Tempayan Retak |
Akhirnya Mat Said Yang Nelang Jilat Ludah Sendiri Posted: 14 May 2014 12:06 AM PDT Pertemuan antara Ahmad Said dengan Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Mohd Yasin dikatakan positif apabila TS Muhyiddin telah memaklumkan dalam twitternya. Menurut sumber pertemuan itu memberikan kata putus kepada Ahmad Said (kalau bahasa kasar ungutan) supaya menarik semula surat keluar UMNO. Rundingan pada malam itu meminta agar 2 orang Adun dan juga exco yang keluar dikekalkan jawatannya apabila mereka menarik balik surat keluar UMNO. Saya tidak mendapat maklumat yang sah apakah tuntutan untuk Ahmad Said dalam hal ini. Ada yang menyebut dia akan memperolehi sesuatu jika dia berlembut dalam hal ini. TS Muhyiddin bersetuju pada dasarnya dan Datuk Tengku Putera Tengku Awang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang akan membawa perkara ini dalam pertemuan dengan DS Najib di Kuala Lumpur nanti. Datuk Seri Ahmad Said telah memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa dia bersetuju menarik balik dan akan membuat kenyataan menyesal dalam hal ini. WAH SERONOKlah UMNO buat kecoh... Itulah Cerita MAT SAID NELANG yang akhirnya kena ugut kes penyelewengan termasuk pembinaan rumahnya akhir "KECUT TELUR" terus menyesal. Tindakan PAS dalam kenyataan media oleh Pesuruhjayanya YB Ustaz Satiful Bahri Mamat untuk tidak melayan Ahmad Said dan 2 Adun keluar parti adalah tindakan yang bijak dan cermat walaupun ada blogger menulis kononnya PAS Terengganu (PR) pasif dalam hal ini. |
Nikah dan Bersanding 10 Mei lalu Ahmad Said buat pula 17 Mei ?? Posted: 13 May 2014 03:59 PM PDT Siapa kata Ahmad Said bodoh dalam membuat tindakan? Majlis persandingan anak Ahmad Said telahpun berlangsungkan pada 10 Mei yang lalu. Majlis ini telah dihadiri sendiri oleh Sultan Mizan untuk majlis menepung tawar kedua-dua pengantin berkenaan. Habis kenapa dibuat untuk kali kedua pada 17 Mei 2014 sedangkan Ahmad Said tahu perjanjiannya sebagai MB akan tamat pada 12 Mei 2014? Majlis 10 Mei adalah untuk VVIP untuk Melayu yang bongkok dan ego perlu tempat yang istimewa dengan perbelanjaan besar dan mewah. Manakala 17 Mei 2014 seminggu kemuadian adalah untuk rakyat jelata yang miskin dan papa dan untuk yang second class. Majlis ini mungkin untuk majlis kesyukuran menyambut menantu yang mana tidak ada "salam keruk" (bersalam dengan duit) Aku rasa tak nampak Ahmad Said sengaja untuk melewatkan pengundurannya sebagai MB Terengganu. |
You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan