Kelab Greenboc |
- [WASPADA] Kereta Myvinya Dilarikan Orang Selepas Tukar Tayar
- [BERGAMBAR] PRK Bukit Gelugor: DAP Ditentang 3 Calon Lain
- Hudud Ditangguhkan, Tertutup Pintu UMNO Untuk Pecahbelahkan Pakatan
- Pengakuan Palsu Sebagai Ahli PAS, Nabi Bux Bakal Hadapi Tindakan Undang-undang
[WASPADA] Kereta Myvinya Dilarikan Orang Selepas Tukar Tayar Posted: 12 May 2014 01:30 AM PDT Kereta dilarikan selepas tukar tayar PUCHONG – Malang bertimpa-timpa! Itu yang berlaku kepada seorang peniaga apabila kereta miliknya dilarikan dua lelaki selepas dia selesai menukar salah satu tayar kenderaan yang bocor sebelum itu. Mangsa, Shafie Salleh, 48, berkata, dia tidak menyangka kejadian malang itu berlaku sejurus dia berhempas pulas seorang diri menukar tayar keretanya yang kempis ketika dalam perjalanan dari Padang Jawa ke Puchong Perdana. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi semalam, Shafie mendakwa sebelum itu melalui Plaza Tol Puchong Barat sebelum menyedari sesuatu tidak kena pada tayar Myvi yang dipandu. Sebaik selesai menukar tayar dan mahu menutup but kereta, dia didatangi dua lelaki bersenjatakan parang menaiki sebuah motosikal. Seorang daripada suspek terus mendekatinya seolah-olah mahu menetak lehernya menyebabkan Shafie melarikan diri ke arah pondok tol. Melihat tindakan spontan Shafie, suspek terus masuk ke bahagian pemandu kereta dan terus melarikan diri. "Bila nampak parang, saya terus lari untuk selamatkan diri. Akibatnya kereta Myvi warna putih dengan nombor pendaftaran WVX 137 itu dilarikan penyamun terbabit," katanya. Shafie yang juga ahli Kepolisan Masyarakat (CP) berkata, dia menanggung kerugian RM40,000 akibat insiden tersebut. Satu laporan polis kemudian dibuat di Balai Polis Bukit Puchong sejurus selepas kejadian. -SH ereta m ULASAN GBBerwaspadalah, apatahlagi berseorang diri dan lebih buruk jika kejadian yang menimpa itu kaum hawa. Telah banyak kejadian di mana paku-paku ditaburkan di jalanraya untuk membocorkan tayar mangsa, kemudian kereta mangsa akan diekori dengan motorsikal... Sebaik-baiknya jika kejadian itu berlaku kepada anda, jangan cepat-cepa turun, tetapi buat panggilan kecemasan kepada ahli keluarga atau rakan rapat yang berdekatan untuk membantu. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[BERGAMBAR] PRK Bukit Gelugor: DAP Ditentang 3 Calon Lain Posted: 12 May 2014 12:49 AM PDT PRK Bukit Gelugor: Empat Sah Bertanding GEORGETOWN: Empat calon, termasuk dua Bebas disahkan bertanding merebut kerusi Parlimen Bukit Gelugor pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung 25 Mei ini. Pengumuman yang dibuat Pengawai Pengurus Pilihan Raya, Kapten (B) Anuar Yahya itu sekali gus menyelesaikan semua persoalan berkaitan calon apabila ia bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila DAP akan dicabar calon Parti Cinta Malaysia (PCM) serta dua calon Bebas. Calon yang menyerahkan borang adalah Ramkarpal Singh, 38 yang bertanding atas tiket DAP bagi mempertahankan kerusi bapanya, mendiang Karpal Singh; calon PCM yang juga Naib Presiden parti itu, Datuk Huan Cheng Guan, 53 dan dua calon Bebas iaitu Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar, 63 serta peguam, Abu Backer Sidek Mohamad Zan, 46. Mohamed Nabi Bux akan menggunakan simbol bunga, manakala Abu Backer Sidek simbol kuda. Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu selepas MCA memutuskan untuk tidak bertanding. Pengumuman itu dibuat pada 10.15 pagi ini selepas proses penamaan calon tamat di pusat penamaan calon di Dewan Sri Pinang di sini. Proses penamaan calon kerusi P51 yang dijalankan di Dewan Sri Pinang di sini, berjalan lancar sejak pukul 9 pagi dan ditutup sejam kemudian. PRK Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian Karpal, 74, yang juga penyandang kerusi itu dalam kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan MPV yang dinaikinya dan sebuah lori di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Perak pada 17 April lalu. Pasukan polis mengawal ketat di sekitar kawasan Dewan Sri Pinang di sini, lokasi di mana proses penamaan calon berlangsung. Penyokong pelbagai parti hadir bagi memberi sokongan kepada calon yang bertanding mula memenuhi kawasan berhampiran dewan berkenaan seawal jam 8 pagi. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tiba di pusat penamaan calon kira-kira pukul 8.15 pagi untuk melakukan pemantauan. Daftar Pemilih Induk (DPI) mengandungi 82,431 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 82,255 pengundi biasa, 148 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir luar negara. Sebanyak 21 pusat mengundi akan dibuka bagi tujuan pengundian tersebut dan 1,095 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini. -mstar
Kredit gambar: wargamarhain Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Hudud Ditangguhkan, Tertutup Pintu UMNO Untuk Pecahbelahkan Pakatan Posted: 11 May 2014 07:37 PM PDT Hudud: PAS serah pada jawatankuasa teknikal KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini mengambil keputusan tidak akan meneruskan cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat pada persidangan Jun ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal yang bakal ditubuhkan untuk mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan. Dalam satu kenyataan media tiga perenggan yang ditandatangani Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, beliau berkata mesyuarat telah membuat pertimbangan dalam isu Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan dan mencapai keputusan berikut: PAS Pusat mengambil maklum dan bersetuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan. Oleh kerana itu cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat pada Persidangan Bulan Jun 2014 ini tidak akan diteruskan. Ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal di atas untuk merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya. -HD
ULASAN GB GB menarik nafas lega dengan keputusan PAS Pusat menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian bagi perlaksanaan hudud di Kelantan. Bukan GB menentang hukum berkenaan tetapi suasana kini tidak menjamin bahawa Rang Undang-undang tersebut diterima kerana sudah ada tanda-tanda UMNO tidak ikhlas menyokongnya. Pertama penentangan terbuka dari bekas PM, Tun Dr. Mahathir, kedua, kenyataan beberapa Ahli Parlimen UMNO sendiri akan menentang seperti Nur Jazlan Mohamed, ketiga DUN Terengganu menolak usul supaya melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002 dan kenyataan PM, DS Najib sendiri yang membayangkan belum sampai masa hudud dilaksanakan, biar pun menurutnya Umno tidak pernah menolak hudud. Tujuan sebenar UMNO hanyalah untuk memisahkan PAS daripada Pakatan bukan mereka benar-benar menyokong hudud. Sekalipun sebelum ini, Presiden PAS pernah menyatakan bahawa soal keikhlasan itu adalah urusan Allah dan terserah kepada kepada Allah untuk menghukum pihak yang tidak ikhlas, namun umat Islam amnya dan PAS khususnya perlu merujuk kepada pesanan Nabi s.a.w yang mengingatkan kita : "Orang yang beriman, sekali-kali tidak akan masuk ke dalam lubang biawak (kebinasaan) sebanyak dua kali." Bukankah sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah bertindak menghalang kes Qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dibicarakan di Mahkamah Syariah? Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya pengadu dalam kes fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf. Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonan untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat Ketua pembangkang itu. Sekarang menteri yang sama beriya-iya ke Kelantang untuk menyokong hudud! Dengan penangguhan pembentangan Rang Undang-undang Persendirian berkenaan hukum berkenaan telah memnyembuhkan luka ummah dan Pakatan Rakyat apatah lagi di dalam suasana kita akan menghadapi dua PRK .... Bukit Gelugor dan Teluk Intan. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Pengakuan Palsu Sebagai Ahli PAS, Nabi Bux Bakal Hadapi Tindakan Undang-undang Posted: 11 May 2014 04:06 PM PDT Nabi Bux mengaku ahli, PAS rujuk peguam KUALA LUMPUR: PAS akan mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Satar yang mengaku sebagai ahli parti itu. Mohamed Nabi Bux yang mendakwa dirinya bekas Setiausaha PAS Cawangan Kampung Banjar telah menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei nanti. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi Harakahdaily berkata, pencarian telah dilakukan dan mendapati nama Mohamed Nabi Bux tidak terkandung di dalam sistem keahlian PAS. "Dakwa sebagai ahli PAS adalah pembohongan semata-mata dan melalui carian yang dilakukan, kita mendapati beliau merupakan ahli Umno. "Kita akan mendapat nasihat dari peguam untuk tindakan undang-undang berhubung pengakuan palsu yang menjejaskan imej PAS," jelas beliau. Carian turut mendapati, Mohamed Nabi Bux yang memegang nombor ahli 2700360 merupakan ahli Umno Cawangan Kampung Banjar. Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan PAS memandang serius kesalahan tersebut yang merupakan kesalahan jenayah. "Pengakuan palsu itu bertujuan untuk memecah belah PAS di dalam Pakatan Rakyat dan ia merupakan satu kesalahan jenayah. "Tindakan itu bukan sahaja menjatuhkan maruah PAS tetapi turut mengelirukan ahli-ahli PAS dan juga rakan kita dalam Pakatan Rakyat," sambung beliau. Mahfuz turut memberitahu perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat esok untuk tindakan selanjutnya. -HD Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan