DUNIACACAMARBA |
- Dua Mangsa Culik di Semporna Berjaya Dibebaskan
- TG Hadi Awang Dimasukkan ke Hospital Akibat Sesak Nafas
- Polis Percaya Lelaki Kelar Kanak-kanak Sehingga Kepala Terputus Mati Lemas
- Dua Remaja Dirogol Bergilir-gilir Kemudian Digantung
- [Video] Kanak-kanak Dikelar Hingga Kepala Terputus
Dua Mangsa Culik di Semporna Berjaya Dibebaskan Posted: 30 May 2014 08:17 AM PDT [Mstar] PETALING JAYA: Dua wanita yang didakwa diculik dari sebuah resort di Sabah pada April lalu telah berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa negara ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan perkara ini melalui akaun Twitternya setelah dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jumaat. "Saya baru sahaja diberi taklimat oleh PDRM bahawa dua wanita yang diculik di sebuah resort di Sabah pada April lalu telah diselamatkan oleh pihak berkuasa kita. "Kita sedang mengambil langkah untuk memudahkan urusan membawa pulang warga China ke negaranya secepat mungkin," katanya menerusi 'Tweet' kira-kira pukul 7.30 petang Jumaat. Najib yang sedang mengadakan lawatan kerja ke China selama enam hari berkata mereka yang diculik dilepaskan tanpa perlu membayar wang tebusan. "Tiada wang tebusan dibayar untuk pembebasan mereka. "Kejayaan ini kerana kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyelesaikan kes ini. April lalu, seorang wanita warga China yang dikenal pasti sebagai Gao Hua Yun, 29 dan pekerja resort dari Filipina, Marcy Dayawan, 40 telah diculik dari resort Singamata Reef, berhampiran Semporna. Polis percaya kumpulan yang bertanggungjawab menculik dua wanita itu berpangkalan di selatan Filipina dan mahu mendapatkan wang tebusan. Polis turut mengesyaki bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu mendapat "bantuan dalaman'' untuk memasuki resort itu. Sementara itu The Star Online melaporkan bahawa kedua-dua mangsa telah dibawa keluar dari pulau Jolo Selatan Filipina dan tiba di Sandakan pada pukul 4.30 petang Jumaat. Mereka diiringi anggota keselamatan dari Malaysia. Menurut seorang pegawai keselamatan, dua orang pegawai telah bertolak ke Jolo pada pukul 10.30 pagi dan tiba di sana dua jam kemudian. Dengan bantuan rakan-rakan dari Filipina, pegawai tersebut berjaya menyelamatkan Gao dan Marcy dari lokasi pergunungan terpencil di pulau itu. - Izra Abdul Rahman/30/5/14 | ||
TG Hadi Awang Dimasukkan ke Hospital Akibat Sesak Nafas Posted: 30 May 2014 08:14 AM PDT [AA] KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul hari ini akibat sesak nafas. Timbalan Ketua Pemuda PAS, Muhamad Khalil Abdul Hadi mengesahkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan ringkas. Muhammad Khalil berkata, Abdul Hadi mengadu sesak nafas dan terus dibawa ke hospital di Istanbul untuk mendapatkan rawatan. Keadaan Abdul Hadi dilaporkan stabil dan sedang berehat di hospital tersebut. Abdul Hadi berada di Turki atas urusan lawatan. -30/5/14 | ||
Polis Percaya Lelaki Kelar Kanak-kanak Sehingga Kepala Terputus Mati Lemas Posted: 29 May 2014 11:34 PM PDT [AA] KUALA LUMPUR: Suspek pembunuhan kanak-kanak perempuan yang dijumpai mati dikelar di tebing Sungai Klang, Jalan Sultan Hishamuddin di sini semalam dipercayai telah lemas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Ming berkata suspek tersebut dipercayai telah cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam Sungai Klang. "Orang awam yang ternampak kejadian itu cuba menangkap lelaki itu dengan menyusuri Sungai Klang dan ternampak lelaki tersebut tenggelam timbul sebelum terus hilang dibawa arus sungai tersebut dan kita percaya lelaki tersebut telah lemas," katanya dalam satu kenyataan medianya kepada Astro Awani. Gerakan besar-besaran dijalankan bagi mencari suspek namun terpaksa dihentikan disebabkan keadaan cuaca semakin gelap malam tadi. "Gerakan mengesan suspek masih diteruskan oleh polis yang dibantu oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) Kuala Lumpur. Dalam kejadian yang berlaku pada 9 malam hari Khamis, polis telah menerima maklumat daripada orang awam yang ternampak seorang lelaki sedang cuba untuk melemaskan seorang kanak-kanak di tebing Sungai Klang berhampiran dengan Stesen Kereta Api Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur. Polis yang bergegas ke tempat kejadian kemudian menemui mayat seorang kanak-kanak lengkap berpakaian berusia dalam lingkungan dua tahun dalam keadaan tertiarap. "Mayat tersebut mengalami cedera parah dibahagian belakang kepalanya akibat dihentak dan kepalanya itu turut terputus daripada badannya,". Terdapat pecahan seramik bersama-sama kesan darah dan sepasang selipar ditemui di tempat kejadian. "Siasatan polis kemudiannya berjaya mengesan ibu kanak-kanak tersebut yang berusia 32 tahun dan didapati ibu mangsa tidak mempunyai pekerjaan dan hidup secara gelandangan di bandar raya ini,". Menurut keterangan ibu mangsa, semasa dia dan anaknya melepak bersama-sama dengan kawan-kawannya di Tingkat 4, Kompleks Kota Raya sekitar jam 3 petang, dia telah pergi ke tandas. "Dia telah meminta kawannya yang bersama-sama melepak dengannya itu untuk mengawasi anaknya dan setelah lima minit berlalu, ibu mangsa kembali semula keluar tandas dan mendapati anaknya itu sudah tiada,". Ibu mangsa dan rakannya kemudian bergegas mencari anaknya itu di sekitar bangunan Kota Raya namun gagal. "Maklumat awam kemudiannya memberitahu bahawa seorang saksi ternampak seorang lelaki berkulit gelap sedang mendukung seorang kanak-kanak menyusuri Sungai Klang yang kemudiannya merebahkan kanak-kanak berkenaan sambil menghempaskan sesuatu ke kepala kanak-kanak berkenaan,". Lelaki itu juga dilihat sedang melakukan sesuatu di leher kanak-kanak tersebut. "Beberapa orang awam bergegas cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut dan menyedari dirinya dikejar oleh orang ramai, suspek bertindak terjun ke Sungai Klang sebelum hilang dibawa arus,". Kes tersebut kini disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat kanak-kanak tersebut dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. -Alzat Sharif/30/5/14 Berita awal di sini. | ||
Dua Remaja Dirogol Bergilir-gilir Kemudian Digantung Posted: 29 May 2014 07:00 PM PDT [HM] Lucknow: Polis semalam menahan tiga lelaki yang didakwa merogol dan menggantung dua gadis adik-beradik berusia belasan tahun pada pokok di utara India. Superintendan Atul Saxena berkata, dua daripada suspek itu anggota polis. Penduduk kampung menemui mayat kedua-dua mangsa tergantung pada pokok pagi kelmarin selepas dilapor hilang dari rumah mereka di Kampung Katra, Uttar Pradesh. Bedah siasat menunjukkan mereka dirogol dan dicekik hingga mati sebelum digantung. India mengetatkan undang-undang antirogol tahun lalu selepas bantahan seluruh negara berhubung jenayah itu yang semakin menjadi-jadi di seluruh negara. Rekod menunjukkan kejadian rogol berlaku setiap 22 minit di seluruh India. Bagaimanapun, aktivis berkata, jumlah itu rendah kerana ramai mangsa keberatan untuk membuat laporan. - Agensi/30/5/14 Lanjut di sini. | ||
[Video] Kanak-kanak Dikelar Hingga Kepala Terputus Posted: 29 May 2014 05:56 PM PDT
[HM] Kuala Lumpur: Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya bercerai dari badan di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin di sini, malam tadi. Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya. "Polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan. "Ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya. Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan marble berhampiran mayat dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa. Motif sebenar kejadian itu masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -Asmah Rusman/30/5/14 Berkaitan: Kejam! Kanak-kanak Perempuan Dikelar Sehingga Kepala Terputus [AA] KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya terpisah dari badan di tebing Sungai Klang berhampiran stesen komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin, di sini, malam tadi. Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya. "Polis sedang mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan. "ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya. Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan jubin berhampiran mayat namun belum dapat dipastikan sama ada ia digunakan untuk mengelar mangsa. "Polis tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan senjata tajam untuk mengelar leher mangsa berdasarkan kesan kelar berkenaan," katanya. Motif sebenar kejadian itu belum dikenalpasti dan siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan. -30/5/14 P/s: Gila kejam. Jika benar laporan berita d atas maka jelas ada unsur kecuaian daripada pihak ibu bapa. Usah percaya kemampuan orang menjaga anak sendiri. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan