bekas ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kekeliruan berkenaan melibatkan kerugian perniagaan yang besar dan menjejaskan reputasi Cadbury. "Siapa yang silap dan cuai mesti diambil tindakan malah masyarakat antarabangsa turut mentertawakan Malaysia," katanya. Ibrahim berkata, komuniti antarabangsa yang ditemuinya di London berkata "Malaysia amat melucukan" ekoran insiden tersebut. "Ada yang saya jumpa di London komen 'Your country very funny ... not profesional at all ... Malaysia have the tallest twin tower in the world, but how come first'," katanya. "Tak tahulah, nak cakap apa lagi," kata Ibrahim. Selepas kontroversi DNA babi dalam coklat Cadbury, KKM mengesahkan pihaknya akan mengadakan siasatan dalaman untuk menjejak individu bertanggungjawab yang menyebarkan laporan tersebut. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, laporan awal tersebut tidak tepat dan penyebarannya secara terburu-buru mengakibatkan kekecohan di kalangan masyarakat yang majoriti beragama Islam di dalam negara. "Kami akan membuat siasatan dalaman. Mereka terburu-buru mengeluarkan laporan awal itu sebelum siasatan lanjut melibatkan produk tersebut dilakukan semula," katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Persatuan Hospital Swasta Malaysia, hari ini. KKM sebelum ini mengesahkan kewujudan DNA babi (porcine) dalam dua daripada tiga sampel coklat Cadbury yang diambil bagi tujuan pemantauan. Susulan itu, Cadbury menarik balik dua produk, Cadbury Dairy Milk Hazelnut (nombor keluaran 200813M01Hh I2 yang tamat tempoh pada 13 November, 2014) dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond (nombor keluaran 221013N01R I1 yang tamat tempoh pada 15 Januari, 2015). Kontroversi tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai, malah pertubuhan bukan kerajaan menggesa Cadbury dan Jakim disaman akibat penemuan tersebut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagaimanapun semalam mengumumkan produk coklat Cadbury berkenaan tidak mengandungi DNA babi selepas keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh. Produk dalam negara-negara Islam kerap diperiksa untuk memastikan sama ada produk tersebut halal atau tidak. Selain daging babi, barangan yang dianggap tidak halal oleh umat Islam termasuk alkohol dan daging haiwan disembelih tidak mengikut kaedah Islam. Jakim hari ini juga menyatakan kesediaan memakan coklat Cadbury bagi membuktikan kandungannya tidak memiliki DNA babi seperti yang didakwa sebelum ini lapor The Malaysian Insider |
GST: Bila Pegawai Tinggi Kerajaan Berotak Kartun.. Inilah Hasilnya.. Posted: 03 Jun 2014 02:08 AM PDT Visual kartun iklan GST yang dibelanjakan puluhan juta ringgit oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar nampaknya dihentam hebat oleh beberapa pihak. Di antaranya Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah. Selain dari Irwan Siregar seorang lagi pegawai yang yang berotak kartun ialah Setiausaha Bahagian Analisa Cukai Perbendaharaan, Datuk Siti Halimah Ismail. Kedua-dua mereka ini didesak supaya bersara awal kerana menurut Puad papan iklan GST kartun gagal membawa mesej yang berkesan kepada rakyat. Menurut beliau paparan visual iklan kartun GST di tepi jalan raya adalah satu perkara yang amat memalukan sebab orang ramai tidak sempat membaca kerana hurufnya yang sangat kecil membuatkan pembaca pening kepala kecuali mereka memberhentikan kenderaan beberapa minit untuk membacanya. Inilah akibatnya jika ada pegawai-pegwai yang menganggap rakyat boleh diyakinkan dengan watak-watak kartun. Hakikatnya kartun telah mengusai bukan setakat anak-anak remaja tetapi kini kartun juga telah menguasai pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Spiderman, Superman, Doraeman, Angry Bird, Sponge Bob dan lain-lain adalah kartun-kartun yang hidup dalam kehidupan seharian masyarakat kita. Mungkin atas pertimbangan ini Irwan Serigar dan Siti Halimah mudah diyakini pakar perunding iklan untuk berbelanja jutaan ringgit bagi memahaman rakyat bahawa GST bukan cerita kartun. Persoalannya bukan setakat Irwan Serigar dan Halimah yang perlu bersara awal tetapi juga Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan juga harus dipertanggung jawabkan dalam memperkartunkan rakyat dalam hal GST ini. "Ada berani?". ~ Mummy Rokiah , gambar atas sekali tu dari Tun Faisal dot com |
Demi Cadbury!! Ustaz-ustaz JAKIM akan adakan demo makan coklat .. (Video Inside) Posted: 02 Jun 2014 09:43 PM PDT Setelah semakin banyak persoalan yang timbul dan banyak pihak mempertikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Jamil Khir mengenai status coklat Cadbury, Ustaz-ustaz di JAKIM akan mengadakan demo makan coklat tersebut. Persoalan yang timbul ialah mengapa Jamil Khir Baharom tergesa-gesa untuk mengadakan sidang akhbar mengenai hasil analisis Jabatan Kimia terhadap dua sampel coklat Cadbury yang diambil dari kilang itu dua hari lebih awal dari yang dijanjikan oleh Ketua Pengarah JAKIM.. Sedangkan sebelum ini Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha beberapa hari lalu menjanjikan bahawa keputusan analisis Jabatan Kimia terhadap dua jenis coklat keluaran Cadbury yang didakwa mengandungi DNA babi hanya akan diumumkan pada Rabu.. Oleh kerana ianya diumumkan pada hari Isnin sudah tentu Kakitangan Jabatan Kimia telah dikerahkan untuk melakukan analisa hingga ke hari Ahad. Adakah ini untuk melindungi Cadbury yang telah terjejas penjualan atau untuk menjaga kepentingan umat Islam? Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (PPNS), Khairudin Yunus berkata, situasi yang berlaku sekarang ini tidak sepatutnya terjadi, berikutan ia melibatkan soal haram dan halal sesuatu makanan. Beliau turut mempersoalkan bagaimana sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh mengesan penggunaan DNA babi dalam coklat terbabit, dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). "Pengguna kini semakin keliru dengan apa yang berlaku, sekejap kata sah ada DNA babi, sekejap kata bebas. "Jabatan berkenaan seolah-olah tidak mempunyai pendirian yang kukuh dalam memastikan isu berkenaan benar-benar sahih atau sebaliknya. Selain PPNS, MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) juga mempersoalkan tindakan JAKIM itu.. "Kami mengesa Panel Pengesahan Halal Malaysia melihat semula cara serta proses sesuatu fakta dikeluarkan yang berkenaan dengan kehalalan sesuatu produk ditentukan. Sehingga kesahihan dan ketepatan maklumat ditentukan, semua pihak perlu berhati-hati dan merujukan kepada fakta secara objektif." Bagi MAPIM pula walaupun pemeriksaaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk iaitu bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan, peralatan dan lain-lain bagi memastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia, namun ia kini sudah menjadi isu nasional yang sangat mengelirukan . "Konflik maklumat tidak seharusnya berlaku antara agensi kerajaan yang berwibawa apabila ia melibatkan kepentingan orang awam. Daripada episod yang telah berlaku, ternyata ia telah menimbulkan ledakan kemarahan yang memuncak dari pelbagai pihak." Tegas MAPIM lagi.. Bagai dijangkakan oleh banya pihak...Bagi membuktikan status halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap coklat Cadbury benar-benar meyakinkan, pegawai jabatan itu sedia pada bila-bila masa untuk membuat demonstrasi memakan coklat tersebut. Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata pihaknya berpegang kepada keputusan yang telah mereka keluarkan dan tidak ada masalah untuk pihaknya membuktikan kepada orang ramai bahawa coklat Cadbury adalah halal. Mohd Amri berkata, proses memberikan status halal kepada sesuatu produk dibuat setelah prosedur dan standard yang ditetapkan ditepati. "Sebagaimana yang disebutkan bahawa status Cadbury yang diputuskan adalah halal. Kalau diminta kami makan coklat Cadbury kami yakin bahawa apa yang diberikan status pensijilan itu adalah halal sepenuhnya. "Dalam hal ini, ia memerlukan keyakinan yang begitu utuh, yang begitu kuat untuk menentukan konsep halal. "Kalau di pihak pengguna jika adanya was-was, adanya keraguan yang melampau, lebih baik tinggalkan," katanya ketika kepada Astro AWANI menerusi AWANI745 malam tadi. Mohd Amri berkata keputusan yang dibuat oleh Jakim terhadap coklat Cadbury itu adalah sama dengan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia. Katanya, ini bermakna JAKIM membuat keputusan berdasarkan apa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kimia dan prosedur lain yang perlu dipatuhi. "Untuk keputusan pensijilan halal ini, pihak JAKIM hanya menggunakan makmal jabatan kimia yang dibenarkan sahaja. "Standard dan prosedur yang JAKIM gunakan untuk memberikan pensijilan halal ini adalah sama dengan apa yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya. Beliau juga menafikan keputusan yang dibuat JAKIM pada Isnin merupakan satu tindakan membuat pusingan U sepertimana yang didakwa sesetengah pihak. Bersungguh-sungguh sekali pihak JAKIM dalam mempertahankan coklat Cadbury ini nampaknya, hingga mereka sanggup melakukan demo makan coklat tersebut bagi menyakinkan ummat Islam di negara ini.. KENAPA?.. Ada udang disebalik batu ke? |
Posted: 02 Jun 2014 05:30 PM PDT Inilah hasilnya apabila pembuat dasar dan yang menghasilkan kajian tidak berpijak dibumi yang nyata hanya bersandarkan kepada andaian semata-mata. Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013 yang sediakan oleh Pegawai & Kakitangan Bank Negara Malaysia menunjukkan : Rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah ditakrifkan sebagai berpendapatan rendah Manakala rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 hingga RM5,000 diletakkan sebagai golongan berpendapatan sederhana. Dan rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan RM5,000 ke atas dianggap sebagai berpendapatan tinggi.. RM5,000 diangap berpendapatan tinggi?.. angka ini mungkin sesuai digunapakai 10 atau 15 tahu yang lalu, hakikatnya buat masa dan ketika ini adalah tidak logik untuk dikatakan RM5,000 itu sebagai berpendapatan tinggi. RM5,000 tolak EPF, tolak SOCSO dan ditolak pula dengan cukai pendapatan berapa yang tinggal agaknya? Cukupkah dengan baki sebanyak lebih sedikit dari RM4,000 itu untuk menampung hidup di sebuah bandar besar? Itu belum lagi ditolak dengan sewa rumah, bill api dan elektrik, ansuran bulanan kereta, minyak kereta, bayar tol dan berbagai lagi.. berapakah yang tinggal? Malangnya golongan yang berpendapatan RM5,000 yang dianggap sebagai berpendapatan tinggi itu yang kini semakin terhimpit kehidupan sehariannya dengan bebanan kenaikkan harga barang.. sekali lagi akan terbeban kehidupan mereka. Ini kerana Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Najib Perdana Menteri yang paling banyak berhutang dalam sejarah pimpinan negara bakal menarik balik subsidi Petrol dan Diesel untuk mereka.. Laporan berkaitan.. Hanya mereka yang mempunyai pendapatan kurang RM5,000 dan membawa kenderaan kurang daripada 2,000 cc layak menikmati pembelian bahan api bersubsidi secara sepenuhnya. Menariknya.. rakyat ditekan tetapi dalam masa yang sama satu peluang perniagaan buat kroni bakal diadakan.. Berapa agaknya yang akan diperolehi oleh kroni yang akan dianugerahkan projek 'Kad Pembelian Minyak' itu? |
Siapa Lelaki Yang Mengaku Bakal Manusia Terkaya Dunia Ini? Posted: 02 Jun 2014 03:30 PM PDT Orang ramai yang melalui susur masuk dan keluar dari kedua-dua arah Jambatan Pulau Pinang kini tertanya-tanya siapakah lelaki muda yang muncul dalam papan iklan gergasi yang mendakwa dia adalah 'Bakal Orang Terkaya Di Dunia'. Lelaki yang muncul dalam papan iklan gergasi tersebut dipercayai seorang warganegara China dan bukannya rakyat tempatan. Seorang pengguna harian Jambatan Pulau Pinang, B.C Ong ketika menghubungi mStar Online memberitahu, papan iklan itu menimbulkan persoalan dan tanda tanya kepada orang ramai kerana ia tidak mempromosikan jenis perniagaan atau produk yang ingin diperkenalkan tetapi hanya wajah lelaki berkenaan. Pada papan iklan gergasi itu hanya terdapat gambar seorang lelaki muda yang bernama Zhang Jian selain tertulis "Bakal orang terkaya di dunia. "Di sudut atas dan bawah papan itu pula tertulis dua laman web iaitu WWW.YLSM.HK dan www.cdtup.com. Tiada sebarang produk atau nama syarikat yang diperkenalkan di situ," katanya lagi. Tambah Ong, berikutan itu, timbul persoalan mengenai perniagaan apakah disebalik papan tanda tersebut. Sementara itu, hasil siasatan mStar di laman web tersebut dan laman sosial Facebook, https://www.facebook.com/jutawanyslm mendapati, ia adalah sebuah kumpulan jutawan YslmLM.hk atau 'Group Jutawan Yslm.hk'. Tiada produk yang diiklankan selain meminta orang ramai supaya menjana pendapatan dengan cara termudah tanpa perlu bekerja dan hanya 'bergoyang kaki' selepas mencari dua atau tiga rakan tajaan. Untuk menyertainya, setiap peserta diberi pilihan untuk membeli pakej seperti VIP (RM300), VVIP (RM900), Emas (RM2,100) dan Intan RM4,500. Ia dijual secara lot. Setiap peserta kemudian perlu mencari tajaan (downline) untuk membeli pakej itu sebagai usaha meningkatkan pendapatan kepada penaja (upline). Setiap lot yang bermula dengan RM300 setahun didakwa mampu menjana pendapatan sehingga RM1,800 setahun manakala bagi lot bernilai RM4,800 setahun akan memberi pulangan berjumlah RM54,000 setahun. Dari laman sosial tersebut, terdapat pautan yang membawa ke laman web http://www.jutawanyslm2u.com/. Di laman web berkenaan menceritakan bahawa YSLM merupakan syarikat yang berpusat di China dan mengeluarkan lebih 3,000 produk yang tidak disenaraikan. Syarikat itu milik seorang pemuda bernama Zhang Jian, berusia 26 tahun seperti yang terpapar pada papan iklan gergasi di laluan Jambatan Pulau Pinang serta menetap di China. Turut disenaraikan ialah pejabat pertama YSLM di Setiawalk Puchong, Selangor yang telah dirasmikan pada 15 Januari yang lalu. YSLM dikatakan berdaftar dibawah Akta Jualan Langsung di negara ini untuk melakukan perniagaan berkenaan. Misi utama syarikat tersebut atau pemiliknya ialah menjadi individu terkaya di dunia dalam tempoh lima tahun lapor mStar Jangan kena tipu... baca siapa sebenarnya mamat ini sebagaimana yang didedahkan di SINI |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan