Kelab Greenboc |
- [LINTAS LANSUNG] Gambar & Video Himpunan Bantah GST 501 -updated
- MP Teluk Intan Meninggal Dunia, PRK Lagi...
- Beramai-ramai Turun Sertai Himpunan Anti-GST
[LINTAS LANSUNG] Gambar & Video Himpunan Bantah GST 501 -updated Posted: 01 May 2014 01:28 AM PDT Kota raya Kuala Lumpur dibanjiri para peserta Himpunan 501 Bantah GST anjuran NGO 89, juga disertai komponen parti dalam Pakatan Rakyat. Dengan memakai baju berwarna merah, mereka mula berkumpul sejak subuh lagi, demikian lapor Harakahdaily. Beberapa tempat ditetapkan penganjur sebagai tempat perkumpulan awal sebelum bergerak menuju ke Jalan Raja, Dataran Merdeka. Antaranya termasuklah, Masjid Negara, Dataran Maybank, KLCC dan Sogo. Perhimpunan hari ini turut mendapat kerjasama pihak polis dan penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka. Polis bagaimanapun menegaskan peserta himpunan tidak boleh memasuki padang Dataran Merdeka kerana ia sedang dalam proses menaik taraf. GST diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan bajet 2014 Oktober lalu, akan dilaksanakan pada April 2015. LINTAS LANSUNG oleh malaysiakini, harakahdaily dll 4.15 PM: Tian Chua berucap. Beliau ucap tahniah kepada BN. "Kerana kebodohan pemimpin BN kita disini bersatu semua kaum," katanya. Katanya, rakyat bukan hanya menolak GST, tapi menolak semua dasar yang zalim. 4.10 PM: AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berucap. Terdahulu Ambiga dan Syed Shahir berucap. Dzulkefly melaungkan GST "Gasak sampai tertunggeng". Najib kata mereka sangat perihatin kepada rakyat. Dia kata dulu dua cukai sekarang satu. "Dia tanya apa lagi rakyat mahu. Mereka akan dapat RM20 bilion hasil memerah keringat rakyat," katanya. 4.05 PM: Adun Changkat Jering Mohmmad Nizar Jamaluddin berucap. Beliau berkata Umno akan tumbang kerana kezaliman mereka. Rakyat akan lawan sampai Umno tumbang. 4.00 PM: Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berucap. Beliau mengimbau kembali kisah zaman reformasi tahun 1998. Beliau juga menceritakan semula pengainayaan terhadap Anwar Ibrahim. 3.55 PM: Mohamad Sabu sekali lagi berucap sebagai selingan. Beliau meminta peserta tunggu sehingga majlis selesai dengan berkata, "kita selesai, sempat solat Asar". "Kita tunggu sehingga ucapan Anwar. Mungkin ini kali terakhir ucapan Anwar kepada kita," katanya merujuk hukuman penjara yang dikenakan kepada Anwar. 3.52 PM: Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Khairuddin Aman Razali mula berucap. Beliau memulakan ucapan dengan berkata "GST adalah zalim". Ini kerana cukai ini katanya dikenakan kepada semua orang termasuk orang miskin. Dalam masa yang sama kerajaan pula terus berboros. "Himpunan ini adalh jihad. Pertemuan kita hari ini adalh jihad. Jihad menentang pemborosan". "Jihad ini perlu diteruskan sehingga BN tumbang pada pilihan raya akan datang," katanya. 3.50 PM: Keadaan langit mula gelap, guruh mula berbunyi. Dataran Merdeka masih penuh dengan lautan manusia. Peserta tidak berganjak walaupun ada tanda-tanda menunjukkan akan hujan. 3.47 PM: Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar pula berucap. "Hujan, jangan turun dulu," katanya memulakan ucapan. Beliau turut menggesa semua beserta tidak berganjak sekalipun hujan turun. 3.45 PM: Pengerusi majlis mengumumkan ketibaan kumpulan daripada KLCC baru sahaja tiba. 3.40 PM: Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad mengambil giliran. Beliau berkata himpunan hari ini tanda penyatuan kaum membantah GST. "GST dilaksana ini kerana duit kita tak ada. Satiap tahun laporan ketua audit negara kata berlaku pembaziran, tapi kerajaan ambil pengajaran atau tidak? "Kalau macam ini punya gaya, air di lautan atlantik pun boleh habis," katanya 3.30 PM: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berucap. Beliau berkata himpunan hari ini adalah satu kejayaan besar selepas beberapa kali himpunan besar yang dilakukan sebelum ini. Pekerja negara ini menerima kenaikan gaji kalah dengan Indonesia. Sedangkan mengorban keringat untuk negara. Kini ditekan lagi dengan GST. 3.25 PM: Wakil Dewan Muslimat, Aiman Athirah berucap. Beliau mengajak rakyat untuk terus mendesak kerajaan agar menghapuskan GST. 3.20 PM: Pengerusi Majlis, Chegu Bard menyatakan himpunan hari ini akan berlangsung panjang dan meminta peserta bersabar dan akan diisi dengan program oleh penganjur. 3.15 PM: Mohamad Sabu sekali lagi berucap sebagai Timbalan Presiden PAS. Beliau berkata kerajaan tidak faham bahasa rakyat dan kali ini rakyat menggunakan bahasa jalan raya. Kaedah jalan raya ini katanya telah berjaya mendesak kerajaan sebelum ini dalm isu ISA dan PPSMI. 3.12 PM: Sepanjang Jalan Raja dipenuhi dengan lautan peserta berpakaian merah. Dianggarkan hampir 50,000 sudah berada di sini ketika ini. Kumpulan dari KLCC akan tiba di sini sedikit masa lagi. Wartawan Harakahdaily di Jalan Raja melaporkan talian komunikasi mula terganggu. 3.10 PM: Azmin Ali pula berucap. Beliau berkata perhimpunan rakyat hari ini sesuatu yang luar biasa, semua rakyat bangkit utk tolak umno BN, bukan shj menentang gst tetapi kita tentang seluruh dasar zalim yg menekan rakyat. "Umno mendakwa mereka mendapat RM3.8 bilion dari GST, tetapi syarikat besar dikecualikan dari cukai...Najib kena jawab," kata beliau. 3.05 PM: Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Ismail mula berucap. Beliau berkata kaum wanita turut terasa jika gst ini dilaksanakan. "Kita akan tentang gst sampai habis-habisan, kita akan guna kuasa rakyat untuk tentang pelaksanaannya," katanya. 3.00 PM: Suhaizan berkata, kita berhimpun kerana hendak tolak gst, kita ingin desak kerajaan tarik balik gst. Kita berhimpun untuk tentang gst yang zalim, menindas rakyat. Kita akn tentang....BN zalim sebab ingin laksanakan gst. Kita akan tentang mereka pada pru14 nanti. 2.55 PM: Giliran Mohamad Sabu memberi ucapan. Beliau berkata peserta tidak akan masuk ke padang, tetapi akan penuhkan jalan raya di sini, dan meminta peserta menunjukkan disiplin. Mereka akan menunggu kumpulan dari KLCC tiba sedikit masa lagi. "Kita akan berada di sini sampai arahan bersurai. Kita berhimpun secara aman. Sekarang semua di bawah arahan saya," katanya. 2.50 PM: Lebih 40,000 dianggar sudah memenuhi Jalan Raja di Dataran Merdeka ini. Bagaimanapun beberapa kumpulan lagi belum tiba termasuk kumpulan dari KLCC. 2.45 PM: Mahfuz dalam ucapannya berkata, perhimpunan hari ini merupakan sesuatu yang bersejarah. Ia bukan sahaja bagi rakyat menyatakan bantahan terhadap GST, tetaoi menjadi sebahagian daripada produk pelancongan. "Kita harap setiap 1 Mei akan ada himpunan dan pihak kementerian pelancongan boleh setuju," katanya. 2:40pm Dataran Merdeka - Jumlah peserta semakin bertambah dan saling himpit menghimpit antara satu sama lain. 2.38pm Dataran Merdeka - Jumlah peserta yang berarak dari Masjid Negara bertambah kepada 25,000 orang apabila disertai oleh kumpulan yang tiba lebih awal di persimpangan Jalan Tun Perak - Jalan TAR. Setiausaha Pemuda PAS Mohd Nasaie Ismail melaungkan "Merdeka" sebaik mereka tiba di kawasan Dataran Merdeka. 2.30pm Jalan Ampang - Kumpulan peserta di KLCC mula berarak ke arah Dataran Merdeka dengan bendera berwarna merah kelihatan membanjiri Jalan ampang berdepan bangunan Avenue K. Kumpulan ini diketuai Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan mereka berarak sambil berselawat ke atas nabi diikuti laungan "Bangkit! Bangkit! Bangkit rakyat!". Bas dan teksi juga terperangkap dalam kesesakan di belakang kumpulan peserta ini yang berjalan perlahan-lahan menuju ke Dataran Merdeka. Turut kelihatan berarak bersama kumpulan ini adalah bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga dan pengasas NGO Suaram, Dr kua Kia Soong. 2.40 PM: Dj Jalan Raja, berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad kelihatan Suhaizan, Mahfuz, Khalid Samad serta Azmin Ali berada di atas lori. Mereka dijangka antara pimpinan utama yang akan berucap. 2.36 PM: Kumpulan dari Masjid Negara juga tiba di Jalan Raja Dataran Merdeka sebentar tadi. 2.35 PM: Kumpulan peserta yang berarak dari Sogo mula tiba di Dataran Merdeka. Persimpangan Jalan Tun Perak, Jalan Raja dan Jalan Tunku Abdul Rakmah dipenuhi dengan lautan peserta. 2.16pm Masjid Negara - Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bersama kepimpinan Pakatan Rakyat mengetuai lebih 5,000 peserta yang baru selesai menunaikan solat Zohor. Mereka melaungkan slogan "Hancur BN", "Hancur GST" dan "Hancur BN" sambil diawasi oleh Unit Amal PAS. Jumlah peserta, termasuk di Jalan Ampang, dan Dataran Maybank kini mencecah 10,000 orang. 2.06 PM: Di Dataran Maybank, lebih 5,000 peserta berada di sini. Mereka mula bergerak menuju ke Dataran Merdeka. Pelbagai pelekat mengandungi mesej bantahan dipamerkan peserta. 2.05 PM: Di Sogo, dianggarkan lebih 3,000 berada di sini. Antara pemimpin yang ada di sini termasuk Mohamad Sabu, Salahudin Ayub, Hanipa Maidin, Mazlan Aliman, Sivarasa Rasiah dan Fuziah Salleh. Sebahagian peserta dari sini sudah bergerak menuju ke Dataran Merdeka. 2pm Jalan Ampang - Peserta himpunan yang duduk mula mendengar ucapan beberapa wakil NGO di antaranya merupakan aktivis siswa, Mohd Bukhairy Sufian, dan aktivis anti-Lynas, Wong Tack. Di pintu masuk KLCC pula, petugas-petugas keselamatan pusat membeli-belah Suria KLCC berdiri dan meninjau keadaan semasa. Mereka dilihat menghalang individu dengan kain pengikat kepala dengan mesej GST atau bendera-bendera anti-GST berwarna merah daripada masuk ke pusat membeli-belah. 1.20pm Jalan TAR - Kira-kira 1,000 peserta yang berarak dari Sogo tiba di persimpangan jalan TAR - Jalan Tun Perak. Sebilangan daripadanya berteduh di bawah pokok dan juga di bawah landasan LRT sementara menunggu kumpulan lain. 1.10pm Masjid Negara Seorang petugas Unit Amal daripada PAS Hulu Langat memaklumkan kepada peserta supaya tidak termakan dengan pelekat dengan slogan "Hudud For All, Muslim and Non Muslim (Hudud untuk semua, Islam dan bukan Islam)". Petugas itu memaklumkan bahawa satu tindakan provokasi daripada pihak tidak bertanggungjawab dan ia bukan dikeluarkan oleh pihak penganjur. "Ia bukan daripada pihak kita. Ini untuk provokasi kepada perhimpunan aman kita," kata petugas Unit Amal itu. Kata petugas parti PAS yang lain, sticker itu ditemui oleh petugas unit Amal dalam jumlah yang "banyak". Dia juga turut menunjukkan pelekat tersebut kepada para wartawan dan jurugambar. Manakala seorang peserta dripada Pulau Pinang kata, dia jumpa sticker bertulis: "Hudud is barbaric" dengan karikatur tiga orang berjubah sedang sebat seorang individu dan mengandungi logo DAP. "Ini memang teruk, sebab hari ni tahu anti-GST, ini provokasi. Saja nak melaga-laga kita," katanya yang tidak mahu namanya disebut. 1.50 PM: Pelekat provakasi terus ditemui di kawasan Masjid Negara. Antara lain menyebut 'Hudud for all muslim and non muslim'. 1.45 PM: Di Masjid Jamek, sekumpulan anak muda mengenakan lilitan di kepala sebagai tanda bantahan terhadap GST. Kedengaran juga bunyi tiupan Vuvuzela sepanjang jalan menuju ke Dataran Merdeka. 1.40 PM: Jalan menuju ke Dataran Merdeka dari Masjid Jamek mula sesak. Peserta dari sini meula bergerak ke Jalan Raja. 1.35 PM: Di Masjid Negara, beberapa pemimpin muda berucap. Mengarahkan peserta berkumpul dan menunggu rakan-rakan lain tiba sebelum bergerak ke Jalan Raja. 1.30 PM: Di Masjid Jamek, orang ramai terpaksa bersolat Zohor di kaki lima masjid ekoran ruang dalam masjid penuh. Orang ramai mula berkumpul di sini sejak jam 12 tengahari tadi. 1.18 PM: Kelihatan pasukan Unit Amal PAS, yang terkenal dengan jolokan tentera merah, mengambil lokasi masing-masing di sekitar Dataran Merdeka yang menjadi tempat utama Himpunan Turun 501 hari ini. Mereka diberi tanggungjawab berkerjasama dengan pihak polis dalam menjaga keselamatan peserta himpunan hari ini. 1.15 PM: Sebahagian peserta dilihat memenuhi setesen komuter dan LRT menuju ke kawasan perkumpulan sebelum menuju ke Jalan Raja, Dataran Merdeka. 1.13 PM: Laungan Azan berkumandang di Masjid Negara, peserta dengan berpakaian merah dilihat mula bersiap untuk solat zohor. 1.10 PM: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi manusia (Juham) membuka bilik gerakan sempena himpunan kali ini. Sebarang kes tangkapan dan provokasi boleh dilaporkan ke nombor 011-23517748 dan 011-23517743. Sertakan Nama , No Kad Pengenalan, Tarik dan Masa tangkapan dan balai yang ditahan. 1.05 PM: Dewan Ulamak PAS Pusat memaklumkan lebih kurang 63 orang ulamak dan ustaz dari dewan itu menyertai himpunan hari ini. Ketua Penerangannya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, kesemua pasukan kepimpinan ulamak berhimpun di Masjid Negara. Mereka kini sedang diberi taklimat untuk pergerakan ke Jalan Raja. Mereka akan bergerak ke Jalan Raja, Datan Merdeka sejurus selesai solat Zohor. 1.00 PM Sogo - Kira-kira 2,000 peserta himpunan kini mula berarak dari pusat membeli belah Sogo ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pergerakan peserta himpunan itu yang memenuhi ruang jalan raya tersebut menghalang laluan lalu lintas di jalan berkenaan. Jalan Ampang dekat KLCC - Kira-kira 300 orang dengan sebahagian besarnya berbaju T merah sudah berkumpul di depan pintu masuk KLCC berhampiran Jalan Ampang. Sebahagian hadirin juga kelihatan memakai baju hitam SAMM dan antara personaliti yang kelihatan adalah Chegubard dan bekas ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim. Pergerakan peserta himpunan itu yang memenuhi ruang jalan raya tersebut menghalang laluan lalu lintas di jalan berkenaan. 1.00pm Masjid Negara Peserta Protes Anti-GST berbondong-bondong menuju ke Masjid Negara menunaikan solat Zohor berjemaah. 1.00 PM: Peserta himpunan mula memenuhi kawasan pra perhimpunan yang ditetapkan penganjur iaitu termasuklah, Masjid Negara, Dataran Maybank, KLCC dan Sogo. Peserta yang beragama Islam dilihat sedang membuat persiapan untuk menunaikan solat zohor. Penganjur menasihatkan Orang ramai yang mahu meyertai himpunan ini menggunakan pengangkutan awam. dikemaskinikan setiap 15 minit. Sila refresh. |
MP Teluk Intan Meninggal Dunia, PRK Lagi... Posted: 30 Apr 2014 10:05 PM PDT Ahli Parlimen DAP Teluk Intan meninggal dunia Ahli Parlimen Teluk Intan dari DAP, Seah Leong Peng meninggal dunia pagi ini kerana penyakit barah. Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai mengesahkan perkara tersebut dan akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi, lapor The Star Online. Seah, dilantik menjadi ahli Parlimen penggal pertama selepas memenangi kerusi Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum 2013 apabila menewaskan Pengerusi Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dengan 7,313 majoriti undi dalam perebutan tiga penjuru. Mendiang memperolehi 27,399 undi sementara Mah mendapat 20,086 sementara calon bebas, K Moralingam menerima 279 undi. Beberapa pemimpin DAP menyatakan kesedihan dan ucapan takziah di laman sosial Twitter. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, Ng Sze Han menulis dalam Twitternya:"RIP YB Seah Leong Peng kita kehilangan lagi seorang pemimpin yang baik." Manakala Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dalam status Twitternya menulis: "Moga Tuhan menenangkan jiwanya dan orang yang menyayanginya." Mendiang sebelum ini adalah Adun Pasir Bedamar di Perak selama tiga penggal dan sebagai exco di negeri itu. Bulan lalu, bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor meninggal dunia dalam satu kemalangan di km301.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Kampar, Perak pada awal pagi selepas kenderaannya berlanggar dengan sebuah lori . Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi kerusi Bukit Gelugor pada 12 Mei dan 25 Mei adalah hari membuang undi bagi mendapatkan ahli Parlimen baru menggantikan Karpal. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Beramai-ramai Turun Sertai Himpunan Anti-GST Posted: 30 Apr 2014 08:24 PM PDT Turun 501: TG Nik Aziz seru rakyat turun dengan baik KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru rakyat turut untuk bersama menjayakan Himpunan Turun 501 yang diadakan 1 Mei. Bercakap kepada Harakahdaily di pejabatnya pagi ini, bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau menyokong penganjuran itu sebagi ruang untuk rakyat bersuara. Katanya ia perkara biasa dalam sebuah negara demokrasi malah perlembagaan membenarkan rakyat menyuarakan hasrat hati mereka. "Bagaimanapun sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, biarlah ianya berjalan mengikut cara yang baik serta tidak bertentangan dengan undang-undang. "Pada masa yang sama pihak kerajaan juga memberi ruang kepada mereka dengan tidak bertindak kasar kerana mereka datang bukan untuk membuat huru hara,"ujarnya. Katanya, cara untuk meluahkan perasaan adalah satu caranya melalui demokrasi yang turut dilakukan oleh negara demokrasi lain. -HD
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan