Kelab Greenboc |
Apabila Si Jahil Berselfie, Muatnaik Pula Ke FB... Posted: 04 May 2014 01:06 AM PDT Sekeping gambar yang kami perolehi ketika melayari Facebook amat memalukan. Gambar ini menyaksikan seorang wanita, yang masih bertelekung, sambil memegang buah dadanya untuk bergambar. Walaupun asetnya itu tidak diperlihatkan secara terang-terangan, namun amat jelas apa yang sedang dipegangnya! Kemudian gambar tersebut dimuat naik ke akaun facebook beliau. Entah apa tujuan dilakukan perkara sedemikian. Melihatkan akaun FBnya yang tidak aktif, wanita ini ada memuat naik beberapa keping gambar lain yang seolah-olah ditujukan kepada seseorang, mungkin suaminya, tapi, rasanya tak perlulah dibuat secara terbuka perihal 'dalam kelambu' anda. -infomedia Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Alternatif GST Sudah Ada, Turunkan Najib & Keluarkan UMNO BN Dari Putrajaya! Posted: 03 May 2014 07:55 PM PDT Pembangkang Kutuk GST Tapi Tidak Sedia Alternatif - Najib KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pembangkang yang mengutuk kerajaan kerana mahu melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun depan. Beliau berkata sebaliknya, pembangkang yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan cukai itu tidak pernah mengemukakan alternatif bagi menggantikan GST. "Pembangkang buat demonstrasi pada 1 Mei lepas tetapi sebenarnya kalau dia tidak setuju dengan GST, bagilah alternatif tetapi kita tidak dengar apa alternatif mereka. "Cuma dia naik pentas kutuk kerajaan, kutuk sahaja tanpa berikan alternatif yang baik untuk negara," katanya ketika melancarkan Majlis Senator Malaysia (MSM) dan logo majlis itu di Bangunan Parlimen di sini, malam Sabtu. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Presiden MSM, Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman. Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata cara itu tidak mencerminkan pembangkang yang mewakili masyarakat berintelektual kerana mereka sentiasa inginkan input yang lebih rasional mengenai sesuatu perkara. Menurutnya kerajaan mempunyai asas rasional yang cukup konkrit untuk melaksanakan GST di negara ini. "Lebih 160 buah negara sudah perkenalkan GST, kita patut sedar bahawa inilah jalan terbaik untuk menjamin masa depan negara," jelas beliau. Perdana Menteri juga berkata beliau menyokong penuh MSM, yang ditubuh tahun lepas dan dibuka kepada semua anggota Dewan Negara dari Barisan Nasional (BN) dan bekas Senator BN. Beliau berkata dengan kepelbagaian latar belakang dan kepakaran Senator, kualiti perbahasan Dewan Negara dilihat semakin meningkat. "Dengan pelbagai latar belakang, ia meningkatkan mutu perbahasan dan boleh mengimbangi Dewan Rakyat bukan sahaja dari sudut dasar-dasar yang dibawa mana-mana parti politik, tetapi apabila sampai ke Dewan Negara ia boleh membawa perspektif yang berbeza," katanya. Beliau berkata, dengan keseimbangan ini akan memberi manfaat yang besar kepada kerajaan dan memberi input yang bermakna untuk kepentingan rakyat. Najib berkata, Dewan Negara tidak seharusnya dilabel sebagai 'rubber stamp' oleh sesiapapun kerana peranan yang dimainkan oleh para Senator juga cukup penting dalam menggubal undang-undang. "Saya diberitahu bahawa perbahasan dalam dewan sangat rancak kebelakangan ini sehingga baru-baru ini Dewan Negara mencatat sejarah perbahasan sehingga 12.43 pagi kerana ingin meluluskan usul titah Diraja," katanya. Mengenai peruntukan tambahan untuk elaun anggota Dewan Negara, Najib berkata, beliau akan membincangkan dengan Kementerian Kewangan mengenai perkara itu. -mstar
ULASAN GB Alternatifnya sudah ada, Najib perlu turun sebagai Perdana Menteri. Semasa beliau memegang jawatan PM dan Menteri kewangan negara berada di ambang kebangkrapan dengan hutang negara hampir mencecah RM600 billion. Sistem pengurusan kewangan negara yang lemah seperti yang didedahkan oleh Bekas Menteri Kewangan di atas, Tun Daim Zainuddin, ditambahkan dengan ketirisan dan rasuah yang berleluasa menyebabkan rakyat menderita. Tun Daim sendiri yang meminta supaya jawatan penteri Kewangan dipegang oleh orang lain bukan PM sendiri. Oleh itu, untuk menyelamatkan negara dari bankrap, tiada jawapan lain selain dari Najib perlu turun dan kerajaan UMNO BN perlu ditukarkan bukan dengan dengan pengenaan GST yang akan terus membebankan rakyat. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan