Tukar Tiub |
- OBARAK OBERAK OBAMA
- KEBAJIKAN BUKAN MENGHUKUM
- KOMIDI POLITIKAL MALAM INI
- MAHKAMAH APA INI?
- EDDIE KEPALA BOTAK DAH MARAH
- CUKONG TAK MINAT HUDUD
- SATU PERTANYAAN DARI KAWAN LAMA
- AL-FATIHAH
- BALING BAHAGIAN AKHIR
- DARI FACE BOOK
- TUKAR TIUB SUKA ANWAR DIPENJARA
- AZMIN ALI MANIPULASI UNDI
- KUBUR PUN CUKONG REMBAT
Posted: 07 May 2014 07:43 PM PDT BARACK HUSSEIN OBAMA MAKAN BUDU Bila Obama menyatakan kesanggupannya ke Malaysia, hati aku sangat teruja. Aku merupakan rakan pen-palnya semasa dia masih belum menjadi presiden. Kami sering berutus surat bercerita tentang diri, keluarga dan negara kami. Selepas dia menjadi presiden Amerika, kami agak jarang berhubung. Aku tahu dia sibuk. Namun sesekali terutama pada sambutan hari lahirku baru baru ini dia menghantar ucapan hari lahir melalui Whatsappnya. Berkali kali aku diajaknya ke Amerika, katanya aku tidak perlu risau untuk menyewa hotel kerana aku boleh tinggal di Rumah Putihnya. Segalanya dia tanggung termasuk makan dan kenderaan. Dua hari sebelum kedatangannya ke Malaysia aku menerima Whatsappnya : hj, saya akan ke Malaysia. Pastikan kita dapat berjumpa. Aku agak terkejut. Setelah kali terakhir Presiden Amerika datang hampir 48 tahun dahulu, ini merupakan Presiden Amerika kedua akan hadir. Aku tahu, antara faktor utama kehadirannya ke Malaysia kerana beliau tentu tertarik dengan cerita cerita aku tentang Malaysia. Dengan ringkasnya saya menjawab. "Sure Mr Presiden" Bila Air Force One mendarat dengan selamatnya di Kuala Lumpur, dia memukul telefonnya menelefon aku. Seperti biasa sekiranya nombor yang tertera di skrin telefon saya bertulis Private Number, aku tahu ia daripada Obama. "Hj, akhirnya saya sampai. Ok, saya akan melayan Perdana Menteri kamu dengan isterinya. Saya akan cari masa untuk berjumpa kamu secara senyap senyap. Saya akan telefon Hj balik. Saya jawab ringkas, "Ok bro!" Aku mengikuti setiap acaranya bersama PM ku dan isteri kesayangannya melalui kaca tv. Tengaharinya beliau sempat menghantar whatsappnya kepada aku, "Saya baru habis makan tengahari bersama Pembesar kamu. Saya di jamu dengan lauk pauk tradisional. Ikan pekasam terbaik serta budu. Ia memang sedap sebagaimana yang kamu ceritakan kepada saya. Saya juga mencuba durian. Saya letak di dalam budu dan di makan bersama petai dan kerdas. Sekarang saya di tandas. Ok, selepas segalanya selesai, kita jumpa bro". Saya menjawab ringkas. "Baru anda tahu sedapnya budu. Ok, saya menantikan anda di Kota bharu." Alhamdulilah pagi ini sempat membawa Obama pergi melawat rumah TGNA. Sebenarnya ini permintaan utama Obama.Dia tertarik dengan TGNA kerana aku selalu menceritakan kezuhudan TGNA. Kami bertolak selepas subuh. Obama sempat merakamkan gambar masjid TGNA dan berselfie dihadapan rumah TGNA. Dia sungguh bangga. Dia akan menggunakan gambar selfie itu untuk kempennya yang akan datang. Kan ramai pemimpin buat macam terutama bila musim pemilihan. Selepas pekena nasi kerabu, bergegas aku menghantarnya ke airport Pengkalan Chepa untuk menaiki pesawat tambang murah Air Asia ke Filipina. Aku tanya dia bagaimana dengan passportnya? Dia menggunakan passport yang dibeli dari Siam. Ala, macam yang terjadi pada 2 orang Iran dalam trajedi MH370 tu. Senang saja lepas. Dan dia tidak naik MAS kerana dia bimbang MAS akan hilang lagi. Oh anda tentu tertanya tanya bagaimana Obama boleh datang jumpa aku sedangkan dia sudah berlepas dengan Air Force One ke Filipina kelmarin. Mari aku ceritakan. Tapi ini benar benar rahsia. Jangan sesiapa menghebohkan hal ini. Janji tau. Selepas Obama berlepas dengan Air Force One nya dan melalui ruang udara Laut China Selatan, Air Force One nya membuat pusingan U dan terbang secara rendah menghala ke Perairan Kelantan. Dengan menggunakan payung terjun(macam yang korang tengok James Bond dalam tv tu) Obama mendarat di Pantai Kandis. Disitulah aku mengambilnya. Aku pasti perkara ini tentu tidak diketahui oleh pertahanan negara kita. Hampir setengah jam dia menunggu aku. Sebenarnya aku sampai lebih awal tapi aku mencari cari Obama melalui location yang dihantar melalui whatsappnya. Akhirnya aku menemuinya sedang menyaksikan bunker jepun. Dengan penuh kesal beliau mengatakan, "kalau di Amerika bahan sejarah sebegini saya akan baik pulih untuk dijadikan monumen sejarah." Aku membawanya berjalan di sekitar Bachok dan ke Pantai Irama. Semasa melalui jalan di Kampung Badak, beliau melihat signbord Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Ahmad Marzuk Shaary. Dia bertanya," eh bukan ahli Parlimen Bachok Usta Nasa",(aku ingat aku pernah menerangkan kepadanya dalam surat aku kepadanya dulu) aku jawab kepadanya" itu dulu bro. Sekarang Ustaz Marzuk. Dia lah yang mengalahkan duta Malaysia ke Amerika sekarang dengan 201 undi". Dia tersenyum. Aku tak tahu apa makna senyumannya itu. Sepanjang berada di Pantai Irama Bachok, dia sangat tertarik dengan keindahannya. Sambil berseloroh ketika makan satey ikan dan satar "Kalaulah diketahui orang, saya pernah ke sini pantai ini tentu akan diberi nama Pantai Obama bukannya Pantai Irama lagi". Kami pulang ketika azan Maghrib sedang berkumandang di Masjid Mahmudi. Malam itu aku menjamu Obama dengan ayam percik isteriku dan sambal belacan emak aku. Habis 2 pinggan Obama memakannya. Dia juga telah mengambil resepi ayam percik ini dan berjanji akan menyuruh isterinya belajar bagaimana membuat ayam percik ini. Obama tidur kekenyangan. Sebelum tidur, aku terfikir patutlah askar Amerika datang ke Kelantan sebelum ini, dia mahu servey bila Obama mahu melawat aku. Akhirnya aku tertidur kebingunan. Banyak lagi benda yang kami sempat bualkan sepanjang sehari suntuk di Kelantan. Nantilah aku ceritakan lagi lain kali. Semoga terhibur dan terima kasih kepada kawanku OBAMA kerana sudi melawat kawanmu ini Hj OSAMA. Saya sempat menghadiahkan Baju Bersih 2.0 yang menyebabkan saya ditangkap dahulu kepada Obama. Dibelakang baju itu Obama meminta saya menulisnya : Hj OSAMA DAN OBAMA FOREVER!! Tak percaya? Kau pergi tanya OBAMA!! Hj Osama Penyelaras SAMM Kelantan |
Posted: 07 May 2014 07:14 PM PDT KOMENTAR kelantan masih kelam kabut kelantan masih tidak terurus kelantan masih ada salah guna kuasa kelantan masih banyak rasuah tumbuk rusuk kelantan masih banyak kemiskinan semua ini bukan rahsia pemimpin pas sendiri tahu hal ini pembalakan gila-gila meroskana bumi allah merosakan alam sedang berlaku di lojing kelantan lakukan kebajikan dahulu bukan potong tangan isu induk islam tiga par empat ayat dalam kitab suci ialahj tentang kebajikan yang ini semua lupa Malaysia belum kondusif untuk laksana hudud, kata AsriMalaysia masih mempunyai banyak masalah dari aspek rasuah sehingga jenayah sekaligus menyaksikan pelaksanaan hudud bakal menyukarkan keadaan, kata mantan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin.Untuk melaksanakan hudud, Kelantan jelas Asri perlu menyediakan "landasan yang jelas" kerana jika berlaku kesilapan, ia bakal menyebabkan komuniti bukan Islam menjauhi umat Islam. "Nak buat hudud, 'landasan' mesti jelas. Saya bersama Kelantan dari sudut kehendak. Kepada pelaksanaan, saya bimbang. ibaratnya kita ada 'pintu yang sangat cantik, tetapi pasang di reban." |
Posted: 07 May 2014 06:39 PM PDT |
Posted: 07 May 2014 06:00 PM PDT Waran Menuntut Hadir ke Mahkamah Kes Perhimpunan Aman 1. Sekitar jam dua petang tadi, saya telah dihubungi oleh seorang anggota polis yang memohon kehadiran saya ke IPD Dang Wangi untuk menandatangani satu notis waran. 2. Saya dimaklumkan bahawa waran tersebut adalah berkenaan tuntutan kehadiran pihak saya ke Mahkamah Jalan Duta bersabit kes akta perhimpunan aman, iaitu kes dakwaan yang saya telah dibebaskan oleh mahkamah yang sama pada 28 April lalu. 3. Apakah saya akan didakwa untuk kali kedua di atas kesalahan yang sama oleh mahkamah yang sama? Jika ini berlaku, bermakna negara ini sedang sakit tenat dalam usaha menguburkan musuh politiknya. 4. Seperti yang diketahui umum, semalam YB Nik Nazmi telah dipanggil semula di atas sabitan kes yang sama, namun telah dibebaskan buat kali kedua. Saya yakin mahkamah juga akan membebaskan saya buat kali kedua. Namun apa yang menyedihkan ialah pembaziran masa dan wang rakyat tidak terbendung. 5. Saya sedia bekerjasama menerima notis waran tersebut. Walaupun menolak untuk hadir ke IPD Dang Wangi, saya memilih untuk bertemu anggota polis ini di tempat umum iaitu di perkarangan LRT Universiti pada jam 5.15 petang ini. Sekian Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ---------- |
Posted: 07 May 2014 07:00 AM PDT FACE BOOK PEMIMPIN2 yg PERANGAI PUKIMAK.... DEPA NAIK BERKUASA kebiasaan nya MENANG DGN CARA KOTOR... CAM UMNO..BN... Dan termasuk GENG2 DLM PKR ni TERUTAMA GENG2 AZMIN ALI. .MENANG DGN menipu UNDI... PUKIMAK3.. Kiimakkkkkkkk!! GUA ape peduli... GUA PUNYA suke lhhh KALAU GUA MAU MAKI HAMUN BEB... Pemimpin2 PUKIMAK... Dan BARUA2 PUKIMAK2 memang PATUT KENA MAKI.... Cz PENYAMUN tuuu BEB.... Mujur GUA MAKI... LAU GUA pakok KEPALA depa DGN parang hahaaaaaa ITU baru BETUL BEB... KAH KAH KAH ---------- |
Posted: 07 May 2014 06:00 AM PDT KOMENTAR hukum hudud ini pelik kalau hukum itu baik untuk orang islam pastilah ianya baik untuk semua manusia kenapa hukum ini hanya untuk orang melayu ini yang pelik kalau agama itu mengaku baik untuk umat manusia kenapa di malaysia ini hanya untuk melayu pelik ANAK SULTAN BERUNAI BERUNAI DAH BUBUH HUDUD sulan bubuh hudud diberunai ini gambar anak sultan berunai gambar dalam kelab gay di london soalannya adalah anak sultan berunai ini akan di hudud? PEMBALAKAN LOJING KELANTAN NAK BUBUH HUDUD soalannya apakah perompak balak di lojing akan dihudud MCA akan kaji kedudukan dalam BN jika Umno sokong hudud MCA akan mengkaji kedudukan parti komponen itu dalam Barisan Nasional (BN) jika Umno menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan kata Dr Wee Ka Siong. Wee ketika wacana Sinar Harian di Karangkraf, Shah Alam berkata, pendirian MCA kekal untuk mempertahankan Perlembagaan seperti mana mereka mempertahankan kontrak sosial ketika negara ini mencapai kemerdekaan. "Kalau jadi perkara itu, sudah tiba masanya kita bincang kedudukan kita dalam BN," kata Wee ketika wacana bertajuk "Hudud: Bersediakah Kita." ----------- |
SATU PERTANYAAN DARI KAWAN LAMA Posted: 07 May 2014 01:07 AM PDT |
Posted: 07 May 2014 12:49 AM PDT |
Posted: 06 May 2014 10:18 PM PDT PERJUANGAN DI TERUSKAN SELASA 3 DISEMBER 1974 BAHAGIAN AKHIR Abu Zer Ali – anggota Kelab Sosialis – telah berada dalam Padang Baling bersama ribuan Warga Miskin Desa. Mereka sedang berdemo menuntut harga getah dinaikkan. Menuntut kemiskinan dibentras dan kehidupan mereka dibaiki. Abu Zer telah menceritakan bagaimana ribuan Warga Miskin Desa telah berhimpun dari awal pagi. Mereka telah dijanjikan 'ada orang besar' akan datang untuk memberi jawapan keatas malapetaka kemiskinan yang menimpa mereka. Kemarahan dan keberanian Warga Miskin Desa semakin jelas. Mereka secara terbuka telah bangun berdemo menentang United Malays National Organisation. Ribuan penduduk dari kampong ke kampong telah 'digegar dan dikocak' untuk keluar berdemo. Aktivis kampong telah ke hulu ke hilir berbasikal dan bermotorsikal menggerakan orang-orang kampong. Siapa aktivis ini? Sejarah membuktikan bahawa mereka adalah jaringan dari PAPERI – Parti Pesaudaran Islam – yang bergerak aktif dibawah tanah di Kedah dan Kelantan. Dari memoir Abdullah CD sejarah telah merakamkan bahawa PAPERI telah ditubuhkan pada 20 April 1965. untuk penyambung perjuangan Hisbul Muslimin. PAPERI meneruskan garis politik angkat senjata bersama Parti Komunis Malaya. Di Padang ribuan orang kampong menunggu ' orang besar'. Keadaan menjadi tegang. Hampir tengah hari tetiba sebuah helikopter datang mengarah ke Padang. Mengikut surah Abu Zer yang turun dari pintu helikopter ialah Musa Hitam. Ketika itu Musa ialah Orang Number dua dalam gerakan gerombolan Pemuda United Malays National Organisation. Musa berhelikopter ke Baling kerana Musa juga adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri. Musa Hitam – sama saperti menteri kabinet yang lain menjadi takut apabila melihat ribuan rakyat berani bangun melawan. Musa Hitam dari pentas mula berauta dan berlebong untuk meredakan keadaan. Rakyat makin marah. Dalam masa yang sama Mukhabarat dan Spesial Branch, Polis Hutan telah mula siap sedia jika orang kampong datang menyerang. Di Kuala Lumpur pada Ahad 1 Disember 1974 pelajar Universiti Malaya telah pulang dari bercuti. Senin 2 Disember kuliah akan bemula. Tanpa pengetahuan komuniti kampus satu demo besar telah dirancang pada Selasa 3 Disember. Melalui hubungan pribadi, melalui hubungan tidak resmi mahasiswa dari Institut Teknoloji Kebangsaan, Institut Teknoloji Mara, Universiti Kebangsaan dan Universiti Malaya telah merancang akan keluar ke Dataran Merdeka untuk bersetia kawan dengan penduduk miskin desa di Baling Kedah. Pada hari Senin 2 Disember Heboh Baling makin merebak dari mulut ke mulut. Pada malamnya - kami dari Kelab Sosialis telah menconteng semua Papan Tanda di Dataran Sastera – DEMO 3 Disember Dataran Merdeka Jam 10:00 Pagi. Biasanya kami akan mengadakan Sudut Pidato untuk membakar dan menghasut pelajar agar keluar berdemo. Tetapi kali ini TIDAK perlu lagi. Api kemarahan anak-anak muda terhadap United Malays National Organisation telah memuncak. Berita adanya mati kebuluran di Baling telah tersebar luas dari kampong ke kampong – dari kampong ke pekan. Gunung berapi sedang membara hanya menunggu masa untuk meledak. Malam Senin itu juga kami dari Kelab Sosialis telah mengadakan satu perjumpaan untuk membuat persediaan. Kain rentang telah dibuat. Megapone telah sedia. Dari pengalaman kami TIDAK akan mengeluarkan megapone atau kain rentang. Semua disimpan dalam beg selendang. Kami yakin kami akan diserang. Justeru kain rentang dan megapone ini hanya akan muncul dan digunakan untuk mengumpulkan kembali para pelajar yang bertempiran lari apabila diserang oleh FRU. Pagi Selasa 3 Disember 1974 – saya memboceng motosikal untuk sampai ke Padang Selangor nama asal untuk Dataran Merdeka. Bersama saya ialah Halim Latif anggota Kelab Sosialis. Bila saya sampai di tepi Air Pancut depan Muzium Tektil saya melihat ada hampir 500-1000 pelajar telah sedia berhimpun. Dizaman ini Padang Selangor ialah tempat main kriket. Justeru ada papan tanda dan tempat duduk permainan kriket ini terpasang digigi padang. Disinilah kain rentang yang paling bersejarah terpampang – MENTERI BUKA BANYAK GEDONG – RAKYAT MAKAN UBI GADONG. Secara bijak gambar ini telah muncul esoknya dalam Berita Harian yang dipimpin oleh Samad Ismail atau nama bawah tanahnya Zainal atau Lainaz. Belum pun saya sempat sampai ke tengah padang tetiba FRU telah menyerang ganas dari arah jambatan Sungai Klang. Tembakan gas pemedih mata berdentam dentum meletup. Pelajar bertempiaran lari. Saya bersama Halim mengundur ke arah Masjid Negara. Saya masih ingat lagi dipintu masuk ke Masjid Negara - dari arah terowong saya terserampak dengan Anwar Ibrahim. Anwar ketika itu dia adalah Presiden Majlis Belia Malaysia. Dia kelihatan muda kurus memakai baju batik lengan panjang berwarna coklat. Inilah kali akhir saya melihat Anwar Ibrahim. Ketika itu Anwar bersama puluhan pelajar sedang mengundur ke Masjid Negara. FRU terus menyerang dengan ganas - menembak dan memukul sesiapa sahaja di Padang Slangor. Abu Zer, Kamarazaman Yacob dan Adi Satria terus memimpin pelajar. Sepanduk, kain rentang dan megapone muncul kembali. Demo diteruskan di dalam kawasan Masjid Negara. FRU terus menyerang dengan tembakan gas pemedih mata. Dalam masa yang sama Spesial Branch tanpa uniform mula menangkap pelajar. Beberapa buah Black Maria telah sedia datang untuk mengangkut pelajar yang ditahan. Disinilah muculnya babak dimana Anwar Ibrahim telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam Black Maria. Apabila Black Maria ini bergerak dan melintasi bulatan di hadapan Masjid Negara – ratusan pelajar telah menahan Black Maria ini. Kamarazaman Yacob dan Abu Zer telah masuk ke dalam kereta polis ini. Polis telah lari. Kamarazamn Yacob mengambil kunci pintu dan mengeluarkan Anwar Ibrahim. Pembaca hari ini juga jangan terperanjat. Ada berbelas-belas pelajar yang dibebaskan oleh Kamrazaman dan Abu Zer dari Black Maria pada 3 Disember 1974 itu – ini termasuk Presiden KSITM Saudara Ibrahim Ali. Ini sejarah. Ini fakta. Jangan buat-buat lupa. Satu lagi babak sejarah yang wajib saya rakamkan disini ialah tentang Dolah Kok Lanas yang ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Abdullah Ahmad ini adalah 'blue eye boy' kepada PM Razak Hussein ketika itu. Dolah Kok Lanas dalam perjalanan ke pejabat telah terperangkap di hadapan Masjid Negara. Pelajar telah menahan kereta Dolah Kok Lanas. Anak-anak muda menjerit kegumbiraan kerana saekor 'orang jahat' telah ditawan. Kamarazaman Yacob telah datang menghampiri kereta. Dolah keluar dan mengacu-acukan pitolnya kepada Kamarazaman dan para pelajar yang berdemo. Kamarazaman mengarahkan mahasiswa mengundur dan kereta Menteri ini berlalu. Kepada yang tidak yakin dengan fakta sejarah ini sila tanyakan babak ini dari Tan Seri Abdullah Ahmad. Hampir satu jam Masjid Negara diserang dengan tembakan gas pemedih mata. Bila FRU mengundur pelajar maju ke hadapan. Bila pelajar diserang mereka mengundur. Akhirnya FRU masuk ke dalam kawasan Masjid. Para pelajar telah menyerang FRU dengan balingan pasu bunga dan apa sahaja yang ada dimata. Tembakan dan tangkapan diteruskan. Akhirnya FRU telah masuk ke dalam Masjid untuk menangkap pelajar. Saya mengundurkan diri naik ketas bukit di belakang Masjid Negara. Tok Siak yang rumahnya di belakang Masjid Negara menjemput saya masuk dan ' duduk diam-diam' ketika FRU sedang menangkap pelajar. Hampir satu jam saya dalam rumah Tok Siak. Apabila anak Tok Siak memberitahu bahawa semuanya telah reda barulah saya keluar dan menapak pulang ke kampus. Pada malam 3 Disember Kelab Sosialis telah berkumpul. Kali ini ramai muka-muka yang bukan ahli Kelab tetapi bersimpati atau rapat dengan Kelab telah dibawa sama berbincang. Adi Satria Penolong Setiausaha Agung PMUM, Lim Hwee Seng ahli Majlis ke 16 adalah diantara yang turut bersama. Kami mengambil keputusan untuk meneruskan tunjuk perasaan. EPILOK Tunjuk perasaan diiteruskan hingga ke 7 Disember 1974. Pada Subuh 8 Disember 1974 Polis Hutan dan Soldadu masuk ke dalam Universioti Malayya menangkap pemimpin pelajar. PASCA EPILOK Kamarazaman Yacob ahli Kelab ditangkap ISA Teo Siow Choo ahli Kelab ditangkap ISA Yong Ah Chit ahli Kelab ditangkap ISA Adi Satria kawan rapat Kelab ditangkap ISA Hasan Karim ahli Kelab berhijrah ke Serdang Kolej Arwah Halim Latif meninggal dunia ketika saya di Kamunting Arwah Abu Zer berjuang angkat senjata gugur di sempadan Arwah Yunus Ali ahli Kelab mengundur diri Hishamuddin Rais ahli Kelab mengundur diri Sejarah Baling adalah sejarah gilang germilang perjuangan mahasiswa dan pelajar. Sejarah Baling adalah juga sejarah perjuangan kaum kiri yang terbuka dan yang bekerja dibawah tanah. Tunggu dan nanti Memoir Hishamuddin Rais yang sedang diusahakan. ( TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN siapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon 03-92-21-10-45 ----------------- |
Posted: 06 May 2014 10:11 PM PDT FACE BOOK ---------- |
TUKAR TIUB SUKA ANWAR DIPENJARA Posted: 06 May 2014 08:30 PM PDT LIHAT DAN TONTON jalan jalan untuk berlibur naik kereta ke singapura lebih baik bercakap jujur dari bercakap pura pura |
Posted: 06 May 2014 08:00 PM PDT Azmin enggan ulas manipulasi undiBUTTERWORTH: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali enggan mengulas dakwaan beliau terlibat dengan perbuatan memanipulasi undi dalam pemilihan parti itu yang berlangsung sekarang. Anggota Parlimen Gombak itu sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR untuk menyiasat dakwaan terbabit dan berharap individu terlibat dikenakan tindakan tegas. KAH KAH KAH soalan hakiki boleh kah penyamun beri komen tentang menyamun bolehkah vincent tan jadi imam masjid negara kah kah kah --------- |
Posted: 06 May 2014 07:46 PM PDT 152 kubur tak perlu dialihKota Damansara: Jabatan Mufti Selangor mengesahkan 152 kubur di Seksyen 9, Kota Damansara di sini masih menghadap Kiblat meskipun kedudukannya terpesong 13 darjah ke kanan. » KAH KAH KAH betul ke tak arah kiblat atau ada cukong nak rembat tanah kubur ini kah kah kah ------------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan