Jumaat, 23 Mei 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Saman Kekasih Tidak Pulangkan DVD

Posted: 22 May 2014 09:06 PM PDT



[HM] Houston: Seorang pakar teknologi maklumat memfail saman ke atas bekas teman wanitanya kerana enggan memulangkan cakera video digital (DVD) 'Harry Potter' selepas mereka berpisah.

Robert Wallace, 32, mendakwa dia meminjamkan DVD berkenaan kepada Nomi Mims seorang penari bogel dan sebuah komputer riba ketika mereka mula berkenalan.


Selepas berpisah pada 3 Mei lalu, Wallace meminta Nomi memulangkan wang dan barangannya, namun penari bogel terbabit enggan bekerjasama.

Kecewa dengan kedegilan Nomi, Wallace memfailkan saman di mahkamah untuk mendapatkan semula 'haknya' itu.

Nomi bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan mereka tidak pernah berpacaran.

"Kami cuma kawan biasa dan barangan berkenaan adalah hadiah yang diberikan Wallace untuk saya," katanya. 

Berang dengan saman dikemukakan Wallace, kini Nomi bertekad untuk melawannya di mahkamah. 

"Ia perkara paling mengarut peran saya dengar. 

"Tidakkah Wallace tahu setiap bayaran dihulur kepada penari bogel tidak boleh dipulangkan semula?" katanya. -23/5/14



Ustaz Muda Tidak Mengaku Salah Lakukan Kelucahan terhadap Pelajar Tahfiz

Posted: 22 May 2014 06:46 PM PDT


[AA] MELAKA: Seorang ustaz dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jasin hari ini atas pertuduhan merangsang murid tahfiz melakukan kelucahan melampau di sebuah Madrasah di Umbai, awal bulan ini.

Tertuduh, Ashraf Hafizie Mohammad, 20 tahun dari Dungun Terengganu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Siti Suriatey Mohamed.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa merangsang seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun satu bulan, melakukan kelucahan melampau di Madrasah Baitul Rahman di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin kira-kira 6.30 petang, awal Mei lalu.

Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof tidak membantah jaminan diberikan terhadap tertuduh yang merupakan seorang tenaga pekerja di madrasah berkenaan.

Bagaimanapun, beliau memerintahkan tertuduh tidak mendekati mangsa yang juga seorang pelajar tahfiz sekolah itu.

Terdahulu, tertuduh merayu diberikan jaminan terhadapnya atas alasan perlu bekerja untuk menanggung ibu bapa selain adik-adik yang masih bersekolah.

Selepas mendengar rayuan itu, Siti Suriatey membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan syarat tidak dibenarkan mendekati mangsa. -23/5/14





Tiada ulasan: