Sabtu, 10 Mei 2014

Tempayan Retak

Tempayan Retak


PRK Bukit Gelugor: Ahli PAS, Pemikiran UMNO

Posted: 09 May 2014 10:36 AM PDT


Seorang ahli PAS yang juga
ahli perniagaan yang telah bersara, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar, menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor. Penamaan calon ditetapkan Isnin ini.

Mohamed Nabi berkata beliau mahu menyertai pertandingan itu berdasarkan polisi PAS dan prinsip-prinsip Islam, dan bahawa beliau telah bermimpi bahawa hudud akan dilaksanakan di Pulau Pinang pada tahun 2020.

Beliau juga merayu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya bertanding di kerusi tersebut yang menjadi kosong selepas kematian Karpal dalam nahas jalan raya pada 17 April.

"Jika tidak, saya akan bertanding sebagai calon bebas. Saya tidak akan keluar PAS dan akan kekal dalam parti itu dan berjuang untuk Islam," kata Mohamed Nabi dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau menggesa pengundi di Bukit Gelugor menyokongnya, yang mengikutnya, bermakna menyokong hudud juga, kerana beliau akan terus berjuang untuk Islam di Pulau Pinang. Melalui semakan saya dia ini bekas Setiausaha Pas cawangan Kampung Banjar dan beberapa kali membuat kenyataan diakhbar berhubung hudud sebelum ini pernah keluar di akhbar Utusan Malaysia.

Semakan data culaan Bilik Gerakan PAS menunjukkan data rekod tersimpan dia ini adalah AHLI UMNO CAWANGAN KAMPONG BANJAR DUN GOMBAK SETIA BAHAGIAN GOMBAK NEGERI SELANGOR dengan nombor keahlian 02700360. 


Bila menjadi ahli PAS untuk memperjuangkan hudud
kita ada saluran parti dan tatacaranya. Tidak boleh buat seborono ikut sedap kita fikir.

Cara berfikir kita pun adalah cara berfikir Islam yang mana Rasulullah ajar mengikut ketaatan kepada Jamaah.

Punah PAS kalau macam ini, ada yang laju sangat macam si Mamat ni. Ada pula yang kata hudud belum sesuai lagi sebabnya keadaan belum lagi kondusif!! Yang bercakap ni bukan calang orang pimpinan dan hebat pula ilmu Islamnya!

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
(* Klik gambar untuk besarkannya)

Tiada ulasan: