Rabu, 14 Mei 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Krisis Di Terengganu, Balasan Rampasan Kuasa Di Perak – Nizar

Posted: 14 May 2014 01:33 AM PDT


Pergolakan politik yang berlaku di Terengganu adalah balasan akibat rampasan yang dilakukan Umno di Perak pada tahun 2009, kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Bekas Menteri Besar Perak itu berkata, pergolakan politik di Terengganu dilihat semakin parah antara Umno negeri itu dengan Umno Pusat sehingga wakil rakyat mereka secara sukarela keluar dari parti itu.

"Pergeseran mereka parah. Dulu cakap Pas dan KEADILAN parti yang tak boleh tadbir. Tapi kita lihat secara terang-terangan pergolakan Umno lebih dahsyat lagi," kata Nizar kepada Keadilandaily.

Sebelum ini, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Nizar di Perak ditumbangkan pada 2009 dengan taktik lompat parti oleh dua Adun KEADILAN iaitu Kapten (B) Mohd Osman Jailu, Jamaluddin Mohd Radzi serta Adun DAP, Hee Yit Fong.

Kini, di Terengganu tragedi sama berulang apabila tiga Adun BN mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat Bebas iaitu Datuk Seri Ahmad Said (Kijal) Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).

Nizar berkata, Datuk Ahmad Said dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu kerana dia mempunyai krisis dengan Timbalannya iaitu Datuk Seri Idris Jusoh yang merupakan orang kanan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin.

"Mereka dari dulu tiada persefahaman, ada perbalahan yang jelas. Tak mustahil Ahmad Said boleh digugurkan," tambah Nizar yang juga Adun Changkat Jering.

Jelas Nizar, apa yang berlaku di Terengganu membuktikan kegagalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang bukan sahaja gagal mentadbir negara, malah tidak mampu mengurus negeri dibawah pentadbiran BN sendiri.

Dalam pada itu, kata Nizar ada tangan tersembunyi dalam Umno yang berniat menjatuhkan Ahmad Said, selain budaya tikam-menikam sesama sendiri dalan parti itu.

"Ada orang ketiga yang mahu hancurkan seseorang yang tidak disukainya lagi. Prinsip Umno memang macam itu. Jatuhkan orangnya sendiri kerana ada kepentingan,"
ulas Nizar. -KD









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Terbuktikan Sudah Dia Seorang Penipu & Pendusta Tegar!

Posted: 13 May 2014 10:01 PM PDT


Najib muka tak tahu malu, mustahil akan letak jawatan

SHAH ALAM, 13 MEI : Krisis kepimpinan yang berlaku di kalangan Umno Terengganu dilihat satu lagi kegagalan kepimpinan presiden parti itu yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Azan Ismail, berkata Najib harus mengikut jejak langkah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said untuk meletak jawatan.

Katanya, krisis yang berlaku menunjukkan betapa Najib lemah dalam pentadbirannya hingga memecah belah sebuah kerajaan negeri.

"Kalau di peringkat persekutuan, mungkin Najib ada ramai pembantu yang tolong dia mentadbir dan menguruskan pelbagai hal.

"Tetapi nampaknya tidak di peringkat negeri. Ini salah Najib kerana melakukan keputusan secara tergesa-gesa dan langsung tidak fikir kepentingan rakyat.

"Patutnya dia juga letak jawatan, ikut Ahmad Said," katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau dihubungi bagi mengulas tindakan letak jawatan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semalam diikuti upacara angkat sumpah jawatan itu oleh penggantinya, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Ahmad Said yang juga ADUN Kijal turut mengisytiharkan keluar Umno dan berkata keputusan itu dibuat ekoran tidak puas hati dengan masa pertukaran Menteri Besar yang dibuat beberapa hari sebelum perkahwinan anaknya, pada 17 Mei ini.

Mengulas lanjut, Azan bagaimanapun menjangkakan Najib tidak akan sesekali mengikut jejak Ahmad Said untuk meletak jawatannya, sebaliknya akan terus mempertahankan segala kedudukan yang ada.

"Kalau di Korea kapal karam, Perdana Menterinya letak jawatan hanya beberapa hari selepas insiden kerana rasa tanggungjawabnya kuat.

"Kita di Malaysia, kapal terbang hilang tetapi Perdana Menteri muka tebal tidak mahu lepas jawatan, apa lagi setakat di Terengganu. Tetapi apa hendak dihairankan, Altantuya mati juga dia boleh rilek," katanya. -selangorkini

ULASAN GB


Printscreen yang dipamerkan adalah dari akhbar Berita Harian bertarikh 25 Apr 2014 12:54:13 GMT, namun telah dipadamkan oleh akhbar berkenaan. Namun bagi yang memahami IT, beritanya masih boleh diakses di SINI

Di dalam berita berkenaan dilaporkan:

Najib nafi khabar angin tukar beberapa menteri besar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak khabar angin yang disebarkan berhubung cadangan untuk menukar beberapa menteri besar.

"Siapa yang kata kita nak tukar MB?," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn di sini, sebentar tadi.

kemudian apa berlaku selepas itu? betul-betul Ahmad Said ditukarkan.

tidakkah itu penipu dan pendusta tegar namanya? ... dan sedikit pesanan penaja......










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[TERKINI] Seorang ADUN Bebas Buat U-Turn, Skrip Perak Berulang

Posted: 13 May 2014 05:08 PM PDT


Adun Bukit Besi kembali kepada Umno, kata Shahidan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud yang menjadi wakil rakyat bebas pagi ini kembali kepada parti tu.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno itu, kedudukan terkini kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menyebabkan tiada keperluan untuk diadakan pilihan raya negeri.

"Dengan kembalinya Roslee maka BN kembali memerintah," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Kedudukan terkini, Umno kembali kepada 15, PAS 14, PKR 1, dan calon bebas 2."

Lewat malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar Umno, tidak sampai 24 jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai ketua eksekutif baru negeri itu.

Awal pagi ini, Roslee menyertai Ahmad dan Ghazali keluar daripada Umno.

Tindakan berkenaan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dalam DUN Terengganu apabila hanya mempunyai 14 kerusi, PAS (I4), PKR (1) dan Bebas (3).

DUN Terengganu mempunyai jumlah keseluruhan 32 kerusi.

Kemelut itu menyaksikan PAS Terengganu mendesak DUN dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya diadakan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan ‎akan berjumpa semua Adun BN Terengganu malam ini bagi meredakan ketegangan politik di negeri itu. – TMI


Politikus tukar keputusan jika kena 'harganya', kata Kadir Jasin

Datuk A Kadir Jasin tidak menolak kemungkinan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu yang keluar parti boleh bertukar fikiran jika kena pada "harganya".

Kemelut politik dalaman Umno di negeri itu tercetus selepas peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar dan kemudian diikuti dua lagi Adun.

Lebih meruncingkan, PAS mendakwa empat lagi Adun akan keluar parti sebagai tanda membantah keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Ini hanya perkembangan awal.

"Ahli politik boleh bertukar fikiran secara sukarela jika kena pada 'harganya'. Seringkali dikatakan ahli politik yang kita percayai sudah tiada lagi," kata Kadir dalam blognya kadirjasin.blogspot.com hari ini.

Kadir juga membayangkan keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya beberapa Adun lain di Terengganu mengambil langkah sama keluar parti.

"Situasi pasti buruk kepada BN (Barisan Nasional) sekiranya ada Adun Umno lain mengikut jejak Ahmad dan Ghazali," katanya.

Jangkaan Kadir tersebut semakin menjadi kenyataan apabila Adun ketiga, Roslee Daud dari Bukit Besi meninggalkan Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Kadir berkata, PAS boleh membentuk kerajaan baharu di Terengganu dengan mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar baharu menerusi sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Mereka (PAS) juga boleh mendesak sesi khas DUN untuk mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar memandangkan beliau tidak memiliki majoriti di dalam dewan," katanya.

Ahmad bersama dua lagi Adun Umno keluar parti beberapa jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai menteri besar baharu semalam.

Tindakan tersebut menyebabkan komposisi DUN yang dikuasai oleh BN di Terengganu berubah dan menjadikan jumlah kerusi sama dengan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata BN masih kekal memerintah Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya keluar parti.

Beliau berkata, walaupun bilangan wakil rakyat BN berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 anggota dalam dewan undangan negeri, speaker juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah dengan kedudukan kerusi 15:15:3.

Secara konvensyennya, kebanyakan ahli politik menandatangani surat peletakan jawatan undur tarikh sebelum memegang jawatan di Malaysia.

Ahmad yang mengawal sesetengah pecahan dalam Umno Terengganu mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada Mac 2008, walaupun Umno memilih Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris kini merupakan menteri pendidikan II dalam Kabinet Najib.

Tahun lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut mereka tidak boleh campur tangan di Terengganu jika berlaku DUN tergantung disebabkan BN menang tipis. Menurut SPR, terpulang kepada parti politik untuk menyelesaikan masalah itu.


ULASAN GB

Ahamd Said dah kena main. Sekiranya kita masih ingat di dalam krisis politik Perak, runtuhnya Pakatan Rakyat di Perak adalah melompatnya Datuk Nasarudin (ADUN Bota) ke dalam UMNO semula selepas sehari menyertai PKR.

Nampaknya skrip itu berulang di Terengganu.

Di Perak, yang lebih dasyatnya apabila dua Adun Perak dari PKR iaitu Adun Behrang dan Changkat Jering dilaporkan hilang dan gagal dihubungi. Desus desus ketika itu menyatakan yang mereka berada di rumah Najib di Pekan dan dikawal ketat oleh pasukan polis tentera. Alasan mereka ke Pekan - berubat dengan seorang bomoh di Pekan!

Kemudian ADUN DAP dari Jelapang turut melompat. Maka tumbang kerajaan PR ketika itu.

Tapi hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Satu hari "katak-katak yang melompat akan menerima nasibnya - mengikut nasib Si Raja Katak di pantai timur itu. Rakyat loya dan tak berahi dengan perangai mereka yang tidak berprinsip...





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Prof Agus: PR Diam-Diam.. Yang Jelas Kapal UMNO Semakin Bocor & Bakal Tenggelam...

Posted: 13 May 2014 07:34 AM PDT


Prof: PAS, PKR tak perlu ambil kesempatan

PAS dan PKR tidak perlu mengambil kesempatan atas krisis politik semasa di Terengganu untuk mempengaruhi wakil rakyat Umno keluar parti, kata pensyarah dan penganalisis politik terkenal.

Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, jika ada ADUN atau ahli Parlimen Umno yang mahu keluar parti, biarlah mereka melakukannya sendiri tanpa pujukan dan sogokan.

"Yang jelas, kapal Umno di Terengganu semakin bocor. Bolehkah diselamatkan dari tenggelam?" katanya.

Bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said awal pagi tadi bersama dua lagi ADUN Umno mengisytiharkan keluar parti dan menjadi bebas.

Ia ekoran tidak puas hati dengan kaedah pertukaran menteri besar negeri itu. Beberapa ADUN lagi dijangka mengikut jejak langkah itu.

Ia mencetuskan krisis politik baru apabila BN kini menjadi kerajaan minoriti dengan 14 kerusi dalam DUN berbanding PAS (14), PKR (1) dan bebas (3).

Menulis dalam Facebook beliau hari ini, Mohammad Agus juga berkata, beliau fikir tidak sesuai hanya dengan tindakan beberapa ADUN keluar parti, kerajaan Terengganu bertukar tangan.

"Jika bertukar tangan, biarlah 'rakyat' yang menjadi penentunya. Bubarkan DUN dan serahkan pada rakyat untuk membuat pemilihan semula. Itu yang terbaik untuk menjunjung demokrasi," katanya.

Beliau juga menggesa pengalaman di Perak pada Februari 2009 dahulu dijadikan pengajaran.

"Serahkan kembali kuasa kepada rakyat atau jika tidak mahu mengadakan pilihan raya atas alasan untuk menjimatkan kos, buatlah undi tidak percaya di lantai dewan (DUN)," katanya lagi. -mk


Tarik Adun Bebas Terengganu sertai PAS bukan keutamaan, kata Pesuruhjaya

PAS Terengganu merasakan belum ada keperluan untuk menarik tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas di negeri itu menyertai mereka, memandangkan keutamaan mereka adalah untuk mendesak pilihan raya negeri diadakan semula, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahari Mamat.

Satiful ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, keadaan tetap tidak berubah meskipun ketiga-tiga Adun berkenaan tidak menyertai PAS ekoran majoriti kerusi yang diwakili Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah berkurang.

"Buat masa sekarang itu (menarik mereka menyertai PAS) bukan keutamaan kita," katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu lewat petang tadi.

"Kita tumpu untuk pilihan raya negeri diadakan," katanya yang juga Adun Paka.

Tiga Adun BN melepaskan jawatan dalam parti menjadi Adun Bebas menurut jejak langkah bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said sejurus beliau meletak jawatan sebagai menteri besar.

Selain Ahmad, yang juga merupakan Adun Kijal, menuruti langkah beliau adalah Adun Bukit Besi Roslee Daud dan Adun Ajil Ghazali Tain.

Tindakan berkenaan menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) kini menguasai majoriti kerusi DUN dengan sebanyak 15 kerusi berbanding BN yang kini hanya tinggal 14 kerusi.

DUN Terengganu mempunyai keseluruhan 32 jumlah kerusi.

Satiful berkata, PAS juga akan mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa untuk menilai tindakan mereka dalam menangani kemelut yang melanda kepimpinan Umno di negeri itu.

"Kita akan mengadakan mesyuarat sekiranya perlu dan akan maklumkan hasil perbincangan kami termasuk perkara itu," katanya.
-TMI





Tragedi 13 Mei Terengganu.....Adakah Balasan Krisis Di Perak..!!!


Ramai yang terkejut dengan keputusan bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said bertindak keluar dari parti keramat UMNO disaat seluruh negara tertumpu kepada majlis angkat sumpah perlantikan Menteri Besar Terengganu yang baru iaitu Datuk Ahmad Razif Abd Rahman malam tadi. Apa tidaknya, Mat Said yang dilihat tidak muncul ketika majlis angkat sumpah Ahmad Razif dihadapan Sultan Mizan Zainal Abdidin di Istana Syarqiyyah, Chendering tiba-tiba umum keluar UMNO. Turut bersama beliau ialah ADUN Ajil, Ghazali Taib.

Tindakan Mat Said dan Ghazali ini memberi tamparan yang cukup hebat kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Dikala UMNO sedang menyambut perayaan ulangtahunnya yang ke-68 semalam, tiba-tiba "Tragedi 13 Mei" melanda negeri Terengganu. Kedudukan kerusi DUN kini sama iaitu 14-15-3 akibat tindakan Mat Said menjadi ADUN Bebas. Malah, seandainya mereka berdua bertindak serupa seperti dua ADUN PKR yang lompat parti dan menjadi ADUN Bebas di Perak dulu iaitu Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi.

Jika dulu, Menteri Besar Perak, Ir.Nizar Jamaluddin digulingkan dan Dr.Zambry Kadir diangkat menjadi Menteri Besar yang baru dalam satu krisis politik yang paling dasyat di Malaysia kini apakah ia mungkin berlaku pula di Terengganu?. Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Nizar dijatuhkan dengan taktik "lompat parti" dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP. Kini, di Terengganu tragedi yang sama mungkin berlaku bila dua ADUN BN tiba-tiba mengisytiharkan diri mereka ADUN Bebas. Sesuatu yang menakutkan buat PM Najib Tun Razak sebenarnya. Di Perak dulu, Najib adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak yang dikatakan terlibat dengan konspirasi itu. Kini, Najib juga yang memperkenankan pertukaran MB Mat Said kepada Ahmad Razif.

Tindakan ini akhirnya memakan diri, bila Mat Said begitu bijak mengambil peluang keemasan untuk mengajar pihak yang menganiaya dirinya. Sesuatu yang memang sudah dijangka, Mat Said pasti akan bersama Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini. Jika ini berlaku maka Ahmad Razif mungkin akan bergelar Menteri Besar yang paling pendek memegang jawatan tersebut di Malaysia sejak sekian lama.

Jika dulu, rakyat Perak merasai keperitan kuasa kerajaan negeri bertukar daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional. Kini, ia seolah-olah berbalik kepada UMNO pabila Kerajaan Negeri Terengganu pula kemungkinan besar akan bertukar dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Apapun, kesilapan pertukaran Menteri Besar ini harus dijadikan ikhtibar kepada pemimpin UMNO. Dikala rakyat mahu melihat perubahan jawatan peringkat kabinet tiba-tiba MB Terengganu ditukarkan. Kini, "nasi sudah menjadi bubur" dan apakah Mat Said akan berundur dengan tawaran lumayan atau meneruskan hasratnya. Sama-sama kita nantikan episod seterusnya adengan panas ini.








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[TERKINI] PAS Akan Usul Undi Tak Percaya Hanya Di Dalam Sidang DUN -updated

Posted: 13 May 2014 05:05 AM PDT

PAS tidak akan mengikut kaedah yang digunakan oleh Barisan Nasional (BN) ketika krisis politik di Perak lima tahun dahulu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Mohamad berkata PAS akan menggunakan kaedah yang betul dengan cara usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kita akan ikut kaedah yang betul, kena ada undi tidak percaya pada menteri besar Terengganu dalam sidang DUN.

"Cara yang BN guna masa di Perak dulu salah, kita tak akan buat benda yang tak ikut peraturan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Politik Terengganu mula bergolak pada Isnin selepas bekas Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib mengumumkan keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Sementara itu, menurut laporan portal berita The Malaysian Insider, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Yahaya Ali berpendapat, cara terbaik untuk menilai sama ada parti itu akan mendapat sokongan majoriti adalah melalui undi tidak percaya atau pilihan raya.

"Cara terbaik adalah menilainya melalui satu undi tidak percaya atau pilihan raya semula dalam sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu,"
kata Yahaya.

Menurut beliau, jalan paling mudah adalah mengadakan kerjasama dengan bekas Adun UMNO yang telah meletak jawatan dan menjadi Adun Bebas untuk membentuk kerajaan bersama seperti yang berlaku di Perak.

"Jika BN tidak cukup sokongan maka bolehlah kerajaan negeri bertukar tangan. Atau kita buat melalui pilihan raya semula," kata Yahaya.

Namun, katanya , beliau sendiri masih belum yakin dengan "angkanya" untuk membolehkan PAS mendapat sokongan majoriti dalam DUN Terengganu.

Dalam pada itu, ADUN Batu Buruk daripada PAS, Dr Syed Azman berkata, rakyat Terengganu perlu diberi mandat semula untuk menentukan siapa yang patut mentadbir kerajaan negeri itu.

Beliau yang juga merupakan AJK PAS Pusat itu berkata, ADUN Bukit Besi, Roslee Daud menyertai bekas Menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas berikutan rasa tidak puas hati dengan tindakan Putrajaya memaksa Ahmad meletakkan jawatan.

Tindakan Roslee itu akan menjadikan Pakatan Rakyat memegang kerusi paling banyak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu iaitu 15 (14 PAS, 1 PKR) manakala BN pula, 14 dan Bebas 3.

Menurut Syed Azman, beliau yakin Roslee akan kelaur daripada UMNO dan seterusnya menjadi ADUN bebas.

"Langkah terbaik bukannya menukar kerajaan begitu sahaja seperti di Perak kerana tindakan sedemikian akan menyebabkan ketidakstabilan di Terengganu dan adalah terlebih baik memberikan mandat semula kepada rakyat Terengganu," tambah Syed Azman.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali walau bagaimanapun enggan mengulas situasi politik di Terengganu.

"Saya tidak akan buat sebarang kenyataan setakat ini. Saya mengikuti perkembangan di Terengganu," katanya kepada Astro AWANI.

SEMENTARA ITU, Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, satu sidang media khas "Isu Politik Terengganu" akan diadakan pada jam 5 petang ini, Selasa 13 Mei, demikian lapor Buletin Online.

Menurutnya, sidang media tersebut akan diadakan di Pejabat Perhubugan PAS Terengganu di Taman Seri Intan Jalan Sultan Omar, dekat sini.

Ditanya tetang butiran sidang media tersebut, beliau berkata, PAS akan mengemukakan langkah-langkah tidakan yang telah diputuskan dalam mesyuarat yang bermula sejak jam 10.00 pagi tadi.

Oleh itu, Jabatan Penerangan PAS Teregganu menjemput semua wartawan dan penggiat media untuk hadir membuat liputan.


PAS T'ganu saran Dun dibubar

PAS Terengganu hari ini menggesa agar Dewan Undangan Negeri (Dun) negeri itu dibubarkan bagi memberi mandat kepada rakyat menentukan kerajaan pilihan mereka.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat ketika dihubungi Harakahdaily memberitahu BN tidak lagi mempunyai majoriti di negeri itu berikutan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengumumkan keluar dari BN menjadi Adun Bebas.

"Kita baru sahaja bermesyuarat membincangkan perkara tersebut dan kita akan membuat makluman setelah keputusan diperolehi.

"Dalam keadaan sekarang BN tidak lagi mempunyai majoriti untuk mentadbir negeri ini dan seharusnya ia diserahkan kepada rakyat sepenuhnya untuk membuat pilihan," jelas beliau.

Namun menurut beliau, berdasarkan kejadian di Perak sebelum ini BN tidak mempunyai kuasa untuk membubar Dun kerana tidak mempunyai kuasa majoriti dalam membuat keputusan.

"Sekarang Pakatan Rakyat memperolehi undi majoriti dan kalau ikut dasar kita dapat memerintah negeri ini.

"Namun kita sedang berbincang dan sebarang keputusan akan kita maklum, tetapi yang penting mandat rakyat itu kita patut berikan," sambung beliau.

Dengan perkembangan terbaru itu, BN hanya mempunyai 14 kerusi Dun diikuti Pakatan Rakyat 15 kerusi yang diwakili PAS (14) , PKR (satu) dan tiga dari Bebas.

Tiga Adun BN yang mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas ialah bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud.
-HD



Semua Ahli Dan Penyokong PAS Diseru Bermunajat

Semua ahli dan penyokong PAS diseru supaya bangun pada malam ini dan bermunajat kepada Allah agar memberikan keputuan yang terbaik kepada krisis yang sedang melanda politik negeri Terengganu.

Ekoran pemecatan ADUN Kijal sebagai Menteri Besar dan pelantikan ADUN Seberang Takir, Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib telah mengisytiharkan keluar dari Umno dan sekaligus mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas.

Dengan itu, ia menjadikan kedudukan ADUN terkini dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu adalah PR 15, BN 15 dan Bebas 2.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Dr Khairuddin Aman Razali dalam pesanan ringkasnya menyeru agar mendirikan solat tahajjud pada malam ini dan solat subuh berjamaah pada esok.

"Merujuk kepada pergolakan politik negeri Terengganu malam ini, saya menyeru semua agar solat tahajjud malam ini serta solat subuh berjamaah doakan yang terbaik untuk Islam di negeri terengganu,

"moga Islam boleh berdaulat khususnya dalam Qunut Subuh. اللهم اجعل ولايتنا فيمن خافك واتقاك يا رب العالمين Ya Allah jadikanlah negeri kami berada di tangan orang yang takutkan Kamu dan bertaqwa kepada Kamu ya Rabb yang menguruskan seluruh Alam,"ujarnya.

Perkembangan terbaru yang lebih menarik akan berlaku pada esok, apabila terdapat laporan dari 'kem Ahmad said' yang mengatakan bahawa kemungkinan beberapa orang ADUN BN akan menuruti jejak langkah Ahmad dan Ghazali.

Antaranya adalah ADUN Bukit Besi, ADUN Jabi dan ADUN Batu Rakit.
-BO








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Tiada ulasan: