Roslan SMS Corner |
Jom boikot Bukit Gelugor dan Teluk Intan (2/5/14) Posted: 02 May 2014 12:02 AM PDT Sebagai seorang ahli PAS kalau diajukan persoalan pada saya, pasti saya akan menjawab bahawa saya akan menyokong 100% perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan sebagaimana sedang diusahakan oleh PAS melalui "Private Bill" di Parlimen. Itu sudah pasti. Kalau ada ahli PAS yang memiliki pendirian atau pandangan selain itu, sewajarnya individu itu dipecat. Tetapi Hukum Hudud ini bukan idea PAS. Ianya bukan bikinan PAS. Ianya suatu kanun yang di turunkan Allah swt sebagaimana termaktub di dalam al Quran dan dilaksanakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Ia sesuatu yang diwajibkan ke atas umat Islam, dan sekiranya umat Islam memegang kuasa di dalam sesebuah pemerintahan atau kerajaan, maka wajib pemimpin Islam tadi melaksanakan hukum berkenaan.Oleh itu saya yang menyokong PAS, sebuah parti berteraskan Islam di Malaysia yang bercita-cita memperjuangan perlaksanaan Islam, memanglah akan menyokong perlaksanaan hukum ini, bagaimana dengan yang lain? Rakyat Malaysia yang bukan Islam tidak kira fahaman politik, samada DAP, Gerakan, MCA, MIC, PKR atau apa sahaja atau tidak berparti, mungkin menolak hukum ini kerana ianya bukan dari agama mereka. Walaubagaimanapun mungkin ada segelintir yang faham dan terbuka boleh menerima.Bagaimana pula dengan rakyat Malaysia yang beragama Islam khasnya berbangsa Melayu yang merupakan penganut Islam majoriti dalam negara? Sewajarnya usaha PAS ini dianggap sebagai sesuatu yang murni, walaupun berasal dari inisiatif PAS, tetapi ia bermaksud untuk memartabatkan Islam, ia wajib disokong. Kerana itu samada ia bermotif politik atau tidak kita lihat Umno awal-awal lagi melalui kenyataan beberapa pimpinan mereka menyatakan akan menyokong "Private Bill" ini dan perlaksanaan Hudud di Kelantan.Kalau Umno parti Melayu, maka memang kenalah mereka menyokongnya memandangkan Hudud adalah tuntutan ke atas penganut Islam, dan Umno mewakili orang Melayu yang beragama Islam. Begitu juga sewajarnya semua ahli Parlimen Melayu dan Islam tidak kira samada dari BN mahupun Pakatan Rakyat termasuklah dua orang ahli parlimen DAP yang berbangsa Melayu beragama Islam!Kesungguhan perlaksanaan Islam bergantung atas kesatuan ummah. Kesatuan ummah bermula di atas kesatuan pimpinan ummah, yakni pemimpin yang beragama Islam yang mewakili rakyat. Hari ini selain PAS yang "solid" menyokong, dan Umno yang mengatakan akan sokong, parti-parti politik lain terutama MCA, DAP, Gerakan dan MIC secara terbuka menyatakan tentangan. Ini termasuklah beberapa parti komponan BN di Sabah dan Sarawak. PKR pula berbelah bahagi, ada pemimpinnya yang menyatakan akan menyokong sebagai seorang Muslim, ada juga yang menyatakan akan tentang.Sehingga hari ini saya tidak nampak ada sekelumit pun logik di atas penentangan pimpinan politik bukan Islam ini memandangkan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan itu hanya terkena ke atas orang-orang Islam sahaja. Dimanakah hak dan kepentingan bukan Islam yang terjejas dan terganggu akibat operlaksanaan Hudud di Kelantan ini? Bagi saya "devoid of logic" atau dalam ketiadaan logik, maka yang nyata hanyalah penetangan ini kerana tidak mahu kepada Islam. Saya bukan bermaksud mahu membakar semangat atau mencetus ketegangan antara agama, tetapi saya sekadar mahu meniti di atas hak dan kuasa politik di bawah sistem demokrasi yang kita anuti dan amalkan sekian lama.Baik kiranya kumpulan yang "devoid of logic" ini menentang semata-mata kerana tidak mahu melihat perlaksanaan Islam sesama umat Islam, walaupun pelbagai seminar dan dailog diadakan, maka perlulah suatu pengajaran politik dikenakan ke atas mereka. Tidak lama lagi akan ada dua pilihanraya kecil Parlimen, satu di Bukit Gelugor Pulau Pinang dan satu di Teluk Intan Perak. Oleh kerana kesemua penentang Hudud ini seakan tidak peduli di atas sensitiviti umat Islam, kehendak umat Islam untuk mengamalkan agama mereka. Mereka hanya pentingkan kuasa politik mereka, apa kata kita pula beri pengajaran politik kepada mereka. Dalam kerangka sistem demokrasi kita mahu bertindak secara berakhlak dan terhormat, bukan melalui keganasan atau kacau-bilau. Apa kata umat Islam khasnya orang Melayu di Bukit Gelugor dan Teluk Intan tak kiralah PAS, atau Umno, atau PKR atau DAP Melayu atau NGO atau yang tidak berparti, kesemuanya, boikot kedua-dua PRK ini.Jangan keluar mengundi kerana yang akan bertanding di Bukit Gelugor nanti adalah DAP dan MCA kedua-duanya menentang Hudud. Demikian juga di Teluk Intan iaitu antara DAP dan Gerakan kedua-duanya menentang Hudud. Demi maruah dan harga diri kita apa kata kita pulaukan kedua-dua PRK ini biar mereka dengan jelas membaca betapa bengkaknya hati umat Islam lantaran komen dan protes mereka terhadap Hudud kebelakangan ini. Biar ini menjadi mesej bahawa kuasa politik Melayu dan Islam boleh juga digunakan di kawasan-kawasan lain seluruh Malaysia kiranya penentangan ini berterusan.Gesaan ini terbit dari hati dan fikiran saya sendiri, lama sangat orang Islam bersabar dengan karenah dan sikap enggan bertoleransi dan tolak-ansur kawan-kawan kita ini. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan