Khamis, 12 Jun 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


UMNO Pertahan UiTM demi kroni bukan demi Melayu sebenarnya..

Posted: 12 Jun 2014 08:32 AM PDT


Apa yang kita perlu faham mengenai isu ini ialah ianya menyerlahkan kepada semua betapa bijaknya pemimpin-pemimpin UMNO yang menguasai pentadbiran negara dalam membantu kroni mereka untuk semakin kaya..

Sebabnya demi kroni mereka sanggup membayar berbillion-billion untuk menyewa sedangkan kos untuk membina lebih murah..

Kos untuk membina enam kampus cawangan dianggarkan hanya RM1.8 Bilion tetapi demi kroni pihak terbabit memperbodohkan diri mereka dengan menyewa dari kroni mereka..

(Kroni dalam hal ini ialah kaum keluara atau kawan-kawan mereka bukannya macai yang makan rumput dan semakin ramai berkeliaran dalam Blog ini..)

Dan menandatangani perjanjian konsesi selama 23 tahun serta bersetuju membayar sewa tahunan di antara RM56 juta sehingga RM69 juta setiap kampus.

Oleh itu ianya menyebabkan Putrajaya terpaksa menanggung bayaran konsesi tahunan yang dianggarkan berjumlah RM375 juta setahun selama 23 tahun.

Jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan ini kepada enam syarikat kroni terbabit adalah RM8.6 Bilion.

RM8.6 Billion itu adalah wang yang diperolehi dari cukai yang dikenakan terhadap rakyat kecuali macai..

Jadi.. faham-fahamlah kenapa UMNO/BN begitu takut kehilangan kuasa...

Laporan berkaitan..

Sistem konsesi yang diberikan kepada syarikat swasta untuk membina enam kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menguntungkan kroni Barisan Nasional (BN), kata Ahli Parlimen Pandan daripada PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, kerajaan sudah menandatangani perjanjian konsesi selama 23 tahun dan bersetuju membayar sewa tahunan di antara RM56 juta sehingga RM69 juta setiap kampus.

Katanya, jumlah itu menyebabkan Putrajaya terpaksa menanggung bayaran konsesi tahunan yang dianggarkan berjumlah RM375 juta setahun selama 23 tahun.

"Jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan ini kepada enam syarikat terbabit adalah RM8.6 bilion yang akan ditanggung rakyat.

"Sedangkan kos untuk membina enam kampus cawangan ini dianggarkan hanya RM1.8 bilion sahaja sekiranya Putrajaya membinanya tanpa diswastakan kepada syarikat melalui sistem konsesi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui jawapan dalam Dewan Rakyat pada April lalu memberitahu enam syarikat dilantik sebagai pemegang konsesi untuk membina enam kampus cawangan UiTM Pasir Gudang di Johor, Jasin (Melaka), Seremban II (Negeri Sembilan), Puncak Alam (Selangor), Tapah (Perak) dan Kota Samarahan (Sarawak).

Kos untuk membina setiap kampus ini di antara RM280 juta ke RM315 juta. Melalui Bajet 2015, pemegang konsesi akan menerima bayaran sewa sebanyak RM234 juta seperti yang dimohon dalam Bajet Tambahan.

"Rakyat terpaksa menanggung beban kos sebanyak hampir lima kali ganda lebih mahal iaitu kos pembinaan kampus hanya RM1.8 bilion tetapi rakyat terpaksa membayar sewa tahunan sebanyak RM8.6 bilion kepada syarikat konsesi," kata Rafizi.

Beliau juga khuatir jika bayaran sewa tahunan ini akan menjadi salah satu perbelanjaan terbesar yang bakal ditanggung oleh pengurusan UiTM.

"Contohnya bagi 2014 bayaran sewa konsesi sebanyak RM234 juta adalah 11% daripada keseluruhan peruntukan kepada UiTM tahun ini iaitu sebanyak RM2.15 bilion," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan mendedahkan butiran pemilik syarikat yang menerima konsesi penswastaan ini pada minggu depan.

"Mereka adalah pemimpin Umno sendiri atau kroni terkenal mereka yang rapat atau memegang jawatan dalam Umno.

"Baru rakyat dapat memahami Umno tidaklah membela UiTM seperti yang selalu dilaungkan sebaliknya membebankan UiTM dengan bayaran konsesi untuk mengkayakan pemimpin Umno dan kroni mereka," katanya ~ The Malaysian Insider

Bukan MP PAS tapi MP BN yang muflis.. PRK Jika Gagal Langsai Hutang!

Posted: 12 Jun 2014 05:30 AM PDT


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas gagal menyelesaikan sejumlah hutang kepada sebuah bank. 

Pengisytiharan berkenaan boleh menyebabkan Abdul Aziz hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, sekali gus membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil (PRK) bagi kawasan berkenaan. 

Bagaimanapun, ia akan berlaku jika Abdul Aziz gagal melangsaikan bayaran tunggakan pada bank berkenaan bagi mengetepikan notis kebangkrapan itu.

Notis kebankrapannya diiklankan dalam beberapa akhbar tempatan oleh peguam pemiutang, Alliance Investment Bank Berhad, Tetuan Shaikh David Raj pada Rabu.

Menerusi notis itu, permohonan bagi mengistiharkan Abdul Aziz sebagai muflis dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Mac lepas dan perintah kebenaran terhadap permohonan itu diberikan oleh mahkamah sama pada 29 Mei lalu.

Notis muflis yang diiklankan di akhbar tempatan yang mula disebarkan di internet sejak petang Rabu. 

Sementara itu, Abdul Aziz ketika dihubungi mStar Online mengesahkan kesahihan notis berkenaan dan mengakui wujud tunggakan pembayaran oleh sebuah syarikat milik ahli keluarganya.

Enggan mendedahkan jumlah tunggakan itu, Abdul Aziz berkata, beliau sudah menghubungi pihak bank bagi menyelesaikan baki pembayaran dalam masa terdekat.

"Betul notis itu dikeluarkan terhadap saya. Ini urusan pinjaman oleh syarikat yang diusahakan keluarga saya. Tapi sejak 2007 saya sudah tidak berada dalam organisasi syarikat itu.

"Tapi tak apa, ia tetap milik ahli keluarga dan ada kaitan dengan saya. Saya akan selesaikannya dalam masa terdekat. Perbincangan dengan pihak bank mungkin akan dibuat sedikit masa lagi," katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Salinan notis muflis terhadap Abdul Aziz mula tersebar di internet sejak lewat petang Rabu dengan pelbagai andaian kemungkinan bakal diadakan satu lagi PRK kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu. 

Mengulas lanjut mengenai perkara itu Abdul Aziz berkata, beliau juga tidak menyedari mengenai tunggakan pembayaran berkenaan dan hanya mengetahui kewujudan notis tersebut pada Rabu.

"Saya pun tak tahu, malam semalam (Rabu) saya menerima banyak SMS dan maklumat mengenai perkara ini.

"Pagi ini baharu saya buat semakan dengan bank," katanya.

mStar juga melaporkan..

Status sebagai Ahli Parlimen akan terlucut secara automatik apabila seseorang wakil rakyat itu mendapat perintah kebankrapan daripada mahkamah yang mengisytiharkannya muflis.

Bagaimanapun, sumber Jabatan Insolvensi memberitahu mStar Online, wakil rakyat itu masih boleh bergelar Yang Berhormat (YB) jika menerima notis kebankrapan.

"Sekiranya beliau gagal mematuhi notis kebankrapan, kemungkinan pihak pemiutang (seperti bank) akan meneruskan tindakan untuk memfailkan permohonan perintah kebankrapan kepada mahkamah terhadap penghutang.

"Jika penghutang itu adalah Ahli Parlimen, bermakna akan terlucut jawatan itu secara automatik dengan serta-merta apabila menerima perintah kebankrapan," katanya.

Sumber itu berkata, selagi penghutang belum mendapat perintah kebankrapan daripada mahkamah, hutangnya dengan pemiutang boleh dilangsaikan.

Katanya, hanya apabila penghutang diisytiharkan bankrap, kes kebankrapannya perlu diselesaikan dengan Jabatan Insolvensi yang bertanggungjawab mentadbir kes berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, mengikut undang-undang, kedudukan seorang wakil rakyat akan terlucut sekiranya diisytiharkan muflis.
"Namun, pada masa ini SPR belum menerima maklumat rasmi mengenai kedudukan Datuk Abdul Aziz. 

"SPR perlu menerima notis rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat sebelum apa-apa keputusan mengenai kekosongan kerusi parlimen itu," katanya yang mengulas mengenai sekiranya diisytiharkan muflis, Abdul Aziz akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, sekali gus membawa kepada pilihan raya kecil (PRK) di kawasan berkenaan.

~ mStar

Untung RM4.58 Bilion tidak cukup, sebab itulah tarif elektrik naik kata Menteri

Posted: 12 Jun 2014 03:11 AM PDT


Putrajaya mengakui keuntungan bersih 2013 yang diperolehi Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM4.58 bilion masih tidak mencukupi untuk menampung kos pelaburan bagi projek penjanaan baru. 

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata jumlah tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan kos projek penjanaan baru, projek penghantaran dan pengagihan yang dianggarkan sekitar RM6.17 billion.

"Tidak dinafikan TNB memperoleh keuntungan bersih pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos, 2013 sebanyak RM4.58 bilion, namun jumlah itu masih belum mencukupi menampung kos pelaburan membiayai projek penjanaan baru, projek penghantaran dan pengagihan yang dianggarkan sekitar RM6.17 bilion," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau brekata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mengenai justifikasi kerajaan terhadap kenaikan tarif elektrik pada Januari 2014 dan adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar tarif pada masa akan datang.

Maximus berkata, berdasarkan mekanisme pelepasan kos bahan api dan penjanaan, kos sebenar untuk membekal elektrik akan disemak semula setiap enam bulan selaras dengan semakan harga bahan api iaitu gas (LNG) kepada sektor elektrik.

"Sekiranya berlaku sebarang perubahan harga bahan api, kos ini akan dilepaskan kepada pengguna. 

"Bagi mengurangkan kesan kenaikan tarif kepada pengguna, kementerian sedang mengkaji cadangan menggunakan penjimatan daripada rundingan semula perjanjian pembelian tenaga bagi penjana tenaga bebas iaitu IPP yang melibatkan RM1.57 billion bagi tempoh kutipan Mac 2013 hingga Jun 2017 bagi menampung kenaikan tarif elektrik pada masa akan datang," katanya.

~ The Malaysian Insider

Bukan Hudud tapi kerana Strategi yang silap punca DAP kehilangan Teluk Intan dedah Merdeka Center

Posted: 11 Jun 2014 10:10 PM PDT


Kesilapan strategi kempen yang memfokuskan kepada kawasan bandar di antara penyebab kekalahan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei lalu kerana parti itu gagal menjelaskan mengapa mereka meletakkan calon tidak berpengalaman dan tidak begitu biasa dengan pengundi, menurut tinjauan terbaru Merdeka Center.

Tinjauan yang melibatkan 404 pengundi Teluk Intan pada hujung minggu lalu menunjukkan Barisan Nasional (BN) berjaya mendekati hampir semua segmen pengundi, berbanding DAP dan sekutunya - mendekati lebih ramai lelaki berbanding perempuan di kawasan bandar.

Dyana Sofya kalah dengan 238 undi kepada calon BN, Datuk Mah Siew Keong, presiden Gerakan yang pernah berkhidmat sebagai ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal sebelum kalah pada 2008. 

"Keputusan pilihan raya menunjukkan pengundi tidak boleh diabaikan dan akan memberi pengajaran kepada parti sekiranya diberi peluang," kata Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian.

"DAP masih perlu melakukan banyak perkara sebelum diterima oleh komuniti Melayu tetapi peningkatan undi kaum itu menunjukkan mereka melakukan perkara betul," kata badan tinjauan bebas itu.

Dalam satu tinjauan yang ditanggung oleh The Malaysian Insider, Merdeka Center mendapati 13% responden mengundi parti berbeza daripada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu, dengan 29% mengatakan mereka berbuat begitu kerana mahu melihat lebih banyak perubahan.

Menurut tinjauan itu, pengundi merasakan politik pembangunan dan calon tempatan BN merupakan kunci kepada kemenangan BN.

Kajian mendapati 14.7% merasakan DAP kalah kerana Dyana Sofya tidak berpengalaman sementara 9.4% mengatakan ia adalah kerana beliau bukan anak tempatan dan 11.7% percaya ramai pengundi muda tidak pulang mengundi dalam PRK itu.

Tinjauan itu juga mendapati DAP tidak berjaya memberikan penjelasan di semua tempat mengapa mereka meletakkan calon tidak berpengalaman itu sementara BN berjaya meliputi hampir keseluruhan kawasan Teluk Intan.

72% daripada responden yang ditinjau dari 6 Jun hingga 8 Jun berkata mereka menerima mesej daripada pasukan kempen BN melalui telefon bimbit mereka berbanding hanya 31% yang menerima daripada DAP.

"Apabila mencuba idea atau pendekatan baharu, kempen informasi secara massa diperlukan untuk menjelaskan sebabnya kepada pengundi; sebab itu jangkauan komunikasi pilihan raya penting. Kempen atas talian sahaja tidak mencukupi," kata Ibrahim.

Sementara 35% pengundi berkata mereka berinteraksi dengan pasukan kempen BN di Teluk Intan dan hanya 23% berinteraksi dengan pasukan kempen DAP.

Kajian juga menunjukkan DAP tertinggal di belakang kerana Mah biasa dengan penduduk Teluk Intan. 

Hampir separuh (45%) responden yang mengundi BN bulan lalu berkata Mah berbanding BN merupakan sebab utama pilihan mereka.

Presiden Gerakan itu lahir dan dibesarkan di kawasan Parlimen tersebut tetapi Dyana Sofya tidak dikenali sebelum diletakkan sebagai calon; peranan peguam muda itu dalam politik sebelum kempen PRK Teluk Intan hanya sebagai pembantu Lim Kit Siang.

65% peratus responden yang mengundi Dyana Sofya melakukannya kerana parti dan bukan kerana pencalonannya.

Ini berlaku ketika DAP meletakkan Dyana Sofya sebagai wajah "politik baru", berkata jika beliau menang, beliau akan mewakili anak muda dan golongan wanita di Parlimen dan akan menamatkan politik perkauman.

Tetapi Mah menang walaupun partinya dan BN tidak popular di kawasan itu, mendapat 23,157 undi berbanding Dyana Sofya yang hanya mendapat 19,919 undi, walaupun penganalisis meramalkan DAP akan mempertahankan kerusi Teluk Intan.

Dengan menguasai kerajaan pusat, BN dan Mah mampu menjanjikan pembangunan disokong kerajaan untuk Teluk Intan dan 13.5% berkata mereka percaya BN menang kerana menyediakan bantuan kebajikan sosial. 27.9% responden India berkata mereka percaya BN menggunakan pemberian, bantuan kewangan dan barangan kepada pengundi.

Pemimpin BN seperti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjanjikan pakaian seragam percuma kepada anggota Rela di Teluk Intan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengatakan wifi internet percuma jika Mah menang dalam PRK itu.

55% daripada responden juga merasakan BN bercakap mengenai isu yang mahu didengar oleh penduduk Teluk Intan berbanding 33% yang merasakan perkara sama dengan DAP.

Kajian itu mendapati kos sara hidup dan isu tempatan memberi kesan kepada pengundi berbanding isu seperti hudud atau skandal rasuah.

Manifesto Dyana Sofya bergantung sepenuhnya kepada isu nasional seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), peningkatan kos kehidupan dan rasuah.

Beliau kelihatan senyap mengenai isu tempatan yang memberi kesan kepada penduduk Teluk Intan seperti isu pembangunan dan infrastruktur walaupun 65% daripada pengundi terlibat dalam industri berasaskan pertanian.

Sementara Mah mengambil kesempatan dengan menjanjikan universiti untuk Teluk Intan dan berjanji mengubah kawasan itu menjadi hub industri berasaskan pertanian dan pelancongan.

Beliau mengelak daripada menyatakan pendirian terhadap isu nasional apabila ditanya pemberita sebaliknya memberitahu beliau hanya mahu memberikan tumpuan kepada keperluan penduduk Teluk Intan.

Dalam ceramah di sekitar Teluk Intan, DAP berhujah sia-sia mengundi seseorang pemimpin yang sudah tentu akan tunduk kepada polisi tidak popular Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti GST. 

Tetapi 26% responden yang ditinjau berkata mereka lebih risau tentang siapa yang boleh membawa pembangunan kepada Teluk Intan.

Mesej Dyana Sofya bagaimana beliau mewakili politik tidak berasaskan kaum hanya menarik perhatian responden India (41%); 14% Melayu dan 17% responden Cina.

Responden tinjauan itu dipilih secara rawak mengikut kaum, jantina, umur dan kawasan mengundi.

Mereka ditinjau menggunakan telefon. 43% daripada responden merupakan Cina, 38% Melayu dan 19% India.

Lelaki dan perempuan ditinjau secara seimbang dan semuanya berumur 21 tahun ke atas.

Kerusi Teluk Intan mempunyai 23,301 pengundi Melayu (38.6%), 25,310 Cina (41.9%) dan 11,468 pengundi India (19%).


~ The Malaysian Insider

Bihun Cap Masjid: Walau diarah tutup tapi masih beroperasi.. kenapa?

Posted: 11 Jun 2014 07:55 PM PDT


Sungguhpun arahan sudah dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menutup secara keseluruhan operasi kilang bihun di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, namun hasil tinjauan semalam mendapati kilang tersebut masih beroperasi.

Sinar Harian yang menghubungi kilang tersebut kira-kira jam 11 pagi semalam, mendapat respons apabila salah seorang pekerja wanita di situ memberitahu operasi kilang masih dilakukan seperti biasa. 

Walaupun agak pelat berbahasa Melayu, tetapi, pekerja wanita itu memahami setiap persoalan yang diajukan.

Kedengaran suaranya tersekat-sekat dan teragak-agak untuk menjawab pertanyaan berhubung lokasi dan operasi kilang bihun berkenaan.

Pekerja wanita itu juga cuba mengelak untuk menjawab kerana menurutnya, arahan yang diterima hanya melibatkan kedai sahaja.

Ikuti perbualan telefon di antara wartawan Sinar Harian dengan wanita berkenaan.

Wartawan: Hello, selamat pagi... 

Pekerja: Selamat pagi, hari ini talak kije (tidak kerja), kerani cuti.

Wartawan: Cuti? Jadi, macam mana saya nak beli bihun? 

Pekerja: U.. mau (mahu) beli banyak ka (ke)?

Wartawan: Mestilah banyak. Saya buka kedai makan, di Rawang.

Pekerja: Oooo.. tak jauh maa... kita sini dekat Pasar Bolong (borong) Baru, Selayang.

Wartawan: Pasar borong? Itu dekat pasaraya *** ke?

Pekerja: Itu pasar raya dekat pasar raya bolong lama, kita punya tempat pasar raya bolong baru punya. 

Wartawan: Mana tu... kasi landmark (petunjuk arah) kedai u...

Pekerja: Kedai sudah tutup maa... kilang saja ada operasi.

Wartawan: Kenapa kedai tutup?

Pekerja: Itu orang ada complaint (aduan) kita punya signboard (papan tanda) kedai sudah jatuh, tak pasang lagi, itu orang adu (buat aduan)... itu pasal tutup. 

Wartawan: Kedai dengan kilang jauh ke?

Pekerja: Dekat saja. Kedai depan, kilang belakang, tapi kedai sudah tutup, kerani sudah cuti, tak ada orang sini.

Wartawan: Habis tu u siapa?

Pekerja: Saya keje sini.

Wartawan: Sini tu kedai ke kilang.

Pekerja: Kilang, sebab kedai tutup. 

Wartawan: Takkan sebab signboard (papan tanda) saja boleh tutup?

Pekerja: Ada lagi orang complaint (aduan) kilang kita ada sikit bocor, bila bocor air masuk, kata tak bersih, itu saje maa...

Wartawan: Habis tu, saya boleh datang kedai ke tak ni?

Pekerja: Apa u punya nombor telefon, nanti saya mintak salesman (jurujual) kita panggil (hubungi) sama u...

Wartawan: Betul ke nak call (hubungi) semula?


~ Sinar Harian

Tiada ulasan: