Sabtu, 31 Mei 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kanak-kanak 7 Tahun Maut Jatuh di Pasar Raya

Posted: 31 May 2014 07:33 AM PDT


[SH] KUALA LUMPUR – Cuti sekolah sebuah keluarga bertukar menjadi mimpi ngeri apabila seorang anak perempuan mereka berusia enam tahun terjatuh dari tingkat tiga di sebuah pusat membeli belah terkenal di ibu negara kira-kira jam 2 petang, hari ini.

Insiden menyayat hati itu disedari kakitangan pembersihan ketika sedang menjalankan tugas dan melihat kepala kanak-kanak perempuan tersebut hancur selepas terhempas ke lantai.

Ibu bapa mangsa kelihatan meraung di samping jasad anak mereka sambil berkali-kali menyebut anaknya mereka baru sahaja masuk darjah satu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan kejadian itu dan polis akan memaklumkan kepada umum perkembangan tentang kes itu dalam masa terdekat. - Nizam Zain/31/5/14


Polis Filipina Dakwa ‘Wang Tebusan yang Besar Dibayar untuk Bebaskan Tebusan Cina’

Posted: 31 May 2014 07:24 AM PDT


[TMI] Pembebasan dua wanita yang diculik di Sabah semalam dalam usaha bersama pihak berkuasa Malaysia dan Filipina hanya dicapai selepas pembayaran "wang tebusan yang besar", lapor Reuters hari ini.

Laporan itu bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa "tidak ada wang tebusan dibayar" untuk membebaskan pelancong China, Gao Huayun dan pekerja resort, warga Filipina Marcy Dayawan, yang diculik dari Singamata Adventures dan Reef Resort, di Semporna, 2 April lalu.

Semalam dalam tweetnya, Najib menulis semasa lawatan rasminya ke China: "Saya baru sahaja diberi taklimat oleh @PDRMsia bahawa kedua-dua wanita diculik dari sebuah resort di Sabah April lepas diselamatkan oleh pihak berkuasa kita."

"Tiada wang tebusan dibayar bagi mendapatkan pembebasan mereka. Kejayaan hasil kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina. Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat."

Bagaimanapun, sumber polis Filipina memberitahu Reuters bahawa wang tebusan yang besar dibayar bagi membebaskan kedua-dua wanita itu.

"Ia jarang berlaku bagi Abu Sayyaf untuk melepaskan orang yang diculik tanpa wang tebusan yang dibayar," kata laporan itu.

Tetapi laporan itu tidak memberikan sebarang maklumat mengenai wang tebusan yang dikatakan itu, seperti jumlah yang dibayar dan sumber dana.

Kumpulan pengganas itu sebelum ini menuntut 500 juta peso Filipina (RM36.8 juta) untuk melepaskan Gao, tetapi tidak membuat sebarang permintaan wang tebusan untuk Dayawan.

Pada 2 April, tujuh lelaki bersenjata memasuki resort kira-kira 10.30 malam dan menculik Gao, 29, dari Shanghai dan Dayawan, 40, dari resort itu.

Dilaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia percaya Abu Sayyaf, sebuah kumpulan pengganas yang berpangkalan di selatan Filipina, bertanggungjawab atas penculikan itu dan mereka mendapat bantuan dari dalam.

Berikutan penculikan Gao dan Dayawan, seorang pegawai polis di Sabah mendedahkan bahawa penculikan itu juga mungkin melibatkan kakitangan resort.

"Abu Sayyaf aktif di kawasan itu sejak 15 tahun yang lalu dan bertanggungjawab untuk beberapa kes penculikan," kata pegawai itu kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

"Dalam banyak kes, mangsa dibebaskan selepas wang tebusan yang besar dibayar. Kes malam tadi dijangka tidak berbeza," katanya.

Insiden itu merupakan satu daripada tiga kejadian dalam tempoh tujuh bulan lalu yang melibatkan pelanggaran di Zon Keselamatan Timur Sabah yang ditubuhkan selepas "pencerobohan" Lahad Datu oleh pihak berkuasa Sulu awal tahun lepas.

Pada November tahun lepas, pelancong Taiwan Chang An Wei diculik dari pulau peranginan Pom Pom sementara pasangannya, Li Min Hsu ditembak mati.

Chang dibebaskan sebulan kemudian selepas wang tebusan yang besar dibayar kepada Abu Sayyaf melalui perantara.

Awal bulan ini, warga China Yang Zai Lin, 34, diculik oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf dari sebuah ladang ikan berhampiran Pulau Babi, Lahad Datu, dan dibawa lari dengan sebuah bot laju.

Walaupun cuba ditahan pihak keselamatan Malaysia, penculik berjaya melarikan diri ke perairan antarabangsa dan dipercayai menuju ke selatan Filipina.

Yang, yang berasal dari Guangzhou, menguruskan ladang ikan sejak tiga tahun lalu. Ladang ini dimiliki oleh Wonderful Terrace Sdn Bhd yang berpangkalan di Hong Kong.

Yang diambil oleh lima orang lelaki yang berpakaian seragam tentera. Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka dikatakan bersenjatakan M-16.

Abu Sayyaf adalah kumpulan militan Islam yang meningkat terkenal pada tahun 1990-an kerana berjuang untuk satu wilayah Islam bebas di Filipina.

Ahli diketahui terlibat dalam kes pengeboman, penculikan, pembunuhan dan aktiviti pemerasan. – 31 Mei, 2014.


P/s: Logik!!!


Mayat Suspek Bunuh Kanak-Kanak Ditemui

Posted: 31 May 2014 07:20 AM PDT



[HM] Kuala Lumpur – Satu mayat lelaki dipercayai suspek pembunuhan kejam membabitkan kanak-kanak berusia dua tahun, kelmarin, ditemui terapung berhampiran Tol Bandar Sunway, kira-kira 4 petang ini.

Mayat berusia 27 tahun terbabit ditemui anggota Bomba dan Penyelamat Selangor yang menjalankan misi mencari sejak hari kejadian.

Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi memberitahu pihak polis belum mengenalpasti mayat terbabit adalah suspek.

Katanya, pasukan forensik masih berada di lokasi mayat ditemui untuk pengesahan dan tidak menolak kemungkinan mayat itu ada suspek yang diburu berdasarkan corak baju. – 31/5/14

Berita awal di sinidi sini.





Lanjutan Wanita Direjam dengan Bata: Iqbal Bunuh Isteri Pertama untuk Bersama dengan Farzana

Posted: 30 May 2014 08:41 PM PDT


Iqbal memegang gambar isterinya Farzana.
[HM] Lahore: Suami wanita hamil yang dipukul hingga mati oleh anggota keluarganya kerana berkahwin dengan lelaki yang dicintainya semalam mengaku membunuh isteri pertamanya kerana mahu bersama wanita itu.

Farzana Parveen, 25, dihentak dengan bata oleh 20 anggota keluarganya di depan Mahkamah Tinggi Lahore.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa, lebih-lebih lagi selepas laporan menyatakan polis tidak bertindak menghalangnya.

Semalam, suami mangsa mengaku membunuh isteri pertamanya supaya dapat berkahwin dengan Farzana.

Dia juga mendedahkan, kakak Farzana juga dibunuh oleh anggota keluarganya atas dasar membela maruah keluarga.

"Saya membunuh isteri pertama saya kerana cintakan Farzana," kata Mohammed Iqbal, 45.

Menurutnya, dia tidak dipenjarakan kerana anaknya yang melaporkan pembunuhan itu menarik balik tuduhan.

Dia kemudian mematikan telefonnya dan enggan menjawab panggilan seterusnya.

Terdahulu, dalam perbualan itu, dia mendakwa kakak Razana, Rehana diracun keluarga selepas bapanya bergaduh dengan keluarga mentuanya.


Si bapa mendesak Rehana meninggalkan suaminya, tetapi dia enggan.

Pendedahan mengejutkan itu dibuat selepas Iqbal menyelar polis kerana enggan membantu menyelamatkan nyawa isterinya.

Mayat Farzana dikebumikan kira-kira jam 2 pagi dengan dihadiri keluarga Iqbal.

Menurut mereka, tindakan itu diambil kerana keadaan mayat mangsa yang begitu teruk.- Agensi/31/5/14

Berita awal di sini.

Lanjut di sini.




Tiada ulasan: