Khamis, 12 Jun 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tidak dinamakan Umno kalau tak menipu

Posted: 12 Jun 2014 07:29 AM PDT

Dia tuduh Datuk Ngeh Koo Ham mahu umat Islam hormati murtad
Benarkah ada seorang pemimpin DAP meminta umat Islam di negara ini menghormati hak untuk bermurtad ? 

Serorang Ulama Muda Umno, Ahmad Fazrin Yahaya mendakwa anggota parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham dalam ucapannya telah meminta umat Islam di negara ini menghormati hak untuk bermurtad sekaligus mencetuskan perpecahan. 

 "Sebagai anggota parlimen, sepatutnya dia faham dengan jelas apa yang terkandung dalam Perlembagaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam sudah pastinya tuntutan begini amat sensitif. Baca sepenuhnya  di sini 

Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut. Sebagai seorang yang mengaku ulama, sudah tentu tidak akan bercakap melalut atau membuat fitnah, terhadap orang lain walaupun keatas yang bukan Islam.

Tapi kerana kaitannya dengan Umno, dan Umno sangat sinonim dengan pembohongan , maka perlulah kita berasa sangsi dan tidak menelannya bulat-bulat. Tidak dinamakan Umno kalau tidak menipu!

 Saya telah merujuk dan meneliti kenyataan Ngeh Koo Ham melalui laporan Rocket Kini. Saya dapati tidak ada apa-apa pun ayat yang membawa maksud sebagaimana yang didakwa Ulama Muda Umno itu.

 Ngeh sekadar berpesan agar semua pihak menghormati Perlembagaan Persekutuan dalam menangani masalah perbezaan antara agama.

 Berbahas di Dewan Rakyat semalam, beliau mengulas beberapa isu antara-agama yang timbul pada tahun ini, seperti perebutan hak penjagaan anak dan tindakan ke atas Muslim bermazhab Syiah.

 Eloknya korang bacalah sendiri dari sumbernya di sini

Rupa-rupanya beruk ini yang menggoncang pokok itu....

Posted: 12 Jun 2014 03:00 AM PDT

Kalau tidak ada angin, tetapi pokok bergoncang, itu tandanya ada beruk sedang buat kerja, siapa lagi! Jom kita lihat kerja beruk celaka berikut:

SHAH ALAM 10 Jun - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali dikatakan akan menyertai semula parti itu selepas dipecat keahliannya pada Januari 2012. 

 Siapa yang melaporkan berita atas tu? Akhbar celaka  inilah , siapa lagi? Kemudian dia pula sendiri yang memuatkan berita penafiannya :


Berita penuh  di sini

Asang Jati ni cuba pula nak kelentong konon pemecatannya kerana mengkritik sikap dan moral Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Hoi mangkuk! Orang masih ingat kes kamu yang memecat Khalid Samad sebagai Timbalan YDP (2) Negeri dan Shaari Sungib sebagai Ketua Penerangan Negeri.Boleh baca di sini

Orang juga masih ingat bahawa Tindakan Disiplin Keatas Hasan Ali : Wajar dan amat perlu.

Jika benar Umno sokong Hudud.....

Posted: 11 Jun 2014 11:00 PM PDT



Setelah Umno Kelantan berjaya menyemarakan perjuangan PAS di Kelantan dengan 'sokongan hudud', kini Umno Selangor pula dilihat mahu mempertingkatkan lagi 'sokongan hudud' mereka di Selangor pula! 

 Dan dengan tak semena-mena itu pula berlegaran angin kentut si Hasan Ali yang cuba menguji nilai pasaran saham dirinya... 

 Buat masa terkini, belum ada lagi suara-suara dari PAS yang memberi respon mengenai perkara ini.Nampaknya saperti mahu menyembunyikan kuku masing-masing.Tunggulah juga... 

 Jom kita hentam Umno tu dulu.Kalau Umno benar-benar ikhlas mahukan perlaksanaan hudud , kenapa nak laksanakan Hukum Hudud di Kelantan atau di Selangor sahaja?

 Kenapa tidak diperjuangkan supaya dillaksanakan diseluruh Malaysia? Secara automatik Kelantan dan Selangor pun akan melaksanakan hukum Hudud, betul tak? 

 Memang tanggungjawab negeri Kelantan terletak di bawah kerajaan negeri, tetapi kena ingat juga tanggungjawab Malaysia terletak di kerajaan pusat.

 Kerajaan pusat dikuasai Umno – parti terbesar orang Islam di dunia, jadi laksanakan lah suruhan Hukum Hudud untuk seluruh Malaysia. InsyaAllah kita akan diberi Rahmat dan perlindungan-Nya.

 Kelak bila mati nanti, kita bukan ditanya kamu dari parti PAS atau Umno, tetapi kamu adalah rakyat didalam Negara Islam, apa yang telah kamu lakukan untuk menyokong kerajaan supaya melaksanakan hukum hudud?

 Aku harap PAS Selangor janganlah pula nak perasan dan tergedik-gedik dengan 15 kerusi yang ada padanya tu...

 Lebih baik kita  lihat saja dulu telatah MCA yang sedang terkebil-kebil bila ditanya oleh DAP suatu soalan yang mudah :

 Bila nak buat demonstrasi di hadapan ibu pejabat Umno Serlangor bagi menyatakan bantahan mereka terhadap usul itu? 

Sila baca lagi di sini

Sedap mulut saja menteri mangkuk ni!

Posted: 11 Jun 2014 08:18 PM PDT

Datuk Seri Jamil Khir Baharom mempertahankan insiden melibatkan jabatan agama Islam yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini, dan menegaskan agensi terbabit melaksanakan tanggungjawab yang diberi.

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, tindakan yang diambil oleh jabatan agama atau majlis agama mengikut prosedur yang digariskan kepada mereka.

 "Sebab itu saya katakan elok supaya agensi agama ini diberikan tugas dan tanggungjawab mereka. 

 "Biar mereka laksanakan mengikut SOP (piawaian prosedur) dan prosedur mereka," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Zakat di Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini. Baca sepenuhnya di sini

Sedap mulut saja menteri ni cakap bahawa tindakan yang diambil oleh jabatan agama atau majlis agama mengikut prosedur yang digariskan kepada mereka.

Sudah berapa kali buat tindakan melulu dan bila terbukti telah melakukan kesilapan, minta maaf begitu saja .... alahai...

Apa kejadahnya JAIS serbu rumah tanpa waran, bertindak ganas dan angkuh macam samseng,  pecahkan pintu pagar


Serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos 2011 lalu terhadap premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) dan merampas kitab injil mereka adalah tindakan gopoh dan bodoh kerana ia telah mencetuskan ketengangan antara agama di negara ini.

Sepatutnya, sebagai menteri yang dipertanggung jawapkan keatas ajensi hal ehwal Islam, penilaian semula (review) bidang tugas dan bidang kuasa Jabatan/Agensi  dilakukan segera supaya selaras dengan kehendak perundangan dan perlembagaan negara yang memberikan hak kebebasan untuk berugama. Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka sendiri tanpa campur tangan kumpulan agama lain.

Kalau kita hormati agama orang lain maka orang agama lain juga akan menghormati ugama kita :


 Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yg mrk sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dgn melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kpd mereka apa yg dahulu mereka kerjakan. (6:108)

Kita benar-benar berharap agar JAIS akan bertindak dgn lebih matang dan bijaksana supaya Islam tidak dihina.  Sesungguhnya Allah beserta org2 yg bertakwa & org2 yg berbuat kebaikan. (16:128)

Tiada ulasan: