Rabu, 14 Mei 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Gambar Mat Said Dekat Tong Sampah

Posted: 14 May 2014 03:59 AM PDT



Fuh memang cepat betul buat kerja geng ni. Kesian dengan abang mat.

Laju le gambar dia diturunkan.

Begini lah nasib geng umno.

Ahmad Said kembali sertai UMNO, kesal kemelut yang berlaku

Posted: 13 May 2014 11:25 PM PDT

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau kembali menyertai UMNO dan kesal atas apa yang berlaku.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Tengku Putera berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam pertemuan bersama dengan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan 13 ADUN Terengganu di Perdana Putra di sini.

Beliau mengetuai 14 ADUN ketika sidang akhbar berkenaan.

Cium Tangan Najib

Posted: 13 May 2014 11:14 PM PDT



Semua sudah selesai. Macam jamban ke parti umno ni, boleh keluar masuk.

Bayar rm 0.20 pun dah cukup.

Ahmad Razif, ADUN BN akan jumpa Najib, Muhyiddin tengah hari ini

Posted: 13 May 2014 08:55 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, beliau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional lain akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya pada kira-kira jam 1 tengah ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengetip kad perakam waktu tepat jam 7.45 pagi ini dan secara rasmi memulakan tugas sebagai ketua eksekutif baharu kerajaan negeri Terengganu.

Indonesia haram laman web lucah

Posted: 13 May 2014 04:43 PM PDT

Jakarta: Indonesia mengarahkan pengharaman laman web perkongsian video popular Vimeo, selepas mendakwa ia menjadi hos kepada kandungan lucah, sekali gus mencetuskan kemarahan media sosial semalam.

Kementerian komunikasi mengumumkan bahawa laman yang berpangkalan di Amerika itu akan disekat berikutan penemuan di laman Vimeo dengan nama seperti Seni berbogel dan Nudie Cutie, yang memaparkan wanita bogel atau hampir tidak berpakaian.

Kami baru-baru ini menerima laporan daripada orang awam mengenai laman web yang membawa kandungan negatif dan lucah .

Salah satu daripada mereka adalah laman Vimeo.com, kata kementerian itu dalam satu kenyataan yang disiarkan lewat kelmarin. AFP

Tiada ulasan: