Kelab Greenboc |
- Dyana Sofia: Kenapa Aku Pilih DAP....
- Adakah Nabi Bux Proksi UMNO BN Di Bukit Gelugor?
- [PENGAJARAN] Kisah Si Isteri Yang Bertaubat Kerana Sebiji Tembikai
- [EDISI TERBARAI] Mat Said Pembohong! Pihaknya Yang Menghubungi PAS, Bukan Sebaliknya!
Dyana Sofia: Kenapa Aku Pilih DAP.... Posted: 16 May 2014 01:09 AM PDT Gambar Setiausaha Politik Kit Siang Berbikini: "Orang Baik Selalu Jadi Mangsa" PETALING JAYA: Dyana Sofya Mohd Daud, Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mengutuk pengguna internet dan laman sosial yang berkongsi gambar seorang wanita berbikini dengan mendakwa wanita dalam gambar itu adalah dirinya. Wanita berusia 27 tahun itu menafikan tuduhan itu pada Khamis dengan berkata dia bukan wanita dalam gambar tersebut. Kemudian, terdapat pengguna laman sosial yang mempertahankan Dyana dan menjelaskan bahawa gambar tersebut adalah gambar pelakon Filipina Pauleen Luna. Gambar-gambar itu mula tersebar tidak lama selepas khabar angin timbul yang Dyana mungkin diturunkan sebagai calon pada pilihan raya di Teluk Intan. Dyana bagaimanapun berkata dia tidak mengetahui tentang pencalonan itu dan tidak tahu sama ada akan bertanding bagi kerusi itu. "Saya kecewa ada manusia akan bertindak sedemikian untuk mencemarkan imej saya atas sebab-sebab politik selepas khabar angin saya bertanding tersebar. Tetapi saya menerimanya dengan menganggap bahawa orang yang baik akan sentiasa menjadi mangsa. Saya berada dalam politik untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya. Dyana juga menerima panggilan kesat dan SMS selepas gambar-gambar yang didakwa sebagai gambarnya tersebar di internet. Dia menggesa mereka yang bertanggungjawab dalam perkara ini supaya lebih menghormati wanita. Pilihan raya kecil Teluk Intan akan diadakan pada 31 Mei dengan penamaan calon pada 19 Mei berikutan kematian Ahli Parlimen Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pundi kencing pada 1 Mei. Seah memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2013, dengan 27,399 undi untuk menewaskan Mah Siew Kong dari BN (20,086) dan calon Bebas K. Moralingam (279). -mstar
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Adakah Nabi Bux Proksi UMNO BN Di Bukit Gelugor? Posted: 15 May 2014 09:30 PM PDT PAS Nafi Mohamed Nabi Bux Ahli Parti GEORGETOWN: PAS sekali lagi menafikan calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Abd Sathar yang bertanding di Parlimen Bukit Gelugor bukan ahli parti itu. Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, berdasarkan pemeriksaan rekod keahlian di Pejabat Agung PAS mendapati nama Mohamed Nabi tiada dalam senarai ahli parti. "Saya bercakap berasaskan tiada rekod menunjukkan dia ahli PAS. Pemeriksaan telah dilakukan tapi keahliannya tiada dalam rekod di cawangan Kampung Banjar. "Saya tak tahu mana dia dapat sijil keahlian itu. Kalau dia tetap dakwa sebagai ahli PAS tiada masalah," katanya ketika ditemui pemberita selepas ceramah di Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat di Jalan Bunga Raya, Gelugor, malam Khamis. Jelas Mahfuz sekiranya Mohamed Nabi tetap menegaskan dirinya masih ahli PAS, perkara itu akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti kerana dia telah mengambil langkah bertentangan dengan pendirian parti. "Jika dia tetap mendakwa dirinya ahli PAS, saya serah kepada jawatankuasa disiplin untuk menentukan kedudukan beliau. "Kalau dia ahli PAS dia telah melanggar keputusan parti yang menyokong calon DAP, Ramkarpal Singh untuk bertanding di Parlimen Bukit Gelugor," katanya. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sekali lagi mendakwa Mohamed Bux merupakan ahli Umno. "Memang dia ahli Umno. Nombor keahliannya juga tersebar luas di Internet," katanya. Terdahulu ketika menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 50 hadirin di Jalan Bunga Raya di Gelugor, malam Khamis, Mahfuz mempertikaikan dan memfitnah pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk menagih simpati rakyat serta memancing undi. "Mereka janjikan sesuatu untuk ringankan beban rakyat tetapi sekarang masih lagi tercari-cari cara terbaik menangani masalah ini. "Namun, kerajaan tetapi beri BR1M yang dianggap bukan penyelesaian sebenar untuk membantu mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat, " katanya. -mstar
ULASAN GB Najib sudah mengakui bahawa: "Bukan daripada komponen tapi pihak-pihak lain akan bertanding mungkin sebagai calon Bebas. Kami akan putuskan kemudian". Dengan kempen yang begitu ligan dlakukan oleh Nabi Bux di Bukit Gelugor kini persis ada pihak yang menaja dirinya bertanding di Bukit Gelugor. Mengambil kira pengakuan Najib di atas seperti mengesahkan bahawa Nabi Bux adalah calon yang dimaksudkan oleh Najib berkenaan. Nabi Bux dihantar untuk menarik undi kaum Melayu/Islam menyokong isu hudud. Manakala PCM pula untuk menarik undi bukan Melayu/bukan-Islam menentang isu hudud. Tapi pemerhati politik meramalkan kedua-duanya akan kehilangan deposit kerana rakyat tahu siapa di belakang mereka. Walau bagaimanapun, PR tidak perlu terlalu yakin, petugas perlu kerja keras untuk pastikan calon DAP menang dengan majoriti lebih besar jika sudah tahu begitu permainan UMNO BN. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[PENGAJARAN] Kisah Si Isteri Yang Bertaubat Kerana Sebiji Tembikai Posted: 15 May 2014 05:35 PM PDT Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut. Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu ?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya : "Ada pun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya." Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan ia pun redhalah dengan apa yang telah di tentukan oleh Allah SWT. Wallahualam.. Semoga memberi pengajaran kepada semua.. in shaa Allah -aans Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[EDISI TERBARAI] Mat Said Pembohong! Pihaknya Yang Menghubungi PAS, Bukan Sebaliknya! Posted: 15 May 2014 05:38 AM PDT Dakwa dipujuk Pas, Ahmad Said berbohong – Adun Batu Burok KUALA LUMPUR 15 MEI: ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mendakwa bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said "berbohong" berhubung dakwaan pihaknya memujuk beliau menyertai parti Islam itu . Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahmad itu, Dr Syed Azman sebaliknya mendakwa "pihak Ahmad Said" menghubungi PAS untuk menyertai dan menyokong parti itu. "Ini (dakwaan Ahmad dipujuk sertai PAS) pembohongan semata-mata, PAS tidak pernah sekali-kali berbuat demikian. Di kalangan pemimpin PAS memang tiada (tidak pernah menghubungi atau bertemu Ahmad Said). "Bahkan pimpinan tertinggi parti tidak akan terburu-buru mempelawa Ahmad Said menyertai PAS," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Sebaliknya Dr Syed Azman berkata pihaknya yang menerima panggilan daripada "pihak" Ahmad sejurus selepas beliau membuat keputusan keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas. "Malah saya mengesahkan pihak Ahmad Said yang berkali-kali (menghubungi pimpinan PAS Terengganu) 'mempelawa diri sendiri' menyertai dan menyokong PAS untuk menjatuhkan kerajaan BN," kata Dr Syed Azman seperti dilapor Malaysiakini. Bagaimanapun, beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat enggan menyebut individu dan jawatan pihak yang menghubungi dan menerima panggilan itu walaupun diminta untuk mededahkannya. Sinar Harian hari ini melaporkan Ahmad berkata beberapa anggota PAS berkali-kali memujuk beliau menyertai parti itu bagaimanapun beliau menolak kerana amat menyayangi Umno. Malah, beliau menegaskan tak mahu bertemu mereka lagi dan mendakwa berjaya menghalang lebih ramai wakil rakyat Umno keluar parti ketika krisis politik memuncak.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan