Jumaat, 13 Jun 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Daim akui kerana Anwar ramai Melayu jadi kaya..

Posted: 13 Jun 2014 07:30 AM PDT


Pendekatan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi saham-saham syarikat kepada sekutu-sekutunya mengakibatkan orang Melayu tiada lagi bakat pengurusan perniagaan, kata Tun Daim Zainuddin.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, pendekatan tersebut melenyapkan bakat itu dan membentuk mentaliti tidak mahu berniaga sehingga sekarang.

"Apabila Anwar ambil alih (Menteri Kewangan), beliau mengambil pendekatan memberi saham (syarikat). Semua sekutu beliau kaya. (Akibatnya) orang Melayu ketika itu fikir senangnya nak kaya, tak payah berniaga.

"Sokong Anwar, sokong Menteri Kewangan dapat saham. Selepas itu jadi kaya. Orang Melayu tiada lagi bakat pengurusan perniagaan. Mentaliti itulah yang timbul sekarang," katanya dalam wawancara eksklusif Berita Harian hari ini.

Dalam wawancara siri pertama itu, beliau berkata, bagi mengatasi mentaliti itu, kerajaan sepatutnya mengambil usahawan Melayu daripada sektor swasta yang berjaya dan minta mereka beri idea bagaimana melahirkan lebih banyak ussahawan Melayu.

Katanya, ini kerana, selain faktor semasa, orang Melayu juga sebenarnya telah hilang budaya berniaga selepas dijajah selama lebih 400 tahun.

Daim, 76, yang berasal dari negeri Jelapang Padi Kedah berkata, British tidak menggalakkan orang Melayu berniaga dan cukup setakat menanam padi dan menangkap ikan sahaja.

"Selepas begitu lama tiada pelajaran, hingga la 1951 (baru ada RIDA (Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan tetapi itu pun (perniagaan luar bandar.

"Malah 10 bilionaire yang kita ada semuanya di bandar. Melayu hingga sekarang masih masyarakat luar bandar. Satu peratus saja yang ada tanah komersial di bandar. Keadaan ini sangat membimbangkan," katanya.

Katanya, orang Melayu tidak mampu membeli hartanah di bandar manakala tanah yang dimiliki orang Melayu pula diberi kepada UDA tetapi UDA kemudian menjualkannya kepada usahawan Cina.

"Bagi kepada MRCB yang bangunkan KL Sentral, hampir tiada Melayu yang beli hartanah di sana," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, kemiskinan di bandar adalah melibatkan semua kaum hingga berdasarkan statistik ketika ini terdapat 1,300 golongan gelandangan akibat masalah ekonomi dan jurang kemiskinan yang semakin melebar.

"Semua ini berlaku disebabkan dasar. Kalau silap sedikit ia akan jadi di luar kawalan," katanya.

Justeru, beliau berpendapat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh menjadi Menteri Kewangan kerana tiada masa untuk melakukan potfolio itu.

Katanya, walaupun Dr. Mahathir sebagai perdana menteri pernah juga memegang jawatan Menteri Kewangan namun keadaan itu hanya untuk tempoh yang singkat.

"Itu sekejap saja. sementara sebab isu Anwar. Kalau panggil saya balik nanti orang kata kroni. Akan tetapi walaupun dia (Dr. Mahathir) menteri kewangan, saya yang buat kerja. Orang tidak tahu ini. Tak apalah," jelasnya.


Pemimpin BN angkuh, sombong, lupa diri dan lupa janji kepada rakyat kata Daim

Posted: 13 Jun 2014 05:30 AM PDT


Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengkritik sikap sombong Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 dan PRU13 pada 2013.

Daim berkata, masalah timbul apabila BN menang dengan majoriti besar pada 2004 dan mula lupa diri sehingga lupa janji manifesto mereka kepada rakyat.

"BN jadi angkuh, sombong, lupa diri dan lupa janji kepada rakyat tetapi rakyat tidak lupa. "Itu sebabnya pada 2008 majoriti kurang dan 2013 lagi berkurangan.

"Dengarlah kehendak rakyat. Jangan ingat kerajaan tahu semuanya," katanya dalam laporan wawancara khas bersama akhbar Berita Harian, hari ini.

Pemimpin veteran Umno itu sebelum PRU12 pernah meramalkan kekalahan BN di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dan ramalan itu ternyata tepat.

Katanya, dengan status quo yang ada, agak sukar BN menang lagi PRU pada 2018 jika masih tidak berubah.

"Nombor satu menteri, wakil rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mesti mesra rakyat, jangan sombong dan apa yang berlaku pada 2008, jangan berlaku lagi.

"Rakyat sudah pandai menimbang dan bukan tiada pelajaran. Jika tidak ada perubahan rakyat akan ubah kitalah," katanya.

Tambahnya, BN juga perlu memperbaiki masalah mereka dan menang atas kekuatan sendiri, bukan hanya mengambil kesempatan atas kelemahan pembangkang. Masalah itu termasuk isu rasuah dan pembaziran wang kerajaan.

"Tengok sahaja dalam Internet. Itu bukan hanya persepsi tetapi pandangan orang luar," katanya.

Pada masa yang sama, pandangan akar umbi parti sendiri juga perlu didengari kerana mereka yang memberikan undi.

Daim turut menasihati Umno-BN supaya turun padang mendengar keluhan rakyat melalui agensi kerajaan yang boleh memberikan maklumat sedemikian.

Namun beliau kecewa melihat dalam banyak situasi kerajaan takut untuk berbahas dan menjawab persoalan yang dikemukakan rakyat.

"Kita kena pasang telinga, pergi ke kedai kopi, ke pasar dan dengar apa yang pemandu teksi cakap," katanya ~ The Malaysian Insider

Setelah digertak MCA dan Gerakan, UMNO tarik balik usul laksana hudud di Selangor?

Posted: 13 Jun 2014 02:32 AM PDT


Kalaulah usul yang hudud yang hendak dibentang oleh ADUN UMNO/BN di Selangor ini sekali lagi menjadi punca percakaran ADUN-ADUN PAS, PKR dan DAP sudah tentu ianya akan diteruskan.

Tetapi kerana menyedari ianya hanyalah umpan yang ditabur oleh pihak UMNO/BN bagi mengkucar-kacirkan Pakatan Rakyat Selangor.. tak ada siapapun yang melayan dan seterusnya menjadikannya satu isu.

Malang buat ADUN UMNO ini.. sekutunya sendiri iaitu MCA dan GERAKAN yang kepanasan dengan usul yang hendak dibentangnya itu..

Mereka mendesak agar usul itu ditarik balik.. dan UMNO yang kononnya mahu menegakkan hukum hudud di Selangor terpaksa tunduk kepada sekutunya itu..

Dalam masa yang sama tindakan ADUN UMNO menarik balik usul ini membuktikan mereka hanya menggunakan hukum Allah ini demi kepentingan politik mereka, bukannya benar-benar ikhlas untuk menegakkannya..

Laporan berkaitan..

Barisan Nasional (BN) Selangor menarik balik usul mengkaji sama ada undang-undang syariah hudud wajar dilaksanakan di negeri itu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsuddin Lias.  
Shamsuddin berkata, usul itu menimbulkan banyak kekeliruan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, Kamarul Zaki menyerahkannya kepada Speaker Hannah Yeoh.  
"Itu bukan Rang Undang-Undang (RUU). Ia cuma usul bertanya kepada kerajaan negeri sama ada mereka hendak melaksanakan hudud atau tidak," katanya hari ini.  
Katanya, penarikan usul itu merupakan perkara amalan biasa bagi mana-mana parti dalam DUN. 
"Kita sudah berbincang dalam mesyuarat awal Adun BN. Disebabkan terlalu banyak kekeliruan, kita putuskan untuk tarik balik," katanya.
Namun katanya, wakil rakyat BN akan membangkitkan isu hudud ini semasa persidangan DUN yang bermula minggu depan. 
Katanya, soalan akan diajukan kepada PAS mengenai komitmen mereka melaksanakan hukum hudud di Selangor selepas bekerjasama dengan Putrajaya untuk melaksanakannya di Kelantan. 
Sementara itu, Yeoh pada sidang media hari ini berkata, tindakan beliau memberikan kebenaran kepada Umno mengusulkan isu hudud dibuat atas prinsip "berdebat sebagai budaya". 
"Sebagai speaker, saya perlu ambil kedudukan yang tidak berpihak, apabila saya pengerusikan sidang DUN, saya tidak lagi melihat diri saya sebagai wakil rakyat DAP atau Pakatan Rakyat (PR). 
"Perkara paling penting ialah sebagai speaker saya perlu adil dalam mempertimbangkan usul yang dikemukakan," katanya. 
Adun Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik dari Umno dilaporkan bercadang membentangkan usul hudud, namun terserah kepada Yeoh sama ada untuk menerima atau menolak usul itu untuk dibahaskan. 
Tindakan beliau menimbulkan kritikan parti komponen BN dari MCA dan Gerakan, dan menggesa beliau menarik balik cadangan untuk membentangkan usul hukum hudud apabila persidangan DUN Selangor bersambung 16 Jun depan. 
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, berkata beliau kesal dengan tindakan Adun itu kerana menunjukkan tiada kesepakatan antara parti komponen BN berhubung pelaksanaan hudud sehingga sekarang. 
Pengerusi Gerakan Selangor, David Ang Chin Tat, berkata parti itu membantah keras tindakan Kamarol Zaki untuk membentangkan usul berkenaan. 
Kamarol Zaki dilaporkan menghantar usul berkenaan minggu lalu kepada DUN Selangor dan meminta kerajaan negeri mengkaji kemungkinan untuk melaksanakan hudud. 
"Saya percaya kita sangat bertamadun untuk ini (bahaskan hudud)," kata Yeoh. 
Ditanya berhubung kritikan beberapa pihak, terutamanya parti komponen BN terhadapnya ekoran membenarkan usul itu dibahaskan, Yeoh berkata:"MCA dan Umno perlu selesaikan sendiri hal mereka. "Saya enggan masuk campur urusan mereka," katanya. 
Yeoh berkata, beliau agak tersepit dalam hal itu dan perlu mengambil keputusan untuk membenarkan usul berkenaan dibahaskan. 
"Saya tidak boleh menang dalam perkara ini. Jika tidak benarkan (bahas hudud), Umno akan kata saya anti Islam. 
"Jika benarkan, MCA kata saya bermain dengan isu ini. Jika anda speaker apa anda akan buat? "Saya hanya buat keputusan berdasarkan apa yang betul untuk DUN," katanya. 
Hudud sebelum ini ditimbulkan oleh kerajaan negeri Kelantan apabila pentadbiran negeri itu bersetuju membawa usul hudud untuk dibahaskan ke Parlimen. 
Isu berkenaan membangkitkan reaksi pelbagai pihak yang membantah, termasuk parti komponen Pakatan daripada DAP dan PKR, serta MCA dan Gerakan daripada BN. 
Umno bagaimanapun memberikan komitmen untuk melobi wakil rakyat mereka bagi menyokong perkara itu ~ The Malaysian Insider


APA?? Sewa Tapak Bazaar Ramadhan di Melaka RM11,400 sebulan?

Posted: 12 Jun 2014 07:56 PM PDT


Ni mesti ada yang dah ambil kesempatan mendapatkan keuntungan melalui jalan mudah menyewakan tapak yang diperuntukkan kepada mereka kepada orang lain pula..

Yang menyewakannya semula tentulah kroni-kroni UMNO yang langsung tak pernah berniaga dalam bulan Ramadhan tapi atas dasar kroni mereka diperuntukkan tapak..

Tengok ni.. dari Ketua Menteri hingga ke Ahli Majlis termasuk YB dan EXCO semuanya diperuntukkan tapak.. untuk apa sebenarnya?..

Adakah Ketua Menteri Melaka juga akan berniaga di bazaar Ramadhan kali ini?

Sumber dari SINI

Laporan berkaitan..

Kenaikan kadar sewa tapak Bazar Ramadan Mega di di Jalan Hang Tuah di sini sehingga belasan ribu ringgit disebabkan penambahbaikan yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Datuk Bandarnya Datuk Zainal Abu Bakar berkata kadar sewa itu meliputi kos penyediaan kemudahan seperti elektrik, air, kawalan keselamatan jalan raya dan kos menceria serta memperindah kawasan. 
Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, Zainal turut menafikan kadar sewa tapak terbesar iaitu 20x20 kaki persegi mencecah RM13,400 tetapi hanya RM11,400 termasuk deposit RM2,000. 
"Kadar sewa bagi khemah bersaiz 20x10 (kaki persegi) pula hanya RM6,800 termasuk RM1,500 deposit, manakala khemah bersaiz 10x10 pula hanya RM2,300 termasuk RM1,000 deposit," katanya.

Beliau mengulas dakwaan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) bahawa MBMB meletakkan kadar sewa tapak bazar Ramadan yang dianggap keterlaluan dan membebankan sehingga mencecah RM13,400. 
Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah dilapor berkata tindakan MBMB menaikkan sewa sehingga sekali ganda itu akan memberi kesan kepada pengguna apabila peniaga terpaksa menaikkan harga barang jualan. 
Mengulas lanjut, Zainal berkata kadar sewa sebelum ini ialah kira-kira RM7,000 dan merupakan kadar promosi MBMB sebagai percubaan memindahkan tapak bazar berkenaan di Jalan Hang Tuah. 
"Harga promosi pada tahun lepas mendapat sambutan menggalakkan dan berdasarkan maklum balas ada peniaga yang memperoleh keuntungan RM7,000 dalam masa empat hari berniaga," katanya. 
Katanya berkata tahun ini sebanyak 235 lot tapak ditawarkan kepada peniaga berbanding 224 pada tahun lepas. - Bernama

Sebelum itu Sinar Harian telah melaporkan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia mendakwa sewa tapak ialah RM13,400 sebulan..

MELAKA - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) menggesa kerajaan negeri Melaka mengkaji semula kadar sewa tapak bazar Ramadan di Jalan Hang Tuah di sini yang dianggap keterlaluan dan membebankan peniaga hingga RM13,400. 
Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, tindakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menaikkan kadar sewa hampir sekali ganda itu secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pengguna apabila peniaga terpaksa menaikkan harga barang jualan. 
Beliau berkata, kadar sewa di situ pada Ramadan tahun lepas hanya sekitar RM7,000 berbanding RM11,400 hingga RM13,400 seunit bagi tahun ini. 
"Ikhlas amat kesal dengan perkara ini. MBMB bukan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) jadi mengapa kadar bayaran sewa tapak perlu dinaikkan sehingga begitu tinggi?. 
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu prihatin terhadap nasib para peniaga dengan mewujudkan skim mikro bazar Ramadan melalui penyediaan dana RM45 juta tapi ini yang sebaliknya berlaku di Melaka," katanya pada sidang akhbar untuk memprotes harga sewa tapak bazar Ramadan di Jalan Hang Tuah itu di sini hari ini. 
Mohd Ridzuan berkata, kerajaan negeri Melaka seharusnya mencontohi Negeri Sembilan yang mengenakan bayaran sewa serendah RM0.43 sehari bagi seunit tapak bazar. 
Ikhlas mendakwa terdapat sebahagian daripada 50 tapak bazar itu yang dikatakan dijual dengan harga RM7,000 kepada pihak ketiga melibatkan peniaga asing. 
Persatuan itu memberi tempoh seminggu kepada kerajaan negeri atau MBMB untuk menyelesaikan isu itu.

Tiada ulasan: