Selasa, 20 Mei 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar & Video] Calon Bebas "LANGGAR" Kereta Lim Guan Eng

Posted: 20 May 2014 02:03 AM PDT


[MK] Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan membuat kecoh di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini hanya untuk berjumpa Ketua Menteri Lim Guan Eng.


Beliau yang menunggu di hadapan DUN sejak jam 12:30 tengah hari bertindak nekad menahan Lim yang mahu beredar dengan kereta kira-kira jam 2 petang.

Selepas 10 minit Backer yang dihalang oleh sekumpulan pengawal keselamatan DUN kemudiannya 'melanggar' kereta Mercedes Lim dan terus terbaring di atas jalan raya.

Hal ini menyebabkan kesesakan di Lebuh Light, di hadapan DUN.

Lim, pemandu dan pembantu peribadi beliau terus beredar tanpa turun dari kereta itu.

Abu Backer kemudian mendakwa dilanggar dan mengadu sakit di bahagian rusuk kanannya.

Ambulans tiba pada jam 2.30 petang membawa beliau ke Hospital Pulau Pinang.

Pembantu beliau memberitahuMalaysiakini beliau akan membuat laporan polis berkenaan perkara ini.

Sebelum ini Abu Backer mendakwa Guan Eng enggan bertemu beliau walaupun beliau mencuba setiap hari sejak minggu lalu.

Beliau turut meluahkan perasaan tidak puas hati kerana lawan beliau calon DAP Ramkarpal Singh dapat masuk ke DUN sedangkan beliau hanya dibenarkan berjumpa dengan pegawai DUN.

"Tidak adil. Saya tak puas hati. Kenapa Ram boleh masuk dan saya tak?

"DAP kata mereka kerajaan berkebajikan. Saya calon. Kenapa susah sangat nak berjumpa ketua menteri saya?" kata beliau sebelum menahan kereta Lim. -20/5/14



Disaman Cermin Gelap, Pemandu Boleh Cabar di Mahkamah - Peguam

Posted: 20 May 2014 02:00 AM PDT



[Selangorku] SHAH ALAM, 20 MEI: Pemilik kenderaan yang disaman Polis dalam operasi cermin gelap sebelum 16 Jun disarankan ke mahkamah untuk mencabar saman berkenaan.

Hal ini kerana, saman bukan bermaksud perlu membuat bayaran kerana polis sendiri perlu membuktikan kesalahan berkenaan.


Penasihat guaman Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff, berkata beliau mempertikaikan tindakan Polis yang mula mengeluarkan saman terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap sedangkan tindakan itu sepatutnya bermula 16 Jun ini.

Katanya, pada 15 Mei Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman SAC Mohd Fuad Abdul Latif dalam kenyataan media berkata pihak Polis memberikan tempoh sehingga 15 Jun ini kepada pemilik kenderaan menggunakan cermin gelap supaya menukar kepada cermin mengikut spesifikasi betul.

"Tiba-tiba malam semalam/ malam kelmarin polis buat operasi saman 23 orang kes cermin gelap apa cerita? itu sahaja.

"Isu cermin gelap ini tidak ada masalah kerana ia ada peraturan. Kaedah-kaedah kenderaan, jenis-jenis cermin dan dia boleh kuatkuasakan peraturan itu.

"Cermin depan depan ketelusan (cahaya) 70 peratus dan cermin lain 50 peratus. Itu tiada masalah, cuma orang ramai bermasalah dari segi peratusan tersebut," katanya kepada Selangor Kini.

Katanya lagi, antara perkara lain yang dibangkitkan adalah mengenai prosedur pemeriksaaan cermin gelap yang dilakukan di malam hari.

"Kalau kalau polis tidak ikut (prosedur) kepada orang-orang yang kena saman jangan bayar. Pergi lawan di mahkamah.

"Sebabnya walaupun kita salah tetapi polis yang mengambil tindakan tanpa mengikut undang-undang turut salah, tidak timbul soal kita nak lawan peraturan," jelasnya lagi. - Afix Redzuan/20/5/14


[PANAS] "Saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz‎, tetapi apabila dia sudah besar dia jadi Marina" - Kata Ibu Dyana Sofya

Posted: 20 May 2014 01:35 AM PDT



[TMI] Kekesalan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana Dyana Sofya Mohd Daud menjadi calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan dijawab sendiri oleh ibunya, Yammy Samad.

Yammy berkata beliau sehabis daya mahu Dyana mengikut jejak langkah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetapi apakan daya perawakan anaknya itu lebih mirip kepada Datin Paduka Marina Mahathir.

"Saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz‎, tetapi apabila dia sudah besar dia jadi Marina.

"Saya beri kebebasan kepada anak saya untuk memilih mana baik dan mana buruk. Dia sudah dewasa dan sudah boleh memikirkannya," katanya kepada The Malaysian Insider semasa sesi bertemu pengundi hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan Dr Mahathir meluahkan kekecewaannya apabila calon yang diletakkan DAP itu datang daripada keluarga yang menyokong perjuangan Umno sejak sekian lama.

"Kalau datang daripada keluarga pembangkang tidak jadi apa. Kerana sejak kecil diajar membenci Umno.

"Kalau anak orang Umno depa tidak cakap pada anak depa pasal apa Umno ni ada sejarah Umno semua, jadi bila dia besar dia bebaslah hendak buat apa sahaja," kata Dr Mahathir.

Yammy berkata Dyana berhak menentukan masa depannya sendiri, hatta untuk memilih suami yang bukan daripada kalangan Melayu.

Katanya, tiada gunanya memaksa apa yang perlu dibuat oleh anaknya jika semua yang diusahakan anaknya itu nanti akan bertemu kegagalan.

"Saya bebaskan dia memilih. Kalau dia hendak pilih suami pun saya bebaskan, inikan pula memilih parti.

"Dia hendak kahwin, terpulang pada dia. Dia hendak kahwin dengan Melayu, Cina dan India jika bersesuaian. Kalau saya paksa berakhir dengan kegagalan buat apa?" katanya.

Beliau berkata tiada apa yang perlu ditakutkan anaknya menyertai DAP kerana parti itu bukan terdiri daripada orang Cina sahaja.

Katanya, Dyana dilahirkan sebagai orang Islam dan akan terus ke akhirnya berada dalam akidah agama.

"Kenapa pula jauh daripada Islam? Anak saya dilahirkan Islam. Dia akan selama-lamamanya Islam.

"Pasal apa hendak lari (akidah)? Dalam DAP bukan semuanya Cina. Macam-macam agama ada," katanya.

Ketika ditanya adakah anaknya itu nanti akan memperjuangkan Melayu menerusi DAP, Yammy berkata: "Insyaallah.

Mengulas mengenai sokongan orang Melayu terhadap Dyana, Yammy berkata penduduk di kawasan itu lebih gemar menyatakan sokongan secara diam seperti menerusi SMS atau pun e-mel.

"‎Sokongan dalam diam mereka melalui e-mel, hantar SMS beribu. Saya takut telefon saya meletup," katanya. – Hasbullah Awang Chik/20 Mei, 2014.

P/s: Sindiran terbaik!!!


Umno Tak Layak Gelar 'Pengkhianat Melayu' - MP DAP

Posted: 20 May 2014 12:44 AM PDT


[MK] MP DAP Datuk Mohamad Ariff Sabri Abdul Aziz berkata golongan pemimpin Umno tidak layak menggelarkan golongan Melayu yang menyertai DAP sebagai pengkhianat.

Beliau memberi alasan, perbuatan pengkhianatan itu sendiri merupakan tindakan yang sinonim dengan Umno, yang digelarkan sebagai "bapa pengkhianat".

MP Raub itu berkata, golongan yang mengkritik DAP itu juga berfikiran cetek apabila membangkitkan mengenai keanggotaan orang Melayu dalam parti tersebut.

"Inilah pemikiran orang Melayu peringkat kampung. Bila tiada Melayu dalam DAP, dia kata DAP parti rasis. Tapi dia tidak beri Melayu masuk DAP.

"Bila Melayu masuk DAP, dia akan kata, Melayu itu perhiasan dan pengkhianat bangsa," kata bekas ADUN Umno itu lagi dalam tulisan di blog sakmongkol.blogspot.com.

Kenyataan itu timbul selepas ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilaporkan memberi peringatan kepada calon DAP untuk pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud agar tidak menjadi pengkhianat.

Seorang lagi pemimpin Wanita Umno, Jahara Hamid yang juga ketua pembangkang DUN Pulau Pinang mengumpamakan Dyana sebagai "kacang lupakan kulit".

Mengulas lanjut, Ariff Sabri bekata, keputusan DAP mencalonkan Dyana Sofya itu bertujuan untuk meningkatkan keyakinan orang Melayu, sama seperti strategi Umno.

"Hiasan atau tidak, memang objektif DAP ialah meningkatkan keyakinan orang Melayu. Sama seperti Umno letak (calon dari) MCA, MIC dan Gerakan – semua itu perhiasan untuk Umno untuk tujuan yang sama – memancing pengundi bangsa bukan Melayu.

"Kenapa ianya boleh dilakukan oleh Umno tapi tidak boleh dilakukan oleh parti DAP? Ianya bukan suatu jenayah," katanya lagi.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan mengaitkan Umno dengan pengkhianatan, beliau seterusnya membangkitkan isu tanah rizab Melayu, saham bumiputera dan juga kenaikan tarif elektrik.

"Mengenai bab pengkhianat ini orang Umno memang cukup handal. Sebab mereka pengkhianat bangsa Melayu yang paling besar," katanya.-20/5/14

Penuntut Malaysia Diculik & Dirogol Sekumpulan Lelaki di Bandung

Posted: 19 May 2014 11:32 PM PDT


[AA] JAKARTA: Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Bandung dipercayai diculik dan diperkosa sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik, Sabtu lalu.

Portal berita detik.com yang memetik kenyataan polis melaporkan mahasiswi itu mengaku dia dirogol oleh tiga lelaki dalam kereta.

"Mereka bergiliran. Yang tidak melakukan itu katanya pemandu kereta," kata ketua polis Cimahi, Erwin Kurniawan seperti dipetik oleh detik.com pada Selasa.

Laporan itu juga menyebut mahasiswi berkenaan masih dalam keadaan terkejut dan sedang dirawat di Hospital Hasan Sadikin di Bandung.

Portal berita yang sama sebelum itu mengesahkan identiti mahasiswi berkenaan dengan pihak Universiti Padjadjaran. Pihak universiti juga dilaporkan sudah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa Malaysia serta keluarga mangsa.

Keluarga mahasiswi itu juga dilaporkan sudah berada di Indonesia.

Menurut polis, siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar rumah untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor.

Mahasiswi berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang yang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan menariknya masuk ke dalam sebuah kereta.

Polis setakat ini masih menunggu laporan pemeriksaan doktor di Hospital Hasan Sadikin di Bandung.- 20/5/14

Berkaitan:

Pelajar Malaysia Dirogol di Bandung, Dibawa Pulang Hari Ini

[AA] KUALA LUMPUR: Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Jawa Barat yang dipercayai diculik dan diperkosa awal Sabtu lalu, akan dibawa pulang, menurut portal berita Indonesia, detik.com.

"Dia akan pulang ke Malaysia hari ini," kata ketua polis Cimahi, Erwin Kurniawan.

Katanya, mangsa yang sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Hasan Sadikan, Bandung akan mendapat rawatan susulan serta pemulihan trauma di Malaysia.

Menurut Erwin, mangsa telah dijemput oleh keluarganya dan dijadualkan berangkat pulang pada hari yang sama (Selasa).

Kata Erwin, pihaknya juga telah meminta keterangan dari mangsa sewaktu dia sedang dirawat di Hospital Hasan Sadikin, namun keadaan mangsa pada ketika itu masih dalam keadaan terkejut.

Mangsa, 20 tahun, dipercayai telah dirogol di universiti tersebut di Kampus Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik.

Portal berita detik.com yang memetik kenyataan polis melaporkan pihak berkuasa percaya kejadian itu melibatkan empat orang suspek yang kini sedang diburu.

Pihak universiti juga dilaporkan sudah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa Malaysia serta keluarga mangsa.

Keluarga mahasiswi itu juga dilaporkan sudah berada di Indonesia.

Menurut polis, siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar rumah untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor.

Mahasiswi berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang yang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan menariknya masuk ke dalam sebuah kereta. -Haider Yutim/20/5/14



Pamela Anderson Dedah Diri Pernah Diperkosa, Sukar Percaya Sesiapa Selepas Kejadian Itu

Posted: 19 May 2014 09:30 PM PDT


[Mstar] ARTIS seksi Pamela Anderson baru sahaja menubuhkan sebuah badan kebajikan yang dikenali sebagai The Pamela Anderson Foundation di Cannes, Perancis baru-baru ini.

Menurut laporan portal Digital Spy, seramai 200 tetamu hadir pada acara perasmian badan kebajikan yang mengangkat hak-hak kemanusiaan, alam dan haiwan itu.

Pada acara itu, bintang siri Baywatch itu turut berkongsi pengalaman pahitnya ketika di zaman kanak-kanak.

"Sekarang ini, tibalah masanya untuk saya berkongsi cerita sedih yang membelenggu diri saya sejak di zaman kanak-kanak lagi.

"Ketika usia 12 tahun, saya pernah ke rumah kekasih pengasuh dan lelaki itu telah mengajak saya bermain permainan video dan tanpa disedari saya diraba.

"Tidak lama kemudian saya diperkosa pula. Dan lelaki itu berusia 25 tahun," katanya.

Tambah Pamela, sejak itu, dia cukup berhati-hati dalam berkawan kerana tidak mempercayai sesiapa pun yang berada di sekelilingnya.

"Dalam keadaannya yang tertekan, dia juga mempunyai seorang ayah pemabuk dan ia terus membuatkan dirinya berfikir bahawa kehidupannya tidak memberi apa-apa makna lagi.

"Kerana itu, saya mengalih pandangan saya untuk mencintai alam dan haiwan. Ia seperti memberi kepercayaan pada diri bahawa ia akan melindungi saya," ujarnya. -20/5/14



Gila, Atuk Berusia 62 Tahun Fail Saman AS$2 Undesilion

Posted: 19 May 2014 09:28 PM PDT



> Saman sivil terbesar di dunia

> Saman difailkan oleh seorang datuk berusia 62 tahun di Mahkamah Persekutuan Manhattan NY

> Saman tersebut bernilai Dua Undesilion Dolar dengan 33 digit kosong di belakang angka 2

> Jumlah yang dipohonnya itu melebihi nilai keseluruhan mata wang yang wujud di muka bumi

> Saman itu ditulis dengan tangan

[Mstar] NEW YORK: Seorang pemastautin di bandar raya terbesar dunia ini telah memfailkan saman sivil di Mahkamah Persekutuan Manhattan, di sini pada 11 April lalu menuntut ganti rugi terbesar di dunia iaitu sebanyak Dua Undesilion Dolar (AS$2,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000) selepas jarinya digigit oleh seekor anjing.

Anton Purisima, 62, telah mengemukakan saman tersebut dengan menamakan pelbagai pihak sebagai defendan termasuk Datuk Bandar New York, dan Pasar Raya Kmart.

Dalam fail saman setebal 22 muka surat yang ditulis dengan tangan itu, Purisima menyatakan yang dia akan mewakili dirinya sendiri tanpa bantuan seorang peguam.

Purisima mendakwa bahawa jari tengahnya telah digigit oleh seekor anjing yang disyaki mengidap penyakit anjing gila ketika sedang menaiki sebuah bas milik perbandaran New York sebelum gambarnya sedang mendapat rawatan di sebuah hospital dirakamkan oleh pasangan berketurunan Cina.

Dia juga mengemukakan saman kerana merasakan yang dirinya sering dicaj berlebihan ketika minum kopi di Lapangan Terbang LaGuardia.

Saman itu menyebut bahawa kesakitan dan kesengsaraan yang dihadapinya 'tidak dapat ditukar ganti dengan wang' dan oleh yang demikian 'tidak ternilai harganya.'

Turut dimasukkan sebagai eksibit di dalam samannya itu ialah foto jarinya yang berdarah kerana digigit anjing.

Purisima juga mendakwa yang dia telah mengalami pencabulan ke atas hak-hak kemanusiaan, kecederaan pribadi, diskriminasi ke atas asal usulnya, penentangan, pencabulan, penipuan, percubaan untuk membunuh, distres emosi pribadi yang disengajakan dan konspirasi penipuan.

Senarai orang dan organisasi yang disamannya berjela-jela tetapi antaranya termasuklah Carepoint Health, Pusat Perubatan Hoboken University, Setor Kmart, Jabatan Kecemasan St Luke, Pihak Berkuasa Transit Bandar New York, Bandar Raya New York dan Pentadbiran Lapangan Terbang LaGuardia.

Ini juga bukanlah fail saman Purisima yang pertama. Dalam tempoh empat tahun dia telah mengemukakan saman terhadap Republik Rakyat China, institusi kewangan seperti Wells Fargo, JP Morgan dan Wachovia serta Pesuruhjaya Sekuriti Sosial. -20/5/14



Tiada ulasan: