[GAMBAR & VIDEO] Fenomena Dyana Sofya - Kemunculan Politik Baru Di Malaysia Posted: 30 May 2014 12:17 AM PDT Apa saja tentang Dyana 'terlaris' di Teluk IntanANALISIS Sama ada kalah atau menang selepas pilihan raya kecil Teluk Intan bakal berakhir tengah malam esok, calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud sudah menjadi 'ikon' dalam masa hampir dua minggu kempen berlangsung. Masakan tidak, di tengah-tengah kehangatan pertembungan antara biru 'BN' dan merah 'DAP', mencuri perhatian orang ramai di sekitar Teluk Intan adalah kelibat baju-T merah berkolar bulat yang terpampang lakaran bayang wajah Dyana Sofya Mohd Daud di tengah-tengahnya.
Di bawah wajah Dyana itu tertera namanya dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil.
Sementara bahagian belakang baju-T itu pula tertera capaian Facebook laman kempen beliau.
Baju-T itu kelihatan dipakai ramai penyokong Pakatan Rakyat pada acara-acara kempen mereka tanpa mengira umur, jantina atau kaum dan ia juga bukan diedarkan secara percuma.
Baju-T itu yang dijual oleh DAP pada harga RM10 untuk semua saiz itu tanpa disedari bertindak sebagai papan iklan mudah alih buat Dyana.
Sesetengah penyokong Dyana kadangkala akan memintanya menurunkan tandatangan pada baju tersebut jika mereka terserempak dengannya sewaktu beliau berkempen.
Tindakan mengabadikan wajah Dyana pada baju-T itu secara tidak langsung menjadikannya seolah-olah sebaris dengan beberapa personaliti utama Pakatan Rakyat dalam masa dua minggu sahaja.
Selain Dyana, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, dan Nurul Izzah Anwar adalah di antara personaliti Pakatan yang wajah mereka juga diabadikan dengan cara yang sama pada baju-T penyokong Pakatan selama ini.
Mungkin mengambil isyarat daripada kelarisan produk itu, DAP semalam turut bertindak melancarkan satu buku tulisan Dyana Sofya berjudul 'Di Sini Bermula' walaupun tempoh kempen tinggal sehari sahaja lagi.
Buku dengan wajah Dyana berpakaian kemeja putih sebagai muka depan itu laris di kalangan penyokongnya walaupun ia sekadar memuatkan rampaian 11 rencana dan kenyatan media beliau.
Sebanyak 200 naskhah buku itu yang dijual pada harga RM20 setiap satu, habis disambar hadirin ceramah di padang sebelah Bank OCBC, Jalan Mahkota, semalam.
Sama ada kalah atau menang selepas pilihan raya kecil Teluk Intan bakal berakhir tengah malam esok, barang Dyana Sofya terbukti 'baik' dan laku di bandar ini! -mk
Surat terbuka untuk orang Teluk Intan - Dyana Sofya Tuan/puan orang Teluk Intan yang baik budi,
Dua minggu sudah begitu memerah tenaga, namun sangat mengujakan. Sejak dinamakan oleh DAP sebagai calon pilihanraya kecil Teluk Intan, saya melalui pelbagai pengalaman dalam masa dua minggu ini jika dibanding dengan usia 27 tahun saya.
Dengan tiba-tiba saya menjadi tumpuan menteri-menteri UMNO yang tidak dapat menahan diri daripada memberi komen tentang rupa paras saya. Datuk Abdul Rahman Dahlan memberitahu tuan-tuan supaya jangan undi saya hanya sebab saya memakai gincu. Datuk Zahid Hamidi pula berkata saya ini tidak lah cantik sangat jika jumpa berdepan. Datuk Ahmad Maslan pula menekankan bahawa isterinya sendiri, bahkan Datuk Tajuddin Abdul Rahman pun boleh menang jika ini satu pertandingan ratu cantik.
Rupa paras saya langsung tidak penting dalam pilihanraya kecil yang sangat penting ini. Saya tidak masuk DAP untuk menyertai pertandingan ratu cantik. Saya menyeru orang Teluk Intan untuk menilai saya melalui nilai, prinsip dan impian saya untuk Malaysia yang lebih baik. Saya mahu memenangi pilihanraya ini bukan kerana rupa paras, tapi kerana kebolehan saya untuk membawa perubahan dalam lanskap politik Malaysia di Parlimen.
Lawan politik saya telah menyerang dengan ganas dan bersembunyi di sebalik blog-blog yang menyokong Barisan Nasional, dan juga risalah-risalah yang menfitnah saya dengan menggunakan gambar palsu dan tuduhan-tuduhan tidak berasas tentang moral dan etika saya. Sewaktu melawat beberapa pasar malam, saya bertemu beberapa pembuli dari kalangan penyokong UMNO yang mengejek-ejek, menggangu malah cuba menghalang laluan kempen.
Terdapat menteri yang malah turut menyebarkan penipuan bahawa saya bukan seorang peguam dan tidak mempunyai ijazah undang-undang. Walaupun saya telah membuktikan bahawa saya telah diiktiraf sebagai peguam pada tahun 2011, itu nampaknya tidak relevan bagi BN, yang begitu terdesak untuk menang dengan apa cara sekali pun.
Serangan paling jahat datang daripada seorang bekas menteri yang menuduh saya ini seorang pengkhianat Melayu. Jelas sekali mereka tidak peduli bahawa pengkhianat sebenar orang Melayu adalah pemimpin BN yang menyalahgunakan kuasa, memperkayakan kroni dan sanak saudara serta melakukan rasuah yang merugikan kita semua.
Taktik kotor dan jahat oleh pihak lawan tidak akan mematahkan semangat saya untuk memperjuangkan hak kesemua rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang terpinggir dan didiskriminasi. Saya tidak akan merasa lemah semangat dan saya tidak akan menjadi pengkhianat kepada rakyat Malaysia.
Sementara pemimpin UMNO melabel saya sebagai pengkhianat orang Melayu, pemimpin Gerakan pula menyerang saya kononnya saya ini ekstremis Melayu kerana dakwaan hubungan saya dengan pertubuhan Perkasa. BN terus melakukan pendekatan pecah dan perintah di mana mereka memberi mesej berbeza kepada kaum-kaum yang berbeza.
Biar saya jelaskan di sini. Pada waktu saya diminta ibu saya untuk membantu dengan tugas-tugas mendaftarkan peserta atau memakaikan bunga kepada VIP sewaktu penubuhan Perkasa ketika saya masih seorang mahasiswa lebih 5 tahun lalu, saya tidak terlibat dengan aktiviti Perkasa, dan saya juga bukan seorang ahli. Bahkan ibu saya sendiri menjauhkan diri daripada Perkasa dan tidak lagi aktif setelah beliau tidak bersetuju dengan aktiviti dan prinsipnya.
Saya membesar dalam keluarga UMNO dan melihat sendiri bagaimana Perkasa berfungsi, dan ini meyakinkan saya bahawa DAP mempunyai platform dan nilai-nilai terbaik demi memperjuangkan negara Malaysia yang lebih demokratik, adil dan makmur dari segi ekonomi.
Saya yakin bahawa Malaysia telah rosak akibat 57 tahun poltik perkauman melalui sistem pecah dan perintah oleh BN. Saya sedih melihat bagaimana pemimpin BN dan proksi mereka seperti Perkasa menghasut rakyat pelbagai kaum untuk membenci sesama sendiri, berbanding berjuang demi kebaikan sesama sendiri.
Saya mahu buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa bukan hanya orang Cina yang boleh membantu orang Cina, bukan hanya Melayu yang boleh membantu Melayu, dan bukan hanya orang India boleh membantu orang India.
Saya ingin menunjukkan contoh, demi membina sebuah negara di mana seorang Melayu boleh membantu seorang Cina, seorang Cina boleh membantu seorang India dan seorang India boleh membantu seorang Melayu. Impian saya adalah untuk MeMalaysiakan semula Malaysia.
Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas budi baik dan kasih sayang yang ditunjukkan kepada saya oleh orang Teluk Intan. Sambutan hangat dan kasih sayang dari semua kaum – Melayu, India dan Cina memperkukuhkan keyakinan saya terhadap masyarakat negara ini, serta memperkuatkan keazaman saya untuk berjuang demi Malaysia.
Dengan sokongan pengundi Teluk Intan, saya berharap dapat menunaikan janji saya untuk berpindah dan tinggal di daerah yang begitu indah dan bersejarah ini. Saya berjanji untuk memberikan khidmat bakti kepada anda dengan penuh komitmen dan dedikasi, dan memastikan ngauman Teluk Intan menggegarkan Parlimen Malaysia.
Dyana Sofya Mohd Daud
ERA DYANA SOFIA : MUNCULNYA POLITIK BARU DI MALAYSIA Satu trend baru kelihatan dalam masa berkempen PRK Kawasan Teluk Intan ialah kecondongan kepimpinan parti komponen Pakatan Rakyat untuk menonjolkan golongan muda supaya bergiat cergas dalam politik. Perkembangan ini amat jelas kelihatan pada kepimpinan PAS ataupun DAP mahupun PKR. Dan tentunya amat berbeza dengan 'fahaman' yang masih ditonjolkan oleh UMNO (BN) yang masih berpaut kepada cara lama ia itu seolah-olah mengenepikan orang muda. Dengan sebab itulah sekiranya Dyana mengikut jejak langkah ibunya menyertai puteri UMNO berkemungkinan beliau tidak akan dapat menduduki tempat sebagaimana beliau diletakkan oleh DAP kini.
DS Anwar Ibrahim, TG Haji Hadi dan YB Saudara Lim Kit Siang nampaknya telah mengorak langkah yang luar biasa memberikan perhatian khusus kepada anak muda. YB Lim misalnya telah mempertaruhkan tindakannya dengan pengorbanan yang bukan kecil meletakkan Dyana bertanding di PRK Teluk Intan. Seorang calon muda. Melayu. Masih dikira tidak berpengalaman dalam sepak terajang politik, tetapi 'disuruh' bertanding di situ. Menunjukkan bahawa YB Saudara Lim Kit Siang telah 'memperjudikan' masa hadapan politiknya. Pastinya ada suara-suara sumbang yang menentang tindakannya itu. Namun disebabkan keyakinannya untuk mengenengahkan anak muda sebagai calon maka keputusan terpaksa dibuat.
Melalui gerak gerinya, dapat 'dibaca' bahahwa sememangnya beliau sangat mengharapkan kemenangan Dyana, kerana kemenangan itu nanti akan membawa kepada implikasi yang amat besar. Melalui gerak gerinya juga dapat 'dibaca' bahawa sememangnya hasrat YB Lim Kit Siang berusaha untuk 'memadamkan' tanggapan banyak pihak yang mengatakan bahawa partinya DAP adalah parti milik orang Cina. Tetapi dengan mengemukakan Dyana sebagai calon, gambaran sedmikian sudah mula agak pudar. Dan akan lenyap sekiranya Dyana menang dalam PRK nanti dengan undian dari berbagai kaum yang dapat membuktikan dengan jelas bahawa DAP adalah sebuah parti yang tidak memihak kepada mana-mana kaum di Malaysia..
Aku yakin kemenangan Dyana nanti (Insyallah) akan merupakan titik tolak dalam pembentukan satu rupa bangsa Malaysia yang akan dicorakkan oleh anak muda dengan restu dan bimbingan 'orang tua' yang berpengalaman. Aku perhatikan tindak tanduk YB TG Haji Hadi adalah luar biasa sekali dalam PRK Teluk Intan ini. "kemesraan' dan hubungan 'bapak-anak' yang ditonjolkannya terhadap Dyana adalah merupakan sesuatu yang luar biasa. Aku tidak tahu apakah tarikan yang ada pada anak gadis ini yang menyebabkan seolah-olah TG Haji Hadi sanggup memberikan sokongan PAS yang tidak berbelah bagi pada DAP untuk memenangi PRK ini.
Dengan kehadiran dan penglibatan DS Anwar Ibrahim sudah cukup memberikan bukti bahawasanya ketiga-tiga kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengharapkan kemenangan DAP dalam PRK. Seolah-olah kemenangan itu nanti akan merupakan kemenangan calon muda yang akan mencorak dan menentukan masa depan politik negara.
Anak-anak muda di seluruh negara sudah dapat 'membaca' dan memerhati bahawa sebenarnya Pakatan Rakyat sedang melatih dan membimbing anak-anak muda supaya terjun ke kancah politik. Dan sememangnya PRU 14 nanati adalah PRU yang akan ditentu dan dimiliki oleh anak muda. Anak muda akan menjadi penentu segalanya. Dengan demikian kepimpinan Pakatan Rakyat telah mengorak langkah dengan menampilkan orang muda untuk ditonjolkan menduduki kerusi di parlimen atau di dewan undangan negeri nanti. -abuhassanadam
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI
|
[20 GAMBAR LAGI] Fenomena Dyana Mania Berterusan, Ramai Ramalkan Dyana Menang Posted: 29 May 2014 06:43 PM PDT Tinjauan: Lebih ramai Melayu sokong DAP Satu tinjauan dijalankan oleh sebuah universiti swasta tempatan menunjukkan DAP akan berjaya menarik lebih banyak sokongan Melayu melalui calonnya Dyana Sofya Mohd Daud.Bagaimanapun, menurut tinjauan Pusat Kajian Pilihan Raya UCSI itu, DAP akan mendapat jumlah majoriti undi yang lebih kecil kerana jumlah yang keluar mengundi berkurangan.
Tinjauan tersebut menunjukkan jangkaan bahawa Dyana Sofya akan meraih 28.3 peratus undi Melayu, manakala calon BN akan mendapat 58.75 peratus, dengan lapan peratus lagi masih belum membuat keputusan.
"Ia merupakan peningkatan sebanyak antara lima hingga enam peratus (berbanding pilihan raya umum) daripada kira-kira 20,000 pengundi," kata pengasas pusat kajian itu, Ngerng Miang Hong.
Sementara itu, sebanyak 43 peratus daripada pengundi India dijangka memilih Dyana, manakala 44 peratus lagi lebih berminat pada calon BN Datuk Mah Siew Keong, dengan 13 peratus lagi belum membuat keputusan.
Hasil berkenaan adalah berdasarkan tinjauan ke atas 400 orang responden yang terlibat. Para responden tersebut hanya terdiri daripada pengundi Melayu dan India di Teluk Intan, yang ditinjau antara 24 hingga 26 Mei lalu.
Ngerng berkata, satu kajian kumpulan tumpuan untuk pengundi Cina menunjukkan kecenderungan mereka tidak banyak berubah sejak pilihan raya umum ke-13, dengan kira-kira 75 peratus memilih DAP.
Katanya, tinjauan itu menunjukkan jangkaan bahawa DAP akan menang dengan majoriti 3,000 undi sekiranya 70 peratus keluar mengundi pada 31 Mei.
Jangkaan itu jauh berbeza berbanding majoriti 7,313 undi yang diperolehi pada 2008, dengan 80.4 peratus jumlah keluar mengundi.
Tinjauan itu menyatakan jangkaan sekurang-kurangnya 69 peratus akan keluar mengundi pada 31 Mei.
PRK Teluk Intan: DAP tumpu peniaga Cina dengan kempen berbisik Perhatian pada peringkat akhir kempen di Teluk Intan kini tertumpu pada pengundi Melayu yang dijangka akan menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya kecil kawasan parlimen ini, Sabtu depan.
Sejumlah 38 peratus daripada keseluruhan 60,349 pengundi berdaftar ini – dua kali ganda daripada jumlah pengundi India – akan menentukan sama ada DAP mampu menghantar seorang wakil rakyat Melayu ke Parlimen.
Sasaran tersebut dinyatakan dengan jelas melalui pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang mahu parti itu meningkatkan sokongan dari pengundi Melayu dari 25 peratus dalam pilihan raya umum lalu kepada 40 peratus.
DAP mahu merealisasikan impian tersebut melalui calon mereka, peguam muda berusia 27 tahun Dyana Sofya Mohd Daud.
Dalam suasana kempen yang hanya berbaki dua hari, DAP nampaknya berdepan kesukaran untuk mencapai sasaran tersebut.
Ia boleh dilihat berdasarkan kenyataan rakan sekutunya, PAS yang hanya menetapkan sasaran untuk mengekalkan sokongan pengundi Melayu yang sudah sedia menyokong Pakatan Rakyat.
Naib Presidennya, Datuk Salahuddin Ayub berkata strategi berkenaan sudah cukup untuk mengekalkan kemenangan DAP di Teluk Intan.
Katanya lagi, pengundi Melayu yang bersama BN "boleh dilupakan" sahaja kerana mereka sudah terlalu lama dimomokkan dengan propaganda BN.
Katanya, golongan berkenaan sudah lama termakan dengan dakwaan, antaranya seperti tuduhan kononnya DAP akan mengancam kedudukan agama Islam dan Raja-Raja Melayu.
Pemerhatian berhubung peluang DAP dalam meningkatkan sokongan Melayu itu juga berdasarkan kekangan yang dihadapi kem BN.
BN dilihat tidak mampu meluaskan pengaruh mereka berdasarkan gaya berkempen tradisional parti tersebut, yang tidak mampu memikat pengundi setia Pakatan.
Ini diperhatikan dalam isu yang diutarakan dalam ceramah BN, antaranya dakwaan bahawa Dyana Sofya mahu UiTM dibuka kepada bukan Melayu.
Perkara ini sudah diketahui oleh penyokong Pakatan sebagai satu putar belit politik untuk memburukkan imej DAP.
Begitu juga dengan kempen memburuk-burukkan DAP sebagai parti yang menolak hudud. Dakwaan ini juga tidak lekat di kalangan pengundi setia Melayu yang menyokong Pakatan.
Mereka sedia maklum bahawa MCA dan GERAKAN yang berada di dalam BN turut menolak hudud.
Mengikut perkiraan ini, golongan pengundi Melayu Teluk Intan nampaknya sudah pasti siapa yang mereka mahu undi.
Samseng Umno
Sementara itu, peristiwa kemangkatan Sultan Perak, Raja Azlan Shah semalam turut memberikan kesan besar kepada kempen kedua-dua parti.
Tinjauan Malaysiakini pada malam tadi menunjukkan acara ceramah politik bertukar menjadi majlis bacvaan Yassin dan tahlil selepas DAP dan BN mengumumkan untuk menangguhkan kempen sehingga majlis pemakaman selesai hari ini.
Bagaimanapun perkembangan itu tidak merencatkan kempen 'berbisik' di kalangan pengundi Cina di Teluk Intan.
Kempen tersebut dikesan bagi menyebar sentimen untuk menolak BN dan "samseng Umno" bermula semalam, yang mensasarkan golongan peniaga kecil Cina di kawasan bandar Teluk Intan.
Kempen berkenaan timbul ekoran ucapan naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Isnin lalu, yang menyifatkan golongan peniaga Cina yang menyokong DAP sebagai pihak yang "tidak mengenang budi".
Kempen untuk menolak tindakan 'samseng Umno' itu pula merujuk kepada siri serangan dan kekasaran dilakukan kumpulan Pemuda Umno yang mensasarkan wakil rakyat dan pejabat DAP minggu lalu.
Kejayaan kempen tersebut setakat ini masih belum dapat dipastikan, namun cakap-cakap di kalangan pengundi mungkin boleh memberi beberapa petunjuk.
Antaranya, seorang peniaga kedai haiwan yang menyatakan kebimbangan bahawa 'samseng Umno' akan bertambah kuat sekiranya pengundi memilih BN.
Kempen demikian akan meletakkan BN dalam kedudukan sukar seandainya ia terus dibisikkan di kalangan pengundi dalam tempoh genting ini.
Dengan sekutu seperti Umno, parti GERAKAN tidak perlukan lebih ramai musuh untuk menyukarkan kempen mereka di saat akhir ini. -mk
'Shock and awe' Dyana a shoo-in for Mah's 'bye-election' OUTSPOKEN: Is she a diamond? A princess? A tigress? Yes, she's all that. She is DAP's "shock and awe" candidate for the next MP of Teluk Intan.
Yet Dyana Sofya Mohd Daud claims she is the underdog in the one-on-one tussle against the BN.
Is she really? Her opponent, Gerakan president Datuk Mah Siew Keong, also claims it is an uphill battle for him in Saturday's by-election.
Well, Dyana will definitely be unable to match her colleague Ramkarpal Singh's massive victory in Bukit Gelugor where the Tiger of Jelutong's scion polled nine out of every 10 votes cast.
Neither will Mah suffer the humiliation of his former Gerakan colleague, PCM vice-president Datuk Huan Cheng Guan, in losing his deposit as the latter did in Bukit Gelugor along with the two Independents.
But Dyana is headed for victory on Saturday and making history as DAP's first Malay female MP, joining her two Malay male and 35 other colleagues on the party's backbenches.
At 27, she will be the youngest member of the 13th Parliament. A "very pretty one", besides being able to "think, write and articulate".
She will join the ranks of Bernadette Devlin from Northern Ireland who won a by-election in 1969 to enter the British House of Commons.
Bernadette was the youngest MP when elected at aged 21, and remains the youngest female ever elected to Westminster. She made her maiden speech on her 22nd birthday, within an hour of taking her seat.
The gutsy woman stood on the slogan "I will take my seat and fight for your rights".
That sounds like it's coming from Dyana herself.
Here's a sampling:
"(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) said that Malays were smart in joining Pakatan Rakyat. He's correct," she said. "After that he calls us traitors. Wow, that's rich."
That didn't stop DAP supremo Lim Kit Siang making an SOS for netizens to help boost the chances of his political secretary.
The DAP, he said, took a big risk by fielding the Malay lawyer in Chinese-dominated Teluk Intan.
Truth be told, voters in the Perak riverine constituency have consistently elected non-Chinese to Parliament and the Perak state assembly.
In fact, DAP's current Ipoh Barat MP M Kulasegaran first entered Parliament in the 1997 Teluk Intan by-election by turning round a BN majority of 13,968 in the 1995 general election to a DAP majority of 2,916.
Although Mah wrested the seat back for BN in 1999 and retained it in 2004, he lost to another DAP Indian, M Manogaran, in 2008 and failed in his second bid last year.
In last year's general election, the Chinese voted for yet another DAP Indian, Terence Naidu V Raja, to represent Pasir Bedamar, the town centre state seat.
In the past, they had elected Fadzlan Yahya as DAP assemblyman for three consecutive terms.
On the basis that the local Chinese have proven their "colour blindness", are Dyana's chances really only 40% as claimed by her boss?
To begin with, the DAP has firmly held on to Pasir Bedamar, the bigger of the two state seats that make up the Teluk Intan parliamentary constituency.
The only time since 1969 that the opposition party lost the state seat was in 1995 when Mah made his election debut.
Mah contested under the platform that he is the grandson of Datuk Mah Pooi Soo, the richest man in town, and won out of the townsfolks' gratitude to his grandfather for his benevolence.
Even so, the DAP snatched back the seat from Gerakan in the following general election when Mah "graduated" to contest the parliamentary seat.
Last year, Mah polled only 15% of the Chinese votes when he lost in his second bid to win back Teluk Intan even though 75% of the Malay voters chose him over the DAP's Seah Leong Peng, whose death caused this by-election.
Teluk Intan has a current voter profile of 42% Chinese, 38% Malay and 19% Indian.
To be assured of victory, Dyana needs the support of 85% of the Chinese votes or 35% of the total.
In addition, she requires 50% of the Indian votes or 9.5% of the total, and 15% of the Malay votes or 5.5% of the total.
Seah polled just 25% of the Malay votes last year and still beat Mah convincingly by over 7,000 votes.
Fielding Dyana could very well see the DAP cut into the BN's Malay vote bank.
With up to 90% of the Chinese vote behind her and currently commanding more Indian support than Mah, the DAP candidate will romp home if she snares just 12% of the Malay votes.
Barring last minute stunts by Umno, which has more to lose in the event of Gerakan's Mah falling yet again, the DAP seems headed for a thumping victory.
Don't be surprised if Dyana beats Mah by 60% to 40%. Saturday is looking like Mah's "bye-election". -Tan Jooi Lang
Tan Jooi Long resigned as an editor in Bernama to head the Asia Pacific operations of a U.S.-based newswire. He is a prolific tweeter. -theantdaily
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI
|
Ahmad Maslan Menonong Balik, Sanggup Lompat Parit Elak Jumpa Wartawan -UPDATED Posted: 29 May 2014 06:12 AM PDT Ahmad Maslan 'lompat parit', enggan jawab isu ahli DAPMungkin kerana malu dengan kenyataannya dalam satu majlis kempen di Teluk Intan berhubung 150 ahli DAP mahu keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan didakwa cuba mengelak diri daripada media. Timbalan menteri kewangan dan ketua penerangan Umno itu dilaporkan melarikan diri daripada media malam tadi, dengan cara menyampaikan ucapan yang panjang dan elak menjawab soalan wartawan selepas ceramah itu.
Ahmad juga didakwa cuba menyeberang sebuah parit untuk mengelak wartawan yang menunggunya, selepas menyampaikan ceramah kepada kira-kira 50 orang di Kampung Padang Tembak Dalam, Teluk Intan.
Selepas selepas menyampaikan ucapan, wartawan terdengar Ahmad bertanya kepada pembantunya di mana pintu masuk dewan itu.
Ketika pemberita berkumpul di pintu masuk dewan itu untuk bertanya mengenai pembabitannya dalam dakwaan lompat parti malam Selasa lalu, Ahmad berjalan ke arah parit dan cuba untuk melompatnya.
Malaysiakini melaporkan pembantunya datang dengan lampu suluh untuk menunjukkan jalan keluar.
Walaupun dikejar oleh wartawan yang meminta beliau mengadakan sesi soal jawab , Ahmad hanya terus berjalan keluar tanpa menghiraukan mereka dengan dikelilingi lima pembantunya.
Pada malam Selasa, Ahmad merasmikan satu majlis di mana BN mendakwa 150 ahli DAP menolak parti mereka dan mahu menyokong parti pemerintah.
Bagaimanapun, majlis itu tidak berjalan sebagaimana yang dirancang apabila media yang ingin membuktikan dakwaan itu mendapati tidak semua 150 individu itu adalah bekas ahli DAP.
Seorang wanita yang pada awalnya bergambar dengan Ahmad samba memegang bendera BN mendakwa dia dipaksa ke majlis itu dan tidak pernah meninggalkan DAP.
Sebahagian daripada mereka pula mendakwa menjadi ahli dan penyokong BN sejak sekian lama.
Acara berakhir dengan suram apabila wartawan dilarang oleh pihak penganjur menemubual hadirin yang lain di samping diminta keluar daripada majlis itu.
BN rampas majlis perwaris TELUK INTAN: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendakwa Barisan Nasional (BN) telah 'merampas' majlis amal mereka malam kelmarin dengan mendakwa membawa seramai 150 ahli DAP untuk menjadi ahli BN.
Badan NGO tersebut, Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Perwaris) berkata bahawa BN telah menggunakan kesempatan tersebut untuk kepentingan sendiri.
Wakil Perwaris tersebut Mohd Yusuf Abdul Manaf yang hadir di sidang akhbar parti DAP tengahari tadi berkata tujuan sebenar mereka mengadakan majlis tersebut adalah untuk menjemput wakil dari Gerakan, Datuk Mah Siew Keong untuk bersama sama Perwaris dalam mendengar luahan hati pemandu teksi di Teluk Intan.
"Pada asalnya kami mahu Mah untuk hadir tetapi beliau tidak hadir. Kami kecewa,"
"Kami mahu beliau mendengar luahan kami tetapi sebaliknya majlis tersebut menjadi majlis BN untuk mengumumkan 'kemasukan' ahli DAP kedalam parti tersebut," kata Yusuf yang juga timbalan pengurusi persatuan teksi Teluk Intan.
Dalam sidang akhbar yang sama, bekas ahli parlimen Teluk Intan selama dua penggal M.Manogaran memberitahu pemberita bahawa tiada seorang pun wakil parti DAP yang keluar parti pada malam tersebut.
Turut hadir adalah S.Santhi wanita yang dikatakan dipaksa untuk memakai baju BN sewaktu majlis tersebut yang dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.
"Tiada seorang daripada DAP keluar parti malam tersebut. Mereka telah ditipu oleh BN bahawa mereka akan menerima hamper jika menghadiri majlis tersebut,"
"Sebaliknya mereka dipaksa memakai dan memegang bendera BN," kata Manogaran. Santhi pula mendakwa bahawa beliau khuatir akan keselamatan diri beliau kerana dikelilingi oleh ramai wakil parti BN dan oleh itu beliau terpaksa menuruti perintah daripada penganjur.
"Saya takut akan di apa apakan oleh itu saya ikut sahaja apa yang disuruh," kata Santhi yang merupakan ahli parti DAP dan sekarang pemandu teksi. Pada malam 27 Mei, BN mendakwa seramai 150 wakil parti DAP akan menyertai BN kerana kecewa dengan parti politik tersebut.
Akan tetapi hanya tiga orang yang mendakwa diri mereka wakil DAP hadir di majlis tersebut termasuk Santhi.
Sejurus selepas majlis tamat, Santhi mendakwa telah ditipu oelh penganjur ketika ditemu bual pemberita. -FMT
Ahli DAP terkejut diumum sokong BN...
TELUK INTAN Satu majlis bekas 'anggota' DAP menyertai BN malam tadi tidak berjalan seperti dirancang apabila seorang peserta sebaliknya mengaku masih setia menyokong DAP dan tidak diberitahu terlebih dahulu tentang tujuan majlis berkenaan dianjurkan.
Shantini a/p Subramaniam, 46, seorang pemandu teksi berkata beliau setia menyokong DAP sejak berumur 21 tahun dan terkejut apabila diumumkan sebagai seorang daripada 150 orang bekas anggota DAP yang akan menyokong BN pada majlis lewat petang semalam.
"Saya ini Barisan tadak punya, sampai sekarang saya DAP punya orang.
"Saya bawa teksi punya orang, saya datang sini tangkap gambar punya.
"Saya (sejak umur) 21 tahun sampai sekarang umur saya 46 tahun, saya punya keluarga semua (sokong) DAP.
"Saya masih ahli (DAP), dia orang suruh datang, saya datang," katanya sewaktu ditemubual pemberita selepas gimik majlis itu selesai.
Shantini kemudian diminta penganjur, seorang individu dikenali sebagai 'ayahanda' Arjami Ali yang mengaku dari NGO Pewaris Malaysia untuk terus meninggalkan majlis.
Shantini sebelum itu bersama dua orang lagi menerima baju-T BN daripada Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.
Majlis yang berlangsung di padang perumahan Taman Desa Bakti, Teluk Intan itu kemudiannya menyaksikan seorang daripada mereka menerima bendera DAP dari penganjur dan meletakkannya ke atas tanah sebagai simbolik meninggalkan DAP.
Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy sewaktu diminta menjelaskan kekeliruan tersebut berkata Shantini mungkin tidak faham dengan soalan wartawan.
Menjelaskan tindakan Shantini yang diminta meninggalkan majlis lebih awal, Mohana berkata beliau pulang untuk mengambil kad keanggotaan DAP miliknya.
"Awak tanya dalam bahasa apa kepada dia?
"Kadang-kala ada kekangan bahasa juga," kata Mohana apabila mengetahui wartawan bertanya dalam bahasa Melayu kepada Shantini.
'Kejutan' kedua adalah apabila petugas media pada awalnya menerima maklumat majlis itu diadakan untuk menerima anggota DAP yang akan 'melompat parti' kepada BN.
Namun akhirnya, petugas media dimaklumkan bahawa bekas 'anggota' DAP yang hadir semalam tidak akan menyertai mana-mana parti komponen BN.
Sebaliknya, majlis diadakan untuk mengalu-alukan sokongan mereka yang kini bersama BN, seperti disahkan ADUN Cangkat Jong, Mohd Azhar Jamaluddin pada sidang media ringkas, selepas majlis itu.
Seorang petugas media turut menggesa peserta agar melakukan gimik memotong kad keahlian DAP mereka sebagai simbolik meninggalkan DAP.
Namun, Ahmad Maslan menolak permintaan itu atas alasan ia bukan budaya BN.
Sebahagian peserta yang duduk selama hampir dua jam dalam keadaan gelap di luar khemah yang tidak berlampu, dengan memakai baju-T dan topi BN pada majlis itu kemudian diberikan sebuah kotak berlogo 1Malaysia setiap seorang oleh penganjur, selepas majlis berakhir.
Petugas media cuba menemubual peserta untuk mengetahui isi kotak itu namun dihalang oleh Arjami Ali yang berkata "media suka jaga tepi kain orang".
Sebelum beredar, petugas media turut meminta seorang lagi penganjur, Yusof Abd Manaf untuk mencari seorang peserta yang sanggup diwawancara.
Yusof kemudian membawa seorang perempuan berusia 60 tahun ke bawah khemah untuk diwawancara media.
Namun, wawancara itu terhenti sebelum bermula dengan sempurna apabila Arjami bertindak membawa perempuan itu pergi dan menutup lampu khemah.
Yusof kemudian meluahkan kekecewaannya apabila media lebih menyerlahkan 'orang KL' yang datang pada malam itu berbanding NGO tempatan yang bekerja keras selama dua minggu untuk majlis itu.
"Kami dah pujuk orang-orang ini (peserta) selama lebih dua minggu tapi awak malam ini datang dan tanya 'orang KL' yang cuma datang sekejap dan tak tanya kami tentang majlis ini terlebih awal," katanya dipercayai merujuk kepada Ahmad Maslan dan Mohana. -mk
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan