Ahad, 18 Mei 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PRK Teluk Intan: GERAKAN-BN Tertekan Bila DAP Umum Dyana Sebagai Calon

Posted: 18 May 2014 01:28 AM PDT


DAP mahu cipta sejarah melalui Dyana

Dyana Sofya Mohd. Daud akan menjadi Ahli Parlimen wanita keturunan Melayu yang pertama dari DAP jika peguam muda tersebut berjaya menewaskan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, DAP pernah meletakkan wanita Melayu pada 1974 tetapi calon tersebut ditewaskan dalam pilihan raya.

Kor Ming berkata, kemenangan Dyana di Teluk Intan sekaligus akan menjadi peristiwa bersejarah dalam DAP.

"DAP pada kali ini mewujudkan kejutan dengan meletakkan seorang wanita Melayu untuk bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan," katanya.

Menurutnya lagi, pelantikan Dyana sebagai calon DAP semestinya merupakan sesuatu yang `gempak' di mana keadaannya tidak lain seperti Pas meletakkan calon keturunan Cina unuk bertanding.

"Sebelum ini, ramai yang mengatakan bahawa PRK Teluk Intan sebagai pilihan raya yang biasa. Dengan meletakkan Dyana, PRK Teluk Intan akan menjadi PRK luar biasa," katanya.

Sementara itu China Press melaporkan, keputusan DAP meletakkan Dyana sebagai calon telah memberi tekanan kepada Siew Keong yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Menurut sumber BN, keadaan itu akan menyebabkan persaingan sengit untuk undi Melayu yang menjadi perebutan BN dan DAP dalam PRK Teluk Intan.


"Pemimpin BN dijangka menambah kekuatan untuk berkempen di kawasan Melayu di Teluk Intan." -CHinaPress/malaysiagazette


Ibu restui Dyana dan puji keberanian DAP bawa perubahan

TELUK INTAN, 17 MEI: Pencalonan Dyana Sofya membuktikan DAP berpegang teguh pada prinsip kepelbagaian untuk semua, kata Puan Yammy Samat, ibu kepada calon DAP untuk Pilihanraya Kecil Parlimen (PRK) Teluk Intan.

"Saya merestui pencalonan beliau, kerana apa yang diusahakan adalah demi kebaikan negara.

"Dengan meletakkan Dyana sebagai calon, pada saya adalah pilihan yang tepat di saat muncul pelbagai dakwaan terhadap DAP kononnya pro-Cina dan anti-Melayu, sedangkan ia tidak benar sama sekali.

"Saya juga memuji tindakan berani DAP meletakkan calon muda yang lebih bertenaga dan berfikiran terbuka untuk dibawa ke Parlimen dalam menegakkan keadilan serta perubahan kepada rakyat, terutama kepada rakyat Teluk Intan," katanya ketika ditemui di pusat operasi pilihanraya DAP disini.

Beliau turut menyeru warga Teluk Intan terutama golongan veteran supaya berfikir berulang-kali sebelum mengundi.

"Sebagai seorang ibu, sudah tentu saya mahukan kemenangan. Tapi semuanya terletak di tangan para pengundi.

"Jadi saya berharap pengundi di sini (Teluk Intan) membuat pilihan sewajarnya dengan memberi peluang kepada golongan muda yang lebih berdaya saing, demi menjayakan politiik baru untuk Malaysia," ujarnya.

Dyana Sofya, Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang telah diumumkan sebagai calon DAP-Pakatan Rakyat tengahari tadi untuk menghadapi PRK Teluk Intan yang akan diadakan pada 31 Mei nanti berikutan kematian wakil rakyat sebelum ini, Seah Leong Peng, pada 1 Mei lalu.








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[GEMPAR] Kesan Tapak kaki Makhluk Besar Ditemui Di Endau Rompin

Posted: 17 May 2014 08:24 PM PDT


Kesan Tapak Kaki Bersaiz Besar Jadi Tanda Tanya

JOHOR BAHRU: Sesuatu yang aneh apabila tiga pasang tapak kaki berlumpur, yang pertama kelihatan seperti tapak kaki harimau, kedua kelihatan seperti tapak kaki gajah dan yang ketiga menyerupai tapak kaki manusia tetapi dengan saiz besar ditemui.

Jejak dan kesan tapak kaki yang menjangkau hampir 1km berhampiran hutan simpan Endau Rompin membuatkan pesara Sia Chwee Khim, 64, dan suaminya Lim Teong Kheng, 66, hairan dan sangat teruja.

Mereka percaya kesan tapak kaki yang ketiga mungkin kesan tapak kaki 'Bigfoot' yang selama ini menjadi cerita mitos.

Pasangan itu, bersama dengan anak perempuan mereka Joanna, 30, dan sekumpulan rakan-rakan dari Singapura mengambil keputusan untuk menjejaki trek kesan tapak kaki yang ditemui sepanjang lebih dari 1km pada 10 Mei.

"Ia sangat mengejutkan. Makhluk itu telah berjalan di dalam tanah merah lembap dan kemudian ke jalan tar, meninggalkan jejak yang jelas untuk kita lihat," kata Sia, sambil menambah kumpulan itu telah mengambil gambar banyak dan mengukur tapak kaki yang besar yang mempunyai ukuran kira-kira 48cm panjang dan 11cm lebar.


"Kami cuba untuk meniru langkah dan jangkauannya tetapi kaki kami tidak mampu disesuaikan dengan jarak langkah itu.

"Kami juga menolak kemungkinan kesan itu ditinggalkan oleh gajah kerana ia agak bujur, seperti kaki manusia, dan mempunyai empat jari kaki runcing yang menonjol," katanya.

Kumpulan itu sedang menuju ke Endau Rompin apabila mereka menemui kesan aneh itu.

Sia menjelaskan bahawa apa yang membingungkan kumpulan itu apabila kesan tapak kaki yang dikatakan daripada 'Bigfoot' itu turut disertai kesan tapak kaki gajah dan harimau.

Pengarah Perhilitan Negeri Hasnan Yusop berkata sepasukan pegawai menjalankan pemeriksaan kesan tapak kaki dan membuat kesimpulan bahawa ia mungkin kesan tapak kaki gajah.

"Boleh jadi gajah yang lembab berjalan dengan mengheret kaki meninggalkan kesan dan jangkauan yang panjang," katanya.

Mengenai bekas tapak kaki gajah dan harimau, Hasnan berkata tidak semestinya haiwan itu bergerak bersama-sama tetapi boleh jadi menggunakan laluan yang sama pada masa yang berlainan.

Kali terakhir Bigfoot menjadi tajuk berita ialah pada yang tahun 2005 apabila sekumpulan pekerja mendakwa telah melihat makhluk berbulu yang besar di Kampung Mawai, Kota Tinggi.

Para pekerja cuba untuk mengejar makhluk itu tetapi gagal.

Mereka juga dilaporkan menemui tapak kaki yang besar berukuran antara 40cm dan 50cm di dalam lumpur.


Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Sekitar Johor Vincent Chow berkata beliau menerima berita mengenai tapak kaki Bigfoot pada hari yang sama sambil menambah adalah agak mustahil perkara ini adalah gurauan kerana tapak kaki ini mempunyai jarak lebih daripada 1km.

"Boleh jadi ia kaki primat berkaki dua tegak yang belum pernah ditemui sesiapa," kata beliau sambil menambah terdapat banyak penemuan tapak kaki haiwan seperti ini terutama oleh penduduk tempatan, tetapi pihak berkuasa sering tidak mengambilnya sebagai perkara serius. -mstar







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


TNB Untung Berbilion, Kadar Elektrik Mahu Dinaikkan Juga!

Posted: 17 May 2014 04:44 PM PDT


Tarif elektrik naik demi masa depan TNB, kata Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan memberi perhatian terhadap tindakan yang perlu diambil bagi menjamin Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjadi sebuah organisasi berstatus juara serantau dan juara global dalam pembekalan elektrik pada masa depan.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu menimbangkan perkara yang kadang-kala amat sukar dan ia termasuk menaikkan tarif elektrik, iaitu tindakan yang dilaksanakan, baru-baru ini.

"Sebab itulah kita kena menimbangkan perkara yang kadang-kadang agak sukar misalnya sama ada tarif elektrik hendak dinaikkan atau tidak," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Warga Kerja TNB sempena sambutan Hari Pekerja di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan TNB di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Timbalannya Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie.

Najib yang juga menteri kewangan berkata pertumbuhan ekonomi negara akan terjejas dan perjalanan Malaysia untuk menjadi negara maju mungkin tinggal sebagai impian jika satu daripada fundamental negara iaitu bekalan elektrik terjamin dengan harga kompetitif, tidak diutamakan.

Pada majlis sama enam Bidang Keberhasilan Utama dalam program Transformasi 1TNB mampu mengangkat maruah dan imej organisasi berkenaan ke tahap yang lebih tinggi.

Najib berkata, program transformasi itu, yang dilancarkan hari ini, merangkumi penambahbaikan hubungan dengan pihak kawal selia dan melangkaui kepuasan pelanggan.

Ia turut menggariskan usaha untuk meluaskan perniagaan baharu, mengurus kos dan operasi secara efisien, mentransformasi organisasi dan memperkukuhkan Sabah Electricity Sdn Bhd.

"Kita mesti pastikan wujudnya budaya kecemerlangan, maknanya kita mesti memburu kecemerlangan, kita mesti sentiasa efisien (dalam) mengurangkan kos, empowerment, mencari peluang perniagaan. Segala-galanya mestilah diberi perhatian.

"Jangan lupa integriti sebab segala-galanya tidak ada makna kalau tidak ada integriti.

"Sejarah TNB begitu gemilang, saya tahu mereka yang berkhidmat dengan TNB mempunyai kesetiaan yang cukup tinggi. Sekali bersama TNB, sentiasa bersama TNB," katanya. – Bernama

ULASAN GB

Betul-betul sudah ketelaluan.

Rakyat menjadi mangsa apabila kerajaan lebih berminat menjaga kepentingan sektor korporat seperti Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), bernilai RM19 bilion hingga RM22 bilion setiap tahun, berbanding menjaga kebajikan rakyat.

BN tidak prihatin kepada rakyat walaupun menggunakan slogan rakyat didahulukan. Buktinya subsidi kepada IPP tidak ditarikbalik sedangkan mereka menikmati subsidi yang tinggi.

Sedangkan rakyat terpaksa bayar harga elektrik dengan kadar yang mahal. Ketika banyak banyak negara mengeluarkan subsidi untuk menampung keperluan rakyatnya, Malaysia pula mengambil langkah mundur untuk membantu syarikat kroni besar.

Keuntungan TNB pada tahun lepas ialah RM4.61 bilion. Apakah kerana mengenajar matlamat untuk mencapai keuntungan yang lebih besar daripada itu menyebabkan leher rakyat perlu dijerut dengan kenaikan kadar tarif?

LAPORAN SEBELUM INI


Anugerah projek untuk selamatkan syarikat kroni

: Laporan The Edge berhubung penganugerahan projek jana kuasa tenaga lapangan hijau menggunakan arang batu (Projek 3B) 2,000 MW kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menimbulkan pelbagai tanda tanya umum terhadap syarikat kroni yang dibebani hutang berbilion ringgit itu.

Malah keputusan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menganugerahkan projek tersebut kepada 1MDB dipercayai lebih didorong kepada usaha menyelamat syarikat yang kini dibelenggu hutang melebihi RM40 bilion.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam satu kenyataan media menyifatkan penganugerahan projek itu sebagai usaha terdesak menyelamatkan syarikat disukai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, sejak 2012, 1MDB meneruskan strategi pemerolehan secara melulu untuk mengambil alih penjana tenaga bebas (IPP) yang kontraknya sudah berakhir pada premium sangat tinggi dengan pinjaman.

Menurut Pua, 1MDB telah memperoleh Tanjong Energy Sdn Bhd dengan harga RM8.5 bilion, Genting Sanyen (RM2.35 bilion) dan loji jana kuasa Jimah (RM1.2 bilion) membabitkan kos keseluruhan RM12.05 bilion.

"Namun The Edge melaporkan bahawa aliran tunai yang terhasil daripada projek ini digunakan untuk menanggung faedah hutang 1MDB sebanyak RM650 juta.

"Ia tidak memerlukan genius kewangan untuk mengetahui bagaimana mereka membayar balik pinjaman berbilion ringgit," ujar beliau.

Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan berkata, projek tenaga misteri itu telah menambah skandal pelaburan 1MDB di Pulau Cayman yang membabitkan pelaburan usahasama dengan PetroSaudi International Limited bernilai US$2.3 bilion (RM7.63 bilion).

"Nampaknya penipuan kewangan menyebabkan KPMG, juruaudit luar 1MDB melepaskan jawatan daripada menandatangani akaun yang tidak dapat disahkan," katanya.

Beliau kesal kerana pentadbiran Najib seolah-olah merancang menganugerahkan konsesi IPP kepada 1MDB walaupun ia akan menyebabkan kos elektrik naik lebih tinggi hanya kerana mahu menutup defisit besar syarikat tersebut.

Beliau turut menyelar tindakan kerajaan yang langsung tidak mengambil kira bebanan ditanggung rakyat, sekaligus bertentangan dengan slogan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

"Jika tawaran lebih tinggi dipilih, ia hanya mengukuhkan lagi bahawa Najib dan Kabinetnya tidak ikhlas membantu rakyat dan hanya berminat pada keuntungan serta menyelamatkan syarikat berkaitan dengan pentadbiran mereka," ujarnya.










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[VIDEO & GAMBAR] Sekitar Perisytiharan Dyana Sofya Sebagai Calon DAP PRK Teluk Intan

Posted: 17 May 2014 06:19 AM PDT


Teluk Intan – Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud, diumumkan sebagai calon DAP bagi pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Pengumuman tersebut dibuat tadi oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam majlis pelancaran pusat operasi pilihanraya DAP di sini, jam satu tengah hari tadi.

Dyana, 27 tahun dan seorang peguam, menjadi taruhan DAP untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut yang dimenangi dalam PRU ke-13 lalu.

"DAP menghadapi cabaran cukup sukar untuk menggantikan mendiang Seah Leong Peng. Kita mempunyai ramai calon berkelayakan.

"Kita tidak ada pilihan yang mudah. Calon kita ini adalah mencerminkan kepelbagaian DAP serta memberikan peluang kepada golongan wanita, supaya dapat menceburkan diri dengan arena politik negara.

"DAP mengambil keputusan, untuk masa depan Malaysia, kita memilih Dyana Sofya sebagai calon PRK Parlimen Teluk Intan," kata Guan Eng disambut tepukan gemuruh ratusan hadirin.

Dyana menerima pendidikan dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebelum menyertai DAP pada tahun 2010.

Selain memikul peranan sebagai Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah, beliau juga terlibat secara langsung dalam program anjuran Impian Malaysia, sebuah kempen yang diilhamkan dari ucapan Lim Kit Siang.

PRK ini diadakan setelah Seah Leong Peng, pemimpin DAP yang memenangi kerusi parlimen ini pada PRU ke-13, meninggal dunia akibat barah pada 1 Mei lepas.

Antara pimpinan tertinggi yang hadir dalam majlis pengumuman tadi ialah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Exco Agama Kerajaan Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Kassim. -Roketkini


Dyana Sofya tekad runtuhkan tembok perkauman


TELUK INTAN, 17 MEI: Calon DAP PRK Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud menegaskan beliau bersedia menghadapi segala cabaran mendatang dan tidak sekali-kali akan berundur walau diserang dengan palbagai cara.

"Saya berbesar hati dan sangat berterima kasih terhadap pencalonan ini.

"Sebagai anak negeri Perak, saya akan memberikan segala tenaga atas amanah yang diberikan pucuk pimpinan untuk meruntuhkan tembok perkauman, menghargai perbezaan dan menjunjung tinggi prinsip perlembagaan.

"Saya juga merakamkan setinggi penghargaan kepada sokongan tidak berbelah tanpa mengira penat dari kedua ibu-bapa saya. Marilah kita bersama membentuk Malaysia yang lebih baik untuk semua," kata Dyana dalam ucapannya selepas diumumkan sebagai calon.

Majlis pengumuman ini diadakan serentak dengan pembukaan rasmi pusat operasi pilihanraya DAP Teluk Intan oleh pimpinan tertinggi parti.









ULASAN GB

Ini macam kalu, orang BN pun ramai yang tersalah pangkah dan akan undi DAP... hehehe





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Tiada ulasan: