Khamis, 19 Jun 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Penin! Penin! Penin!

Posted: 19 Jun 2014 04:58 PM PDT

SHAH ALAM 19 Jun - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan supaya isu pemulangan atau pelupusan kitab Bible dalam bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah, dilaksanakan mengikut prosedur perundangan sedia ada dan terpakai.

 Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan memberitahu, Sultan Sharafuddin menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar segera merujuk perkara itu kepada pihak pendakwa raya untuk dibawa ke mahkamah selaras dengan arahan yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara agar JAIS mengambil tindakan selanjutnya mengikut undang-undang.Kenyataan penuh di sini

Penin! Penin! Penin! - Suruh JAIS mengambil tindakan selanjutnya mengikut undang-undang....

Hari tu, Peguam Negara pun suruh Jais mengambil tindakan undang-undang ... korang tak pening ker?

Peguam Negara dah bilang, tidak ada kesalahan apa-apa dilakukan oleh pihak gereja dan tidak ada pendakwaan boleh dilakukan oleh JAIS. Peguam Negara kata , kes tutup!

Ini apahalnya suruh rujuk perkara itu kepada pihak pendakwa raya untuk dibawa ke mahkamah pulak? Penin! Penin! Penin! Minta aku panadol sekotak!

Julung kali pertandingan Ratu Cantik di negara Islam

Posted: 19 Jun 2014 06:27 AM PDT


Malaysia akan menjadi negara Islam pertama dalam dunia menjadi tuan rumah Puan Universe 2014 yang akan berlangsung selama 8 hari bermula pada 29 Ogos tahun ini. Horay ya beda-bedoo!

  Khabarnya peserta dari negara-negara Islam juga akan ikut serta. Tahun lepas peserta dari Pakistan dan Bangladesh telah menyertainya.

  Fatwa yang melarang wanita Islam daripada menyertai pertandingan ratu cantik telah dikeluarkan dan diwartakan di bawah Wilayah Pentadbiran Islam Akta Persekutuan pada Februari 1996.

Di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1996, penyertaan wanita Islam dalam pertandingan akan "menghina Islam".

 Apakah dengan mengadakan pertandingan ratu cantik dinegara Islam ini tidak mencemarkan imej negara yang mengaku sebagai negara Islam?

Kita lihat apa yang JAIS akan lakukan untuk menjaga kesucian agama Islam ni.

Jangan asyik nak menampo buaya saja ....

Posted: 19 Jun 2014 12:08 AM PDT



Daredevil Christopher Gillette bermain-main dengan buaya besar yang telah diselamatkannya  daripada maut.

 Dia bekerja di tempat perlindungan  Florida yang menempatkan binatang-binatang liar yang merayau-rayau ke kawasan-kawasan perumahan di mana penduduk  boleh membunuh mereka, di sisi undang-undang.


 Untuk mendapatkan dana bagi pusat tersebut, mereka menunjukkan aksi memberi makan dan bergelut dengan buaya. Jurugambar John Chapa, 41, dan teman wanitanya Adriana Canargo, 30, telah merakamkan gambar-gambar ini.

 Beliau berkata: "Buaya hanya makan sekali seminggu dan tenang."


 "Mereka  sama sekali tidak jinak , anda tidak boleh menjinakkan buaya.

 "Terdapat kira-kira 7,000 buaya dilaporkan mengganggu  setiap tahun dan  orang hanya keluar dan membunuh haiwan itu.


 "Chris dan Ashley akan cuba untuk menyelamatkan dengan tangan untuk mengelakkan mencederakannya.

 "Ia bukan organisasi yang benar-benar menguntungkan - mereka melakukan semuanya ini hanya untuk menyelamatkan haiwan."

Akibat kemaluan besar, Peguam Negara kini sedang bersembunyi .....

Posted: 18 Jun 2014 09:37 PM PDT


GEORGE TOWN: Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer tidak dikenakan tuduhan hasutan di Mahkamah Sesyen hari ini di sini .

 Pejabat Peguam Negara telah mengarahkan pejabat Timbalan Pendakwa Raya di sini untuk menangguhkan tindakan mahkamah kepada suatu tarikh yang tidak ditentukan yang akan ditetapkan kemudian.

 Ketua Polis bandar George Town ACP Mior Farid Alathrash memaklumkan media mengenai ini melalui mesej teks.Tiada sebab diberikan bagi penangguhan itu. di sini  Sumber

 Sumber tidak resmi pula menyatakan, akibat kemaluan besar,  Peguam Negara  kini sedang bersembunyi ...

Senyumlah Umno Celaka!

Posted: 18 Jun 2014 06:42 PM PDT


Hari ini Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kerana didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan kerana mengeluarkan kata-kata menghasut.

 Dia didakwa atas kesalahan menghasut apabila beliau dengan lantang bersuara "celaka Umno" sewaktu sidang Dun Pulau Pinang

 Seorang menteri Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan mengulas mengenai penangkapan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer bahawa frasa "celaka Umno' yang digunakan ltu tidak berunsur hasutan tetapi tidak digemari! Sila baca di sini

 Saya sangat setuju 'Celaka' itu tidak berunsur hasutan. Tetapi saya tidak setuju dia kata 'Celaka' itu tidak digemari atau menyinggung perasaan.

 Saya tidak pasti Abdul Rahman ni orang asal mana. Tapi kalau orang Melaka , mereka semua tentu 100% setuju dengan kata-kata saya itu, bahawa ucapan 'Celaka' itu berupa ucapan 'salam' bagi mereka dan mereka menggemarinya.

 Bagi orang Melaka setempat, ucapan seperti "Celaka kau! Mana lama tak nampak?" adalah capan tanda mesra kepada mereka. Sudah barang tentunya mereka sangat gumbira dicelakakan begitu.

 Kalau PR buat banner bertulis besar-besar : "Celaka Umno Melaka" , orang Melaka akan senyum simpul tanda suka! Kah! Kah! Kah! Senyumlah Umno Celaka

Tiada ulasan: