Kelab Greenboc |
- Bila Iblis & Syaitan Menguasa Badan, Anak Sendiri Pun Dimakan
- [GAMBAR & VIDEO] 1 Lwn 1 Di Teluk Intan: Dyana Lwn Mah Siew Keong
- [KES BERAT] Bux & Backer Berkempen Di Luar Kawasan Parlimen Bkt. Gelugor
- [Terkini MH370] K'jaan Malaysia Didakwa Menipu, Inmarsat Nafi Kenyataan Hishamuddin
Bila Iblis & Syaitan Menguasa Badan, Anak Sendiri Pun Dimakan Posted: 19 May 2014 01:45 AM PDT Rogol anak dalam bangsal kebun KUALA TERENGGANU - Mahkamah sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan 10 kali sebatan terhadap seorang bapa yang tergamak merogol anak kandungnya sebanyak dua kali pada 16 Ogos dan 12 September tahun lalu. Sebaik pertuduhan dibacakan, tertuduh yang berusia 38 tahun dan beralamat di Jalan Lebuhraya Jerangau Jabor, Terengganu itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman. Tertuduh yang disabitkan dua pertuduhan itu didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan. Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 3 pagi, 16 Ogos lalu, ketika mangsa sedang tidur di dalam bilik di rumah tidak bernombor, di Dungun. Ketika itu, tertuduh telah mengejutkan mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun dan membawanya ke bangsal sebuah kebun Dungun, dan setelah tiba di bangsal tersebut, tertuduh telah menyuruh pengadu tidur di bangsal tersebut, sebelum bertindak merogol mangsa jam 3.30 pagi sebanyak sekali tanpa kerelaan. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa sekali lagi merogol mangsa pada jam 9.30 malam, 12 September tahun lalu. Pada awalnya, kira-kira jam 5 petang, ketika mangsa berada di rumah, tertuduh mengajak mangsa menemaninya tidur di bangsal kebun, dan pada jam 9.30 malam, mangsa telah dirogol oleh tertuduh sebanyak sekali tanpa kerelaannya. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Dungun pada 23 September 2013, jam 10.40 malam. Tertuduh kemudiannya ditahan di sebuah rumah di Kampung Wakaf Tapai, Marang oleh Inspektor Mohamad Ramizan Ramli bersama sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun pada 29 September 2013, jam 11 pagi. Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku salah dan diarahkan menjalani hukuman secara serentak iaitu di penjara selama 13 tahun dan 10 sebatan iaitu masing-masing lima sebatan bagi pertuduhan pertama dan kedua. Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Siti Nur Hafizah Mohd Sokran manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Ismail. -SH ULASAN GB Bila tidak dijalankan hukum Allah inilah jadinya.... Kita berharap satu hari nanti rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama akan faham mengenai keperluannya.. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[GAMBAR & VIDEO] 1 Lwn 1 Di Teluk Intan: Dyana Lwn Mah Siew Keong Posted: 18 May 2014 10:34 PM PDT Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Teluk Intan bermula hari ini. Ikuti perkembangan proses penamaan yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perak seperti berikut: Lintas lansung oleh Sinar Harian, Malaysiakini, Harakahdaily dll 7.30 pagi: Kelihatan anggota pasukan keselamatan mula mengambil tempat di padang yang menempatkan penyokong parti politk untuk bersiap-sedia mengahadapi penamaan calon PRK Parlimen Teluk Intan di SMK Seri Perak, Changkat Jong. 7.50 pagi: Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula masuk ke pusat penamaan calon untuk membuat persiapan penamaan calon 7.52 pagi: Petugas media mula membanjiri tempat penamaan calon bagi membuat liputan berita. 8.20 pagi: Kelihatan anggota pasukan keselamatan bersedia di kawasan padang yang akan menempatkan penyokong parti-parti politik yang bertanding pada PRK Parlimen Teluk Intan di SMK Seri Perak, Teluk Intan, pagi ini. 8.30 pg - Penyokong PR sedang berkumpul bersama- sama pemimpin PR berhampiran Taman Cicely, Teluk Intan untuk mengiringi calon ke pusat penamaan calon, pagi ini. 8.35 pagi: Suasana di pusat penamaan calon masih lagi tenang dan calon-calon yang bertanding masih bersama penyokong masing-masing. #SHPRK " 8.40 pagi: Kelihatan calon BN, Datuk Mah Siew Keong bersama Timbalan Presiden BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin diarak ke pusat penamaan calon bersama-sama pimpinan BN yang lain ke pusat penamaan calon. 8.42 pagi: Calon BN memasuki pusat penamaan calon bersama-sama pemimpin BN. 8.50 pagi: Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud muda diarak ke pusat pencalonan. 9.00 pagi: Pengurus Pilihan Raya PRK Teluk Intan, Datuk Ibrahim Ahmad mengumumkan borang penamaan calon boleh mula diserahkan mulai jam 9 pagi ini. #SHPRK 9.10 pagi: Kedua-dua penyokong parti bertanding melaungkan slogan masing-masing sebagai sokongan kepada calon. #SHPRK 9.15 pagi: Kelihatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di pusat penamaan calon. #SHPRK 9.30am: Calon DAP di Bukit Gelugor Ramkarpal Singh turut hadir menyatakan sokongan kepada Dyana. "Beliau akan melalui apa yang saya lalui, jadi saya harap yang terbaik untuknya. "Dan saya pasti beliau akan berjaya menghadapi cabaran itu," katanya. 9.30 pagi : Cuaca di pusat penamaan calon mulai hujan. Bagaimanapun penyokong masih tidak berganjak dari tempat masing-masing. 9.35 pagi: Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang bersama pemimpin PR membuat kejutan mengunjungi khemah yang disediakan bagi penyokong BN di luar Dewan Pusat Penamaan Calon bertemu dengan Timbalan Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin BN yang lain 10.00 pagi: Pengurus pilihan raya, Datuk Ibrahim Ahmad mengumumkan proses pencalonan ditutup. 10.12am: SPR mengumumkan satu lawan satu antara calon DAP Dyana Sofya dan BN (Mah Siew Keong) di Teluk Intan. 10.15am: Timbalan Presiden Gerakan Dr Cheah Soon Hai berpandangan, calon lawan mereka Dyana Sofya bukan calon underdog seperti didakwa. Malah, beliau malah beranggapan tindakan mempertaruhkan Dyana itu sebuah tindakan angkuh. "Mereka meletakkan muka baru tidak berpengalaman dan ini menunjukkan mereka sangat yakin akan memenangi kerusi ini," katanya. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[KES BERAT] Bux & Backer Berkempen Di Luar Kawasan Parlimen Bkt. Gelugor Posted: 18 May 2014 05:35 PM PDT Aku rasa ni kali pertama berlaku dlm sejarah PRK di negara ini .. Calon Bebas yg mengaku ahli PAS Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar..mengadakan kempen diluar dari kawasan yg dipertandingkan.(Bukit Gelugor). hehe Dia ni ada masalah....utk info dia..kawasan yg terlibat adalah di Bukti Gelugor bukan diPadang Kota Lama, Penang or Subang, Selangor.. muahaha -fb Raja Mohd Shahrim
ULASAN GB Kes berat! Calon-calon Bebas PRK Bukit Gelugor nampaknya masing-masing ada masalah mental, mungkin skrew kat kepala dah rosak dua tiga biji apabila mereka berkempen di luar kawasan mereka bertanding. Dengar khabar mereka tak kisah kalau hilang deposit sekalipun sebab semua perbelanjaan mereka ditanggung beres oleh "pihak penaja".... Pihak penaja yang bermuka labuh akan menjawab.... hantam sajalah... Bukit Gelugor buat kami punya skrew kepala pun tanggal sama... Berita ini memang melucukan. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[Terkini MH370] K'jaan Malaysia Didakwa Menipu, Inmarsat Nafi Kenyataan Hishamuddin Posted: 18 May 2014 05:08 AM PDT Inmarsat nafi dakwaan Hishammuddin bahawa ia tidak dedahkan data asal MH370 Syarikat satelit INMARSAT yang terlibat dalam memberi petunjuk laluan penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 menafikan dakwaan kerajaan Malaysia bahawa ia tidak menyerahkan data asal yang diperolehinya kepada pihak penyiasat. Firma dari United Kingdom itu berkata semua data asal telah diserahkan kepada pihak berkuasa sejak awal lagi. "Kami telah kongsikan segala maklumat yang kami ada dan bagaimana atau bila maklumat tersebut didedahkan terpulang kepada pihak penyiasat," kata naib presiden INMARSAT Chris McLaughlin dalam satu temubual dengan saluran berita CNN. INMARSAT mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai reaksi kepada kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa data asal pesawat tersebut masih berada dalam tangan Inmarsat. "Data asal itu tidak ada bersama pihak , Malaysia, Australia ataupun Malaysia Airlines. Ia berada bersama pihak INMARSAT dan hanya INMARSAT boleh mendedahkan data tersebut," kata Hishammuddin pada sidang media hari Khamis. INMARSAT adalah syarikat yang bertanggungjawab mengenal pasti kedudukan akhir MH370 berdasarkan 'ping' elektronik ringkas daripada pesawat tersebut. Data yang diperolehi menunjukkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. "Kami amat yakin terhadap analisis data ini yang juga telah dikaji oleh pasukan penyiasat rasmi," tambah INMARSAT. Pada awal bulan ini, ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370 menggesa kerajaan Malaysia mendapatkan data asal yang belum diproses daripada INMARSAT supaya data itu dapat dikongsi dan diakses secara global bagi membolehkan ia dianalisis oleh pakar-pakar penerbangan. - astro awani
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan