Rabu, 11 Jun 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pulau Batu Puteh: Siapa yang perlu disiasat?

Posted: 11 Jun 2014 04:07 AM PDT


Bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa mengikut fakta yang ada, Malaysia kalah kepada Singapura dalam tuntutan Pulau Batu Puteh bukan kerana delegasi mereka lebih bijaksana atau mereka memiliki faktor sejarah yang lebih kukuh.

"Kita telah kehilangan Pulau Batu Puteh, kerana perbuatan khianat dan sabotaj oleh orang-orang dalam delegasi Malaysia, yang telah mengemukakan keterangan palsu di saat-saat akhir,iaitu empat hari sebelum prosiding ICJ bermula," dakwanya lagi dalam sepucuk surat yang diemailnya kepada Perdana Menteri hari ini.

Beliau menambah keterangan kontroversi ini adalah dalam bentuk sekeping gambar Batu Puteh yang dipalsukan ('doctored' photo) untuk menunjukkan kehampiran pulau tersebut kepada tanah besar Johor.

Mat Zain berkata keterangan inilah yang dipercayai telah memusnahkan sama sekali, kredibiliti hujah dan keterangan yang cukup bagus dan kukuh ,yang dibentangkan oleh pihak kita, di permulaan prosiding tersebut.

"Perkara yang perlu disiasat sekarang ialah,siapa yang telah memperkenalkan gambar kontroversi tersebut dan siapa yang telah membenarkan gambar dalam keadaan sedemikian dikemukakan dalam prosiding ICJ itu. Adakah orang yang terlibat itu adalah Pegawai Negeri Johor atau Persekutuan atau pun kedua-duanya sekali?" soal beliau.

Katanya, perkara yang amat penting ialah untuk menyiasat sama ada mana-mana orang, sama ada Pegawai Negeri atau Persekutuan yang terlibat dalam kes Batu Puteh ini,menerima apa- apa faedah atau gratifikasi daripada pihak ketiga, atau mana-mana pihak pun,supaya menyebabkan keterangan kontroversial tersebut digunakan dalam prosiding tersebut, atau untuk sembunyikan apa-apa keterangan mustahak daripada dikemukakan dalam prosiding sama, hingga menyebabkan negara kita terpaksa menyerahkan Batu Puteh kepada Singapura.

Mat Zain berpendapat tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin menubuhkan satu jawatankuasa di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk mengumpul keterangan baru berkaitan Pulau Batu Puteh bukan sahaja seolah melepaskan batuk di tangga, bahkan ia boleh dianggap sebagai perbuatan memperkecil dan memperlekehkan titah Sultan Johor.

Sultan Ibrahim pada majlis perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Kedua DUN Johor Ke-13, telah menitahkan kerajaan Johor supaya menubuhkan pasukan khas untuk merayu keputusan ICJ yang dibuat pada 23 Mei 2008 itu, untuk mendapatkan balik Pulau Batu Puteh daripada Singapura.

"Menteri Besar Johor itu patut lebih bertanggungjawab lagi, kerana beliau sendiri berada dalam Kabinet Persekutuan pada tahun 2007, ketika kes Batu Puteh dibentangkan di-ICJ dan sedar apa yang berlaku dalam prosiding tersebut," katanya lagi lapor Free Malaysia Today

Ahli Parlimen Kuala Terengganu akan saman Blogger Pro UMNO yang fitnah dirinya..

Posted: 11 Jun 2014 12:45 AM PDT


Ahli Parlimen Kuala Terenggau Datuk Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah yang mendakwa beliau diisytiharkan muflis oleh sebuah mahkamah di Terengganu.

Jelasnya, peguamnya juga telah membuat semakan di Pejabat Pendaftar Mahkamah dan mendapati tidak ada sebarang keputusan atau kes mahkamah yang dibicarakan membabitkan beliau.

"Saya mana ada hutang besar, yang ada cuma hutang kereta. Jadi bagaimana saya boleh diisytiharkan muflis.

"Kalau betul tuduhan yang dibuat sila nyatakan kes apa, bank mana serta berapa jumlah pinjaman saya. Saya tidak terima apa-apa surat saman dari peguam, jadi macam mana nak isytihar muflis," jelasnya pada sidang media di parlimen pagi ini.

Beliau yang yakin, PAS Pusat telah membuat siasatan teliti mengenai kedudukan beliau dari sudut kewangan dan perundangan terutama sebagai individu yang bebas dari muflis sebelum diangkat sebagai calon pada Pilihan Raya Umum lalu.

"Saya tidak tahu apa motif utama penyebaran fitnah ini.

"Cuma saya boleh buat sedikit kesimpulan mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati tindakan saya dalam ketengahkan isu cukai pintu di Kuala Terengganu sebelum ini, mereka ingin menjatuhkan saya dengan penyebaran fitnah sedemikian," katanya lagi.

Sejak penyebaran fitnah itu semalam, beliau banyak menerima panggilan telefon dan pesanan ringkas tentang dari pelbagai pihak termasuk pengundi di Kuala Terengganu bagi mengetahui berita tersebut. 

"Hari ini saya akan balik untuk bertemu pengundi bagi menjelaskan perkara sebenar, saya hanya wakil rakyat biasa dan tidak ada apa-apa jawatan besar dalam parti.

"Penyebaran fitnah ini tidak pernah mengugat perjuangan saya untuk membela rakyat, kalau nak jatuhkan saya lakukan secara demokrasi bukannya melalui fitnah" katanya ~ HARAKAHDAILY


Fitnahnya itu silalah lihat di SINI

The Malay Mail laporkan Najib akan umumkan rombakan kabinet Jumaat ini..

Posted: 10 Jun 2014 10:09 PM PDT


Meskipun Najib mengatakan beliau tidak tahu akan berlakunya rombakan kabinet seawal hujung minggu ini, The Malay Mail Online pula melaporkan akan berlaku rombakan kabinet besar-besaran.

Rombakan kabinet dijangkakan bakal diumumkan Jumaat ini yang mungkin akan mengalami perubahan besar iaitu bukan semata-mata untuk menempatkan dua presiden dari parti komponen Barisan Nasional. 

Menurut sumber, Najib sedang mempertimbangkan untuk memperbaiki jemaah kabinetnya dan bukan hanya membawa masuk Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan rakan sejawatnya dari Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

Sekiranya rombakan ini tidak diumumkan pada Jumaat, ia akan berlaku selepas Hari Raya yang dijangka jatuh pada 28 Julai 2014.

Najib yang sedang mengadakan lawatan rasmi ke Turkmenisten dijangka akan pulang ke tanah air esok.

Mesyuarat kabinet setiap minggu ditetapkan pada hari Jumaat.

"Beliau sedang mempertimbangkan perubahan yang bakal berlaku walaupun mungkin melibatkan tiga naib presiden UMNO – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

"Najib tahu beliau perlu menggiatkan semula kabinetnya dan apa cara yang lebih baik daripada menggerakkan menteri-menteri di sekitarnya," kata seorang ahli parti.

Secara tradisinya, tiga naib presiden Umno yang diberikan jawatan kanan kabinet adalah bagi mencerminkan kedudukan parti mereka.

Perdana Menteri sedang mempertimbangkan Hishamuddin untuk jawatan Menteri Kewangan dimana telah dipegang oleh Najib sejak September 2008 semasa beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika di bawah pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Hishamuddin yang kini sedang memegang portfolio Pertahanan dan juga bertindak sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan (kouta MCA).

Menteri Dalam Negeri, Zahid diramal kembali ke portfolio Pertahanan, jawatan yang beliau sandang dengan cemerlang sebelum pilihanraya ke-13 tahun lepas.

Najib dikatakan mahu mengambil alih Kementerian Dalam Negeri yang beliau belum pernah terajui sepanjang kerjaya politiknya.

Shafie dijangka tidak akan dipindahkan dari portfolio beliau sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Pegawai parti, bagaimanapun, berkata mereka tidak akan terkejut jika Shafie dipindahkan kerana terdapat beberapa kementerian lain yang leibh penting yang memberi kesan kepada penduduk luar bandar, sebagai contoh, Kementerian Pertanian.

Beberapa menteri Umno yang berprestasi teruk dijangka akan digugurkan.

Sumber berkata salah seorang daripada mereka memegang jawatan kanan parti dan dijangka akan diminta untuk memberi tumpuan dalam pentadbiran Umno supaya bersedia untuk pilihan raya umum yang akan datang.

Menteri Umno yang lain mungkin akan digantikan oleh Menteri Besar negeri mereka sendiri.

Pemimpin negeri yang telah berkhidmat beberapa penggal sebagai Menteri Besar dan dikatakan berkelayakan untuk menjadi menteri, terutama dalam bidang ekonomi.

Liow dijangka akan diberi jawatan Menteri Pengangkutan pada kemasukan semula MCA dalam pentabiran persekutuan.

Seterusnya silalah baca laporan di bawah ni..

KUALA LUMPUR, June 10 — The imminent Cabinet reshuffle that Datuk Seri Najib Razak is to carry out may be a major one rather than just to accommodate the presidents of two Barisan Nasional component parties. 
Sources said Najib was considering a major overhaul of his administrative line-up since instead of just bringing in MCA president Datuk Seri Liow Tiong Lai and his Gerakan counterpart Datuk Mah Siew Keong. 
The new line-up could be announced as early as Friday and latest after Hari Raya which is expected to fall on July 28. 
Najib is on an official visit to Turkmenistan and is expected home tomorrow. This week's Cabinet meeting is fixed for Friday. 
"This change he is considering may even involve the three Umno vice-presidents — Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein and Datuk Seri Shafie Apdal. 
"Najib knows he needs to revitalise his Cabinet and what better way than to move his ministers around," said a party official. 
Traditionally, the three Umno vice-presidents are accorded senior Cabinet posts to reflect their party position. 
Word has it that the Prime Minister is considering Hishammuddin for the Finance Minister's post which Najib has held since September 2008 when he was still Deputy Prime Minister under Tun Abdullah Ahmad Badawi. 
Hishammuddin now holds the Defence portfolio and is also acting Transport Minister — a post Najib asked him to hold on to while waiting for the MCA to decide on rejoining the Cabinet. 
Home Minister Zahid could see a return to the Defence portfolio — a position that he thoroughly enjoyed and excelled prior to the 13th general election last year. 
Najib is said to want to take over the Home Ministry which he has never helmed in his long political career. 
Shafie is not expected to be moved from his two-term portfolio as Rural and Regional Development Minister. Party officials, however, say they would not be surprised if Shafie is moved as there are several other important ministries that affect the rural folk, for example, the Agriculture Ministry. 
A couple of Umno ministers who are underperforming are expected to be dropped. 
Sources said one of them holds a senior party post and is expected to be asked to concentrate on administering Umno to get it ready for the next general election. 
The other Umno minister is likely to be replaced by his home state menteri besar who is well-liked by Najib. The state leader has served several terms as menteri besar and is said to be well-qualified to be a minister, especially in the economic field. 
Liow is widely expected to be made Transport Minister in the re-entry of MCA into the federal administration. 
The question on everyone's mind is whether MCA, which used to have four ministers in the Barisan government, will get another minister although Najib has made it widely known he is only considering one minister's post for the party. 
MCA No. 2 Datuk Dr Wee Ka Siong would under normal circumstances be a minister but is now expected to be made Deputy Finance Minister which is said to be the most senior post for a deputy minister. 
Up until Mah's unexpected victory in Teluk Intan a few weeks ago, it was thought that Najib would relent to MCA's request for a second ministership. 
Mah is likely to be offered his predecessor's old post of being the minister in charge of Pemandu and other red tape-cutting portfolios presently held by Datuk Paul Low. 
Officially, Mah will be Minister in the Prime Minister's Department. 
With the entry of Mah and Liow, the Barisan Cabinet will have a total of three Chinese representatives. 
Sources said Najib was likely to offer MCA three deputy ministers' posts. 
Trouble, however, is brewing in the MIC with party president Datuk Seri G. Palanivel and his deputy Datuk Seri Dr S. Subramaniam at odds with each other. 
It seems the truce which Najib personally brokered last year is an uneasy one whereby Palanivel was supposed to hold the presidency for only one term before Subramaniam took over. 
Party sources said the supporters of the two leaders had been lobbying Najib to drop their man's opponent in the reshuffle. 
While Palanivel's supporters claim that Dr Subramaniam does not have the support of party members, the latter's loyalists are questioning the president's performance as a minister. 
Najib will also have to take cognizance that there is now a new man at the helm in Sarawak and may move some of Tan Sri Adenan Satem's supporters in the federal line-up. 
He will also have to take into consideration the formation of Teras — a new political party — and the crossover of 11 elected representatives from various Barisan component parties in Sarawak. 
Headed by Tan Sri William Mawan, Teras is a self-declared Barisan-friendly party and if allowed into the coalition, it will be the second largest party. 
Najib will probably not move any of the six ministers from Sarawak but would probably look at the deputy ministers. 
Sabah will also not be affected by this exercise with Umno so deeply entrenched in the state and well-represented in several senior posts. 
Besides Shafie, other Sabahans who are ministers are Datuk Seri Anifah Aman (Foreign), Datuk Abdul Rahman Dahlan (Housing, Local Government and Urban Well-being), Tan Sri Joseph Kurup (PM's Department), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (Energy, Green Technology and Water) and Datuk Dr Ewon Ebin (Science, Technology and Innovation) ~ The Malaymail Online

Najib tak tahu.. tak apa.. itu tak penting, yang penting Rosmah tahu...

Alahai kesiannya.. Pancing UMNO tak mengena di Selangor..

Posted: 10 Jun 2014 05:30 PM PDT


Setelah isu hudud yang dibawa mereka baru-baru ini berjaya menimbulkan haru biru dalam Pakatan Rakyat, kini sekali lagi UMNO/BN menggunakan isu ini..

Kali ini Pakatan Rakyat Selangor pula yang cuba dipancing mereka dengan penuh keyakinan akan berlaku pergolakan dalam isu yang dipersetujui untuk tidak bersetuju oleh gabungan PAS, PKR dan DAP ini..

Malangnya umpan tak dimakan, dipulang pula paku buah keras oleh Pesuruhjaya PAS Selangor..

KUALA LUMPUR: Umno diminta melaksanakan hudud di negeri-negeri yang diperintah oleh BN dan bukannya mengusulkan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah itu ketika menjadi pembangkang, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Mengulas usul yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik agar Dewan Negeri Selangor menggesa kerajaan negeri mengkaji keberangkalian melaksanakan undang-undang hudud, Iskandar menyifatkannya sebagai "hanya bermain politik".

"Kenapa baru sekarang Umno hendak cadang bentang di Dewan? Mereka ada lebih 50 tahun (memerintah Selangor) tetapi tidak melakukannya?

"Hanya setelah mereka menjadi pembangkang di Selangor barulah mereka hendak bercakap tentang hudud?" ulas beliau.

Menurut beliau, PAS telah mengadakan penerangan kepada rakyat tentang hukum jenayah syariah dan meluluskan enakmen berkaitan sebaik sahaja mendapat kuasa di Kelantan.

"Di Terengganu pula, kerajaan BN negeri telah menolak pelaksanaan hudud di negeri itu," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sekali lagi menegaskan bahawa Umno perlu melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negeri yang dikuasai mereka jika benar-benar ikhlas ingin mendaulatkan syariat Islam dan tidak hanya bermain politik.

Kamarol Zaki dilapor telah menghantar usul kepada Dun Selangor agar kerajaan negeri digesa mengkaji kemungkinan melaksanakan hudud.

Salinan usul yang dicadangkan di bawah peraturan 26 Peraturan Tetap Dun itu menyebut:

"Bahawa dewan yang mulia ini menggesa agar kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama persekutuan." ~ Harakahdaily
 

Tiada ulasan: